ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Takrifan Etika ethos

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Amar Makruf Nahi Mungkar

KEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The Priority of Human Development to Balance National Development)

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

HALATUJU PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR. Disediakan Oleh; Muhamad Asmadi bin Mustakim Ketua Sektor Pengurusan Akademik

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

Matlamat. Wadah Maklumat. Simposium 2014 Methodologi Pengambilan Ilmu Dalam Islam. Buku. Internet. Ceramah TV/Radio 22/10/14&

Faktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkah laku Beragama Menurut al-ghazali dan Sigmund Freud

TEORI MASLOW DAN KAITANNYA DENGAN KEHIDUPAN MUSLIM (Maslow s Theory and its Relation to Muslim s Life)

BAB 2 KONSEP ETIKA KERJA ISLAM PELAKSANAAN ETIKA KERJA ISLAM: KAJIAN KES DI JOHOR CORPORATION.

PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hairunnizam Wahid Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PENILAIAN PENGETAHUAN

BAB 4 MONOTHEISM DAN POLYTHEISM

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester Pendek / 1 / 2 (Short Semester / 1 / 2) Panduan Module

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

International Journal of Islamic and Civilizational Studies PERSONALITI: KONSEP, KUNCI DAN SUMBER MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Transcription:

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 SOALAN 1 1.1 Pengenalan 1.2 Peranan Etika Dalam Bidang Sains Dan Perubatan 1.3 Peranan Etika Dalam Perniagaan Dan Perdagangan 1.4 Peranan Etika Dalam Perhubungan Individu Dan Masyarakat 1.5 Kesimpulan RUJUKAN 2.0 SOALAN 2 2.1 Pengenalan 2.2 Berpegang Teguh Kepada Etika Agama Dan Kepercayaan Masing-Masing Mewujudkan Masyarakat Yang Aman Damai 2.3 Kesimpulan RUJUKAN 3.0 SOALAN 3 3.1 Pengenalan 3.2 Persamaan Etika Agama Buddhisme Dan Hinduisme 3.3 Perbezaan Etika Agama Buddhisme Dan Hinduisme Serta Amalan Kehidupan Seharian 3.4 Kesimpulan RUJUKAN 4.0 SOALAN 4 4.1 Pengenalan 4.2 Amalan Etika Berasaskan Agama Islam 4.3 Kesimpulan RUJUKAN 1.0 SOALAN 1 Etika merujuk kepada sistem ideal moral dan merupakan hasil daripada interaksi manusia. Jelaskan peranan etika dalam bidang sains dan perubatan, perniagaan dan perdagangan; dan perhubungan antara individu dan masyarakat. 1.1 PENGENALAN 1

Menurut Encyclopedia of Americana (1993), istilah etika diambil daripada bahasa Inggeris ethics yang berasal daripada perkataan dalam bahasa Yunani iaitu ethos yang bererti adat kebiasaan dan ethicos yang bererti moral. An English Arabic Lexicon, mencatatkan definisi etika sebagai suatu disiplin ilmu yang berhubung dengan ilmu akhlak atau adab. Kamus Dewan Bahasa & Pustaka (2005) mentakrif etika sebagai nilai-nilai yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu kumpulan. Institut Integriti Malaysia (2007) mendefinisikan etika sebagai himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion. Etika merupakan salah satu bidang falsafah yang mengkaji tentang betul dan salah dalam kehidupan seharian manusia. Etika adalah penting, kerana ia menentukan tindak-tanduk manusia. Tanpa berpegang kepada suatu kod etika, segala usaha manusia akan gagal. Menurut Hamzah Ya cub (1985), etika ialah ilmu yang menyelidiki mana yang baik dan mana yang buruk dengan memperhatikan amal perbuatan manusia sejauh yang dapat diketahui oleh akal. Berdasarkan pelbagai definisi yang telah dinyatakan di atas, etika pada asasnya merupakan suatu cabang daripada ilmu falsafah yang membuat penyelidikan tentang moral dan tingkah laku manusia dari segi tindakan baik dan buruk yang seharusnya diketahui dan sepatutnya diamalkan dalam kehidupan sama ada dari sudut individu, masyarakat dan negara. 1.2 PERANAN ETIKA DALAM BIDANG SAINS DAN PERUBATAN Sumbangan dalam bidang sains moden sememangnya tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya dalam memberi kemudahan dan kesempurnaan hidup kepada manusia. Namun begitu, tidak boleh disangkal juga bahawa ia telah mengakibatkan krisis nilai dan konflik pemikiran yang penuh tragis. Faktor utama yang mencetuskan fenomena itu ialah penyingkiran dan peminggiran agama dan aspek-aspek etika dalam budaya sains moden. 2

Sains merupakan satu konsep yang mempunyai skop yang luas meliputi manusia, alam sekeliling dan masyarakat. Sebaliknya nilai dan etika pula merupakan suatu pengukuran terhadap sesuatu dengan membuat perbandingan terhadap benda, pandangan manusia atau masyarakat. Apabila sesuatu rekaan sains tercipta misalnya pancaran radioaktif diperkenalkan kepada orang ramai, penilaian masyarakat mungkin akan terbahagi kepada dua persepsi berbeza. Mungkin ada pihak menyatakan bahawa pancaran radioaktif itu membahayakan manusia, namun dalam masa yang sama ada pihak lain pula mempertahankan penggunaannya demi membantu perkembangan sosioekonomi negara. Oleh itu, di sinilah timbulnya konflik mengenai nilai tentang sesuatu penemuan atau teori sains. Menurut Hamid Arshat (1999), apabila mengimbas kembali sejarah perubatan Islam, salah seorang daripada pengamal perubatan Islam yang disegani, iaitu Ar- Razi (865-925 masihi) adalah yang begitu komited dengan prinsip etika perubatan dan menentang pengamal perubatan palsu yang menggunakan perubatan sebagai satu medium untuk mengaut keuntungan. Di samping itu, ahli perubatan zaman silam juga telah memberi penekanan ke atas prinsip-prinsip etika, latihan dan kaedah pembelajaran perubatan dengan meletakkan etika sebagai satu kedudukan yang mulia bagi pembinaan adab dan akhlak. Selain itu, menurut Mohd Yusman (1998), beliau mengatakan bahawa bioetika adalah suatu ilmu sains bagi kelangsungan hidup (science of survival) yang mempunyai kepentingan dalam mengatasi kepupusan persekitaran bumi disamping melindungi manusia. Bioetika adalah gabungan bios (sains hayat) dan ethics (etika). Bioetika diklasifikasikan sebagai satu pengkajian sistematik yang berasaskan dimensi etika termasuklah visi moral, keputusan, polisi dan panduan yang mendasari sains hayat serta penjagaan kesihatan. Bioetika ini bertujuan untuk membantu manusia berfikir secara rasional namun pada masa yang sama lebih berhati-hati dengan proses biologi dan evolusi budaya yang wujud. Oleh yang demikian, kerajaan dan para saintis usahlah memikirkan keuntungan material semata-mata tanpa mempertimbangkan keselamatan nyawa, harta benda masyarakat dan negara. Unsur etika patut diletakkan di tempat yang tinggi seiring dengan inovasi sains dan teknologi. 3

