JURNAL PENGAJIAN ISLAM Fakulti Pengajian Peradaban Islam. ISSN / e-issn BIL 9, ISU II: 2016

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

ANALISIS KEPERLUAN WARGA EMAS TERHADAP PENDIDIKAN PONDOK: KAJIAN DI PONDOK RAHMANIAH LUBUK TAPAH

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Program Pendidikan Warga Emas Di Institusi Pondok Al-Jenderami Negeri Selangor

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PENILAIAN PENGETAHUAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Transcription:

FAKTOR PEMILIHAN PONDOK OLEH WARGA EMAS: KAJIAN DI PONDOK YAYASAN AL-JENDERAMI, SELANGOR DAN PONDOK MADRASAH AR-RAHMANIAH AD-DINIAH LUBUK TAPAH, KELANTAN Sahlawati Abu Bakar Mariam Abd. Majid Ahmad Zabidi Abdul Razak Safinah Ismail Abstrak Institusi pondok merupakan salah satu tempat tinggal warga emas selain di pusat jagaan warga emas. Melihat kepada situasi hari ini, kebanyakan warga emas lebih cenderung untuk memilih pondok-pondok sebagai tempat menghabiskan sisa hidup berbanding di pusat jagaan. Pada era globalisasi ini, institusi pondok telah membangun dengan pesat dalam membekalkan kemudahan pendidikan kepada warga emas sama ada di dalam bandar atau luar bandar. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka faktor warga emas memilih pondok dari perspektif tenaga pengajar dan warga emas sendiri. Dengan menggunakan kaedah kualitatif, kajian telah memberi fokus kepada dua buah insitusi pondok yang bergiat aktif dalam menyediakan perkhidmatan kepada warga emas iaitu Yayasan al-jenderami di Selangor dan Pondok Lubuk Tapah di Kelantan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat sepuluh faktor pemilihan yang menyebabkan warga emas memilih untuk tinggal di pondok iaitu hidayah, beribadah, mencapai ketenangan jiwa, memenuhi aktiviti harian, keluarga, peraturan, kemudahan, kebersihan, lokasi pondok dan terkenal. Kata kunci: Faktor pemilihan, Warga Emas, Pondok, Al-Jenderami, Lubuk Tapah Pendahuluan Warga emas difahami sebagai golongan manusia tua atau yang memiliki usia lanjut. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) (2006) mentakrifkan golongan warga emas sebagai penduduk yang berumur 60 tahun ke atas. Menurut laporan KKM (2006) juga sebanyak 5.7% dari jumlah penduduk di Malaysia atau 745,200 pada tahun 1980 adalah terdiri daripada golongan warga emas. Peratus ini telah meningkat ke 6.2% atau 1.5 juta pada tahun 2000 dan dijangka akan mencapai 10% atau 3.4 juta menjelang tahun 2020. Pada masa itu, Malaysia akan memasuki kategori negara menua mengikut jangkaan Bangsa-bangsa Bersatu dan lebih daripada 7% penduduk akan berumur 65 tahun dan ke atas. Keadaan ini memerlukan tumpuan serius bagi melihat keperluan-keperluan golongan warga emas ini kerana mereka merupakan satu golongan yang tidak boleh dikesampingkan dalam kehidupan bermasyarakat. Ini kerana sekiranya dengan bilangan warga emas yang ramai 1

dan tidak diberi perhatian yang sewajarnya akan dapat memberi kesan kepada kemajuan negara bangsa dan negara. Penyataan Masalah Peningkatan statistik golongan warga emas di Malaysia dari tahun ke tahun memerlukan tumpuan serius bagi melihat keperluan-keperluan golongan warga emas. Cabaran yang dihadapi sebahagian daripada warga emas adalah sindrom "empty nest" iaitu rasa kesunyian dan sedih akibat tinggal bersendirian kerana berjauhan dengan anak. Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat yang dipadankan dengan hasil banci penduduk dan perumahan 2010 mendapati kira-kira 23% atau 538,000 daripada 2.4 juta warga emas di Malaysia mengalami sindrom 'empty nest' ini. Masyarakat di negara ini perlu membuat persediaan awal bagi menghadapi keadaan apabila Malaysia mencapai status negara warga emas (negara menua), yang dijangka berlaku pada 2030 (Cabaran negara tangani masyarakat warga tua,2015). Tambahan juga, di Malaysia berlakunya pengabaian warga emas disebabkan sikap masyarakat yang telah dijajahi oleh aspek imperialisme individualistik dan materialisme yang cukup kuat. Masyarakat moden kini lebih mengejar kebendaan dan kekayaan daripada nilai sebuah kasih sayang. Kadangkala mereka meninggalkan warga tua ini bersendirian di rumah seharian dari pagi hingga ke malam. Perbuatan ini secara tidak langsung telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa golongan tua ini. Mereka akan merasakan diri mereka tidak diperlukan lagi. Perasaan ini akan mengakibatkan warga tua ini merajuk dan cuba melarikan diri daripada permasalahan itu dengan keluar daripada rumah dan berjalan-jalan tanpa tujuan(cabaran negara tangani masyarakat warga tua,2015). Pada ketika inilah banyak kejadian yang tidak diingini boleh berlaku kepada mereka. Kemungkinan besar warga tua ini akan dirompak, diculik atau mengalami kemalangan. Sikap masyarakat sekarang ini terhadap warga tua menunjukkan seolah-olah mereka tiada langsung mempunyai rasa bersyukur dalam kamus hidup sendiri walaupun pada ibu bapa sendiri (Ramley,t.t). Keadaan ini disebabkan wujudnya perasaan terasing yang diakibatkan oleh kehilangan status dan peranan sosial. Ianya boleh menyebabkan warga 2

tua menerima tekanan psikologi seperti kehampaan, kemurungan atau kesunyian. Keadaan terbiar kerana ketiadaan atau kekurangan hubungan sosial dengan ahli keluarganya atau ahli komunitinya juga boleh membawa warga tua kepada kemurungan dan kesunyian (Wan Ahmad, Redzuan & Emby, 2009). Golongan warga emas ini menghadapi pelbagai cabaran dan kesulitan dalam kehidupan sedangkan mereka masih diperlukan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, perlu disediakan satu institusi yang dapat membantu mereka menghadapi pelbagai cabaran dan kesulitan hidup tersebut. Antara institusi yang bersesuaian kepada warga emas adalah pondok kerana kebanyakan warga emas di Malaysia memilih pondok untuk meneruskan kehidupan mereka. Bagi warga emas, tempat yang terbaik untuk pengisian rohani adalah di pondok kerana di sana mereka disediakan santapan rohani untuk bekalan akhirat. Persoalannya apakah faktor-faktor yang menyebabkan warga emas memilih pondok? Justru, kajian ini dilakukan untuk meneroka faktor yang mendorong golongan warga emas ini memilih pondok sebagai tempat tumpuan mereka. Objektif Kajian Berikut adalah objektif kajian ini: i. Mengemukakan faktor pemilihan pondok oleh warga emas. ii. Meneroka faktor pemilihan pondok oleh warga emas di pondok Yayasan Al-Jenderami, Selangor dan pondok Madrasah Ar- Rahmaniah Ad-Diniah Lubuk Tapah, Kelantan. Metodologi Kajian Bahagian ini akan membincangkan mengenai reka bentuk kajian, metode pengumpulan data, pemilihan sampel kajian, proses pengumpulan data dan analisis data temubual. Reka Bentuk Kajian Objektif kajian ini ialah meneroka faktor pemilihan pondok oleh warga emas. Maka, untuk mencapai objektif kajian ia dijalankan dengan pandangan bahawa warga emas mempunyai pelbagai faktor memilih pondok bagi menghabiskan masa tua mereka. Faktor pemilihan berhubungan dengan 3

