Konsep Ta dib Menurut Pandangan Cendekiawan Islam
|
|
- Amy Russell
- 6 years ago
- Views:
Transcription
1 Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization Editors: Rahimah Embong, Mohamad Zaidin Mohamad, Hanif Md Junid, Fadzli Adam & Syed Hadzrullathfi Syed Omar Research Institute for Islamic Product and Malay Civilization (INSPIRE) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ISBN (2017), http: // Konsep Ta dib Menurut Pandangan Cendekiawan Islam Mior Mohd Mizan Mior Pi 1, Rahimah Embong 2 & Kasimah Kamaruddin 3 1 Pelajar Sarjana, Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE), Universiti Sultan Zainal Abidin, 2 Felo Penyelidik, Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE), Universiti Sultan Zainal Abidin, 3 Doktor Falsafah Pengurusan Pembangunan Islam, Pusat Kajian Pengurusan Islam, Universiti Sains Malaysia, Abstrak: Pendidikan yang diwarisi dari dahulu hingga kini merupakan pendidikan yang berteraskan Barat yang bertujuan untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab (responsible citizen). Malah dalam Islam, telah wujud sekian lama pendidikan berteraskan Islam yang dinamakan ta dib. Secara umumnya, ta dib ialah proses mendidik yang lebih tertumpu kepada pembinaan dan penyempurnaan akhlak atau budi pekerti dalam pembentukan peribadi muslim yang berakhlak mulia. Terdapat pelbagai pandangan cendekiawan berkaitan ta dib antaranya al-attas, Imam Al-Ghazali dan Ibnu Sina. Persoalannya, apakah latar belakang Imam Al-Ghazali, Ibnu Sina dan Al-Attas? Dan apakah pandangan Imam Al-Ghazali, Ibnu Sina dan Al-Attas terhadap konsep ta dib? Kertas kerja ini bertujuan menjelaskan konsep ta dib menurut pandangan cendekiawan Islam dan melihat sejauh mana pendekatan ta dib dapat menangani masalah disiplin pelajar yang berleluasa kini? Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa ta dib menurut pandangan al-attas adalah lebih tepat kerana merangkumi kesemua unsur-unsur ta dib iaitu unsur-unsur ilmu ( ilm), pengajaran (ta lim), dan penyuburan yang baik (tarbiyah). Kata Kunci: Konsep, Ta dib, cendekiawan Islam PENGENALAN Pendidikan yang ada sekarang adalah pendidikan yang diasaskan oleh sistem sekular penjajah, iaitu sistem yang memisahkan agama dan nilai-nilainya dari pendidikan akal dan jasmani. Manakala pendidikan kerohanian tidak lebih dari menyampaikan fakta-fakta untuk dihafal tapi tidak menghidupkan jiwa dan hati (El-Muhammady,1991:55). Setiap sistem pendidikan mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Maka selaras dengan matlamat akhir pendidikan dalam tamadun barat untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab (responsible citizen) Hal ini berbeza dengan matlamat dan teras utama konsep pendidikan Islam adalah untuk melahirkan insan yang baik (good man) atau insan yang sempurna (insan al-kamil) dan seimbang atau manusia yang adil sifatnya(asma, 2012:251). Dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, maka perlu diterapkan pendekatan ta dib dalam diri seseorang. Hali ini kerana, ta dib merupakan pendidikan adab yang berteraskan konsep ilmu dan amal bagi melahirkan insan yang beradab seterusnya dapat melaksanakan perintah Allah SWT demi mencapai kebahagiaan di dunia dan Akhirat (Rusliza,2015:40). Tiga tokoh pemikir telah dikenal pasti bagi menjelaskan pandangan mereka mengenai ta dib. Tiga tokoh tersebut terdiri daripada Imam al-ghazali, Ibnu Sina dan Syed Muhammad Naquib al-attas. Ketigatiga tokoh tersebut masing-masing mewakili zamannya sendiri iaitu al-ghazali dan Ibnu Sina mewakili pendidikan zaman tradisional, manakala Syed Muhammad Naquib Al-Attas mewakili zaman moden sekarang. 136
2 LATAR BELAKANG TOKOH Imam al-ghazali Nama lengkapnya ialah Muhammad bin Muhammad Abu Hamid al-ghazali, bergelar Hujjatul Islam, dilahirkan di Tusia Bandar Khurasan pada tahun 450H (1058M). Beliau dibesar dan diasuh oleh seorang guru tasawuf dan setelah mencapai umur dewasa al-ghazali berhijah ke Nisapur berguru dengan Imam al- Haramain sehingga menguasai pelbagai bidang ilmu iaitu fiqh mazhab Syafi i, mantiq dan falsafah. Imam al- Ghazali adalah pengarang sebuah kitab yang dikenali sebagai Ihya Ulum al-din atau dikenali dengan ihya al-ghazali. Kitab ini secara keseluruhannya memfokuskan tentang pendidikan. Sekurang-kurangnya tujuh bab pertama adalah secara khusus mengenai pendidikan iaitu; (i) kelebihan ilmu, kelebihan belajar dan mengajar,(ii) Ilmu-ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah,(iii)ilmu yang bukan ilmu dan jenis-jenis ilmu yang tercela,(iv)bahaya perdebatan, pertengkaran dan perselisihan pendapat, (v) Adab guru dan murid, (vi) bahaya ilmu kepada pemiliknya,(vii) akal, kelebihan akal dan bahagian akal (al-ghazali,2004:14). Ibnu Sina Nama lengkap Ibnu Sina adalah Abu Al-Husain ibnu Abd Allah ibn Hasan ibnu Ali ibn Sina. Ibnu Sina dilahirkan di Afsyna dekat Bukhara pada tahun 980 M dan meninggal pada tahun 1037 M dalam usia 58 tahun. Jasadnya dikebumikan di Hamadzan. Ibnu Sina dilahirkan dalam masa kekacauan, ketika Khilafat Abbasiyah mengalami kemunduran dan negeri-negeri yang mula-mula berada di bawah kekuasaan khilafah tersebut mulai melepaskan diri satu persatu untuk berdiri sendiri. Ibnu