Hal ini demikian, pembangunan sosial yang menyeluruh tidak akan tercapai seandainya penekanan hanya diberikan kepada satu aspek sahaja. Secara keseluruhannya, kesedaran terhadap pentingnya penggunaan teknologi yang selamat adalah berpunca daripada latar belakang pendidikan yang baik dan adanya ilmu berkaitan agama dan sains teknologi. Oleh itu, perlunya kesinambungan antara sains, agama dan etika yang menjadi garis panduan yang relevan di samping mematuhi undang-undang atau polisi yang sedia ada. Sains tidak boleh dipisahkan daripada agama dan etika. Pemisahan tersebut akan melahirkan suatu kepincangan yang besar terhadap kesejahteraan masyarakat dunia umumnya. 1.3 PERANAN ETIKA DALAM PERNIAGAAN DAN PERDAGANGAN Perniagaan dilihat sebagai faktor penentu dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi sesebuah bangsa dan negara. Usaha untuk membentuk blok ekonomi negara yang kukuh memerlukan teknik yang betul serta strategik. Oleh yang demikian, etika dan amalan keusahawanan yang berintegriti perlu diamalkan oleh semua ahli perniagaan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan bukan sahaja menjana ekonomi malahan dapat membantu sesama masyarakat. 4

Hal ini demikian, menurut Mohd. Janib Johari (2001), perniagaan juga merupakan sebahagian dari tuntutan umum supaya manusia saling bantu-membantu dan bekerjasama dalam kehidupan seharian mereka selain memenuhi keperluan hidup bermasyarakat. Terdapat beberapa ciri-ciri perniagaan yang memenuhi kehendak etika yang betul, antaranya adalah perniagaan yang mematuhi undang-undang perniagaan. Hal ini bermaksud peniaga memastikan keperluan dan kehendak pengguna dipenuhi, dan bukan mengeksploitasi atau mengambil untung yang berlebihan daripada pengguna. Selain itu, perniagaan yang beretika adalah peniaga yang menyediakan barangan dan perkhidmatan kepada pengguna secara bertanggungjawab dan jujur dengan mengambil kira tanggungjawab terhadap barangan dan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Perniagaan yang beretika juga terikat dengan keselamatan, efisyen, kos efektif dalam produksi, penggunaan sumber secara optimum dan mengambil berat akan persekitaran. Di samping itu, peniaga yang mementingkan etika juga adalah mereka yang mengambil berat terhadap pekerja, pemegang amanah dan pihak lain yang turut terlibat dengan perniagaan mereka. Perniagaan sebegini akan memastikan kejujuran dan ketelusan dalam urusan perniagaan mereka untuk menyumbang kepada pembangunan yang mampan, adil dan juga mengutamakan kepuasan dan keselesaan masyarakat. Peranan etika dalam bidang perniagaan juga sentiasa menyediakan maklumat dan perwakilan yang tepat dimaklumi dalam iklan penjualan barangan dan perkhidmatan. Hal ini demikian bagi memastikan pengguna dimaklumi dan dididik secara betul dalam penggunaan barangan dan perkhidmatan yang selamat digunakan secara optimum dan memuaskan. Penghasilan barangan atau perkhidmatan perlu mengambil kira aspek kualiti, kuantiti, masa yang tepat dan harga yang berpatutan sepertimana yang dipersetujui dengan pengguna. Bukan sahaja mengambil kira kepentingan pemilik perniagaan malah juga kepentingan pekerja. Pastikan keselamatan dan wujudkan suasana kerja dengan mengambil kira upah, faedah dan kemudahan yang mencukupi. 5

Selain kepentingan pekerja, kepentingan masyarakat juga perlu diambil kira. Sentiasa memastikan kepentingan masyarakat secara umum diambil kira dalam semua keputusan pengeluaran barangan dan perkhidmatan, terutama keperluan, aspirasi dan kebajikan komuniti. Sebagai tambahan kepada kepentingan masyarakat, perniagaan juga perlu mengambil kira akibat dan kesan perniagaan kepada persekitaran. Di samping itu, peniaga juga perlu mementingkan aspek kesan negatif dan meminimumkan pencemaran yang tidak mengorbankan keselamatan untuk meraih keuntungan dalam jangka masa yang singkat. Kesimpulannya, peranan perniagaan yang beretika adalah untuk membantu perniagaan mendapat sokongan daripada pengguna dan masyarakat. Sokongan pergerakan pengguna akan membantu dalam meningkatkan jualan dan keuntungan. Oleh itu, ekonomi sesebuah negara bukan sahaja dapat dijana, malahan kelangsungan hayat perniagaan dapat dijalankan dalam tempoh masa yang panjang dan membantu memberi perkhidmatan yanng terbaik kepada pengguna hasil daripada kepercayaan daripada masyarakat. 1.4 PERANAN ETIKA DALAM PERHUBUNGAN ANTARA INDIVIDU DAN MASYARAKAT Manusia merupakan makhluk sosial yang saling memerlukan antara satu sama lain. Sejak dilahirkan sehingga akhir hayat, memberi dan menerima pertolongan merupakan dua amalan yang biasa bagi seorang manusia yang normal. Semasa masih bayi lagi, seseorang memerlukan pertolongan daripada orang sekeliling untuk menerus dan memenuhi kehendak-kehendak asas 6

