MENINGKATKAN KEMAHIRAN HAFAZAN AL-QURAN MURID TAHAP 2 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH. Oleh ABD RAZAK B.

Similar documents
Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

HAFAZAN MASRUR DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN MINAT DAN PENGUASAAN MURID UNTUK MENGHAFAZ SURAH AL- C ᾹDIYᾹT

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI ROBOT ḤAJARUL ASWAD DALAM MEMBANTU MENGINGAT PERISTIWA PERLETAKAN ḤAJARUL ASWAD PENDIDIKAN ISLAM

Penguasaan dan Kesalahan Bacaan dalam Surah Al-Fatihah di kalangan Pelajar DKA 1A Sesi Dis 2012 : Satu Kajian Tindakan

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENILAIAN PENGETAHUAN

Penguasaan Bacaan Hamzah Wasal Menggunakan Kaedah Bafkad (Mastering the Reading of Hamzah Wasal Using Bafkad Method)

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

PENGGUNAAN B-PoP: RASULULLAH, KEKASIH ALLAH DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI DAN MENGINGAT KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

THE ONLINE JOURNAL OF ISLAMIC EDUCATION July 2017, Vol. 5, Issue 1

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

PENGGUNAAN KAEDAH COCOM UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGENAL PASTI DAN MEMBANDING BEZA KEDUDUKAN KERAJAAN MELAYU AWAL SERTA GEOGRAFINYA.

Oleh. Syed Mohd Solehin bin Wan Sarip ABSTRAK

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PENGGUNAAN SUPER AYAT DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SECARA MEKANIS MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Norhadi Anwar bin Tamit

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENDEKATAN BIMBINGAN RUKUN SOLAT MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN KAEDAH MNEMONIK BERBANTUKAN MULTIMEDIA. Oleh

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

KELEBIHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL- QURAN SECARA BERTAJWID MENGGUNAKAN KAEDAH AL- MATIEN

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

Transcription:

MENINGKATKAN KEMAHIRAN HAFAZAN AL-QURAN MURID TAHAP 2 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH Oleh ABD RAZAK B. MOHAMED TALIB SEKOLAH KEBANGSAAN KITOU TAMBUNAN SABAH ( 013-2250178 ) 2013/1434H 1

ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji samada kemahiran hafazan melalui kaedah talaqqi musyafahah dapat meningkatkan penguasaan murid tahap dua dalam proses pengajaran dan pembelajaran asuhan tilawah Al-Quran. Penguasaan hafazan dalam pengajaran tilawah Al-Quran menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah merupakan kaedah yang dapat menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelajar, khususnya dalam pengajaran Al-Quran pada semester kedua.berdasarkan tinjauan yang dikenal pasti, pelajar sering menghadapi masalah susah untuk mengingat seterusnya membawa kepada rasa rendah diri dan kurang berminat. Kesannya, pelajar tidak lagi konsisten dengan amalan membaca Al-Quran di rumah. Kajian dijalankan melalui kaedah soal selidik dan kaedah pemerhatian.instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini ialah berdasarkan latihan pra dan latihan pasca, pemerhatian, temubual dan refleksi pelajar. Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini adalah mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh penyelidik iaitu untuk mengkaji apakah sistem pembelajaran dan kaedah hafazan al-quran yang paling berkesan di dalam mendalami ilmu al- Quran. Bertitik tolak daripada masalah itu, saya telah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas secara kumpulan dan individu. Kaedah menghafaz al-quran selain kaedah latih tubi, kaedah Talaqqi dan Musyafahah sebagai kajian utama untuk melihat pencapaian hafazan al- Quran lebih berkesan, jelas, tepat cara bacaannya dan betul hukum-hukum tajwid. Kajian kemahiran teknik hafazan ini dijalankan di Sek. Keb. Kitou, Tambunan, Sabah. Sampel yang diambil adalah seramai 10 orang iaitu 2 orang murid dari tahun 4, 2 orang murid dari tahun 5 dan 6 orang murid dari tahun 6.Ianya meliputi keseluruhan murid dari tahap dua yang dijadikan satu kajian. 2

BAB 1 1.1 PENDAHULUAN Al-Quran adalah satu elemen yang terpenting di dalam kehidupan umat Islam. Penerapan nilai-nilai al-quran adalah amat penting di dalam diri masyarakat Islam. Pendidikan al-quran adalah bermatlamat untuk membina masyarakat yang bertaqwa, masyarakat yang adil berasaskan kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan dan masyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak zalim, tidak sombong dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan al-quran (Ahmad Mohd. Salleh, 1997:15). Matlamat terpenting pendidikan al-quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah. S.W.T. Dalam masyarakat yang dilanda arus globalisasi, pembelajaran al-quran secara hafazan mampu menjadi pemangkin ke arah membentuk minda fotografi yang bakal melahirkan generasi yang hafiz, alim, dai`e dan profesional sekaligus memenuhi matlamat pendidikan al-quran. Menghafaz adalah salah satu kaedah yang penting di dalam mendalami ilmu al- Quran. Hafazan adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan (Fatah Hasan:15). Menghafaz memerlukan suatu kekuatan fikiran pada orang yang melakukannya. Sementara menghafaz sesuatu yang dipelajari dan mengasah ingatan melalui hafazan adalah cara yang paling baik untuk mengekalkan ingatan dan kecerdasan otak. 3

