UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GAYA PENGAJARAN PENSYARAH DI SEBUAH MAKTAB PERGURUAN TERPILIH DARI PERSEPSI GURU PELATIH JAMALULLAIL BIN ABDUL WAHAB

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan: Satu Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. 1.0 PENGENALAN sejarah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

PENILAIAN PENGETAHUAN

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

KAEDAH PAMERAN DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN GURU PELATIH KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH.

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT PELAJAR BERASASKAN KOMPUTER DI MAKTAB PERGURUAN. Oleh NIZAM BIN ABD LATIB

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEPUASAN KERJA PENSYARAH DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA DI MAKTAB PERGURUAN ISLAM BANGI RUSLI BIN ABDULLAH FPP

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTEGRASI KEFAHAMAN BERAGAMA DALAM AMALAN KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

Transcription:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GAYA PENGAJARAN PENSYARAH DI SEBUAH MAKTAB PERGURUAN TERPILIH DARI PERSEPSI GURU PELATIH JAMALULLAIL BIN ABDUL WAHAB FPP 1998 51

GA VA PENGAJARAN PENSYARAH DI SEBUAH MAKTAB PERGURUAN TERPILm DAR! PERSEPSI GURU PELATIH OLEH JAMALULLAIL BIN ABDUL W ARAB MASTER SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1998

Adalah disahkan bahawa saya telah membaca dan menyemak kertas projek ini yang bertajuk "Gaya Pengajaran Pensyarah Di Sebuah Maktab Perguruan Terpilih Dari Persepsi Guru Pelatih" oleh Jamalullail bin Abdul Wahab Dengan ini diperakui, bahawa kertas projek ini memenuhi syarat dan kelayakan bagi keperluan Ijazah Master Sains (Pembangunan Sumber Manusia) SHAMSUDDIN AHMAD, Ed D Pensyarah, Jabatan Pendidikan Pengembangan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (Penyelia) Tarikh: f( q'fj J-(; Dr Bahama Abu Samah, Ph D Pensyarah, Jabatan Pendidikan Pengembangan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (Pemeriksa) Tarikh:, ' "

PENGHARGAAN Alhadulillah, syukur ke hadrat Allah Yang Maha pengasih lagi Amat Penyayang kerana dengan limpah kurnianya, saya dapat menyempurnakan projek kajian penyelidikan ini Saya dengan penuh iltizam serta keikhlasan ingin mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada yang berbahagia Dr Shamsuddin Ahmad, EdD pensyarah Jabatan Pendidikan Pengembangan, Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia Beliau telah memberikan bimbingan, bantuan, galakan, tunjukajar dan idea yang bernas, jelas serta mudah difahami tanpa jemu disepanjang proses penyiapan kajian projek ini Semoga jasa dan keringat yang beliau curahkan akan mendapat pembalasan Allah hendaknya Kepada pemeriksa kertas projek Dr Bahaman Abu Samah PhD diucapkan ribuan terima kasih kerana telah menjalankan pemeriksaan dengan teliti dan terpuji ke atas kajian projek saya ini Di samping itu saya juga ingin mengucapan terima kasih kepada semua para pensyarah di Jabatan Pendidikan Pengembangan kerana telah banyak memberikan ilmu dan pendidikan yang mendorong sehingga kajian projek ini berjaya disempurnakan Dikesempatan ini saya turut terpanggil untuk merakamkan terima kasih kepada Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia kerana telah memberikan kelulusan cuti belajar tanpa gaji kepada saya Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Bahagian Pendidikan Guru khususnya Pengetua Maktab iii

Perguruan Kuala Terengganu kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk menggunakan guru pelatih maktabnya sebagai responden kajian ini Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada guru-guru pelatih semester akhir sesi 1997 kerana telah bersetuju untuk menjadi responden kajian ini Dipohonkan doa serta kasih sayang buat honda Unaizah bt Hj Shahuddin dan ayahanda Abdul Wahab Hj Karim (Allahyarham) yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraan kami sekeluarga, juga kepada kedua ayahanda dan bonda mertua Mahmood dan Maharomi yang sentiasa memberikan semangat serta galakan, juga pengorbanan isteri tersayang Norlisana bt Mahmood serta anakanda-anakanda tercinta Azlan Jailani Norazreen, Abdul Rahman, Mirzan Hidayat dan Anim Hikayah Penghargaan dan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan kajian projek ini Semoga kajian projek ini mendapat keberkatan hendaknya, insyaallah IV

