KAEDAH PAMERAN DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN GURU PELATIH KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH.

Similar documents
Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

APLIKASI ROBOT ḤAJARUL ASWAD DALAM MEMBANTU MENGINGAT PERISTIWA PERLETAKAN ḤAJARUL ASWAD PENDIDIKAN ISLAM

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

REKA BENTUK & PROSEDUR PENYELIDIKAN TINDAKAN

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

HAFAZAN MASRUR DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN MINAT DAN PENGUASAAN MURID UNTUK MENGHAFAZ SURAH AL- C ᾹDIYᾹT

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

PENGGUNAAN B-PoP: RASULULLAH, KEKASIH ALLAH DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI DAN MENGINGAT KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

PENGGUNAAN KAEDAH COCOM UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGENAL PASTI DAN MEMBANDING BEZA KEDUDUKAN KERAJAAN MELAYU AWAL SERTA GEOGRAFINYA.

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Oleh. Syed Mohd Solehin bin Wan Sarip ABSTRAK

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

PENDEKATAN BIMBINGAN RUKUN SOLAT MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN KAEDAH MNEMONIK BERBANTUKAN MULTIMEDIA. Oleh

PENGGUNAAN SUPER AYAT DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SECARA MEKANIS MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Norhadi Anwar bin Tamit

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

HHHC 9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 7) LAPORAN

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan: Satu Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. 1.0 PENGENALAN sejarah

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PENILAIAN PENGETAHUAN

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISI KANDUNGAN SEKSYEN/ RUJUKAN 1.0 TUJUAN OBJEKTIF DAN SKOP 3

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

BULETIN JABATAN PENGAJIAN AM

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Transcription:

KAEDAH PAMERAN DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN GURU PELATIH KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH. Zulkufli bin Mahayudin Shaddin bin Sabri Zaini bin Abdul Ghani Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak, Malaysia. Abstrak Untuk kursus (EDU3106) Budaya dan Pembelajaran, guru pelatih dikehendaki menyiapkan kerja kursus dan juga tugasan persembahan tutorial bagi memenuhi kehendak proforma. Namun begitu, aspek persembahan tutorial dalam bentuk power point kurang memberi kesan jangka panjang kepada pelajar dalam usaha mencapai hasil pembelajaran dan juga kemahiran insaniah seperti yang dicatatkan dalam proforma kursus. Kajian tindakan ini menggunakan kaedah pameran pengajaran dan pembelajaran sebagai alternatif menggantikan persembahan tutorial dalam bentuk terdahulu. Dengan melaksanakan aktiviti pameran budaya dan pembelajaran, hasil pembelajaran iaitu elemen PIES yang menekankan kebergantungan positif, tanggungjawab individu, kesamaan penyertaan dan interaksi serentak dalam meningkatkan pembelajaran guru pelatih semasa persembahan tutorial dapat dicapai. Dalam menyiapkan tugasan ini, peningkatan dari segi penglibatan, komunikasi, kerjasama berpasukan dan tanggungjawab dalam kalangan guru pelatih telah dapat dikenal pasti. Proses pengumpulan data adalah melalui aktiviti pemerhatian dan temu bual. Analisis data telah menunjukkan beberapa kemahiran seperti yang dihuraikan dalam PIES yang telah berjaya membina sahsiah guru-guru pelatih. Dalam erti kata lain, persembahan tutorial pelajar seharusnya tidak lagi tertumpu dalam bilik kuliah tetapi sebaliknya harus dilaksanakan di luar bilik kuliah yang bersifat hands on iaitu pelaksanaan pameran budaya dan pembelajaran. Sebagai kesimpulan, kaedah pameran ini berjaya membina kemahiran insaniah pelajar seperti yang diharapkan dalam objektif kursus ini.

