PENGGUNAAN VOKAL ALIF PADA SUKU KATA TERBUKA AKHIR PERKATAAN DALAM SISTEM TULISAN JAWI. Ab. Halim Mohamad

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

DALAM SISTEM TULISAN JAWI 1. Ab. Halim Mohamad

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

KAJIAN AWAL PENGGUNAAN TEKNIK FONIK DALAM PEMBANGUNAN APLIKASI MOBIL FONIK: BACALAH SAYANG

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

JURNAL LINGUISTIK Vol. 20 (2) Disember 2016 ( ) Penyeragaman Sistem Ejaan Jawi di Negara Asean

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Tekanan Perkataan Arab Sebagai Bahasa Asing dalam Kalangan Penutur Melayu

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PENILAIAN PENGETAHUAN

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Al-Hikmah 8(1) 2016: 43-52

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Applications [Logik & Aplikasi]

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Penguasaan dan Kesalahan Bacaan dalam Surah Al-Fatihah di kalangan Pelajar DKA 1A Sesi Dis 2012 : Satu Kajian Tindakan

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Kemahiran Rasm Mushaf Uthmani Guru J-QAF Negeri Terengganu

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

KEMAMPUAN PELAJAR PEREMPUAN TERHADAP BACAAN KHUSUS IMAM HAFS: SATU PERBANDINGAN DENGAN PELAJAR LELAKI

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

Transcription:

Jurnal AL-ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) Volume 4, No.2, December 2017: 47-59 PENGGUNAAN VOKAL ALIF PADA SUKU KATA TERBUKA AKHIR PERKATAAN DALAM SISTEM TULISAN JAWI Ab. Halim Mohamad ABSTRAK Penggunaan vokal alif dalam sistem tulisan Jawi agak bercelaru dan ساي tidak mempunyai peraturan yang tetap. Upamanya dalam ejaan [sa.ya], بوك [bu.ka] dan ترداي [ter.da.ya] didapati bahawa vokal alif بوايا digugurkan pada suku kata akhir perkatan. Manakala ejaan [bua.ya], بودايا [bu.da.ya], لوڤا [lu.pa] dan lain-lain dimasukkan vokal alif pada suku kata akhir perkataan. Kajian ini cuba menganalisis dan menghurai permasalahan pengguaan vokal alif ini pada suku kata akhir perkataan berdasarkan kaedah fonetik. Ia juga bertujuan untuk melihat masalah penggunaan vokal alif ini dalam kalangan pelajar UPM. Kajian ini menggabungkan kaedah teoritikal dan kuantitatif. Dalam kajian teoritikal, pengkaji menerapkan teori fonetik dan fonologi untuk menghurai dan membentuk teori penulisan Jawi yang lebih tersusun. Manakala kaedah kuantitatif pula, pengkaji menggunakan sampel pelajar Jabatan Bahasa Asing (Arab) di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi untuk melihat tahap keupayaan dalam penggunaan vokal alif pada suku kata akhir dalam penulisan perkataan Jawi. Kajian mendapati bahawa pelajar bermasalah menggunakan vokal alif dalam sistem tulisan Jawi yang ada sekarang. Kajian ini mencadangkan supaya sistem tulisan Jawi perlu dipinda berdasarkan kaedah fonetik dan fonologi bagi memudah proses pembelajaran dan pengajaran Jawi di Malaysia. Kata kunci: vokal, ejaan Jawi, suku kata, fonetik USE OF VOWEL ALIF IN THE FINAL OPENED SYLLABLE OF WORDS IN JAWI WRITING SYSTEM ABSTRACT The use of vowel alif in Jawi writing system is quite disordered and have no fixed rule. for example, in spelling of ساي [sa.ya], بوك [bu.ka] and ترداي [ter.da.ya] found that vowel alif dropped on the final syllable of word. While the spelling of بوايا [bua.ya], بودايا [bu.da.ya], لوڤا [lu.pa]

