UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEFAHAMAN KONSEP PENGIKUTAN DALAM ORGANISASI DANIA BIN AB. RAHMAN FPP

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENILAIAN PENGETAHUAN

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU: PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

ISI KANDUNGAN SEKSYEN/ RUJUKAN 1.0 TUJUAN OBJEKTIF DAN SKOP 3

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

FAKTOR INSANIAH DALAM PENGURUSAN KUALITI: KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

Peranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal

Transcription:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEFAHAMAN KONSEP PENGIKUTAN DALAM ORGANISASI DANIA BIN AB. RAHMAN FPP 1998 90

KEF AHAMAN KONSEP PENGIKUT AN DALAM ORGANISASI DANIA BIN AB. R.AfTh.1AN MASTER SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1998

KEF AHAMAN KONSEP PENGIKUTAN DALAM ORGANISASI OLEH DANIA BIN AB. RAHMAN Kertas projek ini disediakan sebagai memenuhi sebahagian syarat Master Sains (Pembangunan Sumber manusia) Di labatan Pendidikan Pengembangan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. 1998

Kertas Projek bertajuk "Kefahaman Konsep Pengikutan Dalam Organisasi" yang disediakan oleh Dania bin Abd. Rahman memenuhi sebahagian daripada syarat mendapatkan Ijazah Master Sains (Pembangunan Sumber Manusia) di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Disahkan oleh: (Penyeli Tarikh:...... I./lj.lr...?i

PENGHARGAAN Syukur ke hadarat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnianya, saya telah dapat menyediakan kertas projek ini dengan lancar sehingga siap. Sehubungan dengan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr. Azahari bin Ismail selaku penyelia kertas projek ini. Beliau telah banyak memberi bimbingan, nasihat, tunjuk ajar, pandangan dan dorongan yang berkesan pada setiap peringkat kajian dijalankan sehinggalah hasrat untuk menyediakan kertas projek ini menjadi kenyataan. Seterusnya saya juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua responden yang telah memberi kerjasama dan maklumat yang sangatsangat diperlukan untuk kajian ini. Penghargaan yang tulus ikhlas juga saya rakamkan kepada semua pensyarah dan kakitangan pusat pengajian serta rakan seperjuangan yang telah banyak memberi sumbangan idea dan dorongan dalam menyiapkan kertas projek ini. Penghargaan khas saya rakamkan kepada pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Tuan Haji Mohd Ghazali bin Hussein diatas segala dorongan dan kerjasama yang diberikan sejak saya memulakan pengajian sehinggalah kertas projek ini siap. Rasa terhutang budi juga saya kalungkan kepada semua guru yang telah mendidik dan membimbing saya dengan ikhlas sejak saya memulakan alam persekolahan. Tanpa mereka saya pasti tidak akan sampai ketahap ini. Akhir sekali dirakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan perasaan terhutang budi kepada isteri tercinta Puan Muhaini bt Mustapha serta anak-anak diatas segal a dorongan, ill

kerjasama dan kesabaran yang ditunjukkan sejak saya memulakan pengajian sehinggalah kertas kerja ini siap. iv

ABSTRACT UNDERSTANDING THE CONCEPT OF FOLLOWERSHIP IN ORGANIZATION by Dania bin Abd.Rahman Universiti Putra Malaysia March, 1998 Supervisor: Assoc. Prof. Dr. Azahari bin Ismail Department Of Extension Education Faculty Of Educational Studies Universiti Putra Malaysia This qualitative research was an initial exploration on the subject with the aim of understanding, the concept of followership in organization. Specifically, the study attempted to gain a deeper understand of the concept of followership; the ideal condition of followership; the problems and challenges of followership in organization; the expectations of followers; and the readiness to be good follower. The study was conducted in the State of Kelantan. Nine respondents representing four different types of organization i.e. government department, political organization, volunteer organization and religious bodies participated in the study. The data were collected through in-depth interviews with the identified respondents. The interviews were base on conducted a set of outline question developed according to the objectives of the study. The interviews which took between one to two hours for each respondents were tape recorded and subsequently transcribed vervatim. A qualitative data analysis was done manually. vii

