Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

Similar documents
Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PELAKSANAAN TUGASAN DIALOG TENTANG ISLAM MENERUSI FACEBOOK DALAM KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAKWAH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

HAFAZAN MASRUR DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN MINAT DAN PENGUASAAN MURID UNTUK MENGHAFAZ SURAH AL- C ᾹDIYᾹT

Oleh. Syed Mohd Solehin bin Wan Sarip ABSTRAK

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

PENGGUNAAN B-PoP: RASULULLAH, KEKASIH ALLAH DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI DAN MENGINGAT KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

APLIKASI ROBOT ḤAJARUL ASWAD DALAM MEMBANTU MENGINGAT PERISTIWA PERLETAKAN ḤAJARUL ASWAD PENDIDIKAN ISLAM

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

KAEDAH PAMERAN DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN GURU PELATIH KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH.

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

1. Kekuatan. 2. Kelemahan. 3. Langkah Mengatasi

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PENGGUNAAN KAEDAH COCOM UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGENAL PASTI DAN MEMBANDING BEZA KEDUDUKAN KERAJAAN MELAYU AWAL SERTA GEOGRAFINYA.

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 1 (2018) 50-65

PENDEKATAN BIMBINGAN RUKUN SOLAT MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN KAEDAH MNEMONIK BERBANTUKAN MULTIMEDIA. Oleh

ANALISIS STRUKTUR FOKUS DALAM KOMUNIKASI ARAHAN GURU DALAM BILIK DARJAH

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Pembangunan Laman Sesawang Kemahiran Mendengar Bahasa Arab (Maharat al-istima wa al-fahm): Mendokong Dasar e-pembelajaran di UKM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan: Satu Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. 1.0 PENGENALAN sejarah

Sesi taklimat untuk ibu bapa/waris. Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah Hougang

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

PENILAIAN PENGETAHUAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Penilaian Terhadap Kursus Mualaf Di Selangor. The Evaluation to the Mualaf Courses in Selangor

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

KAJIAN PEMIKIRAN DAN AMALAN REFLEKSI DI KALANGAN GURU PELATIH SAINS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NOR HASNIZA BINTI IBRAHIM

Transcription:

44 Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video Eity Norhyezah Asyurah Eity_norhyezah_asyurah@moe.edu.sg Hayati Murni Mohamed Yacob hayati_murni_mohamed_yacob@moe.edu.sg Sekolah Rendah Woodlands Ring Abstrak Tahun 2016 merupakan tahun penukaran format ujian lisan PSLE 2017 berlaku bagi sekolah-sekolah rendah. Format baharu ini akan berlandaskan penggunaan klip video. Setiap murid harus menelaah klip video yang disediakan lalu menyuarakan pendapat mereka secara kreatif dan kritis untuk menampakkan kebolehan mereka berfikir dengan matang dan kemampuan mereka untuk bertutur dengan baik. Namun, memandangkan tahun 2016 merupakan kali yang pertama murid akan menduduki format ujian lisan yang baharu, terdapat kemungkinan besar murid bakal menghadapi kesukaran untuk menyampaikan pendapat mereka secara tuntas. Kajian yang dijalankan ini menggunakan aplikasi Zaption untuk melatih murid untuk meneliti video, dan kemudian mengenal pasti bahagian-bahagian yang sesuai untuk bertanyakan soalan. Jawapan bagi soalan-soalan itu kemudiannya dapat dijadikan bahan bagi murid untuk berkomunikasi dengan pemeriksa ketika menduduki ujian lisan. Kata Kunci: kemahiran berfikir secara kritis, pengajaran pembelajaran, klip video, penerapan nilai 478

