PELAPORAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA MENGGUNAKAN SMS GATEWAY (E-PRK)

Similar documents
Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

SISTEM PENJADUALAN SYIF. Nurul Iddayu Bahari Idrus. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

TONG SAMPAH PINTAR BERASASKAN INTERNET PELBAGAI PERKARA (IOT)

SISTEM E-PELAPORAN PEMANTAUAN LAMAN WEB JABATAN STANDARD MALAYSIA. Maggery Roxane Dennis Dr. Mohd Ridzwan Yaakub

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

SISTEM PEMBANGUNAN LAMAN WEB AKOMODASI BERASASKAN AWAN. Muhammad Nazmi Bin Anuar Zamri Murah

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Sistem Permohonan Pinjaman Perkhidmatan dan Kemudahan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA)

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PORTAL PERSATUAN PENDUDUK (PPP)

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

SISTEM MAKLUMAT PENDAFTARAN KURSUS PENDEK ABDUL HADI BIN AUGUST FOUZY DR. NOOR HASRINA BINTI BAKAR

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SOALAN NO 3 KERJA KURSUS SENI VISUAL 3 (KERTAS 970/3) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2011

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

METRIK DAN INDEKS KESELAMATAN LAMAN SESAWANG: SATU KAJIAN KES TERHADAP INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

MODELLING AND VIBRATION CONTROL OF PIEZOELECTRIC ACTUATOR

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

SISTEM GAMIFIKASI KITAR SEMULA. Muhammad Hazim bin Mohd Hafis Dr Amirah binti Ismail

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Application [Logik & Aplikasi]

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN LAMAN WEB PTJ DI USM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Melayu Tradisional. Suhaimi Umar, Rizal Yusof & Supyan Hussin

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

POWER QUALITY IMPROVEMENT BY DYNAMIC VOLTAGE RESTORER AND UNIFIED POWER QUALITY CONDITIONER USING FUZZY LOGIC FARIDULLAH KAKAR

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

PENILAIAN PENGETAHUAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Transcription:

PELAPORAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA MENGGUNAKAN SMS GATEWAY (E-PRK) Muhammad Aiman Syahmi Lamalik Prof. Madya Dr Kamsuriah Ahmad Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Proses pilihan raya di kampus merupakan satu kemestian bagi setiap institut pengajian tinggi di Malaysia terutamanya Universiti Kebangsaan Malaysia. Peratusan mahasiswa yang melibatkan diri pada hari pilihan raya adalah berada pada tahap yang masih boleh dipertingkatkan lagi. Hal ini kerana mahasiswa mempunyai pelbagai kekangan dalam penglibatan mereka pada hari tersebut. Bagi mereka yang melibatkan diri dalam proses pilihan raya kampus, kebanyakan mereka akan menghadapi situasi dimana keputusan undian dan pilihan raya hanya disiarkan di portal rasmi ataupun media social sahaja. Hal ini akan memberi impak kepada mahasiswa mempunyai masalah untuk mendapatkan rangkaian internet dan seterusnya akan menyebabkan mereka mengahadapi masalah dalam mendapatkan keputusan terkini akan pilihan raya yang berlangsung. Pelaporan Keputusan Pilihan Raya Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Menggunakan SMS Gateway (e-prk) merujuk kepada sebuah sistem berasaskan web. Cadangan untuk sistem ini adalah menggunakan fungsi SMS Gateway sebagai salah satu cara untuk menyiarkan keputusan akhir pilihanraya kampus di Universiti Kebangsaan Malaysia di mana pengguna tidak memerlukan rangakaian internet untuk mendapat keputusan keputusan terkini pilihan raya. Sistem ini juga turut melaksanakan proses kiraan undi secara dalam talian menggunakan algoritma dan membina pangkalan data maklumat untuk melaksanakan fungsi SMS Gateway. Bagi melengkapkan sistem ini, turut diaplikasikan fungsi multiple forward dalam sistem untuk menyiarkan keputusan secara pukal apabila melaksanakan fungsi SMS Gateway. Metodologi yang digunakan dalam perlaksanaan projek ini adalah Model Air Terjun (Waterfall). Terdapat beberapa fasa yang akan dilaksanakan seperti fasa perancangan, fasa analisis, fasa rekabentuk, fasa implementasi dan juga fasa pengujian. Projek ini menggunakan platform pengaturcaraan PHP (Hypertext Pre-processor) dan MySQL sebagai pangkalan data. Pembangunan projek ini sedikit sebanyak akan memberi impak positif kepada peratusan penglibatan mahasiswa dalam pilihan raya kampus. 1 PENGENALAN Pendemokrasian adalah satu proses yang dilalui oleh negara dan masyarakat baik yang mengamalkan sistem perwakilan ataupun sebaliknya. Sama seperti universti awam yang lain, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga menggunakan sistem pilihan raya kampus untuk memilih kelompok pelajar yang mempunyai kriteria tertentu untuk mengetuai mahasiswa