Abstract For Culture and Learning (EDU3106) course, student teachers are required to complete the course work and assignments to meet the requirements tutorial presentation pro forma. However, aspects of tutorial presentations in the form of power point less long-term impact on students in achieving the learning outcomes as well as soft skills such as those listed in the proforma courses. This action research of teaching and learning uses exhebition as an alternative to replace the previous tutorial presentations. By implementing cultural exhibits and learning activities, learning outcomes, namely PIES elements that emphasize the positive dependency, individual responsibility, equality, participation and interaction simultaneously in improving learning tutorial teachers during performances can be achieved. In completing this task, the improvement in terms of participation, communication, teamwork and responsibility among trainees have been identified. The process of collecting data is through observation and interviews. Analysis of the data has shown some skill as described in the PIES that successfully build character trainee teachers. In other words, tutorial presentations students should no longer concentrated in the classroom but instead must be performed outside the classroom that are hands - on the implementation of cultural exhibitions and learning. In conclusion, this display method successfully build soft skills as expected in the course. Kata Kunci: PIES, kemahiran insaniah, pameran budaya dan pembelajaran, kebergantungan positif, tanggungjawab individu, kesaksamaan penyertaan dan interaksi serentak. PENGENALAN Konteks/Latar Belakang Kajian Kursus Budaya dan Pembelajaran (EDU3106) adalah salah satu kursus teras dalam pengajian profesional Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang wajib diikuti oleh semua guru pelatih yang bakal menjadi guru. Kursus ini ditawarkan pada semester enam dan merujuk kepada proforma

yang disediakan. Kursus ini diajar dalam 3 kredit skop waktu interaksi 45 jam dengan maksud (3 + 0) iaitu 2 jam kuliah dan 1 jam tutorial seminggu dan mempunyai pemberatan seperti 50 % kerja kursus dan 50 % peperiksaan. Kandungan kursus ini merangkumi aspek sosio-budaya pelbagai kelompok di Malaysia; gaya pembelajaran berdasarkan aspek kepelbagaian budaya; kemahiran berkomunikasi; kemahiran hubungan kelompok serta isu-isu kepelbagaian budaya di Malaysia. Refelksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Dalam melaksanakan kursus ini setiap pensyarah wajib menyampaikan kuliah dan mengatur tugasan persembahan tutorial pelajar dalam mencapai objektif kursus yang khusus dan juga 8 objektif program (PLO) atau disebut juga sebagai kemahiran insaniah yang terdiri daripada aspek-aspek seperti pengetahuan dan kefahaman, kemahiran praktikal, kemahiran sosial dan tanggungjawab, etika, profesional dan kemanusiaan, komunikasi, kepimpinan dan kemahiran berpasukan, kaedah saintifik, pemikiran kritikal dan kemahiran penyelesaian masalah, pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran pengurusan dan keusahawanan. Pengenalan kepada idea-idea baharu atau penambahbaikan dalam sistem penyampaian pensyarah perlu dilihat semula dalam mencapai matlamat atau objektif kursus ini dengan melaksanakan satu metodologi yang tidak lagi terhad kepada persembahan power point pelajar semasa melaksanakan sesi pembelajaran tutorial tetapi sebaliknya perlu disisipkan dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menjurus kepada hands on learning. Idea baharu dan penambahbaikan yang jelas ialah apabila pensyarah dengan kreatifnya menganjurkan apa yang disebutkan dalam kajian ini iaitu; PIES. PIES menekankan kebergantungan positif, tanggungjawab individu, kesamaan penyertaan dan interaksi serentak yang diharapkan

dapat meningkatkan pembelajaran guru pelatih semasa persembahan tutorial. ASPEK AMALAN BAGI PENAMBAHBAIKAN DAN FOKUS KAJIAN Tinjauan Masalah dan Analisis Tinjauan Masalah Kursus Budaya dan Pembelajaran (EDU3106) adalah merupakan kursus teras dalam pengajian profesional Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang wajib diikuti oleh semua guru pelatih. Namun begitu terdapat beberapa isu yang menjadi halangan kepada guru-guru pelatih untuk menguasai subjek ini. Perkara ini perlu diberikan perhatian serius memandangkan ia merupakan subjek teras yang akan menganggu pencapaian keseluruhan guru-guru pelatih sekiranya ia tidak dapat dikuasai dengan baik. Antara isu yang menjadi masalah dalam menguasai Kursus Budaya dan Pembelajaran (EDU3106) adalah guru pelatih kurang memahami isi kandungan kurikulum, guru pelatih kurang mahir dalam kemahiran berkomunikasi, kemahiran interpersonel, dan kemahiran pengucapan umum, guru pelatih tidak dapat mengaitkan isi pelajaran dengan konteks sebenar kepelbagaian budaya murid di Malaysia, guru pelatih kurang berminat dalam mempelbagaikan kaedah persembahan tutorial mereka, guru pelatih kurang menguasai kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi, etika dan tanggungjawab, semangat kerja berpasukan, pemikiran kritis dan kreatif serta kemahiran penyelesaian masalah. Objektif Umum

