PERANAN DAN PELAKSANAAN RUNDING CARA KEKELUARGAAN: SATU KAJIAN DI JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR

Similar documents
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5 th IRMIC 2018) Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PENILAIAN PENGETAHUAN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI PENERBIT RANCANGAN GRED B27/ B28

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

PROSEDUR SOKONGAN KEPUASAN PELANGGAN. PK.UniMAP.(P).11. Disediakan oleh : Disemak oleh : Diluluskan oleh :

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Jurnal Pembangunan Sosial 9 (Jun) 2006: ZAINAB ISMAIL ABSTRACT

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

PENGURUSAN. Kod Dokumen: UPM/PGR/P003 PROSEDUR KAWALAN KETAKAKURAN, TINDAKAN PEMBETULAN, DAN PELUANG PENAMBAHBAIKAN

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

Transcription:

PERANAN DAN PELAKSANAAN RUNDING CARA KEKELUARGAAN: 1070 SATU KAJIAN DI JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR Nur Zulfah Md Abdul Salam, Zaini Yusnita Mat Jusoh, Azizah Binti Mohd Rapini, Zanariah Dimon, Hammad Mohamad Dahalan nurzulfah@kuis.edu.my Jabatan Undang-undang, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). ABSTRAK Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merupakan salah satu daripada agensi yang membantu masyarakat Islam di Negeri Selangor dalam hal ehwal kekeluargaan. Bagi penyelesaian dan pertikaian masalah rumahtangga, pihak-pihak boleh mendapatkan runding cara atau khidmat nasihat kekeluargaan di unit runding cara kekeluargaan (URK). JAIS telah menerbitkan Prosedur Operasi Standard Khidmat Nasihat & Runding Cara Kekeluargaan (SOP) yang memperincikan aspek pengurusan pelaksanaan runding cara. Walaubagaimanapun pengendalian dan kemahiran runding cara tidak diperincikan dalam SOP tersebut dan sehingga kini ianya dilaksanakan bergantung kepada kepakaran pegawai runding cara yang terlatih. Objektif kajian membincangkan secara lanjut peranan yang dimainkan oleh Pegawai runding cara dalam melaksanakan proses runding cara kekeluargaan disamping membentuk satu kaedah pengendalian runding cara kekeluargaan yang terbaik. Metodologi kajian yang digunapakai adalah melalui pendekatan kualitatif dengan melakukan pengumpulan maklumat dari sumber temubual, perpustakaan dan laman web. Hasil kajian ini dapat merangka satu kaedah dalam pengendalian runding cara kekeluargaan yang mampu dijadikan rujukan dan panduan. Walaupun runding cara kekeluargaan Islam ini tidak dimestikan kepada setiap pasangan yang menghadapi konflik kekeluargaan, namun kaedah tersebut boleh menjadi satu inovasi kepada kaedah konvensional dalam memberikan nasihat, bimbingan dan rundingan menyeluruh merangkumi aspek fizikal, mental, sosial, emosi, rohani dan spiritual. Seterusnya, ianya turut menjadi rujukan kepada pihak-pihak profesional tertentu dalam mengendalikan runding cara yang berkesan. Kata kunci: Runding Cara, Kekeluargaan, pengendalian, peranan, bimbingan, kaedah dan nasihat. 699

