FAHAM FIQH AL-AQSA : MEDIUM ALTERNATIF E- PEMBELAJARAN BERCIRIKAN UTILITARIAN BERKAITAN MASJID AL-AQSA DAN BAITUL MAQDIS

Similar documents
NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SISTEM E-PELAPORAN PEMANTAUAN LAMAN WEB JABATAN STANDARD MALAYSIA. Maggery Roxane Dennis Dr. Mohd Ridzwan Yaakub

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SISTEM PENJADUALAN SYIF. Nurul Iddayu Bahari Idrus. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SISTEM PEMBANGUNAN LAMAN WEB AKOMODASI BERASASKAN AWAN. Muhammad Nazmi Bin Anuar Zamri Murah

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Need Analysis of the Mobile Application Development Related to Al-Aqsa Mosque and Islamicjerusalem (Baitul Maqdis) as a M-Learning Medium

GARIS PANDUAN LAMAN WEB PTJ DI USM

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEDUDUKAN HADITH DALAM BUKU DOA-DOA MUSTAJAB HARIAN YANG DI PETIK DARIPADA HADITH DAN AL-QURAN: KAJIAN TAHRIJ HADITH

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

PORTAL PERSATUAN PENDUDUK (PPP)

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

TONG SAMPAH PINTAR BERASASKAN INTERNET PELBAGAI PERKARA (IOT)

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

SISTEM MAKLUMAT PENDAFTARAN KURSUS PENDEK ABDUL HADI BIN AUGUST FOUZY DR. NOOR HASRINA BINTI BAKAR

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SOALAN NO 3 KERJA KURSUS SENI VISUAL 3 (KERTAS 970/3) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2011

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

PENILAIAN PENGETAHUAN

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Transcription:

FAHAM FIQH AL-AQSA : MEDIUM ALTERNATIF E- PEMBELAJARAN BERCIRIKAN UTILITARIAN BERKAITAN MASJID AL-AQSA DAN BAITUL MAQDIS Ahmed S.A.AlQodsi E-mel : ahmedalqodsi@unisza.edu.my Sharifah Norshah Bani Syed Bidin E-mel : sharifahns@unisza.edu.my Faculti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin,Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia ABSTRAK Kecenderungan masyarakat terhadap isu-isu yang berkaitan dengan Palestin menunjukkan bahawa masyarakat, terutama masyarakat Malaysia, berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai Palestin dan sentiasa cuba membantu rakyat Palestin mempertahankan Masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis dari cengkaman penjajahan Zionis Israel. Oleh itu, artikel ini membincangkan mengenai medium e-pembelajaran bercirikan utilitarian, yang diberi nama Faham Fiqh al-aqsa (FAQ). FAQ adalah merupakan blog yang dibangunkan bertujuan memberikan maklumat yang tepat tentang Masjid al- Aqsa dan Baitul Maqdis kepada masyarakat. Blog ini dibina berasaskan kepada model ADDIE, yang melalui 3 fasa sahaja, iaitu analisis, rekabentuk dan pembangunan. Laman blog ini dibangunkan secara akses terbuka dan percuma kepada semua pengguna internet. Keistimewaan FAQ kerana ia menyediakan maklumat yang tepat mengenai Masjid al- Aqsa dan Baitul Maqdis daripada sumber yang berautoriti. Lebih menarik, sub-sub topiknya disusun mengikut pecahan segmen bagi memudahkan pengguna membuat capaian kepada topik yang dikehendaki. Setaip pecahan segmen mengandungi video diskusi pakar mengenai Masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis. Selain itu, FAQ juga bercirikan interaktif, yang dimanifestasikan melalui butang-butang yang disediakan di dalam blog, iaitu ; butang kuiz, butang ruangan komen (chatt box). Di samping itu,disediakan juga ruang permainan untuk kanak-kanak, bagi membolehkan ibubapa dan pendidik menyemai rasa cinta kepada masjid ketiga tersuci dalam Islam ini, dalam jiwa anak-anak semenjak kecil. Permainan tersebut ialah permainan mencantumkan gambar Masjid al-aqsa(jigsaw puzzle) dan halaman untuk mewarna (coloring page) gambar Masjid al-aqsa. Pendek kata, blog FAQ dibina agar bersesuaian dengan keperluan semua pengguna yang ingin mendalami tentang Masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis. FAQ disediakan dalam dwi-bahasa, iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu, dan ia dijangka dapat mengisi kelompangan medium alternatif e-pembelajaran berkaitan dengan Masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis untuk masyarakat serantau atau masyarakat yang memahami bahasa Arab dan bahasa Melayu. Kata kunci : Fiqh al-aqsa, Masjid al-aqsa, Baitul Maqdis, FAQ, Medium e-pembelajaran ABSTRACT The public's tendency towards issues related to Palestine shows that the people, especially the Malaysian community, are keen to get information on Palestine and always try to help the Palestinians to defend the Masjid al-aqsa and Baitul Maqdis from the grip of Israel's Zionist occupation. Therefore, this article discusses the utilitarian e-learning medium, namely Faham Fiqh al-aqsa (FAQ). FAQ is a developed weblog to provide accurate information about the Masjid al- Aqsa and Baitul Maqdis to the community. This blog is based on the ADDIE model, which is going through 3 phases, namely analysis, design and development. This weblog is developed on an open and free access to all internet users. FAQ features as it provides accurate information about the Masjid al-aqsa and Baitul Maqdis from authoritative sources. More interestingly, the sub-topics are sorted by segment fragments to make it easier for the users to access the desired topic. Each segment contains expert discussion videos about the Masjid al-aqsa and Baitul Maqdis. In addition, the FAQ also features interactive, which is manifested through the buttons provided with the blog, namely; Quiz button, comment button (chatt box). In addition, there is also an online play button for children, to enable parents and educators to instil the love toward the third mosque in Islam, in the souls of children since childhood. The games are the al-aqsa Mosque jigsaw puzzle and the al-aqsa Mosque coloring page. In short, the FAQ blog is built to suit the needs of all users that want to explore the al-aqsa and Baitul Maqdis Mosque. FAQs are available in bi-languages, Arabic and Malay language, and it is expected to fill the loopholes of the alternative medium of e-learning related to the Masjid al-aqsa and Baitul Maqdis for regional communities or communities who understand Arabic and Malay. Key words: Fiqh al-aqsa, al-aqsa Mosque, Islamic Jerusalem, FAQ, Medium of e-learning 1