Secara umumnya, objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru pelatih dalam Kursus Budaya dan Pembelajaran (EDU3106). Objektif Khusus Secara khususnya, kajian tindakan ini mempunyai objektif untuk: (i) (ii) (iii) (iv) Menghasilkan satu bentuk pendekatan dan strategi pengajaran yang sesuai dan berpotensi untuk membentuk dan melahirkan bakal guru permulaan berkualiti menerusi persembahan pameran. Menimbulkan rasa minat pelajar terhadap isi kandungan pelajaran yang dipelajari. Meningkatkan penguasaan isi kandungan pelajaran dengan berkesan melalui pameran. Meningkatkan penguasaan kemahiran insaniah seperti semangat kerja berpasukan, etika dan tanggungjawab, pemikiran kritis dan kreatif serta kemahiran penyelesaian masalah. Soalan Kajian (i) (ii) (iii) Adakah strategi persembahan pameran untuk aktiviti persembahan tutorial guru pelatih dapat meningkatkan penguasaan kemahiran insaniah guru pelatih? Adakah aktiviti pameran budaya dan pembelajaran dapat menimbulkan rasa minat guru pelatih terhadap kursus EDU3106 Budaya dan Pembelajaran? Adakah pameran kursus EDU3106 Budaya dan Pembelajaran dapat meningkatkan penguasaan isi kandungan pelajaran?

Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini adalah 21 orang guru pelatih Semester 5 PISMP Unit J1 Major Bahasa Melayu dengan fokus kajian kepada pengendalian kursus EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran. PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PENGUMPULAN DATA Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah mereka bentuk dan melaksanakan satu kaedah baharu untuk memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan selama ini. Kajian tindakan ini menggunakan kaedah pameran budaya pengajaran dan pembelajaran sebagai alternatif menggantikan persembahan tutorial dalam bentuk terdahulu. Dengan melaksanakan kaedah ini, hasil pembelajaran iaitu elemen PIES yang menekankan kebergantungan positif, tanggungjawab individu, kesamaan penyertaan dan interaksi serentak dapat dipenuhi dalam meningkatkan pembelajaran guru pelatih semasa persembahan tutorial. Peningkatan dari segi penglibatan, komunikasi, kerjasama berpasukan dan tanggungjawab dalam kalangan guru pelatih dapat ditingkatkan berbanding kaedah terdahulu.. Proses pengumpulan data adalah melalui aktiviti pemerhatian dan temu bual. Persembahan tutorial pelajar dilaksanakan di luar bilik kuliah yang bersifat hands on iaitu pelaksanaan pameran budaya dan pembelajaran yang diharapkan dapat membina kemahiran insaniah pelajar seperti yang diharapkan dalam objektif kursus ini.

