Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

Similar documents
Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

APLIKASI ROBOT ḤAJARUL ASWAD DALAM MEMBANTU MENGINGAT PERISTIWA PERLETAKAN ḤAJARUL ASWAD PENDIDIKAN ISLAM

PENGGUNAAN B-PoP: RASULULLAH, KEKASIH ALLAH DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI DAN MENGINGAT KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Oleh. Syed Mohd Solehin bin Wan Sarip ABSTRAK

Sesi taklimat untuk ibu bapa/waris. Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah Hougang

PENGGUNAAN KAEDAH COCOM UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGENAL PASTI DAN MEMBANDING BEZA KEDUDUKAN KERAJAAN MELAYU AWAL SERTA GEOGRAFINYA.

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

KAEDAH PAMERAN DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN GURU PELATIH KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH.

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

PELAKSANAAN TUGASAN DIALOG TENTANG ISLAM MENERUSI FACEBOOK DALAM KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAKWAH

ANALISIS STRUKTUR FOKUS DALAM KOMUNIKASI ARAHAN GURU DALAM BILIK DARJAH

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HAFAZAN MASRUR DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN MINAT DAN PENGUASAAN MURID UNTUK MENGHAFAZ SURAH AL- C ᾹDIYᾹT

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

1. Kekuatan. 2. Kelemahan. 3. Langkah Mengatasi

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PENGGUNAAN SUPER AYAT DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SECARA MEKANIS MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Norhadi Anwar bin Tamit

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

CLASSROOM TECHNIQUES USED TO IMPROVE STUDENTS SPEAKING SKILL: A NATURALISTIC STUDY AT ENGLISH TUTORIAL PROGRAM AT UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH SURAKARTA

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

KAJIAN AWAL PENGGUNAAN TEKNIK FONIK DALAM PEMBANGUNAN APLIKASI MOBIL FONIK: BACALAH SAYANG

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Sesi taklimat untuk ibu bapa

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

Persepsi Guru Terlatih Dan Guru Pelatih Terhadap Pengajaran Berkesan: Satu Kajian Grid Repertori. oleh

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Application [Logik & Aplikasi]

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

PENILAIAN PENGETAHUAN

LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Transcription:

46 R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran Hairani Sani hairani_sani@moe.edu.sg Ibrizi Ishak ibrizi_ishak@moe.edu.sg Sekolah Rendah Woodlands Abstrak Tugasan penulisan yang berdasarkan karangan bergambar pasti dapat dijangka oleh murid. Hal ini boleh menimbulkan rasa bosan dalam kalangan mereka. Penulisan mereka juga sering terbatas dalam penulisan yang berformatkan peperiksaan. Selain itu, kepelbagaian dalam teknik pengajaran dan penilaian juga tidak merangsang murid untuk menulis dengan kreatif. Kajian ini bertujuan untuk menarik minat murid menulis melalui pengajaran pembezaan yang berkesan dan menyeluruh. Murid-murid mempunyai cara belajar yang berbeza. Oleh itu, kajian ini juga bertujuan meningkatkan pemahaman murid dalam pembelajaran melalui kaedah Think-Tac-Toe. RAFT memberi peluang kepada murid meletakkan diri mereka dalam peranan tertentu untuk menulis dengan lebih teratur. Kedua-dua kaedah ini dilakarkan dengan pengajaran pembezaan bagi membantu murid mempelajari sesuatu dengan mengikut tahap kesediaan dan keupayaan masing-masing. Kajian ini melibatkan murid dari semua peringkat. Dapatan kajian menunjukkan murid lebih tertarik dan bersedia untuk mempelajari Bahasa Melayu. Murid terangsang untuk melakukan aktiviti yang disediakan dan dapat memahami pengajaran dengan lebih menyeluruh. Kata Kunci: R.A.F.T. Think-tac-toe, pengajaran pembezaan, kreatif 496

