DALAM SISTEM TULISAN JAWI 1. Ab. Halim Mohamad

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

PENGGUNAAN VOKAL ALIF PADA SUKU KATA TERBUKA AKHIR PERKATAAN DALAM SISTEM TULISAN JAWI. Ab. Halim Mohamad

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

KAJIAN AWAL PENGGUNAAN TEKNIK FONIK DALAM PEMBANGUNAN APLIKASI MOBIL FONIK: BACALAH SAYANG

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

JURNAL LINGUISTIK Vol. 20 (2) Disember 2016 ( ) Penyeragaman Sistem Ejaan Jawi di Negara Asean

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Al-Hikmah 8(1) 2016: 43-52

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PENILAIAN PENGETAHUAN

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Penguasaan dan Kesalahan Bacaan dalam Surah Al-Fatihah di kalangan Pelajar DKA 1A Sesi Dis 2012 : Satu Kajian Tindakan

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Applications [Logik & Aplikasi]

PENGGUNAAN KAEDAH COCOM UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGENAL PASTI DAN MEMBANDING BEZA KEDUDUKAN KERAJAAN MELAYU AWAL SERTA GEOGRAFINYA.

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Tekanan Perkataan Arab Sebagai Bahasa Asing dalam Kalangan Penutur Melayu

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Transcription:

Jurnal AL-ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) Volume 5, No. 1, June 2018: 35-47 )ث( THĀ DAN,)س( SĪN,)ص( PENGGUNAAN KONSONAN ṢĀD DALAM SISTEM TULISAN JAWI 1 Ab. Halim Mohamad ABSTRAK Dalam sistem ejaan Rumi, Konsonan ṣād,)ص( sīn,)س( )ث( tḥā ditulis dengan [s] seperti perkataan solat, salji, sebab dan salah. Perkataan ini,صالة ditulis dalam ejaan Jawi berdasarkan sebutan yang betul seperti )ث( tḥā,)س( sīn,)ص(. Penggunaan konsonan ṣād سالهdan سبب dan ثلجي dalam sistem tulisan Jawi menjadi masalah kepada pengguna Melayu. Mereka tidak tahu membezakan penggunaan yang betul antara ṣād Mereka mengeneralizasikan bunyi-bunyi.)ث( tḥā,)س( sīn,)ص( tersebut dengan satu simbul sahaja dalam tulisan Rumi iaitu dengan simbul [s] tanpa pertimbangan sistem sebutan (phonetic) yang betul.,)ص( Kertas kerja ini bertujuan menghurai sejauh mana pengguna ṣād sīn,)س( )ث( tḥā dapat dipraktis dengan betul dalam kalangan pelajar Melayu. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengemukakan cadangan perubahan kepada sistem tulisan Jawi yang diguna pakai sekarang ini agar ianya bersifat mesra pengguna. Kajian ini berbentuk kuantitatif dimana respondennya terdiri daripada 45 orang pelajar Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Kajian mendapati bahawa pelajar Melayu bermasalah menggunakan konsonan tersebut dalam sistem tulisan Jawi yang ada sekarang. Kajian ini mencadangkan supaya sistem tulisan Jawi perlu dipinda berdasarkan kaedah fonetik dan fonologi serta perubahan sebutan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu bagi memudah proses pembelajaran dan pengajaran Jawi di Malaysia. Kata kunci: konsonan, ejaan Jawi, sebutan, sistem fonetik )ث( THĀ AND,)س( SĪN,)ص( THE USE OF CONCONANTS ṢĀD IN JAWI WRITING SYSTEM ABSTRACT (ث)' tḥā,(س) sīn,(ص) In Rumi spelling system, the conconant of ṣād are written with [s] such as the word solat, salji, sebab dan salah. 1 Artikel ini sebahagian daripada hasil penyelidikan FRGS fasa 1/2016 yang dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPT) (FRGS/1/2016/SS09/UPM/02/1)