48 Penggunaan Vokal Alif pada Suku Kata Terbuka Akhir Perkataan and others are placed alif on the end of syllable. This study attempts to analyze and describe the use problems of vowel alif on the final syllable words based on phonetic method. It also aims to look at the problem of vowel alif among the students of UPM. This study combines theoretical and quantitative methods. In a theoretical study, the researcher applied the theory of phonetic and phonology to explain and establish a more structured Jawi writing. While the quantitative methods, the researcher used a sample of students from Department of Foreign Languages (Arabic) at the Faculty of Modern Language and Communication to see the level of ability in using vowel alif on the final syllable in the words of Jawi writing. The study found that students have a problems in the use of vowel alif in Jawi writing system which is currently used in Malaysia. This study suggested that the Jawi system needs to be changed according to the phonetic and phonological theory to facilitate the process of learning and teaching Jawi in Malaysia. Key words: vocal, Jawi spelling, syllable, phonetic PENGENALAN Sistem tulisan Jawi di Malaysia telah melalui beberapa proses perubahan dan penyemakan. Beberapa kaedah telah dikemukakan oleh beberapa tokoh seperti kaedah ejaan Jawi Za ba (1931), Matlob (1989), Panduan Ejaan Jawi (1986), Hamdan (2015), Mohd Hussein (2002), Daftar Kata Bahasa Melayu (2005), Che Siah (2006) dan lainlain. Sistem atau kaedah ejaan Jawi yang digunapakai sekarang ialah sistem yang berasaskan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (PEJYD) yang telah dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1986 hasil keputusan Konvensyen Tulisan Jawi tahun 1984 anjuran Pusat Islam. Pada tahun 1993 telah berlangsung seminar kebangsaan yang khusus tentang tulisan Jawi yang bertempat di pejabat Perdana Menteri Malaysia. Hasil pembentangan, cadangan dan resolusi seminar tersebut telah disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-1994. Ikuran daripada itu lahirlah buku Daftar Ejaan Jawi tahun 2005. Dalam konteks pengajaran ejaan Jawi, terdapat arahan khas daripada Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahukan kaedah Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (PEJYD) ini diajar di sekolah-

49 Penggunaan Vokal Alif pada Suku Kata Terbuka Akhir Perkataan sekolah. Arahan ini jelas melalui surat rasmi yang telah dikeluarkan oleh Asiah Abu Samah bekas Ketua pengarah pendidikan Malaysia yang berbunyi Mulai dari tarikh ini Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (PEJYD) itu hendaklah digunakan di semua sekolah rendah, sekolah menengah, maktab-maktab perguruan, di dalam buku teks dan peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia serta dalam semua sektor dan masyarakat di seluruh Negara (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1992). Selepas beberapa tahun pelaksanaan kaedah tulisan PEJYB, ia ditukar pula dengan kaedah Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM) berdasarkan Buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi- Sebutan-Jawi) (Cet. Pertama 2001, Edisi Kedua Cetakan Kedua 2008) telah diterbitkan dengan mengetengahkan beberapa kategori kaedah utama ejaan Jawi iaitu ejaan lazim, ejaan tradisi, ejaan mengikut hukum, ejaan lampau hukum dan ejaan pinjaman serta serapan. Kaedah pelengkap ejaan juga diketengahkan dalam kamus ini seperti ejaan gelinciran, penggunaan huruf hamzah dan ejaan imbuhan. Kaedah PUEJBM yang diguna sekarang diedaptasikan daripada kaedah Za ba (1931) selepas berlaku banyak perubahan. Ini sesuai dengan apa yang disuarakan oleh Za aba bahawa Kaedah ejaan Jawi ini belumlah pernah diaturkan orang betul-betul dari dahulu, melainkan masing-masing ikut sedap sendiri sahaja meniru-niru apa yang dibiasakan orang, tetapi tiada syak bahawa dalam kebiasaan orang itu ada beberapa kaedah tetap yang boleh dibuatkan undang-undangnya (Za ba, 2009: xxxii). Mohd Hussein (2002) menyatakan bahawa kaedah ejaan Jawi Za ba banyak kesamaran pada sebutan dan memerlukan penambahan huruf vokal (alif, waw dan ya ) pada sesetengah perkataan bagi menghilangkan kesamaran tersebut. Ismail dan Mashur penyunting buku Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM) cetakan 2004 menjelaskan bahawa kaedah Za ba telah diubah mengikut kaedah phonologi dan bentuk perkataan bahasa Melayu yang telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pertama, perkataan Melayu asli. Kedua, Perkataan Melayu yang dipinjam daripada bahasa Arab. Ketiga, perkataan Melayu yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. Ketiga-tiga kumpulan ini mempunyai kaedah ejaan yang berbeza.