Sejarah pembelajaran al-quran secara hafazan bermula sejak turunnya ayat pertama dari al-quran kepada Nabi Muhammad S.A.W. Sebagaimana dimaklumi dari berbagai nas bahawa beliau adalah seorang nabi yang ummi, yakni tidak tahu menulis dan membaca. Dalam keadaan yang ummi itulah baginda Nabi Muhammad S.A.W. menerima al-quran dari Malaikat Jibrail dan seterusnya menyampaikannya kepada para sahabat menerusi hafazan. Proses turunnya al-quran secara berperingkat-peringkat membantu dan memudahkan Rasulullah S.A.W. untuk menyampaikannya kepada para sahabat, yang kemudiannya menghafaz dan memahami isi kandungannya. (Abu Najihat al-hafiz, 2001:20-22). Terdapat banyak kaedah dan pendekatan untuk menghafaz Al-Quran yang diperkenalkan, tetapi yang menjadi persoalannya apakah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan untuk menghafaz Al-Quran pada jangka masa yang tertentu. Pendekatan hafazan dalam pengajaran Al-Quran antaranya ialah kaedah Talaqqi Musyafahah iaitu berdepan secara langsung di antara guru dan murid sepertimana yang berlaku antara malaikat Jibril dan Rasulullah SAW ketika wahyu yang pertama diturunkan di Gua Hira. Dalam mempelajari bacaan Al-Quran, murid mesti berhadapan secara langsung dengan gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu bagaimana makhraj dan sifat-sifat huruf yang sebenarnya. Sebahagian besar pelajar tidak dapat menguasai teknik hafazan surah-surah yang diajar. Mereka sukar untuk mengingat ayat-ayat dengan fasih dan lancar. Konsep asas dalam penguasaan teknik hafazan ini perlu dikuasai pelajar sebelum diaplikasikan ke situasi yang lain. Rasional kajian adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah talaqqi musyafahah dalam penguasaan teknik hafazan bagi mata pelajaran Asuhan tilawah Al-Quran. Ini kerana kebanyakkan pelajar boleh menghafaz dengan baik tetapi masih lemah dan tidak tepat 4

pada bacaannya. Selain itu mereka merungut kerana merasa sangat susah untuk mengingati ayatayat atau surah-surah yang diajar untuk menghafaz. Sifat semulajadi seorang pelajar akan merasa lebih bersemangat apabila diberi perhatian seorang demi seorang, apatah lagi untuk mendengar bacaan mereka secara bersemuka dan terus memberi teguran atas kesilapan yang dihafaz. Dalam hal ini pengkaji merasa perlu adanya satu kaedah yang berkesan untuk menarik minat mereka dan memilih kaedah talaqqi musyafahah. Bab ini akan menjelaskan tentang latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif dan persoalan kajian ini diadakan, kepentingan kajian khususnya kepada warga pendidik dan pelajar serta batasan bagi kajian ini. Kajian ini akan memfokuskan kepada penggunaan kaedah talaqqi musyafahah dalam penguasaan kemahiran hafazan dalam pengajaran dan pembelajaran Al- Quran murid tahap dua bagi meningkatkan minat mereka kepada hafazan. 1.2 PERNYATAAN MASALAH Antara yang menjadi persoalan yang membawa kepada masalah kepada pengkaji dalam membuat kajian ini adalah :- 1) Adakah pelajar dapat menghafaz dengan baik dan lancar dan membaca potongan ayat tersebut dengan sebutan makhraj huruf, dan hukum-hukum tajwid dengan baik?. 2) Adakah rungutan dan anggapan pelajar bahawa matapelajaran ini amat sukar untuk diingati dan dibaca dengan baik yang menyebabkan mereka kurang berminat dan kurang melibatkan diri dalam aktiviti hafazan yang dijalankan dapat diatasi dengan kaedah talaqqi musyafahah yang diperkenalkan?. 5

3) Selain daripada itu, adakah dengan kaedah ini dapat menarik minat pelajar yang cerdas dan belajar aliran agama tidak suka membantu rakan mereka yang bermasalah dalam hafazan ini?. 4) Persoalannya juga, bagaimanakah cara guru mengaplikasikan kaedah ini dalam P&P yang dapat menarik minat pelajar yang seterusnya dapat meningkatkan lagi keberkesanan teknik hafazan mereka?. 1.2 OBJEKTIF KAJIAN Melalui kajian, pengkaji berharap akan mencapai objektif-objektif berikut:- 1. Untuk mengenalpasti penguasaan teknik hafazan dalam matapelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran tahap dua. 2. Untuk meningkatkan kemahiran hafazan dalam matapelajaran tilawah Al-Quran 3. Untuk melihat sejauhmana keberkesanan kaedah talaqqi musyafahah dalam proses menghafaz Quran di kalangan pelajar. 4. Untuk melihat sejauhmana para guru dapat mempraktikkan kaedah ini dalam P&P. 5. Dapat mengesan bacaan al quran dengan tepat dari segi sebutan makhraj huruf, jelas dan betul berdasarkan hukum-hukum tajwid. 1.4 PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian yang ingin di kaji dalam kajian ini adalah:- i) Adakah kaedah Talaqqi dan Musyafahah berjaya dalam meningkatkan kemahiran menghafaz dikalangan murid-murid? 6

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Hasil kajian dapat menarik minat dan membantu pelajar menguasai hafazan Al-Quran dengan baik. Manakala bagi guru atau Panatia Pendidikan Islam dapat mengaplikasikan kaedah talaqqi musyafahah dan dapat dipraktikkan dengan lebih berkesan. Pihak sekolah pula dapat menggunakan maklumat kajian untuk merancang aktiviti kelas tambahan ataupun mana-mana program yang berkaitan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) boleh menggunakan hasil dapatan kajian ini untuk merekabentuk dan seterusnya menggunakan kaedah talaqqi musyafahah sebagai kaedah utama yang tidak boleh diabaikan dalam hafazan al-quran. 1.6 BATASAN KAJIAN Kajian ini merupakan kajian tindakan tentang penggunaan kaedah talaqqi musyafahah dalam meningkatkan hafazan Al-quran di kalangan murid tahap dua di Sekolah Kebangsaan Kitou, Tambunan Sabah yang melibatkan sampel seramai 10 orang sahaja. Kajian yang dijalankan ini adalah bagi tajuk menghafaz surah-surah pendek saja, Oleh itu terdapat beberapa batasan kajian seperti berikut :- 1.6.1 SAMPEL Oleh kerana sampel yang diambil dipilih dari 3 kelas iaitu tahap dua yang meliputi tahun 4, 5 dan 6 kelas, maka hasil dapatan kajian ini terhad kepada sekolah tersebut sahaja. 1.6.2 MASA 7

