HAFAZAN MASRUR DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN MINAT DAN PENGUASAAN MURID UNTUK MENGHAFAZ SURAH AL- C ᾹDIYᾹT

Similar documents
Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

APLIKASI ROBOT ḤAJARUL ASWAD DALAM MEMBANTU MENGINGAT PERISTIWA PERLETAKAN ḤAJARUL ASWAD PENDIDIKAN ISLAM

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

PENGGUNAAN B-PoP: RASULULLAH, KEKASIH ALLAH DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI DAN MENGINGAT KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

PENDEKATAN BIMBINGAN RUKUN SOLAT MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN KAEDAH MNEMONIK BERBANTUKAN MULTIMEDIA. Oleh

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PENGGUNAAN KAEDAH COCOM UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGENAL PASTI DAN MEMBANDING BEZA KEDUDUKAN KERAJAAN MELAYU AWAL SERTA GEOGRAFINYA.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Oleh. Syed Mohd Solehin bin Wan Sarip ABSTRAK

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Penguasaan Bacaan Hamzah Wasal Menggunakan Kaedah Bafkad (Mastering the Reading of Hamzah Wasal Using Bafkad Method)

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

PENGGUNAAN SUPER AYAT DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SECARA MEKANIS MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Norhadi Anwar bin Tamit

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

KIRAAN JARI DALAM MEMBANTU MURID PEMULIHAN TAHUN 2 MENGEJA DAN MEMBATANGKAN PERKATAAN KVKV. Oleh. Dyg Marzuin Binti Awang Ismail

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MENINGKATKAN KEMAHIRAN HAFAZAN AL-QURAN MURID TAHAP 2 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH. Oleh ABD RAZAK B.

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

KAEDAH PAMERAN DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN GURU PELATIH KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH.

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

PENILAIAN PENGETAHUAN

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

Tahap Kemahiran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Berbantukan Mufradat dan Uslub Al-Quran

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

Transcription:

HAFAZAN MASRUR DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN MINAT DAN PENGUASAAN MURID UNTUK MENGHAFAZ SURAH AL- C ᾹDIYᾹT ASMA SALSABILAH BINTI ZAIPUDIN asma070395@yahoo.com ABSTRAK Pembelajaran Hafazan dalam Bidang al-quran amat penting bagi kanak-kanak sejak sekolah rendah lagi untuk menanamkan rasa cinta yang kukuh terhadap Kitabullah yang seharusnya menjadi panduan hidup seorang muslim. Oleh yang demikian, pendidik memainkan peranan yang penting dalam menggunakan kaedah yang lebih praktikal dan menarik untuk memastikan keberkesanan pengajaran ke atas murid-murid. Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan melalui penguasaan murid dalam menghafaz Surah al- c Ᾱdiyᾱt dengan menggunakan kaedah Hafazan Masrur yang menekankan pendekatan kefahaman melalui penggunaan kata kunci dan ilustrasi gambar untuk menghafaz. Kaedah ini dikukuhkan lagi dengan teknik pergerakan yang melibatkan anggota tubuh peserta kajian untuk membantu meningkatkan minat murid dan mengekalkan surah hafazan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Pengkaji telah menggunakan tiga jenis kaedah untuk membuat pengumpulan data kajian iaitu pemerhatian, maklum balas dan analisis dokumen dalam menjalankan kajian ke atas empat orang murid yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Mumtaz. Dapatan menunjukkan penguasaan murid dalam menghafaz Surah al- c Ᾱdiyᾱt dengan menggunakan Kaedah Hafazan Masrur meningkat di mana purata peratusan skor peningkatan markah ujian murid dalam tinjauan akhir adalah sebanyak 75% dan perubahan reaksi murid seperti seronok dan berkeyakinan dapat dilihat. Hal ini menunjukkan kaedah ini dapat meningkatkan penguasaan dan minat murid dalam menghafaz Surah al- c Ᾱdiyᾱt. Kata Kunci: Kaedah Hafazan Masrur, Teknik kata kunci, Kefahaman, Ilustrasi gambar, Pergerakan. PENGENALAN Pada praktikum pertama iaitu bermula dari bulan Julai sehingga bulan Oktober 2017, saya telah menjalankan praktikum dan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 4 dalam mata pelajaran Pendidikan Islam bagi Sekolah Kebangsaan Mumtaz (nama samaran). Hasil pemerhatian semasa berada di sekolah menunjukkan kebanyakan murid Tahun 4 dapat menghafaz surah-surah lazim dengan baik. Hal demikian adalah hasil didikan budaya sekolah yang sentiasa menekankan pengamalan budaya membaca pada setiap pagi hari persekolahan. Namun demikian, catatan nota lapangan semasa PdPc menunjukkan murid mengalami masalah kekeliruan dalam penyusunan ayat satu hingga ayat lima bagi Surah al- c Ᾱdiyᾱt sehingga menyebabkan mereka tidak dapat menguasai hafazan surah tersebut dengan baik. Berdasarkan hasil analisis markah empat orang peserta kajian dalam ujian sebelum tindakan menunjukkan bahawa keempat-empat peserta kajian mendapat markah yang rendah dengan markah sebanyak 20% bagi tiga orang murid dan 40% bagi seorang murid. Fungsi kepimpinan dalam pendidikan adalah berdasarkan dua perkara iaitu kemampuan pengurusan dan penjagaan dalam memastikan matlamat yang hendak dicapai (Rahman, 2013). Sebagai pemimpin di dalam bilik darjah, saya berasa bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti. Pendidik 18

