BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)
|
|
- Elmer Reed
- 6 years ago
- Views:
Transcription
1 BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat: 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2) 2. Menghuraikan sumber-sumber ilmu dalam Islam dengan tepat. (PLO3, P2) 3. Mengaplikasikan konsep kesepaduan ilmu dalam proses pembelajaran dan kehidupan seharian. (PLO3, A3) ISI KANDUNGAN 1.0 Definisi Ilmu Dalam Islam Secara etimologinya, perkataan ilmu berasal dari perkataan bahasa arab alima, ya lamu, ilman. Ilmu adalah kata benda abstrak daripada kata kerja alima yang meletakkannya antara alim (mengetahui) dengan ma lum (yang diketahui). Menurut bahasa Inggeris ilmu diertikan sebagai sains (science) yang bermaksud pengetahuan (knowledge). Dalam pengertian Barat moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain di luar keupayaan pancaindera dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. 1
2 Menurut tradisi kefahaman Islam, ilmu membawa kepada sebuah pengertian yang lebih luas dan dalam dari segi makna dan tafsirannya. Definasi ilmu yang paling masyhur adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Profesor Muhammad Naquib al-attas iaitu kedatangan makna sesuatu atau objek ilmu ke dalam jiwa pencari ilmu. Dalam pengertian kedua pula bermaksud sampainya jiwa kepada makna sesuatu atau objek ilmu. Ilmu dalam konteks falsafah Islam adalah sesuatu yang ada hubungannya dengan Tuhan sekalian alam. Ilmu mempunyai ikatan tauhid yang tidak terputus dengan Khalik-Nya. Ilmu merupakan segala sesuatu yang datang dari Allah S.W.T yang diturunkan kepada rasul-rasul-nya dan alam ciptaan-nya termasuklah manusia. Kesimpulannya, ilmu dalam kefahaman Islam adalah merangkumi aspek lahiriah dan batiniah. 2.0 Ciri-Ciri Ilmu Dalam Islam 1. Ilmu adalah milik Allah Ilmu yang sempurna adalah milik Allah. Terdapat lebih kurang 30 kali dinyatakan perihal pemilikan ilmu dalam al-qur an. Kehebatan ilmu yang dimiliki oleh Allah S.W.T meliputi segala sesuatu di langit, di bumi serta segala rahsia-rahsianya. 2. Penekanan Tentang Kebenaran (al-haqq) dan Keyakinan (al-yakin) Kebenaran yang mutlak dan pasti adalah daripada Tuhan. Oleh yang demikian ilmu yang benar adalah ilmu yang selari dengan apa yang dinyatakan oleh wahyu. Seterusnya terdapat tiga tahap keyakinan iaitu pengetahuan yang yakin ( ilm al-yakin), penglihatan yang yakin ( ain alyakin) dan keyakinan yang mutlak (haqq al-yakin). Sesuatu yang bertentangan dengannya adalah palsu (batil) atau berprasangka sematamata (zann). 2
3 3. Kesepaduan Ilmu Kewujudan Allah yang Maha Esa yang merupakan sumber segala ilmu pengetahuan telah memberikan implikasi terhadap kesatuan dan kesepaduan ilmu serta sumber-sumbernya. Ciri kesepaduan ilmu ini telah dinyatakan oleh al-ghazali dalam kitabnya iaitu Kitab Jawahir al-qur an. Menurut al-ghazali, ayat-ayat al-qur an yang menyatakan perihal bintang atau kesihatan hanya akan dapat difahami dengan ilmu astronomi atau ilmu perubatan yang lengkap. 4. Perhubungan antara Ilmu dan Amal Ilmu seharusnya diikuti dengan amal salih. Alim ialah kata nama yang bukan sahaja bermakna seseorang yang memiliki ilmu tetapi dalam bentuk nahunya bermakna seseorang yang bertindak bersesuaian dengan ilmunya. Inilah yang menjadi titik perbezaan utama antara konsep ilmu Islam dengan konsep ilmu Cina yang lebih menitikberatkan amalan daripada ilmu atau konsep ilmu India yang terlalu tertumpu kepada pemikiran abstrak sehingga mengetepikan amalan. 5. Ketidakterbatasan Ilmu Keluasan ilmu milik Allah S.W.T dinyatakan dengan jelas oleh al Qur an menerusi surah Yusof ayat 76 iaitu: Ciri ketidakterbatasan ilmu Allah ini turut dinyatakan dalam surah al-kahfi ayat 109 iaitu: Kefahaman tentang keluasan keseluruhan ilmu Allah yang mana manusia hanya diberi sedikit sahaja daripadanya akan membuatkan manusia berasa kurang angkuh kerana memahami bahawa ilmu yang mereka miliki tidak mempunyai kebenaran yang mutlak. Sebaliknya huraian-huraian dan hasil penemuan mereka patut dinilai secara 3
4 berterusan berdasarkan bukti-bukti dan maklumat-maklumat baru yang diperolehi. 3.0 Pembahagian Ilmu dalam Islam Berdasarkan kepada kajian-kajian yang telah dilakukan oleh para cendikiawan Islam terdahulu, ilmu dalam Islam dapat dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu: (a) Dari aspek kewajipan menuntut ilmu. Dalam aspek ini al-ghazali telah membahagikan ilmu kepada dua bahagian iaitu: i. Ilmu Fardhu Ain Iaitu kewajipan yang dituntut ke atas setiap umat Islam yang baligh dan berakal supaya mengetahui dan mempelajarinya bagi memenuhi tuntutan agama. Contoh : Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ibadah wajib atau kepercayaan (Aqidah). Ilmu Fardhu Ain ialah ilmu yang berkaitan dengan perkara yang berupa kepercayaan dan perbuatan yang mesti dilakukan atau ditinggalkan. ii. Ilmu Fardhu Kifayah Kewajipan yang dituntut ke atas seluruh masyarakat Islam. Sekiranya ada seorang yang mengetahui ilmu tersebut maka gugur dosa ke atas umat Islam. Ilmu fardhu kifayah adalah sangat luas ruang lingkupnya contohnya : Ilmu Kedoktoran, pengurusan, teknologi dan sebagainya. Segala ilmu yang diperlukan oleh umat manusia, maka menuntutnya pun wajib ke atas mereka kerana 4