Kajian ini akan dijalankan selama enam minggu. Ini menyebabkan tempoh masa pendedahan pelajar dengan kaedah talaqqi musyafahah adalah terhad memandangkan masa yang diperuntukan untuk menghafaz Al- Quran dalam jadual waktu semester kedua adalah selama satu jam sahaja. Hafazan dijalankan keatas pelajar secara individu dan berkumpulan yang menggabungkan pelajar cerdas, sederhana dan lemah. 1.7 DEFINISI OPERASI / ISTILAH Dalam membicarakan tentang definisi setiap istilah, disini pengkaji memberikan definisi bagi setiap istilah dengan secara jelas dan tepat. 1.7.1 MENINGKATKAN Membangunkan dan meninggikan sesuatu perkara kearah yang lebih baik dan positif. Memberangsangkan minat kearah sesuatu yang mendorong seseorang itu berusaha untuk berjaya. Ia juga bolah di sebut sebagai usaha untuk berjaya bermula dari bawah. 1.7.2 KEMAHIRAN Kepandaian atau kebolehan seseorang dalam sesuatu bidang secara mutlak dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Ia juga merupakan pakar rujuk dalam sesuatu bidang yang dimilikinya. Kebolehannya amat signifikan dengan segala kepandaian yang dimilikinya secara total dan menyeluruh. 1.7.4 HAFAZAN AL-QURAN 8

Menurut kamus Dewan Bahasa hafaz bermaksud terpelihara dan kekal dalam ingatan ( khususnya tentang bacaan ayat suci Al-Quran ). Menghafaz dan mengingat Al-Quran bolehlah diertikan sebagai jam ul quran iaitu orang-orang yang menghafaz Al-Quran ( Subhi Salleh 1978 ) berdasarkan firman Allah bermaksud :- Sesungguhnya tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. surah Al Qiyamah ayat 17 Hafazan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang banyak melibatkan ingatan secara langsung. Ianya dipandang penting untuk menguatkan dan mengembangkan ingatan, melaluinya apa yang dipelajarinya dapat dikeluarkan semula dengan lengkap dan memerlukan kesungguhan dan ketekunan bagi mengingatkan apa yang dipelajari melalui lisan dan bertulis. 1.7.5 AL-QURAN Al-Quran adalah kitab terakhir yang diturunkan kepada manusia daripada sejumlah 100 buah suhuf dan 4 buah kitab Allah SWT. kitab ini,diturunkan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Al-Quran dari segi bahasa Al-Quran adalah perkataan yang berasal daripada Bahasa Arab. Ianya adalah kata terbitan yang bermaksud bacaan. ( majma al-lughah al arabiyyah.t.th: jil 2, 722) 9

Al-Quran dari segi Istilah Adapun dari segi istilah, al-quran ialah bermaksud kalam Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril. Ia disampaikan kepada kita secara mutawatir serta arahan membacanya dalam sembahyang dan luar sembahyang sebagai ibadat. ( al-qattaan, Mannaa 1983:21 ) 1.7.6 KAEDAH Perkataan "kaedah" pula bermaksud cara atau sistem dalam melakukan sesuatu perbuatan (Kamus Dewan, 2000:557). Mok Soon Sang (2002: 51-52) pula mendefinasikan kaedah sebagai cara atau peraturan untuk membuat sesuatu. Kaedah juga bermaksud satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang spesifik dalam jangka masa yang pendek. Tanpa kaedah yang terancang dan bersesuaian, sesuatu yang diusahakan itu tidak mungkin sempurna hasilnya. Untuk menghafaz al-quran, kaedah amat penting diketahui dan dipraktikkan. Ianya tidak boleh dihafaz begitu sahaja secara membuta tuli kerana cara ini tidak berkesan, membosankan dan terdedah kepada kelupaan. 1.7.7 TALAQQI MUSYAFAHAH Talaqqi bererti berjumpa, pertemuan atau berhadapan. Musyafahah pula berasal dari perkataan syafaha yusyafihu musyafahahatan. ia memberi erti pembibiran, 10

bermaksud guru menyebut huruf dan kalimah dalam ayat Al-Quran dengan memberi penekanan kepada gerakan bibir yang bertujuan untuk menyebut dengan fasih dan betul. Manakala maksud Talaqqi Musyafahah pula ialah berdepan secara langsung di antara guru dan murid. Dalam mempelajari bacaan Al-Quran, murid mesti berhadapan secara langsung dengan gurunya. faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu bagaimana makhraj dan sifat-sifat huruf yang sebenarnya. 1.8 KESIMPULAN Bab ini merumuskan bahawa penggunaan kaedah Talaqqi Musyafahah akan dapat membantu murid meningkatkan penguasaan hafazan Al-Quran dengan baik dan tepat pada bacaannya, seterusnya dari hafazan tersebut akan diaplikasikannya dalam solat dan kehidupan seharian mereka. Murid juga akan menggunakan kaedah talaqqi musyafahah ini dengan berkesan tanpa ragu-ragu. Penggunaan kaedah talaqqi musyafahah ini telah memberi keyakinan dan kesungguhan kepada murid untuk menghafaz surah-surah pendek dalam al-quran. Guru akan menerangkan cara-cara untuk menggunakan kaedah ini dan seterusnya membantu pelajar mengenalpasti perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam menyelesaikan masalah hafazan mereka. 11

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR 2.1. PENDAHULUAN Al-Quran adalah Kalamullah, Wahyu terakhir yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi akhir zaman yang sekaligus juga sebagai penutup agama Samawi. Ia membenarkan ajaran syariat kitab sebelumnya, dan juga menyempurnakan hukum-hukum Allah yang terkandung di dalam kitab-kitab sebelumnya, sehingga terbentuk suatu ajaran yang universal dari berbagai aspek sama ada dari segi material, spiritual, jasmaniah, rohaniah, dunia dan akhirat. Kajian ini merupakan kajian kes mengenai kaedah talaqqi musyafahah dapat meningkatkan kemahiran hafazan ayat Al-Quran. Kajian ini dijalankan untuk melihat bagaimana penggunaan kaedah talaqqi musyafahah dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran bagi murid tahap dua dapat meningkatkan kemahiran hafazan terhadap mata pelajaran tersebut. Oleh itu bab ini akan membincangkan tentang konsep talaqqi musyafahah dan ciri-ciri kaedah ini. Pengkaji juga akan menyentuh tentang kajian-kajian lepas berkenaan dengan kaedah talaqqi musyafahah. 2.2. LATAR BELAKANG KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH 12