Prosedur Pelaksanaan Pelan Tindakan Langkah-langkah dalam menggunakan kaedah pameran budaya dan pembelajaran. i. Mengumpul guru pelatih yang mengambil kursus EDU3106, Budaya dan Pembelajaran untuk diberikan taklimat pelaksanaan tutorial mengikut dasar dan kaedah yang ditetapkan. ii. iii. iv. Setiap kelas tutorial dikehendaki menghantar wakil unit ke pameran budaya pembelajaran. Guru pelatih diberi taklimat tentang cara pelaksanaan tutorial: Jawatankuasa kecil pelaksana dibentuk, senarai tugas disediakan termasuklah urusan surat menyurat. Jawatankuasa pameran menyediakan set dan lokasi pameran, menetapkan masa dan tempat pertandingan, mengedarkan syarat pertandingan dan borang-borang pemberian markah, melaksanakan pameran dan pertandingan dengan mengumpul kan segala bahan pameran untuk dipamerkan. Wakil unit akan menjelaskan maklumat pameran kepada pengunjung. Cara Mengumpul Data Kaedah 1: Pemerhatian Senarai semak pemerhatian dijalankan pada hari pameran dilaksanakan. Senarai semak pemerhatian terhadap guru pelatih ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada mereka dapat menguasai kefahaman konsep yang jelas mengenai kursus EDU3106, Budaya dan Pembelajaran selepas kaedah pameran budaya pembelajaran dijalankan. Menurut Sharifah Zaleha Syed Hassan (2001), kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Seorang pemerhati akan berada di tempat peristiwa berlaku untuk melihat tingkah laku subjek (Mohd. Majid Konting, 2000). Untuk

memastikan ketekalan pemerhatian, senarai semak ini dikendalikan oleh dua orang pensyarah lain. Sebanyak 4 item dalam senarai semak dibina untuk menyemak kefahaman guru pelatih. Kaedah 2: Temubual Temu bual membolehkan maklumat tambahan diperolehi untuk mengetahui perasaan atau pendapat sampel terhadap tindakan atau kaedah baru yang dijalankan. Temu bual dilakukan secara individu dalam tempoh masa 10 minit bagi setiap guru pelatih. Sesi temu bual diadakan di bilik kuliah yang berasingan dan sebanyak 5 item temu bual disediakan dan dikemukakan kepada guru pelatih. Semasa melaksanakan kaedah temu bual, alat perakam audio digunakan bagi merekod semua interaksi lisan seperti perkataan, sebutan dan perbualan yang berlaku antara guru pelatih dan pengkaji. Rakaman audia dapat mengelakkan berlakunya bias dan kekeliruan dalam pengumpulan dan penganalisisan data serta dapat membantu pengkaji menilai mendengar kembali keseluruhan rakaman tersebut untuk mendapat gambaran umum, mencari data-data dan isi-isi yang penting sebagai dapatan kajian. REFLEKSI TERHADAP TINDAKAN Analisis Data Dan Interpretasi Dapatan Kajian ( i) Analisis Data Pemerhatian Menggunakan Senarai Semak Pemerhatian turut serta digunakan untuk menganalisis keberkesanan kaedah pameran budaya pembelajaran. Berikut adalah jadual analisis data pemerhatian. Ite m Aspek Pemerhatian (Berdasarkan PLO Programme Learning Outcome /(kemahiran insaniah) Keterangan 1 P Kebergantungan Sejauh mana pelajar saling bekerjasama secara positif/kerjasama positif dalam melaksanakan pameran? 2 I Tanggungjawab individu/ Adakah setiap ahli jawatankuasa kerja berperanan

Etika dan tanggungjawab 3 E Penglibatan menyeluruh pelajar dan bertanggungjawab melaksana tugas yang diamanahkan? Adakah penglibatan pelajar menyeluruh? 4 S Interaksi serentak Bagaimana masa yang diperuntukkan kepada pelajar dapat dimanfaatkan untuk menjayakan pameran? Jadual 1: Borang Senarai Semak Pemerhatian Terhadap Guru Pelatih Berdasarkan PLO Jadual 2: Analisis Borang Senarai Semak Pemerhatian Terhadap Guru Pelatih Berdasarkan PLO Bil Aspek Pemerhatian Keterangan Catatan (Berdasarkan PLO Programme Learning Outcome/kemahiran insaniah) 1. P Kebergantungan Guru pelatih saling Setiap kumpulan positif/kerjasama bekerjasama dan bekerja mempamerkan bahanbahan dalam pasukan dalam budaya melaksanakan pameran mengikut etnik yang ada 2. I Tanggungjawab Setiap ahli dalam Penyediaan ruang individu/etika dan jawatankuasa kerja pameran & tanggungjawab berperanan dan menyediakan surat bertanggungjawab menyurat melaksana tugas yang membuat promosi diamanahkan dalam web, surat jemputan dan mengatur majlis perasmian 3. E Penglibatan menyeluruh guru pelatih Penglibatan seluruh guru pelatih mengikut tugas yang diberikan Guru pelatih memikul tanggungjawab mengikut tatacara yang disediakan 4. S Interaksi serentak Guru pelatih mengalami Guru pelatih dapat