5 ilmu-ilmu tersebut terlalu banyak dan terlalu luas bidangnya. Kewajipan tersebut diserahkan kepada seluruh umat Islam secara bergotong-royong atau pembahagian tugas di antara mereka. (b) Dari aspek hubungan dengan Syariat Dari sudut ini juga, al-ghazali telah membahagikan ilmu kepada dua cabang utama iaitu: i. Ilmu Syariat yang merangkumi ilmu usul iaitu al-qur an, al-sunnah, Ijmak atau qias. Ia turut merangkumi ilmu furu iaitu ilmu yang diluaskan daripada ilmu usul seperti ilmu fiqh, ilmu faraidh, ilmu munakahat, ilmu jinayat dan sebagainya. Selain daripada itu terkandung di dalam bahagian ini juga ialah ilmu muqaddimah iaitu ilu yang berupa alat untuk memahami al-qur an dan as-sunnah seperti mempelajari bahasa Arab dan tulisan jawi. ii. Ilmu aqliyah yang dibahagikan kepada dua cabang besar iaitu ilmu yang terpuji yang menyamai ilmu fardhu kifayah seperti ilmu matematik, sains, fizik, kimia, kejuruteraan perubatan dan sebagainya. Manakala cabang yang kedua pula ialah ilmu yang tercela iaitu ilmu yang boleh mendatangkan kemudharatan, kemusnahan kepada manusia dan kemurkaan Allah seperti ilmu sihir, silap mata, ilmu menipu dan sebagainya. (c) Dari aspek Kaedah Memperolehi Ilmu Ia boleh dibahagikan kepada dua segi iaitu: i. Ilmu kasbi iaitu ilmu yang diperolehi daripada usaha atau melalui proses pembelajaran seperti ilmu matematik, sains, perakaunan, farmasi dan sebagainya 5
6 ii. Ilmu ladunni atau wahbi iaitu ilmu pemberian langsung dari Allah S.W.T sama ada melalui ilham atau wahyu. Contohnya ilmu para nabi dan rasul. (d) Dari aspek Sumber Ilmu i. Ilmu Aqli Ilmu yang diperolehi melalui pemikiran akal seperti ilmu geografi, fizik, kimia, matematik dan sebagainya. ii. Ilmu Naqli Ilmu yang diperolehi melalui wahyu seperi al-qur an. 4.0 Sumber Ilmu Dalam Islam 1. Wahyu Wahyu adalah pemberitahuan Allah kepada seorang hamba-nya yang dipilih di kalangan hamba-nya dengan secara sulit dan rahsia berlainan dari apa yang dialami oleh manusia biasa. Tidak dapat dinafikan lagi wahyu adalah merupakan sumber pengetahuan yang terpenting yang telah disampaikan oleh Allah kepada manusia sama ada ianya disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w atau melalui nabi-nabi yang terdahulu. Wahyu merupakan teras kepada segala ilmu kerana di dalam al-quran terkandung pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh manusia untuk kemasalahatan hidup juga perkara-perkara ghaib yang tidak dijangkau oleh akal manusia. 2. Pancaindera Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan, pendengaran dan deria rasa merupakan sumber pengatahuan yang utama dan amat berguna bagi manusia untuk berinteraksi dengan alam sekelilingnya dengan mudah dan betul. Kelima-lima pancaindera merupakan satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui beberapa percubaan dan pengalaman yang berulang-ulang. Bagaimanapun kebenaran yang diperolehi tidak semestinya 6
7 selalu betul dan tepat. Pancaindera kadangkala di dalam keadaan tertentu gagal memberikan gambaran atau penglihatan umpamanya matahari kelihatan kecil oleh mata sedangkan kenyataannya adalah sebaliknya. 3. Akal Akal adalah merupakan sumber utama pengetahuan manusia malah perbezaan antara manusia dan haiwan adalah melalui hasil tamadun yang diusahakan oleh manusia berpunca dari pemikiran akal manusia yang kreatif. Dengan akal manusia dapat menimbang dan membezakan antara yang baik dan buruk walaupun mungkin ianya tidak bersifat kebenaran mutlak namun memadai untuk mengatasi masalah kehidupan seharian. Bagaimanapun Allah menyuruh manusia menggunakan semaksima mungkin kedua-dua daya akal dan pancaindera yang dianugerahkan kepadanya supaya dapat sampai kepada pengetahuan sahih dan kebenaran yang tidak menyesatkan. Al- Quran banyak menyebut seruan serta galakan daripada Allah supaya manusia dapat memerhatikan alam sekeliling mereka dengan akal dan pancaindera bagi mencari kebenaran hakiki. 4. Intuisi atau Ilham Intuisi atau ilham juga boleh menjadi sumber pengetahuan manusia yang amat berguna. Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses pemikiran yang tertentu. Contohnya seseorang yang mempunyai masalah dan sedang menumpukan pemikirannya terhadap penyelesaian masalah tersebut, tiba-tiba mendapat jalan penyelesaian tanpa perlu berfikir panjang seolah-olah kebenaran yang dicari datang sendiri. Dalam Islam ilham ini boleh dikenali dengan istilah "firasat" atau pun pandangan bashirah (tembus) yang dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama. 7