1. PENDAHULUAN Jabatan agama Islam Selangor menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat dan runding cara yang dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah seluruh negeri Selangor bagi menguruskan aduan rumah tangga dan pertanyaan mengenai pelbagai aspek kehidupan dan kekeluargaan seperti isu pernikahan, perceraian, rujuk dan krisis rumah tangga serta hal-hal yang berkaitan syariah Islamiah. Runding cara ialah proses membimbing pelanggan dalam pertemuan yang melibatkan perhubungan dua hala antara pegawai runding cara dengan individu yang memerlukan bimbingan dan jalan penyelesaian. Perkhidmatan runding cara terbahagi kepada tiga iaitu, Khidmat Nasihat Umum, Aduan Kekeluargaan serta sesi Jawatankuasa Pendamai yang diarahkan oleh Mahkmah Syariah (Jabatan Agama Islam Selangor). Sehubungan itu, artikel ini akan mengemukakan peranan dan pelaksanaan runding cara kekeluargaan berdasarkan data dan temu bual daripada Seksyen Runding Cara, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 2. LATAR BELAKANG SEKSYEN RUNDING CARA JAIS Pejabat Agama Islam dahulunya dikenali sebagai Pejabat Kadi yang lebih sinonim bagi masyarakat setempat sebagai tempat mendapatkan khidmat nasihat. So memang pejabat agama ni asalnya pejabat kadilah kan.. cuma orang datang untuk dapatkan khidmat nasihat. (Pegawai Seksyen Runding Cara Keluarga, JAIS. 03:03). Salah satu bahagian di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ialah Bahagian Undang- Undang Keluarga yang bervisikan, berusaha membantu membina dan mengukuhkan institusi keluarga yang cemerlang bertemakan baiti jannati yang menepati kehendak syariat Islam dan diredhai Allah. Manakala misi jawatankuasa ini menyediakan perkhidmatan, memupuk kefahaman dan mendidik masyarakat Islam mengenai pembangunan dan pengurusan kekeluargaan berlandaskan Enakmen Undang-undang Keluarga dan Hukum Syarak untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan cemerlang. Seterusnya, Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS telah menetapkan tujuh objektif dalam merealisasikan visi dan misi yang telah dibangunkan. Pertama, mewujudkan perkhidmatan kekeluargaan kepada masyarakat dengan penuh tanggungjawab, cekap, bersih dan amanah. Kedua, menyampaikan kepada masyarakat Islam mengenai penghayatan Islam atau cara hidup (ad-din) di dalam kehidupan kekeluargaan. Ketiga, mewujudkan perhubungan baik di kalangan keluarga Islam bagi memperolehi keredhaan Allah S.W.T. Keempat, mengimplementasikan kepada masyarakat umum mengenai Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam dan peraturan-peraturan yang lain untuk keharmonian ummah. Kelima, melahirkan kesedaran masyarakat umum mengenai kepentingan pelaksanaan undang-undang keluarga Islam serta akibat atau kesan perlanggarannya. Keenam, melahirkan generasi soleh yang berkemampuan menangani pembangunan yang seimbang. Yang terakhir, meningkatkan penggunaan teknologi maklumat untuk penyebaran data-data aduan, nikah, cerai, rujuk dan penyampaian maklumat pembangunan kekeluargaan kepada masyarakat Islam. 700

Sehubungan dengan itu, Seksyen Runding cara Keluarga diwujudkan di bawah Unit Khidmat Nasihat yang dikelola oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS bagi mencapai keseluruhan misi, visi, dan objektif yang telah digariskan. BUUK ni sebenarnya dia ada beberapa seksyenlah..dia dua..tiga unit. So bawah unit tu ada.. bawah ni ada seksyen runding cara keluarga. (Pegawai Seksyen Runding Cara Keluarga, JAIS. 05:10). Perkhidmatan di seksyen Runding Cara Keluarga JAIS merupakan satu perkhidmatan percuma dan berbentuk sukarela. Pelanggan yang hadir tidak akan dikenakan bayaran untuk khidmat runding cara yang diberikan. Maksudnya perkhidmatan disediakan percuma oleh pihak JAIS lah... (Pegawai Seksyen Runding Cara Keluarga, JAIS. 05:47). Tiada sebarang peruntukan atau bidang kuasa dalam menentukan perjalanan perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini juga boleh didapati daripada mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tanpa mengikut prosedur pemastautinan pengadu. Even di Sepang sekalipun, walaupun mereka duduk nilai, tapi bersebelahan dengan Sepang.. kita boleh terima orang Nilai tu untuk buat sesi runding cara (Pegawai Seksyen Runding Cara Keluarga, JAIS. 07:47). Ini bermakna, Seksyen Runding Cara Keluarga di JAIS bukan hanya memilih pengadu mengikut tempat pemastautinan atau dalam bidang kuasa pejabat sahaja. Malah menerima kehadiran pengadu dari mana-mana daerah. Perkhidmatan luas merangkumi keseluruhan penduduk di Negeri Selangor. Kebanyakkan pegawai pula berlatar belakangkan jurusan pengajian Islam. Yang mana secara khususnya mereka mempunyai kemahiran dan pengetahuan hukum syarak dan pendidikan Islam serta Syariah. Walaubagaimanapun ada juga di antara mereka mempunyai pendidikan kaunseling atau Sijil Kaunseling. Syarat mestilah ada..syariah, pendidikan islam.. kalau ada kaunseling itu adalah value addedlah maksudnya kita akan utamakan dan yang berkahwin yang macam tulah.. tiada syarat yang ni mesti..ni mesti.. takdelah tapi kita utamakan. (Pegawai Seksyen Runding Cara Keluarga, JAIS. 07:15). Sebagai tambahan untuk memperluaskan kemahiran, pegawai runding cara keluarga akan dihantar untuk mendapatkan Sijil Tinggi Kaunseling Syarie yang mempunyai 4 modul tidak termasuk kursus asas selama sebulan mengikut peringkat pada hari minggu bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) bagi memantapkan kemahiran mereka. Selain itu, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga akan mengadakan program dan kursus susulan bagi penambahbaikan dan peningkatan mutu kerja pegawai runding cara. Sijil..Tinggi.. Kaunseling.. Syarie.. aa.. sebabnya.. kitakan kaunselor, apakah kita punya.. orang kata.. nak kata kelayakan. Ha.. competency.. lah kan. Sijil Tinggi Kaunseling Syarie tu dia..tu dia.. ada sijillah.. sijil ni dia ambil masa sebulan.. dia ada 4 tahaplah. Selain tu.. 701