36 Penggunaan Konsonan Ṣād,)ص( Sīn,)س( dan Thā )ث( dalam Sistem These words are written in Jawi writing according to the correct pronunciation such as سبب,ثلجي,صالة and.ساله The use of the conconant ṣād,(ص) sīn,(س) tḥā (ث) in the Jawi writing system is problem for Malay users. They con not distinguish the right use between ṣād (r), sīn (o), tḥā '(w). They generalize the sounds with only one symbol [s] which is used in Rumi's writing without the proper phonetic system. This paper aims to describe how far the using of conconant's ṣād,(ص) sīn,(س) tḥā (ث)' can be practically practiced among Malay students. Additionally, this study also aims to present a proposed change to the current Jawi writing system in order to be more user-friendly. This is a quantitative study which uses 45 students as a research respondents from the Department of Malay Language, Faculty of Modern and Communication Languages, Universiti Putra Malaysia. The study found that Malay students had problems using the mantioned conconants in the current Jawi writing system. This study suggests that the Jawi writing system needs to be revised based on phonetic and phonological methods as well as the change in pronunciation practiced by the Malay community to facilitate the learning and teaching process of Jawi writing in Malaysia. Keywords: conconant, Jawi writing, pronunciation, phonetic. PENGENALAN Sistem tulisan Jawi di Malaysia telah melalui beberapa proses perubahan dan penyemakan. Beberapa kaedah telah dikemukakan oleh beberapa tokoh seperti kaedah ejaan Jawi Za ba (1931), Matlob (1989), Panduan Ejaan Jawi (1986), Hamdan (2015), Mohd Hussein (2002), Daftar Kata Bahasa Melayu (2005), Che Siah (2006) dan lainlain. Sistem atau kaedah ejaan Jawi yang digunapakai sekarang ialah sistem yang berasaskan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (PEJYD) yang telah dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1986 hasil keputusan Konvensyen tahun 1984 anjuran Pusat Islam. Pada tahun 1993 telah berlangsung seminar kebangsaan yang khusus tentang tulisan Jawi yang bertempat di pejabat Perdana Menteri Malaysia. Hasil pembentangan, cadangan dan resolusi seminar tersebut telah disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-1994. Ikuran daripada itu lahirlah buku Daftar Ejaan Jawi tahun 2005.

37 Penggunaan Konsonan Ṣād,)ص( Sīn,)س( dan Thā )ث( dalam Sistem Dalam konteks pengajaran ejaan Jawi, terdapat arahan khas daripada Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahukan kaedah Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (PEJYD) ini diajar di sekolahsekolah. Arahan ini jelas melalui surat rasmi yang telah dikeluarkan oleh Asiah Abu Samah bekas Ketua pengarah pendidikan Malaysia yang berbunyi Mulai dari tarikh ini Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (PEJYD) itu hendaklah digunakan di semua sekolah rendah, sekolah menengah, maktab-maktab perguruan, di dalam buku teks dan peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia serta dalam semua sektor dan masyarakat di seluruh Negara (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1992). Selepas beberapa tahun pelaksanaan kaedah tulisan PEJYB, ia ditukar pula dengan kaedah Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM) berdasarkan Buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi- Sebutan-Jawi) (Cet. Pertama 2001, Edisi Kedua Cetakan Kedua 2008) telah diterbitkan dengan mengetengahkan beberapa kategori kaedah utama ejaan Jawi iaitu ejaan lazim, ejaan tradisi, ejaan mengikut hukum, ejaan lampau hukum dan ejaan pinjaman serta serapan. Kaedah pelengkap ejaan juga diketengahkan dalam kamus ini seperti ejaan gelinciran, penggunaan huruf hamzah dan ejaan imbuhan. Kaedah PUEJBM yang diguna sekarang diedaptasikan daripada kaedah Za ba (1931) selepas berlaku banyak perubahan. Ini sesuai dengan apa yang disuarakan oleh Za aba bahawa Kaedah ejaan Jawi ini belumlah pernah diaturkan orang betul-betul dari dahulu, melainkan masing-masing ikut sedap sendiri sahaja meniru-niru apa yang dibiasakan orang, tetapi tiada syak bahawa dalam kebiasaan orang itu ada beberapa kaedah tetap yang boleh dibuatkan undang-undangnya (Za ba, 2009: xxxii). Mohd Hussein (2002) menyatakan bahawa kaedah ejaan Jawi Za ba banyak kesamaran pada sebutan dan memerlukan penambahan huruf vokal (alif, waw dan ya ) pada sesetengah perkataan bagi menghilangkan kesamaran tersebut. Ismail dan Mashur penyunting buku Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM) cetakan 2004 menjelaskan bahawa kaedah Za ba telah diubah mengikut kaedah phonologi dan bentuk perkataan bahasa Melayu yang telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pertama, perkataan Melayu asli. Kedua, Perkataan Melayu yang dipinjam daripada bahasa Arab.