8 5.0 Kesepaduan Ilmu Konsep kesepaduan ilmu adalah sebuah idea yang lahir daripada Gagasan Pengislaman ilmu (Islamization of Knowledge)yang dipelopori oleh beberapa orang tokoh pemikir dan cendikiawan Islam seperti Muhammad Iqbal, Allahyarham Profesor Fazlur Rahman, Profesor Ismail al-faruqi, Profesor Syed Muhammad Naquib al-attas serta beberapa orang tokoh lain yang menyokong idea ini. Secara mudahnya kosep kesepaduan ilmu ini terbit dari satu kenyataan iaitu Allah S.W.T sebagai sumber Ilmu. Apabila kita meletakkan Allah sebagai satu-satunya sumber kepada keseluruhan ilmu yang ada ini bermakna setiap satu daripada bidang ilmu tersebut pasti mempunyai elemen saling keterkaitan antara satu bidang dengan bidang yang lain. Corak perkaitan antara bidang-bidang ilmu ini boleh berlaku secara zahiri dan kemudiannya diikuti secara maknawi. Secara zahir, misalnya bagi memahami lebih lanjut tentang kesan racun serangga ke atas tumbuh-tumbuhan maka seseorang pengkaji itu perlu memahami beberapa bidang ilmu selain daripada pengetahuannya tentang racun. Si pengkaji perlu memahami ilmu tentang haiwaan (zoologi) dan tumbuh-tumbuhan (botani) bagi membolehkannya menjadi seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Fenomena saling keterkaitan ini jika diteliti sehingga ke akar umbinya akan membawa sipengkaji kepada satu titik pemahaman yang total iaitu semuanya itu adalah merupakan tanda-tnda kebesaran dan kekuasaan Allah. Akhirnya akan timbul rasa tawadhuk dan seterusnya akan meningkatkan keimannya kepada Allah S.W.T. Inilah yang dimaksudkan dengan perkaitan dari segi maknawi yang mampu mejelaskan maksud konsep kesepaduan ilmu yang sedang dibincangkan. Sejarah keagungan zaman keintelektualan Islam zaman silam telah menjadi saksi di mana tokoh-tokoh ilmuan tersohor pada ketika itu telah berjaya menguasai lebih daripada satu bidang disiplin ilmu. Tokoh ilmu 8
9 perubatan termasyhur iaitu Ibnu Sina misalnya, turut menguasai bidangbidang ilmu lain selain daripada perubatan seperti falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, biologi dan sains politik. Wahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal. Menerusi paduan wahyu dan akal seperti yang dicernakan oleh para ilmuan Islam telah berjaya membantu meletakkan batu asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban Islam. Sebagai contoh, menurut pandangan sains Barat moden bidang ilmu kejuruteraan adalah suatu kajian berkenaan teori tentang fakta, kebenaran atau prinsip-prinsipyang diperolehi hasil daripada kajian, penyelidikan, pemerhatian, pengalaman atau laporan mengenai aplikasi sains dan matematik dalam bentuk pembinaan, perancangan dan pengurusan sumbersumber alam supaya ia boleh dimanfaatkan ke tahap yang paling optimum bagi kepent ingan manusia sejagat. Manakala dari sudut perspektif Islam ilmu kejuruteraan adalah suatu teori mengenai hakikat ilmu yang merujuk kepada Allah S.W.T sebagai sumber kepada segala ilmu dan pengetahuan terhadap pemahaman makna berkaitan salah satu cabang ilmu matematik dan sains tentang pengiraan garisan dan bentuk-bentuk geometri yang terdiri daripada dimensi, permukaan, sudut, kuantiti dan ukuran dari pelbagai segi dan hubungannya antara satu sama lain. Daripada kedua-dua contoh yang diberikan, jelas memberikan suatu gambaran tentang titik perbezaan yang wujud antara kedua-dua pandangan iaitu antara Islam dan Barat. Kita akan dapati bahawa wujud kesepaduan ilmu dari segi zahiri dalam kedua-dua pandangan terhadap ilmu kejuruteraan. Walaubagaimanapun kesepaduan dalam bentuk zahiri dan maknawi hanya berlaku apabila kita menilai ilmu kejuruteraan dari sudut pandangan Islam yang dikaitkan terus dengan Allah S.W.T. Bagi mencapai maksud ini, disiplin ilmu kejuruteraan yang dipelajari perlu seiring dengan beberapa disiplin ilmu lain seperti al-qur an, al-sunnah, 9
10 fiqh, usul fiqh, tasawuf serta akhlak bagi memastikan perlaksanaan ilmu ini selari dengan tiga tunggak utama Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak. Natijah daripada kesepaduan ilmu dalam bentuk ini akan menghasilkan ilmu pengetahuan yang sarat nilai serta para jurutera yang tawadhuk, berintegriti, serta mengamalkan nilai-nilai dan akhlak yang mulia. 6.0 Kepentingan Ilmu Sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa. Ini kerana ilmu akan mengangkat darjat seseorang atau sesuatu bangsa itu ke arah kemuliaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Kepentingan ilmu ini telah diakui sendiri oleh Rasulallah s.a.w melalui wahyu dan ilham yang disampaikan kepada baginda dimana ilmu sangat penting untuk kemajuan sesuatu bangsa. Ia juga terbukti dalam ajaran Islam yang telah mengangkat begitu tinggi darjat ilmu. Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh. Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-quran dan Al-Sunnah akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi. Pelbagai jenis ilmu yang dituntut seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian dan sebagainya yang dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia. Orang yang berilmu dapat mendekatkan dirinya dengan Allah kerana ilmu merupakan jalan menuju kebahagiaan di akhirat. Antara kepentingan-kepentingan ilmu ialah : a) Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam al- 10
