Penguasaan dan Kesalahan Bacaan dalam Surah Al-Fatihah di kalangan Pelajar DKA 1A Sesi Dis 2012 : Satu Kajian Tindakan

Similar documents
Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Penguasaan Bacaan Hamzah Wasal Menggunakan Kaedah Bafkad (Mastering the Reading of Hamzah Wasal Using Bafkad Method)

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MENINGKATKAN KEMAHIRAN HAFAZAN AL-QURAN MURID TAHAP 2 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH. Oleh ABD RAZAK B.

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

KEMAMPUAN PELAJAR PEREMPUAN TERHADAP BACAAN KHUSUS IMAM HAFS: SATU PERBANDINGAN DENGAN PELAJAR LELAKI

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KELEBIHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL- QURAN SECARA BERTAJWID MENGGUNAKAN KAEDAH AL- MATIEN

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

KEMANTAPAN TILAWAH ASAS KOMPETENSI IMAM: KAJIAN IMAM-IMAM MASJID DAERAH MELAKA TENGAH

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

KAEDAH PAMERAN DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN GURU PELATIH KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH.

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PENGGUNAAN KAEDAH COCOM UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGENAL PASTI DAN MEMBANDING BEZA KEDUDUKAN KERAJAAN MELAYU AWAL SERTA GEOGRAFINYA.

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PENILAIAN PENGETAHUAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

PENDEKATAN BIMBINGAN RUKUN SOLAT MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN KAEDAH MNEMONIK BERBANTUKAN MULTIMEDIA. Oleh

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

[1] Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun ABSTRACT

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan: Satu Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. 1.0 PENGENALAN sejarah

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Kemahiran Rasm Mushaf Uthmani Guru J-QAF Negeri Terengganu

Transcription:

Prosiding Seminar Pertama Pendidikan Islam (SePPIM`13) Penguasaan dan Kesalahan Bacaan dalam Surah Al-Fatihah di kalangan Pelajar DKA 1A Sesi Dis 2012 : Satu Kajian Tindakan Mohd Faizal Mat Pesa Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Khadijah Abdul Razak Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Mohamad Faizal Ahmat Politeknik Merlimau, Melaka ABSTRAK Kajian ini adalah untuk mengetahui tahap penguasaan pelajar terhadap bacaan surah al- Fatihah. Ia merupakan salah satu sukatan di dalam bab 4: Ibadah-ibadah Khusus, Kursus Pendidikan Islam (AA101) yang di ajar di politeknik-politeknik Malaysia. Seramai 16 orang pelajar semester 1, Politeknik Merlimau, Melaka dari Jabatan Kejuruteraan Awam dijadikan responden melalui kaedah rawak berkelompok. Objektif kajian ialah untuk mengetahui penguasaan pelajar terhadap surah al-fatihah dari segi makhraj huruf (keluar sebutan huruf), hukum tajwid, baris dan tanda bacaan. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah penyelidikan di perpustakaan, soalselidik dan temubual (mendengar bacaan pelajar) digunakan sebagai instrumen utama untuk mengukur persoalan kajian. Dapatan kajian diperolehi melalui dua jenis ujian iaitu ujian pra bacaan dan ujian pos bacaan. Hasil kajian mendapati penguasaan bacaan surah al-fatihah ke atas responden, pada tahap sederhana kerana responden tidak dapat menguasai ilmu tajwid dengan sempurna.