selain daripada kita hantar pegawai pergi kursus sijil tinggi kaunseling syarie ni, kita sendiri di HQ ni buat program..haa.. untuk..meningkatkan kemahiran runding cara lah.. macam mana skill untuk mendengar, skill untuk membuat keputusan, skill untuk memujuk dan membimbing..yang tu paling pentinglah.. dan kita ada jugak buat kursus pengendalian jawatankuasa pendamai.. di IRJAS pun kita ada kemahiran runding cara.. kita adakan program latihan untuk pegawai runding cara disamping kemahiran yang mereka bina sendirilah.. bila dah handle macam-macam orang.. automatically dia akan ada kemahiran macam mana nak handle emosi..kan. (Pegawai Seksyen Runding Cara Keluarga, JAIS. 39:50). Sijil Tinggi Kaunseling Syarie ini juga merupakan satu inisiatif yang terbaik bagi membezakan kelayakan di antara kaunselor syarie dan juga kaunselor sivil. Ini kerana, Sijil Tinggi Kaunseling Syarie ini diberikan kepada Pegawai-pegawai Runding Cara yang telah pun mendapat perkhidmatan di Jabatan Agama Islam. Untuk menambah kemahiran dan kecekapan mereka, mereka dihantar ke kursus. Manakala, Sijil Kaunseling yang diperolehi oleh Kaunselor ianya merupakan sijil kelayakan professional yang mereka perlu sertakan semasa memohon jawatan sebagai kaunselor. 3. PERANAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH KEKELUARGAAN Noresah Baharom (2007) di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat telah mendefinisikan runding cara sebagai khidmat nasihat menerusi perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya. Kebiasaannya amalan runding cara ini diamalkan di Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di bahagian Undang-Undang Kekeluargaan. Runding cara melibatkan proses khidmat pemberian bimbingan dan nasihat menerusi perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya. Sementara itu, kajian Mohamed Sharif Mustaffa (2003) mendapati perkhidmatan runding cara di jabatan agama Islam dilaksanakan oleh pegawai kaunseling bagi membantu pasangan suami isteri yang mempunyai masalah rumah tangga. Walau bagaimanapun, kajian mendapati kebanyakan pasangan yang mendapat khidmat nasihat sudah mempunyai keputusan untuk bercerai dan proses kaunseling hanya untuk memujuk mereka untuk mengubah fikiran. Seterusnya, Shamshina Mohamad Hanifa (2013) menjelaskan satu lagi kaedah iaitu rundingan. Rundingan tidak melibatkan penglibatan mana-mana pihak ketiga. Ini kerana pihak yang terlibat sendiri (pihak yang bertikai) mengawal proses dan hasilnya. Mereka cuba untuk mengenal pasti perkara-perkara yang saling menarik dalam menyelesaikan isu-isu yang timbul untuk mencapai situasi menang-menang ( win-win situation ). Ini membantu untuk meletakkan sesuatu dalam perspektif yang lebih baik dan mewujudkan impak yang berpanjangan, selain menjimatkan kos dan masa, ianya juga dapat mengeratkan hubungan daripada memburuk-burukkan antara pihak-pihak berkenaan. Konsep runding cara keluarga menurut Rifda El-Fiah (2016) melibatkan proses khidmat nasihat yang mengambil kira aspek kerohanian, syariah dan aqidah bagi mencapai matlamat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Terdapat empat tujuan kaunseling keluarga menurut perspektif Islam iaitu; pertama, membantu individu mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam konflik rumahtangga. Kedua, membantu individu untuk mencegah timbulnya masalah-masalah yang berkaitan dengan kehidupan rumah tangga (keluarga). Ketiga, 702

