Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

Similar documents
Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

HAFAZAN MASRUR DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN MINAT DAN PENGUASAAN MURID UNTUK MENGHAFAZ SURAH AL- C ᾹDIYᾹT

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PENGGUNAAN B-PoP: RASULULLAH, KEKASIH ALLAH DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI DAN MENGINGAT KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

APLIKASI ROBOT ḤAJARUL ASWAD DALAM MEMBANTU MENGINGAT PERISTIWA PERLETAKAN ḤAJARUL ASWAD PENDIDIKAN ISLAM

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

PELAKSANAAN TUGASAN DIALOG TENTANG ISLAM MENERUSI FACEBOOK DALAM KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAKWAH

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Oleh. Syed Mohd Solehin bin Wan Sarip ABSTRAK

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

1. Kekuatan. 2. Kelemahan. 3. Langkah Mengatasi

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

PENGGUNAAN KAEDAH COCOM UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGENAL PASTI DAN MEMBANDING BEZA KEDUDUKAN KERAJAAN MELAYU AWAL SERTA GEOGRAFINYA.

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

ANALISIS STRUKTUR FOKUS DALAM KOMUNIKASI ARAHAN GURU DALAM BILIK DARJAH

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

KAEDAH PAMERAN DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN GURU PELATIH KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH.

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

KEMAHIRAN BERFIKIR F 1

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan: Satu Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. 1.0 PENGENALAN sejarah

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

KATA ADJEKTIF DALAM UJARAN MASYARAKAT BANJAR

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

PENILAIAN PENGETAHUAN

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 1 (2018) 50-65

Sesi taklimat untuk ibu bapa/waris. Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah Hougang

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Transcription:

27 Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod Asiyah Sheik Mohamed Ismail asiyah_sheik_mohamed_ism@moe.edu.sg Khaziah Yem khaziah_yem@moe.edu.sg Sekolah Rendah Eunos Abstrak Murid-murid telah didedahkan kepada penggunaan imbuhan secara tidak langsung dalam pertuturan. Namun, murid-murid lazimnya menggunakan imbuhan tanpa mengetahui atau menyedari fungsi sebenar imbuhan. Oleh sebab itu, kajian ini dilakukan dengan tujuan meningkatkan pemahaman murid tentang fungsi imbuhan secara eksplisit melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif ini didapati lebih berkesan apabila digabungkan dengan penggunaan aplikasi ICT seperti Nearpod. Aplikasi Nearpod ini boleh digunakan sebagai alat penilaian formatif. Fungsi aplikasi Nearpod yang pelbagai bukan sahaja menimbulkan keseronokan semasa belajar, malah guru berupaya menilai sejauh mana murid-murid telah memahami fungsi imbuhan yang dipelajari. Subjek kajian ini terdiri daripada 23 orang murid Darjah 3 kelas Bahasa Melayu yang berada dalam tahap berkeupayaan tinggi. Kajian awal menunjukkan 90% murid mengatakan bahawa mereka tidak mengetahui fungsi imbuhan walaupun sering menggunakannya dalam penulisan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 91% murid berjaya mengenal pasti fungsi imbuhan ber- dan 96% murid berasa yakin untuk membina ayat menggunakan imbuhan ber-. Melalui pengajaran imbuhan secara eksplisit, berstruktur dan memberi tumpuan kepada muridmurid, mereka berupaya mencapai penguasaan bahasa yang lebih tinggi. Kata Kunci: imbuhan, pendekatan induktif, pengajaran secara eksplisit, penulisan 349 Seminar Bahasa Melayu 2017