seperti makan, minum dan seumpamanya. Manusia dan persekitaran adalah dua elemen yang tidak boleh dipisahkan dalam memastikan kesempurnaan dan kelangsungan kehidupan. Oleh itu, perhubungan yang beretika antara individu dan masyarakat adalah fitrah semula jadi yang ada dalam diri setiap manusia bagi mewujudkan suasana harmoni dalam sesebuah negara. Manusia memerlukan peraturan-peraturan yang dapat membatasi kelakuan supaya manusia tidak terlalu bebas sehingga mengancam keselamatan dan hak asasi orang lain. Menurut Baumhart (1968), beliau mengatakan bahawa peraturan manusia tidak wujud sendiri, tetapi ialah hasil yang terkumpul daripada ilmu pengetahuan dan pengalaman baru dan lama dalam kehidupan manusia. Etika diwujudkan kerana manusia lebih cenderung dalam mematuhi beberapa peraturan dan mengikut adat resam serta kelaziman hidup dalam menghadapi perhubungan dengan orang lain. Selain daripada itu, etika atau peraturan manusia juga boleh menjimatkan masa kerana menjadi rujukan bagi manusia semasa mereka membuat pemilihan ke atas sesuatu perbuatan yang perlu dilakukan. Oleh itu, peranan etika juga adalah untuk memelihara kemuliaan manusia dengan sifat-sifat yang terpuji. Seseorang insan perlu mempunyai keperibadian yang baik dan dianggap sebagai seorang insan yang bermoral. Seseorang individu perlu didedahkan kepada situasi alam persekitarannya dan diajar melalui pelbagai pendekatan seperti pendidikan agama, pendidikan moral, atau asuhan ibu bapa, sebelum dia dapat beramal dengan akhlak yang mulia. Di samping itu, etika dalam diri seseorang juga penting utk memperkukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian, jika nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi dan bekerjasama sentiasa diamalkan dalam kalangan masyarakat, maka suasana persekitaran yang harmoni dapat dipelihara dan mewujudkan masyarakat yang berintegriti. Menurut Abdul Rahman Abdul Aziz (2002), keharmonian sesebuah negara disumbangkan oleh pengurusan yang baik dalam kompenan sosial, ekonomi dan politiknya. Oleh itu, bermula dengan perhubungan sosial yang baik antara individu dapat menggalakkan perhubungan yang positif dengan amalan saling bekerjasama dan bersatu padu sesama masyarakat. 7

Kesimpulannya, kemelut gejala sosial yang sering melanda masyarakat kita pada hari ini adalah berpunca daripada tingkah laku individu-individu yang tidak bermoral dan tidak beretika. Semua pihak perlulah bekerjasama dalam menjadikan masyarakat Malaysia sebagai bangsa yang beretika dan berintegriti bermula daripada pendidikan awal lagi sesuai dengan sarana kerajaan ingin menjadikan Malaysia bukan sahaja maju dari segi pembangunan, malahan memiliki sikap dan minda yang bertamadun. 1.5 KESIMPULAN Kesimpulannya ialah proses menuju negara maju seharusnya tidak meninggalkan persoalan etika di belakang. Nilai-nilai etika ini perlulah dijunjung dan ditanam dalam diri setiap insan agar kemajuan yang dicapai mempunyai makna dan berkualiti tinggi. Kita sepatutnya mencontohi negara maju yang lain seperti Jepun, walaupun status negara maju telah lama dikecapi, tetapi 8

etika mereka berada pada tahap yang sangat tinggi dan terpuji. Sebenarnya, sistem nilai dan etika yang mantap akan memastikan sesebuah masyarakat akan membangun dalam konteks yang berpedoman, maka nilai tersebut yang bertindak sebagai faktor pendesak yang kuat kearah kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. RUJUKAN Abdul Rahman Abdul Aziz. (2002). Pemikiran Etika Hamka. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Baumhart, R. (1968). Ethics in Business. Boston: Holt, Rinehart & Winston. 9

Encyclopedia of Americana (1993). New York : Grolier Inco. George Percy Badger. (1981). An English Arabic Lexicon. London : Pater Noster Square. Hamid Arshat. (1999). Konsep Perubatan Islam: Falsafah dan Amalan- II. Di dalam Abu Bakar Yang dan Abu Bakar Abd. Majeed. (penyunting). Konsep dan Operasi Perubatan Islam. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Kuala Lumpur. m.s. 62. Hamzah Ya cub. (1985). Etika Islam. Bandung : Deponegoro. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Janib Johari. (2001). Etika Profesional. Johor Baru : Penerbit UTM Press. Mohd Nasir Omar. (1986). Falsafah Etika. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Yusman Awang. (1998). Cabaran Beberapa Isu Bioetika Terpilih di Malaysia. Tesis Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. m.s. 1-35. Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam (1991). Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara. 2.0 SOALAN 2 Dalam sebuah masyarakat plural atau majmuk, sekiranya setiap insan yang berpegang teguh kepada etika agama dan kepercayaan masing-masing, masyarakat akan menjadi aman dan damai. Bincang secara kritis. 10

2.1 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama yang didominasi oleh tiga kelompok utama iaitu Melayu, Cina dan India. Setiap rumpun bangsa ini bebas mengamalkan budaya dan kepercayaan yang berbeza dengan aman dan damai tanpa persengketaan. Setiap masyarakat dan kelompok etnik manusia mempunyai budaya tersendiri yang menjadi lambang identiti sesuatu bangsa. Masyarakat majmuk dari segi etnik dan agama, sesungguhnya merupakan anugerah dan kehendak Tuhan. Tuhan Yang Maha Kuasa telah menetapkan hukum-hukum-nya, selain berupa doktrin agama juga berupa ketentuan yang berlaku pada alam dan manusia yang lazim disebut hukum alam (sunnatullah). Menurut Mohd Taib Osman (1983), agama ialah satu sistem kepercayaan yang seragam atau amalan-amalan yang bersangkutan dengan sesuatu yang suci, kepercayaan dan amalan yang bersatu kemudiannya membentuk suatu komuniti moral yang tunggal. Antara elemen yang wujud dalam definisi ini termasuklah kepercayaan, amalan dan entiti suci yang perlu dicapai oleh insan yang beragama. Di samping itu, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama sama di suatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu. Masyarakat ini terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk yang membawa maksud masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup bersama-sama dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan serta mempunyai budaya yang tersendiri. 2.2 BERPEGANG TEGUH KEPADA ETIKA AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASING-MASING MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG AMAN DAMAI Penduduk Malaysia berbilang kaum, namun sikap berpegang teguh kepada agama dan kepercayaan masing-masing serta semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk merealisasikan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap ini, akan lahirlah 11

masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Prinsip pertama Rukun Negera iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan menjadi nadi pembinaan jati diri masyakat Malaysia dan sewajarnya menjadi panduan dan pedoman hidup bermasyarakat oleh seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Pada dasarnya, prinsip ini mengungkapkan bahawa rakyat Malaysia berpegang teguh kepada kepercayaan kepada Tuhan. Ini bermakna Malaysia adalah negara yang menolak sebarang ideologi yang tidak mempercayai wujudnya Tuhan (atheisme). Oleh yang demikian, kepercayaan kepada Tuhan mampu menjadikan masyarakat berpegang teguh kepada nilai-nilai murni yang diajarkan oleh agama. Jika masyarakat berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing secara postif maka ia dapat membentuk kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Melalui ikatan keagamaan, manusia akan bertindak sebagai seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa menjaga keamanan dan keharmonian negara. Rakyat juga akan sentiasa berasa bersyukur dalam kehidupannya. Prinsip pertama Rukun Negara ini sebenarnya mendukung kebebasan dan pengamalan agama seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Menurut Abdul Aziz Bari (2002), perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan bagi Malaysia. Perkara ini jelas dimaktubkan dalam Perlembagaan di bawah Perkara 3 (1) yang menyatakan bahawa: Ugama Islam ialah ugama bagi persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Selain itu, kebebasan beragama yang diamalkan di negara ini menuntut setiap orang menghormati agama yang dianuti oleh orang lain serta hak untuk mengamalkan. Walaupun Islam diletakkan sebagai agama rasmi tetapi ajaran Islam tidak memaksa mana-mana individu untuk memeluk Islam. Hakikatnya, Malaysia mengamalkan kebebasan beragama dan seharusnya dapat membentuk masyarakat kita saling menghormati kepercayaan dan amalan ibadat setiap agama. Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat mengembangkan perbuatan yang luhur, yang 12