suasana sebenar budaya suku kaum di Malaysia yang melibatkan pakaian, makan minum, perayaan dan tempat tinggal mengurus, mengelola, merancang dan berkomunikasi dengan baik. Berdasarkan hasil analisis borang senarai semak pemerhatian dalam Jadual 2, didapati guru pelatih berasa lebih seronok melaksanakan aktiviti tutorial menggunakan kaedah pameran budaya pembelajaran. Didapati juga kerjasama dan kolaborasi antara guru pelatih sangat kuat terjalin. Kerjasama dalam kumpulan juga wujud dalam usaha menyediakan tapak pameran menyebabkan kerja-kerja dapat dilakukan dengan lebih pantas dan menjimatkan masa. Guru pelatih juga mengadakan sesi perbincangan dan cuba menyelesaikan masalah dalam kumpulan kecil dan antara kumpulan-kumpulan jawatankuasa pelaksana. Kemahiran berfikir dan kreativiti terserlah apabila guru pelatih menghasilkan buku program, pamplet, gambar-gambar dan bahan-bahan pameran yang konkrit. Oleh itu, elemen PIES yang menekankan kebergantungan positif, tanggungjawab individu, kesamaan penyertaan dan interaksi serentak dan penglibatan secara menyeluruh dalam meningkatkan pembelajaran guru pelatih semasa persembahan dapat dicapai semasa pameran diadakan. Dalam menyiapkan tugasan ini, peningkatan dari segi penglibatan, komunikasi, kerjasama berpasukan dan tanggungjawab dalam kalangan guru pelatih telah dapat dikenal pasti. (v) Analisis Data Temu Bual Pengkaji telah memilih 4 orang guru pelatih menggunakan persampelan secara bertujuan bagi menjalankan sesi temu bual selepas kaedah pameran budaya pembelajaran dijalankan.temu bual ini bertujuan untuk mengenal

pasti pandangan guru pelatih terhadap kefahaman tentang kursus Budaya dan Pembelajaran setelah menggunakan kaedah pameran budaya pembelajaran. Temu bual yang dijalankan adalah berbentuk berstruktur yang mana soalan-soalan temu bual telah disediakan terlebih dahulu bagi memudahkan dan melancarkan proses temu bual. Sebanyak 3 item telah ditemu bual kepada guru pelatih yang terpilih. Kod G (guru pelatih) dan kod P (pengkaji) digunakan dalam menganalisis data temu bual. Berikut adalah soalan-soalan temu bual. Soalan: 1. Apakah perasaan anda selepas berjaya mengadakan pameran? 2. Apakah pandangan anda tentang perbezaan antara persembahan tutorial dalam bilik kuliah berbanding aktiviti hands-on ini? 3. Bolehkah anda nyatakan faedah-faedah aktiviti hands-on pameran ini kepada guru pelatih dan pensyarah? Jawapan guru pelatih: 1. Guru pelatih A: Perasaan saya sangat gembira kerana saya dapat melaksanakan tanggungjawab saya dengan baik secara berpasukan. Saya tidak menyangka aktiviti seperti ini telah meningkatkan semangat dan keyakinan saya. Guru pelatih B: Saya sungguh teruja kerana tidak menyangka pameran ini telah menarik ramai pelajar dan pensyarah untuk datang berkunjung. Guru pelatih C: Saya seronok menguruskan pameran dan mempamerkan hasil kerja pasukan kami. Rakan-rakan juga telah memberikan kerjasama yang sangat baik. Guru pelatih D: Best sangat aktiviti ini. Ramai pengunjung yang datang, jadi kami tak putus-putus melayan mereka yang pergi ke booth kami. Penat tapi saya sangat berpuashati dengan hasil kerja kami.