Pengenalan Pengajaran pembezaan ialah pendekatan yang telah luas dilaksanakan di kelas kerana keberkesanannya. Dengan menggunakan pendekatan pengajaran pembezaan, guru mengharapkan pengajaran lebih bermakna, menarik dan lebih difahami murid-murid. Pembezaan dalam pengajaran penting agar setiap murid dapat belajar dengan lebih berkesan. Dua kaedah yang dicuba ialah Think-Tac-Toe dan RAFT yang bermakna Peranan (Role), Audien (Audience), Format (Format) dan Topik (Topic). Kedua-duanya dapat digunakan dalam bilik darjah dengan menyesuaikan pengajaran mengikut topik-topik di dalam buku teks Mekar. TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk: 1. menekankan pentingnya guru menjalankan pengajaran pembezaan bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid yang mempunyai latar belakang, keupayaan dan kesediaan yang berbeza. 2. membantu guru lebih yakin dan tahu cara melaksanakan pengajaran pembezaan; 3. meneliti keberkesanan kaedah Think-Tac-Toe dalam pembelajaran murid; dan 4. meningkatkan penulisan murid dengan menggunakan kaedah RAFT. PERNYATAAN MASALAH Penulisan sering menjadi satu cabaran bagi murid. Murid-murid secara umum kurang berminat dalam penulisan kerana mereka dapat jangkakan bentuk penulisan yang perlu ditulis, iaitu penulisan berpandukan gambar. Muridmurid kurang didedahkan kepada penulisan kreatif oleh kekangan yang dinyatakan lebih awal. Selain itu, murid mudah bosan dengan kertas latihan yang guru berikan kerana terlalu banyak komponen yang perlu diselesaikan. Tahap kesediaan murid pula kurang diambil kira apabila guru memberi latihan kepada murid-murid. Oleh itu, dengan pendekatan pengajaran pembezaan, 497 Seminar Bahasa Melayu 2016

diharapkan murid dapat menggarap pengetahuan, menyelesaikan latihan mengikut kesediaan mereka dan memilih sendiri latihan yang mereka mahu lakukan. KAJIAN LEPAS Menurut Carol-Ann Tomlinson (2016) Think-Tac-Toe ialah kaedah yang mudah untuk memberikan murid-murid cara alternatif dalam meneroka dan meluahkan idea-idea penting dan menggunakan kemahiran tertentu. Santa (1988) menyatakan kaedah R.A.F.T memberikan murid cara yang baharu bagaimana murid memikirkan cara menulis. Strategi ini seimbang dengan cara penulisan karangan yang sering diajarkan kepada murid dan juga yang sangat kreatif. R.A.F.T menggabungkan kedua-dua cara penulisan murid. R.A.F.T juga membantu murid memahami idea utama, mengukuhkan organisasi karangan, dan memberi penerangan lanjut dan kesinambungan isi. KAEDAH KAJIAN Kajian ini memberikan tumpuan pada pengumpulan data yang berupa maklum balas murid. Selain itu, hasil pemerhatian guru turut dijadikan data dapatan kajian. Memandangkan kajian ini dilakukan bagi setiap murid, pemerhatian guru dan temu bual diberikan penekanan untuk mendapatkan data. Waktu Professional Development, iaitu pembangunan profesional diperuntukkan bagi guru untuk merancang pengajaran dan meneliti bahan pengajaran. Selepas pengajaran dilakukan, guru akan memberi maklum balas dan menganalisis data yang dikumpulkan. Subjek Kajian Subjek kajian terdiri daripada semua murid yang mempelajari bahasa Melayu dari Darjah 1 hingga Darjah 6. Lapan orang guru bahasa Melayu terlibat dalam kajian ini. Lapan orang guru menjalankan kaedah Think-Tac-Toe dalam penggal 1 dan 2 sementara dalam penggal 3 dan 4, semua guru menggunakan kaedah R.A.F.T dalam pengajaran mereka. 498