mencerminkan sikap dan suasana interaksi masyarakat secara harmoni dan sekali gus dapat mengembangkan sikap adil terhadap sesama insan. Di samping itu, prinsip universal yang harus dipegang oleh semua penganut agama di negara ini ialah berpegang teguh kepada agama dan kepercayaan masing-masing secara beradab agar dapat membina kerukunan hidup secara harmoni. Hal ini seharusnya dapat mengembangkan lagi sikap hormat menghormati dan bekerjasama antara penganut pelbagai agama walaupun agama dan kepercayaan terhadap Tuhan adalah hal yang menyangkut hubungan peribadi manusia dengan Tuhan yang dipercayainya. Justeru itu, kita seharusnya berasa bimbang terhadap trend penghinaan terhadap kesucian agama contohnya seperti kes Alvin dan Vivian yang mempersendakan amalan puasa umat Islam. Perbuatannya itu mendapat kecaman bukan sahaja dari masyarakat Islam, malah masyarakat bukan Islam juga. Ini mebuktikan bahawa masyarakat bukan Islam di negara ini juga tidak merestui sebarang sikap ekstrem yang cenderung menghina ibadat atau amalan agama orang lain. Kita berasa khuatir dengan trend yang tidak sihat ini yang boleh mengeruhkan perhubungan antara kaum dan agama di negara ini. Secara asasnya, peranan agama dalam masyarakat ialah membantu dalam menyembuhkan seseorang individu, apabila individu telah sembuh daripada penyakit-penyakit sosial, maka keluarganya pula akan sembuh dan seterusnya masyarakat pula akan sembuh. Kebanyakan penyakit gejala sosial hari ini boleh disembuhkan dengan mengikuti dan mematuhi kod moral dalam dalam agama seperti Rukun Iman dalam Islam dan The Ten Commandments dalam ajaran Kristian. Agama sebenarnya ialah makanan yang amat diperlukan oleh jiwa iaitu lebih penting dan lebih besar daripada keperluan fizikal manusia. Selain itu, fungsi agama juga memberikan rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok manusia iaitu agama merupakan satu faktor dalam pembentukkan kelompok manusia. Ini adalah kerana sistem agama menimbulkan keseragaman bukan sahaja kepercayaan yang sama, malah tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang sama. Agama juga memainkan fungsi kawalan sosial yang amat penting kerana semua prinsip agama menyuruh kepada kebaikan dengan 13

menggariskan etika yang wajib dilakukan oleh penganutnya. Malaysia mempunyai rekod cemerlang sebagai negara berbilang kaum, agama dan budaya tidak seperti kebanyakan negara majmuk lain yang menghadapi masalah besar dalam mengimbangi kebebasan pengaruh nilai dan beragama dalam masyarakat. Masyarakat yang gagal menjamin kebebasan beragama akan gagal mewujudkan keharmonian sehingga menyebabkan konflik, yang pada akhirnya membawa kepada krisis kemanusiaan. Kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah kalau kita gagal berpegang teguh dan memelihara nilai yang dibawa oleh agama. 2.3 KESIMPULAN Kesimpulannya bahawa betapa pentingnya kedudukan agama dalam pembangunan moral dan etika, kerana agama tidak hanya sekadar pembinaan kesusilaan semata-mata, tetapi juga sebagai pengarahan dan pendorong umatnya untuk bergiat aktif bersama-sama dalam membangun masyarakat, bangsa dan negara. Hakikatnya, kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah jika kita gagal memelihara keharmonian dan nilai yang dibawa oleh agama. 14

Sesungguhnya semua agama mementingkan etika dalam ajaran mereka serta menganjurkan kebaikan. Pekspektif agama adalah yang terbaik sebagai panduan untuk kita beretika dalam apa jua keadaan. Oleh yang demikian, setiap warganegara Malaysia yang menghayati dan berpegang teguh kepada etika agama dan kepercayaan masing-masing, maka kehidupan seharian dapat dijalani dengan tenang dan sentosa. RUJUKAN Abdul Aziz Bari. (2002). Perlembagaan Malaysia : Asas-asas dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahim M. Ali (2001). Ilmu Pendidikan DPM. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. 15

Asma Abdullah. (1966). Going Glocal : Cultural Dimensions in Malaysian Management. Kuala Lumpur : Institut Pengurusan Malaysia. Eow Boon Hin (2000). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Pearson Education Malaysia Sdn Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Taib Osman. (1983). Bunga Rampai Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 3.0 SOALAN 3 Huraikan persamaan dan perbezaan etika berasaskan agama buddhisme dan hinduisme dan bagaimana ia diamalkan dalam kehidupan seharian. Berikan contoh-contoh yang relevan. 3.1 PENGENALAN 16

Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat berbilang kaum meliputi Melayu, Cina dan India. Keunikan masyarakat Malaysia ialah walaupun mereka berlatar belakangkan agama, budaya dan corak hidup yang berlainan, namun mereka hidup dalam keadaan yang harmonis dan aman berlandaskan kepada kebudayaan nasional. Setiap agama yang wujud di atas muka bumi ini sama ada bersifat agama samawi (agama yang datang berasaskan wahyu dari Tuhan) seperti Islam dan Kristian atau agama budaya (agama yang lahir berasaskan pengalaman tokoh dan kehidupan) seperti Buddha dan Hindu semuanya menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Nilai-nilai moral dan etika yang membangunkan sesebuah bangsa adalah dituntut oleh semua agama. Namun begitu, masyarakat kita pada hari ini sering didedahkan dengan konsep sekularisme dalam sistem kepercayaan iaitu memisahkan antara kepercayaan dan kehidupan keduniaan. Fenomena inilah yang menyebabkan persoalan peribadatan ditolak dalam urusan kehidupan seharian yang membantutkan perkembangan nilai agama itu sendiri dalam pemikiran manusia. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ajaran agama dianggap sebagai pemandu dalam mengemudikan perjalanan kehidupan manusia keseluruhannya. Sesungguhnya, sistem nilai agama yang diamalkan dapat mempengaruhi kemajuan dan kesejahteraan sesebuah masyarakat. Menurut Abd. Aziz Deraman (1978), antara kepentingannya adalah mempertingkatkan mutu hidup manusia, mengembangkan intelek manusia supaya ia berfungsi dengan efektif, melindungi nyawa manusia dan membenarkan mereka terus hidup, mempertahankan hak asasi dan kebajikan manusia, mengelakkan keruntuhan akhlak dan sistem moral dalam masyarakat, mewujudkan dan memelihara rukun sosial (social order) dan memelihara keamanan masyarakat dengan suasana yang harmonis. 3.2 PERSAMAAN ETIKA AGAMA BUDDHISME DAN HINDUISME Agama Buddhisme dan Hinduisme merupakan kepercayaan yang popular dalam kalangan masyarakat India dan Cina di Malaysia. Buddhisme adalah agama budaya yang diasaskan di India oleh Siddharta Gautama Buddha, seorang yang kuat berusaha untuk mencapai ketinggian moral dalam kehidupan dan mencari keharmonian hidup dengan usahanya sendiri. Falsafah Buddhisme adalah untuk memberikan panduan kepada manusia mengenai kehidupan yang 17