membantu individu menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan pernikahan dan kehidupan berumah tangga. Yang terakhir, membantu individu memelihara keharmoniaan dan kerukunan rumahtangga. Berdasarkan kajian oleh Raihanah Azahari (2007) di Unit Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Daerah Petaling di Shah Alam mendapati, wanita merupakan jumlah yang paling ramai menjadi pengadu. Kenyataan ini menunjukkan bahawa wanita mungkin merasa lebih tertekan apabila berlakunya permasalahan rumahtangga. Kenyataan ini juga menunjukkan bahawa terdapat kecenderungan yang tinggi berlakunya pengabaian tanggungjawab di kalangan para suami memandangkan jumlah mereka yang diadu adalah 204 orang atau 68%. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa aduan krisis rumah tangga yang diterima oleh Jabatan Agama Islam Daerah Petaling di Shah Alam adalah dari pelbagai latar belakang, tahap pendidikan dan status ekonomi. Antara aduan yang paling banyak dikemukakan ialah kegagalan suami memberikan nafkah kepada isteri, poligami, meninggalkan isteri atau menghilangkan diri, sikap suami yang suka menjalinkan hubungan dengan perempuan lain. Ini disokong oleh jenis aduan yang disenaraikan dalam Prosedur Operasi Standard Khidmat Nasihat & Runding Cara Kekeluargaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) (Khidmat Nasihat & Runding Cara Kekeluargaan). Nurhanisah Hadigunawan & Raihanah Azahari (2016) juga memperolehi dapatan yang sama dalam kajiannya yang mendapati antara faktor konflik rumah tangga disebabkan faktor yang sama. Walau bagaimanapun, kajian mendapati hasil runding cara di Bahagian Undang- Undang Keluarga di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) penghayatan Islam adalah penting dalam mengekalkan kerukunan rumah tangga. Seterusnya, Suhaya Deraman, et al. (2017) menyatakan bahawa penerapan nilai-nilai Islam adalah sangat penting dalam proses kaunseling kekeluargaan. Berbeza dengan pendekatan kaunseling barat yang tidak menekankan aspek rohani seseorang individu dan lebih menekankan nilai rasional yang perlu dipatuhi bagi membolehkan seseorang individu itu dapat menjalankan tugas kehidupannya dengan teratur. Kemudian, Ahmad Atabik (2013) mengatakan kaunseling dalam keluarga merupakan suatu proses bimbingan kepada individu yang menghadapi konflik rumahtangga secara konsisten oleh kaunselor atau pegawai runding cara. Secara asasnya, Seksyen Runding Cara Keluarga berperanan sebagai penyelaras dan menjadi orang tengah kepada penyelesaian permasalahan kekeluargaan sebelum kes-kes tersebut difailkan di mahkamah oleh mangsa atau dikenali sebagai penyelesaian luar mahkamah. Biasanya rundingcara ni ada penyelaras dan handle keslah.. (Pegawai Seksyen Runding Cara Keluarga, JAIS. 04:25). Namun, terdapat lima peranan Seksyen Runding Cara yang telah ditetapkan di Seksyen Runding Cara Keluarga, JAIS iaitu, pertama; menyelaras pengurusan khidmat nasihat runding cara keluarga dan jawatan kuasa pendamai seperti mana yang telah digariskan di dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Khidmat Nasihat dan Runding Cara Kekeluargaan 703

