BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT PELAJAR BERASASKAN KOMPUTER DI MAKTAB PERGURUAN. Oleh NIZAM BIN ABD LATIB

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN PEMIKIRAN DAN AMALAN REFLEKSI DI KALANGAN GURU PELATIH SAINS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NOR HASNIZA BINTI IBRAHIM

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

KAJIAN PEMIKIRAN DAN AMALAN REFLEKSI DI KALANGAN GURU PELATIH SAINS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NOR HASNIZA BINTI IBRAHIM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

PENILAIAN PENGETAHUAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

PENGARUH BERBAGAI KETEBALAN MULSA SABUT KELAPA DAN INTERVAL PENYIRAMAN TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN SUKUN (Artocarpus communis) DI RUMAH KACA

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

Transcription:

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

i BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik Minor Fizik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2008

ii Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan, di mana-mana satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :.. Nama Penulis : LIM WEE MEI Tarikh :.. 24. 04. 2008

iii DEDIKASI Kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa. Ibu dan Ayah yang Disayangi, Abang dan kakak yang Dikasihi, Segala Pengorbanan, Dorongan, Kesabaran Serta Kasih Sayang Dari Kalian Amatlah Ku Sanjungi dan Ku Hargai Pembimbing yang Dihormati, Segala bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasamu Tidak akan Ku Lupai.. Teman-teman Seperjuangan Terima Kasih Di atas Sokongan dan Semangat Dari Kalian Sepanjang Pengajian Ku

iv PENGHARGAAN Di ruangan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Prof. Dr. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang kajian ini dijalankan. Segala teguran, nasihat dan kata-kata semangat akan tetap saya ingati dan hargai. Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru yang bertugas di sekolah menengah yang terlibat dengan kajian ini. Selain itu, ucapan ribuan terima kasih juga ditunjukkan kepada semua guru pelatih UTM yang mengambil bahagian dalam kajian ini kerana telah bekerjasama dalam proses mengutip data. Saya juga ingin berterima kasih kepada ayah, ibu, abang-abang dan kakak yang amat saya sayangi atas sokongan moral dalam menyiapkan projek sarjana muda ini. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakanrakan saya serta semua pihak yang sudi membantu dan memberi nasihat kepada saya bagi melengkapkan projek sarjana muda ini.

v ABSTRAK Kajian ini melihat kepada hubungan antara peningkatan prestasi guru pelatih UTM dengan penyeliaan guru pembimbing semasa menjalankan latihan mengajar di sekolah menengah kebangsaan di negeri Johor. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk melihat sama ada peningkatan dalam kemahiran mengajar, nilai sahsiah dan profesionalisme guru serta kemahiran reflektif dan penilaian kendiri yang berlaku pada guru pelatih berkaitan dengan bimbingan guru pembimbing mereka. Kajian ini dilakukan ke atas 6 orang guru pelatih UTM yang dipilih tanpa mengambil kira pengkhususan dan mata pelajaran yang diajar oleh mereka. Keseluruhan penyelidikan berbentuk deskriptif. Dapatan kajian diperolehi melalui kaedah temubual dan pemerhatian pengajaran, seterusnya akan dianalisis secara kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan :1) Bimbingan guru pembimbing membantu dalam meningkatkan strategi dan kemahiran mengajar di kalangan guru pelatih semasa latihan mengajar; 2) Kebanyakan peningkatan dari segi nilai sahsiah dan sikap bertanggungjawab di kalangan guru pelatih semasa latihan mengajar adalah tidak berkaitan dengan bimbingan guru pembimbing; 3) Guru pembimbing jarang atau tidak pernah memberi sebarang bimbingan berkenaan dengan kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru kepada guru pelatih semasa latihan mengajar. Beberapa cadangan dikemukakan untuk menjadi panduan kajian selanjutnya.