11 Quran yang bermaksud " Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu" (al-fath:ayat 28) b) Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf dikalangan manusia. Firman Allah yang bermaksud " Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana" (al-zumar : 9) c) Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah yang bermaksud "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan" (al-mujadalah : 11 ) d) dengan ilmu manusia dapat menjalankan tugas ibadah ( sama ada ibadah umum atau ibadah khusus) dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi. AKTIVITI 1. Pelajar-pelajar diminta membincangkan bidang-bidang kepakaran yang dipelopori oleh beberapa orang tokoh ilmuwan Islam tersohor untuk membuktikan tentang kebenaran dan kepentingan teori kesepaduan ilmu. Rujukan 1. Ahmad Suad Konsep Tauhid Ilmiah. Kuala Lumpur:Alharamain.[BP166.2.A ] 2. Franz Rosenthal Keagungan Ilmu. (terj) Syed Muhammad Dawilah al- Edrus. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. [B745.K53.R ] 11
12 3. Halimi bt Mohd. Khalid Kajian Perbandingan Falsafah Ilmu Kejuruteraan Menurut Mandala Islam dan Barat. Tesis Doktor Falsafah. Universiti kebangsaan Malaysia. 4. Ismail al-faruqi Islamaization of Knowledge:General Principles and Work Plan. (ed) Dr Abdul Hamid Abu Sulayman. (3 rd Edition). USA:ISTAC. 5. Wan Mohd. Nor Wan Daud Konsep Ilmu Dalam Islam. (terj) Rosnani Hashim. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. [B745.K53 W ] 12
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER
Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 137-154 www.ukm.my/jhadhari The National University of Malaysia النفس الا نسانية عند فخر الدين الرازي (The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL
More informationوظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)
Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 155-170 www.ukm.my/jhadhari The National University of Malaysia وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State) *. *Corresponding author. Email: amirhusin66@gmail.com
More informationSULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08
ARAHAN : Jawab EMPAT soalan sahaja. SOALAN 1 a) Bincangkan 2 sumber perundangan berikut : i. Qiyas ii. Ijma b) Ekonomi Islam merupakan ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan syariat dari
More informationUDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN
UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN NAMA PELAJAR/ NO. MATRIKS MOHD FAIRUZ BIN JILAINI DX100156DAJ04 MOHD REDUAN BIN ABDULLAH DX115025DAJ04 MOHD SHAHRIL
More informationMOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF
MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of
More informationWPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat
DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master
More informationEVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD
EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of the degree of Master
More informationIMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ
IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the
More informationFEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL
iv FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL A dissertation submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master
More informationTHE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS
3 THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI FBMK 2013 42 EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON
More informationSPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB
SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB PM. Dr. Jamalludin Harun Norah Md Noor Norasykin Mohd Zaid Department of Educational Multimedia Faculty of Education,
More informationCOMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS
COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS AHMED ABUBAKER A. SALEH UNIVERSITY TECHNOLOGY MALAYSIA COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY
More informationABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos
ABSTRAK Dewasa ini, kebanyakan pemuda Islam sedang rancak mengalami satu perubahan dan cabaran arus kemodenan sains yang bersifat duniawi. Kemodenan ini melihat kepada cara pemindahan sesuatu maklumat
More information(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)
Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 171-190 wwwukmmy/jhadhari The National University of Malaysia التعايش السلمي بين الا ديان في الا سلام (The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam) KAMILOV ASKHABALI*
More informationNOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan
NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan Sites boleh digunakan dalam penghasilan Sumber Pembelajaran. Sumber pembelajaran mengandungi beberapa halaman yang terdiri daripada teks, video
More informationPROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)
PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL) Published by: eisbn 978-967-14841-8-0 2nd International Conference On Islamic Education and Law (2ND ICIEL) Copyright 2018
More informationreflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that
REFLEKSI PENGERTIAN REFLEKSI Pemikiran reflektif ialah pemeriksaan yang dilakukan secara aktif, teliti dan bersungguh terhadap kepercayaan, atau suatu yang didakwa sebagai pengetahuan (ilmu), berdasarkan
More informationRab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat
Pemikiran Islam Semasa di Singapura Oleh Ust Mohd Jakfar bin Hj Embek Diploma Pengajian Islam Ciri-Ciri Khusus Dalam Islam Rabbani sudut matlamat dan tumpuan fokus dalam hidup. Syumul (lengkap dan menyeluruh)
More informationTINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH NUR AINI BINTI IDRIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA i TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA
More informationMATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA i MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS
More information(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia
Jurnal Hadhari 5 (2) (2013) 103-114 www.ukm.my/jhadhari (The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) 1 BADLIHISHAM MOHD. NASIR 2 OTHMAN TALIB 3 SULAIMAN IBRAHIM 1 Faculty of Islamic Civilization,
More informationHAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis
1100091366 'Pe l) tesis 1100091366 A new preference scale of imuitiomstic fuzzy analytic hierarchy process and its application to sustainable energy planning 1 Norliana Mohd Najib. PUSAT PEMBElAJARAN DIGITAL
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE MAS RYNNA WATI AHMAD FBMK 2011 5 WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY
More informationKeywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics
ا ثار الخوارج الشعرية: دراسة تحليلية نقدية : :.. - - - - :.. Abstract: The study aims at explaining the purposes of the Khawarij poetry and their relation to the principles that the group fought for. The
More informationMANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED
MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2013 MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENTS
More informationMETAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI
METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy Language Academy Universiti
More informationGenesis Tajribah Miskawayh dalam Tajarib al-umam
ISLÓMIYYÓT 32 (2010): 25-39 Genesis Tajribah Miskawayh dalam Tajarib al-umam AZMUL FAHIMI KAMARUZAMAN ABSTRAK Penulisan ini membincangkan genesis atau asal usul idea Tajribah (pengalaman) Miskawayh yang
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL ZULAINI BINTI YAHYA FSKTM 2012 27 QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING
More informationMOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG
MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG A project report submitted in partial fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Computer
More informationLatihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh
Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- 1 DibentangkanOleh Versi 20120315 PENGENALAN MyMesyuarat merupakan sistem pengurusan keputusan mesyuarat atas talian dan tanpa menggunakan kertas. Merupakan salah satu produk
More informationTERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL
TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL A project report submitted in partial
More informationA ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH
A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree
More informationSCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST
SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST 1. INTRODUCTION A logo is an icon that represents the identity of an institution. It is used not just to promote the institution itself, but should also be able to
More informationHUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN
HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN NORUL HUDA BINTI MAT RASHID FAKULTI PENGURUSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
More informationMTE3133: Penyelidikan Tindakan
Penyelidikan Tindakan: Konsep & Model MTE3133: Penyelidikan Tindakan Dr. Ng Kok Fu, Jabatan Matematik, IPG-KSAH Rujukan Mills, G. E. (2003). Action research: A guide for teacher researcher (2 nd ed.).