UKM dalam Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM). Pilihanraya kampus adalah sesuatu yang sihat dan memberikan peluang pembelajaran kepada para mahasiswa. Petikan daripada iklan The Malaysian Insider yang membawa tajuk utama iaitu Mahasiswa UKM Dakwa Pilihanraya Kampus Tidak Adil, yang disiarkan sejak November pada tahun 2014 yang menyatakan "Penipuan turut berlaku ketika proses pengiraan, pegawai mengumumkan calon GMUKM hanya mendapat 3 undi berbalas 32 tetapi selepas wakil kami membantah tegas, keputusan itu berubah menjadi jadi 23 undi untuk kami dan 12 undi untuk Aspirasi", kata Pengerusi Gerakan Mahasiswa (GMUKM) Abdul Kahar Hamzah. Tidak cukup dengan itu "Nombor siri kertas undi dicatat dalam senarai pengundi, dan ini menjadikan undi tidak lagi menjadi rahsia. Dalam mengkaji kesemua ini, pelbagai ketidaktulusan berlaku dengan aliran pilihanraya kampus ketika proses undian dijalankan. Mahasiswa juga agak perlahan dalam mendapatkan keputusan pilihanraya yang memerlukan mereka untuk mendapatkan sambungan dengan rangkaian. Antara usaha ataupun alternatif lainnya adalah dengan mewujudkan sistem pilihanraya secara atas talian. Sistem berasaskan web yang dihasilkan sedikit sebanyak dapat membantu proses undian ataupun proses pilihanraya kampus dengan lebih sistematik dan juga telus. 2 PENYATAAN MASALAH Secara amnya, proses pilihanraya kampus tidak jauh bezanya dengan proses pilihanraya parlimen yang berlangsung di negara kita iaitu Malaysia. Sebagai contoh proses pilihanraya terdiri daripada calon, pencadang, penyokong, kertas undi, kempen, bantahan, pengiraan undi dan sebagainya. Mahasiswa ataupun pengundi yang berdaftar untuk proses pilihanraya memerlukan sambungan kepada rangkaian untuk mendapatkan keputusan undian setelah proses pengiraan kertas undi selesai. Samada melalui aplikasi Whatsapp, Facebook mahupun laman rasmi UKM mereka tetap memerlukan rangkaian. Hal ini akan membataskan mereka untuk mendapatkan keputusan pilhanraya dengan cepat dan tepat.

Berdasarkan pemerhatian secara rawak, mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia kebanyakannya menggunakan kemudahan Wifi UKM sebagai sumber utama untuk mereka mendapatkan sambungan kepada rangkaian. Hal ini merupakan kekangan yang besar bagi mereka yang tinggal di kolej ataupun kawasan yang tidak berada dalam liputan Wifi UKM dan akan menyebabkan kesukaran bagi mereka untuk mendapatkan keputusan pilihanraya. Dari segi proses pengiraan undi, pihak yang terlibat perlu mengira satu-persatu kertas undi dengan tepat tanpa ada sebarang kesilapan yang akan menyebabkan jumlah kiraan undi salah. Kesilapan adalah sebahagian daripada sifat manusia dan adalah sangat tidak mungkin bagi manusia untuk mendapatkan data yang tepat tanpa ada sebarang kesilapan ataupun keciciran. Seperti yang dinyatakan oleh laman The Malaysian Insider, Pengerusi Gerakan Mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan keputusan kiraan undian dan telah membuat bantahan terhadap keputusan kiraan undi tersebut dan memang ada perubahan dari segi jumlah kiraan setelah bantahan dipertimbangkan. Proses mengumpul data ataupun kiraan undi memerlukan banyak masa dan agak mahal untuk dilakukan. Sebagai contoh, wang dibelanjakan untuk mencetak borang undian dan memerlukan sedikit masa untuk proses percetakan dalam menyediakan pusat untuk pelajar mengundi. Kerahan tenaga serta masa juga digunakan dalam menyediakan pusat pilihanraya. Secara tidak langsung akan memerlukan kos untuk peralatan seperti meja, kerusi, papan penghadang dan sebagainya. Pengundi iaitu mahasiswa perlu mengambil masa untuk beratur dan menunggu giliran dalam melaksanakan proses mengundi secara manual yang memerlukan mahasiswa untuk menanda calon pilihan di atas kertas yang disediakan. 3 OBJEKTIF KAJIAN Projek ini bertujuan memperkenal sistem pilihan raya kampus serta pelaporan keputusan undian kepada mahasiswa UKM yang mengundi menerusi SMS Gateway. Secara umum objektif kajian adalah menghasilkan sistem (e-prk) untuk melaksanakan proses mengundi dan paparan jumlah undian ataupun keputusan pilihan raya. Konsep ini dapat meningkatkan kualiti sistem pilihan raya yang sedia ada.