bermaruah dan berasaskan etika kehidupan yang sempurna yang dipanggil 'Nirwana'. Seseorang itu perlulah melepasi 'Empat Kebenaran Mulia' (Four Noble Truths) atau tahap penderitaan dalam kehidupan (circle of suffering). Asas penciptaan agama Buddha menegaskan bahawa manusia yang leka dengan nikmat dunia adalah manusia yang paling bodoh kerana tenggelam dengan nikmat dan urusan pengkajian dunia. Crutcher (2000) melihat agama Buddha mempunyai sistem pengkajian alam semesta dalam sudut pandangan yang berlainan iaitu mengambil pendekatan tidak perlu mengkaji alam semesta. Justeru itu, matlamat agama Buddha lebih tertumpu kepada melakukan reformasi kuasa yang menggerakkan alam semesta. Prinsip utama yang dipegang agama Buddha tidak meletakkan Tuhan sebagai kuasa penggerak tetapi lebih kepada sebab dan akibat. Di samping itu, asas penciptaan agama Hinduisme pula berpaksikan ketuhanan yang bertindak sebagai Pencipta alam semesta. Terdapat tiga asas ketuhanan iaitu Tuhan Pencipta (Brahma), Tuhan Penjaga (Vishnu) dan Tuhan Pemusnah (Shiva) yang diberi nama (Trimurti). Menurut Durga (2004) Tuhan dijadikan oleh Tuhan yang lebih agung. Menjadi kekeliruan masyarakat di luar agama Hindu bahawa agama Hindu mempercayai kepada kepelbagaian dalam ketuhanannya (politeisme) sehingga menjangkau jumlahnya 3 juta Tuhan. Namun, secara pemahaman sebenar yang dianuti oleh agama Hindu itu sendiri hanya ada satu kekuasaan yang mutlak dan mereka menganggap dewa-dewa dan makhluk adalah berpunca daripada Brahman. Menurut Brian (2008), doktrin atau sistem nilai etika mempunyai persamaan antara agama-agama seperti Islam, Kristian dan Yahudi. Sementara agama-agama lain seperti Hindu dan Buddha wujud jurang perbezaan yang menjadi hak eksklusif agama-agama ini mengikut sudut pandang dan kepercayaan mengenai konsep ketuhanan itu sendiri. Justeru, terdapatnya asas kepercayaan utama sesebuah agama iaitu ketuhanan. Hakikatnya, semua agama mempunyai doktrin dan amalan-amalan tertentu dalam agama yang perlu dilaksanakan oleh pengikut-pengikutnya. Persamaan etika dalam agama Hindu dan Buddha adalah terdapatnya konsep kelahiran semula dan Karma, iaitu pembalasan yang 18

setimpal dengan usaha dan perlakuan manusia. Selain itu, ajaran Buddha dan Hindu meyakini transformasi sifat yang dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri (self discovery). 3.3 PERBEZAAN ETIKA AGAMA BUDDHISME DAN HINDUISME SERTA AMALAN KEHIDUPAN SEHARIAN Secara umumnya asas penciptaan alam semesta yang dipercayai oleh agama Hindu berlandaskan kepada konsep ketuhanan sehinggakan Tuhan menyerapi setiap unsur alam semesta dan alam semesta adalah Tuhan (panteisme) dan kepercayaan kekuasaan kepada Tuhan yang lain (henoteisme). Manakala agama Buddha meletakkan asas penciptaan kepada konsep sebab dan 19

akibat (patticasamupadda) sehingga menafikan kuasa ketuhanan dalam penciptaan alam semesta (ateisme). Agama Hinduisme tidak boleh dikatakan sebagai agama yang sama dengan agama Buddhisme. Walaupun perbezaan ini hanya satu aspek iaitu asas penciptaan tetapi impak kepada perbezaannya menjadikan agama Hindu sebuah agama ketuhanan yang berpegang kepada fahaman henoteisme dan agama Buddha adalah agama ateis yang memegang nilai etika sebagai asas kepada semua jawapan masalah dan teori agama. Walaupun ada persamaan seperti penggunaan terma karma, samsara, pencerahan dan sebagainya, perlu diingatkan ia hanya sama dari segi terma penggunaannya tetapi pelaksanaan dan peribadatan dalam agama-agama ini tidak sama dan tertakluk kepada konsep asas penciptaan ini iaitu konsep ketuhanan. Selain itu, dalam agama Hindu peranan Tuhan adalah utama kerana Dia adalah pencipta dan semuanya adalah tertakluk kepada Tuhan. Manusia tidak langsung memainkan peranan dalam penciptaan alam semesta. Berlainan dengan agama Buddha yang meletakkan manusia memainkan peranan utama dalam penciptaan alam semesta kerana manusia sentiasa melakukan kerosakan, mengalami penderitaan dan akhirnya menerbitkan samsara yang bermaksud agen penciptaan dan tiada samsara, tiada penciptaan. Oleh itu, manusia sememangnya peranan utama dalam proses penciptaan ini sesuai dengan imej dan kelas kedua-dua agama iaitu henoteisme dan ateisme.. Di samping itu, terdapat perbezaan antara agama Hindu dan Buddha. Perbezaan pertama yang dilihat paling ketara dalam asas penciptaan alam semesta adalah konsep ketuhanan. Agama Hindu meletakkan Brahma adalah Tuhan Pencipta. Walaupun agama Hindu memiliki kefahaman mengenai sebab dan akibat dan evolusi dalam proses penciptaan tetapi segala aturan dan pentadbirannya tertakluk kepada kekuasaan serta kehendak Brahma. Pengelasan konsep ketuhanan politeisme, monoteisme, panteisme ke dalam agama Hindu adalah biasa. Matthew (2007) meletakkan kelas lain kepada agama Hindu iaitu henoteisme yang mana fahaman kepercayaan kepada satu Tuhan tetapi mengakui kekuasaan Tuhan lain. 20