PENDAHULUAN Hukum Membaca Al-Quran Dengan Bertajwid Membaca al-quran dengan bertajwid hukumnya adalah wajib setiap mukallaf samada semasa membaca atau menghafaznya (Syeikh Mahmud Ali Bisah. 8), dan berdosa sekiranya membaca tanpa tajwid. Ini kerana al-quran di turunkan dengan bertajwid, malaikat menyampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan bertajwid dan Rasululullah s.a.w. menyampaikan kepada sahabat-sahabat (r.a) dengan bertajwid (Ahmad Badawi Abdullah. 1). Dalil yang menunjukkan wajib membaca al-quran dengan bertajwid. Allah taala berfirman: Maksudnya: Bacalah al-quran dengan tartil (bertajwid). (Surah al-muzzammil:4) Kesalahan-Kesalahan Dalam Bacaan Al-Quran Ulamak pembaca al-quran telah membahagikan kesalahan-kesalahan dalam bacaan al-quran kepada dua bahagian: (Hj. Abdul Qadir Leong: 8) 1. Kesalahan yang jelas (Lahnul Jaliyy). Kesalahan-kesalahan ini dihukumkan haram dan berdosa. Jika kesalahan-kesalahan ini berlaku di dalam bacaan solat maka hukum solatnya tidak sah. a. Kesalahan yang berlaku pada sebutan huruf, sama ada membawa kepada perubahan makna ). ت) ) kepada ta ط to( atau tidak seperti menukar bacaan huruf b. Kesalahan yang berlaku pada tanda bacaan sama ada membawa kepada perubahan makna atau tidak seperti kepada 2. Kesalahan yang tersembunyi (Lahnul Hafiyy). Kesalahan ini dihukumkan makruh dan aib di sisi ahli-ahli pembaca al-quran. Jika di baca di dalam solat ia tidak membatalkan solat. a. Kesalahan yang tidak membawa kepada perubahan makna, seperti meninggalkan dengung, tidak dapat menentukan kadar harakat mad dengan tepat atau tidak dapat membaca sifat huruf dengan sempurna. Surah Al-Fatihah dalam Solat Membaca surah al-fatihah adalah salah satu rukun di dalam solat (Zaharuddin Abd. Rahman: 23). Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w. : Tidak sah solat bagi mereka yang tidak di baca padanya al-fatihah (Riwayat Bukhari dan Muslim) Juga hadis Baginda s.a.w yang lain: Barangsiapa yang solat lalu tidak dibacakan padanya al-fatihah maka solatnya adalah cacat, solatnya adalah cacat, solatnya adalah cacat. (Riwayat Muslim dan Ashab al-sunan)

PERMASALAHAN KAJIAN Sewaktu penyelidik mengajar Kursus AA101 (Pendidikan Islam), didapati ramai pelajar yang tidak dapat menguasai asas-asas ilmu tajwid seperti hukum tajwid, makhraj huruf (keluar sebutan huruf), baris dan tanda bacaan. Ini sangat membimbangkan kerana bacaan bukan sahaja salah tetapi pembaca tersebut boleh mendapat dosa jika bertukar huruf, baris dan mangubah makna. Terutamanya bacaan surah al-fatihah yang menjadi rukun di dalam solat. Jika bacaan surah al-fatihah salah maka boleh mencacatkan malah boleh membatalkan solat seseorang. OBJEKTIF KAJIAN Al-Fatihah merupakan surah yang terpenting terutamanya di dalam solat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk: 1. Mengetahui kepentingan dan kedudukan surah al-fatihah di dalam solat. 2. Mengenalpasti sejauhmana tahap kefahaman berkaitan surah al-fatihah di kalangan pelajar DKA1A. 3. Mengenalpasti kesalahan dan kelemahan hukum tajwid bacaan surah al-fatihah yang dilakukan di kalangan pelajar DKA1A. SOROTAN KAJIAN (LITERATURE REVIEW) Penyelidikan berkaitan bacaan al-quran berdasarkan hukum tajwid sememangnya telah banyak dikaji oleh individu ataupun kumpulan-kumpulan tertentu. Akan tetapi penyelidik mendapati amat kurang penyelidikan terutamanya penyelidikan ilmiah mengenai bacaan surah al-fatihah secara mendalam. Ahmad Badawi Abdullah (2002) telah membuat kajian mengenai kesalahan dalam bacaan al- Quran, tetapi kajiannya kesalahan di dalam Kitab al-quran secara umum. Kajian beliau telah dibentangkan di Seminar al-quran dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan Ke-3, ia adalah berdasarkan hasil pengalaman mengajar selama lebih 20 tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia dan sekitar Bangi. Manakala Ustazah Nurul Fuaddi Bt. Sulaiman dan Ustazah Norakmal bt. Abdul Hamid (Nurul Fuaddi Bt Sulaiman & Norakmal Abd Hamid: 2008) di dalam kajiannya bertajuk: Tahap Penguasaan Membaca Al-Quran Pelajar DUT 1B Sesi Julai 2008: Satu Kajian Tindakan. Kajian beliau tertumpu kepada surah al-mulk ayat 1-5. Batasan kajian beliau iaitu untuk mengukur dan menguji bacaan pelajar berkaitan huruf hijaiyyah, hukum mad asli dan hukum nun mati dan tanwin.menurut Saleh Yusof (2005) membaca al-quran bersendirian tanpa panduan akan menyebabkan penggunaan masa yang lama. Ini menyebabkan pelajar tidak dapat membaca al-fatihah dengan baik. Kebanyakan penyelidikan di atas hanya membicarakan hukum tajwid surah al-fatihah secara sepintas lalu sahaja, tanpa memberi penumpuan terhadap sebarang aspek perbincangan penyelidik secara mendalam. Memandangkan kepentingan surah al-fatihah yang belum dikaji secara menyeluruh, penyelidik cuba mengemukakan satu kajian mengenai penguasaan