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ISLAMIC BANK EFFICIENCY AND PRODUCTIVITY IN MALAYSIA REZVAN TORABI FEP 2011 9 ISLAMIC BANK EFFICIENCY AND PRODUCTIVITY IN MALAYSIA BY REZVAN TORABI Thesis Submitted to the School
More informationFLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI
ii FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirement for the award of the degree of Master of Science (Engineering Mathematics)
More informationA NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN
More informationSPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE
SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE PM. Dr. Jamalludin Harun Norah Md Noor Norasykin Mohd Zaid Department of Educational Multimedia Faculty of Education, UTM
More informationIslam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H
Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin ISSN 1985-6830 Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H i Jurnal Hadhari Edisi Khas (2008) 1-8 ii Jilid : Edisi Khas Volumn : Special Edition Makalah / Articles KANDUNGAN
More informationFungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam
Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam Abd Ganing Laengkang e-mel:abdulganing@kuis.edu.my Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. ABSTRAK
More informationFACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMPARISON OF AL- ASHA AND JARIR IN PANEGYRICAL AND SATIRICAL THEMES FAUWAZ BIN EBAU FBMK 0 0 COMPARISON OF AL- ASHA AND JARIR IN PANEGYRICAL AND SATIRICAL THEMES FAUWAZ BIN EBAU
More informationManual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat
Manual Pengguna Laporan Audit Dalam (Auditor) Disediakan Untuk : Audit Korporat Disediakan oleh : Unit Pengurusan Aplikasi Pejabat, PSMB ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN Carta Alir 3 Cara Menggunakan Sistem
More informationberkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh
Bab 4: Pemikiran tentang Sains Islam oleh Beberapa Pemikir Islam Kontemporari Terpilih: Seyyed Hossein Nasr, Ismail al-faruqi, Ziauddin Sardar dan Syed Muhammad Naquib al-attas 4.0 Pengenalan: Secara amnya,
More informationArkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula
Jurnal Arkeologi Malaysia September 2016, Vol 29, No 2, hlm. 35-42 ISSN 0128-0732 (Print) XXXX-XXXX (Online) Diterbitkan oleh Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula Muhamad
More informationSPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD
SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION 2017 19 NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD Party Chairman, Secretary-General, Comrades, Brothers & Sisters,
More informationPROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)
PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL) Published by: eisbn 978-967-14841-8-0 2nd International Conference On Islamic Education and Law (2ND ICIEL) Copyright 2018
More informationPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN
Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 E-ISSSN: 0127-8002 2017, Bilangan 10, Isu II, Halaman 68-87 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN
More informationKONSEP RABBANI DALAM GERAK KERJA PENYELIDIKAN
Volume: 3 Issue: 13 [September, 2018] pp.12-18] Journal of Islamic, Social, Economics and Development eissn: 0128-1755 Journal website: www.jised.com KONSEP RABBANI DALAM GERAK KERJA PENYELIDIKAN THE CONCEPT
More informationBIOMIMETIC PATTERN RECOGNITION FOR WRITER IDENTIFICATION USING GEOMETRICAL MOMENT FUNCTIONS
BIOMIMETIC PATTERN RECOGNITION FOR WRITER IDENTIFICATION USING GEOMETRICAL MOMENT FUNCTIONS SAMSURYADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BIOMIMETIC PATTERN RECOGNITION FOR WRITER IDENTIFICATION USING GEOMETRICAL
More informationBab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan
Bab 2 Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin Pengenalan Polisi ialah garis panduan umum yang disediakan untuk mencapai sesuatu hasil, matlamat atau objektif yang
More informationKEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The Priority of Human Development to Balance National Development)
Keutamaan Pembangunan Insan dalam Mengimbangi Arus Pembangunan Negara Jurnal Hadhari 7 (1) (2015) 105-119 www.ukm.my/jhadhari KEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The
More informationAmar Makruf Nahi Mungkar
Amar Makruf Nahi Mungkar Kamarul Azmi Jasmi Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Malaysia, qamar@utm.my Suggested Citation: Jasmi, Kamarul Azmi. (2016). Amar Makruf Nahi Mungkar. In Kamarul Azmi
More informationUNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN 1951 Suatu Akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai hari kelepasan am dan hari kelepasan bank. Tajuk ringkas dan pemakaian [31hb Disember 1951]
More informationPENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK
PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Pengiraan objek dalam imej bermaksud mengira objek yang terdapat dalam imej.