Pengenalan Kajian ini meneliti keberkesanan penggunaan aplikasi Zaption dalam pengajaran lisan mengikut format baharu PSLE yang berlandaskan penggunaan klip video. Klip video yang dihasilkan dengan penggunaan aplikasi Zaption dapat menarik minat serta menggalakkan murid menjana idea mengenai video yang ditonton secara teratur. Klip video yang dihasilkan menggunakan aplikasi Zaption dapat meningkatkan daya pemikiran dan tumpuan murid sambil menyuntik elemen keseronokan dalam pelajaran lisan. Klip-klip video yang digunakan merupakan klip-klip video iklan-iklan Petronas dan Maxis yang dimuat turun ke dalam aplikasi Zaption. Iklan-iklan ini dipilih kerana memaparkan isu-isu masyarakat yang terbukti menarik minat dan perhatian murid. Apabila murid-murid menonton klip-klip video tersebut, mereka dapat berfikir, memahami mesej yang ingin disampaikan dan mampu memberikan pandangan masing-masing. TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk meneliti: 1. sejauh manakah keberkesanan aplikasi Zaption dalam meningkatkan keupayaan murid dalam kemahiran lisan supaya dapat membantu murid dalam persediaan peperiksaan lisan; 2. mengaplikasikan ICT dalam mod pembelajaran; 3. memupuk pemikiran kreatif dan kritikal; dan 4. menilai pengajaran dan pembelajaran lisan oleh guru diterima oleh murid-murid. PERNYATAAN MASALAH Profil murid sudah berubah mengikut arus kemodenan. Mereka tidak lagi terangsang dengan kaedah yang hanya merujuk pada pembacaan teks. Maka, rancangan pembelajaran haruslah dirombak mengikut keupayaan dan minat murid supaya dapat menambat minat mereka. 479 Seminar Bahasa Melayu 2016

Lazimnya, pengajaran dan pembelajaran lisan di dalam bilik darjah hanya berbentuk sealiran iaitu hanya berpusat pada guru dan kurang penglibatan aktif daripada murid-murid. Peluang bagi murid untuk berkomunikasi secara efektif serta mengutarakan pandangan mereka juga agak terhad kerana pembelajaran lisan sering dilakukan secara keseluruhan kelas. Murid-murid juga kurang keyakinan kerana tidak didedahkan kepada kaedah-kaedah efektif yang dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran lisan. Dengan penukaran format baharu PSLE 2017, guru haruslah membina kemahiran komunikasi murid dan memperoleh informasi tentang budaya, bahasa dan nilai serta menyampaikan pengetahuan yang telah diraih dengan efektif. Murid haruslah dapat berfikir dan menggunakan informasi yang ingin disampaikan daripada klip video yang ditonton serta menyampaikan pendapat mereka dengan yakin. KAJIAN LEPAS Heywood (2000) menyatakan bahawa penilaian lisan ialah tugas-tugas yang direka untuk menyediakan para murid dengan peluang untuk membangunkan dan menunjukkan penguasaan pengetahuan mereka melalui ucapan dan persembahan. Thoronton dan Houser (2005) telah menekankan kepentingan menggunakan teknologi untuk meningkatkan tahap keberkesanan pembelajaran bagi mencapai kefasihan bahasa. Menurut kajian mereka, pendekatan yang menerapkan penggunaan ICT dalam pembelajaran sememangnya merupakan suatu kaedah yang terbukti keberkesanannya. Menurut Kukulska-Hulme (2006) pula, penggunaan teknologi telah menawarkan pengamatan dan penggunaan bahasa yang tidak terbatas kepada penggunanya. 480

Mobile learning promises to deliver closer integration of language learning with everyday communication needs and cultural experiences. Mobile devices may be used for learning at home, in a classroom, in a social space, on field trips, in museums and art galleries, in work contexts or as a part of everyday learning communication and interaction, offering new modes of delivery, and generally transforming teaching and learning processes. Kukulska-Hulme (2006) Sheldon Reid (2010) mengesyorkan penglibatan murid dalam aktivitiaktiviti seperti perbincangan berkumpulan, bercerita, pembacaan lantang dan lain-lain. Dengan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi menggunakan cara-cara tersebut, dipercayai murid akan lebih yakin dan berani mengetengahkan pandangan dan idea mereka secara bebas. Jika peluang ini sering kali disediakan, para murid akan terbiasa dan tidak lagi teragak-agak atau takut untuk mengemukakan pandangan mereka atau berkongsi idea yang mereka rasakan bersesuaian dengan topik yang dibincangkan. KAEDAH KAJIAN Dalam kajian ini, perkara utama yang dilakukan ialah untuk mengenal pasti prestasi lisan murid bagi bahagian perbualan berdasarkan klip video sebelum murid menjalani pengajaran dan pembelajaran lisan dengan menggunakan aplikasi Zaption. Tinjauan lanjutan dilakukan supaya pengkaji dapat mengenal masalah murid untuk mencapai markah lisan yang cemerlang. Proses mengenal pasti kelemahan murid dijalankan sebelum murid didedahkan kepada pengajaran lisan dengan menggunakan aplikasi Zaption. Kaedah yang dijalankan berbentuk eksperimental. Murid digalakkan menganalisis klip video yang dihasilkan dengan aplikasi Zaption lalu memberikan jawapan yang berstruktur dan bernas. Pada akhir kajian, penilaian dijalankan berlandaskan Rubrik yang telah dihasilkan. Jawapan-jawapan murid akan digunakan sebagai bahan perbincangan dan kandungan pembelajaran lanjutan. 481 Seminar Bahasa Melayu 2016