pelajar terhadap surah al-fatihah, dengan memberi penekanan terhadap makhraj huruf (keluar sebutan huruf), hukum tajwid, baris dan tanda bacaan. Di samping itu penyelidik akan memaparkan seimbas lalu kepentingan surah al-fatihah di dalam solat, diharapkan ia dapat memberi kefahaman dan penghayatan bacaan al-fatihah kepada pembaca. METODOLOGI KAJIAN a) Soalselidik Pelajar diberi borang soalselidik tentang kefahaman berkaitan surah al-fatihah b) Temubual Guru mendengar bacaan surah al-fatihah (Tasmi`) dan mengenalpasti kesalahan tajwid dalam surah al-fatihah di kalangan pelajar. c) Kajian Perpustakaan Perpustakaan yang dirujuk adalah Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM (PTSL) Kajian ini berdasarkan perkara-perkara berikut: 1. Mengenal huruf hijaiyyah (tunggal). 2. Membaca berdasarkan baris yang betul (baris atas (fathah), baris bawah (kasrah), baris hadapan (dommah), tanda mati (sukun) dan tanda sabdu (syiddah). 3. Hukum mad: 3.1- Mad Asli 3.2- Mad Lazim Kalimi Muthaqqal 3.3- Mad A ridulissukun 4. Hukum Nun Mati dan Tanwin 4.1 Izhar halqi 5. Hukum Mim mati 5.1 Izhar Syafawi i- Batasan Kajian. Kajian ini secara umumnya mengenal huruf hijaiyyah (tunggal), baris, makhraj huruf dan hukum tajwid. Penyelidik membataskan kajian ini berdasarkan perkara-perkara berikut: a) Mengenal huruf hijaiyah (tunggal). b) Membaca berdasarkan baris yang betul (baris atas (fathah), baris bawah (kasrah), baris hadapan (dommah), tanda mati (sukun) dan tanda sabdu (syiddah). c) Bacaan mengikut hukum tajwid yang betul. Bacaan mengikut hukum mad yang betul: 1- Mad Asli 2- Mad Lazim Kalimi Muthaqqal 3- Mad A ridulissukun Bacaan mengikut hukum Nun Mati dan Tanwin 1- Izhar halqi Mengetahui hukum Mim mati 1- Izhar Syafawi