Dewasa ini ciri-ciri pembelajaran yang aktif menjadi trend ramai pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Ciri-ciri pembelajaran aktif dalam hafazan seperti latih tubi,tikrar dan soal jawab dapat mengukuhkan daya ingatan pelajar. Talaqqi Musyafafahah bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka di mana murid menerima pengajaran dengan melihat pergerakan bibir guru dan mengikut bacaan guru. Kaedah ini merupakan kaedah mempelajari bacaan Al-Quran yang tertua. Ia dipraktik oleh Malaikat Jibrail AS kepada nabi Muhammad SAW sewaktu penurunan wahyu yang pertama. Malaikat jibrail AS membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada Rasulullah SAW dan baginda mengikut bacaan tersebut, lalu terus menghafaznya. Kemudian, Rasulullah SAW membacakan pula ayat-ayat tersebut kepada para sahabat baginda. Para sahabat menulis lalu menghafaznya. Kaedah tersebut dapat diaplikasikan ke dalam kelas dengan cara guru memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan guru secara beramai-ramai atau guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid dan murid mengikut contoh bacaan guru secara individu. Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik, guru juga boleh memperdengarkan bacaan dari rakaman kaset, VCD ataupun bahan media yang lain. Carta ayat Al-Quran pula boleh ditulis di papan gulung atau manila kad. Untuk menjamin ketepatan dan keutuhan ayat-ayat al-quran di dada Rasulullah, Jibril a.s. juga turut membantu dengan sentiasa datang bertadarus bersama baginda s.a.w. al-bukhari ada meriwayatkan sebuah cerita daripada Ibnu Abbas r.a. Secara ringkasnya, Ibn Abbas berkata bahawa Jibril datang menemui Rasulullah s.a.w pada setiap malam di bulan Ramadhan, lalu mereka berdua secara bertadarus membaca al- Quran. Ketika Jibril membaca al-quran, Rasulullah s.a.w akan mendengar dengan teliti bacaan tersebut dan begitulah sebaliknya. (al-bukhari, Jilid 1: 16) 2.3 KEKUATAN KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH 13

i) Amat berkesan untuk mengenalpasti secara amali tahap kefahaman dan pelaksanaan murid terhadap hukum-hukum tajwid dalam bacaan Al-Quran yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid. ii) Pembelajaran boleh dilakukan sama ada di dalam atau di luar kelas. 2.4 KAJIAN BERKAITAN Dalam sejarah penurunan wahyu menyatakan bahawa nabi Muhammad s.a.w. bilamana jibrail datang membawa wahyu, baru saja jibrail membaca pangkal wahyu itu, baginda telah menggerakkan lidah menirukan bacaan itu. Maka dalam ayat ini diajarkan oleh Allah, jika malaikat itu datang membawa wahyu, hendaklah dengarkan terlebih dahulu baik-baik dan tidak perlu mengikuti bacaan itu sebelum wahyu selesai dibaca (HAMKA 1984). Orang yang pertama menghafaz dan mengingati Al-quran dalam hati ialah Rasulullah s.a.w sendiri sebelum dilakukan oleh orang lain. Menurut al-qurtubi para sahabat menghafaz al-quran yang mati syahid dalam peperangan Bi rul-mannah sahaja mencapai angka tujuh puluh orang. Hafazan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang banyak melibatkan ingatan secara langsung. Kemahiran hafazan adalah amat penting untuk menguatkan dan mengembangkan ingatan. Selain itu,kaedah talaqqi juga telah menguatkan hafazan dengan lebih memerlukan kesungguhan dan ketekunan bagi mengingati apa yang dipelajari melalui lisan dan bertulis. Rasulullah s.a.w. menghafaz ayat-ayat al-quran dan disemak secara bertalaqqi oleh Malaikat Jibril pada tiap-tiap tahun iaitu pada bulan Ramadhan. Terdapat tiga peringkat hafazan: 1. Peringkat hafazan sahaja; Iaitu mempelajari sesuatu tanpa memberi perhatian kepada kefahaman. Peringkat ini adalah peringkat paling rendah dalam hafazan. 2. Peringkat hafazan dan kefahaman; 14

Peringkat ini memerlukan kafahaman bahan yang dihafaz. Cara ini digalakkan dan dipandang penting. Biasanya hafazan berlaku dengan cepat dan dapat dibekalkan dalam ingatan. 3. Hafazan dengan kefahaman analisis; Peringkat ini yang tertinggi dalam kaedah hafazan dan memerlukan fikiran yang matang. Segala bahan yang dihafaz dalam peringkat ini adalah lebih mantap dan berkekalan. Contohnya ia berlaku kepada para mufassirin dan muhaddithin ( Ghazali Darussalam 2001 ). Ee Ah Meng (1997:89) menyatakan Hafaz bermaksud suatu proses mental yang menekankan pengalaman yang bermakna, menyimpan dan mengeluarkan kembali pengalaman tersebut ketika diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Daripengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa hafazan membawa maksud memelihara,mengingati, menjaga, mengawal apa yang telah dipelajari daripada lupa dan rosak supaya ia tidak hilang.hafazan boleh dibahagi kepada tiga peringkat iaitu hafazan serta merta, hafazan jangka pendek dan hafazan jangka panjang. Hafazan serta merta boleh kekal dalam duasaat atau kurang daripada itu, hafazan jangka pendek boleh kekal dalam beberapa minit,jam dan hari sementara hafazan jangka panjang boleh menyimpan semua maklumat yang telah dialami semenjak lahir lagi (Ab. Fatah Hasan, 1994:13). Menurut Schunk D.H (1996: 163-166), hafazan mempunyai beberapa jenis iaitu hafazan jangka pendek dan hafazan jangka panjang. Hafazan jangka pendek mempunyai ciri kapasiti terhad, masa yang singkat dan separuh sedar. Hafazan jangka panjang adalah mempunyai kapasiti yang tidak terhad, penyimpanan kekal dan maklumatnya akan teraktif apabila digerakkan dan ianya terdiri daripada empat jenis:- Pertamanya, hafazan episodic iaitu mengingat semula sesuatu kejadian yang pertama kali berlaku dan bermakna kepada diri sendiri. 15