Kertas ini membincang tentang projek pembangunan Pelaporan Keputusan Pilihan Raya Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Menggunakan SMS Gateway (e-prk) yang mengetengahkan fungsi SMS Gateway sebagai cara utama hebahan keputusan undian. Sistem ini juga mengaplikasikan fungsi hantar hebahan keputusan secara pukal apabila melaksanakan fungsi SMS Gateway. 4 METOD KAJIAN Penggunaan model pembangunan yang sesuai penting untuk memasti perjalanan projek berjalan dengan lancar dan menjamin hasil kerja yang berkualiti. Model untuk Pelaporan Keputusan Pilihan Raya Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Menggunakan SMS Gateway (e-prk) melibatkan beberapa fasa pembangunan dan ditambah dengan penggunaan perisian dan perkakasan yang bersesuaian. Model pembangunan ini diadaptasi daripada model asas yang diperkenal oleh Van Den Broek (Riza dan Yuwaldi 2002). Fasa pembangunan termasuk fasa perancangan, analisis, reka bentuk, pengujian dan dokumentasi. Model ini penting untuk memastikan perjalanan projek lancar dan teratur. Rajah 1 menunjukkan model pembangunan yang diguna untuk membina proses sistem ini. 4.1 Fasa Perancangan Fasa ini melibatkan proses pengenalpastian masalah, objektif, persoalan kajian dan menentukan skop. Langkah seterusnya adalah sorotan susastera yang melibatkan pengumpulan, pencarian dan pembacaan jurnal dan kajian lepas bagi mencetus idea dan inspirasi. Contoh topik yang berkaitan dikaji terutama berkaitan dengan konsep mengundi dan susunan kedudukan undian dalam carta yang sedia ada. Penggunaan internet untuk mencapai maklumat berkaitan dan pencarian bahan di Perpustakaan Tun Seri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia dilakukan. Maklumat dikumpul, distruktur dan disintesis dan dipersembah secara kritis dan kreatif dalam fasa analisis. 4.2 Fasa Analisis Fasa ini melibatkan analisis dan tafsiran maklumat yang dikumpul dalam fasa perancangan. Analisis tentang kesesuaian topik dan menilai kepentingan untuk menjalankan kajian ini dilakukan. Selain daripada itu, analisis tentang perkakasan dan perisian juga dijalankan untuk memasti perkakasan dan persisian yang sedia ada adalah sesuai untuk membangun projek ini.

4.3 Fasa Reka Bentuk Fasa ini merupakan fasa yang penting dalam keseluruhan projek. Fasa ini melibatkan dua proses penting, iaitu mereka bentuk dan membuat sistem objek. Pemodelan dan teknik proses Pelaporan Keputusan Pilihan Raya Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Menggunakan SMS Gateway (e-prk) dibangun dengan mengguna perisian Sublime Text. Dalam pemodelan sistem ini, teknik yang biasa diguna ialah pemodelan objek biasa, teknik looping, dan teknik searching. Rekabentuk model sistem yang menggambarkan sistem sebenar, model konsepsual sistem, rekabentuk gambar rajah aliran data (DFD), reka bentuk pangkalan data dan carta alir yang dibangunkan bersesuaian dengan spesifikasi yang dikehendaki juga diterangkan dalam fasa ini. Fasa ini melibatkan proses penting, iaitu mereka bentuk antara muka sistem. Antara muka grafik direka dengan menggunakan CSS bagi menghasilkan antara muka sistem yang menarik. Objektif tercapai Rajah 1 Model Pembangunan Pelaporan Keputusan Pilihan Raya Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Menggunakan SMS Gateway (e-prk)