PENGENALAN Masjid al-aqsa di Palestin merupakan salah satu mercu tanda Islam yang mencatatkan beberapa peristiwa penting dalam sejarah Islam. Meskipun negara Palestin berada di bawah penjajahan sejak lebih 100 tahun yang lalu, namun kedudukannya sebagai masjid ke tiga dalam Islam tidak pernah tergugat malah tetap makmur dan menerima kunjungan umat Islam dari dalam dan luar Palestin. Dalam konteks masyarakat Malaysia, nilai sentimental setiap muslim terhadap masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis dimanifestasikan melalui misi-misi bantuan kemanusiaan yang diatur oleh lebih 20 Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO). Kecenderungan ini memberi maksud bahawa masyarakat Malaysia, berminat untuk mendapatkan informasi berkaitan Palestin dan sentiasa berusaha untuk membantu rakyat Palestin mempertahankan Masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis dari dirampas oleh Zionis Israel. Pencarian informasi lebih mudah, lebih-lebih lagi dengan kemuculan internet pada tahun 1974, melalui enjin pencari seperti Google, Yahoo dan Bing. Pada tahun 2002, Google telah memperkenalkan laman blog yang boleh diakses secara percuma oleh pembina dan pengguna. Seiring perkembangan ini, lahirlah blogger-blogger yang menjadikan laman blog sebagai medium untuk berinteraksi dan berkongsi informasi dengan pengguna seluruh dunia mengikut topik-topik yang diminati. Sehingga kini, literatur yang ada berkaitan Masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis yang dibuat dalam laman blog adalah berkaitan catatan perjalanan seseorang blogger ke masjid tersebut dan penjelasan secara literal mengenainya. Justeru, kewujudan laman blog yang bercirikan utilitarian, interaktif dan informatif adalah perlu bagi membolehkan masyarakat mendapat maklumat yang tepat mengenai Masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis, selain membetulkan beberapa maklumat silap yang masyhur dalam kalangan masyarakat mengenai Masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis. Laman blog dipilih sebagai medium, kerana ia percuma, mudah diakses dan mesra pengguna. Laman blog ini boleh diakses melalui pautan : https://fahamfiqhaqsa.blogspot.my/. OBJEKTIF Kajian ini bertujuan untuk membina sebuah laman blog yang menyediakan maklumat tepat berkaitan masjid al- Aqsa dan Baitul Maqdis, yang dikenali sebagai Faham Fiqh al-aqsa. Secara khusus, ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana laman blog ini berfungsi sebagai medium alternatif e-pembelajaran yang bercirikan utilitarian. METODOLOGI KAJIAN Pembangunan Laman blog Faham Fiqh al-aqsa(faq) ini adalah menggunakan model ADDIE. Model ADDIE adalah merupakan satu arahan yang sistematik dalam rekabentuk model. ADDIE bermaksud A (Analysisanalisis), D (Design Rekabentuk), D (Development- Pembangunan), I ( Implementation- Pelaksanaan) dan E (Evaluation- Penilaian). Oleh itu, terdapat 5 fasa dalam pembinaan sesuatu model yang menggunakan ADDIE. Walau bagaimanapun, pembangunan laman blog FAQ ini hanya akan melalui 3 fasa, iaitu analisis, reka bentuk dan pembangunan. Fasa-fasa diringkaskan dalam jadual berikut : Fasa 1.Gerak Kerja Analisis Analisis Keperluan (Convenience Sampling) untuk menguji pengetahuan dan kefahaman responden berkaitan maklumat dan isu Masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis. Analisis topik-topik utama berkaitan masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis melalui : a. Merujuk Kitab Muktabar b. Menyusun data mengikut segmen yang ditetapkan c. Terjemahan data dari bahasa asal kepada bahasa Melayu/Arab d. Menyediakan skrip video berkonsepkan diskusi pakar e. Membina soalan-soalan kuiz untuk pengukuhan maklumat pengguna f. Memilih foto-foto yang menarik dan bersesuaian untuk permainan jigsaw puzzle dan mari mewarna Rekabentuk Merekabentuk laman blog yang mesra pengguna, dengan ciri-ciri paparan dashboard yang meliputi : 288