Kedua, hafazan semantik melibatkan pengumpulan pengetahuan tentang perkataan, konsep dan makna yang tersimpan secara jangka panjang. Ketiga, hafazan prosedur iaitu mengingat semula urutan perkara yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang. Keempat, hafazan visual adalah hafazan terhadap maklumat yang dikodkan dalam bentuk gambar, imej dan pemandangan. (Menurut Rahil Mahyuddin, Jami ah Mohamad dan Kasnani Ab. Karim (2000:34) Dalam membicarakan tentang daya ingatan dalam hafazan ataupun bacaan terdapat satu kajian oleh Frank Smith dalam bukunya yang berjudul Bacaan edisi kedua (1990 : 35-48) yang menyatakan bahawa pengingatan terbahagi kepada dua iaitu pengingatan jangkamasa panjang dan jangkamasa pendek. Ini kerana terdapat pelajar yang mudah lupa apa yang dihafaz apabila tamatnya P&P dan terdapat juga pelajar yang mengingati apa yang dihafaz dalam jangkamasa yang lama dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dan ibadah mereka. 2.5. KAJIAAN-KAJIAN LEPAS TENTANG PEMBELAJARAN HAFAZAN AL- QURAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH. Terdapat beberapa kajian berkaitan dengan hafazan al-quran dengan menggunakan kaedah talaqqi musyafahah telah dipraktikkan dengan baik dan amat berkesan. Setiap hafalan tanpa kaedah talaqqi musyafahah boleh menimbulkan keraguan kesahihan dan diterima pakai sebagai seorang penghafaz dan juga kepada guru yang mengajar membaca al-quran dengan baik dan betul. 16

Kajian ini telah dijalankan oleh beberapa ahli akedemik dan para professor di universitiuniversiti tempatan.dan juga luar Negara. Banyak kajian dan terbitan buku-buku berkaitan dengan hafazan al-quran telah dihasilkan untuk mencapai tahap hafazan dan bacaan al-quran dengan baik dan berkesan dalam amalan kehidupan islam yang sebenar. Menurut Ibnu al-jazairi yang dinamakan muqri adalah orang yang mengetahui ilmu-ilmu al-quran secara musyafahah yakni pengambilan pembelajaran dari mulut ke mulut. Seseorang itu tidak akan dinamakan muqri sekalipun ia seorang yang sangat alim walaupun ia hafal al-syatibi misalnya, selagi ia tidak bermusyafahah ataupun bertalaqqi. Pendek kata talaqqi musyafahah adalah syarat utama bagi kesahihan dan diterima-pakai sebagai seorang guru yang mengajarkan membaca al-quran dengan baik dan betul apatah lagi di dalam bidang tahfiz al-quran. Menurut Syed Ahmad Tarmizi dan Khairul Anuar (2003) yang telah menjalankan kajian berkenaan dengan Tahfiz Al-Quran: Sejarah dan Perkembangan di Malaysia, telah membicarakan tentang sejarah para sahabat menghafaz al-quran dan perkembangannya di sekitar tanah Arab dan di Malaysia. Hasil dapatan kajian ini, bahawa kajian ini menekankan pentingnya cara Rasulullah s.a.w dan para sahabat Baginda menghafaz al_quran dan menggunakan pelbagai kaedah. Antaranya kaedah Talaqqi Musyafahah yang menjadi asas utama untuk menghafaz al-quran dengan berkesan. Begitu juga kajian oleh yang dibuat oleh Abu Mazaha al-hafiz (2005) telah menjelaskan dalam kajian ilmiahnya menyatakan bahawa pada dasarnya setiap seorang Hafiz hendaklah memiliki satu method atau cara masing masing di dalam menghafaz al-quran mengikut apa yang lebih sesuai dengan kondisi akal fikiran. Seterusnya beberapa langkah cara menghafaz al- Quran telah dijalankan termasuk dengan kaedah Talaqqi Musyafahah, untuk meningkatkan kemahiran dalam menghafaz al-quran dengan betul dan tepat, sebagaimana bacaan al-quran dari Rasulullah s.a.w. 17

Dengan demikian adalah tiada keharusan hukum atau sebarang kelonggaran sekiranya seseorang itu belajar membacanya atau menghafal al-quran tanpa ada guru pembimbing, atau sanad yang sahih (salasilah guru-guru al-quran ) yang mana sanad tersebut mempunyai tali hubungan sampai kepada Rasulullah s.a.w. ( Abu Mazaya al-hafiz, 2005). 2.6. RUMUSAN. Daripada hasil tinjauan literatur, dapatlah dijelaskan bahawa banyak kajian telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji yang lepas terutamannya kajian dari dalam Negara, untuk memastikan bacaan al-quran itu tepat dan benar dikalangan umat Islam khasnya di Negara Malaysia. Kajian Hafazan dengan menggunakan kaedah Talaqqi Musyafahah adalah satu kaedah yang amat penting dalam mewujudkan kesahihan bacaan al-quan dengan jelas dan tepat darisegi bacaanya, Membaca al-quran wajib mengetahui ilmu tajwid dan mempraktikannya di dalam bacaan. Begitu juga sekiranya menggunakan alat-alat canggih yang dianggap telah memadai peranannya sama dengan manusia seperti computer dan robot yang dapat membacakan sesuatu kepada manusia. hukum bacaan tersebut adalah tetap tidak boleh dan haram. Di sinilah pentingnya berguru di dalam membaca al-quran secara Talaqqi Musyafahah yakni langsung dari mulut ke mulut dengan bersemuka secara langsung. Dari kajian ini melihat sejauhmana meningkatkan kemahiran hafazan al-quran dengan tepat dan betul bacaan, seterusnya dapat dijalankan di peringkat sekolah dan juga di institusi-institusi pengajian tahfiz al- Quran di Malaysia. 18