Subjek Kajian Kumpulan murid yang terlibat dalam kajian ini merupakan murid-murid darjah lima. Mereka terdiri daripada murid yang memiliki tahap kemahiran tinggi. Murid-murid ini akan menduduki peperiksaan lisan format 2016. Daripada penilaian yang dijalankan, guru mendapati bahawa penerangan murid mengenai klip video yang mereka tonton tanpa menggunakan aplikasi Zaption amat terhad. Murid tidak dapat meluahkan perasaan dan pandangan dengan mendalam. Perkembangan respons agak terbatas. Beberapa orang murid hanya menjawab dengan dua atau tiga perkataan sahaja. Ramai murid tidak dapat memberikan pandangan masing-masing kerana tidak pernah mengalami situasi seperti yang ditonton di klip video Instrumen Kajian Instrumen utama kajian ini ialah aplikasi Zaption. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma tapi terbatas kepada cara penggunaannya. Pautan aplikasi ini boleh diambil di https://www.zaption.com. Instrumen lain bagi kajian ini merupakan klip-klip video yang dihasilkan dengan menggunakan aplikasi Zaption. Klip-klip video ini telah disunting dan disisipkan dengan soalansoalan yang dapat merangsang pemikiran murid secara kreatif dan kritikal. Prosedur Kajian Guru telah memberi taklimat ringkas dan menjelaskan peraturan mengenai apa yang dikehendaki dalam penggunaan aplikasi Zaption ini. Pada mulanya, murid menonton video secara berpasangan. Mereka dikehendaki untuk log masuk ke lelaman Mconline. Guru telah mengongsi video klip aplikasi Zaption melalui e-mel kepada murid-murid. Mereka terus menonton video klip tanpa perlu memuat turun aplikasi Zaption ke dalam ipad mereka. Semasa menonton video, murid-murid akan menjawab soalan-soalan yang telah tersedia disisipkan. Melalui proses ini, diharapkan murid dapat berfikir secara kreatif dan menjana sebuah perbincangan yang aktif. Pada minggu seterusnya, guru menaikmuatkan beberapa klip-klip video. Sekali lagi, murid-murid akan menonton klip-klip video tersebut dan 482

menjawab soalan yang disisipkan. Kali ini, murid diberikan tugasan secara individu. Mereka memberikan respons mereka melalui ruang yang disediakan dalam aplikasi Zaption. Di peringkat ini, murid-murid dilihat semakin yakin untuk memberikan respons mereka. Di sini, guru cuma bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator. Setelah empat minggu menonton klip-klip video, murid-murid diberikan borang soal selidik bagi menjawab beberapa soalan mengenai penggunaan aplikasi Zaption dalam pembelajaran lisan yang telah mereka gunakan. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Terdapat beberapa dapatan penting yang diperoleh melalui penerapan kaedah ini. Setelah menggunakan aplikasi Zaption dalam usaha untuk mempertingkatkan kemahiran lisan dalam kalangan murid, kami dapati bahawa: 1. murid dapat memberi maklum balas yang positif dan bernas dengan penggunaan aplikasi Zaption ini. 2. pemikiran dan jawapan murid juga lebih teratur sewaktu menjawab soalan lisan kerana adanya bantuan soalan-soalan bimbingan yang disisipkan sewaktu mereka menonton klip video. Mereka dirangsang untuk berfikir sewaktu menonton klip video tersebut. 3. murid menunjukkan kesungguhan dan proaktif dalam setiap sesi pengajaran. Lantas pelajaran lisan menjadi lebih interaktif dan menarik. 4. kaedah ini juga dapat meningkatkan keyakinan dan kelancaran murid ketika memberi penerangan dan pendapat secara lisan. 483 Seminar Bahasa Melayu 2016