merupakan pengelola yang berhak menentukan kurikulum dan metod yang sesuai dengan matlamat yang ingin dicapai (Muslim, 2016). Oleh yang demikian, saya bercadang untuk membantu murid dalam menghafaz surah lazim iaitu Surah alc Ᾱdiyᾱt dengan menggunakan kaedah yang lebih praktikal dan menarik. Dengan ini, saya ingin menjalankan kajian tindakan berkenaan Kaedah Hafazan Masrur Dalam menghafaz Surah al- c Ᾱdiyᾱt. FOKUS KAJIAN Menurut Ackroyd dan Hughs (1992), penyelidik perlu mengemukakan bentuk soalan yang relevan dengan fokus kajian. Bagi kajian tindakan ini, saya akan memberi fokus terhadap kaedah PdPc bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah, khususnya dalam Bidang al-quran iaitu surah-surah hafazan. Semasa sesi PdPc, saya mendapati bahawa murid mudah keliru dengan penyusunan kalimah dalam ayat satu hingga ayat lima Surah al- c Ᾱdiyᾱt dan kelihatan lemah serta tidak bersemangat dalam menghafaz surah-surah. Keputusan penilaian di akhir pembelajaran juga memberi kepastian kepada saya berkenaan masalah tersebut. Penggunaan kaedah tikrar dan tasmik smasa PdPc didapati kurang membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut memandangkan ianya berkait dengan masalah kekeliruan yang akhirnya memberi kesan terhadap tahap penguasaan hafazan murid. Hal tersebut turut berlaku kerana lupaan berlaku dengan mudah disebabkan pelajar kurang meneliti dan memberi tumpuan pada penerimaan informasi yang diproses melalui deria daftar dan memori jangka pendek (Suppiah et.al., 2009). Sebagai seorang pendidik, saya menyedari tindakan sewajarnya perlu diambil untuk menanganinya. Ramzi (1994), menyimpulkan bahawa pendekatan Al-ghazᾱliῑ yang menekankan penggunaan teknik pengajaran yang baik memberikan natijah-natijah baik yang membantu meningkatkan tempoh pengajaran dalam ingatan murid. Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan dan minat murid dalam menghafaz Surah al- c Ᾱdiyᾱt dengan menggunakan Kaedah Hafazan Masrur yang menekankan pendekatan kefahaman melalui penggunaan kata kunci dan kad gambar untuk menghafaz. Kaedah ini dikukuhkan lagi dengan teknik pergerakan yang melibatkan anggota tubuh peserta kajian untuk membantu meningkatkan minat dan penguasaan hafazan murid serta mengekalkan surah hafazan dalam tempoh jangka masa yang panjang. OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif Kajian 1) Membantu meningkatkan minat murid dalam menghafaz Surah al- c Ᾱdiyᾱt dengan menggunakan Kaedah Hafazan Masrur. 2) Membantu meningkatkan penguasaan murid dalam menghafaz Surah al- c Ᾱdiyᾱt dengan menggunakan Kaedah Hafazan Masrur. Persoalan Kajian 1) Adakah Kaedah Hafazan Masrur dapat membantu mningkatkan minat murid dalam menghafaz Surah al- c Ᾱdiyᾱt? 2) Bagaimana Kaedah Hafazan Masrur dapat membantu meningkatkan penguasaan murid dalam menghafaz Surah al- c Ᾱdiyᾱt? 19