KANDUNGAN Muka Surat PENGHARGAAN 111 SENARAI JADUAL, Vlll SENARAI RAJAH, '",,, ABSTRAK ABSTRACT,,,,, IX Xl Xlll BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan,, Kenyataan Masalah,,,,,, ObjektifKajian,,,, K epentlngan K ajlan " Skop Kajian,,, L lmltasl 'K" ajlan, Andaian Kajian, Definisi Operasional,, 1 5 7 8 9 10 10 10 II TINJAUAN LITERATUR Dimensi dan Konsep Gaya Pengajaran,, 12 Teori Gaya Pengajaran 19 Kajian-Kajian Lepas Mengenai Gaya Pengajaran 21 v

Muka surat Rumusan,, 24 ill METODOLOGI KAJIAN Rekabentuk Kajian, Skop Kajian, Populasi Kajian, Sampel Kajian, Instrumen Kajian,,,,, " Prauj i Instrumen, Pengumpulan Maklumat, Analisis Data, 25 26 26 27 29 32 33 34 Pembolehubah Kajian " 0 0, 34 IV RASa KAJIAN DAN PERBINCANGAN Latar Belakang Responden 0 0, 0 0 36 Persepsi Terhadap Gaya Pengajaran Keseluruhan 37 Persepsi Terhadap Dimensi BBM 0 0 0 0 0 0 0 0 38 Persepsi Terhadap Tingkahlaku Kognitif 40 Persepsi Terhadap Dimensi Kemesraan,, 42 Persepsi Terhadap Dimensi Dorongan dan Kesungguhan 44 VI

Mukasurat V RINGKASAN, KESIMPULAN, IMPILKASI DAN CADANGAN Latar Belakang Permasalahan Kajian,,, 49 Pernyataan Masalah,,,,, 50 Objektif Kajian Metodologi Kajian Penemuan Kajian Kesimpulan Kajian '",,,,,,, 51,,,,, 51,,,, 52,, 54 Implikasi, ' ",, 54 Cadangan Kajian Lanjutan 55 RUJUKAN 57 LAMPIRAN,,,,, 60 Vll

SENARAIJADUAL Jadual MukaSurat 1 Saiz Sampel Mengikut Kelas dan Peratusan 28 2 Pemeringkatan Skor Item-Item Gaya Pengajaran 30 3 Dimensi Gaya Pengajaran Pensyarah dan Item 31 4 Contoh Item Setiap Dimensi Gaya Pengajaran 32 5 Taburan Responden Mengikut Jantina 37 6 Taburan Responden Mengikut Bangsa 38 7 Skor Dimensi Gaya Pengajaran Keseluruhan 39 8 Skor dan Kekerapan Dimensi BBM 39 9 Peratusan Skala Item Dimensi BBM 41 10 Skor dan Kekerapan Dimensi Tingkahlaku Kognitif 42 11 Peratusan Skala Item Dimensi Kognitif 43 12 Skor dan Kekerapan Dimensi Kemesraan 45 13 Peratusan Skala Item Dimensi Kemesraan 46 14 Skor dan Kekerapan Dimensi Dorongan dan Kesungguhan 47 15 Peratusan Skala Item Dimensi Dorongan 48 Vlll

SENARAI RAJAH Rajah 1 Gaya Pengajaran Pensyarah Dalam Kelas 2 Pengamatan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik MukaSurat 21 22 IX

