KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

Similar documents
Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM KALANGAN SISWI UTM NORSAFAR BTE MD. KAMARZAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT PELAJAR BERASASKAN KOMPUTER DI MAKTAB PERGURUAN. Oleh NIZAM BIN ABD LATIB

Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan: Satu Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. 1.0 PENGENALAN sejarah

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

PERSEPSI PELAJAR 4 SPI TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

PENILAIAN PENGETAHUAN

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(/, ^3 OOOO

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTEGRASI KEFAHAMAN BERAGAMA DALAM AMALAN KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR TERHADAP PERSONALITI LELAKI LEMBUT DI UTM

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

FAKTOR INSANIAH DALAM PENGURUSAN KUALITI: KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

TAHAP KESEDARAN STAF UTM TERHADAP KESELAMATAN PEKERJAAN DI MAKMAL DAN BENGKEL KEJURUTERAAN MOHD FA IZ BIN AHMAD

MUZIUM : PENGURUSAN KOLEKSI PAMERAN DI RUMAH KELAHIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

KOMEN PELANGGAN DARIPADA SOAL SELIDIK JANUARI HINGGA DISEMBER 2013

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

Transcription:

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR MOHD NAZMIZI BIN MAT NAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIIVERSSIITII TEKNOLOGII MALAYSSIIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JJUDUL :: KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR SSESSII PPENGAJJ IIAN : 2007/2008 Saya MOHD NAZMIZI BIN MAT NAWI Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 2374, SEBERANG JERTEH, DR.HAMDAN BIN SAID 22000, JERTEH, TERENGGANU DARUL IMAN. Tarikh: Tarikh: Catatan: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursusu dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Tandatangan :... Nama Penyelia : Dr.Hamdan Bin Said Tarikh :...

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR. MOHD NAZMIZI BIN MAT NAWI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2008

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :... Nama Penulis : Mohd Nazmizi Bin Mat Nawi Tarikh :...

v DEDIKASI Buat Ayahanda Dan Bonda Yang Dihormati MAT NAWI BIN MAT NOOR ZAINAB @ ZAINON BT. IBRAHIM Terimalah kejayaan anakmu ini... Terima kasih atas segala didikan dan kasih sayang yang dicurahkan selama ini Buat Isteri Tercinta, RUSLILAWATI BINTI SULAIMAN @ ABD.RAHIM Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap menjadi teladan dan kenangan kita bersama. Buat Pensyarah Penyelia DR HAMDAN BIN SAID Terima kasih atas bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan Semoga ALLAH Memberkatimu Tidak Lupa Juga Kepada Rakan Seperjuangan : Rakan sekumpulan naza, wak leh, mek la dan eiken. Rakan serumah seli, sepo, led, brahim, ikram, tuan, kamal, sedi, awi, fahmi dan rizal. Semoga Persahabatan Kita Berkekalan hendaknya. Terima kasih atas segalanya

vi PENGHARGAAN Bismillahirrahmaanirrahim... Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan sahabatnya. Dengan Taufik Dan HidayahNya dapatlah penyelidik menyempurnakan kajian ini. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Dr. Hamdan bin Said selaku penyelia projek ini di atas komitmen, kesabaran, bimbingan dan nasihat yang dihulurkan kepada saya dalam melaksanakan projek ini. Beliau adalah seorang yang profesional terhadap tugasnya. Jutaan terima kasih, kepada warga Kolej Tun Ghafar Baba yang memberi kerjasama semasa saya menjalankan tugasan ini. Terima kasih tidak terhingga juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakanrakan seperjuangan yang banyak membantu dan tidak lupa juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Sekian, terima kasih Terima kasih.

vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan di Kolej Tun Ghafar Baba. Kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan ini ditinjau dari tujuh aspek iaitu persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan, layanan staf dan ahli jawatankuasa mahasiswa kolej kediaman, pentadbiran pejabat, keseluruhan pengalaman, pengawasan dan keselamatan serta program dan aktiviti yang dijalankan. Kajian deskritif ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan melibatkan seramai 306 responden Kolej Tun Ghafar Baba yang dipilih secara rawak. Data dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dan dapatan dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa mahasiswa berpuashati terhadap kualiti kehidupan di Kolej Tun Ghafar Baba dalam semua tujuh aspek yang dikaji. Kajian ini juga memajukan cadangan untuk menambahbaik kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan di kolej kediaman dan cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan..

viii ABTRACTS This study intended to identify students satisfaction towards the life quality of Kolej Tun Ghafar Baba. The quality of life was surveyed through seven aspects that is college environment, facilities and services, staff and Student Committee services, office s administration, student overall experience, safety and monitoring with program and activity conducted. This descriptive study used a modified questionnaire as the research instrument, and involved randomly selected 306 Kolej Tun Ghafar Baba residents. The data were analyzed using the Statistical Packages for Social Science (SPSS) software and the findings were presented in the form of frequency, percentages, and mean. The findings indicated that the students were satisfied towards the quality of life at the Kolej Tun Ghafar Baba, UTM in all aspects surveyed. This study also proposes suggestions to improve the quality of life at the residential college, and further study that can be carried out..

ix KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN i ii iii iv v vi vii ix xiii xiv xv xvi BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Pernyataan Masalah 4 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6 Kepentingan Kajian 6 1.7 Batasan Kajian 7 1.8 Definisi / Istilah 7 1.9 Penutup 12

x BAB II SOROTAN PENULIS 2.1 Pengenalan 13 2.2 Sejarah Kolej Kediaman 13 2.3 Kualiti Kehidupan 17 2.3.1 Persekitaran Tempat Tinggal 20 2.3.2 Kemudahan dan Perkhidmatan 22 2.3.2.1 Persamaan dengan Universiti Luar Negara 24 2.3.3 Layanan Kakitangan Dan AJK Mahasiswa 25 2.3.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan Kolej 28 2.3.5 Pengalaman Tinggal di Kolej / Asrama 30 2.3.5.1 Rakan-rakan 31 2.3.6 Pengawasan dan Keselamatan Di Kolej Kediaman 33 2.3.7 Program dan Aktiviti Di Kolej Kediaman 35 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 37 3.2 Rekabentuk Kajian 37 3.3 Lokasi Kajian 37 3.4 Populasi dan Sampel Kajian 38 3.5 Instrumen Kajian 38 3.6 Kajian Rintis 40 3.7 Prosedur Kajian 40 3.8 Analisis Data 41 3.9 Penutup 43

xi BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 4.1 Pengenalan 44 4.2 Bahagian A - Profil Latar belakang Responden di KTGB 44 4.2.1 Klasifikasi Akademik 45 4.2.2 Jumlah Semester Menginap di KTGB 45 4.2.3 Perancangan Penginapan Masa Hadapan 46 4.2.4 Aras Bilik di KTGB 46 4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian 47 4.3.1 Persekitaran KTGB 48 4.3.2 Kemudahan dan Perkhidmatan di KTGB 50 4.3.3 Layanan Kakitangan dan AJK Mahasiswa 52 4.3.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan KTGB 53 4.3.5 Keseluruhan Pengalaman Kehidupan di KTGB 55 4.3.6 Pengawasan Dan Keselamatan KTGB 56 4.3.7 Program Dan Aktiviti Yang Dijalankan di KTGB 57 4.4 Analisis Tahap Penerimaan 58 4.5 Penutup 58 BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 59 5.2 Perbincangan Kajian 59 5.2.1 Bahagian A - Perbincangan latar belakang responden 60 5.2.2 Bahagian B - Perbincangan Persoalan Kajian 60 5.2.2.1 Persekitaran KTGB 60 5.2.2.2 Kemudahan dan Perkhidmatan di KTGB 61 5.2.2.3 Kakitangan dan Ahli Jawatankuasa Mahasiswa KTGB 62 5.2.2.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan KTGB 63 5.2.2.5 Pengalaman Kehidupan di KTGB 64

xii 5.2.2.6 Pengawasan Dan Keselamatan KTGB 65 5.2.2.7 Program Dan Aktiviti Yang Dijalankan 66 5.3 Rumusan 67 5.4 Cadangan Kajian 67 5.4.1 Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar 68 5.4.2 Pihak Pentadbiran KTGB 68 5.4.2 Pihak Jawatankuasa KTGB 69 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 69 5.6 Penutup 70 BIBLIOGRAFI 71 LAMPIRAN 75

xiii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK JADUAL MUKA SURAT 3.1 Jadual Skala Likert 39 3.2 Jadual Skala Binari 40 3.3 Senarai Item Mengikut Faktor 40 3.4 Jadual Pengkategorian Tahap Kualiti Kehidupan di KTGB 42 3.5 Pemeringkatan Min Menentukan Tahap Kualiti Kehidupan Mahasiswa di KTGB 43 4.1 Klasifikasi Pengajian Akademik 45 4.2 Jumlah Semester Menginap di KTGB 45 4.3 Perancangan Penginapan Masa Hadapan 46 4.4 Taburan Responden Mengikut Aras Bilik di KTGB 46 4.5 Analisis Item Soalan 47 4.6 Pemeringkatan Min Menentukan Tahap 47 4.7 Analisis Persekitaran KTGB 48 4.8 Analisis Kemudahan dan Perkhidmatan KTGB 50 49 Analisis Kakitangan dan AJK Mahasiswa KTGB 52 4.10 Analisis Pentadbiran Pejabat Pengurusan KTGB 53 4.11 Analisis Pengalaman Kehidupan di KTGB 54 4.12 Analisis Pengawasan dan Keselamatan di KTGB 56 4.13 Analisis Program-Program dan Aktiviti di KTGB 57 4.14 Analisis Tahap Penerimaan 58

xiv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK RAJAH MUKA SURAT 2.1 Aliran Pengurusan Kolej Kediaman 17 2.2 Hierarki Keperluan Maslow 30 2.3 Lima fasa kualiti kehidupan di kolej kediaman 32

xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK A B C D Borang Soal Selidik Surat Kebenaran dari TNC (HEP) Surat Pengesahan dari Fakulti Pendidikan Surat Pengesahan Kerjasama dari Kolej Tun Ghafar Baba

xvi SENARAI SINGKATAN UTM - Universti Teknologi Malaysia KTGB - Kolej Tun Ghafar Baba SPSS - Statistical Package For Social Sciences IPT - Institut Pengajian Tinggi ATM Automated Teller Machine USM - Universiti Sains Malaysia UiTM - Universiti Teknologi Mara DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka SUB - Student Union Board HEP - Hal Ehwal Pelajar C - Cemerlang B - Baik SD - Seperti Dijangka SPD - Sedikit Peningkatan Diperlukan L - Lemah

BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Penginapan dalam kampus merupakan salah satu ciri atau aspek kehidupan mahasiswa dan mahasiswi sepanjang tempoh pengajian mereka di institusi pengajian tinggi. Pembangunan mereka dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek bukan sahaja di pengaruhi oleh persekitaran dalam bilik kuliah tetapi juga persekitaran tempat penginapan dan juga lain-lain tempat di universiti. Menurut Chickering (1969) pembangunan diri individu yang berada di institusi pengajian tinggi adalah dipengaruhi oleh persekitaran institusi tersebut. Pembangunan diri individu ini dipengaruhi oleh objektif universiti, saiz universiti, kurikulum di universiti, pengajian dan penilaian yang dilaksanakan di universiti tersebut, susun atur kolej kediaman di universiti, fakulti dan pentadbiran universiti, dan budaya yang dibentuk atau diamalkan di kalangan para pelajar. Pembudayaan kolej kediaman merujuk kepada usaha untuk melahirkan para pelajar yang berdikari, berakhlak mulia, berilmu dan berketerampilan. Pembudayaan ini dilakukan melalui program-program peningkatan diri seperti ceramah-ceramah keagamaan dan kursus-kursus motivasi yang dijalankan di kolej kediaman dari masa ke semasa. Dengan ini mahasiswa dan mahasiswi seharusnya menggunakan kesempatan tinggal di kolej kediaman dengan semaksimum mungkin untuk mencapai wawasan kecemerlangan akademik mereka kelak.

2 1.2 Latar Belakang Masalah Kolej kediaman di universiti menyediakan pelbagai kemudahan untuk membantu mahasiswa dan mahasiswi menghadapi dunia pendidikan peringkat tinggi. Di antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di kolej kediaman adalah blokblok penginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. Menurut Shafie Jusoh (1994), pembinaan kolej kediaman di institusi pengajian tinggi adalah bertujuan untuk mengumpul pelajar-pelajar bagi mencapai kecemerlangan akademik. Justeru itu sewajarnya peluang ini digunakan dengan sebaik mungkin. Mahasiswa memerlukan persekitaran yang kondusif di kolej kediaman untuk membolehkan pencapaian akademik yang cemerlang dan pembangunan diri yang seimbang. Namun begitu terdapat mahasiswa yang berpusu-pusu meninggalkan kampus dan Kolej Tun Ghafar Baba khususnya sama ada semasa hujung minggu ataupun semasa dalam minggu perkuliahan. Mengapakah ini terjadi? Adakah siswasiswi keluar meninggalkan kampus kerana mencari tempat yang lebih baik untuk mereka mengulangkaji pelajaran mereka? Adakah suasana persekitaran di kolej kediaman mereka tidak menyenangkan sehingga memaksa mereka mencari tempat lain yang lebih kondusif? Pihak pengurusan kolej kediaman dan pihak Hal Ehwal Pelajar sesebuah universiti telah berusaha meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan untuk memberikan keselesaan kepada para penghuni kolej kediaman. Pihak kolej kediaman misalnya telah menyediakan perkhidmatan dobi, televisyen dan bilik komputer, padang permainan, dan kemudahan permohonan pembaikan mengenai sesuatu kerosakan atas talian. Namun begitu masih kedapatan mahasiswa dan mahasiswi yang kerap keluar kampus. Mengapakah ini terjadi? Adakah ini disebabkan oleh kekurangan kemudahan asas di UTM? Adakah ini disebabkan oleh kemudahan dobi di UTM tidak memenuhi kehendak mereka? Atau adakah keadaan ini disebabkan mahasiswa dan mahasiswi tidak berminat untuk tinggal di kolej kediaman tetapi terpaksa disebabkan peraturan yang menghendaki mereka tinggal di kolej kediaman?. Secara khususnya apakah kekurangan kemudahan di Kolej Tun Ghafar Baba.

3 Tinggal di kolej kediaman membawa impak yang besar kepada para penghuninya. Persekitaran kolej kediaman biasanya lebih mendorong para penghuninya untuk melibatkan diri dalam berbagai aktiviti di kampus. Selain itu, pencapaian akademik mereka dapat diberikan jaminan akan sentiasa dalam keadaan yang baik. Pengalaman hidup di kolej kediaman juga membina persepsi positif mahasiswa dan mahasiswi terhadap iklim sosial di kampus. Mereka akan merasa seronok dan gembira kerana persekitaran di kampus adalah lebih akademik dan menyokong terhadap aktiviti pembelajaran. Interaksi dan hubungan akrab antara mereka akan mewujudkan kematangan fikiran yang membawa kepada pertumbuhan serta pembangunan peribadi yang baik (Blimling, 1999). Adakah kekerapan pelajarpelajar Kolej Tun Ghafar Baba berpusu-pusu meninggalkan kampus setiap hujung minggu itu disebabkan kurang interaksi antara mereka?. Namun begitu, dewasa ini terdapat banyak berita dari media yang melaporkan tentang kejadian buruk yang menimpa pelajar di sekitar kolej kediaman dan kampus institusi pengajian tinggi. Misalnya tanggal 9 Ogos 2002, seorang mahasiswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berusia 20 tahun telah dibunuh oleh seorang warga Bangladesh di kolej kediamannya sendiri. Dalam kejadian yang lain pula, seorang mahasiswa baru Universiti Sains Malaysia (USM) berketurunan Cina berumur 20 tahun juga telah bertindak menggantungkan dirinya sendiri pada kipas siling pada Jun 2006 kerana disyaki tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus. Mangsa dalam surat terakhirnya mendakwa bahawa rakan sebiliknya sering mengganggu ketika dia sedang tidur. Terkini, 2 orang siswi di salah sebuah IPTA di Lembah Klang cuba diculik dan dirogol. Persoalannya adakah kawasan Kolej Tun Ghafar Baba selamat untuk didiami oleh mahasiswa? Kejadian-kejadian yang seumpama ini seolah-olah menunjukkan bahawa kualiti perkhidmatan keselamatan yang tidak menepati kehendak pelanggan. Adakah mahasiswa berpuas hati terhadap tahap keselamatan di Kolej Tun Ghafar Baba? Tinjauan ke atas mahasiswa dan mahasiswi kolej kediaman memperlihatkan masih terdapat lagi runggutan-runggutan yang berkaitan dengan kehidupan di kolej kediaman. Antara runggutan itu ialah:

4 i) Terpaksa berkongsi kemudahan yang sedikit seperti mesin basuh dan tandas di mana merea terpaksa menunggu giliran untuk menggunakannya. ii) Keadaan di kolej kediaman tidak seperti di rumah yang lengkap dengan keperluan lain seperti peti sejuk. Selain dari itu mereka tidak dibenarkan memasak makanan sendiri. iii) Terdapat sebuah televisyen sahaja di setiap bangunan yang terdapat di kolej kediaman. Berlaku perebutan siaran/ rancangan televisyen yang kadangkadang menimbulkan perbalahan antara mereka iv) Di sesetengah kolej kediaman yang agak lama, terdapat kemudahan awam yang tidak diselenggara dengan baik. Contohnya mangkuk tandas yang lama kelihatan kotor, saliran air yang telah digunakan di bilik mandi tidak lancar serta paip bocor dan menyebabkan air menitis. v) Terpaksa mengemas barang dan mengosongkan bilik asrama semasa cuti semester dirasakan sesuatu perkara yang membuang masa sedangkan jika hendak dibandingkan dengan di rumah, mereka tidak perlu melakukan perkara ini. vi) Sesetengah pelajar merasakan tiada atau kurangnya kesedaran sivik di kalangan pelajar lain yang tidak pandai menjaga kebersihan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kolej kediaman. 1.3 Pernyataan Masalah Persekitaran yang kondusif, kemudahan dan perkhidmatan berkualiti, layanan ataf dan Ahli Jawatankuasa Mahasiswa profesional, pentadbiran pejabat pengurusan yang cekap, pengalaman kehidupan di kampus yang bermakna, pengawasan dan keselamatan yang tinggi mutunya, serta program dan aktiviti yang menarik dan mencabar serta mampu memberikan kepuasan kepada penghuni Kolej Tun Ghafar Baba. Berasaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh mahasiswa, pihak institusi pengajian tinggi tidak tahu sama ada mahasiswa berasa selesa tinggal di kolej kediaman atau tidak. Mereka juga tidak sedar sejauh manakah kualiti kehidupan mahasiswa di kolej kediaman yang sedikit sebanyak membawa kesan positif ataupun negatif terhadap kecemerlangan akademik dan bukan akademik. Ini adalah kerana,

5 masih belum terdapat lagi kajian yang dijalankan bagi mengenalpasti kualiti kehidupan mahasiswa dan mahasiswi di kolej kediaman di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh manakah kualiti kehidupan mahasiswa yang tinggal di Kolej Tun Ghafar Baba (KTGB), UTM, Skudai, Johor Bahru. 1.4 Objektif Kajian Berasaskan kepada pernyataan masalah di atas objektif kajian ini adalah seperti berikut: i. Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti persekitaran di Kolej Tun Ghafar Baba. ii. Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Kolej Tun Ghafar Baba. iii. Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti layanan kakitangan dan ahli jawatankuasa mahasiswa di Kolej Tun Ghafar Baba. iv. Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti pentadbiran pejabat pengurusan di Kolej Tun Ghafar Baba. v. Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti keseluruhan pengalaman kehidupan di Kolej Tun Ghafar Baba. vi. Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti pengawasan dan keselamatan di Kolej Tun Ghafar Baba. vii. Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti program dan aktiviti yang dijalankan di Kolej Tun Ghafar Baba

6 1.5 Persoalan Kajian berikut iaitu: Secara khusus kaji selidik ini bertujuan menjawab beberapa persoalan i. Apakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti persekitaran di Kolej Tun Ghafar Baba? ii. Apakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti kemudahan dan perkhidmatan di Kolej Tun Ghafar Baba? iii. Apakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti layanan yang diberikan oleh kakitangan dan ahli jawatankuasa mahasiswa di Kolej Tun Ghafar Baba? iv. Apakah mahasiswa berpuashati dengan pentadbiran pejabat pengurusan di Kolej Tun Ghafar Baba? v. Apakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti keseluruhan pengalaman tinggal di Kolej Tun Ghafar Baba? vi. Adakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti pengawasan dan keselamatan di Kolej Tun Ghafar Baba? vii. Adakah mahasiswa berpuashati dengan kepuasan terhadap program dan aktiviti yang dijalankan di Kolej Tun Ghafar Baba? 1.6 Kepentingan Kajian Hasil kajian ini dijangkakan dapat memberi maklumbalas yang boleh digunakan untuk menambahbaik kualiti kehidupan mahasiswa di Kolej Tun Ghafar Baba, membantu pihak Hal Ehwal Pelajar UTM, pentadbiran kolej kediaman, dan juga ahli jawatankuasa mahasiswa meningkatkan kepuasan pelanggan mereka. Kepada pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar hasil kajian ini dapat digunakan sebagai garis panduan untuk menyediakan pelbagai kemudahan di Kolej Tun Ghafar Baba. Kepada pihak pentadbir Kolej Tun Ghafar Baba, hasil kajian juga dapat digunakan untuk mempertingkatkan lagi kemudahan, keselesaan serta suasana di Kolej Tun Ghafar Baba. Kepada ahli jawatankuasa di Kolej Tun Ghafar Baba diharapkan hasil