4.4 Fasa Pengujian Fasa ini bertujuan menguji model dan pergerakan animasi yang dihasil dalam fasa reka bentuk. Kriteria yang diambil kira termasuk nisbah saiz model Pelaporan Keputusan Pilihan Raya Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Menggunakan SMS Gateway (e-prk) dan fungsi operasi sistem selaras dengan objektif projek. Sekiranya gagal mencapai objektif projek, penyelarasan perlu dijalankan atau mengimbas kembali fasa analisis bagi membuat penambahbaikan kajian yang mendalam. Perkakasan dan perisian yang diguna untuk membangun projek harus dipilih dengan teliti. Perkakasan dan perisian yang baik berfungsi dengan lancar serta menyokong pembangunan projek ini. Pemilihan perkakasan dan persisian yang tidak tepat boleh menjejas hasil projek. Spesifikasi keperluan perkakasan yang diguna untuk menghasil rekaan grafik dan animasi adalah perkakasan asas sesebuah komputer. Senarai spesifikasi keperluan perkakasan yang dicadang untuk menghasil sistem ini adalah seperti berikut: i. Sistem Pengoperasian : Microsoft Windows XP Professional (SP3 atau ke atas) ii. Pemprosesan : Intel(R) Core(TM) i3cpu iii. Ruang Cakera Keras (Hardisk) : 3GB atau ke atas iv. Ingatan Cakera Rawak (RAM) : 2GB atau ke atas v. Kad Grafik : VGA 64MB atau ke atas Keperluan perisian pula merangkumi sistem pengoperasian, pelayar web, pangkalan data, dan perisian rekabentuk grafik. Perisian yang digunakan untuk pembangunan sistem ini ialah PhpMyAdmin. Pelayan pangkalan data digunakan untuk menyimpan data yang ditulis dalam kod bahasa PHP yang mengendalikan pentadbiran MySQL dengan menggunakan pelayar web dan lebih mudah untuk mengubah pangkalan data serta melaksana kenyataan SQL. Apache merupakan aplikasi bagi memudahkan pembangun untuk menguji sistem yang sedang dibina. Apache merupakan salah satu web container yang paling popular di lingkungan pengaturcaraan web java. Apache juga berperanan sebagai penggerak yang menghubungkan php dan MySQL. MySQL berperanan dalam pengurusan pangkalan data menggunakan kueri sql yang menguhubungkan pangkalan MySQL dengan php serta membuat hubungan kepada pangkalan data.

5 HASIL KAJIAN Bahagian ini membincang hasil daripada proses pembangunan Pelaporan Keputusan Pilihan Raya Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Menggunakan SMS Gateway (e-prk). Penerangan yang mendalam tentang antara muka grafik sistem diperihalkan. Fasa reka bentuk adalah fasa yang penting dalam pembangunan projek. Dalam projek ini, antara muka sistem direka menggunakan Justinmind sebagai gambaran sebenar sistem pada peringkat awal. Antara muka kemudiannya dibina menggunakan atur cara HTML dan CSS bagi menghasilkan reka bentuk antara muka yang berfungsi mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Seterusnya pengujian terhadap reka bentuk antara muka dijalankan untuk memasti hasil pembangunan adalah selaras dengan objektif yang ditetapkan sebelumnya. Secara umumnya, sistem ini terbahagi kepada tiga modul iaitu modul pengguna mahasiswa, modul pengguna urusetia dan akhir sekali modul pengguna pentadbir sistem. Antaramuka Pelaporan Keputusan Pilihan Raya Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Menggunakan SMS Gateway (e-prk) melalui rajah yang ditunjukkan merupakan antaramuka sistem yang telah dibangunkan berpandukan capaian objektif serta spesifiksasi fungsian yang telah ditetapkan. Rajah 1, Rajah 2 dan Rajah 3 merupakan antaramuka log masuk bagi setiap kategori pengguna sebelum akses ke dalam sistem. Pengguna menggunakan email dan juga kata laluan di mana hanya satu pengguna sahaja yang boleh mengakses sistem bagi kategori pengguna pentadbir sistem (Rajah 3). Begitu juga dengan pengguna kategori urusetia (Rajah 2), hanya akaun yang didaftarkan oleh pentadbir sistem sahaja yang boleh akses ke dalam sistem menggunakan email dan juga kata laluan yang sama dalam pangkalan data. Bagi pengguna kategori mahasiswa pula (Rajah 1), mereka boleh mengakses sistem menggunakan id dan juga kata laluan yang sama dengan akaun Sistem Maklumat Pelajar UKM. Ini merupakan langkah verifikasi untuk mahasiswa melakukan pengundian.