Sina dibesarkan di daerah kelahirannya. Ia belajar al-qur an dengan menghafal dan belajar ilmu-ilmu agama serta ilmu-ilmu pengetahuan umum seperti astronomi, matematik, fizik, logik, perubatan, dan ilmu metafizik. Sebelum mencapai usia 16 tahun, beliau sudah menguasai ilmu kedoktoran, sehingga banyak orang yang datang kepadanya untuk berguru. Beliau menguasai ilmu kedoktoran ini secara teori dan praktikal (Aan Rukmana, 2013:22). Ibn Sina terkenal sebagai anak yang memiliki kepandaian sangat luar biasa (chil prodigy). Pendidikan Ibn Sina bersifat ensiklopedik mulai dari tata bahasa, geometri, fizik, perubatan, hukum, dan teologi. Pengetahuan yang pertama kali ia pelajari adalah membaca al-qur an, setelah itu ia melanjutkan dengan mempelajari ilmu-ilmu agama Islam seperti Tafsir, Fiqh, dan Usuluddin (Abuddin Nata, 2003 :62). Syed Muhammad Naquib al-attas Syed Muhammad Naquib ibn Ali ibn Abdullah ibn Muhsin al-attas, dilahirkan di Bogor, Jawa Barat pada 5 September Latar belakang keluarga telah memberikan pengaruh yang besar dalam pendidikan awal al- Attas. Beliau telah mendapat pendidikan dalam ilmu-ilmu keislaman melalui keluarganya di Bogor manakala melalui keluarganya di Johor, beliau memperoleh dan mengembangkan dasar-dasar bahasa, sastera, dan kebudayaan Melayu. Syed Naquib al-attas merupakan satu-satunya pemikir dan sarjana di rantau alam Melayu yang banyak menyumbang tenaga fikirnya dalam pemahaman mengenali pendidikan. Beliau telah menghasilkan puluhan rencana dan buku mengenai falsafah pendidikan dan hal-hal yang berkaitan epistemologi (Wan Mohd Nor, 2005;1-2). KONSEP TA DIB BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH Menurut Ibn Manzur (1999:93) dan al-fairuz Abadi (1997:128), perkataan ta dib merupakan kata terbitan daripada addaba iaitu allama datang dalam bentuk timbangan taf il atau fa ala yang menurut ilmu bahasa Arab digunakan untuk menggambarkan usaha menghubungkan objek daripada suatu perbuatan kepada makna asal perbuatan tersebut. Ta dib berasal dari addaba yang bermaksud allama iaitu mendidik orang lain cara beradab atau melatih dnegan sifat beradab. Menurut Mahmud Yunus (1990: 37), kalimat ta dib memberi maksud proses mendidik yang lebih tertumpu kepada pembinaan dan penyempurnaan akhlak atau budi pekerti dalam pembentukan peribadi Muslim yang berakhlak mulia. Kita boleh fahami maksud ini daripada pengertian sudut bahasa dengan budi pekerti, moral dan etika yang seerti dengan akhlak. Jadi ta dib dan akhlak tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Ta dib adalah proses pendidikan ke arah penyempurnaan budi pekerti sebagaimana hadis nabi yang menujukkan bahawa diutuskan nabi adalah sebagai untuk menyempurnakan akhlak ummah. 137
3 Al-Attas Menurut al-attas (2012), pendidikan adalah penyemaian dan penanaman adab dalam diri seseorang yang digelar sebagai ta dib. Inilah yang menjadi intipati matlamat pendidikan beliau. Konsep adab dalam konteks pendidikan merangkumi aspek; adab terhadap diri sendiri, adab terhadap hubungan sesama ahli keluarga, adab terhadap ilmu, adab terhadap alam dan adab terhadap bahasa yang semuanya berkesudahan dengan wujudnya sistem nilai akhlak Islam pada setiap aspek kehidupan. Manakala contoh manusia yang paling beradab ialah Nabi Muhammad S.A.W ini diakui oleh sarjana Muslim lain yang menyebutnya sebagai manusia sempurna (al-insan al-kulliy). Menurut beliau lagi, konsep ta dib adalah yang paling tepat digunakan untuk pendidikan Islam jika benar difahami dan dijelaskan dengan baik, bukannya tarbiah ataupun ta lim. Beliau menyatakan struktur konsep ta dib sudah mengandungi unsur-unsur ilmu ( ilm), pengajaran (ta lim), dan penyuburan yang baik (tarbiah) sehingga tidak perlu lagi dikatakan bahawa konsep pendidikan Islam adalah sebagaimana yang terdapat dalam tiga serangkai konsep tarbiah, ta lim dan ta dib. Walaupun al-qur an tidak menggunakan kata akar adab tetapi perkataan adab digunakan dalam ucapan-ucapan Nabi S.A.W, para sahabat R.A, dalam puisi ataupun karya sarjana-sarjana Muslim yang datang setelah mereka. Menurut al-attas (1979) konsep ta dib dalam pendidikan menjadi amat penting diberi penekanan dan keutamaan memandangkan masyarakat Islam hari ini menghadapi gejala keruntuhan akhlak terutama di kalangan remaja Islam. Menurut beliau sebab keruntuhan akhlak di kalangan umat Islam ialah kerana kurang adab bukannya kerana tiada ilmu pengetahuan. Konsep ta dib yang dipelopori al-attas merupakan suatu gagasan pendidikan dalam Islam yang bermatlamat untuk menjadikan manusia yang seutuhnya serta mempunyai kecerdasan intelektual yang berlandaskan moral dan agama dalam melaksanakan kewajibannya. Hal ini dapat dilihat konsep ta dib yang telah mencakupi konsep ilmu dan amal. Dalam konsep ini dijelaskan bahawa setelah manusia dikenalkan kedudukannya, ia diharapkan dapat mengamalkan ilmunya dengan baik dalam kalangan masyarakat berdasarkan nilai-nilai moral dalam ajaran Islam (Rusliza, 2015:39). Imam al-ghazali Menurut Imam al-ghazali (1998:99) ta dib berasal daripada perkataan adab yang membawa maksud mengeluarkan tenaga dalaman yang terpendam dan secara semula jadinya cenderung kepada hakikat kebenaran supaya dimanifestasikan