More informationJurnal Hadhari 9 (2) (2017) ejournals.ukm.my/jhadhari ISSN eissn
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA JAKIM Jurnal Hadhari 9 (2) (2017) 321-335 ejournals.ukm.my/jhadhari ISSN 1985-6830 eissn 2550-2271 SAINS DALAM KERANGKA ISLAM: PERSPEKTIF AMALAN SAINTIS MUSLIM SILAM (Science
More informationJurnal Hadhari 7 (1) (2015)
Jurnal Hadhari 7 (1) (2015) 121-133 www.ukm.my/jhadhari RELIGIO-HERMENEUTIK SEBAGAI MODEL PENYELIDIKAN DALAM KAJIAN PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN (Religious-Hermeneutics as a Research Model in the Field of
More informationSKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF
SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF by IRA MARANTIKA NIM 201332065 ENGLISH EDUCATION DEPARTMENT TEACHER TRAINING AND EDUCATION FACULTY MURIA KUDUS UNIVERSITY 2018 i ii DEIXIS USED
More informationUNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA
UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA Bachelor of Medicine & Surgery, Dental Surgery, Pharmacy, Biomedical Sciences, Medical Biotechnology, Pharmaceutical Chemistry,
More informationPERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA
PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA Kolej Universiti Islam Melaka fatimahrafik@kuim.edu.my & farrahyazmin@kuim.edu.my ABSTRAK Ulum Al-Quran
More informationABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace
ABSTRACT Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace dissimilar concepts of unity. The differences entail the emergence of theological and philosophical discourses
More informationTHE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN
THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements
More informationImplikasi Tafsiran Muhammad Asad bagi Perkataan Islam terhadap Pegangan Ahl al-sunnah wa al-jamaah
Implikasi Tafsiran Muhammad Asad bagi Perkataan Islam terhadap Pegangan Ahl al-sunnah wa al-jamaah Implication of Muhammad Asad's Interpretation of Islam on Ahl al-sunnah wa al-jamaah s Belief Received:
More informationTHE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH
THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH S.A. MUYIBI AND M.S. JAMI Department of Biotechnology Engineering, Faculty of Engineering, International Islamic University Malaysia, Jalan
More informationMatlamat. Wadah Maklumat. Simposium 2014 Methodologi Pengambilan Ilmu Dalam Islam. Buku. Internet. Ceramah TV/Radio 22/10/14&
Simposium 2014 Methodologi Pengambilan Ilmu Dalam Islam Methodologi Pengambilan Ilmu dan Pengolahan Dalil Ustaz Fathurrahman Dawoed Pemangku Pengarah Div Pendidikan Andalus Mengenal pasti: Matlamat sumber-sumber
More informationProses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan
Proses Penyelidikan Tindakan MTE3133: Penyelidikan Tindakan Hasil Pembelajaran Mengkaji proses penyelidikan tindakan Menerangkan tatacara menjalankan penyelidikan tindakan Adaptasi model Lewin (1946) &
More informationKey Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries
: : -..... - - - : - Abstract: The paper aims to explore the lexical materials in the Arabic Malay Bilingual Dictionaries scattered in the Malay speaking world in general, and in Malaysia in particular.
More informationPERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN
PANDUAN KURSUS ix DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami
More informationSYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT-SYARAT MINIMUM KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA SYARAT AM UNIVERSITI 1. Warganegara Malaysia 2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia
More informationKata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam
Keadilan Dalam Kepimpinan Sebagai Faktor Motivasi Pekerja Noor Hidayah Samsudin Abstrak Amnya, pekerja merupakan antara aset penting bagi sesebuah institusi sama ada institusi lazim mahupun institusi Islam.
More informationKESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KEPERCAYAAN EPISTEMOLOGI ISLAM
KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KEPERCAYAAN EPISTEMOLOGI ISLAM Nurul Asiah Fasehah Muhamad Universiti Sains Islam Malaysia Abstrak: Artikel ini membincangkan tentang kesahan dan keboleh percayaan
More informationBab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib
Bab 1 Modul PdP Melalui "Key Point" 1.1 Asas komputasional ialah suatu proses pemikiran bagi menyelesaikan masalah oleh manusia sendiri yang dibantu oleh mesin atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan
More informationPeranan Tamadun Islam di Institut Pendidikan Guru dalam Pembangunan Modal Insan
SOSIOHUMANIKA, 5(2) 2012 MUSTAPHA KAMAL AHMAD KASSIM ZAHIAH HARIS @ HARITH Peranan Tamadun Islam di Institut Pendidikan Guru dalam Pembangunan Modal Insan IKHTISAR: Dalam kurikulum pendidikan guru, tamadun
More informationTakrifan Etika ethos
BAB 1: ETIKA Takrifan Etika Berasal daripada perkataan greek ethos yang bermaksud perwatakan atau keperibadian. Kamus Dewan (1995) - bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan.