Rajah 1 Antaramuka log masuk bagi Mahasiswa. Rajah 2 Antaramuka log masuk bagi Urusetia. Rajah 3 Antaramuka log masuk bagi Pentadbir Sistem.

Rajah 4, Rajah 5 dan Rajah 6 merupakan antaramuka yang memainkan peranan penting bagi pengguna kategori mahasiswa. Rajah 4 menunjukkan sistem memaparkan dua pilihan kepada pengguna untuk memilih kategori mengundi mengikut tahun pengajian semasa mereka. Rajah 5 pula adalah antaramuka yang disediakan kepada pengguna kategori mahasiswa melakukan undian dan seterusnya memilih fakulti pengajian mereka untuk melakukan undian bagi kawasan pemilihan fakulti setelah mahasiswa selesai melakukan undian untuk kawasan pemilihan umum. Rajah 6 pula adalah statistic ataupun graf yang mewakili keputusan terkini undian mengikut kategori kawasan pemilihan yang dipilih. Rajah 4 Antaramuka bagi Mahasiswa untuk pemilihan kategori undian. Rajah 5 Antaramuka bagi Mahasiswa mengundi.

Rajah 6 Antaramuka log masuk bagi Mahasiswa. Rajah 7 Antaramuka log masuk bagi Mahasiswa. Setiap mahasiswa yang melakukan undian dalam sistem e-prk, mereka akan menerima keputusan undian rasmi dari pihak urusetia seperti dalam Rajah 7. Pengguna kategori urusetia akan menghebahkan keputusan undian setelah proses mengundi tamat.

6 KESIMPULAN Penggunaan aplikasi Apache dan localhost yang bertindak sebagai pelayan memudahkan lagi pembangunan sistem di mana pembangun tidak perlu memuatnaik fail atur cara ke dalam pelayan secara berulang kali sekiranya ada pembetulan pada kod atur cara setiap kali diuji. Penggunaan bahasa atur cara HTML, PHP dan CSS yang mudah difahami juga memudahkan lagi pembangunan dan mereka antara muka grafik sistem. Hebahan keputusan menggunakan SMS Gateway diguna pakai bagi mengatasi pernyataan masalah yang telah dikaji. Ketiga-tiga objektif kajian telah pun tercapai iaitu yang pertama menggunakan fungsi SMS Gateway sebagai salah satu cara untuk menyiarkan keputusan akhir pilihanraya kampus di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kedua, membina sistem (e-prk) untuk melaksanakan proses mengundi dan paparan jumlah undian ataupun keputusan pilihan raya dan ketiga mengaplikasikan fungsi multiple forward dalam sistem untuk menyiarkan keputusan secara pukal apabila melaksanakan fungsi SMS Gateway.

7 RUJUKAN Crane, N. 2017. Elektronik rujukan: ERA fm, All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia. https://era.fm/carta/era-fm/carta-era-40 [25 November 2018] TUN, S. 2017. Electro rujukan: The University of Nottingham,Single Sign-On. https://cas.nottingham.ac.uk/casweb/login?service=https%3a%2f%2fportal.nottingha m.ac.uk%3a443%2fc%2fportal%2flogin%3bjsessionid%3d29adc80460feafa86 584D8DAC6E313EA [25 November 2018] LE, V. October 2017. Valimised rujukan: Valimised. Local elections. https://www.valimised.ee/et [26 November 2018] Anon. 2017. Pro-Aspirasi kuasai UKM. Utusan Malaysia, 11. 28 November. Anon, N. 2014. Elektronik rujukan: Mahasiswa UKM dakwa pilihan raya kampus tidak adil. https://sg.news.yahoo.com/mahasiswa-ukm-dakwa-pilihan-raya-kampus-tidakadil-134241200.html40 [28 November 2018] Anon. 2015. Perpecahan Pro-M peluang buat Pro-Aspirasi. Sinar Harian, 19. 28 November.