vi ABSTRACT This research is conducted to look at the relationship between achievement of training teacher and supervisor teacher during teaching practical at secondary school in Johor. The research is done to see whether there is increase in teaching skills, ethical values, the teacher s professionalism, reflective skills and self assessment in training teachers. Six training teachers were chosen randomly regardless of their major area of study. The research is in descriptive form. The research is carried out by interviewing and observing. Then it is analyzed qualitatively. The results shows :1) Supervisor teacher helps in improving the strategy and teaching skills amongst training teachers during practical training; 2) The ethical values and responsibilities amongst practical teachers have nothing to do with supervisor teachers, 3) Supervisor teachers seldom or do not give guidance in writing reflection and individual assessment in all aspects during teaching practical. The researcher recommends a few suggestions for due consideration and guidance for next research.

vii SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xii xiii BAB I PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Persoalan Kajian 7 1.5 Objektif Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian 8 1.7 Skop Kajian 9 1.8 Definisi Istilah 9 1.8.1 Bimbingan 9

viii 1.8.2 Guru Pembimbing 9 1.8.3 Latihan Mengajar 10 1.8.4 Maktab 10 1.8.5 Pensyarah Pembimbing 10 1.8.6 Penyeliaan 10 1.8.7 Profesionalisme 11 1.8.8 Refleksi 11 1.9 Penutup 11 BAB II SOROTAN KAJIAN 12 2.1 Pengenalan 12 2.2 Bimbingan Guru Pembimbing Dalam Membantu Guru Pelatih Dari Segi Strategi Dan Kemahiran Pengajaran 13 2.3 Bimbingan Guru Pembimbing Dalam Membantu Guru Pelatih Dari Segi Nilai Sahsiah Dan Tanggungjawab Guru 17 2.4 Bimbingan Guru Pembimbing Dalam Membantu Guru Pelatih Dari Segi Kemahiran Membuat Refleksi Dan Penilaian Kendiri 21 2.5 Penutup 24 BAB III METODOLOGI KAJIAN 25 3.1 Pengenalan 25 3.2 Reka Bentuk Kajian 25 3.3 Tempat Kajian 27 3.4 Populasi dan Persampelan Kajian 27 3.5 Instrumen Kajian 27

ix 3.5.1 Kaedah Temubual 28 3.5.2 Kaedah Pemerhatian 30 3.6 Prosedur Kajian 30 3.7 Analisis Data 32 3.7.1 Strategi dan kemahiran pengajaran 32 3.7.2 Nilai sahsiah dan tanggungjawab sebagai guru 33 3.7.3 Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari Sampel 36 4.2.1 Hasil Dapatan Responden 1 37 4.2.2 Hasil Dapatan Responden 2 40 4.2.3 Hasil Dapatan Responden 3 45 4.2.4 Hasil Dapatan Responden 4 51 4.2.5 Hasil Dapatan Responden 5 56 4.2.6 Hasil Dapatan Responden 6 62 4.3 Analisis Hasil Dapatan Persoalan Kajian 68 4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 69 4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 74 4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 76 4.4 Penutup 78 BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN 79 5.1 Pengenalan 79

x 5.2 Perbincangan 80 5.3 Kesimpulan 82 5.4 Implikasi / Cadangan Kajian 83 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 85 5.6 Penutup 86 RUJUKAN 88 LAMPIRAN 95

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.1 Peningkatan kemahiran mengajar yang berlaku pada responden kajian 69 4.2 Peningkatan kemahiran mengajar yang berlaku pada responden kajian disebabkan oleh bimbingan guru pembimbing mereka 70 4.3 Bimbingan guru pembimbing dalam membantu responden kajian dari segi peningkatan dalam kemahiran pengajaran 70 4.4 Peningkatan nilai sahsiah dan profesionalisme yang berlaku pada responden kajian 74 4.5 Bimbingan guru pembimbing dalam membantu responden kajian dari segi peningkatan nilai sahsiah dan sikap bertanggungjawab sebagai guru 74 4.6 Peningkatan kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri yang berlaku pada responden kajian 76 4.7 Bimbingan guru pembimbing dalam membantu responden kajian dari segi peningkatan kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri sebagai guru 77

xii SENARAI SINGKATAN SINGKATAN NAMA PENUH EPRD FPN KPM SPF SPH SPM SPP SPT STPM UTM Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Falsafah Pendidikan Negara Kementerian Pendidikan Malaysia Sarjana Muda Sains serta pendidikan (Fizik/Matematik) Sarjana Muda Teknologi Pendidikan (Kemahiran Hidup) Sijil Pelajaran Malaysia Sarjana Muda Sains dan komputer serta pendidikan (Fizik) Sarjana Muda Sains dan komputer serta pendidikan (Matematik) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Universiti Teknologi Malaysia

xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Pra-temubual 95 B Borang Pasca-temubual 99 C Borang Pemerhatian Pengajaran 102 D Laporan Pra-temubual Responden Kajian 104 E Laporan Pasca-temubual Responden Kajian 130 F Laporan Pemerhatian Pengajaran Responden Kajian 145 G Pengesahan Soalan-Soalan Kajian 158 H Surat Pengesahan Status Pelajar UTM 160 I Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 162 J Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 165

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latihan mengajar adalah satu komponen penting dalam program pendidikan guru. Ia memberikan satu siri pengalaman amali berasaskan situasi sebenar dalam bilik darjah yang memberi peluang kepada guru pelatih mempraktikkan pengetahuan dan teori yang diperolehi oleh mereka di universiti (PM Hj. Md. Idris b. Mansor dan Dr. Md. Nor b. Bakar, 1998). Semasa latihan mengajar, guru pelatih akan dibimbing dan diselia oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing di sekolah di mana mereka menjalani latihan mengajar. Penyelia yang berperanan sebagai pembimbing dan penilai dikehendaki bertanggungjawab agar melatih guru pelatih menjadi seorang guru yang berwibawa. Tujuan utama penyeliaan latihan mengajar diamalkan adalah untuk memberi bimbingan kepada guru pelatih yang mengambil bahagian, di samping menilai perancangan dan pengajaran, sahsiah guru pelatih turut dibina. Kemahiran pengajaran dan profesionalisme guru pelatih dipercayai akan dipertingkat melalui proses penyeliaan tersebut. Selain daripada itu, sikap dan tingkah laku guru pelatih juga dipercayai akan mengalami perubahan yang positif, mereka akan lebih menyedarkan tentang tanggungjawab guru serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi apabila menjalankan tugas sebagai seorang guru pada masa depan. Guru pembimbing yang ditugaskan membimbing guru pelatih merupakan salah seorang penyelia yang akan bersama-sama dengan guru pelatih sepanjang

2 tempoh latihan mengajar, mereka terdiri daripada golongan guru yang berpengalaman dan mempunyai berkemahiran tinggi dalam semua tugas guru. Disebabkan masa interaksi antara guru pelatih dengan guru pembimbing jauh lebih lama daripada masa interaksi antara guru pelatih dengan pensyarah pembimbing, maka pengaruh bimbingan guru pembimbing terhadap guru pelatih adalah lebih nyata berbanding dengan bimbingan pensyarah pembimbing. Kajian penyelidikan ini akan cuba mengkaji secara khusus tentang penyeliaan yang dilakukan oleh guru pembimbing. 1.2 Latar Belakang Masalah Dengan adanya penyeliaan yang lebih kerap, maklum balas dari penyelia yang diberi kepada guru-guru pelatih dapat diambil tindak ikut dan seterusnya memantau kemajuan guru pelatih tersebut (Haji Abdul Talib B. Md. Zin, 1986). Dari pernyataan di atas, peranan dan sikap seseorang penyelia akan menjadi faktor utama dalam mempengaruhi tingkah laku dan peningkatan profesionalisme seseorang guru pelatih. Seseorang penyelia yang bertanggungjawab dalam tugasnya akan menyumbangkan bimbingan dan tunjuk ajar yang mencukupi serta bermakna kepada guru pelatih. Oleh kerana masa guru pelatih berada dan berinteraksi dengan guru pembimbing adalah jauh lebih lama berbanding dengan interaksinya dengan pensyarah pembimbing UTM, maka adalah amat penting guru pembimbing memahami dan jelas akan peranan dan tanggungjawabnya dalam Program Latihan Mengajar tersebut supaya dapat membantu guru pelatih dengan sepenuhnya. Bidang tugas guru pembimbing adalah memberikan tunjuk ajar dan menilai prestasi guru pelatih, merangkumi aspek pengajaran dan sahsiah (Abu Hassan & Meor Ibrahim, 1997). Menurut Garis Panduan Pelaksanaan Praktikum dari maktab-maktab perguruan dan Panduan Latihan Praktik dari universiti-universiti di Malaysia, secara keseluruhan, kita dapat menyimpulkan peranan dan tanggungjawab guru pembimbing seperti berikut.