modus penelitian yang didominasi interpretatif atau kualitatif. Pendekatan kualitatif ini sesuai dijalankan untuk penyelidikan kerana ia berdasarkan pada pengalaman individu. Cara individu menciptakan, memodifikasi dan menafsirkan dunia sosial yang mereka tempati adalah tujuan utama dalam mencari pemahaman tersebut. Oleh kerana itu, data yang diumpul dan dianalisis memiliki signifikasi kualitatif (Bogdan dan Biklen 1998). Justeru, penting untuk memahami bagaimana manusia memberi makna kepada aktiviti dalam kehidupan mereka. Di samping itu, penting bagi pengkaji memahami perspektif subjek kajian melalui kefahaman terhadap pendapat, pengalaman dan perasaan responden. Ia diperolehi melalui perspektif yang holistik. (Othman Lebar, 2007). Daripada penerangan di atas, jelas bahawa penyelidikan kualitatif mementingkan pembinaan fenomena sosial. Kajian ini dijalankan untuk mencari jawapan terhadap persoalan apakah faktor- faktor pemilihan pondok oleh warga emas? Kajian ini menggunakan andaian paradigma ontologi yang mana ia membincangkan tentang pendidikan warga emas di pondok. Kajian ini melibatkan realiti yang dibentuk oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam proses penyelidikan iaitu penyelidik, responden dan pembaca yang membuat interpretasi terhadap hasil kajian (Othman,2007). Bentuk andaian paradigma ini memerlukan pengkaji melaporkan secara jujur realiti yang berlaku terhadap responden, sama ada realiti tersebut bersifat objektif yang terdapat di luar minda manusia ataupun merupakan produk minda manusia itu sendiri. Kajian ini dijalankan dengan anggapan bahawa realiti tersebut berada dalam pengetahuan manusia. Kajian kualitatif mempunyai paradigma naturalis dengan bentuk kajian adalah realiti yang pelbagai dan holistik. Hubungan antara penyelidik dan subjek kajian adalah bersifat interaktif dan tidak boleh dipisahkan, kemungkinan generalisasi bergantung kepada masa dan konteks iaitu berasaskan kepada pandangan bahawa untuk memahami dunia sosial kita perlu mendapatkan pengalaman dan pengetahuan langsung tentang perkara yang dikaji. Kajian ini mempunyai ciri-ciri paradigma interpretivis kerana ia adalah kajian kualitatif yang berbentuk naturalisme. Fokus kajian sains sosial dalam paradigma interpretivis adalah tentang produk minda manusia dan produk ini berkait rapat dengan minda manusia termasuk subjektiviti, minat, 4

emosi dan nilainya. Bagi kehendak kajian ini, pengkaji akan memberi peluang kepada setiap responden kajian untuk mengintepretasi secara mendalam faktor mereka memilih pondok. Metode Pengumpulan Data Kajian ini melibatkan pondok-pondok yang menempatkan warga emas dan mempunyai kelas-kelas pengajian berkitab. Kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan bertujuan. Pondok yang dipilih mempunyai kriteria berikut: i. Mempunyai warga emas. ii. Menjalankan program pendidikan atau pengajian yang menggunakan kitab-kitab khusus. Bagi tenaga pengajar pula kriteria berikut menjadi pilihan: i. Mengajar di pondok. ii. Berada di pondok lebih dari dua tahun Manakala bagi warga emas pula kriteria berikut menjadi pilihan: i. Menghuni di pondok yang dipilih. ii. Menghuni selama lebih dari dua tahun. Profil Pondok Pertama Yayasan al-jenderami adalah merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) ditubuh pada tanggal 23 Jun 2003 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan nombor pendaftaran syarikat No Syarikat 619317-K. Bermula dengan sebuah pusat pengajian Islam (sistem tradisional) di Desa Jenderam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia, ia kini telah dihimpit oleh rangkaian pembangunan moden Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang mencetuskan anjakan paradigma seterusnya mengubah pusat ini kepada sebuah yayasan dengan organisasi lebih tersusun sebagai langkah untuk memastikan ia mengikuti peredaran masa dan tuntutan persekitaran. Walau bagaimanapun, Yayasan Al-Jenderami tetap kekal sebagai sebuah organisasi yang berpegang teguh pada landasan Islam. Yayasan Al Jenderami diterajui oleh barisan kepimpinan yang berwibawa, dinamik dan mempunyai wawasan yang tinggi. Mereka menyandang tanggungjawab yang besar bagi mencapai matlamat yayasan ini menerusi pelbagai aktiviti yang telah, sedang dan bakal dilangsungkan. 5

Yayasan Al-Jenderami bermatlamat untuk mengumpul, menjana dan mengurus dana bagi tujuan keagamaan, kebudayaan, pendidikan, sosial dan kebajikan bagi umat Islam khususnya dan sekalian manusia amnya. Antara misi yang dibawa oleh yayasan adalah pembangunan ekonomi dan pelaburan, pembangunan pendidikan seperti dalam bidang agama, akademik, kemahiran dan teknologi maklumat. Selain itu, yayasan juga bercita-cita mengadakan program pembangunan insan, media dan perhubungan awan, dana, hubungan serantau dan kemanusiaan serta urus tadbir yang baik dalam pentadbiran dan penyelenggaraan. (aljenderami.com.my/3 Mei 2016) Profil Pondok Kedua Pondok Lubuk Tapah atau Madrasah Ar-Rahmaniah Ad-Diniah diasaskan oleh Tuan Guru Hj. Abdul Rahman Hj. Che Wan atau Baba pada tahun 1931. Beliau pernah menghasilkan tiga buku panduan agama bertajuk Pedoman Solat Jemaah, Kelabaan Masa dan Kemanisan Sembahyang. Buku ini turut dijadikan panduan pelajar di samping ilmu Feqah, Tafsir, Hadis, Tasawwuf, Sejarah Islam, Tauhid, Usul, Balaghah, Nahu, Qiraat, Mantiq, Soraf, Tajwid, Akhlak, Sirah dan semua kitab tua. Penyelia pondok ini, Dr. Hj. Loqman Abdullah pernah belajar di Pondok Lubuk Tapah dan Sekolah Menengah Arab Pasir Mas serta Universiti Malaya cawangan Nilam Puri, Kota Bharu sebelum melanjutkan pengajian di England. Kemudian beliau menjadi pensyarah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau mengambil alih pengurusan pondok dari tahun 1960 hingga 2008. Guru yang mengajar di sini seramai 30 orang dengan 200 pelajar termasuk 100 warga emas. Antara bekas pelajar yang berjaya ialah Hj. Abdul Rahman Omar, Imam Mukim Lubuk Tapah dan Dr. Zain Daud, seorang Pensyarah bahasa di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. Demografi Responden Berikut ialah demografi responden dengan menggunakan nama samaran bagi memelihara privasi dan sensitiviti. 6