PENGENALAN Imbuhan yang merupakan morfem terikat, memainkan peranan penting dalam tatabahasa Melayu. Imbuhan dibubuh pada kata dasar untuk mengubah fungsi kata tersebut. Proses membubuh imbuhan dikenali sebagai pengimbuhan. Menurut Abdullah Hassan (2004), pengimbuhan merupakan proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan yang digunakan untuk membentuk kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata keterangan. Dalam rumus Tatabahasa Dewan, kata keterangan disebut golongan kata tugas. Imbuhan digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu iaitu dalam penulisan dan juga pertuturan. Masyarakat Melayu mula didedahkan kepada penggunaan imbuhan sejak kecil lagi terutamanya dalam pertuturan. Dengan itu, boleh dikatakan bahawa kebanyakan pelajar bahasa Melayu yang merupakan penutur asli, didedahkan kepada imbuhan pada tahap awal secara semula jadi. Penutur jati bahasa Melayu ini sering kali menggunakan imbuhan tanpa mengetahui atau menyedari fungsinya yang sebenar. Oleh sebab itu, penting untuk guru-guru Bahasa Melayu mengajar imbuhan secara terancang dan eksplisit agar muridmurid memahami fungsi imbuhan dengan baik. Dengan memahami fungsi imbuhan, murid berupaya menggunakan imbuhan dalam pertuturan dan juga penulisan dengan berkesan. Menurut Kamaruddin Husin (1994), sebaikbaiknya, pengajaran tatabahasa dapat dikendalikan dengan memberikan kefahaman yang tinggi kepada murid tentang aspek-aspek bahasa. Salah satu daripada aspek-aspek yang dimaksudkan itu adalah fungsi atau peranan unsur-unsur tertentu tatabahasa seperti imbuhan. Pada zaman moden serba canggih ini, ramai murid yang mahir menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Oleh yang demikian, pengajaran imbuhan yang mengintegrasikan ICT dijangka dapat menarik minat murid untuk mempelajari fungsi imbuhan dengan lebih mendalam. Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam proses pengajaran merujuk kepada penggunaan teknologi dalam pembelajaran untuk menggalakkan, mengukuhkan dan meningkatkan kemahiran. Teknologi maklumat perlu digunakan dalam kombinasi dengan kaedah pengajaran lain. Ternyata bahawa 350 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

teknologi sahaja tidak mencukupi malah, pedagogi memainkan peranan penting dalam pembelajaran terutamanya dalam pembelajaran imbuhan secara eksplisit. Justeru, kertas kajian ini akan membincangkan bagaimana guru boleh menggabungkan ICT dan pedagogi yang mantap untuk mengajar imbuhan secara eksplisit agar murid berupaya menggunakan imbuhan dengan berkesan dalam penulisan karangan. Di samping itu juga, guru dapat menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan menjadikan pemikiran jelas atau making thinking visible. TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk: 1. meningkatkan pemahaman murid tentang fungsi-fungsi imbuhan; 2. menggunakan imbuhan dengan tepat dan berkesan dalam penulisan karangan; dan 3. menyemai tabiat berfikir secara kritis dan menjadikan pemikiran berfikir jelas. Pernyataan Masalah Salah satu objektif pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah adalah agar murid berupaya berfikir secara kritis dan kreatif untuk meneroka, mereka cipta, menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan bersama dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara melalui penggunaan bahasa secara kritis dan kreatif. Begitu juga yang diharapkan dalam pembelajaran tatabahasa seperti penggunaan imbuhan. Jika murid memahami penggunaan imbuhan dengan sangat baik, mereka berupaya menulis dengan lebih berkesan. Lantas, mereka lebih yakin untuk menulis pelbagai jenis teks berdasarkan pelbagai tajuk dan untuk pelbagai tujuan, khalayak dan situasi. Perkara itu juga merupakan satu lagi objektif pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Merujuk kepada objektif-objektif tersebut, guru-guru sering mengajar imbuhan secara terancang dan eksplisit. Namun, kebanyakan guru menghadapi cabaran untuk memastikan sama ada murid berupaya meneroka fungsi- 351 Seminar Bahasa Melayu 2017