50 Penggunaan Vokal Alif pada Suku Kata Terbuka Akhir Perkataan Perbezaan yang jelas ialah dalam mengeja perkataan pinjaman Arab yang secara umumnya dengan mengekalkan gambaran asal perkataan tersebut dalam bahasa Arab. Walaupun usaha kerajaan untuk memertabatkan tulisan Jawi telah dilakukan melalui seminar, persidangan, konvensyen, bengkel, pertandingan, klinik Jawi, carnival dan lain-lain lagi, tetapi masyarakat Malaysia masih lagi menyambut dingin terhadap tulisan Jawi. Nik Rozila dalam kajiannya menyatakan bahawa Penguasaan pelajar dalam Jawi adalah lemah terutama dalam aspek-aspek yang diuji (2007:161). Faizal mendapati segelintir pelajar mahasiswa pengajian Islam UKM kurang meminati tulisan Jawi Walaupun mereka mempelajari tulisan Jawi bermula pada awal usia enam tahun (2009: 155). Ia bukan sahaja disebabkan oleh kekurangan minat para pelajar atau sistem pendidikan yang tidak memberi kredit kepada tulisan Jawi. Ia mungkin bermula daripada kaedah yang bercelaru dan kurang mantap serta tidak mesra pengguna yang menyebabkan mereka kurang berminat. Hal seperti inilah yang menuntut supaya kajian berkaiatan sistem tulisan Jawi terus dilakukan bagi memertabatkannya demi servival masa depan. PERMASAALAHAN KAJIAN Banyak kaedah ejaan dalam penulisan Jawi masih belum selesai dan mengelirukan pengguna dan pengamalnya. Melalui pemerhatian pengkaji, kaedah penulisan Jawi dilihat tidak begitu tersusun dan tidak tekal. Perubahan yang dilakukan dalam sistem PUEJBM tidak berasaskan hujah yang jelas sehingga banyak mendatangkan masalah dan kecelaruan. Kecelaruan berlaku pada penggunaan alif pada suku kata pendek tertutup dan terbuka di akhir perkataan. Kekeliruan juga berlaku antara penggunaan qaf )ق( dan kaf,)ك( antara zai )ز( dan zal lagi. dan lain kaedah )ه( dan )ح( antara,)ص( dan sad )س( antara sin,)ذ( Selain daripada itu berlaku juga kekeliruan ejaan perkataan pinjaman Arab, dimana ada perkataan pinjaman yang diubah ejaannya dan ada yang tidak diubah. Ini semua merupakan masalah dalam tulisan Jawi yang memerlukan kepada satu kaedah yang konsisten yang berpandukan kepada teori fonetik yang betul dan boleh diterima. Sistem PUEJBM yang digunapakai sekarang ini tidak dapat memberi hujah yang kukuh bagaimana penggunaan vokal alif )ا( yang disamakan dengan vokal a digunakan pada sesetengah suku kata pendek terbuka dan tertutup dan tidak digunakan pada suku kata. Ini