Jadual 3.1: Yayasan al-jenderami (Selangor) No. Nama Jantina Tempoh Kedudukan 1 Ustazah A Perempuan 13 tahun Tenaga berkhidmat pengajar 2 Nenek 1 Perempuan 10 tahun Warga emas 3 Nenek 2 Perempuan 8 tahun Warga emas 4 Nenek 3 Perempuan 8 tahun Warga emas Jadual 3.2: Lubuk Tapah (Kelantan) No. Nama Jantina Tempoh Kedudukan 1 Ustaz A Lelaki 9 tahun Tenaga berkhidmat pengajar 2 Ustaz B Lelaki 2 tahun Tenaga berkhidmat pengajar 3 Pakcik 1 Lelaki 5 tahun Warga emas 4 Pakcik 2 Lelaki 2 tahun Warga emas Proses Pengumpulan Data Menurut Azizi et.al. (2007), melalui kaedah temubual, responden kajian dapat menghuraikan dengan lebih terperinci sesuatu perkara. Selain itu, penyelidik boleh menyoal kembali jika terdapat sebarang maklumat yang kurang difahami. Kehadiran penyelidik boleh mengurangkan jawapan "tidak tahu" atau pun tiada respons kepada soalan kerana penerangan dan penjelasan dapat diperolehi secara langsung. Beliau menambah, "temubual yang dijalankan dengan menggunakan rekaan soal selidik yang baik mampu mendapatkan kadar maklum balas antara 80 hingga 85 peratus". Merriam (2009) menyatakan temubual merupakan salah satu kaedah mengumpul maklumat yang utama dalam kajian tinjauan. Ia sama dengan kaedah soal selidik dalam banyak aspek, hanya perbezaannya ialah cara melaksanakan kajian, iaitu temubual dilakukan secara lisan, dan jawapan direkod oleh pengkaji secara bertulis, melalui rakaman kaset, video dan media elektronik yang lain. Dalam kajian ini data dikumpul melalui kaedah temubual separa struktur memandangkan temubual adalah cara terbaik dalam mengumpul data kualitatif (Merriam, 2009). 7

Analisis Data Temubual Untuk menganalisis data, penyelidik akan menggunakan kaedah bertema. Kaedah analisis bertema adalah satu kaedah asas untuk menganalisis kajian kualitatif (Braun dan Clarke, 2006). Bagi kaedah ini, penyelidik tidak menggunakan kaedah Nvivo kerana banyak masa yang perlu diperuntukkan untuk menggunakan Nvivo dan akan menjejaskan perancangan yang telah disediakan lebih awal oleh penyelidik, sedangkan semua jawapan kepada persoalan kajian dapat dijawab dengan analisis secara bertema sahaja. Tambahan pula, Welsh (2002) menyatakan Nvivo kurang berguna dalam isu validasi dan reliabiliti bagi menentukan tema perbincangan. Ini kerana pengkaji lebih mengetahui perkara yang ingin dikaji berbanding Nvivo. Justeru, selepas selesai temubual dengan responden, transkrip telah dilakukan ke atas rakaman audio yang melibatkan tiga orang tenaga pengajar dan lima orang warga emas. Setiap transkrip diberikan nama samaran tertentu agar kerahsiaan terpelihara. Untuk memastikan keselarian rakaman dengan transkrip sebenar, transkrip dibaca berulang kali sambil memperdengarkan rakaman audio. Transkrip diasingkan mengikut lokasi dan kumpulan sasaran bagi memudahkan analisis dilakukan. Cara untuk menganalisis dilakukan dengan mengenal pasti pandangan responden dan melaporkan sama seperti yang mereka nyatakan dalam temubual. Kemudian, tema dikenal pasti melalui persoalan kajian yang dijadikan landasan kajian. Pandangan responden kemudiannya diklasifikasikan sebelum tema jawapan terhasil. Bagi sebarang tema yang didapati mempunyai persamaan atau pertindanan, ia akan digabungkan di bawah tema yang sama. Pengulangan bacaan dilakukan sehingga penyelidik yakin bahawa ia adalah tema yang paling sesuai untuk menjawab persoalan kajian. Pengulangan juga dibaca bagi tujuan pengesahan dapatan analisis. Bagi menentukan keboleh percayaan maklumat juga, pengesahan daripada responden dilakukan dalam bentuk semakan semula. Responden diminta untuk menurunkan tandatangan kebenaran menggunakan bahan rakaman sebagai hasil kajian. 8

Dapatan Kajian Analisa kajian ini secara terperinci adalah seperti berikut. Faktor Pemilihan Pondok Oleh Warga Emas Bahagian ini akan membincangkan mengenai faktor dalaman dan luaran pemilihan pondok oleh warga emas. i. Faktor Dalaman Terdapat beberapa faktor dalaman yang menyebabkan warga emas memilih pondok. Di antaranya ialah faktor risiko kesunyian dan konflik emosi. ii. Faktor Risiko Kesunyian Kesunyian merupakan satu masalah serius kerana mendatangkan kesan buruk kepada warga emas. Kesunyian itu adalah kekurangan sebenar atau yang dirasakan dalam hubungan sosial seseorang, disertai dengan simptom-simptom tekanan psikologi. Keluarga dan masyarakat biasanya mengambil mudah kekerapan dan tahap kesunyian yang dialami warga emas ini. Malah, golongan ini seringkali diperkecil dan dipersenda sebahagian masyarakat. Realitinya, banyak bukti menunjukkan bahawa kesunyian boleh mendatangkan kesan yang sangat negatif kepada sosial, fizikal dan emosi seseorang. Warga emas lebih cenderung untuk mengalami kesunyian kerana perubahan-perubahan hidup, kehilangan orang yang tersayang, dan kemerosotan fungsi fizikal serta kognitif yang dialami. Perubahan persekitaran sosial juga boleh menimbulkan kesunyian dalam kalangan warga emas. Mengikut Berg. et al. (1981), faktor penting yang boleh menjerumuskan warga emas kepada kesunyian ialah kematian pasangan hidup, kemurungan dan kurangnya sahabat. Kajian dari Sabariah (1997) menyatakan warga emas lebih cenderung untuk mengalami kesunyian kerana perubahan-perubahan hidup, kehilangan orang yang tersayang, dan kemerosotan fungsi fizikal serta kognitif yang dialami. Perubahan persekitaran sosial juga boleh menimbulkan kesunyian dalam kalangan warga emas. Faktor penting yang boleh menjerumuskan warga emas kepada kesunyian ialah kematian pasangan hidup, kemurungan dan kurangnya sahabat. Hal tersebut menjadikan ahli keluarga untuk mencari alternatif tempat 9