Kajian juga menunjukkan bahawa perlu wujud satu keadaan tertentu dalam sesebuah organisasi untuk meransang pengikutan anggota secara berkesan. Antara keadaan yang dianggap ideal oleh responden ialah, penguatkuasaan undang-undang. tertentu, pemimpin mernahami kepentingan pengikut, pengikut sendiri rnernahami dan rnenghayati tanggungjawab dan peranan rnereka dalam organisasi dan rnereka rnendapat pengiktirafan tertentu dalam organisasi. Kajian juga menunjukkan pengikutan dalam sesebuah organisasi rnenghadapi berbagai isu dan cabaran. Antara isu-isu pengikutan yang dikenalpasti ialah anggota tidak faham matlamat organisasi, kebanyakkan pengikut adalah terikut-ikut, tidak tahu cara menegur ketua dan tidak faham tanggungjawab dan peranan mereka dalam organisasi. Selanjutnya kajian ini juga menunjukkan bahawa pengikut rnenaruh berbagaibagai pengharapan yang tinggi terhadap organisasi yang rnereka anggotai. Pada keseluruhannya mereka rnengharapkan organisasi dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Responden juga rnengharapkan agar organisasi itu lebih responsif terhadap keperluan rnereka. Seterusnya mereka juga rnengharapkan rnatlamat organisasi rnestilah sesuai dengan perkernbangan semasa. Pada keseluruhannya hasil kajian ini menunjukkan bahawa pengikut pada dasarnya telah mula bersedia untuk rnenjadi pengikut yang baik kearah menepati fungsi dan peranan sebenar rnereka dalam sesebuah organisasi. vi

ABSTRACT UNDERSTANDING THE CONCEPT OF FOLLOWERSHIP IN ORGANIZATION by Dania bin Abd.Rahman Universiti Putra Malaysia March, 1 998 Supervisor: Assoc. Prof. Dr. Azahari bin Ismail Department Of Extension Education Faculty Of Educational Studies Universiti Putra Malaysia This qualitative research was an initial exploration on the subject with the aim of understanding, the concept of followership in organization. Specifically, the study attemted to gain a deeper understand of the concept of followership; the ideal condition of followership; the problems and challenges of followership in organization; the expectations of followers; and the readiness to be good follower. The study was conducted in the State of Kelantan. Nine respondents reprenting four different types of organization i.e. government department, political organization, volunteer organization and religious bodies participated in the study. The data were collected through in-depth interviews with the identified respondents. The interviews were base on conducted a set of outline question developed according to the objectives of the study. The interviews which took between one to two hours for each respondents were tape recorded and subsequently transcribed vervatim. A qualitative data analysis was done manually. vii

The finding mdicated that the concept of followership was still obscure, wide and varied. Followership had been defined by the respondents in different ways and the emphasis given to the different aspects of the concept was also different depending on the background and the organization they represented. The study revealed that there was a need for an ideal atmosphere in an organization that could to stimulate the members to be more effective. Among the conditions mentioned by the respondents were: rules & regulation must be tmforced, the leader must understand the followers' interest, the followers themselves must understand and appreciate their responsibilities and their roles in the organization, and there must be certain forms of recognition from the organization. The research also indicated that the followership in an organization had many issues and challenges. Among the issues mentioned by the respondents were: the members did not understand the objectives of their organizations, generally the followers followed blindly, they did not know how to correct their leaders and they did not understand their responsibilities and functions in the organization. Subsequently, the study also indicated that the followers had various high expectations of their organizations. Overall, they hoped that the organization ought to be able to solve their problems. They also hoped that the objectives of their organizations were more responsive to the current challenges. Generally, the study shown that the followers were basically becoming more prepared to be good followers in their organizations. viii

KANDUNGAN Halaman PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN... iii v vii ix BAB 1 PENDAHULUAN Konsep organisasi Kepimpinan Pengikutan Kenyataan Masalah Objektif Kajian Kepentingan Kajian....................... 1 5 7 8 10 10 BAB 2 SOROTAN LITERATUR Pengenalan............ 12 Kepentingan Organisasi Matlamat Organisasi Struktur Organisasi 13 14 14 Kepimpinan Dalam Organisasi..................... 17 Pengikutan Dalam Organisasi..................... 19 Konsep Pengikutan............. 22 Status Kesedaran Untuk Mengikut.... 27 Kondisi Yang Ideal Untuk Pengikutan 28 Pengharapan Pengikut 30 Masalah dan Cabaran Pengikutan................... 31 ix