a. Kesesuaian susunan menu setiap segmen utama b. Kesesuaian nama aplikasi dengan kandungan, iaitu Faham Fiqh al- Aqsa(FAQ) c. Kesesuaian warna latar, warna tulisan, corak latar, foto latar dan jenis tulisan yang digunakan d. Aras kesukaran soalan untuk menu kuiz Pembangunan proses pembinaan semua isi kandungan yang ditetapkan dalam fasa analisis dan paparan dashboard blog yang ditetapkan dalam fasa reka bentuk. Proses ini melibatkan reka cipta dan edit button, paparan, audio,video, foto dan keseluruhan blog. Proses ini melibatkan dua bahagian, iaitu : A. Penyediaan Laman Blog. Ia meliputi : a. Menyediakan rakaman video diskusi pakar mengikut segmen yang ditetapkan b. Menyediakan menu-menu bagi setiap segmen yang ditetapkan c. Memasukkan rakaman video segmen mengikut susunan yang ditetapkan, iaitu sejarah Masjid al-aqsa dan Baitulmaqdis, Kelebihan Masjid al-aqsa, hukum-hukum fiqh berkaitan Masjid al-aqsa, Masjid al-aqsa dan peristiwa akhir zaman,salah faham tentang Masjid al-aqsa dan kewajipan umat Islam terhadap Masjid al-aqsa. d.. Memasukkan soalan-soalan yang telah muktamad beserta jawapan Selain itu, skor markah juga akan dipaparkan di akhir halaman menu ini. e. Memasukkan permainan jigsaw puzzle melalui aplikasi atas talian mengikut aras kesukaran, iaitu tertakluk kepada jumlah kepingan puzzle yang perlu disusun. 2.f. Memasukkan permainan mari mewarna melalui aplikasi atas talian. B. Percubaan Laman Blog, ia meliputi : a.. Mengenalpasti setiap menu yang dibangunkan bercirikan nilai utilitarian b.. Mengenalpasti rekabentuk keseluruhan aplikasi yang perlu menepati ciri-ciri mesra pengguna c.. Menyediakan satu set soal selidik dalam talian untuk meninjau kepuasan pengguna terhadap laman blog yang dilancarkan 3.d. Mengenalpasti populariti laman blog melalui bilangan pelawat dan paparan halaman. e. Mengambilkira maklumbalas dari pengguna di ruangan komen pada chattbox. f.. Membuat penambahbaikan yang bersesuaian,sebelum laman blog dibuka kepada open user. Jadual 1 : Fasa Pembangunan Laman Blog FAQ PEMBANGUNAN LAMAN BLOG FAHAM FIQH AL-AQSA Kecenderungan masyarakat terhadap isu-isu berkaitan Palestin, menunjukkan bahawa masyarakat, khususnya masayarakat Malaysia, berminat untuk mendapatkan informasi berkaitan Palestin dan sentiasa berusaha untuk membantu rakyat Palestin mempertahankan Masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis dari dirampas oleh Zionis Israel. Sehingga kini, belum ada laman sesawang mengenai Masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis yang boleh dijadikan laman pembelajaran maya. Bahkan, medium pembelajaran maya menggunakan aplikasi telefon mudah alih berkaitan Palestin, Masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis adalah sangat terhad. Sehingga kini, terdapat hanya enam(6) literatur aplikasi berkaitan Masjid al-aqsa, Baitul Maqdis dan Palestin yang dimuatnaik di Google Play Stat. Kesemua aplikasi yang ada ini menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris atau bahasa Arab. Maklum balas dari analisis keperluan dalam soal selidik analisis keperluan yang diedarkan dalam talian secara 289