dalam bentuk tindakan atau tingkah laku. Beliau juga menafsirkan adab itu sebagai pendidikan diri jasmani dan rohani (ta dib al-zahir wal batin) yang merangkumi empat perkara iaitu perkataan, perbuatan, akidah dan niat seseorang. Menurut al-ghazali (1976:92), dalam menghuraikan konsep ta dib oleh guru sebagai proses mendisiplinkan kedua-dua aspek spiritual dan fizikal manusia, penguasaan ilmu pengetahuan dan perubahan sahsiah bertujuan untuk mencapai akhlak yang mulia. Al-Ghazali turut menyatakan ta dib sama seperti pekerjaan ladang yang perlu dibuang duri dan dicabut rumput agar tanaman dapat tumbuh dengan segar. Begitulah perumpamaan dengan manusia yang dilahirkan suci bersih perlu dibimbing melalui pendidikan supaya berkembang dan berfungsi dalam kehidupan. Pendidikan bukan setakat perkembangan fizikal malah akhlak jiwa dan kesopanan yang tinggi sesuai dengan taraf untuk menjalani kehidupan di bumi Allah SWT ( Ruszila, 2015:42). Namun demikian, dalam keterbatasan ruang penekanan hanya diberikan kepada adab pengajar (guru) dan pelajar menurut imam al-ghazali. Beliau memberi perhatian yang berat kepada guru, yang pada waktu itu disebut muaddib. Walaupun pada asalnya gelaran muaddib itu merujuk kepada guru-guru yang ditugaskan mendidik kepada anak-anak raja, amir dan wazir pada zaman itu, tetapi kemudiannya istilah muaddib menjadi sebutan masyarakat umum diberikan guru pada waktu itu. Al-Ghazali sangat menekankan pendidikan berkaitan akhlak. Menurutnya untuk memperoleh akhlak yang baik ada empat syarat iaitu; berilmu, mengawal amarah, mengawal syahwat dan keadilan. (Ghazali Basri,2008:89). Ibnu Sina Pemikiran Ibn Sina tentang pendidikan terkait dengan pemikirannya tentang falsafah ilmu. Menurut Ibn Sina ilmu terbagi menjadi dua, iaitu ilmu yang tidak kekal dan ilmu yang kekal (hikmah). Ilmu yang kekal dipandang dari peranannya sebagai alat dapat disebut logika. Berdasarkan tujuannya, maka ilmu dapat dibahagi menjadi ilmu yang praktikal dan yang teoretikal. Ilmu teoretikal seperti ilmu sains, matematik dan ilmu ketuhanan. Sedangkan ilmu yang praktikal adalah ilmu akhlak, ilmu pengurusan rumah, ilmu pengurusan kota dan ilmu nabi (shari ah). Ibnu Sina (1929:36) telah menggunakan istilah ta dib untuk merujuk kepada pendidikan, malah proses untuk melahirkan insan beradab ini seharusnya bermula seawal usia seseorang bayi itu menyempurnakan 138
4 tempoh penyusuannya. Anak-anak perlu diasuh dengan adab-adab yang telah di amalkan oleh Rasulullah S.A.W sehingga mereka mencapai usia mumayyiz iaitu akal mereka dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Dalam memformulasikan konsep pendidikan, Ibn Sina sangat menekankan pada pendidikan akhlak. Karena pada zaman itu suasana dan sosial politik memang sangat membimbangkan. Ketika itu fitnah terus berkecamuk sehingga kekacauan politik dan pertentangan aliran-aliran mazhab tengah melanda umat Islam. Situasi yang demikian menunjukkan bahawa betapa teruknya akhlak kaum Muslimin. Oleh yang demikian, baik secara langsung mahupun tidak langsung telah berpengaruh terhadap pemikiran pendidikannya (Ramayulis dan Samsul Nizar, 2005:30). Selanjutnya Ibn Sina membahagikan tingkatan pendidikan menjadi dua bahagian diantaranya adalah: a. Tingkat Umum: Pada tingkat ini anak dilatih untuk dapat belajar mempersiapkan badan jasmani, akal dan jiwanya. Pada tingkat ini anak diberi pelajaran membaca, menulis, al-qur an, masalahmasalah penting dalam agama, dasar-dasar bahasa dan sastera. b. Tingkat Khusus: Pada tingkat ini anak dipersiapkan untuk menuju suatu tahap iaitu mereka dilatih untuk melakukan secara amali yang berkaitan dengan masalah kehidupan. Ini kerana, jika hanya memiliki rasa ingin tahu saja belum cukup tetapi harus berlatih terus menerus. Di sini Ibn Sina hendak mengarahkan mengikut bakat-bakat yang sesuai dengan kemampuan dan kecenderungan anak didiknya (Samsul Ulum dan Triyo Supriyatno, 2006:49). KESIMPULAN Ketiga-tiga tokoh yang dipilih mewakili zaman tradisional dan moden yang membincangkan berkaitan konsep pendidikan atau ta dib. Tokoh-tokoh tersebut terdiri daripada Imam al-ghazali dan Ibnu Sina mewakili zaman tradisional manakala al-attas zaman moden. Maka hasil daripada pandangan tokoh-tokoh tersebut menunjukkan pendekatan ta dib amat sesuai dengan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan yang bertujuan melahirkan insan yang kamil atau insan adabi. Ini kerana menurut al-attas, konsep ta dib sudah mengandungi unsur-unsur ilmu ( ilm), pengajaran (ta lim), dan penyuburan yang baik (tarbiah). al-ghazali juga menegaskan konsep ta dib oleh guru sebagai proses mendisiplinkan kedua-dua aspek spiritual dan fizikal manusia, penguasaan ilmu pengetahuan dan perubahan sahsiah bertujuan untuk mencapai akhlak yang mulia. Manakala Ibnu Sina menekankan bahawa proses untuk melahirkan insan beradab ini seharusnya bermula seawal usia seseorang bayi itu menyempurnakan tempoh penyusuannya. PENGHARGAAN Kertas kerja ini sebahagian daripada projek penyelidikan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) kod rujukan: FRGS/1/2015/SS109/UNISZA/02/1. Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan, Universiti Sultan Zainal Abidin in Terengganu, RUJUKAN Al-Quran Al-Karim Aan Rukmana, (2013). Ibn Sina Sang Ensiklopedik, Pemantik Pijar Peradaban Islam. Jakarta: Dian Rakyat. Abuddin Nata (2003). Pemikiran Para Tokoh Pendidikan Islam, Suatu Kajian Filsafat Pendidikan Islam. Jakarta: Raja Grafindo Persada. Abdul Halim el-muhammady. (1991). Pendidikan Islam Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik. Petaling Jaya: Dewan Pustaka Islam. Al-Ghazali. (1976). Ihya Ulum Al Din. 4jil., Cairo: Mu assassa Al-Halabi Wa Sharaka Li l-nashr Wa l- Tawzi. Al-Ghazali. (1975). Ihya Ulum Al-Din. 4 jil. Beirut: Dar Al-Fikr Asmaa Mohd. Arshad. (2012). Konsep ta dib: Teras falsafah pendidikan Islam. Dalam Mohd. Zaidi Ismail & Wan Suhaimi Wan Abdullah (Ed.), Adab dan peradaban (hlm ). Petaling Jaya: MPH Group Publishing Sdn. Bhd. Al-Fairuz Abadi, Majdu al-din Muhammad bin Yaakob (1997). Al-Qamus al-muhit. Cet Pertama:Dar al- Ihya al-turath al-arabi Muassasah al-tarikh al-arabi. Hasan Langgulung. (1991). Pendidikan Islam Menghadapi Abad Ke-21. Shah Alam : Hizbi. Hasan Langgulung. (1995). Pendidikan Islam Dan Peralihan Paradigma. Shah Alam : HIZBI, Ibnu Manzur,Abu al-fadl Jamal al-din Mohammad bin Makrarm.(1966. Lisan al-arab.beirut:dar Beirut. Kamus Dewan. (2005). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan (2002). Buku Sukatan Pelajaran KBSM Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 139
5 Mohd Ismail Othman. (2006). Menangani Disiplin Di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Omar al-syaibany. (1991). Falsafah Pendidikan Islam. Terj Hasan Langgulung Shah Alam : Hizbi,. Rusliza Othman (2015). Pendekatan ta dib dalam menangani emosi pelajar akibat krisis keluarga. Tesis Master. Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia:Bangi. Sufian Husin, Ghazali Darul Salam. (2016). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan:Amalan Dan Analisis Kajian. Kuala Lumpur: University Malaya. Syed Muhammad al-naquib al-attas. (1981). Islam Dan Sekularisma. Terj. Karsidjo Djojosuwarno Bandung: Pustaka-Perpustakaan Salman, ITB, Syed Muhammad Naquib al-attas. (2001). Risalah Untuk Kaum Muslimin. Kuala Lumpur: Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam. Wan Mohd Nor Wan Daud (2005), Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib al-attas : Satu Huraian Konsep Asli Islmisasi, Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Ramayulis dan Samsul Nizar (2005). Ensiklopedi Tokoh Pendidikan Islam. Ciputat: Quantum Teaching. Samsul Ulum dan Triyo Supriyatno (2006). Tarbiyah Qur aniyah. Malang: UIN Press. 140
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER
Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 137-154 www.ukm.my/jhadhari The National University of Malaysia النفس الا نسانية عند فخر الدين الرازي (The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL
More informationPROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)
PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL) Published by: eisbn 978-967-14841-8-0 2nd International Conference On Islamic Education and Law (2ND ICIEL) Copyright 2018
More informationWPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat
DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master
More informationABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos
ABSTRAK Dewasa ini, kebanyakan pemuda Islam sedang rancak mengalami satu perubahan dan cabaran arus kemodenan sains yang bersifat duniawi. Kemodenan ini melihat kepada cara pemindahan sesuatu maklumat
More informationKey Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries
: : -..... - - - : - Abstract: The paper aims to explore the lexical materials in the Arabic Malay Bilingual Dictionaries scattered in the Malay speaking world in general, and in Malaysia in particular.
More informationSULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08
ARAHAN : Jawab EMPAT soalan sahaja. SOALAN 1 a) Bincangkan 2 sumber perundangan berikut : i. Qiyas ii. Ijma b) Ekonomi Islam merupakan ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan syariat dari
More informationIMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ
IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI FBMK 2013 42 EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON
More information(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia
Jurnal Hadhari 5 (2) (2013) 103-114 www.ukm.my/jhadhari (The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) 1 BADLIHISHAM MOHD. NASIR 2 OTHMAN TALIB 3 SULAIMAN IBRAHIM 1 Faculty of Islamic Civilization,
More informationUDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN
UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN NAMA PELAJAR/ NO. MATRIKS MOHD FAIRUZ BIN JILAINI DX100156DAJ04 MOHD REDUAN BIN ABDULLAH DX115025DAJ04 MOHD SHAHRIL
More informationوظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)
Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 155-170 www.ukm.my/jhadhari The National University of Malaysia وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State) *. *Corresponding author. Email: amirhusin66@gmail.com
More informationFEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL
iv FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL A dissertation submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master
More informationMOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF
MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of
More informationPEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH
iii PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Sarjana
More informationTINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH NUR AINI BINTI IDRIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA i TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA
More informationCOMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS
COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS AHMED ABUBAKER A. SALEH UNIVERSITY TECHNOLOGY MALAYSIA COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL ZULAINI BINTI YAHYA FSKTM 2012 27 QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING
More informationTHE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS
3 THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master
More informationSKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF
SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF by IRA MARANTIKA NIM 201332065 ENGLISH EDUCATION DEPARTMENT TEACHER TRAINING AND EDUCATION FACULTY MURIA KUDUS UNIVERSITY 2018 i ii DEIXIS USED
More informationHUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN
HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN NORUL HUDA BINTI MAT RASHID FAKULTI PENGURUSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
More informationEVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD
EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of the degree of Master
More informationMOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG
MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG A project report submitted in partial fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Computer
More informationSCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST
SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST 1. INTRODUCTION A logo is an icon that represents the identity of an institution. It is used not just to promote the institution itself, but should also be able to
More informationLampiran A : PETA NEGERI KEDAH
Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH Sumber : Kedah 1771-1821, The Search For Security and Independence, OXFORD UNIVERSITY PRESS LONDON NEW YORK Lampiran B : MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH SUMBER : LAMAN INFO
More informationMANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED
MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2013 MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENTS
More informationMATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA i MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS
More informationNOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan
NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan Sites boleh digunakan dalam penghasilan Sumber Pembelajaran. Sumber pembelajaran mengandungi beberapa halaman yang terdiri daripada teks, video
More informationRab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat
Pemikiran Islam Semasa di Singapura Oleh Ust Mohd Jakfar bin Hj Embek Diploma Pengajian Islam Ciri-Ciri Khusus Dalam Islam Rabbani sudut matlamat dan tumpuan fokus dalam hidup. Syumul (lengkap dan menyeluruh)
More informationreflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that
REFLEKSI PENGERTIAN REFLEKSI Pemikiran reflektif ialah pemeriksaan yang dilakukan secara aktif, teliti dan bersungguh terhadap kepercayaan, atau suatu yang didakwa sebagai pengetahuan (ilmu), berdasarkan
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE MAS RYNNA WATI AHMAD FBMK 2011 5 WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY
More informationMINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )
MINI KOLOKIUM KUIS BS 4205 23 SEPT 2014 - SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P ) BIDANG PENYELIDIKAN BIDANG : USULUDDIN (ISLAMIYYAT) PENGKHUSUSAN : TAFSIR LATARBELAKANG PENDIDIKAN B.A TAFSIR WA
More informationTHE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN
THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements
More informationMETAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI
METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy Language Academy Universiti
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ISLAMIC BANK EFFICIENCY AND PRODUCTIVITY IN MALAYSIA REZVAN TORABI FEP 2011 9 ISLAMIC BANK EFFICIENCY AND PRODUCTIVITY IN MALAYSIA BY REZVAN TORABI Thesis Submitted to the School
More informationFungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam
Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam Abd Ganing Laengkang e-mel:abdulganing@kuis.edu.my Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. ABSTRAK
More informationHAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis
1100091366 'Pe l) tesis 1100091366 A new preference scale of imuitiomstic fuzzy analytic hierarchy process and its application to sustainable energy planning 1 Norliana Mohd Najib. PUSAT PEMBElAJARAN DIGITAL
More informationA NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN
More informationTERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL
TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL A project report submitted in partial
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMPARISON OF AL- ASHA AND JARIR IN PANEGYRICAL AND SATIRICAL THEMES FAUWAZ BIN EBAU FBMK 0 0 COMPARISON OF AL- ASHA AND JARIR IN PANEGYRICAL AND SATIRICAL THEMES FAUWAZ BIN EBAU
More informationPARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
SOALAN NO: 15 PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN DARIPADA TARIKH SO ALAN : Lisan : Datuk Jumat bin ldris [ Sepanggar] : 13 November 2014 : Datuk Jumat bin ldris minta MENTERI
More information(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)
Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 171-190 wwwukmmy/jhadhari The National University of Malaysia التعايش السلمي بين الا ديان في الا سلام (The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam) KAMILOV ASKHABALI*
More informationHBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2007/2008 Oktober/November 2007 HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN Masa: 2 jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan
More informationEKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN
EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN Prosiding Seminar Antarabangsa Ke 8 Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran Kampus Tuanku Abdul Halim Mu adzam Shah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Langkawi,
More informationMTE3133: Penyelidikan Tindakan
Penyelidikan Tindakan: Konsep & Model MTE3133: Penyelidikan Tindakan Dr. Ng Kok Fu, Jabatan Matematik, IPG-KSAH Rujukan Mills, G. E. (2003). Action research: A guide for teacher researcher (2 nd ed.).
More informationSPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB
SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB PM. Dr. Jamalludin Harun Norah Md Noor Norasykin Mohd Zaid Department of Educational Multimedia Faculty of Education,
More informationLatihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh
Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- 1 DibentangkanOleh Versi 20120315 PENGENALAN MyMesyuarat merupakan sistem pengurusan keputusan mesyuarat atas talian dan tanpa menggunakan kertas. Merupakan salah satu produk
More informationPROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)
PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL) Published by: eisbn 978-967-14841-8-0 2nd International Conference On Islamic Education and Law (2ND ICIEL) Copyright 2018
More informationProses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan
Proses Penyelidikan Tindakan MTE3133: Penyelidikan Tindakan Hasil Pembelajaran Mengkaji proses penyelidikan tindakan Menerangkan tatacara menjalankan penyelidikan tindakan Adaptasi model Lewin (1946) &
More informationFLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI
ii FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirement for the award of the degree of Master of Science (Engineering Mathematics)
More informationUTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT AHMAD @ MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA iii UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT
More informationKeywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics
ا ثار الخوارج الشعرية: دراسة تحليلية نقدية : :.. - - - - :.. Abstract: The study aims at explaining the purposes of the Khawarij poetry and their relation to the principles that the group fought for. The
More informationBAB PERTAMA PENDAHULUAN
BAB PERTAMA PENDAHULUAN 1. Pendahuluan Islam adalah agama Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Di dalamnya terkandung dua cabang utama iaitu akidah dan syariah. Kedua-duanya juga dikenali
More informationBUTIRAN PERIBADI
BUTIRAN PERIBADI 2011-2016 PAGE 2 MUSTAFA KAMAL BIN AMAT MISRA Tempat lahir: Kluang, Johor Tarikh lahir: 10 September 1986 Jantina Kewarganegaraan Lelaki Malaysia No Kad Pengenalan 860910235213 Pendidikan
More informationBab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan
Bab 2 Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin Pengenalan Polisi ialah garis panduan umum yang disediakan untuk mencapai sesuatu hasil, matlamat atau objektif yang
More informationHALATUJU PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR. Disediakan Oleh; Muhamad Asmadi bin Mustakim Ketua Sektor Pengurusan Akademik
HALATUJU PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR Disediakan Oleh; Muhamad Asmadi bin Mustakim Ketua Sektor Pengurusan Akademik Kandungan 1. Pemikiran Pendidikan Barat Dan Islam 2. Pemikiran Pendidikan
More informationFaktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkah laku Beragama Menurut al-ghazali dan Sigmund Freud
Faktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkah laku Beragama Menurut al-ghazali dan Sigmund Freud Internal factor in Religious Behavior Formation According to al-ghazali and Sigmund Freud Nor Nazimi Mohd Mustaffa
More informationUNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA
UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA Bachelor of Medicine & Surgery, Dental Surgery, Pharmacy, Biomedical Sciences, Medical Biotechnology, Pharmaceutical Chemistry,
More informationOleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **
SEJARAH PENERBITAN EMPAT JURNAL AWAL DI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA (History of Four Early Journals Publication in Academy of Islamic Studies, University of Malaya) Oleh: Faisal @ Ahmad
More informationBAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh
BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ 2.1 Pengenalan Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh khususnya telah menyumbang kepada pelbagai penghasilan buku dan artikel berkaitan
More informationSEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR
i SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Civil
More informationBachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine Tamadun Islam dan Tamadun
More informationPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN
Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 E-ISSSN: 0127-8002 2017, Bilangan 10, Isu II, Halaman 68-87 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN
More informationA ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH
A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree
More informationAL-USWAH DALAM PENDIDIKAN KEROHANIAN : SATU PENDEKATAN OLEH BADIIUZZAMAN SAID AL-NURSI. Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia.
499 AL-USWAH DALAM PENDIDIKAN KEROHANIAN : SATU PENDEKATAN OLEH BADIIUZZAMAN SAID AL-NURSI Nur Najihah Ismail 1 & Syed Hadzrullathfi Syed Omar 2 1 Fakulti Pengajian Kontemporari Islam 2 Institut Penyelidikan
More informationAN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN
iii AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN A project report submitted in fulfillment of the requirements for the award of the degree of Master of Engineering (Civil)
More informationSPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE
SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE PM. Dr. Jamalludin Harun Norah Md Noor Norasykin Mohd Zaid Department of Educational Multimedia Faculty of Education, UTM
More informationThe Malay Narrative Story Writing in the 1920S
rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn 2289-7909 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR VOL. 4 NO.2 (SEPTEMBER 2017): pp 234-249 The Malay Narrative Story Writing in the 1920S Khalid Ludin @ Jamaluddin, Fahed
More informationKEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak
JABATAN KEMAJUAN ISL AM MALAYSIA DEPARTMENT OF ISLAMIC DEVELOPMENT MALAYSIA Jurnal Hadhari Edisi Khas (2008) 123-154 INSTITUTE OF ISLAM HADHARI Abstrak Pada masa ini, konsep Islam Hadhari yang mencorakkan
More informationOPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
Halaman: 1 / 7 1.0 TUJUAN Arahan kerja ini bertujuan untuk menerangkan tatacara untuk memohon perkhidmatan menembak haiwan liar di Bahagian Keselamatan. 2.0 SKOP Skop arahan kerja ini merangkumi semua
More informationPERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH
PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH Muhammad Faiz Mukmin Abdul Mutalib 1, Abdul Hadi Awang 2, Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad 3, Mohd Rasyidi Ali 4, Mohd Shairawi
More informationKeywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA
Tahap Pemahaman dan Pengamalan Ilmu Mantik dalam Kalangan Mahasiswa UniSZA Muhammad Rashidi Wahab Mohd Faizul Azmi Razali Musa Mohd Hasrul Shuhari Abstrak Ilmu Mantik atau logik memainkan peranan penting
More informationDASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS
DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS Kandungan 1. Pengenalan 2. Sejarah Sistem Pendidikan
More informationberkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh
Bab 4: Pemikiran tentang Sains Islam oleh Beberapa Pemikir Islam Kontemporari Terpilih: Seyyed Hossein Nasr, Ismail al-faruqi, Ziauddin Sardar dan Syed Muhammad Naquib al-attas 4.0 Pengenalan: Secara amnya,
More informationBAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)
BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat: 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2) 2. Menghuraikan sumber-sumber ilmu
More informationIslam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H
Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin ISSN 1985-6830 Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H i Jurnal Hadhari Edisi Khas (2008) 1-8 ii Jilid : Edisi Khas Volumn : Special Edition Makalah / Articles KANDUNGAN
More informationPEMBENTUKAN PERSONALITI GURU AGAMA SEBAGAI ROLE MODEL DALAM MASYARAKAT
Volume: 2 Issue: 6 [December, 2017] pp. 254-263] Journal of Islamic, Social, Economics and Development eissn: 0128-1755 Journal website: www.jised.com PEMBENTUKAN PERSONALITI GURU AGAMA SEBAGAI ROLE MODEL
More informationUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Jadual Kerja Urusan Pendaftaran Kursus, Permohonan Penganugerahan Diploma dan Urusan Peperiksaan Semester I, Sesi /2019 BIL AKTIVITI TEMPOH/MASA MINGGU KE TARIKH CATATAN 1.