Berbeza dengan etika agama Hindu, agama Buddha yang berlandaskan idea dan logik serta mengangkat Tuhan Pencipta sebagai sebab dan akibat (patticasamupadda). Jika ditinjau mengenai konsep ketuhanan agama Buddha, ia sememangnya tidak jelas dan tidak tetap serta menafikan ketuhanan. Buddha menjelaskan kefahaman mengenai Tuhan yang dipercayai oleh agama Hindu sebagai kecelaruan dan menganggap konsep ketuhanan hanya buah fikiran manusia itu sendiri. Selain iu, penganut ajaran Buddha menganggap kepercayaan kepada Tuhan adalah kelemahan berfikir dan wajar ditolak. Jika semua fenomena disebabkan Tuhan, maka tidak sepatutnya diarahkan kepada Tuhan kerana apakah perkara buruk yang berlaku di dunia ini seperti bunuh diri dan mencuri juga datangnya tindakan buruk ini dari Tuhan? Justeru, ini yang digelar sebagai salah faham mengenai tindakan Tuhan terhadap penciptaannya. Jika Tuhan adalah penyebab segala yang berlaku di dunia ini, apakah peranan manusia berusaha? Setiap dari kewujudan itu ada kerahmatan, kecelakaan, perbuatan baik dan buruk. Di samping itu, perbezaan antara agama Buddhisme dan Hinduisme juga boleh dilihat dari segi aspek kepercayaan iaitu dalam agama Hindu, Tuhan digambarkan dengan pelbagai bentuk dan penjelmaan dewa selain mempercayai konsep reinkarnasi atau penjelmaan semula. Walaupun agama Buddha terbentuk dalam kerangka agama Hindu, konsep ini hanya terdapat dalam agama Hindu. Berdasarkan kepada kepercayaan agama Buddha juga yang menafikan ketuhanan dalam asas penciptaan alam semesta dan menggantikannya dengan sebab dan akibat (patticasmupadda), tidak keterlaluan meletakkan agama ini sebagai agama ateisme atau kelompok agama yang menafikan ketuhanan atau entiti yang bersifat dengan sifat ketuhanan. Agama Buddha juga tidak terlalu fokus membicarakan mengenai sesuatu realiti yang tidak boleh dilihat (Tuhan), jiwa, kehidupan selepas mati atau asal-usul alam semesta. Menurut Story (1972), agama Buddha meletakkan ketuhanan itu sendiri sebahagian dari konsep sebab dan akibat yang tertakluk kepada karma dan samsara. 21

Perbezaan kedua, agama Hindu mempercayai agen kepada penciptaan alam semesta adalah Maya yang mempunyai kualiti Guna. Brahma hanya bertindak memikirkan dan berkehendak penciptaan alam semesta dan Maya adalah agen penciptaan tersebut. Maya tidak dianggap Tuhan tetapi memiliki zat dan sifat ketuhanan iaitu kekal dan abadi. Membezakannya adalah Maya tiada kehidupan dan ia hanya sekadar tenaga. Justeru itu, jika diteliti, agama Hindu tidak meletakkan campur tangan lain sama ada manusia, pokok, tanah atau lain-lain dalam penciptaan alam semesta melainkan dengan kehendak Brahma dan Maya sahaja. Namun begitu, berbeza bagi agama Buddha, agen kepada penciptaan adalah samsara yang menyebabkan segala perilaku perbuatan, pemikiran dan perbualan berlaku secara negatif. Hasilnya samsara memainkan peranan sebagai agen kepada penciptaan berlandaskan kepada sebab dan akibat (patticasamupadda). Terdapat Dua Belas Rangkaian Sebab dan Akibat (twelve link) untuk menjelaskan mengenai samsara sebagai agen, iaitu kebodohan (avijja), pembentukan kerelaan (sankhara), kesedaran (vinnana), minda dan badan (namarupa), enam pancaindera (salayatana), hubungan deria (phassa), perasaan (vedana), ketagihan (tanha), kehendak (upadana), pembentukan (bhava), kelahiran (jati), usia tua dan mati (jaramarana) Dua Belas Rangkaian sebab dan akibat ini adalah bentuk penderitaan (samsara) yang sentiasa berlaku dalam kehidupan manusia dan entiti muka bumi yang mana menjadi agen kepada nilai moral dan etika. Hal ini juga menunjukkan peranan manusia sepenuhnya sebagai punca dan asas kepada penciptaan alam semesta. Selagi mana manusia melakukan dosa, etika buruk dan kekejaman akan melahirkan samsara yang akan menjadi agen kepada sebab dan akibat (patticasamupadda). Falsafah Buddhisme adalah untuk memberikan panduan kepada manusia mengenai kehidupan bermaruah dan berasaskan etika kehidupan yang sempurna. Oleh yang demikian, matlamat dalam kehidupan mereka ialah untuk mencapai satu tahap yang dipanggil Nirwana. Bagi mencapai kepada Empat Kebenaran Mulia tersebut, seseorang penganut Buddha perlulah melepasi satu tahap yang disebutkan sebagai Jalan Mulia Lapan Lapis (The Noble Eightfold Path). Ini adalah jalan yang terakhir merangkumi lapan perkara dalam usaha mengatasi segala masalah kehidupan. 22

Tiga kelompok moral yang diketengahkan iaitu akhlak (sila), perkembangan mental (samaddi) dan kebijaksanaan (panna) adalah kelompok akhlak sosial yang baik dan dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat dan merupakan asas pemurnian budaya di Malaysia. Bagi memastikan seseorang penganut Buddha itu boleh mencapai ke tahap dua perkara tersebut, perkara asas yang perlu diberikan perhatian ialah asas moral atau Panca sila. Sila adalah nilai moral yang baik yang lahir berdasarkan kepada sebab dan musabab dan kesannya sesuatu perbuatan tersebut. Manakala panca bermaksud lima, yang membawa erti lima peraturan yang utama sebagai asas kepada perbuatan seseorang yang perlu dihayati. Panca sila adalah asas pendidikan moral yang dapat memupuk dan membina keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat. Lima perkara yang dimaksudkan ialah larangan membunuh, bersifat jujur, larangan berzina, larangan minum arak dan tidak mengkhianati antara satu sama lain. Hasil falsafah yang dikemukakan dalam konteks moral dan nilai dalm kehidupan adalah bersifat sejagat kecuali beberapa perkara yang menyentuh aspek penyembahan keagamaan. Nilai dan budaya masyarakat Malaysia adalah dicorakkan oleh agama dan budaya yang diamalkan. Perkara ini telah mempengaruhi sistem nilai dan etika sesebuah masyarakat. 3.4 KESIMPULAN Kesimpulannya, setiap agama merupakan kumpulan kepercayaan dan keyakinan seseorang terhadap alam dan kehidupannya. Kepercayaan seseorang akan menentukan hala tuju dan cara hidupnya. Seseorang yang beragama dan mempercayai kewujudan Tuhan akan bertindak menurut kepercayaannya. Hidupnya akan berpandukan peraturan yang ditetapkan oleh agama dan pasti mempunyai pertimbangan halal dan haram serta meyakini alam pembalasan. Oleh itu, kesannya ialah mereka hidup sebagai manusia berperaturan serta mempunyai pertimbangan dosa dan pahala seterusnya bertindak dengan penuh hati-hati di dunia meskipun ketika bersendiri kerana bimbang dimurkai oleh Tuhan. Mereka juga tidak menzalimi dan menindas manusia serta 23