38 Penggunaan Konsonan Ṣād,)ص( Sīn,)س( dan Thā )ث( dalam Sistem Ketiga, perkataan Melayu yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. Ketiga-tiga kumpulan ini mempunyai kaedah ejaan yang berbeza. Perbezaan yang jelas ialah dalam mengeja perkataan pinjaman Arab yang secara umumnya dengan mengekalkan gambaran asal perkataan tersebut dalam bahasa Arab. Walaupun usaha kerajaan untuk memertabatkan tulisan Jawi telah dilakukan melalui seminar, persidangan, konvensyen, bengkel, pertandingan, klinik Jawi, carnival dan lain-lain lagi, tetapi masyarakat Malaysia masih lagi menyambut dingin terhadap tulisan Jawi. Nik Rozila dalam kajiannya menyatakan bahawa Penguasaan pelajar dalam Jawi adalah lemah terutama dalam aspek-aspek yang diuji (2007:161). Faizal mendapati segelintir pelajar mahasiswa pengajian Islam UKM kurang meminati tulisan Jawi Walaupun mereka mempelajari tulisan Jawi bermula pada awal usia enam tahun (2009: 155). Ia bukan sahaja disebabkan oleh kekurangan minat para pelajar atau sistem pendidikan yang tidak memberi kredit kepada tulisan Jawi. Ia mungkin bermula daripada kaedah yang bercelaru dan kurang mantap serta tidak mesra pengguna yang menyebabkan mereka kurang berminat. Hal seperti inilah yang menuntut supaya kajian berkaiatan sistem tulisan Jawi terus dilakukan bagi memertabatkannya demi servival masa depan. Permasalahan Kajian Banyak kaedah ejaan dalam penulisan Jawi masih belum selesai dan mengelirukan pengguna dan pengamalnya. Melalui pemerhatian pengkaji, kaedah penulisan Jawi dilihat tidak begitu tersusun dan tidak tekal. Perubahan yang dilakukan dalam sistem PUEJBM tidak berasaskan hujah yang jelas sehingga banyak mendatangkan masalah dan kecelaruan. Kecelaruan berlaku pada penggunaan vokal (alif, yᾱ dan waw) dan konsonan seperti penggunaan qᾱf )ق( dan kāf,)ك( antara,)ص( dan ṣᾱd (ش) shin,(ث) thᾱ, ) )س antara sīn,)ذ( dan dhāl )ز( zai antara )ح( dan )ه, țᾱ (ط) dan tā (ت) dan seupamanya. Selain daripada itu berlaku juga kekeliruan ejaan perkataan pinjaman Arab, dimana ada perkataan pinjaman yang diubah ejaannya dan ada yang dikekalkan. Ini semua merupakan masalah dalam tulisan Jawi yang memerlukan kepada satu kaedah yang konsisten yang berpandukan kepada teori fonetik yang betul dan boleh diterima. Sistem PUEJBM yang digunapakai sekarang ini tidak dapat memberi,)س( sīn,)ص( hujah yang kukuh bagaimana penggunaan konsonan ṣād )ث( thā yang ditulis dengan [s] dalam tulisan Rumi seperti perkataan