BAB 3 METODOLOGI Pengenalan........ 33 Lokasi Kajian 34 Responden Kajian 35 Pengumpulan Data Analisis Data 35 36 BAB 4 ANALISIS DAN PERSEMBAHAN DATA Pengenalan................................ 37 Konsep Pengikutan Masih Kabur, Luas dan Berbagai...... 37 Pengikutan Berkesan Memerlukan Kondisi yang Ideal... 40 Kebanyakan Pengikut Terikut-ikut............... 42 Pengharapan Pengikut Terhadap Organisasi adalah Berbagai... 43 Pengikut Kini Mulai Matang...................... 45 BAB 5 KESIMPULAN, IMPLlKASI DAN CADANGAN Pengenalan Kesimpulan Implikasi 46 48 48 Cadangan 49 Cadangan Untuk Peningkatan Amalan................ 49 Cadangan Untuk Penggubalan Dasar 50 Cadangan Bagi Kajian Selanjutnya 50 BIBLIOGRAFI......... 51 x

BAB! PENDAHULUAN Bab ini merangkumi empat bahagian iaitu: konsep organisasi; kepimpinan dan pengikutan; kenyataan masalah; objektifkajian; dan kepentingan kajian. Bahagian-bahagian ini dihuraikan dengan sepenuhnya seperti berikut. Konsep Organisasi Organisasi telah ditakrifkan dengan berbagai cara. Lazimnya penekanan takrifan diberikan keatas struktur dan peraturan-peraturan rasmi yang diwujudkan untuk membolehkan anggota bekerjasama bagi mencapai sesuatu matlamat. Millet (1966) berpendapat organisasi untuk perkhidmatan awam itu adalah "Pekerja-pekerja yang bekerjasama untuk tujuan yang sarna. Manusia yang bekerja bersama-sama juga melahirkan semacam satu reaksi iaitu satu corak tingkahlaku individu dan perhubungan di dalam kelompok." Organisasi dianggap penting untuk mewujudkan perhubungan antara mereka melalui penentuan kerja, tugas dan tanggungjawab. Peterson (1961) pula sebaliknya mengaitkan organisasi dengan sesuatu tujuan tertentu. BeHau beranggapan "Organisasi ialah satu tindakan untuk mencapai tujuan-tujuan yang sempurna. lni boleh dicapai dengan cara meletakkan perkara-perkara yang mustahak untuk melahirkan perhubungan yang lebih istematik di kalangan mereka." Ini bermakna organisasi beroperasi sebagai satu agensi yang mengadakan dan mempercepatkan tindakan untuk pencapaian sesuatu tujuan. 1

2 Dari perspektif Islam organisasi adalah merupakan wadah untuk melaksanakan perintah Allah. lni bererti umat Islam tidak boleh tidak mesti berorganisasi. Hakikat ini jelas temyata dalam Al-Quran. Allah berfirman "Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah (Agama Allah) dan jangan kamu bercerai berai...." (3: 103). Ayat ini bermaksud kepentingan berorganisasi. Diperingkat yang lebih keeil keluarga adalah satu eontoh sebuah organisasi. Selain itu, organisasi juga boleh wujud diperingkat kampung, negeri, negara dan antara bangsa. Stoner dan Freeman (1992) menggariskan beberapa kreteria yang perlu diambil kira untuk memahami sesebuah organisasi. Antara lain ialah: terdapat dua orang yang berkongsi matlamat yang sama; mereka bekerjasama untuk merialisasikan objektif itu; terdapat program tertentu untuk mencapai objektif; dan mesti ada pengurus atau pemimpin untuk menyelaras atau memimpin ahli kumpulan. Azahari (1986) menyatakan bahawa organisasi itu boleh difahami dari berbagai bagai perspektif sarna ada takrifan, kepentingan, matiarnat, struktur, kepimpinan dan pengikutan, kejayaan dan masa depannya. Dalarn organisasi moden, Stoner dan Freeman (1992) menggariskan empat kepentingan organisasi iaitu; 1) Memberi khidmat kepada masyarakat; 2) Mengekalkan pengetahuan; 3) Menyediakan peluang kerjaya; dan 4) Membantu seseorang mencapai matlarnatnya. Islam menekankan kepentingan berorganisasi untuk melaksanakan perintah perintah Allah. Sehubungan dengan ini Allah berfirman "Sesungguhnya Allah kasih kepada orang orang yang berperang di jalannya dengan tersusun seolah olah mereka satu binaan. " (AI Saff: 4) Ayat ini menekankan kepentingan berorganisasi dikalangan orang-orang Islam. Organisasi akan mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan orang-