pergantungan, contohnya memilih untuk tinggal di institusi pondok atau pusat jagaan warga emas. Oleh yang demikian, warga emas tidak boleh dibiarkan mereka dalam keadaan kesunyian agar tidak wujudnya perkara-perkara yang negatif berlaku ke atas diri mereka. iii. iv. Faktor Konflik Emosi Setiap penghuni pastinya menyimpan sejarah kehidupan yang getir. Mereka tidak pernah menjangkakan akan berada di institusi penjagaan apabila usia menginjak senja, tetapi mereka harus menerima dengan redha ketentuan ini. Mereka mendedahkan kesedihan, kekecewaan, dan kekesalan dengan kehidupan yang dilalui dahulu dan kini. Pengalaman lampau mereka bukanlah sesuatu yang menggembirakan untuk diimbas. Malah, ada yang berharap mereka boleh memperbaiki semula apa yang telah berlaku. Warga emas yang ditemubual melahirkan rasa kesal kerana mereka seolah-olah gagal untuk membuat anak-anak mengasihi mereka. Mereka juga mengakui bahawa mereka mungkin melakukan kesalahan terhadap anak-anak pada masa lampau ( Zakaria, Alavi, & Subhi, 2013). Konflik emosi sebegini memerlukan tempat perlindungan yang mempunyai pendidikan kerohanian dan tidak hairanlah pondok sebagai tempat yang sesuai dan menjadi pilihan kepada segelintir mereka untuk tinggal di sana. Faktor Luaran Bagi faktor luaran pula warga emas memilih pondok adalah kerana faktor kemudahan beribadat, kemudahan menuntut ilmu, tempat tinggal yang kondusif dan kemudahan riadah serta kesihatan. v. Faktor Kemudahan Beribadat Kemudahan beribadat menjadi salah satu faktor yang penting kepada warga emas. Melalui kajian yang dilakukan oleh Nor Raudah Siren berkaitan dengan Psikologi dan Penerimaan Warga Emas di kompleks Warga Emas al-jenderami, terdapat sebahagian responden di sana mengakui bahawa mereka tinggal di tempat seperti tersebut adalah untuk mengurangkan urusan dunia dan menumpukan perhatian unntuk melaksanakan ibadat sebagai bekalan menuju ke akhirat kelak. Selama ini mereka kurang masa untuk beribadat kerana kekangan kerja atau kekangan membesarkan anak. Malah kedapatan warga emas yang menjaga cucu kerana anaknya keluar bekerja. Oleh itu, di waktu usia 10

yang sudah lanjut, mereka mahu berehat dari kesibukan rumah tangga sementelahan pula sesudah kematian suami. Mereka boleh melakukan ibadat yang lain dengan lebih tenteram seperti membaca al-quran, berpuasa sunat, berzikir dan bermunajat kepada Allah. Kehidupan persekitaran yang dipenuhi dengan suasana ibadat menjadikan jiwa mereka semakin tenteram dan selesa, lebihlebih lagi suasana persekitaran yang wujud di pusat jagaan tersebut (Siren, 2015). vi. Faktor Kemudahan Menuntut ilmu Agama Warga emas sedar tugas menuntut ilmu adalah dituntut oleh Islam. Bahkan, di sinilah peluang dan ruang untuk mereka mendalami ilmu agama yang selama ini terlepas kerana kesibukan kerja dan mendidik anak. Masa emas inilah peluang yang amat sesuai digunakan untuk mendalami ilmu agama, terutama membaca al-quran dengan bacaan tajwid dan makhraj yang betul. Di tempat ini, mereka turut dapat mendalami ilmu atau kelas agama secara berkumpulan dan ia diketuai oleh warga emas yang fasih membaca Al-Quran. vii. Faktor Tempat Tinggal yang Kondusif Bersama Komuniti Rakan Sebaya dan Persahabatan Setiap warga emas mempunyai tempat tinggal yang kondusif serta mereka dapat berkumpul dan berbincang bersama rakan sebaya. Kehidupan bersama masyarakat dan persekitaran dengan rakan-rakan yang seusia mereka memberi keselesaan dan tiada masalah jurang pandangan dan perasaan. Masing-masing saling memahami keperluan hidup mereka. Dari segi kelengkapan perabut dan dapur juga memudahkan warga emas menguruskan diri mereka sendiri. Selain itu, mereka turut diberi peluang untuk memasak sendiri makanan mereka. Malah mereka seringkali bertukar-tukar makanan dengan rakan sebaya yang berasal daripada pelbagai negeri. Mereka juga boleh memasak beramai-ramai bagi mewujudkan ukhuwwah yang erat di kalangan warga emas. Seterusnya, persahabatan adalah merupakan keperluan yang penting mesti dipenuhi oleh warga emas. Warga emas secara umumnya dapat dibahagikan kepada dua golongan yang besar, iaitu golongan yang senang mencari kawan dan satu golongan lagi ialah mereka yang susah 11

untuk mencari kawan baharu, dan mereka ini lebih suka untuk terus berhubungan dengan kawan lama, kerana menurut mereka, kawan lama adalah kawan yang sejati. Walau apapun, persahabatan adalah penting untuk seseorang warga emas itu untuk memenuhi sisa-sisa hidup mereka. viii. Faktor Kemudahan Riadah Dan Kesihatan Kemudahan- kemudahan yang sesuai perlu disediakan bagi warga tua menjalankan aktiviti riadah di kawasan-kawasan pusat jagaan seperti pondok dan sebagainya, contohnya pusat taman rekreasi dan pusatpusat sukan. Selain itu, bagi kemudahan kesihatan pula kemudahan seperti perubatan yang sesuai dan khusus untuk warga emas perlu disediakan bagi menentukan mereka boleh hidup selesa dengan penjagaan kesihatan yang sempurna. Faktor Pemilihan Pondok Oleh Warga Emas Di Pondok Yayasan Al- Jenderami Dan Pondok Madrasah Ar-Rahmaniah Ad-Diniah Lubuk Tapah Melihat kepada situasi hari ini, kebanyakan warga emas lebih cenderung untuk memilih pondok-pondok sebagai tempat tinggal berbanding di rumah orang tua. Oleh itu, berdasarkan objektif kajian yang kedua, terdapat sepuluh faktor pemilihan yang menyebabkan warga emas memilih untuk tinggal di pondok iaitu hidayah, beribadah, mencapai ketenangan jiwa, memenuhi aktiviti harian, keluarga, peraturan, kemudahan, kebersihan, lokasi pondok dan terkenal. Namun demikian bagi tujuan penjelasan dapatan kajian dibahagikan mengikut kumpulan responden berbeza. Pengkaji akan menentukan bilangan tema yang bersesuaian bagi kumpulan masing-masing. i. Dari Perspektif Tenaga Pengajar Tenaga pengajar di pondok memainkan peranan dalam memastikan warga emas dapat beribadah dengan keadaan yang selesa dan tidak terganggu. Selain itu, tenaga pengajar juga akan mengajak para warga emas untuk beribadah terutamanya dalam solat secara berjemaah kerana itu adalah salah satu matlamat warga emas berada di pondok datang nak solat jemaah dapat kelebihan jemaah tu..apabila duduk rumah macam-macam lah..dengan cucunya, mereka nak keluar daripada tu..mereka datang pondok, datang pondok nak solat..kira solat jemaah nak bagi cukup je..lepas tu yang keduanya datang nak mengaji lah..nak tambah ilmu..yang tu jelah mereka jawab (Ustaz A, Kelantan, 6). 12