2. Guru pelatih A: Aktiviti hands-on membantu kami mengalami situasi sebenar konteks budaya berbanding dengan penguasaan isi kandungan berbentuk teori dalam kelas kuliah. Guru pelatih B: Persembahan tutorial dalam bilik kuliah bukan tidak bagus, tetapi kami cepat rasa bosan. Guru pelatih C: Aktiviti hands- on sangat menarik dan memupuk kerjasama kumpulan yang tinggi. Dengan aktiviti ini kami lebih memahami apa yang kami pelajari. Guru pelatih D: Aktiviti hands-on tidak menjemukan.. Tambahan pula, situasi sebenar yang ditonjolkan membantu kami memahami dengan lebih jelas budaya sesuatu kaum. 3. Pelajar A: Banyak faedah yang boleh kami perolehi daripada aktiviti pameran hands-on ini, misalnya kami dapat melihat perkara sebenar apa yang dikatakan kepelbagaian budaya dari segi pakaian, makanan, adat dan ritual budaya suku kaum di Sabah dan Sarawak. Pelajar B: Faedah paling ketara, cara pembelajaran kami lebih seronok, mudah nak mengingati fakta dan kerja berpasukan telah merapatkan lagi hubungan pelbagai kaum di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ini. Pelajar C : Aktiviti pameran hands-on membuat saya lebih faham akan budaya sesuatu kaum. Berbanding sebelum ini, dengan pembacaan semata-mata saya tidak dapat memahami dengan jelas apa yang disampaikan. Pelajar D: Aktiviti pameran hand-on ini jelas menyeronokkan, meningkatkan perasaan ingin tahu, meningkatkan kompetensi serta kreativiti melalui aktiviti yang dijalankan secara amali berbanding aktiviti sebelum ini.

Hasil temu bual mendapati semua guru pelatih bersetuju bahawa kefahaman mereka terhadap subjek ini telah meningkat setelah kaedah pameran budaya pembelajaran dijalankan. Mereka juga berasa seronok dan berpuashati dengan penglibatan mereka dalam pameran ini di samping dapat memperatkan lagi hubungan dan kerjasama dengan rakan-rakan yang lain. Refleksi Terhadap Kajian Tindakan Kajian tindakan ini telah memberi satu impak baharu kepada guru pelatih dan pensyarah dalam melaksanakan kursus EDU3106 Budaya dan Pembelajaran. Kaedah dan strategi penyampaian pensyarah tidak lagi terhad dalam bilik kuliah dan persembahan pembentangan guru pelatih semata-mata tetapi telah ditambah dengan menganjurkan pameran budaya pembelajaran iaitu aktiviti pameran yang bersifat hands-on. Apa yang dapat dikenal pasti ialah empat elemen utama dalam kajian ini iaitu kebergantungan positif, tanggungjawab individu dan kesaksamaan penyertaan dalam meningkatkan pembelajaran guru pelatih (student teacher) telah dicapai dan selaras dengan PLO (Program Learning Outcome PISMP). Berdasarkan pemerhatian, guru pelatih telah dapat memperbaiki beberapa aspek penting dalam pendidikan seperti kebolehan mengurus, berkomunikasi, berfikir dan menyelesaikan masalah. Guru pelatih juga telah dapat bekerjasama dan berkolaborasi dalam pasukan untuk menjayakan pameran budaya dan pembelajaran. Mereka juga telah mempamerkan tanggungjawab individu dan menonjolkan kebolehan, keterampilan serta potensi yang ada untuk disalurkan kepada aktiviti pameran tersebut. Tidak ada guru pelatih yang tersisih atau mengelakkan diri daripada terlibat sama dalam menjayakan aktiviti ini. Interaksi