PESERTA KAJIAN Jadual 1 Ciri-Ciri Peserta Kajian Peserta Kajian Ciri-Ciri Peserta Kajian Murid A Jantina : Lelaki Seorang yang sedikit pasif dan pemalu. Murid menunjukkan rasa bosan, tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya semasa menghafaz. Dia perlu ditegur dengan kerap agar menghafaz surah tersebut dengan bersungguh-sungguh. Murid B Jantina : Lelaki Seorang yang pendiam dan sangat merendah diri. Murid menunjukkan rasa bosan, kurang berkeyakinan dan merendah diri semasa menghafaz. Guru perlu menyebut sebutan awal kalimah terlebih dahulu bagi membantu murid ini melengkapkan setiap ayat. Murid C Jantina : Perempuan Seorang yang pendiam. Murid menunjukkan rasa bosan, kurang berkeyakinan dan merendah diri semasa menghafaz. Guru perlu menyebut sebutan awal kalimah terlebih dahulu bagi membantu murid ini melengkapkan setiap ayat. Murid D Jantina : Perempuan Seorang yang rajin, tekun dan bermotivasi tinggi untuk belajar. Murid menunjukkan wajah yang membosankan dan tidak juga kelihatan sangat berminat untuk belajar semasa menghafaz surah dimana murid tidak menunjukkan riak wajah seronok mahupun terlalu bosan. TINDAKAN YANG DIJALANKAN Jadual 2 Langkah pelaksanaan Kaedah Hafazan Masrur Minggu Langkah Pelaksanaan Minggu 1 Langkah 1 Murid dikehendaki menghafaz Surah al- c Ᾱdiyᾱt menggunakan kaedah seperti biasa. Kemudian, lembaran set lembaran kerja diserahkan kepada peserta kajian dan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Langkah 2 Mengedarkan borang maklum balas kepada murid-murid. Langkah 3 Membuat refleksi di akhir sesi PdPc. Langkah 1 Mengedarkan borang kebenaran untuk menjalankan kajian dan menerangkan tujuan melaksanaan kajian ke atas mereka. Langkah 2 Memperkenalkan Kaedah Hafazan Masrur Minggu 2 Membimbing murid membaca ayat demi ayat dalam Surah al- Langkah 3 Ᾱdiyᾱt ayat satu hingga lima sehingga lancar.*kaedah Talaqqi Langkah 4 Menerangkan maksud ayat-ayat dalam Surah al- c Ᾱdiyᾱt. *Kaedah Bercerita Langkah 5 Membuat refleksi di akhir intervensi Langkah 1 Memperkenalkan kad kalimah, kad gambar dan kad maksud kepada peserta kajian. *Kaedah penerangan Langkah 2 Mengarahkan murid menghafaz menggunakan kata kunci dan kad gambar. *Kaedah Pandang sebut Minggu 3 Langkah 3 Memperkenalkan pergerakan berdasarkan kata kunci dan kad gambar yang telah dipelajari. *Kaedah Pergerakan Langkah 4 Mengarahkan murid menghafaz Surah al- c Ᾱdiyᾱt menggunakan pergerakan tersebut. Langkah 5 Menggabungkan kaedah tikrar dan tasmik bagi mengukuhkan kaedah pengajaran hafazan. Menyerahkan set soalan ujian akhir kepada murid dan mengarahkan mereka Langkah 1 Minggu 4 menjawabnya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Langkah 2 Membuat rumusan terhadap hasil ujian akhir semasa sesi refleksi. Dalam membantu murid menghafaz Surah al-ᾱdiyᾱt ayat satu hingga lima, saya telah membina jadual ringkas yang dipersembahkan dalam bentuk banting bagi 20