3 orang Islam. Dengan cara berorganisasi suara mereka akan lebih dihormati dan tindakan mereka akan menjadi lebih padu. Dalam hubungan ini Nabi bersabda yang bermaksud "Ibarat orang-orang mukmin itu sebagai satu tubuh, bila salah satu anggotanya merasa sakit semuanya akan merasa sakit." (Tarmizi & Bukhari) Sesebuah organisasi dibentuk oleh pihak berkenaan sebagai alat untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ini bermakna organisasi itu sendiri bukanlah matlamat tetapi jalan atau alat untuk mencapai sesuatu matlamat. Sehubungan dengan ini Hawa (1983) menjelaskan untuk melahirkan kerajaan Islam, kesatuan dan keorganisasian perlu dijalankan. Organisasi politik, sebagai contoh, ditubuhkan oleh ahli-ahli politik untuk bersaing bagi mendapatkan kuasa pemerintahan negara. Pencinta-pencinta seni pula menubuhkan badan-badan kesenian untuk mempergiatkan kesenian tertentu. Oleh kerana organisasi adalah alat untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan maka perhatian yang lebih perlu diberikan untuk mempastikan ianya tidak gawat dan dapat berfungsi dengan berkesan. Ke arah ini organisasi itu perlu disusun dengan teratur dan sesuai bagi maksud tertentu. Berbagai bentuk struktur organisasi telah dicipta untuk memudahkan perjalanan sesebuah organisasi itu. Ini bermakna pihak pengurusan boleh memilih struktur yang bersesuaian dengan matlamat dan kepentingan organisasi masing-masing. Dalam hubungan ini Robbins (1993) menjelaskan kepentingan penstrukturan organisasi iaitu "Organizations create structure to facilitate the coordination of activities and to control the actions of their members.... "(ms.487). Mengenai fungsi sesebuah organisasi, Atory (1991) menjelaskannya;

4 Struktur organisasi melaksanakan tiga peranan utama, iaitu menyediakan beberapa mekanisma yang bertujuan untuk mengurangkan ketidakpastian luaran dan dalaman. Umpamanya, unit ramalan, penyelidikan dan perancangan dapat membantu mengurangkan ketidakpastian luaran manakala ketidakpastian dalaman pula dapat diatasi dengan bantuan unit kawalan. Disamping itu, struktur organisasi juga membolehkannya melaksanakan pelbagai aktiviti melalui peralatan seperti penjabatan, pengkhususan dan pembahagian tugas. Akhirnya struktur organisasi juga membolehkannya untuk mengkordinasi kegiatan untuk mencapai matlamat-matlamat organisasi.(m.s.147) Komunikasi adalah satu aktiviti penting dalam sesebuah organisasi. Menurut Zaiko dan Dance (1965) pengurus-pengurus dalam organisasi besar di Amerika Syarikat menggunakan 85-90 peratus daripada masa kerja mereka untuk kerja-kerja yang ada kaitan dengan komunikasi. Penilis-penulis tentang organisasi telah menekankan kepentingan organisasi sejak sebelum perang dunia ke dua lagi. Bernad (1938) menyatakan bahawa tugas pertama yang patut dilakukan oleh seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi ialah membentuk dan mengekalkan satu sistem komunikasi formal yang baik. Pemimpin juga patut berusaha mewujudkan iklim komunikasi yang baik dalam organisasinya di samping menggalakkan satu sistem komunikasi tidak formal yang berkesan. Mengenai komunikasi dalam Islam, Mohd Yusof (1991) menggariskan tujuh perinsip komunikasi yang penting iaitu: 1) Bercakap dengan lemah lembut; 2) Mengguna perkataan yang baik-baik; 3) Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik; 4) Menyesuaikan isu bahasa dengan tingkat kecerdasan pendengar; 5) Berbahas dengan cara yang baik; 6) Menyebut perkara yang penting berulang kali; dan 7) Mengota apa yang dikata.