serentak juga berlaku semasa guru pelatih menjayakan aktiviti ini dengan penglibatan keseluruhan mereka yang menjurus kepada melaksanakan aktiviti pameran dalam masa yang ditetapkan. Terdapat bukti yang nyata pameran budaya dan pembelajaran dapat memberi faedah yang jelas kepada peningkatan kualiti dan produktiviti guru pelatih (dapat ditunjukkan melalui video klip hasil temu bual dengan guru pelatih). Pameran ini juga dapat meningkatkan tahap kepuasan dan kefahaman guru pelatih, misalnya dalam pengajaran dan pembelajaran atau pengurusan. Apabila aktiviti pameran diimplementasi, ia memberi faedah kepada banyak pihak. Ini termasuklah guru pelatih sendiri, pensyarah-pensyarah malah penggubal dasar. Implimentasi pameran yang dilaksanakan telah meningkatkan kepuasan hati guru pelatih dan meningkatkan prestasi kerja. Usaha pensyarah menyampaikan proforma serta menentukan pencapaian hasil pembelajaran serta kemahiran insaniah lebih mudah dilakukan kerana aktiviti pameran telah menghimpunkan kesemua usaha membina kemahiran insaniah dan PIES tersebut di samping menjurus kepada pencapaian hasil pembelajaran kursus Budaya dan Pembelajaran itu sendiri. Refleksi Terhadap Amalan Profesional Guru Berdasarkan kepada hasil dapatan dalam kajian tindakan ini beberapa hasil pembelajaran telah berjaya dikenal pasti dan faedahnya kepada guru pelatih dan pensyarah iaitu perkembangan guru pelatih dalam aspek peningkatan ilmu, keterampilan ikhtisas, pemupukan nilai, amalan profesional, serta membina daya fikir yang kreatif dan inovatif. Kajian tindakan yang telah dijalankan juga telah memperbaiki kualiti pengajaran

dan pembelajaran dengan penggunaan kaedah yang lebih mantap yang mengukuhkan kefahaman guru pelatih. Kajian tindakan ini dilakukan mengikut kitaran langkah-langkah yang disarankan dalam Model Kurt Lewin iaitu mengenal pasti aspek amalan yang ingin ditambahbaik, merancang pelan tindakan untuk menambahbaik amalan, mengimplementasikan tindakan yang dirancang, mengumpul data tentang kesan tindakan dan juga membuat refleksi terhadap kesan tindakan yang telah dilaksanakan. Setelah selesai menjalankan kajian ini, saya berpendapat bahawa kajian tindakan harus di implementasi dalam proses pengajaran dan pemelajaran kerana di sini pensyarah memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji proses pengajaran dan pembelajaran nya di kelas. Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran pensyarah, meningkatkan prestasi pencapaian guru pelatih, mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek., membantu guru pelatih mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran dan memperbaiki kualiti amalan guru. Seorang pensyarah yang baik perlu mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh guru pelatih. Kelemahan-kelemahan dan masalah guru pelatih tersebut perlu ditangani oleh pensyarah itu sendiri dengan cara mencari penyelesaian yang sesuai.untuk mengatasi masalah tersebut. Hal ini demikian kerana, pensyarah-pensyarah yang mengajar di dalam sesebuah kelas itu sendiri yang memahami kelemahan anak didiknya. Oleh itu, pensyarah perlu mencuba langkah-langkah yang difikirkan sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Beliau seharusnya menjadi lebih kreatif dengan memperkenalkan kaedah atau teknik baharu dalam pengajaran dan pembelajaran, di samping mengaplikasi aktiviti