51 Penggunaan Vokal Alif pada Suku Kata Terbuka Akhir Perkataan kerana wujudnya percanggahan dan kecelaruan penggunaannya dalam suku kata pendek terbuka (KV) dan suku kata pendek tertutup (KVK). Upamanya dalam ejaan ساي [sa.ya] dan بوك [bu.ka] terdiri daripada dua suku kata pendek terbuka (KV+KV), dan ترداي [ter.da.ya] terdiri daripada tiga suku kata (KVK+KV+KV) didapati bahawa vokal alif digugurkan pada suku kata akhir perkatan dalam tulisan Jawi. Manakala ejaan بوايا [bua.ya] (KVK+KV), بودايا [bu.da.ya] (KV+KV+KV) dan لوڤا [lu.pa] (KV+KV) dimasukkan vokal alif pada suku kata akhir perkataan. alif )ا( dipadamkan dengan vokal a seperti, a-ba-di ditulis,ابادي alma-ri ditulis,الماري a-yun-da ditulis ايوندا dan lain-lain. Alif )ا( dalam bahasa Arab merupakan konsonan bukannya vokal. Apabila konsonen alif,)ا( waw )و( dan yᾱ )ي( yang dipanggil dalam bahasa Arab sebagai huruf illah (konsonan illah) hadir selepas konsonan lain maka sebutan konsonan tersebut menjadi panjang, seperti قاال diteransliterasi menjadi qālā/ qaalaa, حمو hamū/ hamuu Vokal dalam bahasa Arab ialah. u i baris seperti a Dalam konteks suku kata, sesuatu suku kata boleh dibentuk oleh satu vokal (V) sahaja atau satu vokal disertai satu konsonan (K) atau beberapa konsonan. Konsonan demikian hadir sama ada di hadapan vokal atau di belakangnya atau di hadapan vokal dan di belakangnya secara serentak (Nik Safiah dan lain-lain,2015: 50). Dalam bahasa Arab, sesuatu suku kata itu mesti terdiri daripada konsonan (samit) dan vokal (harakah) (Manaf Mahdi, 1998: 120). Ini bermakna setiap suku kata bahasa Melayu boleh terdiri daripada satu konsonan secara tersendiri. Perkara yang sama juga berlaku dalam bahasa Arab, di mana konsonan tidak dapat befungsi tanpa harakah (vokal). Kaedah yang diberi untuk membolehkan penggunaan vokal alif bagi suku kata terbuka seperti دادا بارا ڤاال ساوا adalah kerana suku kata akhir itu bermula dengan Dal, Ra, Lam, Wau dan Nga yang dipanggil dengan kaedah Dal Ra Lam Wau Nga. Bagaimanapun, sekiranya bentuk akhir KVKV itu ialah rama maka alif digunakan pada suku kata akhir (Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, 2016: 98-99). Hal ini mengelirukan pelajar kerana perkataan lima ditulis ليم tanpa vokal alif sedangkan suku kata kedua juga bermula dengan [m].

52 Penggunaan Vokal Alif pada Suku Kata Terbuka Akhir Perkataan Apabila suku kata tidak dimulai dengan Dal Ra Lam Wau Nga, huruf alif digunakan untuk melambangkan vokal [a] disuku kata terbuka akhir seperti ساي راس باج مات (Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi- Sebutan-Jawi, 2016: 98-99). Dalam hal ini juga berlaku kekeliruan kerana perkataan بودايا روسا بوايا dimasukkan vokal alif selepas ya dan sin. Ketidakseragaman kaedah ini menyebabkan ramai pengguna banyak melakukan kesalahan ejaan dan bacaan walaupun mereka mempunyai latarbelakang bahasa Arab. Masalah dalam tulisan Jawi walaupun ianya berasal daripada bahasa Arab tetapi tidak sepenuhnya mengikuti sistem ejaan bahasa Arab dan juga mengikuti sistem ejaan rumi berdasarkan kaedah fonetik dan suku kata yang betul. Bertolak dari permasalahan itulah pengkaji cuba melihat sejauhmana penguasaan penggunaan alif pada suku kata akhir perkataan dalam sistem tulisan jawi dalam kalangan pengguna tulisan Jawi. PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah terdapat keseragaman penggunaan alif )ا( pada suku kata akhir perkataan mengikut kaedah Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM)? 2) Sejauh mana tahap pengguna tulisan Jawi dapat membezakan penggunaan alif yang betul seperti yang dikehendaki oleh kaedah Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM)? 3) Bagaimanakah kaedah yang sesuai yang patut digunakan untuk menyelesai masalah penggunaan alif yang tidak konsisten pada suku akhir perkataan dalam sistem tulisan Jawi? OBJEKTIF KAJIAN 1) Meneliti penggunaan alif pada suku kata akhir perkataan dalam sistem tulisan jawi mengikut Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM). 2) Mengenal pasti tahap kecekapan penggunaan dalam kalangan pengamal tulisan Jawi terhadap penggunaan alif dalam suku kata akhir berdasarkan kaedah Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM). 3) Mengemukakan kaedah yang sesuai yang boleh menyelesaikan kekeliruan penggunaan alif pada suku kata akhir tulisan Jawi berdasarkan pendekatan fonetik.