fungsi imbuhan secara kendiri. Pengajaran imbuhan secara eksplisit lazimnya dikendalikan dengan menggunakan pendekatan pengajaran yang berpusat kepada guru (teacher-centred). Guru-guru juga menghadapi cabaran untuk menggalakkan murid berfikir secara kritis dan menjadikan kemahiran berfikir jelas semasa pembelajaran imbuhan. Dalam hal ini, sebenarnya penggunaan ICT dapat membantu guru-guru dan memanfaatkan kecenderungan murid masa kini yang suka kepada penggunaan ICT. Namun, ada kalanya, guruguru kurang pasti bagaimana mereka dapat menggabungkan ICT dengan pedagogi yang sesuai untuk mencapai objektif-objektif itu dan memantau pembelajaran murid dengan lebih berkesan. Kajian Lepas Pengajaran imbuhan secara eksplisit dapat membantu murid dalam aspek kemahiran menulis dan juga bertutur. Menurut Brown (2007), pengajaran eksplisit ialah kaedah pengajaran yang melibatkan kesedaran dan tujuan. Pengajaran imbuhan secara eksplisit akan membantu murid mengetahui fungsi imbuhan dengan lebih mendalam. Murid akan berasa lebih yakin untuk menggunakan imbuhan dalam pertuturan dan penulisan. Jika imbuhan dapat digunakan dengan tepat, mutu penulisan murid dari segi bahasa akan meningkat. Mereka juga dapat mengekspresikan idea-idea mereka dengan lebih berkesan. Pengajaran imbuhan secara eksplisit boleh dikendalikan dengan menggunakan pendekatan induktif atau deduktif. Pengajaran imbuhan secara eksplisit yang menggunakan kaedah deduktif lazimnya berpusatkan guru. Pendekatan ini biasanya digunakan oleh guru-guru untuk mengajar imbuhan. Pendekatan deduktif mempunyai kebaikan dan kelemahannya. Antara kritikan terhadap pendekatan deduktif ialah murid akan berasa bosan dan hilang fokus lalu terlepas fakta yang penting. Perkara ini berlaku kerana murid sering tidak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat atau pemikiran mereka. Pengajaran imbuhan secara eksplisit yang menggunakan pendekatan induktif pula berpusatkan pelajar. Kaedah ini memberi tumpuan kepada murid dan menitikberatkan respons, pendapat dan pemikiran mereka. Menurut Jones (2007), pengajaran dalam bilik darjah yang berpusatkan murid bukan 352 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

tempat di mana murid memutuskan apa yang mereka mahu belajar dan apa yang mereka mahu lakukan. Ia adalah tempat di mana guru mengambil kira keperluan murid dan menggalakkan mereka untuk mengambil bahagian dalam proses pembelajaran sepanjang masa. Pendekatan induktif juga dikenali sebagai bottom-up approach. Pendekatan ini menggalakkan murid untuk meneroka aspek bahasa secara kendiri melalui pemerhatian dahulu. Pendekatan ini juga menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan membuat pemikiran mereka jelas. Pendekatan ini amat berkesan jika dapat digabungkan dengan penggunaan ICT terutama aplikasi ICT yang membolehkan murid berkolaborasi. Dalam hal ini, banyak kajian yang menekankan kelebihan penggunaan ICT yang mampu menggalakkan murid berkolaborasi dalam pembelajaran. Semasa mengendalikan pengajaran, guru pengkaji mendapati bahawa aplikasi Nearpod mendorong dan menggalakkan murid untuk berkolaborasi dan bekerjasama dalam menyelesaikan masalah pembelajaran. Penggunaan Nearpod membolehkan murid saling bertukar-tukar pendapat dan berkolaborasi dengan lebih kerap disebabkan kecenderungan mereka yang suka menggunakan ICT dalam menyelesaikan masalah dan tugasan pembelajaran. Begitu juga menurut Tom Vander Ark & Carri Schneider (2012), aplikasi seperti ShowMe, Nearpod dan Concept Board meningkatkan potensi peribadi pembelajaran mudah alih dengan membenarkan murid bekerjasama dengan rakan-rakan dan guru-guru untuk menerima maklum balas yang berterusan. Kaedah Kajian Bagi mengajar fungsi imbuhan secara eksplisit, berstruktur dan memberi tumpuan kepada murid, guru harus terlebih dahulu mengenal pasti fungsi imbuhan yang ingin diajar. Perkara ini penting kerana terdapat beberapa imbuhan yang mempunyai pelbagai fungsi seperti contoh imbuhan ber-. Namun tidak semua fungsinya boleh diajar sekali gus. Kemudian, guru harus memikirkan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi pengajaran imbuhan itu. Aktivitiaktiviti itu sepatutnya menggalakkan murid untuk meneroka fungsi imbuhan secara kendiri, berfikir secara kritis dan jelas. Lebih baik jika guru dapat memilih aplikasi ICT yang sesuai untuk menyokong pembelajaran murid. Guru 353 Seminar Bahasa Melayu 2017