39 Penggunaan Konsonan Ṣād,)ص( Sīn,)س( dan Thā )ث( dalam Sistem solat, salji, sebab dan salah dapat dibezakan oleh pengguna tulisan Jawi dari kalangan orang Melayu. Adakah mereka dapat menulis, ثلجي,صالة perkataan tersebut dalam tulisan Jawi dengan betul seperti Adakah mereka tahu asal usul perkataan tersebut?ساله and سبب daripada bahasa Arab? Adakah mereka tahu bentuk tulisan asalnya dan kenapa perlu dikekalkan dalam bentuk tulisan asalnya walaupun perubahan fonen dari segi sebutan telah berlaku? Mengikut huraian fonetik, Fonem [s] bersifat frikatif alveolar tak bersuara (Indirawati & Abdul Hamid, 2016:118) atau bersifat geseran, ص) ) Sād tak bersuara dan gigi-gusi (Nor Hashimah, 2015:31-35). ث) ) Thā merupakan suara geseran, tak bersuara, tebal dan gigi-gusi. merupakan suara geseran, tak bersuara, nipis dan gigi. Manakala sīn ) س) pula merupakan suara geseran, tak bersuara, nipis, dan gigi- [س] gusi (Manaf Mahdi, 1998: 90). Beliau menjelaskan bahawa fonen sama dengan fonem [s], manakala [ص] sifatnya lebih tebal dipadankan dengan simbol [ṣ] dan [ث] dipadankan dengan simbol [ṯ = ɵ] (Ibid,,[س] 116). Ini bermakna fonem [s] paling hampir dengan fonem 1998: manakala fonem [ص] dan fonem [ث] yang ada dalam Bahasa Melayu adalah pinjaman daripada bahasa lain yang kebanyakannya dipinjamkan daripada Bahasa Arab. Jika diperhatikan kepada asal usul kosa kata bahasa Melayu dalam entri ṣād,)ص( dan )ث( thā dalam kamus Pustaka Melayu Arab, didapati semuanya berasal daripada bahasa asing yang kebanyakannya daripada bahasa Arab. Amat Juhari menjelaskan bahawa dalam linguistik sejarawi, perubahan fonem pada perkataan pinjaman Arab telah berlaku supaya dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi bahasa Melayu. Hal ini berlaku kerana lidah Melayu sukar untuk melafazkan sesetangah perkataan pinjaman Arab. Hal ini mendorong orang Melayu melakukan perubahan dan penyesuaian bunyi (2016, 31-32). Perubahan fonen [ع] Arab dan penyesuaiannya terjadi dengan jelas sekali seperti [ض] [z], menjadi [ظ] [k], menjadi [ق] [g], menjadi [غ] [a], menjadi [ح] [s], menjadi [ش] [s], menjadi [ص] [s], menjadi [ث] [d], menjadi menjadi [h] dan sebagainya (Ibid, 2016: 31-40). Mengikut Carmel Heah (1989), kata pinjaman dalam sesebuah bahasa dapat diklafisikasikan kepada empat bahagian, iaitu: i) Kata pinjaman tidak berasimilasi, iaitu yang tidak mengalami حج perubahan dalam sistem ejaan (Carmel, 1989: 99) seperti dan banyak lagi perkataan yang مبرور عيد مبارك رمضان مبارك

40 Penggunaan Konsonan Ṣād,)ص( Sīn,)س( dan Thā )ث( dalam Sistem tersenarai dalam kamus yang jarang digunapakai (lihat Amat Juhari, 2016). ii) Kata pinjaman separa asimilasi, iaitu leksikal pinjaman yang سجود mengalami perubahan morfem (Carmel, 1989: 103), seperti.سوجود قوات هيمت menjadi قوة همة iii) Kata pinjaman asimilasi penuh, iaitu leksikal yang berlaku perubahan bentuk pada kata asal tersebut. Perubahan bentuk mencerminkan kemasukan yang baru ke dalam bahasa. Ia juga bergantung kekerapan kengunaannya dalam bahasa. Dalam kebanyakan kes, bentuk ini telah menjadi sebahagian daripada bahasa (BM) sejak lama dahulu dan menjadi sebahagian kata umum. Leksikal jenis ini mengalami proses asimilasi lengkap dari segi sistem ejaan dan menyebabkan kebanyakan orang melayu tidak tahun asal usul bahasa tersebut bahkan menganggapnya سوجود علمو sebagai bahasa Melayu (Carmel, 1989: 103), seperti wajah, (sujud, ilmu, rujuk, روجوع واجه بادن صيفت عقيدة عبادة badan, sifat, akidah dan ibadah) daripada asal perkataan Arab. سجود علم رجوع وجه بدن صفة iv) Kata pinjaman asimilasi sistem ejaan, iaitu sebutan dalam bahasa asalnya menyamai sebutan dalam bahasa pinjaman, tetapi yang membezakannya ialah bentuk ejaan yang dieja berdasarkan bunyi seperti cek (BM) daripada cheque (BI) dan gezet (BM) daripada gazette (BI) (Ibid, 1898: 103) dan sujud,سوجود hakim حاكيم, rukun (BA). سجود حاكم ركن كافر (BM) daripada كافير kafir,روكون Kata pinjaman asimailasi separa, penuh dan asimilasi sistem ejaan bahasa Arab ini dapat dilihat dengan jelas dan menjadi masalah dalam sistem ejaan Jawi. Ini kerana tiada kesepadanan antara sebutan dan penggunaan simbul (fonen) dalam sistem ejaan Jawi. Sebagai contoh, ejaan Rumi menggunakan fonen [s] pada perkataan solat, sahabat, salji, selasa, sebab manakala dalam ejaan Jawi menggunakan fonen yang berbeza iaitu ث س].[ص Kaedah tulisan Jawi ini memperlihatkan bahawa penulisan kata pinjaman Arab harus dikekalkan kecuali penambahan vokal alif, ya dan wau pada sesetengah perkataan. Hal ini menimbulkan banyak kesukaran kepada pengguna tulisan Jawi kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang sejarah dan aspek sosiol budaya Melayu dan Arab. Mereka kurang arif penggunaan fonen yang berbeza iaitu ث س] [ص dalam ejaan Jawi. Oleh sebab itu, mereka menggunakan fonen [س] yang sepadan dengan fonen [s] seperti dalam tulisan Rumi.