53 Penggunaan Vokal Alif pada Suku Kata Terbuka Akhir Perkataan KAEDAH KAJIAN Kajian ini berbentuk kuntitatif yang melibatkan 40 responden yang terdiri pelajar Bachelor Bahasa Arab, Universiti Putra Malaysia. Mereka adalah 15 orang pelajar tahun 1 senmester2 dan 25 orang pelajar tahun2 semester 4. Kesemua responden diminta menduduki ujian dalam tempoh 30 minit dan dilakukan pada 27 April 2017 di bilik Kuliah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Soalan mengandungi 60 perkataan bahasa Melayu ditulis dalam tulisan Rumi. Pelajar diminta menulis perkataan tersebut dalam tulisan Jawi. Justifikasi pemilihan pelajar jurusan bahasa Arab adalah kerana mereka merupakan pengguna tulisan Jawi. Mereka juga telah mempelajari tulisan Jawi dan mempraktiskan tulisan Jawi dalam pembelajaran bahasa Arab. Terdapat sebilangan daripada mereka telah menjadi guru tulisan Jawi. Pemilihan perkataan pula berdasarkan bentuk suku kata pendek terbuka (KV) pada akhir perkataan dalam bahasa Melayu. Perkataan tersebut terdiri daripada sama ada dua, tiga, empat suku kata serta perkataan berganda. Suku kata akhir yang dipilih ialah yang berakhir dengan vokal a. yang sepadan dengan konsenan alif dalam tulisan Jawi. Perkataan tersebut seperti dalam jadual berikut: Jadual (1): Senarai Perkataan Bahasa Melayu dalam Ejaan Rumi Dan diminta supaya menulis dalam ejaan Jawi Bil. Prktn Bil. Prktn Bil. Prktn Bil. Prktn 1 baca 16 kawa 31 lupa 46 budaya 2 bata 17 lama 32 lusa 47 dimana 3 caba 18 rata 33 muka 48 lencana 4 caca 19 raya 34 rupa 49 nyata 5 cana 20 sama 35 rusa 50 pijama 6 capa 21 buka 36 suka 51 purata 7 cara 22 buta 37 bika 52 rahsia 8 daga 23 cuba 38 gita 53 suraya 9 dasa 24 cuka 39 kita 54 purbakala 10 hala 25 cuma 40 lima 55 purbarasa 11 jaga 26 duga 41 tiga 56 sahaja 12 jaja 27 duka 42 tika 57 sederhana 13 jala 28 duka 43 bahaya 58 berjaga-jaga 14 jasa 29 juta 44 bencana 59 berkaca-kaca 15 kata 30 luka 45 buaya 60 bersuka-suka