juga boleh menggunakan ICT sebagai alat penilaian formatif bagi memantau pemahaman murid agar guru dapat menjalankan tindakan susulan bagi membantu murid yang mengalami kesukaran dan masalah pembelajaran. Bagi mencapai objektif pengajaran, pendekatan pengajaran induktif digunakan sebagai panduan ketika melakar rancangan pengajaran. Kaedah pengajaran induktif terdiri daripada empat peringkat, iaitu peringkat pemerhatian, analisis, inferens dan pengesahan. Memandangkan ramai murid yang tidak menyedari fungsi imbuhan walaupun kerap menggunakan imbuhan, pendekatan induktif didapati sesuai digunakan. Langkah pertama ialah murid memerhatikan penggunaannya dahulu. Kemudian murid berfikir secara kritis lalu membuat analisis tentang fungsi imbuhan. Selain itu, kajian ini juga menggunakan strategi pembelajaran koperatif iaitu berfikir-berpasanganberkongsi agar aktiviti yang dijalankan lebih interaktif. Aplikasi ICT Nearpod digunakan untuk membolehkan murid berkolaborasi dan aplikasi ini juga digunakan sebagai alat penilaian formatif. Subjek Kajian Subjek kajian terdiri daripada murid Darjah 3 bahasa Melayu yang berada dalam tahap berkeupayaan tinggi. Jumlah keseluruhan murid yang terlibat ialah 23 orang. Pemilihan fungsi imbuhan ber- yang membawa maksud memiliki dan memakai didedahkan kepada murid. Pengajaran fungsi-fungsi ber- ini bertujuan meningkatkan keupayaan murid dalam penulisan karangan terutamanya dalam penerangan watak. Instrumen Kajian Beberapa instrumen kajian digunakan. Murid dinilai melalui penggunaan kuiz menerusi Nearpod yang juga digunakan sebagai alat penilaian formatif, penulisan ayat berdasarkan gambar (menerangkan watak menggunakan imbuhan ber- ) untuk kerja kumpulan dan juga penulisan karangan individu. Pemahaman murid dipantau menerusi aplikasi ICT Nearpod. Aplikasi ini juga membolehkan murid-murid berkolaborasi dan saling mempelajari antara satu sama lain. Maklum balas yang dikumpulkan melalui Nearpod digunakan 354 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

oleh guru untuk mengubah suai pengajaran demi memperbaik pengajaran pada masa hadapan. Murid juga dikehendaki membina dua ayat untuk menunjukkan fungsi imbuhan ber-, iaitu fungsi memakai dan mempunyai sebagai pas keluar (exit pass) di akhir pengajaran. Prosedur Kajian Kajian ini dijalankan selama dua hari dan mengambil masa selama lebih kurang dua jam. Terdapat dua pengajaran di dalam kelas. Bagi pengajaran pertama, aktiviti-aktiviti yang mendorong murid untuk meneroka fungsi ber- secara kendiri dijalankan. Kemudian murid membuat analisis dan inferens secara berpasangan (berfikir-berpasangan-berkongsi) sebelum berkolaborasi di Nearpod untuk berbincang tentang fungsi ber-. Guru berupaya melihat perbincangan murid menerusi penggunaan aplikasi Nearpod. Bagi menjadikan pengajaran ini lebih menyeronokkan, murid juga telah menjawab soalan-soalan kuiz tentang imbuhan ber- di Nearpod dan bermain permainan yang memerlukan murid menerangkan tentang seorang penjenayah kepada seorang detektif. Kemudian murid membuat kerja kumpulan disusuli dengan pembentangan hasil kerja kumpulan. Bagi pengajaran kedua pula, murid mengimbas semula apa yang telah dipelajari tentang imbuhan ber-. Selepas itu, mereka menulis permulaan karangan dengan menggunakan imbuhan ber- untuk menerangkan watak. Murid kemudiannya menyemak penggunaan imbuhan ber- dalam permulaan karangan mereka berdasarkan rubrik yang disiapkan oleh guru. Guru pula memantau secara aktif dan merumuskan kelakonan murid di akhir pengajaran. Dapatan Kajian dan Perbincangan Berdasarkan pemantauan guru dan respons murid, didapati bahawa murid seronok mempelajari imbuhan ber- menggunakan aplikasi Nearpod. Selain itu, murid dapat menyampaikan pandangan mereka dengan jelas dan saling membantu untuk memahami fungsi imbuhan ber- dengan lebih mendalam. Semasa aktiviti kumpulan pula, murid lebih fokus dan bekerjasama untuk 355 Seminar Bahasa Melayu 2017