tidak mengambil dan merampas hak manusia lain sewenang-wenangnya maka peranan agama dalam membentuk etika manusia mampu memelihara kesejahteraan dan keamanan sejagat. RUJUKAN Abd. Aziz Deraman (1978). Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Auni Abdullah (1991). Islam dalam Sejarah Politik dan Pemerintahan di Alam Melayu. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise. Brian, Pitts, J. (2008). Why the Big Bang Singularity Does Not Help the Kalam Cosmological Argument for Theism. British Society for the Philosophy of Science. 59. 675-708. 24

Crutcher, Richard R. (2000). Loka: The Buddha s Formulation of the Universe. Ancient Tradition: Spirituality and Science in the Light of Vipassana Meditation. September 3-4. Amerika Syarikat: Vipassana Meditation Center, Dhamma Dhara. Durga Das Basu. (2004). The Essence of Hinduism 2nd Edition. Delhi: Asoke K. Ghosh. Jack Parkinson et.al. (1991). DEB: Pertumbuhan dan Ketaksamaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka James P. Ongkili (1985). Nation Building in Malaysia 1946-1974. Singapore : Oxford University Press. Matthews Warren. (2007). World Religions 6th Edition. United States of America: Wadsworth Cencage Learning. R. Robertson (1997). Agama dalam Analisis dan Interpretasi Sosiologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Story Francis. (1972). Gods and the Universe in Buddhist Perspective: Essays on Buddhist Cosmology and Related Subjects. Sri Lanka: Buddhist Publication Society. Wan Hashim Wan Teh (1983). Race Relation in Malaysia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books Ltd. 4.0 SOALAN 4 Huraikan etika berasaskan agama Islam dan bagaimana ia diamalkan dalam kehidupan seharian. Berikan contoh-contoh yang relevan. 4.1 PENGENALAN Menurut Al-Ghazali (1985), agama Islam terdiri daripada tiga konsep utama iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Islam dari segi bahasa berasal daripada kata dasar bahasa Arab, salama yang 25

membawa maksud taat dan patuh, aman dan damai serta terlepas daripada kekurangan zahir dan batin. Manakala dari segi istilah syarak, Islam ialah tunduk, taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. seperti yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Di samping itu, Iman pula berasal daripada kata dasar al-amn yang bererti aman iaitu tiada rasa takut dan dari segi istilah ialah mempercayai Allah s.w.t. dan rasul-nya dengan pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati tanpa rasa syak dan ragu. Ihsan pula bermaksud berbuat baik kepada manusia dan menghindari daripada melakukan perbuatan yang jahat serta mendorong seseorang agar sentiasa ikhlas dalam beribadat semata-mata kerana Allah s.w.t. Islam merupakan agama yang dominan di Malaysia yang mewarnai kehidupan masyarakat Melayu selepas pertapakan agama Hindu di Tanah Melayu. Islam merupakan agama sejagat (universal) dan kesejagatan ini adalah terkandung dalam intipati ajaran yang terkandung dalam al-qur an yang seharusnya menjadi pedoman kepada keseluruhan manusia. Asas kewujudan manusia adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi, memimpin manusia dan alam berasaskan kepada wahyu dan petunjuk al-qur an dan Sunnah. Sumber utama ini bukan sekadar pengarahan untuk beribadah bahkan juga mempunyai petunjuk yang mutlak dalam kehidupan manusia. 4.2 AMALAN ETIKA BERASASKAN AGAMA ISLAM Umat Islam adalah umat yang berpegang kuat kepada agama sama ada dalam konteks peribadatan dan kehidupan bermasyarakat. Secara asasnya, menurut S.Q Fatimi (1963), kerangka Islam dijelaskan melalui hubungan yang wujud dalam tiga dimensi utama Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak. Akidah bermaksud asas-asas kepercayaan dan ibadah, pemikiran dan tunggak kepada perjalanan hidup manusia di dunia dan akhirat manakala syariah pula bermaksud peraturan dan hukum hakam kehidupan, pembeza antara kebenaran dan kebatilan seterusnya akhlak pula membawa erti asas-asas moral dan tindakan dalam kelakuan manusia. 26

Oleh yang demikian, dalam konteks ajaran Islam, perkataan yang paling hampir kepada maksud etika ialah akhlak. Pengertian akhlak dianggap lebih kuat dan berkesan kerana bertunjangkan kepada keimanan kepada Allah s.w.t. berbanding dengan etika yang berasaskan kepada teori-teori ciptaan manusia. Akhlak Islam berasaskan kepada ajaran al-quran dan ajaran Hadis Nabi Muhammad s.a.w. Moral dan etika boleh dikaitkan dengan istilah akhlak daripada perkataan bahasa Arab yang mempunyai kaitan dengan dua istilah lain iaitu Khalik (Tuhan Pencipta) dan makhluk (ciptaan) daripada kata akar yang sama iaitu khalaqa (mencipta). Akhlak mencakupi makna moral dan etika iaitu sifat dan perlakuan yang baik, halus, benar dan patut dipunyai oleh seseorang yang memberi kebaikan kepada dirinya dan juga kepada orang lain. Dalam erti kata lain, segala sifat dan perbuatan yang baik yang memanfaatkan itu, harus dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Tuhan semata-mata, bukan untuk mendapat balasan, pujian dan pengiktirafan daripada manusia. Justeru itu, konsep akhlak mengimplikasikan kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan sebagai Pencipta segala makhluk di muka bumi ini. Dalam Islam, huraian tentang akhlak berkait rapat dengan hakikat diri manusia dan memainkan peranan penting dalam proses pembentukan peribadi-peribadi Muslim yang beriman dan bagaimana mereka merealisasikan konsep hakikat kemanusiaan dalam perhubungan sesama makhluk Menurut Sayyid Abul A la Maududi (1996), beliau menjelaskan bahawa kewujudan nilainilai agama yang dipegang dan dihayati oleh sesebuah masyarakat membuahkan hasil dalam tindakan moral mereka. Beliau juga mengemukakan mengenai adanya etika dalam Islam yang membezakannya dengan etika sekular. Hal ini demikian, etika Islam adalah berdasarkan bimbingan dan petunjuk Al-Quran dan Al-Sunnah. Mengikut tafsiran Al-Ghazali (1985) pula, beliau mengatakan bahawa etika merujuk kepada hasil idea pemikiran hukama iaitu penilaian sesuatu perbuatan berasaskan kepada teori dan ilmu pengetahuan. Menurut beliau juga, perbuatan-perbuatan yang lahir secara spontan ini 27