Convinience Sampling menunjukkan majoriti responden tidak mengetahui dengan tepat tentang beberapa maklumat asas berkaitan Masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis, dengan memberi jawapan yang salah atau tidak tahu bagi soalan-soalan yang diuji. Berasaskan premis ini, pengkaji memilih untuk membuat satu kajian komprehensif berkaitan Masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis bagi membangunkan satu aplikasi laman blog dwi bahasa; bahasa Arab dan bahasa Melayu, untuk pembelajaran maya yang diberi nama Faham Fiqh al-aqsa (FAQ)..Laman pembelajaran maya FAQ ini adalah bercirikan nilai utilitarian dan mesra pengguna. Kewujudan laman pembelajaran maya FAQ dijangka dapat mengisi kelompangan medium informasi yang terkini dan tepat berkaitan Masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis yang perlu diketahui oleh setiap Muslim. Buat masa ini, Laman Blog FAQ mengandungi sembilan butang, iaitu utama, video diskusi, inovator, anugerah, terkini, jom main, galeri foto, penghargaan dan hubungi. Selain itu, paparan dashboard juga mengandungi butang main lagu yang memuatkan nasyid al-quds Tunaadina, ruangan komen oleh pengguna, infografik, jumlah paparan halaman dan statistik pelawat. Paparan dashboard ini juga menyediakan pengenalan kepada laman blog dalam tribahasa, Melayu, Arab dan Inggeris untuk memberi gambaran awal kepada pengguna mengenai isi kandungan laman blog. Butang yang berkaitan dengan topic-topik utama mengenai masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis adalah butang Video Diskusi. Di dalamnya terdapat 12 sub-butang, yang mengandungi topic-topik kenali alaqsa, mukaddimah, sejarah, Kelebihan Masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis, Masjid al-aqsa dan peristiwa akhir zaman, Hukum-hukum fiqh berkaitan Masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis, Salah Faham terhadap Masjid al-aqsa, Kewajipan Umat Islam, Mercu Tanda,dan Untukmu Aqsaku. Setiap topic ini, dibincangkan dalam bentuk video bersegmen. Maksudnya, setiap topik mengandungi satu video yang membincangkan tajuk berkenaan. Pembinaan video adalah berkonsepkan diskusi pakar, iaitu dalam bentuk soal jawab supaya pengguna dapat merasai wujudnya suasana interaktif dalam perbincangan tersebut, seolah-olah mereka sendiri yang bertanya kepada pakar berkenaan. Selain itu, pengguna juga diberi peluang untuk mengemukakan persoalan dan komentar dalam chattbox yang dinamakan dengan butang Ruangan Komen. Laman blog FAQ dibina bukan hanya sebagai rujukan pantas dan mudah kepada pengguna dewasa, tetapi ia juga bertujuan untuk membolehkan pendidik dan ibubapa memaksimumkan penggunaannya kepada anak-anak atau para pelajar mereka. Justeru, dalam butang Jom Main disediakan permainan menggunakan perisian percuma atas talian, iaitu jigsaw puzzle dan mari mewarna. Gambar yang digunakan adalah gambar Masjid Qubbah al-sakhrah, iaitu salah satu daripada masjid yang termasuk dalam kawasan Masjid al-aqsa. Selain menjadikan laman blog ini bersifat santai melalui permainan ini, ia bertujuan untuk menyemai rasa cinta kepada Masjid al-aqsa dalam diri anak-anak semenjak dari kecil. Apatah lagi, masjid yang menjadi milik umat Islam ini berada di bawah penjajahan Israel sejak sedekad yang lalu. RINGKASAN KANDUNGAN VIDEO DISKUSI Oleh kerana butang video diskusi adalah merupakan butang paling penting dalam laman blog ini, berikut dijelaskan secara ringkas berkaitan kandungan sub-sub butang dalam butang video diskusi tersebut. Sub-Butang Kenali al-aqsa Mukaddimah Sejarah Kelebihan Baitul Maqdis Kelebihan Masjid al-aqsa Hukum dan Adab Salah Faham Peristiwa Akhir Zaman Kewajipan Umat Islam Mercu Tanda Penutup Untukmu Aqsaku Kandungan Promo kepada Laman Blog Pengenalan ringkas tentang skop diskusi Sejarah pembinaan Masjid al-aqsa Penjelasan tentang kelebihan Baitul Maqdis berdasarkan dalil daripada al- Quran dan Hadis sahih Penjelasan tentang kelebihan Masjid al-aqsa berdasarkan dalil daripada al- Quran dan Hadis sahih Penjelasan tentang hokum dan adab-adab menziarahi Masjid al-aqsa Penjelasan tentang beberapa kemungkaran yang dilakukan oleh pengunjung ke masjid al-aqsa kerana salah faham atau tidak ada pengetahuan mengenai perkara yang dilakukan Penjelasan dengan beberapa peristiwa akhir zaman yang berkait secara langung dengan Masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis Penjelasan tentang kewajipan umat Islam terhadap Masjid al-aqsa dan baitul Maqdis Penjelasan mengenai mercu tanda-mercutanda yang terdapat dalam kawasan masjid al-aqsa melalui paparan video mercu tanda tersebut Penutup kepada diskusi Doa daripada anak jati Palestin untuk kesejahteraan Masjid al-aqsa Jadual 2 : Ringkasa Kandungan Butang Video Diskusi 290