Berdasarkan temubual di atas, tenaga pengajar menjelaskan bahawa warga emas yang tinggal di pondok adalah untuk beribadah secara berjemaah bagi meraih ganjaran pahala jemaah tersebut. Selain itu, tenaga pengajar turut berpandangan jika warga emas berada di rumah, mereka akan terganggu dengan suasana persekitaran rumah yang tidak dapat membuat warga emas ini fokus dalam beribadah. Konsep beribadah mempunyai kaitan dengan ketenangan jiwa warga emas. Bagi tenaga pengajar, selain dari ingin menjauhi suasana sekeliling yang tertekan terutamanya di rumah, warga emas yang memilih tinggal di pondok juga adalah kerana Kesunyian di rumah (Ustaz A, Selangor, 12). Tenaga pengajar menyatakan bahawa salah satu faktor pemilihan warga emas di pondok adalah ingin mencapai ketenangan jiwa. Jika dilihat daripada temubual sebelum ini, terdapat warga emas yang tinggal di pondok untuk mencapai ketenangan jiwa disebabkan suasana di rumah yang tidak tenteram. Namun menurut temubual tenaga pengajar, warga emas memilih tinggal di pondok adalah kerana faktor kesunyian di rumah. Selain dari penyelia, tenaga pengajar juga bertanggungjawab dalam menyediakan aktiviti-aktiviti harian untuk warga emas di pondok. Kebanyakan warga emas yang memilih pondok kerana Tiada aktiviti di rumah dan Tak ada aktiviti tempat dia mungkin tak berapa banyak aktiviti yang bermanfaat (Ustaz A, Selangor, 12). Tenaga pengajar menjelaskan bahawa warga emas yang tinggal di pondok kerana tidak terdapat kerja ataupun aktiviti di rumah yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri sendiri. Jika di pondok, pihak pengurusan telah menyediakan jadual yang tersusun dengan pelbagai sesi pengajian atau aktiviti yang menarik. Faktor keluarga turut mempunyai hubung-kait dengan mencapai ketenangan jiwa dalam konteks warga emas yang berasa kesunyian di rumah sama ada di rumah atau di kampung dia duduk seorang atau suami dah meninggal dan anak-anak semua duduk jauh (Ustaz A, Selangor, 12). 13

Tenaga pengajar menjelaskan terdapat dalam kalangan warga emas yang tinggal di pondok atas faktor keseorangan di rumah kerana kematian suami atau anak-anak tinggal jauh dari rumah ibu bapanya. Antara faktor lain yang menjadikan warga emas memilih pondok tersebut adalah kerana identiti yang dimiliki oleh organisasi pondok terkenal sama ada dalam Malaysia atau di luar Negara seperti pondok di Kelantan sebab pondok ini tersohor di Jordan dan selalu disebutsebut, ulama tersohor juga pernah singgah di sini. Malahan di Malaysia pondok ini salah satu termashur. Salah satu sebabnya pondok ini masjidnya sekali dengan solat Jumaat sebab setengah pondok perlu ke masjid luar. Lepas tu mungkin sebab suasana kampung dan tidak jauh dari bandar, hospital, klinik dan kemudahan yang lain. Pelajar ramai perempuan dari lelaki (Ustaz A, Kelantan, 3) Selain itu, aktiviti-aktiviti pondok yang melibatkan orang-rang terkenal Contohnya maulud, pondok ini menjemput Habib Ali, jemput tok guru dari Pattani, mufti Kelantan antara tentatif dalam jemputan itu seperti Pada hari maulud dimulakan dari pagi hingga ke Zohor, atur caranya seperti qasidah, lepas Zohor buat jamuan untuk orang kampung, malamnya buat ceramah tentang maulud (Ustaz B, Kelantan, 5). Berdasarkan temubual di atas, pengkaji mendapati bahawa sebelum warga emas membuat keputusan untuk tinggal di sesebuah pondok, mereka akan melihat dari sudut struktur organisasi tersebut tambahan jika pondok tersebut telah dikenali oleh masyarakat setempat. Apabila memasuki ke fasa tua, kebanyakan warga emas akan memilih pondok yang tidak mempunyai peraturan terlalu ketat dan lebih kepada terbuka. Ini kerana warga emas merasakan lebih selesa jika tidak terikat dengan mana-mana peraturan untuk memudahkan bergerak bebas. Peraturan kepada warga emas tidak ketat sebab kadangkadang mereka uzur. lebih tertumpu kepada kanak-kanak (Ustaz A, Kelantan, 3) Hujah di atas dapat disokong dari tenaga pengajar yang menjelaskan bahawa peraturan kepada warga emas tidak ketat disebabkan faktor usia yang telah uzur. Ini kerana, kadang-kadang kemampuan untuk warga emas bergerak bergantung kepada faktor 14