54 Penggunaan Vokal Alif pada Suku Kata Terbuka Akhir Perkataan ANALISIS DATA PERBINCANGAN i) Pencapaian Pelajar Daripada jumlah 40 orang pelajar yang menduduki ujian, hanya 20 pelajar (50%) mendapat markah baik iaitu 50% ke atas. Daripada jumlah itu, 11 pelajar daripada semester keempat dan 9 pelajar daripada semester kedua. Manakala bilangan pelajar yang memperolehi markah kurang daripada 40% ialah seramai 12 orang. Daripada jumlah tersebut, 6 orang merupakan pelajar semester kedua dan 6 orang yang lain adalah pelajar semester kempat. Markah keseluruhan bagi 40 orang respondan kajian ini seperti dalam jadual berikut: Jadual 1: Perolehan Markah Ujian Palajar Tahun 1 Sem.2 dan Pelajar Tahun 2 Sem. 4 No. Mrk 100% No. Mrk 100% No. Mrk 100% Rsp Rsp Rsp 1 26 43.3 15 18 30 29 30 30 2 39 65 16 38 63.3 30 30 50 3 23 38.3 17 47 78.3 31 42 70 4 21 35 18 24 40 32 35 58.3 5 33 55 19 30 50 33 21 35 6 37 61.7 20 30 50 34 37 61.7 7 21 35 21 29 48.3 35 20 33.3 8 29 48.3 22 24 40 36 37 61.7 9 35 58.3 23 28 46.7 37 39 65 10 27 45 24 30 50 38 19 31.7 11 25 40 25 21 35 39 23 38.3 12 22 36.7 26 40 66.7 40 40 66.7 13 36 60 27 16 26.7 14 38 63.3 28 37 61.7 Note: No. responden 1-25 pelajar tahun 2 semester 4 dan No. 26 40 pelajar tahun pertama semester 2. Markah responden di atas diberi gred mengikut skima gred Universiri Putra Malaysia (UPM). Ujian mendapati bahawa tiada seorang pelajar pun yang memperolehi gred A. Jumlah responden yang memperolehi gred B+, B dan B- adalah seramai 12 orang (30%), manakala yang memperolehi gred C+ dan C adalah seramai 7 orang (17.5%). Jumlah pelajar yang mempunyai gred C-, D+ dan D adalah seramai 8 orang (20%). Jumlah pelajar yang mendapat gred F yang dianggap gagal

55 Penggunaan Vokal Alif pada Suku Kata Terbuka Akhir Perkataan adalah seramai 12 orang (30%). Pencapaian pelajar berdasarkan gred dapat dilihat dalam jadual 2 di bawah: Jadual 2: Pencapaian Pelajar Berdasarkan Gred Markah Gred Bil. Res. % Tahap 80-100 A 0 0 Cermelang 75-79 A- 1 2.5% Sangat baik 70-74 B+ 1 2.5% Sangat Baik 65-69 B 4 10% Baik 60-64 B- 7 17.5% Sederhana baik 55-59 C+ 3 7.5% Memuaskan 50-54 C 4 10% Memuaskan 47-49 C- 3 7.5% Krg memuaskan 44-46 D+ 1 2.5% Lemah 40-43 D 4 10% Sangat Lemah 0-39 F 12 30% Gagal Total 40 100% ii) Analisi Persepsi Pelajar Hasil ujian menunjukan bahawa penggunaan alif pada suku kata pendek terbuka dalam kalangan pelajar bacheor bahasa Arab di UPM masih lemah dan tidak memuaskan. Ini mungkin disebabkan oleh kekeliruan pelajar yang berpunca daripada masalah kaedah yang digunapakai yang tidak mantap dan memerlukan kepada perubahan yang lebih sistematik. Hal ini diperakui oleh kebanyakan responden seperti dalam jadual 3 di bawah: Jadual 3: Persepsi Pelajar Terhadap Sistem Ejaan Jawi Sekarang Bil. Kenyataan Setuju Kurang Tidak Total Setuju Setuju Bil./ % Bil. / % 1 Saya rasa kaedah tulisan Jawi sekarang ini kurang mantap. 2 Saya rasa kaedah tulisan Jawi perlu diperkemaskan. 3 Terdapat kekeliruan penggunaan huruf vokal seperti alif, wau dan ya dalam tulisan Jawi. Bil./ % 21 / 52.5% 35/ 87.5% 25/ 62.5% 16/ 40% 3/ 7.5% 100% 3/ 7.5& 2/ 5% 100% 7/ 17.5% 8/ 20% 100%