More informationManual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat
Manual Pengguna Laporan Audit Dalam (Auditor) Disediakan Untuk : Audit Korporat Disediakan oleh : Unit Pengurusan Aplikasi Pejabat, PSMB ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN Carta Alir 3 Cara Menggunakan Sistem
More informationKonsep Kepuasan Diri Menurut Al-Ghazali Dan Maslow: Satu Kajian Perbandingan
Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization Editors: Rahimah Embong, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Fadzli Adam & Syed Hadzrullathfi Syed Omar Research
More informationThe Element of Self-Hisbah in Human Management Practices
The Element of Self-Hisbah in Human Management Practices Azrin Ibrahim, Afifi Farhana Mhd Poad To Link this Article: http://dx.doi.org/10.6007/ijarbss/v8-i11/4964 DOI: 10.6007/IJARBSS/v8-i11/4964 Received:
More informationTahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin
ISLAMIYYAT 38(2) 2016: 155-163 (http://dx.doi.org/10.17576/islamiyyat-2016-3802-08) Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin The Level of Student
More informationTema-tema Pemikiran Muhammad Iqbal dalam Penyelidikan Ilmiah Tinggi di Malaysia. Themes of Muhammad Iqbal s Thoughts in Malaysia s Scientific Research
Tema-tema Pemikiran Muhammad Iqbal dalam Penyelidikan Ilmiah Tinggi di Malaysia Themes of Muhammad Iqbal s Thoughts in Malaysia s Scientific Research Siti Maryam Isa 1, Muhamad Razak Idris 2 ABSTRAK Para
More informationPERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
Halaman: 1/6 1.0 TUJUAN Garis Panduan ini bertujuan untuk menjadi rujukan dan panduan yang perlu diikuti oleh pensyarah di dalam pengendalian peperiksaan akhir posting bagi Program Doktor Perubatan Fasa
More informationSPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD
SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION 2017 19 NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD Party Chairman, Secretary-General, Comrades, Brothers & Sisters,
More informationDOKUMEN TIDAK TERKAWAL
Halaman: 1 / 7 1.0 TUJUAN Arahan kerja ini bertujuan untuk menerangkan tatacara untuk memohon perkhidmatan menembak haiwan liar di Bahagian Keselamatan. 2.0 SKOP Skop arahan kerja ini merangkumi semua
More informationmenjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.
Huruf-huruf bahasa Arab adalah berbeza daripada bahasa Inggeris. Keadaan ini menyebabkan kesukaran untuk menulis transliterasi. Sebagai contoh: perkataan untuk solat ditulis "solat" manakala perkataan
More informationTHE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ
THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ A thesis submitted in the fulfilment of the requirements for the award of the degree
More informationKECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF
KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF MUHAMMAD RIDHWAN AB. AZIZ Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri
More informationPembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam
Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 20: 189 199 189 Pembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam (Development of Theory and Practices in Counselling from Islamic Perspective) ZAINUDIN OMAR
More informationANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN
ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN Sahlawati Abu Bakar Fakulti Pengajian Peradaban Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor sahlawati@kuis.edu.my ABSTRAK Kajian ini akan menganalisis
More informationUNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN 1951 Suatu Akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai hari kelepasan am dan hari kelepasan bank. Tajuk ringkas dan pemakaian [31hb Disember 1951]
More informationMEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BASIRON @ BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS ABBAS NASERI TAHERI FBMK 2013 1 EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON
More informationTHE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH
THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH S.A. MUYIBI AND M.S. JAMI Department of Biotechnology Engineering, Faculty of Engineering, International Islamic University Malaysia, Jalan
More informationTakrifan Etika ethos
BAB 1: ETIKA Takrifan Etika Berasal daripada perkataan greek ethos yang bermaksud perwatakan atau keperibadian. Kamus Dewan (1995) - bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan.
More informationPengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh
ISLAMIYYAT 35(1) 2013: 29-38 Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh The Practice of Islamic Teachings among the Student of Ungku Omar Polytechnic, Ipoh Seri Kartini
More informationPensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam
DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 313 Strategik Kaunseling Islam & Barat (Komponen-komponen Kaunseling Islam & Barat) (Pendekatan dan strategik Kaunseling berteraskan Islam) Pensyarah: Ustazah
More informationRUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA
Volume: 3 Issues: 13 [December, 2018] pp. 236-244] International Journal of Law, Government and Communication eissn: 0128-1763 Journal website: www.ijgc.com RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA:
More informationUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PUBLIC PARTICIPATION IN CONSERVATION OF HERITAGE AREA IN JOHOR BAHRU CITY CENTRE -A study of the level of awareness and understanding RAHAYU BINTI AHMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PUBLIC PARTICIPATION
More informationKEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN
KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN Abstrak Mohd Sollah Mohamed Prof. Madya Dr. Mohammad Seman Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa Timur Tengah Universiti Malaya Ogos
More information