hands-on bagi menarik minat guru pelatih untuk belajar di samping meningkatkan prestasi akademik mereka. Jika masalah tersebut masih tidak dapat diatasi, kajian semula harus dilakukan untuk mencuba langkah lain yang lebih berkesan bagi mengatasi masalah itu. Dengan perkataan lain, seorang pensyarah perlulah reflektif, kreatif dan proaktif bagi merawat masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dengan berkesan. Satu perkara lagi yang perlu diberikan perhatian ialah pensyarah itu sendiri perlu membuat muhasabah diri (cermin diri) dan mengkaji kelemahan dirinya sendiri yang mungkin menjadi punca kelemahan dan masalah anak didiknya. Seorang pensyarah tidak boleh menganggap dirinya sudah sempurna dan tiada kelemahan langsung hingga menyebabkan beliau tidak dapat menerima kritikan atau komen daripada pelajar-pelajarnya, pandangan rakan-rakan sejawatan ataupun pihak lain yang memberikan teguran. Oleh itu seorang pensyarah perlu bersikap terbuka dan sanggup menerima kritikan demi kebaikan dirinya untuk membaiki kelemahan yang ada. Dengan kata lain, kajian tindakan ini juga boleh digunakan untuk mengkaji kelemahan diri, seterusnya memikirkan cara untuk membaiki kelemahan tersebut dan akhirnya akan dapat meningkatkan prestasi pengajaran. Implikasi Kajian Kajian tindakan ini mendapati bahawa penggunaan kaedah pameran budaya pembelajaran telah dapat membantu meningkatkan kefahaman guru pelatih terhadap isi kandungan kursus EDU3106 Budaya dan Pembelajaran. Berdasarkan dapatan kajian ini didapati bahawa aktiviti pameran telah menghasilkan kebaikan dan faedah kepada guru pelatih yang mengikuti kursus EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran. Elemen PLO (Program Learning Outcomes) iaitu menambahkan ilmu

pengetahuan, meningkatkan semangat kerja berpasukan, meningkatkan tahap komunikasi berkesan dalam kalangan guru pelatih, meningkatkan tahap etika dan profesionalisme keguruan guru pelatih, meningkatkan kemahiran praktikal serta mencetuskan keseronokan belajar dan menepati konsep learning is fun yang telah berjaya dicapai. Didapati juga penglibatan guru pelatih adalah menyeluruh di mana semangat kerja berpasukan dalam mendapatkan bahan dan maklumat pameran telah ditunjukkan. Berkolaborasi antara kumpulan dan unit dalam memilih dan menentukan tugasan setiap ahli dalam kumpulan telah memantapkan ciriciri kepimpinan guru pelatih yang telah berjaya melaksanakan tugas sebagai pengurus serta pengarah yang cekap. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN Cadangan Tindakan Susulan dan Kajian Seterusnya Penambahbaikan dalam pelaksanaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian pensyarah perlu diubahsuai dan selaras dengan program transformasi pendidikan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 yang memberi fokus kepada pencapaian matlamat melahirkan pelajar atau modal insan yang mempunyai ciri-ciri pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Oleh itu, sekiranya penyelidik berpeluang untuk meneruskan kajian ini, penyelidik mencadangkan agar kitaran kedua diteruskan dengan melaksanakan tindakan lain menggunakan satu kaedah baharu yang lain bagi membantu pemahaman guru pelatih. Aktiviti pameran seperti ini akan diteruskan bukan sahaja kursus budaya dan pembelajaran tetapi juga bagi kursus-kursus yang lain.

RUJUKAN Allard, A. & Santoro, N. (2004), Making Sense of Difference? Teaching Identities, dlm Postmodern Contexts [online], Paper presented at the Australian Association of Research in Education National Conference, Melbourne, diperolehi daripada http://www.aare.edu.au/04pap/all04561.pdf. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan 2001-2010: Perancangan Bersepadu Penjana kecemerlangan Pendidiakn, Kuala Lumpur: KPM. Modal Insan Cemerlang, Minda kelas Pertama. (2008). Edisi Pelancaran, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur: KPM. Minit Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) MS ISO 9001:2001 Bil. 1/2010) Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) Untuk IPT (2006), Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim. Mohd. Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. (5 th ed. ). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Izzat Asyraf, Kartini Abdul Mutalib, Badariah Hashim dan Ahamad Shabudin Yahaya. (2011). Penggunaan Kaedah Kubela Untuk Meningkatkan Kefahaman Konsep Pengeluar dan Pengguna Bagi Tujuh Orang Murid Tahun 5 Ibnu Sina : Jurnal Penyelidikan Dedikasi IPG Kampus Ipoh,4, 13-34 Sharifah Zaleha Syed Hassan. (2001). Islamisation and urban religious identity: The middle class of Bandar Baru bangi in Southeast Asian MiddleClasses: Prospects for Social Change and Democratization: Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.