Rajah 1: Maklum Balas Murid Mengenai Penggunaan Aplikasi Zaption Jadual 1: Maklum Balas Murid Mengenai Penggunaan Aplikasi Zaption Dapatan daripada maklum balas menunjukkan bahawa murid-murid bukan sahaja berasa seronok menonton klip-klip video, malahan dalam masa yang sama dapat berfikir dan melibatkan diri secara aktif sepanjang menonton klip-klip video yang dipaparkan. Soalan-soalan yang disisipkan di dalam klip-klip video banyak membantu murid-murid menjawab soalan yang dikemukakan. Tambahan, murid-murid lebih yakin untuk menjawab soalan 484

lisan dengan baik. Secara keseluruhan aplikasi Zaption berjaya membantu murid-murid untuk menjawab soalan-soalan lisan dengan berstruktur dan terarah tanpa sebarang batasan. Murid A Penggunaan aplikasi Zaption mudah untuk digunakan dan mesra pengguna. Murid B Saya berasa seronok menonton klip-klip video dalam aplikasi Zaption. Ia juga membantu saya untuk berlatih berfikir. Murid C Aplikasi Zaption membantu saya menjawab soalan-soalan peperiksaan lisan dan saya banyak belajar nilai-nilai murni daripada klip-klip video itu. Murid D Pada pendapat saya, dengan menonton klip-klip video dalam aplikasi Zaption, ia membantu saya menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan lisan Murid E Saya lebih suka menggunakan aplikasi Zaption kerana klip-klip video dapat membantu saya memahami dengan lebih baik daripada melihat gambar sahaja. KESIMPULAN Dalam proses menjalankan kajian tindakan ini, pelbagai cabaran yang guru hadapi. Antaranya ialah guru perlu memilih dengan teliti bahan klip video yang sesuai dengan peringkat umur murid dan modul pembelajaran kelas. Murid-murid pula perlu diberikan panduan setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan agar matlamat pengajaran tercapai. 485 Seminar Bahasa Melayu 2016

Guru juga perlu memikirkan soalan-soalan sisipan yang sesuai dengan klip video yang dipilih bagi membimbing murid-murid menjawab soalan lisan tanpa sebarang kekeliruan. Dengan adanya soalan sisipan yang teliti dan dapat merangsang pengajaran dan pembelajaran, murid-murid tentunya akan boleh menjawab soalan-soalan lisan dengan lebih bernas dan yakin. Namun, usaha lanjutan akan tetap diteruskan untuk memperbaiki pengajaran lisan yang lebih berkesan dengan pelbagai pendekatan menggunakan kaedah aplikasi Zaption. Penggunaan Zaption dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Rendah Woodlands Ring masih lagi di peringkat permulaan. Guru-guru terlibat berharap agar dapat mendalami dan meluaskan penggunaan ICT serta meningkatkan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhan, aplikasi Zaption dapat membantu murid-murid untuk menjawab soalan-soalan lisan dengan lebih teratur dan berkesan. Sekaligus menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, seronok dan proaktif. RUJUKAN Heywood,J. (2000). Assessment in Higher Education: Student Learning, Teaching, Programmes and Institutions. London: Jessica Kingsley Publishers Kukulska-Hulme, A. (2006). Mobile language now and in the future, In P. Svensson (Ed.), Fran vision till praktik:sprakutbilding och informationsteknik Swedish Net University (Natuniversitetet). Retrieved from http://oro.open.ac.uk/9542/1/ kukulska-hulme.pdf Reid, Sheldon (2010). Urban Magic. Pennsylvania State University. Behrend College, USA 486