3 Dari segi pengajaran dan aspek profesionalisme guru pelatih, Memberi taklimat atau penerangan awal kepada guru pelatih tentang kepentingan membuat persediaan mengajar yang lengkap dan melaksanakan pengajaran mengikut bilangan waktu mengajar yang telah ditetapkan. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru pelatih tentang jadual waktu, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru, rancangan kerja semester, persediaan mengajar harian, sumber pengajaran dan pembelajaran, proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah dan pengelolaan kokurikulum. Memastikan guru pelatih membuat refleksi dan penilaian kendiri sepanjang latihan mengajar untuk mempertingkatkan mutu pengajaran. Menyemak, memberi ulasan bertulis dan menandatangani buku persediaan mengajar pelajar. Mengadakan perbincangan dengan guru pelatih setelah setiap sesi pengajaran. Menggalakkan dan memberi panduan kepada guru pelatih tentang penggunaaan pelbagai cara pendekatan, kaedah, teknik dan kreativiti dalam pengajaran. Menjalankan penyeliaan bersama dengan pensyarah pembimbing (penyelia UTM) dan boleh mengadakan perbincangan (jika boleh) untuk tujuan penyelarasan penilaian. Dari segi perkembangan sahsiah guru pelatih, Membimbing guru pelatih terutama dari segi pergaulan yang sihat, peningkatan jati diri dan pemupukan nilai profesionalisme keguruan.

4 Sentiasa memberi peneguhan positif terhadap tingkah laku guru pelatih yang baik. Membina sikap positif yang berterusan pada keperibadian guru pelatih. Menentukan masalah sahsiah yang dihadapi oleh guru pelatih dan memberi nasihat yang bermakna. Dari segi penyeliaan dan penilaian, Memantau kelancaran latihan mengajar dan prestasi guru pelatih sepanjang tempoh latihan mengajar. Mamaklumkan kepada pensyarah pembimbing (penyelia UTM) tentang kes-kes yang memerlukan perhatian dan tindakan, seperti guru pelatih yang berprestasi cemerlang atau guru pelatih yang hampir menghadapi kegagalan. Menyerahkan keputusan akhir latihan mengajar dengan menggunakan borang-borang tertentu kepada pengurusan latihan mengajar semasa berakhir tempoh latihan mengajar. Memberikan cadangan tertentu kepada pihak pengurusan latihan mengajar jika perlu. Melahirkan guru atau pendidik yang mempunyai kemahiran, kecekapan dan kesediaan serta keikhlasan untuk membanteras polirasi budaya, agama, kaum, dan lain-lainnya di kalangan bakal guru ialah satu cabaran kepada pendidikan perguruan. Kalau kita mempertimbangkan secara mendalam tentang aspek ini dan sedar akan tanggungjawab guru pembimbing, kita boleh dapat gambaran tentang tahap kesukaran dalam menjalani tugas sebagai guru pembimbing. Memandangkan tempoh latihan mengajar yang singkat dan terhad (13 minggu), kekurangan dalam pemberian bimbingan kepada guru pelatih oleh guru