41 Penggunaan Konsonan Ṣād,)ص( Sīn,)س( dan Thā )ث( dalam Sistem Sekiranya masalah perubahan fonen dan morfem bagi kata pinjaman bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu dapat diatasi dengan baik oleh pengamal bahasa Inggeris di Malayia seperti screw menjadi skru, gazette menjadi gezet, discussion menjadi diskusi, communication menjadi komunikasi, community menjadi komuniti, driver menjadi derebar, book menjadi buku dan sebagainya, maka kata pinjaman bahasa Arab dalam bahasa Melayu seharusnya mengalami perubahan yang sama untuk disesuaikan dengan lidah Melayu dan bagi menjadikan tulisan Jawi lebih mudah didekati dan dipelajari. Persoalan Kajian Berdasarkan huraian dalam permasalahan kajian di atas, secara ringkasnya kajian ini bertolak daripada persoalan berikut: 1) Sejauh mana tahap penguasaan fonem ث س] [ص dalam kalangan pengguna Melayu dalam sistem tulisan Jawi berdasarkan kaedah Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM)? 2) Bagaimanakah pendekatan yang sesuai yang patut diambil untuk menyelesai masalah penggunaan fonem ث س] [ص dalam sistem tulisan Jawi yang dihadapi oleh pengguna Melayu? Objektif Kajian 1) Mengenal pasti tahap kecekapan pengguna Melayu terhadap fonem dalam sistem tulisan Jawi berdasarkan kaedah [ص ث س] Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM). 2) Mengemukakan pendekatan yang sesuai yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah penggunaan fonem ث س] [ص dalam sistem tulisan Jawi yang dihadapi oleh pengguna Melayu khususnya dan bukan Melayu Amnya. Kaedah Kajian Kajian ini berbentuk kuntitatif yang melibatkan 45 responden yang terdiri pelajar Bachelor Bahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia. Mereka adalah pelajar semester 6 bagi sesi pengajian 2017/2018. Kesemua responden diminta menduduki ujian dalam tempoh 15 minit dan dilakukan 15 November 2017 di bilik Kuliah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Soalan mengandungi 60 perkataan bahasa Melayu ditulis dalam tulisan Rumi. Pelajar diminta menulis perkataan tersebut dalam tulisan Jawi. Justifikasi pemilihan pelajar tersebut kerana mereka telah mempelajari tulisan Jawi dan sebagai pelajar