memudahkan pengajaran guru dan kefahaman murid. Banting tersebut mengandungi dua jenis jadual yang saling berkaitan antara satu sama lain iaitu Jadual Pengajaran dan Penilaian serta Jadual Petunjuk. Pembinaan jadual tersebut telah direka khas bagi menjalankan dua fungsi yang berbeza dalam PdPc iaitu bagi tujuan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) murid serta sebagai alat penilaian untuk menguji tahap penguasaan hafazan dan kefahaman murid. Rajah 1 menunjukkan gambar Banting yang saya gunakan untuk mengajar menggunakan Kaedah Hafazan Masrur. Rajah 1. Contoh Gambar Banting Hafazan Masrur Yang Digunakan Untuk Mengajar Semasa mengajar ayat pertama, murid-murid dikehendaki membaca ayat dalam surah tersebut dengan menggunakan kaedah tikrar (berulang-ulang) secara individu, pasangan dan kumpulan. Dalam memperkenalkan kaedah tersebut, saya telah membimbing peserta kajian membaca ayat pertama hingga ayat kelima bagi Surah al- c Ᾱdiyᾱt sehingga lancar dengan menggunakan kaedah Talaqqi Musyafahah. Menurut Abdullah al-qari (1994), menjelaskan pendapat Imam as-syafie bahawasanya membaca al-quran dengan bertajwid merupakan salah satu cara memelihara Kitabullah. Kemudian, saya telah menerangkan maksud ayat secara satu persatu kepada peserta kajian melalui kaedah bercerita untuk memudahkan mereka memahami kata kunci yang akan diberikan dalam pertemuan yang seterusnya. Penggunaan kaedah ini adalah bertepatan dengan Muhammad Nur (2014), yang mengatakan bahawa kaedah penceritaan hikayat atau kisah-kisah merupakan langkah pertama untuk membina landasan asas metod pemikiran yang memainkan peranan penting dalam pembelajaran bagi menarik perhatian dan membangun perkembangan fikiran anakanak. Menurut Amjad Qasim (2014), antara cara untuk membantu menghafal al-quran ialah dengan membaca secara tartil, mentadabbur, membayangkan makna ayat di dalam otak serta memperhatikan ayat-ayat al-quran yang memiliki persamaan dan membezakannya antara satu sama lain. Berdasarkan masalah yang tersebut, kata kunci iaitu kad kalimah yang diambil dari kalimah terakhir dalam setiap ayat diperkenalkan dalam tindakan ini bertujuan untuk membezakan kelima-lima kalimah yang mempunyai persamaan tersebut. Kad kalimah digunakan sebagai kata kunci dalam aktiviti ini untuk dilekatkan ke dalam kolum ayat dalam Jadual Pengajaran dan Penilaian Banting Hafazan Masrur bagi melengkapkan ayat satu hingga ayat lima Surah al- c Ᾱdiyᾱt dengan bantuan guru. 21

