UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA Bachelor of Medicine & Surgery, Dental Surgery, Pharmacy, Biomedical Sciences, Medical Biotechnology, Pharmaceutical Chemistry, Nutrition, Dietetics with Nutrition, Psychology, Chiropractic, Chinese Medicine Bahasa Kebangsaan A MPU 3213 (3 kredit) Panduan Module
TAJUK: BAHASA KEBANGSAAN A KOD: MPU 3213 ARAS: 1 PROGRAM: Semua SINOPSIS Kursus ini membolehkan pelajar mempertingkat kecekapan berbahasa sesuai dengan intelek pelajar untuk berkomunikasi secara lisan dan tulisan dalam konteks rasmi, kreatif dan bukan kreatif. Mata pelajaran ini disediakan untuk mempertingkat kecekapan berbahasa sesuai dengan intelek pelajar untuk berkomunikasi dengan lisan dan tulisan dalam konteks rasmi, kreatif dan bukan kreatif. OBJEKTIF/MATLAMAT : Mata pelajaran Bahasa Kebangsaan (A) ini disediakan untuk mempertingkatkan kecekapan berbahasa, sesuai dengan intelek pelajar untuk berkomunikasi dengan berkesan secara lisan dan tulisan dalam konteks rasmi, kreatif dan bukan kreatif. HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat: 1. menggunakan bahasa dengan berkesan dari segi lisan dan tulisan; 2. berkomunikasi secara lisan dengan berkesan dari segi sebutan dan intonasi, tatabahasa, kosa kata, ungkapan dan laras; 3. memahami bahan bertulis yang beraneka jenis dan gaya, seterusnya mengungkapkan fikiran secara lisan dan tulisan dengan bahasa yang betul dan berkesan; 4. merumuskan butiran dan memperluas sesuatu idea dengan cara yang tersusun, padat dan berkesan,secara lisan dan tulisan; 5. mengarang pelbagai teks dengan bahasa yang betul dan berkesan; 6. berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan sopan, di samping mengekalsuburkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. MASA PEMBELAJARAN MASA BERPANDU JUMLAH MASA BERPANDU DAN PEMBELAJARAN KENDIRI Kuliah 10 jam Kuliah 10 jam Tutorial 20 jam Tutorial 20 jam Elearning 12 jam Peperiksaan Akhir 1.5 jam JUMLAH MASA BERPANDU Pembelajaran kendiri 30 jam JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 76.5 jam 120 jam
PENILAIAN Penilaian berterusan Ujian Kelas 1 20% Pemantapan Tatabahasa dan Pemahaman Bahogian A: 5 soalan objektif dan 5 soalan pendek Bahagian B: 10 soalan objektif Ujian Kelas 2 20% Pemantapan Penulisan Bahagian A: 1 soalan ringkasan petikan Bahagian B: 1 soalan esei Ucapan 30% Pemantapan Komunikasi Lisan Individu Lisan Kumpulan Peperiksaan Akhir Peperiksaan bertulis 30% Tatabahasa dan Pemahaman 10 soalan objektif Soalan Pendek - 10 soalan Rumusan karangan 1 soalan Karangan Umum (esei) 1 soalan KETUA MODULE: Siti Dahliah bt Mohd Nasir PENSYARAH: Krishnaveni Yellumalai
Silibus: 1. Sebutan Dan Intonasi (Kuliah 1 jam, Tutorial 2 jam) a. Sebutan i. Prinsip sebutan ii. Sebutan baku bahasa Melayu b. Intonasi i. Komponen intonasi ii. Intonasi pelbagai ayat 2. Isu Ejaan (Kuliah 1 jam, Tutorial 2 jam) a. Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu - kata umum bahasa Melayu - menggunakan sistem ejaan yang betul - mengenalpasti kesalahan ejaan 3. Isu Tatabahasa (Kuliah 1 jam, Tutorial 2 jam) a. Imbuhan / morfologi - mengenalpasti kata, imbuhan dan struktur ayat yang salah dan pembetulannya. - menguasai cara penggunaan penghubung ayat yang betul. 4. Komunikasi Lisan (Kuliah 1 jam, Tutorial 2 jam) a. Bentuk-bentuk pengucapan i. Ucapan ii. Syarahan/pidato 5. Komunikasi Lisan (Kuliah 1 jam, Tutorial 2 jam) a. Bentuk-bentuk pengucapan iii. Pengacaraan Majlis iv. Forum 6.Kefahaman Kuliah 1 jam, Tutorial 2 jam) a. Prosa Moden - cerpen - novel
7. Kefahaman Kuliah 1 jam, Tutorial 2 jam) a. Puisi - Bentuk-bentuk puisi b. Fokus pada puisi moden - sajak - gaya bahasa - kualiti sajak - proses kreatif sajak 8. Penulisan (Kuliah 1 jam, Tutorial 2 jam) i. Definisi penulisan teks ii. Ciri-ciri penulisan teks iii. Fakta - gaya dan laras - struktur - bentuk wacana 9. Penulisan (Kuliah 1 jam, Tutorial 2 jam) a. Jenis Teks Berformat - Surat Rasmi - Laporan 10. Penulisan (Kuliah 1 jam, Tutorial 2 jam) a. Jenis teks Tidak Berformat - Rencana - Ucapan - Perbincangan 11. Asal usul bahasa Melayu (elearning 2 jam) a. Rumpun bahasa Melayu b. Bahasa Melayu sebagai lingua franca c. Dasar dan Kedudukan Bahasa Melayu 14. Latihan bahasa (elearning 10 jam)
Rujukan Utama Yong Chyn Chye, Rohaidah Mashudi, Maarof Abd Rahman. 2012. Bahasa kebangsaan untuk pelajar luar negara: Malay Language for international students. Petaling Jaya: Pearson Malaysia. Zarina Othman, Roosfa Hashim & Rusdi Abdullah. 2012. Modul Komunikasi Bahasa Melayu Antarabangsa. KPT: Penerbit UKM Press