42 Penggunaan Konsonan Ṣād,)ص( Sīn,)س( dan Thā )ث( dalam Sistem universiti mereka seharusnya mendapat pendedahan tentang tulisan Jawi yang menjadi warisan bangsa yang berharga. Kebanyakan perkataan yang diuji terdiri daripada kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu. Ini bertujuan untuk melihat penguasaan mereka dalam penggunaan fonem ث س] [ص yang ditulis dalam ejaan Rumi menggunakan simbol [s]. Perkataan tersebut seperti dalam jadual (1) di bawah: Jadual (1): Senarai Perkataan Bahasa Melayu Dalam Ejaan Rumi Yang Diminta Supaya Menulis Dalam Ejaan Jawi Bil. Tulisan Rumi Bil. Tulisan Rumi Bil. Tulisan Rumi Bil. Tulisan Rumi 1 salat 9 salji 17 Silaturahim 24 tasawuf 2 sabar 10 sabit 18 subuh 25 silsilah 3 sawab 11 selasa 19 tasrif 26 saham 4 sahifah 12 taksub 20 tashih 27 sebab 5 sahabat 13 fasal 21 tasdik 28 sanawi 6 safar 14 fasih 22 tasbit 29 salib 7 saf 15 sanubari 23 saum 30 selawat 8 sufi 16 suhuf Analisis Data Perbincangan i) Pencapaian Pelajar Daripada jumlah 45 orang pelajar yang menduduki ujian, hanya seorang pelajar (2.2%) mendapat markah baik (B), seorang pelajar (2.2%) mendapat markah sederhana baik (B-), seorang pelajar (2.2%) mendapat markah kurang memuskan (C-). Jumlah pelajar yang mendapat gred F yang dianggap gagal paling ramai iaitu 42 orang (93.3%). Pencapaian pelajar berdasarkan gred dapat dilihat dalam jadual (2) di bawah: Jadual 2: Pencapaian Pelajar Berdasarkan Gred Markah Gred Bil. Res. % Tahap 80-100 A 0 0 Cermelang 75-79 A- 0 0 Sangat baik 70-74 B+ 0 0 Sangat Baik 65-69 B 1 2.2 Baik 60-64 B- 1 2.2 Sederhana baik 55-59 C+ 0 0 Memuaskan

43 Penggunaan Konsonan Ṣād,)ص( Sīn,)س( dan Thā )ث( dalam Sistem 50-54 C 0 0 Memuaskan 47-49 C- 1 2.2 Krg memuaskan 44-46 D+ 0 0 Lemah 40-43 D 0 0 Sangat Lemah 0-39 F 42 93.33% Gagal Total 45 100% ii) Analisis Kesalahan Ejaan Hasil ujian mendapati bahawa majoriti pelajar melakukan kesalahan yang sangat ketara sekali. Pelajar masih lemah dalam penggunnan konsonan atau fonem ث س] [ص dalam sistem ejaan Jawi. Kebanyakan pelajar menggunakan fonem [س] ketika menulis perkataan yang diuji bagi mengantikan fonem [s]. Contoh kesalahan tersebut boleh dilihat dalam jadual (3) di bawah: Jadual 3: Contoh Kesalahan Ejaan Jawi oleh Pelajar Bil. Rumi Ejaan Betul Ejaan Salah Bil. Rumi Ejaan Betul Ejaan Salah 1 salat صالة صالت/ صلت 16 fasih فصيح فاسه/ فاسح 2 sabar صبر صابر/ سبر 17 Sanubari صنوبري صنوباري/ سانوباري 3 sawab ثواب صواب/ ساواب 18 sanawi ثلنوي ساناوي/ سانوي 4 sahifah صحيفة سحيفاح/ صاهيفة 19 salib صليب ساليب/ سلب 5 sahabat صحابت ساحبة/ صحبة 20 selawat صلوات سالوات/ ثالوت 6 safar صفر سفر/ سافر 21 Silaturahim صلة الرحيم سيالتورهم/ سيالتورهيم 7 saf صف سف/ ساف 22 subuh صبح سوبوه/ سوبوح 8 sufi صوفي سوفي/ ثوفي 23 tasrif تصريف تسريف/ تصرف 9 suhuf صحف صوهوف /سوحوف 24 tashih تصحيح تسرحه/ تسهيه 10 saum صوم ساوم/ صاوم 25 tasdik تصديق تسديق/ تسدق 11 salji ثلجي سلجي/ ساجي 26 tasbit تثبيت تسبيت/ تسبية 12 sabit ثابت سابيت/ 27 tasawuf تصوف تاساوف/