5 Kepimpinan Kepimpinan adalah unsur penting dalam sesebuah organisasi. Pemimpin yang berkualiti akan menjamin pencapaian matlamat dan kelangsungan sesebuah organisasi itu. Suroya (1997) dalam pemerhatiannya keatas pertubuhan pertubuhan belia di Semenanjung Malaysia telah menyimpulkan kegawatan dan kelesuan yang melanda pertubuhan-pertubuhan belia sekarang berpunca dari kelemahan kepimpinan dan keadaan ahli pertubuhan sukarela itu sendiri yang tidak aktif. Manakala Robbins (1993) menjelaskan fungsi kepimpinan adalah untuk membentuk visi masa depan sesebuah organisasi. "Leaders establish direction by developing a vision of the future, than they align people by communicating this vision and inspiring them to overcome hurdles. " (m.s.365). Konsep kepimpinan dalam Islam adalah jelas dan tegas seperti sabda Rasullullah; Kamu sekelian adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang rakyat yang kamu pimpin. Pemimpin akan ditanya mengenai hak rakyat yang dipimpinnya. Suami akan ditanya hal keluarga yang dipimpinnya. Isteri menjaga hal rumah-tangga dan akan ditanya hal yang dipimpinnya. Pelayan memelihara hak majikannya akan ditanya hal yang dipimpinnya. Kamu sekelian adalah pemimpin dan akan ditanya (diminta bertanggungjawab) terhadap kepimpinan kamu. (Bukhari & Muslim). Umat manusia ditugaskan untuk memimpin dan bertanggungjawab mewujudkan keamanan sejagat. Dengan sebab itu Allah S.W.t menggariskan kepimpinan itu hendaklah diamanahkan kepada orang yang sebenarnya beriman kepada Allah, beramal salih serta disusuli dengan kecerdasan akal manusia yang mampu mengimbangkan antara keperluan rohani dan jasmani. Dalam hubungan ini Allah berfinnan dalam surah An-Nur ayat 55, maksudnya:

6 Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi ini, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa ; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhainya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur engkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. Islam juga menyarankan agar diwujudkan ikatan yang padu antara pemimpin dengan rakyat supaya sesebuah organisasi sentiasa berada dalam keadaan yang stabil dan utuh. Dalam hal ini Allah S.W.t berfirman dalam surah An-Nisa ayat 58 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya ( yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukuman diantara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhannya) memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat. Dalam ayat di atas Allah memberi peringatan kepada pemimpin agar sentiasa amanah dalam menjalankan tugasnya, sentiasa berlaku adil dalam menyelesaikan masalah manusia dan semasa menjatuhkan hukuman keatas mereka. Mengenai tanggungjawab kepimpinan dalam sesebuah organisasi, Azahari (1996) telah menggariskan lima tanggungjawab kepimpinan iaitu: 1) Menentu arah; 2) Urus kumpulan; 3) Menjalankan kerja; 4) Membangun anggota; dan 5) Menilai. Mengulas tentang program latihan kepimpinan di negara ini Azahari (1986) menyatakan; BanYak pihak telah memberikan perhatian yang mendalam mengenai program latihan kepimpinan. Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan berbagai kursus, seminar, bengkel dan lain lain lagi untuk

7 pembangunan kepimpinan organisasi sukarela. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) juga mengadakan program latihan kepimpinan. Jabatan pertanian turut berbuat demikian untuk ketua-ketua tani. Lembaga Kemajuan lkan Malaysia pula mengadakan kursus ketua kumpulan kecil nelayan (KUKENAL). Tetapi tidak ada agensi yang mengatur program untuk pembangunan dan peningkatan kepengikutan dalam sesebuah organisasi. Pendapat Azahari adalah selaras dengan pengalaman penulis sendiri yang telah berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sejak 20 tahun yang lalu. Sebagai contoh tidak pemah tercatat perkataan pengikut dan pengikutan dalam buku-buku laporan tahunan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Pengikutan Pengikut adalah merupakan subsistem organisasi penting yang jarang diberi perhatian secara mendalam. Azahari (1982) dalam penelitiannya keatas khairat kematian yang wujud dalam setengah masyarakat orang Melayu telah mengenalpasti sepuloh faktor yang boleh mempengaruhi keteguhan atau kehancuran organisasi. Peranan anggota ialah untuk memantapkan faktor-faktor berkenaan. Faktor-faktor yang telah dikenalpasti oleh Azahari (1982) ialah: 1) Identiti; 2) Misi; 3) Struktur; 4) Sumber; 5) Keanggotaan 6) Komunikasi; 7) Norma; 8) Kerja; 9) Persekitaran; dan 10) Penilaian. Mengikut beliau, faktorfaktor ini adalah saling kait mengait. lni bermakna pembangunan organisasi itu harus dibuat secara menyeluruh merangkumi semua aspek secara sekaligus. Dalam hal ini beliau mendapati bahawa terlalu kurang penekanan diberikan terhadap peranan pengikut dalam memantapkan faktor-faktor tersebut dalam sesebuah organisasi. Berdasarkan gambaran yang telah dikemukakan temyata