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENDAHULUAN Kajian ini dibentuk sebagai kekuatan dalam menghafaz al-quran dengan lebih berkesan dan tepat pada bacaan. Kemahiran menghafaz al-quran dengan menggunakan kaedah talaqqi musyafahah bagi tahun lima akan mendorong murid minat untuk menghafaz ayat-ayat al-quran dengan teliti dan jelas. Berdasarkan tujuan kajian kes di atas, bab ini akan membincangkan mengenai reka bentuk kajian, responden kajian, alatan kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisaan. 3.2. REKA BENTUK Kajian yang akan dijalankan adalah satu bentuk kajian yang bersifat kualitatif dengan menggunakan Teori Grounded.Ianya memerlukan pencerapan (observation) dan temubual responden dimana data yang dikutip akan dianalisis dan laporan tentangnya dibuat untuk melihat keberkesanan hafazan ayat-ayat al-quran dengan menggunakan kaedah Talaqqi Musyafahah, dengan kaedah ini dapat meningkatkan kemahiran hafazan dalam mata pelajaran al- 19

Quran dengan baik. Kaedah ini akan menggunakan lima langkah dalam reka bentuk kajian iaitu tinjauan awal, merancang dan melaksanakan pelan tindakan, pengumpulan data, dokumen bercetak, analisis data dan refleksi. Pelan Tindakan Reka Bentuk Kajian: TINJAUAN AWAL MENJALANKAN SOAL SELIDIK DAN TEMUBUAL BAGI MENGENALPASTI MASALAH YANG DI HADAPI PELAJAR DALAM HAFAZAN MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PLAN TINDAKAN ULANG (Tidak Berjaya) TAMAT (Berjaya) PENGGUNAAN KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH REFLEKSI LATIHAN PRA DAN PASCA PEMERHATIAN DAN BIMBINGAN SECARA KUMPULAN DAN INDIVIDU ANALISIS DATA PENGUMPULAN DATA Latihan pra dan pasca Pemerhatian (penglibatan dan minat) Refleksi ( pelajar ) Perbandingan latihan pra dan pasca serta analisis data Pemerhatian keberkesanan penggunaan kaedah talaqqi musyafahah Refleksi (analisis data) 20

3.3 POPULASI DAN SAMPEL Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kitou, Tambunan Sabah. Jarak dari pekan Tambunan lebih kurang 25 kilometer. Sekolah ini telah dikategorikan sebagai sekolah luar bandar Tambunan. Populasi kajian adalah terdiri daripada keseluruhan sampel dari murid tahun 4, 5 dan 6 di sekolah ini sahaja iaitu seramai 10 orang murid. Sampel-sampel ini dipilih berdasarkan keputusan peperiksaan penggal yang lepas. Mereka ini terdiri dari kategori lemah, sederhana dan pandai. Sampel ini juga terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. 3.4 ALAT KAJIAN Instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan soal selidik, temubual, latihan pra, latihan pasca, dokumen bercetak, pemerhatian dan refleksi untuk mengumpul maklumat daripada responden. 3.4.1 Soal Selidik Latar Belakang Pelajar Maklumat mengenai diri pelajar yang terdiri daripada nama, kelas, jantina, bangsa,pelajar mengikuti sekolah agama atau tidak, kekerapan pelajar menghafaz surah surah lazim dan pekerjaan ibu bapa. 3.4.2 Soal selidik Konsep kendiri Akademik (SKKA) Alat kajian SKKA digunakan untuk mengukur konsep kendiri akademik pelajar terhadap kaedah Talaqqi Musyafahah. Soal selidik ini bertujuan untuk mengukur persepsi palajar dari segi penerangan mengenai diri sendiri dan penilaian terhadap diri berkaitan dengan prestasi mereka di dalam hafazan 21

Ayat-ayat Quran dalam P&P Pendidikan Islam dan juga mengenai kaedah Talaqqi musyafahah yang dijalankan. 3.4.3 Temubual Temubual dijalankan selepas P&P dengan menggunakan kaedah talaqqi Musyafahah. Pelajar akan ditanya tentang perasaan dan pandangan mereka terhadap kaedah yang dijalankan dalam proses hafazan. 3.4.4 Latihan pra dan pasca Latihan pra terdiri daripada hafazan potongan atau keratan ayat-ayat Al- Quran pendek. Manakala latihan pasca yang terdiri daripada surah-surah pendek pula untuk mengesan kebolehan sampel menghafaz selepas kaedah Talaqqi Musyafahah diperkenalkan. 3.4.5 Dokumen bercetak Dokumen bercetak terdiri daripada Al-Quran Mushaf Othmani dan buku teks Pendidikan Islam jilid 1 tahun 4, 5 dan 6. Dokumen ini adalah mustahak untuk menyemak hafazan pelajar. 3.4.6 Refleksi Refleksi pula ialah tentang pelajar itu sendiri yang akan meluahkan perasaan mereka dalam kertas yang akan diedarkan selepas setiap sesi hafazan dalam P&P dijalankan selama 6 minggu yang dilakukan ke atas sampel. 22

3.5 PROSEDUR PELAKSANAAN Pada peringkat awalnya pengkaji akan mengadakan sesi soal selidik pelajar berkaitan dengan latarbelakang dan pencapaian kendiri dalam akademik, kemudian mengadakan sesi bacaan dan keratan atau potongan ayat Al-Quran yang berbentuk pra hafazan. Dengan cara ini pengkaji dapat mengesan dan beranggapan bahawa sampel telah mempelajari teknik hafazan berdasarkan sesi P&P biasa daripada guru-guru yang lain. Hafazan ini bertujuan untuk mengenalpasti kesilapan bacaan dan hafazan yang sering dilakukan oleh sampel dalam hafazan. Kemudian pengkaji akan menggunakan kaedah talaqqi musyafahah selama 6 minggu. Pengkaji akan menggunakan kaedah talaqqi musyafahah yang bersilang jantina semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Beberapa orang sampel yang mempunyai daya ingatan hafazan yang baik dalam kalangan kumpulan mereka akan dijadikan sesebagai guru turus untuk mengajar ahli kumpulan mereka yang lemah, manakala pengkaji sendiri yang dibantu oleh beberapa orang guru j-qaf bertindak sebagai fasilatator untuk mengenalpasti kelebihan dan kekurangan dan menyelesaikan masalah kumpulan. Pada penghujung setiap sesi, pengkaji akan mengedarkan kertas refleksi diri untuk diisi oleh sampel. Perkara yang sama akan berlaku di sepanjang sesi berjalan selama 6 minggu. Semasa sesi berjalan pengkaji akan mencatat penglibatan, minat dan kerjasama yang diberikan oleh sampel melaui borang pemerhatian yang disediakan oleh pengkaji. Pada minggu ke 5 kajian, pengkaji akan memberikan latihan pasca iaitu selapas 4 minggu sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. Latihan pasca ini diberi untuk menilai kemampuan sampel menghafaz dengan menggunakan kaedah talaqqi musyafahah berbanding dengan menggunakan kaedah lain yang seringkali diamalkan dalam sesi P&P. 23