56 Penggunaan Vokal Alif pada Suku Kata Terbuka Akhir Perkataan Jadual 3 di atas menjelaskan bahawa majoriti (52.5%) responden bersetuju bahawa kaedah ejaan Jawi kurang mantap dan 87% daripada responden merasakan kaedah tersebut perlu diperkemaskan secara lebih bersistematik. Sejumlah 62.5% pula berpendapat bahawa kaedah ejaan vokal alif, waw dan ya dalam tulisan Jawi mengelirukan dan ini menyebabkan ramai daripada mereka tidak dapat menulis dengan betul. Kesalahan penggunnan vokal alif ini dapat dilihat secara terperinci dalam huraian kesalahan ejaan nanti. iii) Analisis Kesalahan Ejaan Dalam penggunaan vokal alif pada suku kata terbuka diakhir perkataan seperti baca, kita, lima, bahaya, bata dan upamanya terdapat pelajar yang menulis dalam ejaan Jawi dengan betul بات بهاي ليم كيت,ب چا dan sebagainya. Mereka menulis suku akhir tanpa memasukkan vokal alif. Terdapat pula sebilangan pelajar menulis ب چا ا باتا بهايا ليما كيتا dengan memasukkan vokal alif pada suku kata pendek terbuka dalam perkatan tersebut. Perggunaan vokal alif pada suku kata terbuka akhir ini bercanggah dengan kaedah Dal Ra Lam Wau Nga dan lain yang dibawa oleh Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM). Kesalah pelajar dapat dilihat dalam jadual 3 di bawah. چاا چا ڬا ڬي ڬا Jadual 3: Contoh Kesalahan Ejaan Jawi Oleh Pelajar Bil. Rumi Ejaan Betul Ejaan Salah Bil. Rumi Ejaan Betul Ejaan salah 1 baca ب ب 21 muka موك موكا 2 bata بات باتا 22 rusa روسا روس 3 caba چاب چابا 23 bika بيك بيكا 4 caca چاچ چاچا 24 gita ڬيتا ڬيت 5 capa چاڤ چاڤا 25 kita كيت كيتا 6 daga د داڬا 26 lima ليم ليما 7 dasa داس داسا 27 tiga ت تيڬا 8 jaga ج جاڬا 28 tika تيك تيكا 9 jaja جاج جاجا 29 bahaya بهاي بهايا 10 jala جاال جال 30 bencana بنچان بنچانا 11 jasa جاس جاسا 31 buaya بوايا بواي 12 kata كات كاتا 32 budaya بودايا بوداي 13 lama الما الم 33 lencana لنچان لنچانا 14 rata رات راتا 34 nyata پات پاتا 15 raya راي رايا 35 pijama فيجام فيجاما 16 sama سام ساما 36 purata فورات فوراتا

57 Penggunaan Vokal Alif pada Suku Kata Terbuka Akhir Perkataan ڬا چاا چا 17 buka بوك بوكا 37 purbarasa فوربارا فورباراسا س 18 cuka چوك چوكا 38 berjagajaga برجاڬا- ج برجاڬا- جاڬا 19 duga دوڬ دوڬا 39 berkacakaca بركاچا - ك بركاچا - ك 20 duka دوك دوكا 40 bersukasuka برسوكا- سوك برسوكا- سوكا Note: Ejaan Jawi yang betul dalam jadual 3 berdasarkan buku Daftar kata bahasa Melayu Rumi Sebutan Jawi Edisi Kedua Cetakan Kedua 2016, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur PENUTUP Sebagai penutup, tiga perkara penting yang berkaitan dengan penggunaan vokal alif dalam suku kata pendek terbuka diakhir perkataan dapat disimpulkan berdasarkan objektif kajian ini, iaitu: Pertama, Penggunaan vokal alif pada suku kata terbuka akhir dalam ejaan Jawi tidak konsisten dan bercelaru serta mempunyai banyak kaedah seperti kaedah Dal Ra Lam Wau Nga dan sebagainya berdasarkan konsonan sebelum vokal alif. Terdapat suku kata terbuka akhir KV yang konsonannya [m] ditambah vokal alif seperti rama.ليم dan tidak ditambah vokal alif seperti perkataan lima ditulis )راما( Bagi suku kata terbuka akhir yang mempunyai konsonan ya [ي] seperti بودايا روسا بوايا digugurkan vokal alif, tetapi bagi perkataan ساي [sa.ya] dimasukkan vokal alif walaupun konsonan pada suku kata akhir sama iaitu ya. Kedua, keputusan ujian mendapati bahawa majoriti pelajar jurusan bahasa Arab di Universiti Putra Malaysia (UPM) menghadapi masalah dan tidak dapat menguasai tulisan Jawi dengan baik sekalipun mereka mempunyai latarbelakang bahasa Arab dan pengalaman mengajar Jawi. Ini disebabkan kaedah ejaan Jawi yang digunapakai sekarag ini ini kurang tekal dan tidak mantap dan memerlu kepada suatu kaedah yang lebih mantap. Ketiga, untuk memantapkan ejaan tulisan Jawi dan penggunaan vokal alif dalam suku kata, pendekatan fonetik dan fonologi perlu diambil kira dimana suku kata terbuka terdiri daripada KV (konsonan Vokal). Tanpa melihat kepada konsonan yang hadir sebelum vokal sama ada atau lain-lain vokal apabila dibentuk suku [ب د ر ع ت ج م ك ق ي] kata terbuka maka ia perlu diikuti dengan huruf vokal seperti [sa.ya/