8 sekali bahawa masih terdapat banyak ruang yang belum diisi berkait dengan kedudukan, peranan, tanggungjawab dan sumbangan pengikut dalam sesebuah organisasi. Azahari (1984) berpendapat adalah malang sekali kerana terlalu kurang penekanan diberikan dalam aspek pengikutan yang tidak kurang pentingnya dalam sesebuah organisasi. Pengikut adalah golongan yang sebenarnya melaksanakan program organisasi iaitu dad segi perancangan, pelaksanaan dan penilaian aktiviti organisasi. Tetapi hakikat ini sebenamya tidak berlaku. Kenyataan Masalah Dari awal sejarah kajian fo rmal kepimpinan yang telah bermula sejak 1900 hingga sekarang penekanan adalah diberikan dalam bidang kepimpinan dan tidak banyak menyentuh mengenai pengikutan dalam sesebuah organisasi. Kepimpinan dan pengikutan adalah sama penting dan mesti diberikan perhatian yang sama. Pengikut merupakan golongan yang melaksanakan aktiviti yang telah dirancang oleh organisasi berkenaan. Tanpa penglibatan mereka aktiviti tidak dapat dilaksanakan. Azahari (1984) menegaskan bahawa kebanyakan organisasi sarna ada badan-badan kerajaan, politik, badan sukarela atau badan-badan korporat telah mengadakan berbagai program untuk pembangunan kepimpinan dalam organisasi masing-masing tetapi jarang sekali mengadakan program untuk peningkatan pengikutan dalam organisasi mereka. Pengalaman penulis berkhidmat selama 20 tahun dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia adalah selaras dengan pendapat Azahari. Sebagai contohnya, tidak terdapat perkataan pengikut dan

9 kepengikutan dalam buku laporan tahunan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Oleh kerana kurangnya perhatian yang diberikan dan penjelasan yang dibuat mengenai pengikutan dalam sesebuah organisasi maka konsep pengikutan sangat kurang difahami dan dihayati oleh pemimpin-pemimpin organisasi dan pengikut organisasi itu sendiri. Pada umumnya keutuhan organisasi dilihat dari sudut kepimpinan sahaja. Keadaan ini telah menyebabkan timbulnya satu keadaan dimana kefahaman terhadap pengikutan dalarn sesebuah organisasi amat rendah. Anggota organisasi sendiri tidak begitu jelas dan tidak cukup faham tentang tugas dan tanggungjawab mereka dalam organisasi. Berdasarkan gambaran yang dikemukakan ini temyata sekali masih banyak ruang yang belum diisi dan bidang yang belum difahami berkait dengan kedudukan, peranan, tanggungjawab dan sumbangan pengikut dalam sesebuah organisasi. Mengambil kira kepimpinan dan pengikutan adalah sarna penting dalarn sesebuah organisasi dan terlalu kurang penekanan diberikan dalam aspek pengikutan maka adalah wajar kefaharnan yang lebih tinggi diperolehi mengenai pengikutan. Pengikut pada dasanya adalah golongan yang sebenarnya melaksanakan kesempurnaan organisasi iaitu dari segi perancangan, pelaksanaan dan penilaian aktiviti. Tetapi hakikat ini sebenarnya belum wujud pada tahap yang boleh dibanggakan. Sehubungan dengan itu, kefaharnan tentang harapan, masalah dan cabaran yang dihadapi oleh organisasi tentang pengikutan juga masih belum difahami dengan jelas.

10 Objektif Kajian Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk memahami kepengikutan dalam sesebuah organisasi. Manakala secara khususnya, objektif kajian adalah untuk memahami: 1. Konsep pengikutan dalam sesebuah organisasi 2. Kondisi yang ideal untuk pengikutan 3. Masalah dan cabaran yang dihadapi oleh pengikut 4. Pengharapan pengikut dalam organisasi 5. Kedudukan kesedian pengikut untuk menjadi pengikut yang baik Kepentingan Kajian Kajian ini merupakan satu penerokaan baharu dalam bidang yang belum mendapat perhatian sewajarnya di kalangan penyelidik dan pengamal. Buat masa ini maklumat berhubung dengan pengikutan dalam organisasi tidak banyak didapati. Kajian ini dijangka dapat mengumpul maklumat penting mengenai konsep pengikutan dalam sesebuah organisasi. Dari segi ilmiah kajian ini akan dapat memperlaskan lagi konsep pengikutan dalam sesebuah organisasi. Dengan demikian kefahaman dan pengetahuan mengenai bidang ini akan bertambah. Kajian ini juga memberi kefahaman dan keyakinan kepada kumpulan pengikut, bahawa pengikut mempunyai tanggungjawan dan peranan penting yang boleh menyumbang kepada pembangunan sesebuah organisasi. Seterusnya hasil kajian ini akan dapat digunakan sebagai pedoman praktikal bagi semua pihak yang terlibat dalarn pembangunan kepimpinan dan pengikutan.

11 Selain daripada itu hash kajian ini dijangka akan dapat dijadikan bahan rujukan untuk badan-badan tertentu yang terlibat dengan pembangunan sesebuah organisasi. Selanjutnya hasil kajian ini juga akan dapat menjadi asas bagi kajian selanjutnya mengenai pengikutan.

BAB2 SOROTAN LITERATUR Pengenalan Organisasi boleh difahami dari berbagai-bagai perspektif seperti takrifan, kepentingan, matlamat, struktur, kepimpinan dan pengikutan, kejayaan, halangan dan masa depannya (Azahari 1986). ' Dalam Islam organisasi adalah merupakan wadah untuk menyempurnakan perintah-perintah Allah di dunia ini. Ini bermakna orangorang Islam tidak boleh tidak mesti berorganisasi. Hakikat ini jelas temyata di dalam AI-Quran dan hadis-hadis sahih. Allah berfrrman "Sesungguhnya Allah kasih kepada orang-orang yang berperang di jalannya dengan tersusun seolah-olah mereka satu binaan." (Al-Saff 61 :4). Ayat ini menekankan pentingnya berorganisasi, perpaduan dan mempunyai dasar yang kukuh dan teguh. Sekaligus memperlihatkan konsep saling bergantungan dan saling memperkukuhkan antara satu dengan lain di kalangan anggota organisasi adalah penting. Sebaliknya sekiranya perkara ini tidak ditangani organisasi akan goyang dan akhimya akan runtuh terutarna sekali apabila wujudnya suasana curiga mencurigai, khianat mengkhianati antara satu sarna lain di kalangan ahli dalam organisasi berkenaan. Sesebuah organisasi boleh wujud di peringkat keluarga yang merupakan unit keeil dalarn masyarakat. Selain itu organisasi juga boleh wujud peringkat karnpung, negeri, negara dan peringkat antarabangsa. Stoner dan Freeman (1992) menggariskan beberapa kriteria yang perlu diambil kira untuk memahami organisasi iaitu, mempunyai sekurang-kurangnya dua 12

13 orang, mereka mempunyai matlamat yang dikongsi bersama, ahli-ahli bekerjasama untuk merealisasikan objektif itu, mereka mempunyai program tertentu untuk mencapai objektif tadi dan mempunyai pemimpin atau pengurus untuk menyelaras dan memimpin ahli-ahli kumpulan. Kepentingan Organisasi Islam menekankan organisasi adalah penting. Vmat Islam memerlukan organisasi yang sesuai untuk melaksanakan perintah-perintah Allah secara berkesan. Sebagai contoh, untuk melaksanakan perintah menyeru manusia membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran di kalangan mereka (AI-Imran 3: 1 0) akan menjadi lebih berkesan sekiranya dibuat secara berorganisasi. Dalam kontek organisasi moden Stoner dan Freeman (1992) menyatakan empat kepentingan organisasi kepada manusia: 1) Manusia mempunyai kemampuan yang terhad. Adalah mustahil seseorang itu dapat melakukan semua perkerjaan atau mahir dalam semua bidang penghidupan. Melalui organisasi manusia akan saling memperlengkap!can antara satu sama lain. 2) Organisasi akan memberi peluang pekerjaan kepada manusia. Apabila ujudnya sesebuah organisasi tentunya ia akan memberi peluang pekerjaan kepada individu tertentu mengikuti kemahiran masingmasing. 3) Organisasi yang ditubuhkan akan memberi khidmat kepada masyarakat samada secara langsung atau tidak. 4) Organisasi seperti universiti atau pusat penyelidikan adalah merupakan tempat memelihara pengetahuan yang akan di sebarkan kepada masyarakat umum (m.s.5-6)