44 Penggunaan Konsonan Ṣād,)ص( Sīn,)س( dan Thā )ث( dalam Sistem سبيت تصحوف 13 selasa ثالث سالس / سالسا 28 silsilah سلسلة سيلسيلة/ سلسسيلة 14 taksub تعصوب تعسوف/ تمسوب 29 saham ساهم ساهام/ ساحم 15 fasal فصل فاسل/ فسل 30 sebab سبب سيبات/ سوباب Note: Ejaan Jawi yang betul dalam jadual 3 berdasarkan buku Daftar kata bahasa Melayu Rumi Sebutan Jawi Edisi Kedua Cetakan Kedua 2016. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur Jadual (3) menjelaskan contoh kesalahan yang dilakukan oleh responden. Mereka menulis saf, salji dan saham menggunakan fonem Responden tidak dapat membezakan.ساهم dan سلجي,سف seperti [س] antara fonen,[ص] [ث] dan [س] dengan baik. Dari segi artikulasi sebutan, ketiga-tiga bunyi tersebut mempunyai sifat dan artikulasi yang berbeza. Kesalahan tersebut disebabkan dua faktor. Pertama, sebutan fonen [ص] dan [ث] sudah diasimilasikan dan disesuaikan dengan sebutan Melayu yang paling hampir dengan sebutan fonen [س] atau [s]. Kedua, kegagalan responden mengenalpasti asal usul dan bentuk tulisan perkataan tersebut, sama ada kata pinjaman atau asal perkataan bahasa Melayu menyebabkan mereka menggunakan bunyi asal Bahasa Melayu [s] atau [س] dalam tulisan mereka. Pendekatan Fonetik Sifat dan artikulasi fonen,[س] [ث] dan [ص] berbeza seperti yang ص) ) Sād dinyatakan dalam bahagian permasalahan kajian di atas. ث) ) Thā merupakan suara geseran, tak bersuara, tebal dan gigi-gusi. merupakan suara geseran, tak bersuara, nipis dan gigi. Manakala sīn ) س) pula merupakan suara geseran, tak bersuara, nipis, dan gigigusi. Fonen-fonen tersebut ada dalam senarai konsonan bahasa Arab yang asli yang dipakai dalam sebutan perkataan dan dibezakan dengan jelasnya. Tetapi dalam bahasa Melayu, fonen [ث] dan [ص] adalah pinjaman dan tidak wujud dalam perkataan asal Melayu serta tidak dapat dibezakan oleh orang Melayu dengan baik melainkan mereka yang berpendidikan agama. Bunyi fonen [ص] dan [ث] sudah diasimilasikan dengan bunyi [س] dalam masyarakat Melayu. Jika diperhatikan kepada asal usul kosa kata bahasa Melayu dalam entri ṣād dalam kamus Pustaka Melayu Arab, didapati )ث( thā dan,)ص( semuanya berasal daripada bahasa asing yang kebanyakannya daripada bahasa Arab.

45 Penggunaan Konsonan Ṣād,)ص( Sīn,)س( dan Thā )ث( dalam Sistem Apabila sebutan perkataan Arab sudah tidak lagi disebut mengikut sifat dan artikulasi yang betul bagi setiap fonen mengikut sebutan tempatan (Melayu), maka sepatutnya bentuk tulisan juga berubah dan ditulis mengikut bunyi sebutan yang betul. Ini bermakna perkataan saf seharusnya ditulis سف bukan lagi.صف Begitu juga dengan salji dan tasdik sepatutnya ditulis سلجي dan تسديك bukan lagi ثلج dan تصديق sesuai dengan sebutan Melayu. Perubahan bunyi dan bentuk tulisan berdasarkan kaedah dan sebutan Melayu dapat dilihat pada perkataan pinjaman Inggeris seperti screw menjadi skru, gazette menjadi gezet, discussion menjadi diskusi, communication menjadi komunikasi, community menjadi komuniti, driver menjadi derebar, book menjadi buku dan sebagainya. Apakah kata pinjaman bahasa Arab dalam bahasa Melayu tidak boleh berlaku perubahan seperti tersebut? kenapakah berlaku perubahan pada اصطالح,سوجود (sujud) ditulis سجود sesetengah perkataan Arab seperti,فولن (fulan) ditulis فالن,دوبور (dubur) ditulis دبر,ايستيله (istilah) menjadi sebagainya? dan هوجه (hujah) ditulis حجة,كوله (kolah) ditulis قلة Pendekatan fonetik yang menuntut supaya sebutan dan bunyi ditulis dalam bentuk fonen yang bersesuaian tanpa ada pengecualian dapat menyelesaikan banyak masalah dalam sistem tulisan Jawi yang bercelaru sekarang ini. Fonen [ص] dan [ث] yang terdapat dalam senarai konsonan tulisan Jawi seharusnya diselaraskan dengan sistem ejaan Rumi yang hanya menggunapakai fonen [s] atau [س] sahaja. Ini kerana fonen [ص] dan [ث] bukan asal bahasa Melayu dan sebutannya lebih hampir kepada fonen [s] atau.[س] Mengikut pendekatan ini, [ث] dan [ص] dicadangkan perkataan Arab yang mengandungi fonen ditukar kepada [س] seperti صايون (sabun) dieja صبح,سابون (subuh) dieja seumpamanya. dan سابيت (sabit) dieja ثابت,سوبوه PENUTUP [س] dan [ص] Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan konsonan dan [ث] sangat lemah dalam kalangan pelajar universiti yang [ص] mengambil jurusan bahasa Melayu. Ini disebabkan oleh sebutan dan [ث] sudah diasimilasasikan dengan sebutan [س] disamping kesukaran mereka dalam mengenalpasti asal usul dan bentuk tulisan. Pengekalan bentuk tulisan asal kata pinjaman Arab dari segi konsonannya menyebabkan pengguna menghadapi masalah kerana