Instrumen Kajian Strategi Think-Tac-Toe dan R.A.F.T ini digunakan sebagai instrumen kajian. Guru mendapatkan maklum balas murid dengan membuat tinjauan yang melibatkan murid memberi pendapat mereka tentang kaedah yang digunakan oleh guru. Prosedur Kajian Sebelum kaedah ini dijalankan di dalam kelas, guru diberikan latihan tentang cara-cara menggunakannya. Guru-guru diberikan bimbingan secara amali dan diberikan contoh-contoh untuk menyusun soalan dalam grid 3 x 3 seperti permainan tic-tac-toe. Semasa merancang pengajaran, guru perlu menentukan jenis soalan yang ingin diajukan. Dengan menggunakan kaedah ini, murid perlu menjawab hanya tiga soalan. Guru perlu menyusun soalan agar murid perlu menjawab soalan pelbagai kepayahan. Bagi murid melebihi aras keupayaan, guru boleh menambah grid daripada 3 x 3 kepada 4 x 4. Guru juga boleh menurunkan tahap kepayahan soalan dengan menurunkan jumlah grid kepada 2 x 2. Contoh soalan grid 3 x 3 di bawah ini merupakan soalan kefahaman bagi peringkat Darjah 6. Berdasarkan petikan kefahaman yang diberikan, murid diberikan soalan-soalan grid ini. Terdapat beberapa soalan yang memerlukan murid melukis dan ada juga yang memerlukan murid memberikan kosa kata atau makna perkataan. Guru juga boleh menetapkan syarat bagi soalan yang mesti dijawab. Guru perlu menyusun grid yang mana, murid perlu menjawab soalan wajib itu walau arah garisan mana yang murid pilih. Biasanya soalan wajib itu diletakkan di kotak tengah. Guru boleh memberi arahan supaya murid harus melepasi kotak tengah untuk menyelesaikan tugasan mereka. Murid boleh memilih soalan kolum tengah dari atas ke bawah, kanan ke kiri atau menyendeng tetapi harus melepasi kotak tengah. Soalan yang wajib itu sebaik-baiknya soalan yang guru harapkan semua murid boleh menjawabnya. Guru perlu peka bahawa soalan yang diisikan di dalam petak hanyalah untuk menguji pemahaman murid lantaran ada soalan yang memerlukan murid melukis sebahagian daripada petikan dan memberikan kosa kata. Soalan- 499 Seminar Bahasa Melayu 2016

soalan kefahaman yang sempurna boleh diberikan dalam format yang biasa apabila murid sudah memahami sepenuhnya petikan yang dibaca. Contoh soalan seperti dalam Jadual 1. Jadual 1: Contoh Soalan Kefahaman Seperti yang telah disebut, RAFT adalah singkatan bagi Peranan, Audien, Format dan Topik. Peranan bermaksud, peranan murid sebagai penulis, contohnya, murid menjadi Leftenan Adnan ataupun Si Tanggang, lantas menulis dari sudut pandangan Leftenan Adnan atau Si Tanggang. Audien atau pembaca pula ialah penerima hasil tulisan murid itu. Misalnya, Leftenan Adnan sempat menulis surat kepada kawannya di kampung sebelum pergi berperang, justeru audiensnya ialah kawannya. Kemudian, formatnya boleh dalam bentuk penulisan surat, dialog ataupun guru juga boleh meminta murid berlakon. Guru perlu menetapkan topik atau tajuk yang ingin dihasilkan oleh murid. Guru boleh memulakan pelajaran dengan menayangkan video atau mana-mana bahan rangsangan yang boleh dijadikan topik perbincangan. Guru dan murid berbincang tentang bahan rangsangan yang ditunjukkan dan kemudian membincangkan topik pembelajaran. Setelah perbincangan dijalankan, guru memberikan murid peranan yang mereka ingin pegang, audiensnya dan juga format tugasan berdasarkan topik yang telah dibincangkan. Sebagai contoh, murid Darjah 4 diberikan tugasan contohnya Bayangkan kamu Leftenan Adnan. Tuliskan surat kepada rakan kamu di kampung tentang pertempuran yang kamu hadapi. 500