JAIS. Kedua, menyelaras data maklumat berkaitan dengan runding cara keluarga. Ketiga, merancang aktiviti dan program berkaitan seperti latihan untuk pegawai runding cara dan kelima, mengadakan khidmat nasihat kekeluargaan dan mengurus aktiviti pendaftaran. Yang pertama menyelaras pengurusan khidmat nasihat rundingcara keluarga dan jawatankuasa pendamai..kira rundingcara ni ada tigalah macam dalam SOP tersebutkan.. pastu kita menyelaras data maklumat berkaitan dengan tu pastu kita ada.. aa.. merancang aktiviti dan programlah.. latihan untuk pegawai runding cara kemudian kita adakan khidmat nasihat dan kekeluargaan dan mengurus aktiviti pendaftaran. (Pegawai Seksyen Runding Cara Keluarga, JAIS. 08:46). 4. PELAKSANAAN PROSES RUNDING CARA Kebiasaannya amalan runding cara ini diamalkan di Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di Bahagian Undang-Undang Kekeluargaan (BUUK). Terdapat perbezaan amalan dan pelaksanaan runding cara di Jabatan-Jabatan Agama Islam di Malaysia. Begitu juga dengan cara pelaksanaan proses runding cara di Seksyen Runding Cara Keluarga, Bahagian Undang- Undang Kekeluargaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Perkhidmatan runding cara keluarga di JAIS hanya beroperasi pada waktu kerja semasa dan pada hari minggu. Pada masa bekerja ini adalah bermula jam 8pagi sehingga 5 petang. Tujuan pelaksanaan dibuat dalam masa pejabat kerana ianya lebih bersistematik dan segala rekod keterangan dapat disimpan baik dalam fail. Memang office hour, kita tak buat runding cara di luar waktu pejabat sebab tu bila saya turun ke daerah-daerah, saya akan pesan pada pegawai runding cara ni.. aa.. kita hanya buat runding cara ni hanya di waktu pejabat sahaja sebab kadangkala..aarrmm.. laporan runding cara ni dicheck oleh pihak mahkamah..dan setiap yang kita buat sesi tu kita record kan.. kalau kita buat di luar..aa..dia akan jadi tak officiallah. (Pegawai Seksyen Runding Cara Keluarga, JAIS. 07:53). Ini bermakna, sekiranya terdapat aduan atau panggilan di luar waktu pejabat, sesi runding cara tersebut akan ditetapkan janji temu pada masa akan datang bagi memudahkan penyimpanan data dan rujukan proses keterangan di mahkamah pada masa akan datang. Selain daripada mahkamah, seksyen ini juga mempunyai hubungan baik dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), hospital dan pihak-pihak yang terlibat berkaitan dengan rujukan permasalahan pengadu atau yang diadu bagi memudahkan perjalanan sesi runding cara berjalan dengan lancar. Agensi-agensi lain, kita ada hubungan baik dengan Kementerian Kesihatan.. AADK, JKM.. maksud hubungan baik tu adalah agensi lain pun mendapatkan maklumat daripada kita dan kita pun mendapat maklumat daripada diorang. Hospital macam ada masalah-masalah pcycatery kan.. memang kita akan rujuk kepada hospitallah. (Pegawai Seksyen Runding Cara Keluarga, JAIS 10:08). 704

4.1 Prosedur Penerimaan Aduan Kekeluargaan Sehubungan dengan itu, prosedur penerimaan aduan kekeluargaan berdasarkan SOP Khidmat Nasihat dan Runding Cara Kekeluargaan adalah seperti berikut; pertama, aduan kekeluargaan boleh diterima hanya apabila pelanggan hadir ke kaunter Pejabat Agama Islam Daerah. Ini bermakna, sebarang aduan yang dibuat di luar kaunter adalah tidak dikira seperti melalui panggilan telefon ataupun secara online. Kedua, pelanggan yang hadir untuk runding cara hendaklah mengisi mengisi borang aduan seperti yang telah ditetapkan. Biasa muqaddimah..aa.. Saya akan perkenalkan dirilah..ok, saya puan Maryam, pegawai khidmat nasihat runding cara di sini.. yang akan mengendalikan kes tuan dengan puan..aa.. jadi sebelum kita mulakan sesi ni.. kita mulakan dengan bacaan ummul kitab al-fatihah.. So kita baca al-fatihah.. So kita akan tanya, intro tu kita untuk intro tu kita just tanya ok, duduk kat mana? Aa.. apa khabar? Kan.. dah makan ke tadi kan? Aa..aa.. apa boleh saya bantu tuan puan? Ha macam tulah, intro memang kita akan mulakan dengan Al-Fatihahlah.. kita akan bagitahu dia, ok.. tuan puan saya ada masa 60 minit untuk bantu puan selesaikan apa konflik yang dihadapilah.. So nanti.. kita nak dengar dululah daripada pengadulah.. Siasa pengadu..apa yang pengadu tak puas hati dan biasakan.. kalau dua-dua nak bercakap, ok, macam ni tuan puan, kita ada giliranlah.. untuk saya cakap biar saya bercakap..ok..aa.. isteri cakap dulu pastu encik pulak, encik ada peluang jangan risau.. so nanti ada giliran hak untuk bercakap dan cuba bincanglah.. bincang..rundinganlah orang kata kan. Maksudnya lepas dia isi borang, dia akan tengok dulu.. kalau khidmat nasihat umum.. dia tak isi borang.(pegawai Seksyen Runding Cara Keluarga, JAIS. 54:39) Ini bermakna, kebiasaannya pengadu akan diminta mengisi borang maklumat diri sebelum sesi rundingan dimulakan. Sesudah itu, borang mereka akan dinilai bagi mengenal pasti latar belakang pengadu. Seterusnya, sesi rundingan akan dimulakan dengan bacaan Surah Al- Fatihah, perkenalan diri (muqaddimah) dan makluman awal sesi hanya diperuntukkan selama 60 minit. Sesi akan dijalankan berdasarkan latar belakang dan permasalahan pengadu. Namun berbeza bagi Khidmat Nasihat Umum (KNU) yang melibatkan persoalan-persoalan umum selain daripada permasalahan berkaitan kekeluargaan, mereka tidak perlu mengisi borang maklumat diri. Ketiga, permohonan pelanggan yang ingin mendapatkan runding cara kekeluargaan adalah mengenai berikut :- a. Aduan suami/isteri; b. Aduan bekas suami/bekas isteri; c. Aduan anak/ibu bapa; d. Aduan adik beradik/keluarga; atau e. Aduan-aduan lain. Seterusnya keempat, pegawai perlu memastikan pemohon mengisi maklumat di dalam borang dengan lengkap. Kelima, surat perakuan nikah diperlukan bagi aduan yang melibatkan atau isteri. Keenam, borang aduan yang telah lengkap diisi hendaklah dicap penerimaan tanda pengesahan permohonan. Ketujuh, borang aduan yang telah diterima hendaklah difailkan di dalam Fail Aduan Kekeluargaan dan didaftarkan di dalam buku daftar. 705