Abstrak Kajian Projek yang dikemukan kepada Jabatan Pendidikan Pengembangan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi sebahagian daripada kepeduan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Sains GAYA PENGAJARAN PENSYARAB DI SEBUAB MAKTAB PERGURUAN TERPILm DARI PERSEPSI GURU PELATIB Oleh JAMALULLAIL BIN ABDUL W ABAB MAC 1998 Penyelia: Dr Shamsuddin Ahmad, Ed D Fakulti: Pengajian Pendidikan Gaya pengajaran pensyarah maktab perguruan boleh memberi kesan kepada pre stasi guru-guru pelatih Sehubungan dengan itu adalah penting untuk dikenalpasti persepsi guru-guru pelatih terhadap gaya pengajaran pensyarah supaya pensyarah maktab perguruan boleh melakukan perubahan yang positif terhadap gaya pengajarannya Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru pelatih terhadap gaya pengajaran pensyarah maktab perguruan dan kajian ini juga menentukan profil gaya pengajaran pensyarah yang disukai oleh guru-guru pelatih bagi tiap-tiap dimensi gaya pengajaran x

Sejumlah 145 guru-guru pelatih semester akhir Maktah Perguruan Kuala Terengganu dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah Soal selidik telah ditadbir sendiri oleh pengkaji bersama dua pembantu Data telah dianalisis menggunakan program Statistical Packge for Sosial Science (SPSS) for MS Window Release 60 Hasil kajian mendapati gaya pengajaran pensyarah maktab perguruan yang paling disukai oleh guru pelatih ialah gaya pengajaran dimensi Tingkahlaku Kognitif Manakala bagi profil gaya pengajaran yang disukai bagi tiap-tiap dimensi adalah seperti berikut: bagi Dimensi Tingkahlaku Kognitif pensyarah ialah kebolehan pensyarah menyampaikan idea pengajarannya dengan cekap; bagi Dimensi Kemahiran Menyoal dan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) ialah kebolehan pensyarah menggunakan pelbagai BBM dalam pengajarannya; bagi Dimensi Kemesraan ialah kesediaan pensyarah sentiasa berusaha mengetahui namanama guru pelatihnya dan bagi Dimensi Kesungguhan serta Dorongan pula guru pelatih paling menyukai pensyarah yang sentiasa bersemangat semasa mengajar Rumusan yang boleh dibuat hasil daripada penemuan kajian ini ialah: 1) Pensyarah maktab yang mempunyai kemahimn dan kebolehan seperti menyampaikan idea dengan cekap, merancang pengajaran dengan baik, menerangkan konsep pengajaran dengan jelas dan mudah, mengetahui tahap kefahaman guru pelatih, menunjukkan contoh-contoh yang sesuai dengan matapelajaran serta pengalaman sedia ada guru pelatih merupakan pensyarah yang paling disukai oleh guru pelatih Xl

2) Pensyarah maktab perguruan yang mempunyai kemahiran dan kebolehan seperti di atas berkemungkinan dapat meningkatkan tahap pembelajaran dan prestasi akademik guru pelatih Adalah dicadangkan supaya maktab-maktab perguruan akan menggunakan hasil kajian ini bagi menghasilkan pensyarah-pensyarah maktab perguruan yang mempunyai gaya pengajaran yang benar-benar berkesan Sekiranya pensyarah mempunyai gaya pengajaran yang disukai oleh guru pelatih, InsyaAllah pembelajaran menjadi lebih berkesan dan akan tercapailah objektif maktab perguruan untuk melahirkan guru-guru yang berkualiti dan berketrampilan Xli

Abstract of Research Project submitted to the Department of Extension Education, Faculty of Educational Studies, University Putra of Malaysia in partial fulfillments for the degree of Master of Science LECTURER TEACHING STYLES IN A CHOOSEN TEACHERS TRAINING COLLEGE BY PERCEPTION OF TEACHER TRAINEES By JAMALULLAIL BIN ABDUL W ARAB APRIL 1998 Supervisor: Faculty: Dr Shamsuddin Ahmad Ed D Educational Studies Teaching styles in general affects perfonnance In teacher training, styles adopted by teacher trainers can have pertinent effects on the perfonnance of teacher trainees Thus there is need to detennine how teacher trainees perceive teaching styles adopted by teacher trainers with the hope that positive changes can be made in the ways and approaches that teacher trainers teach to facilitate effective teaching and learning This study looks into this aspect of teacher training It was the objective of detennining the perception of teacher trainees on teaching styles among teacher trainers This study consequently tries to determine teaching style profiles which are deemed preferable among teacher trainees Xlll