46 Penggunaan Konsonan Ṣād,)ص( Sīn,)س( dan Thā )ث( dalam Sistem tidak mengetahui asal-usul sejarah bahasa dan aspek sosiol budaya Melayu dan Arab. Perubahan ejaan perkataan pinjaman Arab dalam tulisan Jawi harus dilakukan selaras dengan kemampuan sebutan dalam kalangan orang Melayu dan sesuai dengan fonem dan konsonan asal yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, dicadangkan bahawa perkataan yang menggunakan fonem [ص] dan [ث] harus diganti dengan fonen [س] atau [s] sahaja. Perubahan sistem ejaan Jawi di Malaysia harus dilakukan berdasarkan pendekatan fonetik dan fonologi yang betul. Ini bertujuan bagi memperkasakan sistem ejaan Jawi supaya lebih mudah didekati dan dipelajari. Mempertahankan sistem ejaan Jawi yang bercelaru dan fanatik dengan sistem yang ada tanpa melihat bagaimana perubahan berlaku ke atas perkataan pinjaman bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu merupakan suatu tindakan yang tidak dapat membantu proses perkembangan dan pembangunan tulisan Jawi di Malaysia. RUJUKAN Abu Abdul Latif. (1993). Kamus Pustaka Melayu Arab. Cet. ke-3. Kuala Lumpur: Darulfikir. Amat Juhari Moain. (2016). Kata Pinjaman Arab dalam Bahasa Melayu: Perubahan Bunyi dan Makna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Che Siah Che Man. (2014). Pendekatan pengajaran Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) (Cet. Pertama 2001, Edisi Kedua Cetakan Kedua 2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi. (2016). Edisi kedua Cetakan kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid & Niswa @ Noralina binti Abdullah. (2009). Penguasaan di Kalangan Mahasiswa Pengajian Islam: Kajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (Ipta) Tempatan. Dlm. Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 4, 145 156. Hamdan Abdul Rahman. (2015). Panduan menulis dan mengeja Jawi. Edisi ke-2, cet. Ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Heah, Carmel Lee Hsia. (1989). The Influence on English on the Lexical Expension of Bahasa Malaysia. KL: Dewan Bahasa dan Pustaka. Indirawati Zahid & Abdul Hamid Mahmood. (2016). Pengantar Fonetik. KL: Dewan Bahasa dan Pustaka.

47 Penggunaan Konsonan Ṣād,)ص( Sīn,)س( dan Thā )ث( dalam Sistem Kementerian Pendidikan Malaysia (Asiah Abu Samah bekas Ketua pengarah pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1992. Matlob (1989). Rahsia Belajar Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Hussein Baharuddin (2002). Sistem. Batu Caves: Pustaka Wira. Muhammad, Manaf Mahdi. (1998). Ilm al-aswat al-lughawiyyah. Beirut: Alam al-kutub. Nik Rosila Nik Yaacob. (2007). Penguasaan Jawi dan Hubungannya Dengan Minat dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Dlm. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jil.22, 161-167. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Hashimah Jalaludin. (2015). Asas Fonetik. KL: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (PEJYD). (1986). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Abidin Ahmad (Za ba). (1931). Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi. Singapura: Printes Ltd. Zainal Abidin Ahmad (Za ba). (1931). Rahsia ejaan Jawi. Singapura: Malaya Publishing House Limited. Zainal Abidin Ahmad (Za ba). (2009). Rahsia ejaan Jawi. Transliterasi Asmah Haji Omar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Prof. Madya Dr. Ab. Halim Mohamad Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang E-mail: abhalim@upm.edu.my