Seterusnya, saya menekankan kad kalimah tersebut dengan memperkenalkan kad gambar untuk membantu murid mengingat kalimah. Ianya bertujuan menyokong murid memahami dan mengingat kalimah-kalimah tersebut berdasarkan gambar. Mohammad Nizam (2014), mengulas bahawa tadabbur merupakan suatu kemestian dan tuntutan dimana tujuannya adalah untuk difahami dan diikuti. Oleh yang demikian, pengajaran ini membawakan pendekatan kefahaman dalam menguasai suatu hafazan dengan baik. Kemudian, aktiviti diteruskan lagi dengan memperkenalkan pergerakan tertentu yang bersesuaian dengan kata kunci dan kad gambar tersebut. Menurut Suppiah et.al.,(2009), menegaskan bahawa untuk mengekalkan apa yang dipelajari di dalam memori, pembelajaran mestilah seiring dengan pergerakan.aktiviti diakhiri dengan mengukuhkan hafazan murid-murid melalui kaedah tikrar dan kaedah tasmik. Penggunaan kaedah ini adalah bersesuaian dengan Muh. Barid (2015), yang menjelaskan antara metod pengajaran dan pendidikan yang dicadangkan oleh Ibnu Khaldun ialah metod berperingkat-peringkat dan pengulangan dalam pembelajaran. Pada minggu yang terakhir, peserta kajian diedarkan dengan set soalan ujian akhir. Menurut Mohd. Ramzi Omar (1994), menyimpulkan bahawa pendekatan Al-ghazᾱliῑ yang juga turut menitikberatkan penilaian dalam pendidikan dengan membahagikan penilaian kepada tiga bahagian iaitu penilaian harian atau mingguan, penilaian pada peringkat akhir dan penilaian tingkah laku murid-murid adalah bertepatan dengan sistem pendidikan pada zaman ini. Pelaksanaan penilaian tersebut memberi manfaat yang sangat besar bukan sahaja terhadap murid malah terhadap guru untuk menambahbaik amalan pengajaran. REFLEKSI DAPATAN Kaedah Hafazan Masrur berjaya membantu meningkatkan minat murid dalam menghafaz Surah al- c Ᾱdiyᾱt. Dapatan kajian menunjukkan Kaedah Hafazan Masrur yang menekankan pendekatan kefahaman melalui penggunaan kata kunci, ilustrasi gambar dan teknik pergerakan untuk menghafaz dapat membantu meningkatkan minat murid dalam menghafaz Surah al- c Ᾱdiyᾱt. Dapatan melalui catatan nota lapangan dan borang maklum balas membuktikan berlakunya peningkatan minat dalam kalangan peserta kajian setelah tindakan dijalankan. Jadual 3 menunjukkan analisis kekerapan respon peserta kajian yang dicatatkan dalam catatan nota lapangan sepanjang PdPc menghafaz Surah al- c Ᾱdiyᾱt sebelum tindakan dan selepas tindakan dijalankan. Jadual 3 Analisis kekerapan respon peserta kajian semasa PdPc. Masa Sebelum tindakan Selepas tindakan Peserta kajian Banyak termenun g Bosan Tersekatsekat Teragakagak Fokus Seronok Tersenyu m Yakin A / / / / / / / B / / / / / / / / C / / / / / / / / D / / / / / / / Kekerapan 4 4 4 3 4 4 3 4 Peratus (x/4 X 100) 100 100 100 75 100 100 75 100 22