kesihatan yang mana kesihatan warga emas jua tidak menentu. Tenaga pengajar dari Yayasan al-jenderami menjelaskan pemilihan warga emas untuk tinggal di pondok adalah Allah S.W.T beri dia taufiq dan hidayah (Ustaz A, Selangor, 12) diri sendiri. Pengkaji mendapati berdasarkan kenyataan dari tenaga pengajar faktor pemilihan warga emas ke pondok adalah disebabkan taufiq dan hidayah yang diterima oleh Allah S.W.T. Selain itu, warga emas yang tinggal di pondok adalah juga kerana mereka ini dipilih oleh Allah S.W.T. Kesimpulan bagi faktor pemilihan dari responden tenaga pengajar, terdapat tujuh tema yang dikeluarkan iaitu beribadah, mencapai ketenangan jiwa, memenuhi aktiviti harian, keluarga, terkenal, peraturan dan hidayah. Antara faktor pemilihan yang banyak diberi respon dari pihak tenaga pengajar adalah faktor hidayah. Tenaga pengajar berpendapat bagi warga emas, tujuan utama untuk tinggal di pondok adalah kerana dapat melaksanakan ibadah dengan sebaikbaiknya. ii. Dari Perspektif Warga Emas Dari perspektif warga emas sendiri, tujuan utama dalam aspek faktor pemilihan pondok adalah Sembahyang berjemaah (Nenek 2, Selangor, 20). Berdasarkan intipati temubual tersebut, pengkaji mendapati bahawa warga emas memilih berada di pondok untuk melaksanakan ibadah secara berjemaah terutamanya dalam menunaikan solat fardhu. Bagi warga emas sendiri, aktiviti-aktiviti yang terdapat di pondok dapat mengisi kekosongan yang ada di mana ia dapat memberi manfaat terutamanya dalam aspek bekalan akhirat kepada diri warga emas sendiri kerana di pondok Sentiasa ada kuliah-kuliah (Nenek 2, Selangor, 28). Berdasarkan temubual di atas, pengkaji mendapati warga emas lebih cenderung untuk tinggal di pondok kerana di sana terdapat kuliahkuliah agama yang telah disediakan oleh pihak pondok. Warga emas yang memilih pondok-pondok tersebut kerana faktor terkenal menyatakan memang tahu ada pondok ni.. (Nenek 3, Selangor, 28). Bagi pakcik dari Kelantan pula menyatakan Kota Bharu memang tak 15

ada pondok..sebab memang dalam bandar saya duduk (Pakcik 1, Kelantan, 1). Seperti yang dinyatakan oleh warga emas di atas, pondok yang dipilih oleh warga emas Yayasan al-jenderami sudah diketahui olehnya. Bagi warga emas Kelantan pula, di Kota Bharu tidak terdapat pondok kerana ianya adalah kawasan bandar, oleh sebab itu beliau mencari pondok yang terdapat di sekitar berdekatan dengannya. Bagi faktor pemilihan pondok, aspek kemudahan yang terdapat di penempatan pondok akan dilihat oleh warga emas adalah dari sudut kemudahan prasarana yang disediakan terutamanya yang melibatkan kebajikan warga emas. Seperti di pondok Yayasan al-jenderami disini ada bantuan ada dapat dari masyarakat dari pusat zakat..banyaklah kemudahan di sini...dapat 300 sebulan..untuk rawatan sakit. Makanan pun percuma rumah pun tak bayar bil bayar 100 sebulan.. api air..pembersihan maintenance 100 sebulan..semua orang kena bayar 100 sebulan kalau muallaf dikecualikan..makanan di tanggung di sini (Nenek 1, Selangor, 32) Kalau dari sudut perkhidmatan kemudahan seperti macam sakit dibawa ke klinik setiap minggu..mengikut giliran akan ada check up demam ke apa...ada van yang bawa..ada appointment dari doktor akan ada seminggu sekali..hari selasa yang harian.. di sini kami yang bekas dari kementarian kesihatan (Nenek 1, Selangor, 32). Temubual di atas menjelaskan di pondok terdapat pelbagai jenis bantuan yang datang sama ada dari masyarakat sekeliling atau pusat zakat. Antaranya seperti pemberian sebanyak RM 300.00 sebulan untuk rawatan sakit, makanan percuma, tiada kos sewa rumah dan jika warga emas mempunyai masalah kesihatan akan dibawa ke klinik dengan van yang telah disediakan oleh pihak pondok. Faktor-faktor seperti ini, telah mempengaruhi hasrat warga emas untuk menjadikan pondok sebagai tempat tinggal kerana terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan dengan rapi. Selain itu, warga emas turut memandang kebersihan pondok sebagai faktor utama untuk memilih pondok. Seperti di pondok Yayasan al- Jenderami, memang terjamin dengan kebersihannya sempurnanya ustaz sini ambil berat sangat warga emas disini..apa yang awak nampaklah kebersihan itu memang bukan lah kami puji tempat 16

sendiri.. memang ada kakitangan kita ada yayasan..kita ada ceo..kita ada kerani..ada petugas.. (Nenek 3, Selangor, 31). Bagi warga emas, faktor keluarga juga merupakan salah satu sebab yang menjadikan warga emas memilih untuk tinggal di pondok seperti nenek dari Yayasan al-jenderami yang menyatakan Orang Kelantan yang banyak masuk sini..anak-anak kerja semua kerja dekat2 sini.. anak-anak tak bagi mak-mak dia duduk Kelantan ramai orang Kelantan duk sini kerana anak-anak bekerja kuala lumpur semua..putrajaya..maknya di sini senang dia nak berulang (Nenek 1, Selangor, 40). Namun begitu, terdapat juga ahli keluarga yang meminta untuk ibu bapanya tinggal di pondok seperti pakcik dari Kelantan Anak bongsu suruh mai duk sini (Pakcik 1, Kelantan, 1). Menurut wakil-wakil warga emas di atas, pengkaji mendapati pemilihan pondok oleh warga emas atas faktor ahli keluarga yang tidak mengizinkan ibu bapanya berjauhan dengan anak-anak dan terdapat juga anak-anak tinggal di luar kawasan yang membuatkan warga emas perlu mencari tempat tinggal yang boleh dijaga. Seperti yang dikatakan oleh warga emas dari Kelantan warga tempatan yang banyak masuk ke pondok tersebut kerana anak-anak kerja berdekatan dan tidak memberi keizinan ibubapa duduk di luar Kelantan. Namun begitu, terdapat juga warga emas yang tinggal di pondok kerana anak-anak bekerja di luar kawasan seperti Kuala Lumpur dan ini akan memudahkan anak-anak untuk memastikan ibubapa mereka dalam keadaan selamat kerana di pondok terdapat penjaga yang akan menjaga mereka. Selain itu, kematian ahli keluarga juga membuatkan warga emas perlu mencari tempat perlindungan untuk menjaga warga emas. Apabila usia semakin lanjut, kesedaran mengenai keperluan mengetahui tentang ilmu agama Islam perlu wujud dalam diri Saya cuma nak cari ilmu sedikit-sedikit lah kan.. sini ada.. kata boleh terima tempat kosong (Pakcik 2, Kelantan, 3). Temubual di atas menunjukkan pemilihan tinggal di pondok adalah bertujuan mencari ilmu dan beliau mengetahui bahawa di pondok mempunyai kekosongan dan telah disediakan pengajian agama Islam bagi warga emas. 17