PAPARAN DASHBOARD LAMAN BLOG DAN KOMPONEN-KOMPONENNYA Bagi memberikan gambaran yang jelas berkaiatan laman blog ini, berikut adalah paparan dashboard laman blog dan komponen-komponen yang terdapat di dalamnya. Oleh kerana terdapat banyak komponen dalam blog ini, penulis akan menjelaskan paparan dan komponen yang sangat berkait dengan tajuk artikel sahaja. a. Paparan Halaman Bahagian Atas Rajah 1.0 Rajah 1.0 menunjukkan halaman bahagian atas blog FAQ dimulakan dengan dua gambar masjid yang terdapat dalam kawasan Masjid al-aqsa, iaitu Masjid al-qibli di sebelah kanan halaman. Masjid ini dinamakan Masjid Qibli kerana kedudukannya yang menghala ke arah kiblat (Kaabah). Keseluruhan Masjid al-aqsa adalah merupakan kiblat pertama pertama umat Islam, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-bukhari, bahawa Masjid al-aqsa menjadi kiblat pertama umat Islam selama 16 bulan atau 17 bulan sebelum ditukarkan kepada Masjid al-haram di Mekah. Manakala di sebelah kiri halaman blog pula adalah Masjid Qubbah al-sakhrah yang di dalamnya terdapat batu yang dikatakan menjadi tempat Rasulullah di angkat ke hadrat Allah s.w.t dalam peristiwa yang masyhur, Isra dan Mi`raj. Terdapat juga salah faham dalam kalangan masyarakat bahawa batu tersebut tergantung kerana ingin turut serta dengan Rasulullah s.a.w semasa baginda di angkat ke langit. Fahaman ini adalah salah, kerana tidak ada satu dalil yang sahih pun menunjukkan bahawa batu tersebut tergantung, bahkan cerita batu tergantung ini adalah daripada riwayat israiliyyat. Keterangan mengenainya ada dijelaskan dalam segmen video Salah Faham. Seterusnya, halaman ini juga mengandungi Sekapur Sirih yang merupakan pengenalan ringkas kepada tujuan pembangunan blog, dan kandungan ringkas blog. Pengguna juga turut disediakan dengan butang Info Grafik FAQ yang boleh dimuat turun sebagai rujukan segera pengguna sekiranya ingin mendapatkan maklumat penting berkaitan masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis. Di bawahnya terdapat butang jumlah paparan halaman, yang sehingga kini berjumlah 74,367 dan statistic pelawat-pelawat blog. Terdapat pengguna daripada 21 buah negarayang telah berkunjung ke laman blog ini, dengan pecahan statistic sebagaimana dalam rajah 2.0 berikut : 291