Pada minggu terakhir iaitu minggu ke 6, pengkaji akan menggunakan rekod pencapaian hafazan sampel yang dicatat sebagai penanda aras akan kemajuan sampel dalam kemahiran hafazan. manakala refleksi pelajar akan dikumpul untuk di analisa. 3.5.1 TINDAKAN PELAKSANAAN ( a ) Kaedah Talaqqi 1. Guru memperdengarkan bacaan ayat al-quran kepada semua pelajar di dalam kelas di antara ayat 1 hingga ayat 3 dari surah al-bayyinah sebanyak 3 kali. Semasa guru memperdengarkan bacaannya, pelajar dikehendaki memerhatikan bacaan guru dan mengikut secara perlahan-lahan dari segi sebutan kalimah-kalimah al-quran dengan betul dan fasih 2. Guru membaca ayat tersebut dan diikuti oleh pelajar secara berulang-ulang dengan tumpuan kepada hukum tajwid dengan betul dan lancer. 3. Guru memberi penerangan hukum tajwid di samping menyebut kalimah-kalimah dengan sebutan yang betul dan jelas. 4. Guru mengadakan permainan hafazan dengan menggunakan potongan kad manila. Pelajar dikehendaki menyebut kalimah dan akan disambungkan sebutan oleh pelajar lain, sehingga selesai ayat secara berulang-ulang. 5. Guru memperdengarkan sekali lagi bacaan al-quran melalui audio visual kepada semua pelajar di dalam kelas. Pada masa yang sama pelajar akan menghafaz ayat tersebut dengan perlahan-lahan sehingga dapat mengingati beberapa kalimah ayat. 24

( b ) Kaedah Musyafahah 1. Pelajar pelajar memperdengarkan ayat-ayat hafazan mereka kepada guru secara berkumpulan dan guru membetulkan segala kesalahan yang dihafazkan dalam bentuk kelancaran, kefasihan,kejelasan dan hukum-hukum tajwid. 2. Pelajar memperdengarkan hafazan mereka secara individu, yakni seorang demi seorang didalam kumpulan, guru akan membetulkan kesalahan yang dihafaz dari segi kelancaran, kefasihan dan hukum-hukum tajwid. 3. Guru memperkukuhkan hafazan mereka dengan cara latih tubi di samping melihat gerakan bibir murid,mengulang dan mendengar hafazan dengan teliti dari segi sebutan huruf, kejelasan dan kelancaran. 3.6 KAJIAN RINTIS Sebelum kaedah talaqqi musyafahah dilaksanakan, satu kajian rintis akan dijalankan ke atas 10 orang murid secara rambang dari kelas yang berlainan iaitu pelajar dari tahun 2 hingga 6 dengan menggunakan latihan pra dan pasca keratan ayat-ayat Al-quran yang sama seperti dalam sukatan masing-masing. Kajian rintis ini dilakukan untuk mendapatkan keberkesanan terhadap item-item yang terkandung di dalam latihan pra dan pasca yang dibina oleh pengkaji dengan menggunakan kaedah talaqqi musyafahah ini ketika proses P&P dijalankan. 3.7 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Pemilihan kaedah pengumpulan data yang sesuai amat diperlukan untuk mengumpul data daripada sampel yang dipilih. Pengumpulan data akan dilakukan di dalam bilik agama. Seramai 25

10 orang pelajar sebagai sampel dipilih adalah terlibat dalam intervensi dalam satu kelas. Hasil dapatan kajian amat bergantung kepada jawapan sampel tersebut. Pengkaji mengambil masa selama dua jam seminggu untuk mengumpul data serta melihat keberkesanan penggunaan bahan dalam kajian ini. Semasa sesi intervensi, pengkaji memberi satu penerangan ringkas tentang tujuan sesi dan bagaimana ia dijalankan. Sampel dikehendaki duduk di tempat masing-masing dan seorang demi seorang akan dipanggil untuk membaca secara talaqqi musyafahah keratan pendek ayatayat Al- Quran beserta surah pendek yang dipilih setelah mereka diberi masa 30 minit untuk menghafaz. Bagi murid yang sudah siap diuji, mereka akan diberi kertas bagi mencatat luahan perasaan dan masalah yang mereka hadapi dalam proses menghafaz, yang dijadikan sebagai refleksi oleh pengkaji. Para pelajar dinasihatkan agar jujur dan luahan masalah mereka adalah rahsia. Temubual juga dijalankan terhadap pelajar tentang perasaan mereka selepas dijalankan kaedah ini.di samping itu juga, pengkaji menjalankan pemerhatian semasa pelajar menjalankan aktiviti dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan mencatatkan data dalam borang yang di sediakan. Penyemakan hafazan pelajar di bantu oleh seorang guru j-qaf. Manakala refleksi daripada sampel dikumpulkan untuk dianalisa. 3.8 PENGANALISAAN DATA Penganalisaan data mentah dilakukan secara kualitatif. Data-data yang dianalisis ialah latihan pra, latihan pasca, pemerhatian, temubual, catatan tahap dan prestasi hafazan dan refleksi pelajar. 3.8.1 Analisis soal selidik Soal selidik yang dijalankan bagi mengenalpasti latar belakang kehidupan pelajar dan tahap sosio ekonomi pelajar. Pengkaji merasakan tahap kehidupan 26