Bagi warga emas sendiri, tidak perlu untuk sesebuah pondok itu mempunyai peraturan yang ketat sepertimana di asrama-asrama sekolah hanya sekadar peraturan tersebut dapat mendisplinkan diri warga emas. Ini bertujuan supaya keadaan akan terkawal dan keselamatan warga emas terjamin dengan wujudnya peraturanperaturan tersebut. Seperti di Yayasan al-jenderami kalau di sini ada satu penyelarasan.. yayasan punya. Kami macam duduk asrama penuh di sini..kalau kami keluar ke Bandar atau pergi ke pekan pun kena isi borang..kalau nak balik pun isi borang, berapa hari nak keluar, sapa yang jemput. Terkawal.sebab satu keselamatan yang baik ustaz buat macam itu, kalau dia bebas-bebas je..ustaz tak tahu ke mana kita pergi apa2 kemalangan (Nenek 3, Selangor, 30&31). Menurut temubual di atas, responden menjelaskan bahawa di pondok terdapat satu penyelarasan yang dibuat oleh pihak pengurusan pondok. Selain itu, responden turut menyatakan keadaan di pondok seperti asrama penuh yang mana jika ingin keluar-masuk ke bandar perlu mengisi borang dengan lengkap. Hal ini bertujuan bagi memastikan keselamatan warga emas terjamin dengan pihak pondok. Kesimpulan bagi faktor pemilihan dari responden warga emas, terdapat lapan tema yang dikeluarkan iaitu beribadah, memenuhi aktiviti harian, lokasi pondok, kemudahan penempatan, kebersihan, keluarga, hidayah dan peraturan. Antara faktor pemilihan yang banyak dinyatakan adalah faktor keluarga. Di dalam faktor keluarga ini terdapat dua perkara yang menyebabkan warga emas tinggal di pondok, pertama adalah ahli keluarga tidak membenarkan tinggal berjauhan dengan mereka dan kedua, warga emas tinggal bersendirian di rumah kerana tidak mempunyai ahli keluarga yang lain disebabkan kematian suami atau anak. Perbincangan Pemilihan pondok oleh warga emas secara amnya adalah untuk mencari hidayah dan ketenangan jiwa. Faktor pemilihan warga emas ke pondok adalah disebabkan taufiq dan hidayah yang diberikan oleh Allah S.W.T. Selain itu, warga emas yang tinggal di pondok adalah juga kerana mereka ini dipilih oleh Allah S.W.T. Bagi warga emas jika berada di rumah mereka akan terganggu di suasana sekeliling seperti tekanan masalah dari ahli keluarga, pertelingkahan dan kebisingan. Dalam peringkat umur yang mana emosi mereka selalunya tidak stabil, golongan ini memerlukan ruang khas yang 18

dapat memberikan ketenangan jiwa dalam kehidupan mereka di samping dapat meningkatkan amal ibadah kepada Allah S.W.T. Tenaga pengajar menyimpulkan warga emas yang menetap di pondok adalah bertujuan melaksanakan ibadah secara berjemaah bagi meraih ganjaran pahala tersebut. Hal ini kerana jika berada di rumah, mereka akan terganggu dengan suasana persekitaran rumah yang tidak dapat memberi fokus kepada warga emas melakukan ibadah. Ini sejajar dengan pendapat Nor Raudah Siren (2001) yang menyatakan warga emas tinggal di tempat tersebut adalah untuk mengurangkan urusan dunia dan menumpukan perhatian unntuk melaksanakan ibadat sebagai bekalan menuju ke akhirat kelak. Selain itu, warga emas juga memilih pondok adalah untuk mencari ketenangan jiwa. Namun demikian, ketenangan jiwa yang dimaksudkan oleh tenaga pengajar adalah kerana golongan ini berasa kesunyiaan berada di rumah kerana tiada ahli keluarga bersamanya disebabkan kehilangan suami atau anak tinggal berjauhan. Tambahan pula, jika warga emas bersendirian di rumah, mereka tidak mempunyai kerja atau aktiviti di rumah yang boleh mendatangkan faedah dengan susunan teratur pengajian dan aktiviti menarik. Mengikut Berg. et al. (1981), faktor penting yang boleh menjerumuskan warga emas kepada kesunyian ialah kematian pasangan hidup, kemurungan dan kurangnya sahabat. Faktor pondok tersebut terkenal juga menyebabkan warga emas membuat keputusan untuk meneruskan kehidupan di pondok. Pondok yang sudah terkenal dalam kalangan masyarakat setempat terutamanya akan lebih meyakinkan warga emas untuk memilih pondok tersebut. Faktor terkenal atau masyhur adalah seperti pondok tersebut diketahui oleh negara luar contohnya Jordan dan pondok sering menjemput penceramah khas untuk mengisi slot ceramah di pondok. Di samping itu, faktor pemilihan juga dilihat dari sudut peraturan yang ditetapkan oleh pihak pondok. Peraturan kepada warga emas tidak ketat disebabkan faktor warga emas yang telah berusia dan uzur. Ini kerana, kadang-kadang kemampuan untuk warga emas bergerak bergantung kepada faktor kesihatan yang mana kesihatan warga emas tidak menentu. Secara amnya matlamat warga emas ke pondok adalah untuk mencari ilmu dan mereka mengetahui bahawa di pondok mempunyai kuliah-kuliah pengajian agama Islam yang boleh diikuti. Di samping itu, warga emas sendiri memilih pondok untuk melakukan ibadah secara berjemaah terutamanya dalam menunaikan solat fardhu. 19

Antara faktor lain pemilihan warga emas ke pondok adalah disebabkan sesebuah pondok yang dipilih itu berdekatan dengan rumahnya. Selain itu, kemudahan yang disediakan oleh pengurusan pondok menjadi faktor kepada pemilihan warga emas ke pondok. Sebagai contoh seperti pemberian sebanyak RM 300.00 sebulan untuk rawatan sakit, makanan percuma, tiada kos sewa rumah dan jika warga emas mempunyai masalah kesihatan akan dibawa ke klinik dengan van yang telah disediakan oleh pihak pondok. Faktor-faktor seperti ini, telah mempengaruhi hasrat warga emas untuk menjadikan pondok sebagai tempat tinggal kerana terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan dengan rapi. Di samping itu, warga emas juga menjadikan kebersihan sesebuah pondok sebagai faktor pemilihan ke pondok agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa. Ahli keluarga yang tidak mengizinkan ibu bapanya berjauhan dengan anak-anak dan terdapat juga anak-anak tinggal di luar kawasan yang menjadikan faktor kepada pemilihan warga emas ke pondok. Seperti yang dikatakan oleh warga emas dari Kelantan iaitu orang Kelantan yang banyak masuk ke pondok ini adalah kerana anak-anak kerja berdekatan dan tidak memberi keizinan ibubapa duduk di luar Kelantan. Namun begitu, terdapat juga warga emas yang tinggal di pondok kerana anak-anak bekerja di luar kawasan seperti Kuala Lumpur dan ini akan memudahkan anak-anak untuk memastikan ibubapa mereka dalam keadaan selamat kerana di pondok terdapat penjaga yang akan menjaga mereka. Selain itu, kematian ahli keluarga juga membuatkan warga emas perlu mencari tempat perlindungan bagi menjaga mereka. Tambahan pula, di pondok terdapat satu penyelarasan yang dibuat oleh pihak pengurusan pondok untuk memastikan keselamatan warga emas seperti jika ingin keluar-masuk ke bandar perlu mengisi borang dengan lengkap. Rumusan dan Implikasi Kajian ini mengemukakan implikasinya kepada pihak yang berkepentingan seperti penyelia pondok atau pusat jagaan warga emas. Kajian ini dapat membantu penyelia untuk mengenalpasti faktor warga emas memilih pondok dan seterusnya menyediakan keperluan-keperluan yang bersesuaian. Jika diteliti dari sudut pembelajaran penyelia boleh mengenalpasti jenis-jenis subjek yang utama diperlukan mengajar kepada warga emas seperti asas pembelajaran solat dan bacaan al-quran. Kesemua ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada penyelia untuk terus mentadbir pondok ke arah sistem pengurusan yang lebih baik. 20