More informationBAB 4 MONOTHEISM DAN POLYTHEISM
Perkembangan Akidah Ketuhanan BAB 4 MONOTHEISM DAN POLYTHEISM Monotheism dan Polytheism Peristilahan tentang konsep ketuhanan dalam pengkajian agama wujud dalam berbagai bentuk. Antaranya kita menemui
More informationInstitut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching
Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching Intermediate Counselling (APN 2083) Pensyarah: Ustazah Dr. Nek Mah Bte Batri PhD Module Overview Participants must have the
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS AMAR ALI HUSSEIN FK 2010 8 NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBE HEAT EXCHANGER
More informationPengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org
UNISEL Journal of Social Sciences and Humanities 1(1): 43-49 eissn: REQUEST PENDING 2014 Universiti Selangor Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS)
More informationPERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH
PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH Muhammad Faiz Mukmin Abdul Mutalib 1, Abdul Hadi Awang 2, Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad 3, Mohd Rasyidi Ali 4, Mohd Shairawi
More informationPembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam
Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 20: 189 199 189 Pembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam (Development of Theory and Practices in Counselling from Islamic Perspective) ZAINUDIN OMAR
More informationUlasan Buku / Book Review
ULASAN BUKU : Muslims, Christians and Jesus Jurnal Hadhari 7 (1) (2015) 135-140 www.ukm.my/jhadhari Ulasan Buku / Book Review Muslims, Christians and Jesus oleh Carl Medearis. 2008. Minnesota, Amerika
More informationKEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak
JABATAN KEMAJUAN ISL AM MALAYSIA DEPARTMENT OF ISLAMIC DEVELOPMENT MALAYSIA Jurnal Hadhari Edisi Khas (2008) 123-154 INSTITUTE OF ISLAM HADHARI Abstrak Pada masa ini, konsep Islam Hadhari yang mencorakkan
More informationKeywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA
Tahap Pemahaman dan Pengamalan Ilmu Mantik dalam Kalangan Mahasiswa UniSZA Muhammad Rashidi Wahab Mohd Faizul Azmi Razali Musa Mohd Hasrul Shuhari Abstrak Ilmu Mantik atau logik memainkan peranan penting
More informationPensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam
DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 313 Strategik Kaunseling Islam & Barat (Komponen-komponen Kaunseling Islam & Barat) (Pendekatan dan strategik Kaunseling berteraskan Islam) Pensyarah: Ustazah
More informationKEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN
KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN Abstrak Mohd Sollah Mohamed Prof. Madya Dr. Mohammad Seman Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa Timur Tengah Universiti Malaya Ogos
More informationKajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat
Manuscript Submitted : 22 Oct 2017 Accepted : 6 Nov 2017 Published : 25 Nov 2017 Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat Nur Muizz Bin Mohd Salleh, Che Wan Shamsul Bahri
More informationNEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY
NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY Jil. 64 No. 7 31hb Mac 2011 TAMBAHAN No. 7 PERUNDANGAN Sel. P.U. 19. ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA
More informationHBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2007/2008 Oktober/November 2007 HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN Masa: 2 jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan
More informationUTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT AHMAD @ MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA iii UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS ABBAS NASERI TAHERI FBMK 2013 1 EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON
More informationSKOP EKONOMI DALAM KONTRAK TABARRU AT : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA AL-UM DAN MINHAJ AL-TALIBIN (AL-SYARBINI)
SKOP EKONOMI DALAM KONTRAK TABARRU AT : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA AL-UM DAN MINHAJ AL-TALIBIN (AL-SYARBINI) CALON: NOOR SYAHIDA ABDUL RAHMAN 13P101007P BIDANG: SYARIAH DAN MUAMALAT PENYELIA BERSAMA O
More informationHUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH
HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH Mohd Rasyidi Ali 1, Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad 2, Abdul Hadi Awang 3, Muhammad Faiz
More informationPenggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) di dalam Terjemahan Maksud Surah Al-Fatihah
209 Penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) di dalam Terjemahan Maksud Surah Al-Fatihah Syar Meeze Mohd Rashid cikgumeeze@ukm.edu.my Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Mohd Hanafi Mohd
More informationUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PUBLIC PARTICIPATION IN CONSERVATION OF HERITAGE AREA IN JOHOR BAHRU CITY CENTRE -A study of the level of awareness and understanding RAHAYU BINTI AHMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PUBLIC PARTICIPATION
More informationISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI
ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI Disediakan Oleh: Mohd Hafiz Jamaludin Calon Sarjana Jabatan Syariah Dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Pembentangan di:
More informationl _,i '" e UNIVERSITI PENDIOIKAN SULTAN loris PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/2016 ARAHAN
_ t: SULIT NIVE ITI NDIDI l'\io1 _.,. TAN ldris...-_yi ""''''.cl..r-- ) SULTAN loris EDUCATION UNIVEltSlTY UNIVERSITI PENDIOIKAN SULTAN loris PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/2016 KOD : HIA3033 KURSUS
More informationFaktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkah laku Beragama Menurut al-ghazali dan Sigmund Freud
Faktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkah laku Beragama Menurut al-ghazali dan Sigmund Freud Internal factor in Religious Behavior Formation According to al-ghazali and Sigmund Freud Nor Nazimi Mohd Mustaffa
More informationMESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MESHFREE FROMULATION FOR BUCKLING COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN A thesis
More information