Berdasarkan hasil analisis kekerapan respon peserta kajian dalam Jadual 3 sebelum tindakan dijalankan, dapat disimpulkan bahawa 100% murid menunjukkan tiga jenis respon yang sama semasa PdPc iaitu banyak termenung, bosan dan tersekat-sekat dalam menghafaz. Manakala, bagi respon teragak-agak, hanya 75% murid yang menunjukkan respon tersebut. Murid D tidak menunjukkan respon yang sama kerana dia merupakan salah seorang murid yang aktif dan berani mencuba dalam pembelajaran di kelas. Keempat-empat respon negatif ini memberikan pandangan bahawa kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru masih mempunyai kekurangan untuk ditambahbaik. Namun demikian, hasil respon peserta kajian dalam PdPc selepas tindakan dijalankan pula menunjukkan 100% murid mempunyai peningkatan minat iaitu fokus, seronok dan yakin. Hasil analisa kekerapan dalam merekodkan nilai kekerapan respon bagi fokus, seronok dan yakin ialah 100% manakala nilai respon bagi tersenyum dalam kalangan peserta kajian adalah 75%. Setelah membuat penelitian, saya mendapati murid A tidak menunjukkan respon senyum yang kerap semasa pembelajaran kerana latar belakang murid tersebut menunjukkan dia seorang yang sangat pasif dan pemalu. Hasil dapatan bagi instrumen nota lapangan yang dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian menunjukkan bahawa Kaedah Hafazan Masrur dapat membantu meningkatkan minat pelbagai tahap murid dalam menghafaz Surah al- c Ᾱdiyᾱt. Dapatan ini kemudiannya dikukuhkan lagi dengan hasil analisis maklum balas selepas tindakan dijalankan dimana jawapan bagi soalan 1 dan 3 menunjukkan 100% murid bersetuju bahawa mereka suka belajar dengan menggunakan Kaedah Hafazan Masur dalam menghafaz Surah al- c Ᾱdiyᾱt dan berkeinginan untuk menghafaz surah-surah lain selain Surah al- c Ᾱdiyᾱt dengan menggunakan Kaedah Hafazan Masur sedangkan jawapan mereka sebelum tindakan dijalankan adalah sebaliknya. Kesimpulannya, melalui kaedah maklum balas ini, didapati bahawa Kaedah Hafazan Masrur yang digunakan dalam menghafaz Surah al- c Ᾱdiyᾱt sememangnya berjaya membantu meningkatkan minat murid untuk menghafaz dengan lebih baik. Bagaimana Kaedah Hafazan Masrur berjaya meningkatkan penguasaan murid dalam menghafaz Surah al- c Ᾱdiyᾱt. Bagi membuktikannya, saya juga telah mengggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu melalui analisis dokumen dan borang maklum balas. Jadual 4 menunjukkan analisis kekerapan respon peserta kajian yang dicatatkan dalam catatan nota lapangan sepanjang PdPc menghafaz Surah al- c Ᾱdiyᾱt sebelum dan selepas tindakan dijalankan. Jadual 4 Analisis peratusan markah murid sebelum dan selepas Kaedah Hafazan Masrur digunakan. Murid Sebelum Kajian Latihan Pengukuhan Selepas Kajian Peratusan Peningkatan Markah A 20% 60% 100% 80% B 20% 60% 100% 80% C 20% 60% 100% 80% D 40% 80% 100% 60% Purata Peratusan Peningkatan Markah 75% Dapatan Jadual 4 menunjukkan berlaku peningkatan prestasi skor markah murid bermula dari awal kajian dijalankan sehingga akhir kajian. Peratusan terendah markah dapat dilihat dalam lembaran kerja yang diedarkan sebelum tindakan dimana 23