5 pembimbing adalah tidak dapat dielakkan. Kewujudan kelemahan-kelemahan dalam proses bimbingan tersebut pula akan mengakibatkan profesionalisme bakal guru dipertikaikan dalam perkara-perkara tertentu, terutamanya dari segi sikap dan sahsiah guru. Kajian ini akan cuba memberi penumpuan kepada bimbingan yang dilakukan oleh guru pembimbing terhadap guru pelatih. Bimbingan dan tunjuk ajar adalah penting dalam membentuk seorang bakal guru yang bermutu, bukan hanya penilaian guru pembimbing yang akan mempengaruhi prestasi guru pelatih, sikap guru pembimbing juga menentukan profesionalisme guru pelatih. 1.3 Pernyataan Masalah Segala pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi sewaktu latihan mengajar biasanya memberi kesan yang mendalam dan rnenjadi ingatan sepanjang hayat bagi kebanyakan guru (Abu Hassan & Meor Ibrahim, 1997). Disebabkan kebanyakan pengalaman dan pengetahuan guru pelatih yang diperolehi semasa latihan mengajar adalah diiringi dengan pendapat dan nasihat guru pembimbing, maka pengaruh bimbingan guru pembimbing adalah besar dan membawa kesan yang nyata terhadap sifat keguruan seseorang guru pelatih pada masa depan. Dalam Program Latihan Mengajar, ada guru pelatih yang dibimbing oleh guru pembimbing yang bertanggungjawab sepenuhya, tetapi ada juga guru pelatih yang dibimbing oleh guru pembimbing yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, kadang-kala kita akan dapat dengar rungutan guru pelatih tentang kualiti bimbingan guru pembimbing mereka yang dilantik oleh pihak sekolah. Sama ada guru pembimbing yang terlalu sibuk dalam pengurusan dan pengajaran sekolah sehingga tiada masa untuk melakukan bimbingan, ataupun sikap sesetengah guru pembimbing yang sememangnya tidak mengambil berat tentang pasal membimbing guru pelatih.

6 Semua kejadian ini akan mempengaruhi mutu bimbingan guru pembimbing yang diberikan kepada guru pelatih. Kekurangan yang berlaku dalam bimbingan guru pembimbing tersebut mungkin berlaku di sesetengah aspek yang tertentu seperti sikap dan sahsiah guru pelatih sahaja atau secara keseluruhan tentang sifat keguruan seseorang guru pelatih. Walau bagaimanapun, kekurangan demikian tentu akan membawa kesan negatif kepada pembentukan keguruan seseorang guru pelatih. Selain daripada itu, kita juga sering mendengar guru pelatih mengadu bahawa penulisan reflektif adalah suatu beban kerana mereka dipaksa menulisnya, lagipun sesetengah guru pembimbing tidak memberi perhatian terhadap penulisan reflektif kerana membincangkan aspekaspek kemahiran pengajaran yang lebih penting. Tambahan pula, sesetengah guru pelatih mempunyai anggapan bahawa menulis reflektif dan membuat penilaian kendiri adalah sukar kerana pandangan yang objektif dikehendaki dan jarang mendapat bimbingan dalam aspek ini. Persoalan yang timbul di sini ialah sejauh manakah bimbingan yang diberi oleh guru pembimbing membantu guru pelatih dalam aspek strategi dan kemahiran pengajaran, aspek nilai sahsiah dan tanggungjawab guru serta aspek membuat refleksi dan penilaian kendiri. Memandangkan semua aspek tersebut merupakan komponen-komponen penting dalam program praktikum, di mana profesionalisme guru pelatih akan dinilai menerusi aspek-aspek tersebut, persoalan seperti ini perlu dipertimbangkan.

7 1.4 Persoalan Tujuan utama kajian ini dilaksanakan ialah untuk mengkaji persoalanpersoalan berikut: 1. Adakah peningkatan berlaku di kalangan guru pelatih dari segi strategi dan kemahiran pengajaran di bawah bimbingan guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar? 2. Adakah bimbingan guru pembimbing membantu dalam meningkatkan nilai sahsiah dan sikap bertanggungjawab di kalangan guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar? 3. Adakah bimbingan guru pembimbing membantu guru pelatih dari segi membuat refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru semasa menjalani latihan mengajar? 1.5 Objektif Kajian Dalam kajian ini, terdapat tiga objektif utama seperti berikut: 1. Mengkaji sama ada bimbingan guru pembimbing membantu guru pelatih UTM dari segi peningkatan strategi dan kemahiran pengajaran semasa menjalani latihan mengajar. 2. Mengenal pasti sama ada bimbingan guru pembimbing membantu guru pelatih UTM dari segi peningkatan nilai sahsiah dan tanggungjawab sebagai guru semasa menjalani latihan mengajar. 3. Mengkaji sama ada bimbingan guru pembimbing membantu guru pelatih UTM dari segi kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri untuk semua aspek tugas guru semasa menjalani latihan mengajar.