Yang terakhir, Fail Aduan dan Buku Daftar Aduan Kekeluargaan dijelaskan dalam Prosedur Pengurusan Rekod dan Maklumat. 4.2 Prosedur Menjalankan Sesi Runding Cara Terdapat langkah-langkah yang telah ditetapkan di bawah SOP Khidmat Nasihat dan Runding Cara Kekeluargaan, JAIS yang perlu dipatuhi iaitu, yang pertama; pelaksanaan sesi runding cara aduan kekeluargaan hendaklah dijalankan oleh Pegawai Runding Cara. Sehubungan dengan itu, Pegawai Runding Cara hendaklah:- a. Menjalankan sesi runding cara berdasarkan senarai tugas yang telah ditetapkan. b. Menerima dan menjalankan sesi runding cara bagi semua kes aduan kekeluargaan. c. Menggunakan teknik kaunseling berdasarkan hukum syarak dan kaedah-kaedah yang bersesuaian. d. Menjalankan sesi runding cara mengikut Kod Etika Pegawai Runding Cara Khidmat Keluarga yang telah disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kita ada etika runding cara JAKIM lah..jakim punya.. tapi saya tak sure ada simpan lagi ke tak.. yang tu dah lama dah.. etika tu biasa je etika.. etika bersama rakan sekerja.. etika biasalah. (Pegawai Seksyen Runding Cara Keluarga JAIS. 1:40:50). Ini membuktikan etika pegawai runding cara keluarga hanya diperuntukkan di bawah JAKIM dan merangkumi perkara asas pegawai. e. Mengguna pakai Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah 1995, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 serta mana-mana undang-undang bertulis yang berkaitan. Hal ini kerana, tiada sebarang undang-undang atau peruntukan bertulis bagi Seksyen Runding Cara Keluarga di Negeri Selangor. Cuma dekat Perak ada sebut khidmat nasihat dalam enakmen undang-undang..selangor takde (Pegawai Seksyen Runding Cara Keluarga, JAIS. 07:10). f. Merujuk kepada kitab-kitab yang sesuai bagi permasalahan yang berkaitan hukum kekeluargaan Islam. Selain itu, Pegawai Runding Cara hendaklah berpakaian bersih dan kemas serta mengikut kod etika berpakaian penjawat awam. Pegawai juga hendaklah mengingatkan pelanggan tarikh temu janji yang telah ditetapkan dan menghubungi semula sekiranya gagal hadir. Namun, sekiranya pegawai hendak bercuti atau di arah mengikuti kursus, hendaklah memaklumkan kepada pelanggan lebih awal untuk penetapan tarikh janji temu yang baru. Contohnya, pelanggan yang hadir secara datang terus (walk-in) atau pertama kali hadir selepas mendapat surat panggilan rundingcara, maka Pegawai Runding Cara yang lain yang ada pada ketika itu akan menjalankan runding cara. Oleh yang demikian, sekiranya berlaku pertukaran, pegawai pengganti hendaklah membaca dan meneliti fail kes aduan sebelum meneruskan sesi runding cara setelah mendapat kebenaran Ketua Unit atau PTA. Seterusnya, pegawai hendaklah memaklumkan kepada pelanggan, sesi runding cara yang diperuntukkan antara 45 minit sehingga 60 minit sahaja. Tempoh masa terpaksa ditetapkan dengan mengambil kira penggiliran terhadap pelanggan-pelanggan lain yang hadir juga. 706