58 Penggunaan Vokal Alif pada Suku Kata Terbuka Akhir Perkataan bu.ku/ duri/ li.ma/ ja.ja/ ja.ga/ bu.ka/ lu.ka/ ra.ya/ ba.tu/ ba.ta] perlu ditulis بوكو/ دوري/ ليما/ جاجا/ بوكا/ لوكا/ رايا/ باتو/ باتا.سايا/ Ini bagi mengelakkan daripada kekeliruan dan kaedah yang banyak seperti yang terdapat dalam Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM). Perubahan perlu dilakukan seperti kata Za ab Bukanlah kita takut akan perubahan itu, kerana jika berubah pun tiada akan apa mudaratnya, walau apa pun huruf yang dipakai jadi kulitnya, isinya bahasa Melayu Juga. Maka huruf Jawi yang kita pakai sekarang ini pun bukannya juga huruf kita sendiri (2009: xxix). Tambahnya lagi Maka mana-mana ejaan yang belum tetap, dinyatakan belum tetapnya, tetapi tidaklah diberi ketetapanya melainkan diserahkan kepada perjalanan masa dan kecederungan ramai (2009: xxxii). Sekiranya itulah pendirian dan pandangan Za ba terhadap kaedah ejaan Jawi, maka tidak menjadi masalah kepada pengkaji lain untuk mengemukakan peraturan baru yang dilihat agak baik dan lebih mesra pengguna berdasarkan teori baru dalam memperkasakan tulisan Jawi. Pengguna tulisan Jawi seharusnya berlapang dada dan tidak terlalu taasub dengan kaedah yang sedia ada dengan mengatakan bahawa ejaan Jawi sudah mantap. Ejaan bahasa Inggeris juga telah melalui proses yang sama sejak kurun ke enam belas dan beransur-ansur menjadi mantap seperti sekarang ini. BIBLIOGRAFI Che Siah Che Man. (2014). Pendekatan pengajaran Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) (Cet. Pertama 2001, Edisi Kedua Cetakan Kedua 2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi. (2016). Edisi kedua Cetakan kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid & Niswa @ Noralina binti Abdullah. (2009). Penguasaan Tulisan Jawi di Kalangan Mahasiswa Pengajian Islam: Kajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (Ipta) Tempatan. Dlm. Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 4, 145 156. Hamdan Abdul Rahman. (2015). Panduan menulis dan mengeja Jawi. Edisi ke-2, cet. Ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia (Asiah Abu Samah bekas Ketua pengarah pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1992.

59 Penggunaan Vokal Alif pada Suku Kata Terbuka Akhir Perkataan Matlob (1989). Rahsia Belajar Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Hussein Baharuddin (2002). Sistem Tulisan Jawi. Batu Caves: Pustaka Wira. Muhammad, Manaf Mahdi. (1998). Ilm al-aswat al-lughawiyyah. Beirut: Alam al-kutub. Nik Rosila Nik Yaacob. (2007). Penguasaan Jawi dan Hubungannya Dengan Minat dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Dlm. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jil.22, 161-167. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (PEJYD). (1986). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Abidin Ahmad (Za ba). (1931). Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi. Singapura: Printes Ltd.. (1931). Rahsia ejaan Jawi. Singapura: Malaya Publishing House Limited.. (2009). Rahsia ejaan Jawi. Transliterasi Asmah Haji Omar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr. Ab. Halim Mohamad (Prof. Madya) Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Email: abhalim@upm.edu.my