ii. Kumpulan Sasaran. Sampel kajian ini melibatkan seramai 16 orang pelajar Islam Kelas DKA1A Politeknik Merlimau Melaka. Penyelidik menggunakan motodologi Temubual (mendengar bacaan pelajar) setiap pelajar untuk menguji tahap bacaan surah al-fatihah mereka. Setiap kesalahan bacaan pelajar akan dicatat untuk membuat analisa hasil dapatan kajian. Instrumen Kajian Dalam penyelidikan ini penyelidik menggunakan kaedah ujian bacaan surah al-fatihah bagi mengutip dan mengumpul data. Ujian bacaan al-quran dalam kajian ini dilakukan kepada pelajar DKA1A melibatkan 16 orang pelajar Politeknik Merlimau daripada Jabatan Kejuruteraan Awam. Pelajar diminta membaca surah al-fatihah untuk menentukan tahap penguasaan bacaan surah al-fatihah mereka. Aspek-aspek yang diuji seperti di bawah: Bil Aspek Penilaian 1 Huruf hijaiyah (tunggal) 2 Baris atas (fathah), baris bawah (kasrah), baris hadapan (dommah), tanda mati (sukun), tanda sabdu (syiddah) 3 Hukum mad; mad asli, mad lazim kalimi muthaqqal, mad a ridulissukun dan hukum mim; izhar syafawi. PELAKSANAAN TINDAKAN i. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal. Proses mengenalpasti dan kutipan awal telah dijalankan melalui kaedah ujian pra ii. Analisa Hasil Dapatan Ujian Pra Bacaan Surah al-fatihah. Ujian bacaan surah al-fatihah terhadap setiap pelajar DKA1A telah dijalankan selama 2 minggu. Pelajar dinilai secara individu di mana pelajar membaca surah al-fatihah manakala penyelidik mendengar dan menilai bacaan pelajar tersebut. Hasil daripada ujian tersebut pelajar boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan, seperti jadual (Rujuk Lampiran 1, jadual 1) Hasil Dapatan: Kesalahan-Kesalahan Membaca Surah Al-Fatihah Setelah kajian dijalankan pengkaji mendapati terdapat 3 jenis kesalahan yang sering berlaku semasa ujian bacaan al-fatihah antaranya berkaitan hukum tajwid, makhraj huruf dan tanda bacaan. Analisis kesalahan dalam bacaan surah al-fatihah di kalangan pelajar DKA1A adalah seperti berikut:(rujuk lampiran 4) iii. Analisa Hasil Dapatan Ujian Pasca Bacaan Surah al-fatihah. Selepas ujian pasca dilaksanakan, penyelidik telah mendapati terdapat peningkatan dalam pencapaian bacaan Surah al-fatihah di kalangan pelajar DKA1A. Berdasarkan hasil kajian juga terdapat peningkatan penguasaan bacaan al-quran di kalangan pelajar DKA1A yang

berada dalam kumpulan cemerlang iaitu meningkat sebanyak 37.5 % setelah mereka diberi tumpuan khusus dalam bimbingan makhraj huruf, baris dan tanda bacaan serta hukumhukum tajwid di dalam surah al-fatihah. Manakala pelajar dalam kumpulan sederhana juga berkurangan. Sementara pelajar lemah pula berkurangan sepenuhnya selepas ujian pasca. Penyelidik juga mendapati kaedah bimbingan secara berterusan akan menyebabkan ramai di kalangan pelajar berminat dan suka membaca al-quran setelah mengetahui kaedah bacaan al- Quran yang betul dan bertajwid. Jadual 1-Perbezaan Tahap penguasaan al-fatihah di kalangan pelajar DKA1A dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca TAHAP U. PRA (%) U.PASCA (%) PENINGKATAN/PENURUNAN (%) CEMERLANG 4 25 10 62.5 37.5 SEDERHANA 8 50 6 37.5-12.5 LEMAH 4 25 - - -25 JUMLAH 16 100 16 100 Selain itu, pelajar-pelajar DKA1A lemah berkaitan hukum tajwid seperti Bacaan mad lazim kalimi muthaqqal, bacaan izhar syafawi dan bacaan hukum mim mati. Manakala di tahap sederhana ialah berkaitan dengan tanda sabdu (syiddah) dan bacaan mad asli. Namun begitu, penyelidik mendapati pelajar dapat menguasai huruf hijaiyah (tunggal), baris atas (fathah), baris bawah (kasrah) dan tanda mati (sukun) dengan baik. Skala yang digunakan untuk mengukur tahap pencapaian pelajar dalam hukum tajwid dalam bacaan surah al-fatihah adalah seperti dibawah: Bil Tahap Pencapaian Skala 1 Cemerlang Pelajar betul 9-11 bacaan tajwid dalam surah al-fatihah 2 Sederhana Pelajar betul 5-8 bacaan tajwid dalam surah al-fatihah 3 Lemah Pelajar betul 0-4 bacaan tajwid dalam surah al-fatihah Skala pencapaian pelajar dalam hukum tajwid Manakala hasil dapatan berkaitan kefahaman pelajar tentang surah al-fatihah secara keseluruhan pada tahap sederhana. Semua pelajar mengetahui bahawa surah al-fatihah adalah wajib dibaca ketika solat, lebih separuh pelajar mengetahui makhraj huruf dalam al- Fatihah.Instrumen skala Likert telah digunakan untuk mengukur tahap kefahaman pelajar terhadap surah al-fatihah. Dapatan kajian juga mendapati tahap penguasaan hukum tajwid pelajar dalam surah al-fatihah juga pada tahap sederhana.