The sampling for the study is 145 teacher trainees in their last semester of study in Maktab Perguruan Kuala Terengganu Asimple random sampling was utilised Questionnaires were administered by the writer along with two collegues Data analysis was carried out using the SPSS for MS Windows Release 60 The study shows that teaching styles deemed most preferred by teacher trainees is the Cognitive Behavioural dimension Teaching style profiles most preferred among all dimensions in the overall domain of teaching styles are as follows: the competency of delivering ideas effectively in the Cognitive Behavioural dimension, the utilisation of variuos teaching materials and resources in the dimension of Questioning Skills and Use of Teaching Material and Resources, and the skill of remembering trainees by their names in the dimension of Enthusiasm and Motivation The research concludes two main findings: 1) Lecturer traits and skill such as forward ideas effectively, plan lessons well, explain clear and precise teaching concepts, know trainee understanding level, give appropriate examples in accordance to trainees experiences, come up with precise and clear to the point 2) Lecturers with the above traits and skills are most likely to enhance teacher tra inee learning effectiveness It is hoped that these findings are taken into account and utilised by teacher trainers in the persuit of producing high quality and competent teachers XlV

BAB I PENDABULUAN Pengenalan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah menggariskan kepentingan memberikan pendidikan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi sebagai matlamat untuk melahirkan rakyat yang berketrampilan dan berupaya menyumbang kepada negara Maktab Perguruan sebagai sebuah organisasi sosial dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan matlamat FPN ini Peranan Maktab Perguruan Kepentingan fungsi Maktab Perguruan dalam pembangunan negara, memperlihatkan setiap pensyarah maktab perguruan mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing yang mesti dilaksana1<an sepenuhnya Pelaburan dalam pendidikan guru secara langsung menentukan kualiti pendidikan yang akan diperolehi oleh generasi yang bakal memakmurkan negara pada masa akan datang Sehubungan dengan itu kita dapat melihat peranan institusi keguruan dalam menentukan tercapai atau tidaknya matlamat pembangunan negara 1

2 Secara khususnya peranan utama institusi keguruan di negara kita ialah untuk melatih dan menghasilkan guru-guru terlatih sekolah rendah dan menengah Berdasarkan peranan utama tersebut, institusi keguruan perlu menjurus kepada dua fungsi penting iaitu; 1) penyediaan guru untuk mengajar, dan 2) penyediaan guru untuk bertugas di sekolah Peranan Pensyarah Maktab Perguruan Dalam birokrasi pentadbiran maktab perguruan, peranan dan tanggungjawab pensyarah yang utama ialah membentuk guru pelatihnya supaya menjadi insan yang pakar, serba boleh dan bersedia berkhidmat untuk kemajuan negara Gaya pengajaran pensyarah di dalam kelas dapat menyumbang ke arah melahirkan guru-guru yang berkualiti, berwibawa dan berketrampilan Rumusan beberapa penyelidik pendidikan, antaranya Maehr (1990), Abdul Rahim (1990), Landbeck (1990) dan Cheng (1993), mendapati gaya pengajaran pensyarahlah yang menjadi pemangkin bagi iklim kelas, minat gurupelatih, motivasi pembelajaran, keberkesanan pembelajaran serta peningkatan ilmu dan pengalaman guru pelatih Untuk melaksanakan tugas pensyarah untuk 'mendidik guru', pensyarah perlu mempunyai kemahiran 'gaya pengajaran seperti kemahiran mengawal kelas, menyoal, menggunakan bahan bantu mengajar, mewujudkan iklim positif kelas, memotivasikan guru pelatih serta berupaya membenteras unsur-unsur negatif di kalangan guru pelatih seperti bosan, malas, ponteng kelas dan pelbagai masalah disiplin lain