yang berbeza boleh mempengaruhi tahap pencapaian mereka. Data yang diperolehi akan dikumpul dan dinilai serta dianalisis. 3.8.2 Analisis temubual Dalam analisis temubual terhadap pelajar didapati terdapatnya perbezaan pendapat tentang keberkesanan kaedah Talaqqi musyafahah ketika aktiviti hafazan dijalankan.keberkesanannya adalah berbeza antara sampel yang dikaji. Dalam sesi temubual ini kerjasama antara sampel dan pengkaji adalah amat diperlukan. 3.8.3 Analisis latihan pra dan latihan pasca Latihan pra diberikan kepada sampel sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Latihan pra ini diberi untuk mengenalpasti kebolehan pelajar menghafaz. Latihan pasca pula diberikan selepas penggunaan kaedah Talaqqi Musyafahah dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penganalisaan ini dilakukan bertujuan untuk melihat sejauhmana kebolelehan atau kemampuan murid bila menghafaz al-quran dengan baik dan betul pada sebutan huruf dan hukum tajwid. Tahap kemampuan murid dalam hafazan akan dinilai semasa latihan pra dan latihan pasca untuk dianalisis. 3.8.4 Analisis pemerhatian Pengkaji menjalankan pemerhatian terhadap sampel semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Analisis dibuat terhadap perubahan tingkahlaku, penglibatan dan minat sampel terhadap kemahiran hafazan dengan menggunakan kaedah talaqqi musyafahah dalam P&P. Analisis dibuat untuk menentukan kategori dan pola sampel terhadap kaedah tersebut. 27

3.8.5 Analisis catatan tahap dan prestasi hafazan Pengkaji akan mencatat prestasi hafazan sampel sebelum dan selepas proses P&P iaitu sebelum dan selepas didedahkan dengan kaedah talaqqi musyafahah dalam proses menghafaz. Perbandingan dan analisis dibuat untuk melihat kemajuan sampel dalam kemahiran hafazan dengan menggunakan kaedah tersebut. 3.8.6 Analisis refleksi Kertas akan diedarkan setiap kali selepas penggunaan kaedah talaqqi musyafahah dalam proses P&P selama 6 minggu kajian ini berjalan. Sampel dikehendaki menulis tentang pendapat mereka tentang penggunaan kaedah ini dan perasaan serta diri mereka pada kertas tersebut. 3.9 PROSEDUR KERJA Minggu Minggu 1 Minggu 2 Perkara Sesi suaikenal, mengenalpasti masalah sampel dalam proses hafazan Memberi latihan pra kepada sampel Pembelajaran menggunakan kaedah lain selain daripada talaqqi musyafahah Pemerhatian terhadap sampel semasa hafazan dijalankan Minggu 3 Memberi latihan pasca kepada pelajar dengan 28

menggunakan kaedah talaqqi musyafahah Minggu 4 Minggu 5 Minggu 6 Refleksi pelajar Mengumpul dan menganalisis maklumat Menulis laporan kajian 3.10 KESIMPULAN Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kajian kes kerana ia ingin mengkaji sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah talaqqi musyafahah dalam meningkatkan kemahiran hafazan. Dapatan daripada kajian dan analisis data-data adalah sangat penting untuk menunjukkan sama ada terdapat perbezaan pencapaian dan prestasi kemahiran hafazan di kalangan pelajar sebelum dan selepas penggunaan kaedah talaqqi musyafahah dalam pengajaran dan pembelajaran tilawah AL-Quran. BIBLIOGRAFI Al-Quranul karim 29

Abu Mazaya al-hafiz (2005).Kaedah Mudah Dan Cepat Menghafaz Al-Quran,Al-Hidayah Publishers,Kuala Lumpur. Buku Teks pendidikan Islam jilid 1 tahun 5, (2004).Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kuala Lumpur Drs. Hj. Muhammad Hatta Usman (1996): Hattawiyyah Rasm Uthmani : Darul Fikir, Kuala Lumpur. Dr. Afaf Abdul Ghafoor Hameed, Dr. Adel M. Abdulaziz, Dr. Mohamed Abdullahi Nur, Muhammad Mustaqim Mohd Zarif.(2003).Isu Semasa Quran Dan Sunnah,Mes Enterpres SDN. BHD.. Hazaruddin Baharuddin (1998), Metodologi Pembelajaran al-quran. Jurnal Darul Quran, Muharram 1419/Mei 1998. Bilangan 4. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Kuala Lumpur. Hj. Abu Najihat al-hafiz. (2002),Panduan Hafiz-Hafizah Dan Qari- Qariah,Percetakan Putrajaya SDN.BHD. Modul Open University Malaysia ( 2005 ). HBEF 2103 Psikologi Pendidikan. Meteor Doc. Sdn Bhd Modul Open University Malaysia ( 2007 ). HBEF 2503 Kedah Penyelidikan dalam Pendidikan. Meteor Doc. Sdn Bhd Mook Soon Sang (2000). Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Subang Jaya: Kumpulam Budiman SDN BHD. National Council of Teachers. Of science (1989). Curiculum and Evaluation Standards for School Science. Reston, VA : Author. The classroom Teacher. Action Research Special Issue. Jilid 6. Bil. 1, Mac 2001, Penang. Qunstein, A.C (1990 ). Startegies For Effective Teaching. New York : Harper and Row. 30

Siti Nordinar Mohd. Tamin,Fadzilah.( 1990 )Bacaan Frank Smith.UTM.Sekudai,Johor Slavin, R.E (1990) Educational Psychology: Teory and practice. Ed. Ke 2. Boston: Allyn & Bacon Wallace, G. Kauffman, J. (1986). Teaching Students With Learning and Behaviour Problems. Colombus, Ohio: Merill Publishing Co. Rujukan Websites alhammasiyy.wordpress.com/.../talaqqi-dan-sistem-pengajian-tradisional/ jpnperak.edu.my/.../8_manjung_bahasa_arab_ahmad_kamil.pdf myais.fsktm.um.edu.my/perl/oai2?verb...from...06... read-dear.com/indexbm.html sesinarsuria.blogspot.com/.../kaedah-p-al-quran-kaedah-1-talaqqi.html www.scribd.com/doc/11596879/talaqqi-musyafahah www.mail-archive.com/...com/msg01115.html www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/.../2003/ahmadkuimkk.pdf 31