Jadual 2: Tahap penguasaan hukum tajwid pelajar dalam surah al-fatihah BIL ASPEK BETUL (%) SALAH (%) 1 Huruf hijaiyah (tunggal) 16 (100) - 2 Baris atas (fathah) 16 (100) - 3 baris bawah (kasrah) 16 (100) - 4 baris hadapan (dommah) 16 (100) - 5 tanda mati (sukun) 13 (81.25) 3 (18.75) 6 tanda sabdu (syiddah) 8(50) 8(50) 7 Bacaan mad asli 11(68.75) 5(31.25) 8 Bacaan mad lazim kalimi muthaqqal 3(18.75) 13(81.25) 9 Bacaan mad a ridulissukun 12(75) 4 (25) 10 Bacaan hukum mim mati 6(37.5) 10(62.5) 11 Bacaan izhar syafawi 4(25) 12(75) Refleksi dan Penilaian Kendiri Setelah Pelaksanaan Kajian Tindakan Refleksi dan penilaian kendiri adalah berdasarkan maklumbalas dari ujian pra dan pos. Secara umumnya, hasil daripada ujian pra dan ujian pos bacaan surah al-fatihah, Penyelidik mendapati bahawa pelajar tidak menguasai bacaan surah al-fatihah dengan baik. Kesalahan dan kesilapan bacaan mereka kerana tidak dapat menyebut makhraj (tempat keluar huruf) huruf dengan betul, tidak dapat membaca baris dan tanda bacaan dengan depat serta tidak memahami dan mengetahui hukum tajwid yang terdapat di dalam surah al-fatihah. Selepas penyelidikan ini didapati juga ada di antara pelajar sudah ada sikap yakin untuk menampilkan diri menjadi Imam ketika solat lebih-lebih lagi di kalangan pelajar lelaki. Setelah diberi bimbingan dan penekanan kelemahan serta kesalahan berhubung bacaan surah al-fatihah secara khusus, maka peningkatan dan penguasaan bacaan surah al-fatihah pelajar meningkat dan cemerlang. Cadangan Memperbaiki Bacaan Surah Al-Fatihah di Kalangan Pelajar Politeknik 1. Setiap pensyarah pendidikan Islam hendaklah menguji bacaan surah al-fatihah semua pelajarnya serta membetulkan mengikut bacaan yang betul. 2. Mengadakan Bengkel Bacaan al-fatihah merangkumi hukum tajwid, baris, makhraj huruf (keluar sebutan huruf) dan fasohah. 3. Pensyarah dianjurkan membuat nota dan catatan khas yang boleh dijadikan panduan dan rujukan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