Rajah 2.0 Sumber : Laman Blog https://fahamfiqhaqsa.blogspot.my/ pada 15 Ogos 2017 Statistik ini menunjukkan bahawa laman blog ini telah mula mendapat perhatian dan dimanfaatkan oleh pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat mengnai masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis. Ini terbukti daripada komentar-komentar yang dicatatkan di chattbox Ruangan Komen, kesemuanya memberikan komentar yang positif. Rajah 3.0 yang berikut dapat menunjukkan komentar-komentar yang dimaksudkan. Rajah 3.0 Sumber : Laman Blog https://fahamfiqhaqsa.blogspot.my/ pada 15 Ogos 2017 Pada bahagian tengah dan akhir halaman blog pula terdapat terjemahan ke bahasa Arab dan bahasa Inggeris bagi pengenalan blog, supaya pengguna yang tahu dan faham bahasa Arab atau bahasa Inggeris dapat 292

memahami tujuan laman blog ini di bangunkan dan bagaimana ia berfungsi. Bahagian ini adalah sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 4.0 di bawah. Rajah 4.0 b. Komponen Dalam Butang Video Diskusi 4. 5. 6. 7. Rajah 5.0 Dalam butang video diskusi, terdapat 12 sub butang atau komponen yang disusun mengikut topik-topik utama, sebagaimana ditunjukkan dalam Rajah 5.0. Video-video diskusi ini dirakam di dalam studio menggunakan teknologi i-studio dan untuk rakaman luar adalah menggunakan kamera video digital. Videovideo yang telah dirakamkan ini kemudiannya dibina menggunakan perisian Filmora dan Movie Maker. Diskusi dijalankan dalam bahasa Arab, kerana penjelasan berkaitan topik-topik utama ini adalah daripada anak jati Palestin yang bertutur dalam bahasa Arab. Walau bagaimanapun, bagi membolehkan pengguna melayu 293

memahami isi kandungan diskusi, disertakan sarikata terjemahan bahasa Melayu bagi semua segmen video yang terdapat dalam butang ini. c. Komponen Dalam Butang Jom Main Rajah 6.0 Komponen pertama yang terdapat dalam butang Jom Main adalah Jom Bina Masjid al-aqsa dengan memaparkan gambar keseluruhan kawasan Masjid al-aqsa, sebagaimana ditunjukkan dalam rajah 6.0. Perisian yang digunakan adalah perisian percuma Jigsaw Planet yang disediakan dengan aras kesukaran permainan yang paling rendah, iaitu sebanyak 6 keping pecahan gambar sahaja untuk disusun semula. Rajah 7.0 Komponen kedua pula adalah komponen Jom Uji Minda sebagaimana yang ditunjukkan dalam rajah 7.0. Komponen ini mengandungi 5 soalan kuiz, sebagai pengukuhan maklumat selepas pengguna mendengar segmen video dalam butang Video Diskusi. Aras kesukaran soalan yang disediakan juga adalah rendah bagi membolehkan ia dimanfaatkan oleh semua golongan pengguna. 294