3 Kepentingan Gaya Pengajaran Gaya pengajaran pensyarah dalam kelas (unit kecil dalam institusi maktab perguruan), akan menentukan sarna ada guru pelatihnya berkemarnpuan menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara dengan kemahiran gaya pengajarannya serta kepakaran profesionalisme perguruan atau sebaliknya Andaian ini berasaskan daripada kajian Cheng (1993) yang mendapati wujudnya pengaruh iklim bilik datjah terhadap keberkesanan pembelajaran dan seterusnya peningkatan pencapaian guru pelatih Dalam kajian tersebut, pensyarah dirumuskan sebagai mampu mencorak iklim sosial dan iklim fizikal kelas yang akan memotivasikan guru pelatih untuk berusaha memperbaiki tahap pencapaian mereka Fungsi pensyarah sebagai fasilitator selalunya terabai dengan keghairahannya untuk memindahkan ilmu kognitif kepakarannya tanpa melihat samada gaya pengajarannya disukai oleh guru pelatih atau tidak Perkaitan antara pencapaian guru pelatih dan gaya pengajaran telah dibuktikan wujud Oleh itu untuk meningkatkan keberkesanan pengajarannya, seseorang pensyarah itu haruslah mencorakkan gaya pengajaran yang disukai oleh guru pelatih itu sendiri Dalam hal ini seseorang pensyarah itu hendaklah bersikap terbuka menerima pandangan serta teguran membina yang dilontarkan oleh guru pelatih terhadap gaya pengajaran pensyarah

4 Hubungan Antara Gaya Pengajaran dengan Pembelajaran Gaya pengajaran yang berkesan seharusnya dapat mencorakkan iklim kelasya yang merangkumi aspek fizikal dan aspek emosi kelas Aspek fizikal kelas melibatkan perancangan dan pengorganisasian perkara yang berkaitan dengan kemudahan-kemudahan pembe1ajaran dalam kelas seperti komputer, bahan bantuan mengajar, sudut aktiviti dan pameran dan berbagai perabot lain dengan sempurna Suasana emosi kelas Iebih penting dari suasana fizikal kerana waiau bagaimana idealnya suasana fizikal kelas, kepincangan suasana emosi akan memantulkan tahap pembelajaran guru pelatih yang tergugat motivasinya dengan gangguan emos} yang dialami Penentuan emosi kelas menggabungjalinkan aspek - aspek seperti kawalan sikap dan ekspektasi pensyarah mengenai pencapaian guru pelatihnya, sistem dan nilai kepercayaan peribadinya dalam sesuatu tindakannya, serta teknik kawalan kelas yang dipraktikkannya Kawalan positif seperti pemberian markah, pujian, galakan, persaingan, perlonggaran aturan dan ganjaran ekstrinsik dijadikan amalan, manakala kawalan negatif seperti dendaan, sindiran, berdendam dan tidak memberi ganjaran hams dielakkan Iklim pembelajaran terikat juga dengan suasana sosial bilik darjah, interaksi antara pensyarah dan guru pelatih, sesama guru pelatih serta dalam kerja berkumpulan menentukan tahap pencapaian objektif pengajaran pensyarah, interaksi dua hala dan secara berkumpulan merupakan iklim sosial pembelajaran

5 yang paling berkesan seperti yang telah dikaji oleh Flanders (1970) serta penyelidik - penyelidik lain Narnun begiru, aktiviti berkumpulan memerlukan kawalan pensyarah supaya keadaan disiplin dan kemesraan sesama ahli wujud Hanya guru yang bertindak sebagai fasilitator, bukannya sebagai ketua yang autoritatif sahaja yang berjaya mewujudkan interaksi positif ini Gaya pengajaran seseorang pensyarah itu boleh memberi kesan kepada pencapaian akademik guru pelatih Zahrah Bahran (1996) mendapati guru pelatih yang mempunyai prestasi akademik yang tinggi mempunyai pensyarah yang menunjukkan gaya pengajaran yang mantap Kesimpulan dari perbincangan di atas mendapati gaya pengajaran pensyarah haruslab disesuaikan dengan kehendak (keperluan) guru pelatih bagi memastikan proses pembelajaran mereka berlaku dengan berkesan Walaupun pentadbiran maktab, status, sejarab maktab dan pelbagai perkara lagi menyumbang ke arab peningkatan pencapaian tetapi penglibatan pensyarab yang secara langsung dengan guru pelatih, meletakkan mereka sebagai punca dan penyebab untuk mencorakkan proses pembelajaran guru pelatih dalam banyak aspek, sarna ada melalui pengajaran formalnya, cara dirinya bertindak atau budaya amalannya yang mungkin menjadi tahap ukuran ikutan guru pelatih Oleh itu, gaya pengajaran pensyarab haruslah sentiasa diperbaiki serta diubahsuai supaya menjadi gaya pengajaran yang disukai oleh guru pelatih Dengan ini, kajian mengenai persepsi guru pelatih terhadap gaya pengajaran pensyarah maktab perguruan penting untuk memastikan guru-guru pelatih yang dihasilkan oleh maktab perguruan berkualiti serta sentiasa berkebolehan untuk mendidik pelajar-pelajar di sekolah dalam apa keadaan sekalipun

6 Kenyataan Masalah Maktab perguruan sebagai sebuah institusi pendidikan dan pensyarah maktab sebagai pendidik kepada bakal-bakal guru perlu mengambil kira maklumat-maklumat serta dapatan-dapatan terbaru dalam bidang pendidikan dalam usaha untuk menghasilkan bakal-bakal guru yang berkesan Namun berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pihak sekolah dan pensyarah maktab berhubung dengan pre stasi guru pelatih masih kurang berkualiti dapat dilihat sebagai satu masalah dalam pemindahan pembelajaran Ketidakmampuan guru pelatih memperlihatkan prestasi yang cemerlang dalam tugasan kerja kursus secara proses, keputusan peperiksaan, interaksi semasa kuliah dan juga semasa menjalani praktikum menggambarkan terdapatnya kelemahan dalam proses pemindahan pembelajaran kepada guru pelatih Salah satu daripada punca masalah ini ini adalah yang berkaitan dengan kegagalan pensyarah mengambil kira gaya pengajaran yang disukai oleh guru pelatih Ketiadaan padanan di antara gaya pengajaran pensyarah gaya pengajaran yang disukai oleh guru pelatih boleh mengakibatkan pemindahan pembelajaran yang kurang sempurna lni diakui oleh Dunn (1990) yang mengatakan bahawa 'kegagalan pelajar bukan disebabkan oleh kurikulum Pelajar boleh menguasai hampir kesemua subjek yang dipelajari jika diajar dengan cara dan pendekatan yang mengambil kira gaya pengajaran yang disukai oleh pelajar Sebaliknya pelajar yang sama akan gagal

7 jika diajar dengan cara yang tidak mengambil kira gaya pembelajaran yang disukai oleh pelajar' Atas kesedaran bahawa masih belum banyak kajian tempatan tentang gaya pengajaran pensyarah dijalankan, adalah dirasakan bahawa satu kajian mengenai perkara ini patut dijalankan supaya pengajaran dan pembelajaran yang efektif dapat dicapai di maktab perguruan Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya pengajaran pensyarah Maktab Perguruan Kuala Terengganu yang disukai oleh guru pelatih Secara spesifiknya kajian ini cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan seperti: 1) Apakah jenis gaya pengajaran di kalangan pensyarah yang disukai oleh guru-guru pelatih Maktab Perguruan Kuala Terengganu (MPKT) 2) Bagaimanakah profil gaya pengajaran yang disukai oleh guru pelatih bagi bagi tiap-tiap dimensi gaya pengajaran Objektif Kajian Objektif Umum Objektif umum kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi guru pelatih terhadap dimensi dan profil dimensi gaya pengajaran pensyarah maktab perguruan Objektif khusus Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk menentukan:

8 1 Dimensi gaya pengajaran pensyarah MPKT yang paling disukai oleh guru pelatih dari persepsi guru-guru pelatih semester akhir MPKT 2 Profil dimensi gaya pengajaran pensyarah MPKT yang paling disukai oleh guru pelatih bagi tiap-tiap dimensi gaya pengajaran Kepentingan Kajian Hasil kajian ini memberi faedah kepada pensyarah sebagai pendidik untuk menghasilkan guru pelatih yang berkesan Ini adalah kerana pengetahuan kemahiran yang mantap tentang gaya pengajaran di kalangan pensyarah dapat membantu mereka menyediakan teknik yang sesuai untuk melayani keperluan gaya pengajaran yang pelbagai dikalangan guru pelatih Perancangan yang lebih teliti ini sudah tentu akan memberi manfaat kepada guru pelatih dalam proses pengajaran dan pembelajaran Melalui kajian ini juga diharapkan pensyarah sedar akan gaya pengajaran yang diamalkan oleh mereka Pensyarah dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mencuba sedaya upaya mengatasi kelemahan yang ada dan mengubahsuai gaya pengajaran kepada gaya ' pengajaran yang disukai guru pelatih Kajian ini juga dapat memberi sumbangan kepada teori-teori yang berkaitan dengan gaya pengajaran dan pembelajaran seperti Teori Gaya Pengajaran Perin (1990) yang mengatakan pencapaian yang tinggi dalam pembelajaran akan tercapai

9 apabila gaya pengajaran pensyarah dipadankan dengan gaya pengajaran yang disukai oleh guru pelatih Skop Kajian Kajian ini menumpukan perhatian kepada gaya pengajaran pensyarah di MPKT yang disukai oleh guru pelatih oleh guru pelatih Kajian ini dibataskan kepada guru-guru pelatih semester akhir sesi 1996/1997 MPKT lanya hanya meliputi pengalaman guru pelatih selama dua semester bagi guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan ljazah/lepasan Diploma dan enam semester bagi guru pelatih Kursus Perguruan Asas Alat ukur untuk menguji gaya pengajaran pensyarah diambil daripada kajian Ahmad Zaidi (1990) yang telah disesuaikan untuk menepati tujuan kajian ini Dijangka ralat mungkin wujud dalam proses penyesuaian ini Pembolehubah yang dikaji dalam kajian ini terhad kepada empat dimensi sahaja iaitu: 1) Kemesraan pensyarah, 2) Tingkahlaku kognitif pensyarah, 3) Kemahiran menyoal dan menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan 4) Kesungguhan dan dorongan pensyarah Pembolehubah-pembolehubah ini akan dibentatlg secara lebih terperinci dalam Bab TIl Kesimpulan kajian ini terbatas kepada maklumbalas soal selidik kajian, daripada jawapan guru-guru pelatih yang diandaikan menjawab setiap item soalan

10 dengan betul serta memberikan respons yang sebenamya dialami untuk dimensi gaya pengajaran pensyarah yang disukai oleh mereka Limitasi Kajian Kajian ini dijalankan kepada guru-guru pelatih semester akhir di Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Terengganu Penyelidik tidak dapat menjalankan kajian di maktab-maktab perguruan seluruh Malaysia kerana kekurangan sumber kewangan dan mempunyai masa yang terhad Hasil kajian yang diperolehi mungkin tidak sesuai digunakan untuk membuat generalisasi bagi semua maktab perguruan di Malaysia Andaian Kajian Kajian ini membuat andaian bahawa guru-guru pelatih di maktab perguruan mempunyai persepsi yang tertentu terhadap gaya pengajaran pensyarah yang disukai oleh mereka Andaian lain yang boleh dibuat ialah minat guru-guru pelatih terhadap gaya pengajaran pensyarah maktab perguruan akan memberi kesan kepada pembelajaran Definisi Operasional Gaya Pengajaran - Profil pengajaran termasuklah pendekatan, kaedah dan teknik yang dipraktikkan oleh seseorang pensyarah semasa memyampaikan pengetahuan serta kemahiran kepada guru pelatih Biasanya dalam proses pengajaran pelbagai gaya