4. Pensyarah dianjurkan membuat analisa tahap penguasaan bacaan surah al-fatihah di kalangan pelajarnya. KESIMPULAN Membaca surah al-fatihah adalah merupakan salah satu rukun daripada rukun solat. Al- Fatihah ini wajib dibaca pada setiap rakaat solat yang kita lakukan, sama ada solat wajib mahupun solat sunat. Kegagalan menguasai dan membaca al-fatihah dengan baik dan sempurna maka ia boleh mencacatkan solat seseorang. Setiap orang muslim perlu dan wajib mempelajari al-fatihah bagi memastikan bacaannya betul dari segi makhraj, hukum tajwid dan baris serta tanda-tanda bacaan. Ramai pelajar yang mengambil mudah berkaitan bacaan surah al-fatihah ini, kerana mereka merasakan sudah berkemahiran dan kerap kali dibaca. Namun begitu, pada hakikatnya terdapat banyak lagi pembaikan bacaan al-fatihah terutamanya yang berkaitan makhraj huruf, hukum tajwid dan baris serta tanda-tanda bacaan. Hasil kajian ini didapati penguasaan pelajar hanya pada tahap sederhana sahaja. Punca utama mereka tidak dapat menguasai al-fatihah kerana tiada penerangan dan bimbingan khusus surah al-fatihah. Mereka membaca mengikut kefahaman dan kemahiran sendiri tanpa dirujuk kepada guru atau ustaz dan ustazah. Walaubagaimanapun, pembacaan surah al-fatihah pelajar ini boleh diperbaiki dan diperbetulkan dengan tunjuk ajar dan bimbingan daripada guru yang bertauliah. Di politeknik khususnya, pensyarah pendidikan Islam perlu lebih proaktif dengan menumpukan secara khusus untuk meningkatkan kemampuan dan kelancaran pelajar membaca al-fatihah. Terdapat beberapa program dan aktiviti yang telah dicadangkan oleh penyelidik kepada pensyarah pendidikan Islam untuk mengatasi masalah dalam bacaan al-fatihah. Diharapkan cadangan ini dapat diambil tindakan yang serius bagi membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam bacaan surah al-fatihah. RUJUKAN Al-Quran al-karim Ahmad Badawi Abdullah. (2002). Kesalahan Dalam Bacaan al-quran. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar al-quran dan Isu-Isu Semasa Peringkat Kebangsaan Ke- 3, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. (3 Sept. 2002). As ad Humam.(2005). Iqra : Cara Cepat Membaca al-quran. Shah Alam. Darul Kitab Azarudin Awang, Azman Che Mat, and Ahmad Nazuki @ MarzukiYaakub, (2011) Tahap bacaan al-quran dalam kalangan pelajar UITM Terengganu. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 3 (2). pp. 83-100. ISSN 1985-5826. Azmil Hashim, Ab.Halim Tamuri, (2012) Persepsi pelajar terhadap kaedah pembelajaran tahfiz al-quran di Malaysia.JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 2 (4). pp. 1-10. ISSN 1985-6236 Kementerian Dalam Negeri. 2003. Hj. Abdul Qadir Leong.(2002). Tajwid al-quran Resm Uthmani. Kuala Lumpur. Pustaka Dr. Mustafa al-khin, Dr. Mustafa al-bugha, `Ali al-syarbaji. 2002. Fiqhul Manhaji, Jilid 1. Negeri Sembilan. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Mohd Aderi Che Noh. (2011) Pelaksanaan kelas kemahiran al-quran di Malaysia:

Satu analisis. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 3 (1). pp. 47-58.0 Mohd Aderi Che Noh, & Rohani Ahmad Tarmizi.(2009). Persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran tilawah al-quran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34 (1). pp. 93-109. ISSN 0126-6020 / 2180-0782 Nurul Fuaddi Bt Sulaiman & Norakmal Abd Hamid.(2008). Tahap Penguasaan Membaca Al-Quran Pelajar DUT 1B Sesi Julai 2008: Satu Kajian Tindakan. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Kajian Pendidikan Peringkat Kebangsaan, Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan. (6 Julai 2008) Saleh bin Yusof.(2005). Kaedah hafalan berkesan. Kertas kerja seminar penyelidikan kebangsaan kali ke-12, Kementerian Pendidikan Malaysia. Zaharuddin Abd. Rahman.(2008).Formula Solat Sempurna. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.