murid A, B dan C mendapat peratusan markah yang sama iaitu 20%. Manakala Murid D mendapat markah 40%. Secara keseluruhannya, kesemua peserta kajian didapati masih berada di aras yang rendah dalam skala gred akademik yang digunakan dalam kajian ini iaitu pada tahap lemah dan memuaskan. Namun demikian, hasil pelaksanaan Kaedah Hafazan Masrur, kesemua peserta kajian berjaya mendapat markah 100% dalam ujian selepas tindakan dijalankan dengan peningkatan markah sebanyak 80% bagi tiga orang peserta kajian dan 60% bagi seorang peserta kajian. Purata peratusan peningkatan markah murid adalah sebanyak 75%. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa Kaedah Hafazan Masrur dapat membantu dalam meningkatkan penguasaan murid menghafaz Surah al- c Ᾱdiyᾱt. Dapatan tersebut juga telah dapat dibuktikan melalui hasil maklum balas murid dimana dapatan menunjukkan 100% murid bersetuju bahawa Surah al-ᶜᾱdiyᾱt mudah dihafaz dan difahami maksudnya serta mereka tidak lagi mudah keliru dalam menghafaz dengan menggunakan Kaedah Hafazan Masrur. Jawapan tersebut adalah berbeza dengan jawapan mereka sebelum tindakan dijalankan dimana 100% murid mengatakan bahawa surah tersebut sukar dihafaz, mereka tidak memahami maksud ayat dan mereka keliru dalam menghafaz surah tersebut. Tuntasnya, dapatan tersebut menunjukkan bahawa Kaedah Hafazan Masrur berjaya membantu meningkatkan penguasaan murid dalam menghafaz Surah al-ᶜᾱdiyᾱt. REFLEKSI Kesan Terhadap Peserta Kajian Kajian Penyelidikan Tindakan ini telah berjaya memberi impak yang positif dapat dilihat dalam kalangan peserta kajian dimana Kaedah Hafazan Masrur yang digunakan dapat mengubah tanggapan murid terhadap pembelajaran dalam Bidang al-quran yang sering kali dianggap sukar dan membosankan. Zaman ini telah berubah dan guru perlu menambahbaik kemahiran dan pengetahuan agar sesuai dengan keperluan zaman (Mohammed Sani, 2005). Selepas tindakan dijalankan, perubahan tanggapan dapat dilihat apabila murid seronok dan tersenyum menunjukkan bahawa mereka berminat untuk mempelajari al-quran dalam Bidang Hafazan. Ianya dikukuhkan lagi dengan pernyataan mereka dalam borang maklum balas yang mempersetujui bahawa mereka berminat dengan pembelajaran Kaedah Hafazan Masrur untuk menghafaz Surah al- c Ᾱdiyᾱt dan berkeinginan untuk menghafaz surah-surah lazim yang lain dengan menggunakan kaedah tersebut. Hal demikian menunjukkan bahawa tanggapan negatif peserta kajian terhadap bidang hafazan al-quran dapat ditepis dan digantikan dengan kecintaan terhadap al-quran dengan lebih mendalam. Seterusnya, kajian ini juga mampu menghilangkan kekeliruan murid dalam penyusunan ayat Surah al- c Ᾱdiyᾱt yang seterusnya mampu membantu meningkatkan penguasaan murid dalam menghafaz surah tersebut. Penguasaan ini bukan sahaja berkesan dalam tempoh masa yang singkat, namun ianya juga berkesan untuk mengekalkan hafalan dalam jangka masa yang panjang. Tempoh masa kajian yang dijalankan secara berperingkat-peringkat dapat membuktikan bahawa murid mampu mengingat pembelajaran dengan menggunakan Kaedah Hafazan Masrur dalam jangka masa yang lama. Bukan itu sahaja, murid juga berpeluang untuk mempelajari dan mendalami al-quran dengan lebih mendalam semasa sesi pembelajaran. Lisdawati (2012) menyimpulkan pendapat Abu Hanifah tentang tujuan pengajaran iaitu untuk memahami hakikat diri, mempelajari ilmu dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Pembelajaran 24

menggunakan Kaedah Hafazan Masrur yang menekankan teknik kefahaman untuk menghafaz memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk menjadikan al-quran sebagai panduan dan pedoman hidup. Kesan Terhadap Amalan Kendiri. Dalam metod pengajaran menggunakan Kaedah Hafazan Masrur, gabungan kaedah tradisional dan kaedah moden dalam mengajar membantu dan mendorong saya mempelbagaikan kaedah pengajaran agar memberikan kesan yang positif terhadap murid-murid. Pemilihan kaedah dan bahan yang bersesuaian dengan kepelbagaian jenis murid dan gaya pembelajaran melatih saya untuk lebih prihatin dan berusaha untuk memperbaiki amalan kendiri dari semasa ke semasa. Kepelbagaian kaedah dan bahan yang digunakan dalam kajian ini membuahkan hasil dapatan yang amat menarik dan memberi kesan terhadap amalan kendiri saya sendiri. Kesan Terhadap Amalan Sebagai Penyelidik Selain itu, kajian ini diharapkan dapat disebar luas dan dikongsikan dalam kalangan pendidik khususnya terhadap Guru-guru Pendidikan Islam (GPI) bagi membantu menambahbaik dan memperkembangkan lagi amalan pedagogi Pendidikan Islam. Kepimpinan yang terbaik mampu meningkatkan keberhasilan murid dan membimbing diri dan rakan sekerja ke arah matlamat yang hendak dituju (Abdullah et.al., 2007). Nabi Muhammad juga merupakan contoh pendidik dan penyelidik yang pertama dalam Islam dimana Zainal (2014) menerangkan peranan Rasulullah sebagai pendidik yang ideal dapat dilihat melalui usaha baginda dalam menambahbaik lembaga pendidikan selepas berhijrah ke Madinah. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN Sekiranya saya diberi peluang untuk melaksanakan Kaedah Hafazan Masrur di sekolah kelak, saya berhajat untuk memantapkan lagi penggunaan Kaedah Hafazan Masrur dengan menjadikan ianya sebagai kaedah rutin dalam bacaan rutin setiap pagi sebelum memulakan pembelajaran. Perkembangan kaedah juga boleh diadakan dengan meneruskan kajian Kaedah Hafazan Masrur tersebut terhadap enam ayat yang seterusnya dalam Surah al- c Ᾱdiyᾱt. Bukan itu sahaja, kaedah tersebut juga boleh diaplikasikan untuk surah-surah lain selain Surah al- c Ᾱdiyᾱt. Penggunaan Hasil pelaksanaan budaya tersebut sudah pasti dapat memantapkan lagi penguasaan murid dalam menghafaz surah-surah lazim yang menggabungkan pelbagai kaedah pengajaran yang bersesuaian. RUJUKAN Abdullah al-qari Solleh (1994). 14 Amalan Manusia Tak Dapat Bau Syurga. Kuala Lumpur : Dinie Sdn. Bhd. Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed, & Abdul Ghani Abdullah. (2007). Guru sebagai pemimpin. Kuala Lumpur: PTS Profesional. Ackroyd, S. & Hughs, J. (1992) Data collection in context. Second edition. Harlow :logman. Amjad Qasim. (2014). Hafalan al-quran dalam sebulan. Kuala Lumpur: Jundi Resources. 25

Lisdawati (2012). Sistem Pendidikan Islam Dalam Pemikiran Imam Abu Hanifah. Jurnal Pemikiran Islam, 37(1), 1-6. Mohammad Nizam. (2014). Memburu Keberkatan Ilmu. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. Mohammed Sani Ibrahim (2005). Teacher Education Reforms and Teacher Professional Standards: How can we helps tachers to cope with the changes and challenges in education? Kertas Kerja Persidangan Antarabangsa ke-12 Rangkaian Penyelidikan Literasi dan Pendidikan dalam Pemblajaran di Fakulti Pendidikan. Universiti Granada, Sepanyol, 11-14 Julai 2005. Mohd. Ramzi Omar. (1994). Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun dan Al-Qabisi. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Nur (2014). Prophetic Parenting: Cara Nabi Mendidik Anak. Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise Sdn. Bhd. Muh. Barid Nizaruddin Wajdi (2015). Pendidikan Ideal Menurut Ibnu Khaldun Dalam Muqaddimah. JURNAL LENTERA: Kajian Keagamaan, Keilmuan dan Teknologi. 1(2), 274-283. Muslim (2016). Konfigurasi Pemikiran al-qabisi Tentang Pendidikan Islam. POTENSIA: Jurnal Kependidikan Islam, 2(2), 199-211 Rahman Afandi. (2013). Kepimpinan dalam Pendidikan Islam. INSANIA, 18(1), 95-116. Suppiah, Kamarulzaman, Abd.Aziz, Ramlah, Roslinda & Hazalizah. (2009). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd Zainal Efendi (2014). Profil Rasulullah SAW Sebagai Pendidik Ideal dan Kontribusinya Terhadap Pengembangan Pendidikan Islam di Indonesia. Jurnal FITRAH, 8(2), 199-218. 26