Melalui topik soalan yang diberikan, murid diberikan peranan sebagai Leftenan Adnan, audiensnya ialah rakan sekampung, formatnya ialah surat dan topiknya ialah tentang pertempuran yang telah berlaku. Justeru, murid harus menulis mengikut RAFT yang telah diberikan. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kajian menunjukkan, berdasarkan pemerhatian guru terhadap respons dan pelibatan murid dalam kelas serta tugasan yang dihasilkan oleh murid menunjukkan kesan yang menggalakkan. Murid lebih terangsang dan memahami cara menjawab soalan-soalan yang diberikan. Murid juga menunjukkan sikap yang positif menggunakan kaedah Think-Tac-Toe dan RAFT dalam pembelajaran. Hasil pemerhatian ini menunjukkan bahawa strategi ini membawa kesan yang amat baik. Murid memberikan maklum balas yang positif pada kedua-dua kaedah tersebut. Murid yang lemah juga dapat belajar mengikut tahap keupayaan mereka. Refleksi murid juga didapati amat memberangsangkan. Rata-rata murid berasa seronok melihat hasil kerja mereka dimuat naik ke dalam blog dan dapat membaca penulisan rakan yang lain. Dengan berkongsi hasil kerja mereka, murid dapat melihat contohan hasil kerja yang lebih baik dan boleh menjadi panduan kepada mereka. Guru juga berpendapat kaedah Think-Tac-Toe telah membina keyakinan murid untuk menjawab soalan kefahaman kerana mereka diberikan pilihan untuk menjawab soalan. Soalan yang dilakarkan dalam permainan Think-Tac-Toe juga pelbagai dari aspek tahap kepayahannya supaya semua murid yakin menjawabnya. Selepas menjalankan kaedah RAFT, guru mendapati bahawa penulisan murid lebih kreatif dan murid menulis secara sedar akan kehendak situasi yang dibentangkan kepada mereka. Daripada hasil kerja murid, guru mendapati bahawa kebanyakan murid menulis dengan lebih memahami proses penulisan dan lebih fokus. 501 Seminar Bahasa Melayu 2016

KESIMPULAN Kaedah Think-Tac-Toe dan RAFT jelas memberikan kesan yang positif terhadap pembelajaran murid dan pada masa yang sama menimbulkan keseronokan. Dengan melaksanakan kedua-dua kaedah ini, keyakinan guru telah dapat ditingkatkan dan dapat menjalankan pengajaran pembezaan dengan lebih berkesan. Guru-guru lebih peka dengan profil murid, kesediaan dan cara pembelajaran mereka Murid-murid pula lebih berminat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti di dalam kelas dan lebih yakin menjawab soalansoalan yang lebih mencabar. RUJUKAN Tomlinsson, C. A, (2010). Leading and Managing a Differentiated Classroom, C.A & Imbeau, M. Differentiated Instruction with Think-Tac-Toe http://www.teachingwithsimplicity. com/2014/01/differentiated-instruction-with-think-tac-toe.html dipetik pada 18 Januari 2016. Using the Tic-Tac-Toe Strategy to Differentiate Instruction http://study.com/academy/lesson/using-the-tic-tac-toe-strategy-to-differentiateinstruction.html dipetik pada 18 Januari 2016. Classroom Strategies RAFT Writing http://www.adlit.org/strategies/19783/ dipetik pada 18 Januari 2016 The RAFTs Technique http://www.ride.ri.gov/portals/0/uploads/documents/ Instruction-and-Assessment-World-Class-Standards/Transition/EIA-CCSS/ ScarpelliD-RAFT_toolbox.pdf dipetik pada 18 Januari 2016 502