Seterusnya bagi golongan warga emas sendiri, mereka dapat mengenalpasti keperluan asas kehidupan seharian di pondok. Di samping melihat kembali kepada tujuan utama kehadiran warga emas ke pondok berdasarkan faktor pemilihan yang telah dibincangkan. Rujukan Abduhak, I. (2000). Metodologi Pembelajaran Orang Dewasa. Bandung: Andira. Ahmad, S. B. (2001). Rekabentuk Persekitaran Pusat Penjagaan Warga Tua: Kajian Kes Rumah Sri Kenangan Cheras. al-rawi, M. (1993). Islam and Adult Education. 26(1), 83-91. Aslanian, B. G., & Brickell, H. M. (1980). Americans in Transition: Life Change as Reasons for Adult Learning. New York: College Entrance Examination Board. Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan, Teori, Analisis dan Interpretasi Data.(Vol. 2). Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Baharuddin, E., & Ismail, Z. (2013). Hubungan Kecerdasan Rohaniah Warga Tua dengan Amalan Agama di Rumah Kebajikan. Islamiyyat, 35(1), 20-21. Balwi, M. K. (2013). Tradisi Keilmuan dan Pendidikan Dalam Tamadun Melayu di Nusantara. 54-56. Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. New Jersey: Prentice Hall. Bruinessen, M. V. (1995). Kitab Kuning Pesanteran Dan Tarekat Tradisi- Tradisi Islam Di Indonesia. Bandung: Mizan. Braun, V. and Clarke, V. (2006) Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, University of the West of England, Bristol. Bogdan, R. C. & Biklen, S. K. (2003). Qualitative Research for Education: An Introduction to Theory and Methods. 4th edition. Boston: Allyn and Bacon Cabaran negara tangani masyarakat warga tua. (2015, April 3). Retrieved Julai 11, 2016, from Malaysiakini: https://www.malaysiakini.com/news/294177 Dhofir, Z. (1982). Tradisi Pesanteran Studi Tentang Pandangan Hidup Kyai. Jakarta: LP3ES. Hamid, S. (2003). 100 Tokoh Islam Berpengaruh di Indonesia. Jakarta: Intimedia Cipta Nusantara. 21

Hasan, M. K. (1988). Pendidikan dan Pembangunan Satu Perspektif Bersepadu. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Hasbullah. (1996). Sejarah pendidikan Islam di Indonesia Lintasan Sejarah Pertumbuhan dan Perkembangan. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada. Ismail, R., & Ibrahim, H. (2002). Wanita dan Penjagaan Warga Tua: Satu Kajian Awalan di Daerah Tuaran, Sabah. 4(5), 43-44. Langgulung, H. (1995). Beberapa Pemikiran Pendidikan Islam. Latar Belakang Pondok Yayasan Al-Jenderami. (aljenderami.com.my/3 Mei 2016) Lawanto, O. (2001). Pembelajaran Berbasis Web Sebagai Metoda Komplemen Kegiatan Pendidikan Dan Pelatihan. Unitas, 9, 54-55. Mahyuddin, M. K., & Mamat,. (n.d.). Cabaran Abad 21 dan Keperluan Amalan Kerohanian oleh Warga Emas. Merriam, B. S. (2001). Andragogy and Self-Directed Learning: Pillars of Adult Learning Theory. New Directions for Adult and Continuing Education. 3-14. Merriem, S.B. (2009). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. Ed. 2. San Fransisco: Jossey-Bass. Mohamed, A. @., & Rostam, K. (2012). Warga Tua Melayu Dipinggir Wilayah Metropolitan, Selangor: Pengalaman dan Persepsi Diri. Malaysia Journal of Society and Space, 8(6), 1-14. Nasir, B. M. (2010). Pendidikan dalam Gerakan Islam di Malaysia: Satu Tinjauan. Journal of Islamic and Arabic Education, 1, 4. Nayan, S. (2006). Keprihatinan yang Luntur Terhadap Warga Emas. Jurnal Intelek, 2-3. Othman Lebar (2007). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ramley, S. (t.t). Warga Tua Kenapa Mereka Diabaikan? Retrieved from Utusan Malaysia: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0106&pub= Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_01.htm#ixzz45TwXeqA B06/01/1998. Ramli, K. M. (1997). Dakwah kepada saudara baru: satu kajian mengenai pendekatan dalam aspek bimbingan dan kebajikan. Kertas Projek, Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Pengajian Islam, Selangor. Sabariah Abd Hamid (1997). Kajian Depresi Di Kalangan Warga Tua Di Rumah Seri Kenangan Cheng Dan Rumah Seri Kenangan Seremban. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia Sanmargaraja, S., & Wee, S. T. (2013). Pandangan Warga Tua di Ruma Warga Tua: Kajian Kes di Bandaraya Ipoh dan Johor Bahru. 150. 22

Saridjo, M. (1979). Sejarah Pondok Pesanteran di Indonesia. Jakarta: Dharma Bhakti. Sharif, N. C., Alavi, K., & Sub, P. (2015). Pengalaman Dan Faktor Pengabaian Warga Emas Dalam Komuniti. Journal Of Social Sciences And Humanities, 10(1), 118-134,. Siren, N. R. (2015). Psikologi dan Penerimaan Warga Emas di kompleks Warga Emas al-jenderami. Jurnal Usuluddin(41), 81. Teh, M. (1992). Kefahaman tentang Islam dan pengamalannya oleh saudara baru: satu kajian khusus di Kuala Lumpur. Kertas Projek, Univerisiti Malaya, Fakulti Pengajian Islam, Kuala Lumpur. Usman, M. I. (2013). Pesantren Sebagai Lembaga Pendidikan Islam. V., R. K. (1996). Non-formal education and community development: improving the quality. Wan Ahmad, W. I., Redzuan, M., & Emby, Z. (2009). Kesejahteraan Warga Tua di Malaysia: Kes Warga Tua Desa Kelantan. 16(2), 63-96. Welsh, Elaine. (2002). Dealing with Data: Using NVivo in the Qualitative Data Analysis Process. Dlm. Forum: Qualitative Social Research. Vol. 3, No. 2, Art. 26. May 2002. Zakaria, M. S., Alavi, K., & Subhi, N. (2013). Risiko Kesunyian Dalam Kalangan Warga Tua di Rumah Seri Kenangan. Journal of Psychology & Human Development, 50-51. 23