Sebelum sesi tu adalah bagitahu peruntukan masa kita adalah selama 60 minit. Susulan dia tu ikut quelah..que, klien banyak ni. Nak buat susulan kena tengok susulan yang lain jugak. Maknanya either kena ada buku khas, jadual khas, diorang akan stalk in lah.. aa.. apa ni.. aa.. kekosongan. (Pegawai Seksyen Runding Cara Keluarga, JAIS. 9:57). Walaubagaimanapun, peruntukan masa yang diberikan tertakluk kepada situasi kes aduan tersebut. Manakala bagi sesi susulan akan dijalankan bagi permasalahan yang memerlukan rundingan tambahan. Sesi susulan akan disusun mengikut kekosongan tarikh dan masa. Tempat runding cara yang dijalankan hendaklah di dalam bilik khas yang telus pandangan, aliran udara yang baik, kedap bunyi serta kemas dan bersih.boleh juga menggunakan meja bulat yang mana bertujuan memastikan Pegawai Runding Cara dan pelanggan dapat bertemu muka dan jalinan komunikasi berlaku dalam keadaan baik. Sebab tulah dalam SOP kita.. syarat bilik runding cara tu adalah yang kedap suara, kedap bunyi.. termiss pandangan..ataupun..aa.. dia adalah cara-cara dia..privasi dia yang kita kena jagalah.. dan tempat simpanan fail pun disimpan di tempat yang rahsia dan selamat. (Pegawai Seksyen Runding Cara, JAIS. 10:21). Ini bermakna, segala maklumat, pertemuan, data dan perihal berkaitan runding cara akan dirahsiakan. Tambahan lagi, Pegawai Runding Cara hendaklah mengenal pasti jenis aduan mengikut Senarai Jenis Aduan yang tertera di dalam borang aduan. Di samping itu, Pegawai Runding Cara hendaklah mencatatkan perkara penting dalam Catatan Runding Cara dan menyediakan Laporan Runding Cara Kekeluargaan mengikut format seperti mana yang ditetapkan. Selepas sesi kita akan guna lampiranlah maksudnya catatan jawatankuasa pendamai. Segala butiran sesi memang pegawai akan catatkan kat sinilah.. contohnya kenapa nak bercerai.. anak berapa orang.. so semua akan catat kat sini. So, daripada ini akan buat laporan untuk dihantar ke mahkamah. Ini memang formatnya..seluruh Selangor guna format ni. (Pegawai Seksyen Runding Cara Keluarga, JAIS. 9:15). Pegawai juga hendaklah mencatat setiap arahan atau tindakan di dalam kertas minit yang telah disediakan di dalam fail. Seterusnya, pegawai hendaklah mencatatkan keputusan sesi runding cara di ruangan tindakan pada muka hadapan fail, sama ada:- a. Selesai : Kes aduan yang berjaya diselesaikan. b. Proses : Kes aduan yang masih memerlukan sesi janji temu. c. Mahkamah : Kes aduan yang memerlukan pengadu membuat sebarang permohonan (yang berkaitan) ke mahkamah. d. KIV : Kes aduan yang tidak mendapat kerjasama antara pihak. e. Tutup : Kes aduan ditutup kerana bercanggah dengan peraturan sedia ada atau pengadu membuat keputusan untuk menutup kes. Bagi permasalahan yang tidak berjaya diselesaikan diperingkat rundingan dan diteruskan ke mahkamah, kes akan ditutup di Seksyen Runding Cara Keluarga. Ini bermaknan pihak 707