Rajah 8.0 Komponen ketiga dalam butang Jom Main adalah Mari Mewarna sebagaimana ditunjukkan dalam rajah 8.0. Komponen ini juga menggunakan perisian percuma dari laman web http://scrapcoloring.com. Terdapat 3 gambar yang disediakan, dan pengguna boleh memilih warna-warna secara atas talian untuk mewarna gambargambar tersebut. PENUTUP Berdasarkan keterangan di atas, kajian ini mendapati bahawa laman blog Faham Fiqh al-aqsa (FAQ) boleh dijadikan medium alternatif e-pembelajaran berkaitan Masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis. Rekabentuk yang mesra pengguna dan pembangunannya yang berkonsepkan diskusi pakar dapat memberi satu inovasi baharu dalam menjelaskan berkaitan topic-topik utama mengenai masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis, lebih-lebih lagi sumber maklumat yang tepat dalam bahasa Melayu mengenai Masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis yang disediakan secara komprehensif adalah sangat terhad. Justeru, lamna blog FAQ dapat mengisi kelompangan tersebut kerana ia menyediakan rujukan yang mudah dan pantas kepada pengguna yang ingin mendapatkan maklumat yang tepat mengenai Masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis. Data kajian yang dijadikan asas bagi menghasilkan laman blog ini adalah bersumberkan dari al-quran dan al-sunnah, dan juga kitab-kitab berkaitan yang berautoriti dari sumber tradisi dan kontemporari. PENGHARGAAN Setinggai penghargaan dan terimakasih ditujukan kepada: Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA. Pusat Kulaiti Akademik & E-Pembelajaran(AQeL), UniSZA. RUJUKAN Hisam al-din bin Musa Afanah(2014). al-masjid al-aqsa al-mubarak Fada il wa Ahkam wa Adab. Baitul Maqdis : Lajnah Zakat al-quds. Muhammad `Uthman Shabir( t.t). Bayt al-maqdis wa Ma Hawlah Khasaisuh al-`amah wa Ahkamuh al- Fiqhiyyah. Jordan: Dar al-nafa is. 295

https://fahamfiqhaqsa.blogspot.my/. Tarikh akses : 15.08.2017. http://m.mobomarket.net/free-download-alaqsa-4294210688.html. Tarikh akses : 04.06.2017 https://www.appbrain.com/app/al-aqsa-mosque-jerusalem/com.algantan. Tarikh akses : 04.06.2017 https://www.appbrain.com/app/live-jerusalem/ocjrp.welfareassociation.org.elivejerusalem. Tarikh akses : 04.06.2017 https://www.appbrain.com/app/know-palestine-%d8%a7%d8%b9%d8%b1%d9%81- %D9%81%D9%84%D8%B3%D8%B7%D9%8A%D9%86/hamedcom.software.palestine. Tarikh akses : 04.06.2017 https://www.appbrain.com/app/palestine-quiz-arabic/com.wpalestinequizarabic. Tarikh akses : 04.06.2017 https://www.appbrain.com/app/palestine-quiz/com.wpalestinequiz. Tarikh akses : 04.06.2017 https://extension.arizona.edu/evaluation/sites/extension.arizona.edu.evaluation/files/docs/needs.pdf. Tarikh akses : 04.06.2017 http://cendanapuriku.blogspot.my/2012/02/senarai-ngo-berkaitan-palestin-di.html. Tarikh akses : 7.6.2016 http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-tragedi-mavi-marmara-10568. Tarikh akses : 7.6.2016 http://www.haluan.org.my/v5/palestin/sejarah-a-fakta/1612-memperingati-2-tahun-tragedi-mavi-marmara. Tarikh akses : 7.6.2016 http://www.aqsasyarif.org.my/v3/index.php/profil-korporat/kenyataan-rasmi/2877-kenyataan-media-mycaresertai-misi-women-s-boat-to-gaza-wbg-2016. Tarikh akses : 7.6.2016 http://www.islamic-travel.ch/?page_id=190. Tarikh akses : 10.08.2017 https://peribadirasulullah.wordpress.com/category/bandar-yahudi-di-bawah-masjid-al-aqsa/, Tarikh akses : 10.08.2017 http://blog.islamiconlineuniversity.com/question/importance-masjid-al-aqsa-muslims/. Tarikh akses : 10.08.2017 296