sudah terbentuk dari kebiasaan dan latihan jiwa yang berterusan sehingga perbuatan-perbuatan baik tersebut menjadi kebiasaan dan terikat kukuh dalam jiwa. Jika jiwa seseorang telah tertanam dengan nilai-nilai yang baik, maka akan melahirkan perilaku yang baik, begitulah sebaliknya. Amalan etika dalam ajaran agama Islam terkandung dalam lima elemen dalam Rukun Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang. mengeluarkan zakat, berpuasa dan mengerjakan haji di Baitullah jika ada kemampuan menurut syarak. Seseorang Muslim mesti menghayati dan berpegang teguh kepada rukun-rukun tersebut. Andai kata rukunrukun Islam ini diaplikasikan dalam kehidupan dengan cara yang sebaik-baiknya, sudah tentu akan membawa kejayaan besar kepada diri individu, masyarakat dan negara. Amalan etika Islam yang utama iaitu melafazkan syahadah (penyaksian tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah) merupakan penyataan atau ikrar misi dan visi hidup seorang Muslim. Syahadah adalah pengucapan lidah yang melahirkan pengakuan hati dan keinginan jiwa terhadap ketuhanan dan keesaan Allah serta kebenaran Rasul-Nya Muhammad s.a.w. sebagai utusan terakhir yang membawa rahmat kepada keseluruhan alam. Lafaz kalimah syahadah ini juga merupakan syarat utama sesuatu ibadat itu diterima oleh Allah s.w.t. serta membuktikannya dengan melaksanakan semua amalan ibadat yang diwajibkan oleh Allah s.w.t.. Selain itu, amalan etika yang kedua adalah mendirikan solat fardhu lima waktu sehari yang merupakan satu perintah yang diwajibkan setiap hari ke atas umat Islam yang akil dan baligh. Solat juga merupakan hubungan secara langsung antara kita dengan Maha Pencipta. Kita berkomunikasi dengan Allah s.w.t., dengan melahirkan apa yang dirasa dan difikirkan sama ada rasa gembira atau sebaliknya. Antara hikmah solat ialah menghampirkan diri kepada Allah s.w.t., menguatkan keimanan dan ketakwaan, mendidik diri supaya sentiasa mengingati Allah s.w.t., memberi kecerdasan jasmani, kecerdasan akal dan meningkatkan kualiti rohani serta mendisiplinkan diri dengan menepati waktu. 28

Di samping itu, amalan etika yang ketiga pula adalah mengeluarkan zakat. Zakat ialah kata dasar dalam bahasa Arab daripada perkataan zaka yang membawa pengertian berkat, tumbuh, suci, bersih dan baik atau dapat memberi maksud membersihkan atau mensucikan. Menurut hukum Islam (istilah syarak) zakat bererti sejumlah harta tertentu yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. untuk diserahkan kepada orang yang berhak. Antara kelebihan berzakat ialah penggerak ekonomi bagi golongan yang tidak mampu supaya memainkan peranan dalam ekonomi, menjauhkan sifat kedekut, mengeratkan tali persaudaraan antara golongan berada dengan golongan miskin dan sebagai tanda syukur atas nikmat-nikmat pemberian Allah s.w.t. Selain itu, amalan etika yang seterusnya adalah berpuasa pada bulan ramadan. Berpuasa menurut bahasa ialah menahan diri daripada sesuatu dan menurut istilah bererti menahan diri daripada melakukan sesuatu yang membatalkan puasa bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenam matahari. Puasa juga menuntut kita mencegah nafsu lahir dan batin daripada segala yang dilarang serta mengawasi gerak-geri badan daripada melakukan suatu yang ditegah oleh hukum. Puasa adalah manifestasi kepada sifat sabar dan tabah. Hikmah diperintahkan berpuasa adalah mendidik manusia menjadi seorang yang lebih bertakwa serta memberikan kesegaran mental dan fizikal. Amalan etika dalam ajaran Islam yang kelima adalah mengerjakan haji di Mekah bagi yang mampu. Ibadat haji hanya boleh dikerjakan di kota suci Mekah dan dilakukan dalam musim haji sahaja iaitu pada bulan Zulhijjah yang memerlukan perbelanjaan dan kesihatan badan yang baik. Amalan ibadat ini mampu mendidik manusia untuk menjadi insan yang sabar dan bertoleransi serta melahirkan kesyukuran terhadap nikmat kesihatan dan kesenangan yang telah dikurniakan Tuhan. 29

4.3 KESIMPULAN Kesimpulannya, asas kesejagatan Islam telah menjadikan Islam mampu bertapak dan mewarnai pemikiran masyarakat Melayu khusunya di Malaysia dan nilai-nilai Islam ini telah diterjemahkan dalam kehidupan mereka sebagai asas yang kukuh. Apa yang jelas dan nyata, segala nilai yang telah diperkenalkan oleh Islam adalah bersifat universal dan dapat diterima oleh semua peringkat dan generasi manusia dan mampu beroperasi dalam konteks pelbagai bangsa dan agama yang terdapat di Malaysia. Pengurusan Islam yang berlandaskan etika Islam menyediakan ruang kepada manusia untuk melahirkan rasa tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah kepada Allah 30

s.w.t. Mereka melakukan aktiviti berasaskan prinsip-prinsip yang dibenarkan dengan menyedari semua aktiviti tersebut akan dipertanggung jawabkan kepada mereka di akhirat kelak. RUJUKAN Al-Ghazali (1985). Al-Munqid Min Al-Dalal, (ed.) Abd Al-Halim Mahmud. Kaherah : Dar al- Ma arif. M.A. Rauf (1964). A Brief History of Islam with Special Refference to Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press Mohd Nasir Omar (1986). Falsafah Etika. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 31

Mohd Nasir Omar (1986). Falsafah Etika Pendekatan Islam dan Barat. Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. Sayyid Abul A la Maududi (1996). Ethical Viewpoint of Islam. Lahore : Islamic Publication. S.Q Fatimi. (1963). Islam Comes to Malaysia. Singapore : Malaysian Sociological Research Institute. 32