Seksyen Runding Cara tidak lagi meletakkan pelanggan tersebut dalam tanggungjawab mereka. Lagi satu kalau kes yang runding cara yang dah sampai ke mahkamah, kita akan tutup. (Pegawai Seksyen Runding Cara Keluarga, JAIS. 1: 22: 32) Yang terakhir, penjelasan mengenai Fail Aduan Kekeluargaan akan dijelaskan dalam Prosedur Pengurusan Fail Aduan dan Buku Daftar Aduan Kekeluargaan. Bermakna akhir sekali, pegawai akan menulis sedikit disitu apakah pengakhiran kes atau sesi runding cara yang dikendalikan. Akhir sekali, sesi runding cara akan ditamatkan dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr diikuti bacaan doa oleh pegawai runding cara yang berkhidmat. Sesi kita dah tamat kita.. sudahi dengan tasbih kafarah, subhanallazi sakharalana asyhadu an la ilaha.illa anta. semua tu.. dan biasanya saya akan berdoalah bagi menyentuh sikit hati-hati yang orang ni kan.. ya Allah ya tuhan ku.. kau satukanlah hati-hati.. (Pegawai Seksyen Runding Cara Keluarga, JAIS. 1: 28: 05). Bacaan doa adalah bagi memberikan kesedaran kepada pengadu atau yang diadu supaya kembali bermuhasabah terhadap kesalahan atau kecuaian diri. Ini adalah salah satu daripada proses yang membezakan runding cara kekeluargaan Islam dengan kaunseling sivil. Islam amat menitikberatkan konsep dan pegangan ukhrawi dalam hal duniawi. 5.0 KEBERKESANAN UNIT RUNDING CARA KELUARGA Tiada statistik atau sebarang data yang direkodkan bagi menilai keberkesanan sesi runding cara di Seksyen Runding Cara Keluarga, JAIS. Namun secara kasarnya, kebanyakkan kes-kes yang difailkan di seksyen ini akan dirujuk ke mahkamah sekiranya tidak berjaya didamaikan namun terdapat juga kes-kes yang berjaya diperingkat ini namun bukan di dalam kategori majoriti. Kita tak ada statistik yang tu..hmm.. biasa kita tengok proses selesai.. kalau sepakat, selesailahkan.. ada jugak tak sepakat tapi selesai jugak.. sebab apa..aa.. pengadu ni buat keputusan ke mahkamah..kan..biasanya akan..akan akan sele.. selesai. Memang akan selesai.. cuba berbaik semula.. amalan tak jadi bercerai tu.. Memang ada yang tak jadi bercerai..tapi sikitlah..ada, ada.. tapi bukan majoriti. (Pegawai Seksyen Runding Cara Keluarga, JAIS. 1:31:01). Hal ini jelas menunjukkan kebanyakan pasangan yang hadir mendapatkan runding cara sudah mempunyai keputusan untuk bercerai dan proses runding cara adalah hanya untuk memujuk mereka untuk mengubah fikiran. 6.0 KESIMPULAN Institusi keluarga merupakan satu badan yang besar dalam membentuk masyarakat umum terutama dalam mengangkat peradaban agama Islam. Hal ini memerlukan tenaga, penggubalan, penyelarasan dan pelaksaaan yang menyeluruh serta efektif dalam memastikan institusi keluarga di Selangor khususnya yang beragama Islam dapat mencapai keharmonian dan menikmati baiti jannati sesuai dengan visi dan misi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejak dari peringkat awal lagi iaitu melalui Seksyen Runding Cara Keluarga. 708

Oleh yang demikian, Seksyen Runding Cara Keluarga di JAIS memerlukan penambahbaikan dari segi penyediaan modul runding cara, etika pegawai runding cara dan penguatkuasaan serta pengrekodan keberkesanan pelaksanaan sesi runding cara bagi penilaian dan penambahbaikan pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, tenaga mahir di dalam seksyen ini juga perlu dipertingkatkan bagi mencapai objektif yang telah digariskan sesuai dengan visi dan misi di Bahagian Undang-Undang Keluarga, JAIS. 7.0 RUJUKAN Ahmad Atabik. 2013. Konseling Keluaga Islami (Solusi Prolematika Kehidupan Berkeluarga). Konseling Religi : Jurnal Bimbingan Konseling Islam. 4: 165-184. Noresah Baharom. 2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nurhanisah Hadigunawan & Raihanah Azahari. 2016. Penghayatan Islam dan Hubungannya dengan Konflik Rumahtangga: Kajian di Unit Runding Cara, Bahagian Undang- Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor. Jurnal Syariah. Jil. 24, Bil. 3: 393-422. Jabatan Agama Islam Selangor. T.T. Prosedur Operasi Standard Khidmat Nasihat & Runding Cara Kekeluargaan. Selangor : Jabatan Agama Islam Selangor. Mohamed Sharif Mustaffa. 2003. Analisis Keperluan Kaunseling Terhadap Masalah Perceraian, Kajian Kes Kualitatif di Jabatan Agama Islam Johor. Seminar Kebangsaan Kaunseling (pp. 1,12-13). Kedah: Universiti Utara Malaysia (UUM). Raihanah Azahari. 2007. Permasalahan Rumahtangga : Kajian di Unit Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Daerah Petaling, Selangor. Jurnal Syariah. 15:1: 115-128. Rifda El-Fiah. 2016. Konseling Keluarga dalam Perspektif Hukum Islam. Analisis. Volume XVI:1: 153-172. Shamshina Mohamad Hanifa. 2013. Law of Arbitration in Malaysia : A Practical and Fair Avenue for Achieving Justice. Malayan Law Journal Articles, 1. Suhaya Deraman, Salasiah Hanin Hamjah, Ahmad Irdha Mokhtar, Mohamad Izzat Emir Ghazali. 2017. Persepsi Masyarakat Terhadap Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Spiritual. Islamiyyat. 39(1): 57-65. Temubual bersama Pegawai Unit Runding Cara, di Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam pada 28 Jun 2018. 709