menyelesaikan kerja kumpulan. Murid didapati aktif menyumbang idea sepanjang kerja kumpulan. Secara keseluruhannya, murid didapati aktif mengambil bahagian sepanjang pengajaran. Berdasarkan borang maklum balas mengenai penggunaan Nearpod dan penulisan murid secara kumpulan dan individu, guru berupaya menilai kebolehan murid menggunakan imbuhan ber- terutamanya dalam menerangkan watak di bahagian permulaan karangan. Dapatan menunjukkan bahawa 91% murid boleh mengenal pasti dua fungsi imbuhan ber-, 96% murid berasa lebih yakin untuk menggunakan imbuhan ber- dalam ayat/penulisan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 100% murid berjaya menggunakan beberapa imbuhan ber- untuk menerangkan watak dalam permulaan karangan. Jadual 1: Maklum Balas Pelajar No Item Ya Mungkin Tidak 1 Mengenal pasti dua fungsi ber- 91% (21) 9% (2) - 2 Lebih yakin membina ayat 96% (22) 4% (1) menggunakan imbuhan ber- - 3 Berupaya menggunakan beberapa imbuhan ber- untuk menerangkan watak dalam permulaan karangan 100% (21) - - Rajah 1 : Respons Murid 25 20 15 10 5 0 Mengenal pasti dua fungsi ber Lebih yakin membina ayat Berupaya menggunakan menggunakan imbuhan ber beberapa imbuhan ber untuk menerangkan watak dalam permualaan karangan Jadual 2 menunjukkan beberapa kata kerja berawalan ber- yang dihasilkan oleh murid. 356 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

Jadual 2: Contoh Kata Kerja Berawalan Ber- bertopi berkaca mata bersepatu berjerawat berambut pendek berparut bertatu bergincu bertudung berantai bergelang bermisai berkumis berjanggut berpakaian seragam Dapatan ini menunjukkan bahawa guru boleh mendedahkan murid pada imbuhan-imbuhan lain melalui pengajaran secara eksplisit menggunakan pendekatan induktif. Pendekatan induktif ini membolehkan murid mengingat dan memahami fungsi imbuhan dengan lebih mendalam kerana mereka melalui proses pemerhatian dan berfikir secara kritis. Perkara ini berkaitan rapat dengan apa yang dikatakan oleh Confucious, I hear and I forget. I see and I remember. I do and I understand. Kesimpulan Pengajaran imbuhan secara eksplisit menggunakan kaedah induktif boleh membantu murid mencapai penguasaan bahasa yang lebih tinggi dan meningkatkan keyakinan mereka untuk bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu baku. Guru juga harus merancang aktiviti yang boleh membuka minda murid dan membuat mereka seronok ketika meneroka aspek-aspek bahasa seperti imbuhan. Guru harus menyediakan ruang untuk murid memberikan respons, menyuarakan pendapat dan pemikiran mereka. Penggunaan aplikasi Nearpod ini juga dapat menggalakkan murid mengukuhkan pengetahuan mereka dan meningkatkan kemahiran bahasa mereka. 357 Seminar Bahasa Melayu 2017

Rujukan Abdullah Hassan (2004). Tatabahasa Bahasa Melayu (Morfologi dan Sintaksis). Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributions Sdn Bhd. Brown, H. D. (2007). Principles of Language Learning and Teaching. New York: Pearson Longman Jon Saphier, Mary Ann Haley-Speca, Robert Gower (2008). The Skillful Teacher. USA: Research for Better Teaching, Inc Kamaruddin Hj.Husin (1994). KBSM dan strategi pengajaran bahasa. Kumpulan Budiman Sdn. Selangor. Nik Safiah Karim (1997). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Rujukan lelaman: Tom VanderArk & Carri Schneider (2012) How digital learning contributes to deeper learning, ditukil pada 23 Januari daripada: http://net.educause.edu/ir/library/pdf/csd6152a.pdf http://pustaka2.upsi.edu.my http://www.socialresearchmethods.net/kb/dedind.php https://oupeltglobalblog.com/2015/04/24/inductive-and-deductive grammar-teaching/ 358 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna