KEPERLUAN KEPADA SKIM BANTUAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) ATAU LIFELONG LEARNING UNTUK FAKIR MISKIN MENERUSI ZAKAT
|
|
- Margaret Parks
- 6 years ago
- Views:
Transcription
1 Proceedings of the International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia 2017 Editors: Mohd Nasran Mohamad, Muhamad Razak Idris, Farid Mat Zain, Cheloh Khaegphong, Anis Pattanaprichawong & Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Malaysia Academy of Islamic and Arabic Studies, Princess of Naradhiwas University, Thailand ISBN (2017), KEPERLUAN KEPADA SKIM BANTUAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) ATAU LIFELONG LEARNING UNTUK FAKIR MISKIN MENERUSI ZAKAT Azman Ab Rahman, Hasanah Abd Khafidz, Zahari Mahad Musa, Irwan Mohd Subri, Nor Asiah Yaakub & Siti Martiah Anwar Abstrak: Pembangunan asnaf melalui pendidikan merupakan satu strategi penting yang boleh dilaksanakan bagi mengubah kehidupan golongan ini daripada kepompong kemiskinan. Ia merupakan satu proses peningkatan nilai diri yang perlu berlaku sepanjang hayat. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keperluan kepada agihan zakat secara intensif bagi pembelajaran sepanjang hayat. Ia dilakukan dengan mengkaji pelbagai skim dan bentuk bantuan pendidikan yang telah diberikan oleh institusi zakat di Malaysia kepada golongan asnaf khususnya bantuan pendidikan yang dapat membangunkan ekonomi asnaf. Pembangunan pendidikan asnaf yang berkaitan pembelajaran sepanjang hayat ini dijangka dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara yang berpendapatan tinggi. Hasil kajian ini mendapati bahawa bantuan zakat pendidikan yang diberikan oleh institusi zakat di Malaysia kepada golongan asnaf telah memberikan sumbangan yang sangat besar bagi membantu golongan asnaf untuk menuntut ilmu. Bantuan tersebut pada umumnya difokuskan kepada pendidikan sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi. Dalam realiti semasa, wujud persaingan ekonomi, sosial dan lain-lain yang sengit yang memerlukan pembelajaran berterusan bagi golongan asnaf zakat. Hal ini membawa kepada keperluan untuk menyediakan skim bantuan yang komprehensif untuk memperkaya para asnaf dengan kemahiran dan ilmu baru secara berterusan. Katakunci: zakat, asnaf, pendidikan, pembelajaran, sepanjang, hayat, lifelong learning, ekonomi, online learning PENGENALAN Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang lebih dikenali dengan istilah lifelong learning merupakan satu keadaan pembelajaran yang berterusan dan dilakukan secara sukarela dengan motivasi kendiri. Ia menyediakan asas untuk pembelajaran, pembelajaran semula dan kebaikan sepanjang hayat. Pembelajaran sepanjang hayat dapat memastikan setiap individu berkebolehan untuk memenuhi cabaran pengetahuan berasaskan ekonomi (k-ekonomi) untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi. Dalam penulisan ini, pengkaji akan membincangkan tentang PSH di Malaysia serta keperluan penekanan kepada hal ini menggunakan dana zakat. Perbincangan menjurus kepada hal yang berkaitan dengan skim bantuan zakat untuk asnaf fakir dan miskin. Metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik dalam menjalankan kajian ini adalah dengan menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kajian tekstual iaitu daripada pelbagai buku, laporan, jurnal dan seumpamanya serta melalui kajian lapangan berbentuk temubual. Penyelidik juga banyak mendapatkan data daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi memperkaya kajian yang dilakukan. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Dalam penulisan ini, penulis hanya membincangkan dapatan daripada kajian yang dijalankan. Pendidikan Sepanjang Hayat di Malaysia Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga ( ) telah memberikan penekanan kepada penggalakan PSH dengan menyediakan kemudahan untuk menguasai ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran walaupun selepas tamat pendidikan dan latihan formal. PSH telah 27
2 dilaksanakan oleh pelbagai pihak seperti IPT iaitu melalui pendekatan pendidikan jarak jauh, pendidikan fleksibel, pengiktirafan pengalaman bekerja dan penawaran kursus pendek bagi peningkatan pengetahuan dan kemahiran diri. Pendidikan jarak jauh telah lama wujud di kebanyakan negara dan telah dianggap sebagai suatu model pendidikan yang dapat memajukan dasar PSH. Ciri pelajar juga telah berubah dari segi umur yang semakin meningkat dan cara belajar pelbagai mod tanpa batasan masa dan tempat iaitu merangkumi pembelajaran secara online. Malaysia telah melaksanakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) ( yang menekankan tentang PSH. Pada masa ini, Malaysia sudah melepasi Fasa 2 PSPTN iaitu untuk terus memperkukuh dan memperkasa sektor pengajian tinggi negara sepanjang Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) iaitu bagi tempoh Dalam PSPTN, pembelajaran sepanjang hayat sangat dititikberatkan. PSH merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan. Pada masa kini, PSH dilaksanakan melalui pelbagai agensi kerajaan dan IPT. Ia juga berpotensi disebar luaskan melalui pendidikan berkonsepkan open access atau pembelajaran terbuka seperti menggunakan konsep Massive Open Online Course atau MOOC. Penggunaan Dana Zakat untuk Pendidikan Dalam konteks agihan, dana zakat yang terkumpul hendaklah diagihkan kepada lapan asnaf sebagaimana yang telah ditetapkan dalam firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 60 yang bermaksud: Sesungguhnya zakat itu hanya untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus zakat (amil), mualaf yang dipujuk hati mereka, untuk memerdekakan hamba, orang-orang yang berhutang, orang-orang yang berjuang di jalan Allah SWT, orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai ketetapan yang diwajibkan Allah SWT dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Al-Quran, 9:60) Daripada ayat di atas, dapatlah diringkaskan bahawa dana zakat diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin, amil, mualaf, fisabilillah, gharimin, ibni sabil dan riqab. Dana zakat yang diagihkan kepada lapan asnaf pada masa kini wujud dalam pelbagai bentuk agihan (Mohamed Izam, 2010). Ia merangkumi agihan zakat seperti pendidikan, pembangunan sosial, pembangunan ekonomi, pembangunan institusi agama dan juga pembangunan modal insan (Ahmad Shahir, 2007). Bantuan zakat dari segi pendidikan pula merupakan satu bentuk agihan yang sangat penting kerana ia boleh memberi kesan kepada ekonomi, sosial dan nilai tamadun bangsa. Ini bertepatan dengan kehendak syarak yang mementingkan umat Islam supaya gigih menuntut ilmu tidak kira kaya atau miskin seiring dengan tuntutan dalam hadis Rasulullah s.a.w.: طلب العلم فريضة على كل مسلم Maksudnya: Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap orang Islam (Hadis riwayat Ibn Majah) Golongan fakir dan miskin atau golongan asnaf ini juga berhak untuk menuntut ilmu walaupun mengalami masalah dari segi kewangan untuk membayar yuran persekolahan dan pengajian. Maka, kewujudan satu institusi khas yang beroperasi sepenuhnya menggunakan dana zakat untuk memberikan pendidikan berterusan kepada golongan asnaf dengan cara yang profesional dapat membuka era baru dalam pengurusan dan pengagihan zakat oleh pusat zakat dan juga memberikan sinar baru kepada golongan asnaf. Menurut Al-Qaradawi (1973), objektif utama agihan zakat ialah untuk mempertingkatkan nilai hidup pemberi, membersihkan dan menyuburkan harta, membantu pihak yang memerlukan serta memperkukuhkan jaminan sosial. Zakat dapat menyuburkan harta menjelaskan bahawa zakat dapat memperkembangkan lagi harta yang diberikan serta menambah keberkatannya. Harta yang dizakatkan dilihat akan berkurangan pada mata kasar manusia, tetapi sebaliknya jika ditelusuri akan hikmah pemberian zakat ini maka dapat disimpulkan bahawa pada hakikatnya harta zakat ini dapat meningkatkan kegiatan ekonomi masyarakat seterusnya membantu negara ke arah ekonomi negara yang berpendapatan tinggi (Mahmood Zuhdi, 2003). 28
3 Kajian yang dijalankan oleh Abd Halim dan Mohd Saladin (2011) yang bertajuk Pengurusan Agihan Zakat menerangkan kaedah yang dilaksanakan dalam mengelola dana zakat yang telah dikumpul supaya dapat diagihkan kepada asnaf yang berhak. Memandangkan peningkatan prestasi kutipan zakat semakin meningkat maka pengagihan seharusnya meningkat sama supaya dapat mengurangkan bilangan yang tidak berkemampuan. Kajian ini mendapati bentuk bantuan kepada asnaf perlu dimantapkan lagi terutamanya dari segi pengagihan pendidikan. Ini kerana bantuan berterusan dari segi pendidikan kepada golongan asnaf sehingga mereka berjaya adalah sangat penting, ia dapat mengubah kehidupan dan meningkatkan lagi ekonomi negara (Abd Halim dan Mohd Saladin, 2011). Skim Bantuan Pendidikan untuk Asnaf Fakir dan Miskin di Malaysia Berdasarkan Manual Pengurusan Agihan Zakat yang diterbitkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) (2008), terdapat beberapa bentuk bantuan dan skim pendidikan yang diberikan kepada golongan asnaf seperti skim bantuan pelajaran, skim bantuan Am pelajaran/ dermasiswa, skim bantuan yuran persekolahan dan peperiksaan sekolah rendah/menengah, skim bantuan aktiviti dan lawatan belajar. Tujuan skim seperti ini diwujudkan adalah untuk memberi bantuan pelajaran kepada anak golongan asnaf supaya tidak tercicir dalam pelajaran serta dapat memperbaiki taraf hidup keluarga (JAWHAR, 2008). Kesemua golongan asnaf ini kecuali amil dan riqab kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar sama ada di sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi. Bantuan zakat dari segi pendidikan turut disalurkan kepada golongan asnaf ini bertepatan dengan kehendak hukum syarak yang mementingkan umat Islam supaya gigih menuntut ilmu tidak kira kaya atau miskin. Kelantan memberi Bantuan Persekolahan, Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke Institut Pengajian Tempatan (IPT), Biasiswa Kecil Pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK), Bantuan kepada Sekolah Pondok dan Biasiswa Tengku Anis. Mengikut Dasar Agihan Zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Terengganu dengan Bantuan Persekolahan, Skim Bantuan Dermasiswa (IPTA/IPTS) dan Skim Bantuan Pondok/Madrasah. Berpandukan maklumat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu dalam Buku Panduan Skim Agihan Bantuan Zakat (2007). Kedah melalui Bantuan Yuran Peperiksaan Penuntut Miskin Sekolah Agama Nidzomi, Bantuan Persekolahan Bulanan, Bantuan Persekolahan Sekaligus Penuntut Miskin, Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Penuntut Miskin, Bantuan Penuntut Miskin Maktab Mahmud, Bantuan Yuran Penuh Ke IPT Tempatan Penuntut Miskin, Bantuan Yuran Peperiksaan Penuntut Miskin Sekolah Agama Nidzomi, Bantuan Penuntut Miskin Sekolah Agama Nidzomi, Bantuan Persekolahan Bulanan, Bantuan Persekolahan Sekaligus Penuntut Miskin, Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Penuntut Miskin, Bantuan Penuntut Miskin Maktab Mahmud dan Bantuan Yuran Penuh Ke IPT Tempatan Penuntut Miskin. Hampir kesemua insitusi zakat negeri-negeri di Malaysia seperti di Selangor, Johor, Kelantan, Kuala Lumpur, Perlis, Pulau Pinang dan Sarawak yang memberikan bantuan persekolahan rendah dan menengah, bantuan yuran pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara (Pengajian ke timur tengah). Begitu juga bantuan sampingan yang lain seperti bantuan persediaan persekolahan, bantuan pakaian seragam sekolah, bantuan galakan hafaz Quran. Institusi zakat di negeri Johor memberikan bantuan pendidikan yang berbeza daripada institusi zakat lain di Malaysia iaitu dari segi Skim bantuan basikal pelajar dan Skim bantuan cermin mata. Manakala di negeri Sarawak, bantuan pendidikan yang berbeza yang diberikan oleh institusi zakat Sarawak ialah bantuan kertas kerja projek (thesis). Terdapat juga keistimewaan dan bantuan zakat pendidikan khusus bagi pelajar yang mengambil bidang kejururawatan di Kuala Lumpur yang dinamakan Bantuan Pelajaran Kolej Kejururawatan PUSRAWI. Secara keseluruhannya, institusi zakat di Kuala Lumpur memberikan pelbagai jenis bantuan dari pelbagai aspek yang dilihat telah banyak membantu dan memenuhi keperluan golongan asnaf fakir dan miskin di Kuala Lumpur. Skim dan bantuan zakat disetiap negeri di Malaysia ini dapat diringkaskan seperti dalam Jadual 1. Secara zahirnya, dapatlah dilihat bahawa kewujudan zakat pendidikan dalam pelbagai bentuk dilihat dapat memberikan manfaat yang besar kepada golongan asnaf di seluruh negeri di Malaysia. 29
4 Dana zakat pendidikan turut membantu kerajaan Malaysia dalam menangani masalah pendidikan di kalangan fakir dan miskin. Sebagai contoh, sebanyak RM 35,545, telah diperuntukkan dan dibelanjakan pada tahun 2012 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan kepada seramai 28,696 orang penerima (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 2014). Manakala di negeri Johor, sebanyak RM11,250, dana zakat pendidikan diberikan kepada 3087 orang pelajar. Ini jelas menunjukkan bahawa dana zakat turut memperuntukkan dana yang sangat besar dalam pendidikan negara (Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), 2014). Jelas di sini bahawa, majlis agama Islam dan pusat zakat memperuntukkan sebahagian besar dana zakat dalam bentuk pendidikan bagi membantu golongan asnaf dalam pendidikan. Keperluan kepada Pelaksanaan PSH untuk Asnaf Fakir dan Miskin Menggunakan Dana Zakat Keberkesanan agihan zakat melalui skim zakat pendidikan merupakan faktor penting dalam projek jangka masa panjang pembasmian kemiskinan. Pembasmian kemiskinan merupakan perkara yang perlu dititikberatkan selari dengan usaha negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Malah, para pengurus agensi pembasmian kemiskinan di Malaysia sentiasa mengambil pendekatan mengajar si miskin mengail lebih baik daripada memberi ikan kerana pengetahuan dan pengalaman dalam mengail akan mengurus kelangsungan hidup si miskin (Mohamed Izam, 2011). Walau bagaimanapun, pengkaji berpendapat bahawa sudah sampai masanya untuk institusi zakat mengajarkan si miskin menjala atau menahan pukat untuk menghasilkan pendapatan yang lebih baik. Pendidikan dan pembangunan ekonomi saling berkait rapat seperti dalam kajian yang dijalankan oleh Sweeney (1988) dalam kajiannya yamg mengenal pasti bahawa pendidikan merupakan faktor kritikal dalam menghadapi situasi tegang seperti masalah pengganguran. Beliau juga turut menegaskan bahawa kemahiran dan pengetahuan boleh dibina melalui proses latihan dan pendidikan. Pendidikan juga dilihat menjadi faktor yang penting dalam membantu sesebuah negara menikmati kelebihan persaingan dan peningkatan ekonomi yang berterusan. Ini kerana melalui pendidikan, tenaga mahir yang kompeten dan berdaya saing dapat dihasilkan dan ia turut memberikan impak positif kepada perkembangan ekonomi negara. Hasil kajian yang dilakukan mendapati bahawa kebanyakan negeri memberikan bantuan saraan pendidikan yang asas sahaja iaitu pengajian di peringkat sekolah dan IPT. Walaupun terdapat agihan untuk selain daripada institusi pendidikan ini, namun penekanan kepada PSH adalah amat kurang. Dalam skim agihan zakat yang lain seperti bantuan modal perniagaan, terdapat latihan dan pemantuan yang diberikan kepada asnaf yang terlibat. Namun, ia banyak menumpukan kepada perusahaan yang berkaitan sahaja sedangkan teknologi dan cabaran sosial terus berlaku yang memerlukan kepada pembelajaran yang berterusan dari semasa ke semasa. Bagi memperkasa PSH melalui zakat pendidikan, dicadangkan supaya: i. Lebih banyak dana diperuntukkan bagi program dan aktiviti yang bertujuan untuk melaksanakan PSH sebagai alat menambah pelbagai ilmu dan kemahiran mengikut minat dan kehendak dalam memperkaya kualiti hidup individu. ii. Usaha dijalankan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan asnaf agar hadir program yang dijalankan. Perubahan mindset perlu dilakukan dan dicernakan kepada para asnaf bagi meningkatkan kesedaran para asnaf supaya dapat memanfaatkan potensi kendiri melalui PSH. Melalui cara perubahan dalaman ini dijangka dapat menghasilkan impak positif dari segi produktiviti, daya saing dan kebolehpasaran para asnaf. iii. Institusi zakat melakukan kerjasama dengan agensi kerajaan yang telah melakukan pelbagai bentuk program PSH. iv. Pelaksanaan PSH melalui dana zakat dilakukan secara bersemuka dan juga online untuk memberikan peluang pembelajaran yang lebih mudah dan meluas. iv. Institusi zakat menyediakan unit khas yang menggerakkan PSH untuk memastikan pelaksanaannya dapat berjalan dengan baik. 30
5 Kesimpulan Berdasarkan kepada perbincangan dan penelitian yang telah dibuat, dapatlah dirumuskan bahawa PSH mempunyai potensi untuk dilaksanakan dan dijadikan satu agenda utama institusi zakat di Malaysia kerana ia boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam memacu kegemilangan pendidikan golongan asnaf fakir di Malaysia menerusi kepelbagaian bentuk, skim dan bantuan zakat pendidikan yang telah disediakan kepada golongan asnaf fakir sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. Bantuan zakat pendidikan yang berterusan sepanjang hayat dapat menyuntik kesedaran dan semangat ingin berjaya setelah melihat asnaf fakir lain yang berjaya keluar daripada belenggu kefakiran dan kesusahan hidup. Bantuan zakat pendidikan seharusnya dapat mengubah mentaliti dan persepsi golongan fakir untuk tidak terus mewarisi kehidupan sebagai fakir kepada generasi yang seterusnya. Asnaf fakir yang berjaya menjadi model dan sumber ikutan yang berkesan kepada asnaf fakir yang lain dalam memberi kesedaran untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Di samping itu, asnaf fakir perlu memanfaatkan bantuan yang diberikan dan tidak mensia-siakan peluang yang ada sebaliknya membuktikan kepada masyarakat yang mereka juga layak dan berhak untuk berubah dan berjaya. Rujukan Al-Quran Ab Halim & Mohd Saladin Pengurusan Agihan Zakat: Fiqh Zakat Malaysia. Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ). Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Ahmad Shahir, M Paradigma Pengurusan Institusi Zakat: Pengalaman Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS. Pemantapan Sistem Zakat dan Cukai ke Arah kemajuan Ekonomi Ummah. Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Cukai dan Zakat Kebangsaan, Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC, 23 Mei. Malaysia: Kuala Lumpur al-qaradawi. Y Fiqh al-zakat. Muassasah Al-Risalah, Beirut: Lebanon. Buku Panduan Skim Agihan Bantuan Zakat. Laporan Kutipan dan Agihan Zakat Info Zakat. Lembaga Zakat Selangor (LZS) Mahmood Zuhdi, A. M Pengurusan Zakat. Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Manual Pengurusan Agihan Zakat Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Mohamed Izam, M. Y Dana Zakat: Instrumen Pembasmi Kemiskinan Asnaf. Dana Zakat: Wasilah Pembasmian Kemiskinan Asnaf. Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Zakat Serantau 2011, Legend Hotel, 28 Mac. Malaysia: Kuala Lumpur. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) iaitu bagi tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga ( ) 31
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08
ARAHAN : Jawab EMPAT soalan sahaja. SOALAN 1 a) Bincangkan 2 sumber perundangan berikut : i. Qiyas ii. Ijma b) Ekonomi Islam merupakan ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan syariat dari
More informationIMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ
IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the
More informationMANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED
MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2013 MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENTS
More informationPROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)
PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL) Published by: eisbn 978-967-14841-8-0 2nd International Conference On Islamic Education and Law (2ND ICIEL) Copyright 2018
More informationTINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH NUR AINI BINTI IDRIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA i TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA
More informationZakat: Analisis Pengurusan dan Trend Agihan di Melaka
PROSIDING PERKEM VIII, JILID 2 (2013) 926-937 ISSN: 2231-962X Zakat: Analisis Pengurusan dan Trend Agihan di Melaka Ili Diyana Yusop Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ISLAMIC BANK EFFICIENCY AND PRODUCTIVITY IN MALAYSIA REZVAN TORABI FEP 2011 9 ISLAMIC BANK EFFICIENCY AND PRODUCTIVITY IN MALAYSIA BY REZVAN TORABI Thesis Submitted to the School
More information(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER
Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 137-154 www.ukm.my/jhadhari The National University of Malaysia النفس الا نسانية عند فخر الدين الرازي (The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL
More informationMETAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI
METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy Language Academy Universiti
More informationEVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD
EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of the degree of Master
More informationBab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan
Bab 2 Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin Pengenalan Polisi ialah garis panduan umum yang disediakan untuk mencapai sesuatu hasil, matlamat atau objektif yang
More informationFACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL
More informationMTE3133: Penyelidikan Tindakan
Penyelidikan Tindakan: Konsep & Model MTE3133: Penyelidikan Tindakan Dr. Ng Kok Fu, Jabatan Matematik, IPG-KSAH Rujukan Mills, G. E. (2003). Action research: A guide for teacher researcher (2 nd ed.).
More informationLatihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh
Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- 1 DibentangkanOleh Versi 20120315 PENGENALAN MyMesyuarat merupakan sistem pengurusan keputusan mesyuarat atas talian dan tanpa menggunakan kertas. Merupakan salah satu produk
More informationMOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG
MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG A project report submitted in partial fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Computer
More informationFEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL
iv FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL A dissertation submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master
More informationMOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF
MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of
More informationCOMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS
COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS AHMED ABUBAKER A. SALEH UNIVERSITY TECHNOLOGY MALAYSIA COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY
More informationHUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN
HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN NORUL HUDA BINTI MAT RASHID FAKULTI PENGURUSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
More informationPEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH
iii PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Sarjana
More informationPROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)
PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL) Published by: eisbn 978-967-14841-8-0 2nd International Conference On Islamic Education and Law (2ND ICIEL) Copyright 2018
More informationProses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan
Proses Penyelidikan Tindakan MTE3133: Penyelidikan Tindakan Hasil Pembelajaran Mengkaji proses penyelidikan tindakan Menerangkan tatacara menjalankan penyelidikan tindakan Adaptasi model Lewin (1946) &
More informationABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos
ABSTRAK Dewasa ini, kebanyakan pemuda Islam sedang rancak mengalami satu perubahan dan cabaran arus kemodenan sains yang bersifat duniawi. Kemodenan ini melihat kepada cara pemindahan sesuatu maklumat
More informationHAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis
1100091366 'Pe l) tesis 1100091366 A new preference scale of imuitiomstic fuzzy analytic hierarchy process and its application to sustainable energy planning 1 Norliana Mohd Najib. PUSAT PEMBElAJARAN DIGITAL
More informationNOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan
NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan Sites boleh digunakan dalam penghasilan Sumber Pembelajaran. Sumber pembelajaran mengandungi beberapa halaman yang terdiri daripada teks, video
More informationUTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT AHMAD @ MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA iii UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT
More informationA ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH
A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree
More informationTERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL
TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL A project report submitted in partial
More informationSKIM AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF FI SABILILLAH MENGIKUT MAQASID SYARIAH: KAJIAN DI SELANGOR DAN PULAU PINANG 1
SKIM AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF FI SABILILLAH MENGIKUT MAQASID SYARIAH: KAJIAN DI SELANGOR DAN PULAU PINANG 1 Hairullfazli Mohammad Som, Azman Ab Rahman, Syed Mohd Najib Syed Omar & Siti Zulaikha Mokhtar
More informationوظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)
Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 155-170 www.ukm.my/jhadhari The National University of Malaysia وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State) *. *Corresponding author. Email: amirhusin66@gmail.com
More informationSCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST
SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST 1. INTRODUCTION A logo is an icon that represents the identity of an institution. It is used not just to promote the institution itself, but should also be able to
More informationreflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that
REFLEKSI PENGERTIAN REFLEKSI Pemikiran reflektif ialah pemeriksaan yang dilakukan secara aktif, teliti dan bersungguh terhadap kepercayaan, atau suatu yang didakwa sebagai pengetahuan (ilmu), berdasarkan
More informationKECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF
KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF MUHAMMAD RIDHWAN AB. AZIZ Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri
More informationSPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE
SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE PM. Dr. Jamalludin Harun Norah Md Noor Norasykin Mohd Zaid Department of Educational Multimedia Faculty of Education, UTM
More informationKeywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics
ا ثار الخوارج الشعرية: دراسة تحليلية نقدية : :.. - - - - :.. Abstract: The study aims at explaining the purposes of the Khawarij poetry and their relation to the principles that the group fought for. The
More informationA NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN
More informationAN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN
iii AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN A project report submitted in fulfillment of the requirements for the award of the degree of Master of Engineering (Civil)
More informationKey Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries
: : -..... - - - : - Abstract: The paper aims to explore the lexical materials in the Arabic Malay Bilingual Dictionaries scattered in the Malay speaking world in general, and in Malaysia in particular.
More informationSPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB
SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB PM. Dr. Jamalludin Harun Norah Md Noor Norasykin Mohd Zaid Department of Educational Multimedia Faculty of Education,
More informationManual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat
Manual Pengguna Laporan Audit Dalam (Auditor) Disediakan Untuk : Audit Korporat Disediakan oleh : Unit Pengurusan Aplikasi Pejabat, PSMB ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN Carta Alir 3 Cara Menggunakan Sistem
More information(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia
Jurnal Hadhari 5 (2) (2013) 103-114 www.ukm.my/jhadhari (The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) 1 BADLIHISHAM MOHD. NASIR 2 OTHMAN TALIB 3 SULAIMAN IBRAHIM 1 Faculty of Islamic Civilization,
More informationLampiran A : PETA NEGERI KEDAH
Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH Sumber : Kedah 1771-1821, The Search For Security and Independence, OXFORD UNIVERSITY PRESS LONDON NEW YORK Lampiran B : MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH SUMBER : LAMAN INFO
More informationSPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD
SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION 2017 19 NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD Party Chairman, Secretary-General, Comrades, Brothers & Sisters,
More informationPENGAGIHAN ZAKAT OLEH INSTITUSI ZAKAT DI MALAYSIA: MENGAPA MASYARAKAT ISLAM TIDAK BERPUAS HATI?
Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 1 (2009) 89-112 Shariah Journal, Vol. 17, No. 1 (2009) 89-112 PENGAGIHAN ZAKAT OLEH INSTITUSI ZAKAT DI MALAYSIA: MENGAPA MASYARAKAT ISLAM TIDAK BERPUAS HATI? Hairunnizam Wahid
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL ZULAINI BINTI YAHYA FSKTM 2012 27 QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING
More informationPEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI
PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI Noor Azean Atan & Mohd Ariff Bin Badarudin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
More informationPENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK
PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Pengiraan objek dalam imej bermaksud mengira objek yang terdapat dalam imej.
More informationM2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN
M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN Kandungan Kuliah Adaptasi model Lewin, 1946 & Laidlaw,1992: Mengenal pasti aspek amalan bagi penambahbaikan Merancang tindakan Melaksana
More informationPROGRAM USAHAWAN BAGI MEMPERKASAKAN EKONOMI GOLONGAN ASNAF: PEMANTAUAN DARI APLIKASI MYEMA ABSTRACT
PROGRAM USAHAWAN BAGI MEMPERKASAKAN EKONOMI GOLONGAN ASNAF: PEMANTAUAN DARI APLIKASI MYEMA Azman A.R 1, Mohamad Yazis Ali Basah 2, Mohammad Noorizzuddin Nooh 3, Mahdhir Abdullah 4, Ahmad Anis Mohd Fauzi
More informationCabaran Sosial dalam Pelaksanaan Zakat Kalangan Masyarakat Muslim Bangkok
e-issn 2289-6023 International Journal of Islamic Thought ISSN 2232-1314 Vol. 13: (June) 2018 Cabaran Sosial dalam Pelaksanaan Zakat Kalangan Masyarakat Muslim Bangkok WAEAMRENE WAEPA, SHOFIAN AHMAD, MOHD.
More informationFLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI
ii FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirement for the award of the degree of Master of Science (Engineering Mathematics)
More information(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)
Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 171-190 wwwukmmy/jhadhari The National University of Malaysia التعايش السلمي بين الا ديان في الا سلام (The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam) KAMILOV ASKHABALI*
More informationTahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor
Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor AHMAD FATIN BIN MOHAMAD SUHAIMI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ahmadfatin@kuis.edu.my SAFURA BINTI AHMAD SABRI Kolej Universiti Islam
More informationKatakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)
Kepuasan Mahasiswa Mahasiswi Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej Tun Dr.Ismail Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Hamdan Bin Said & Azaha Bin Abdullah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
More informationTHE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS
3 THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master
More informationJAWHAR. JURNAL PENGURUSAN. Vol. 4, No. 1, 2010 ISSN KANDUNGAN JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR) JURNAL
JABATAN WAKAF, ZAKAT & HAJI (JAWHAR) MALAYSIA JURNAL PENGURUSAN JAWHAR ISSN 1985-2010 JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR) Vol. 4, No. 1, 2010 www.jawhar.gov.my JURNAL PENGURUSAN JAWHAR Vol. 4, No. 1,
More informationSADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013
ii IMPROVEMENT OF LEARNING AND TEACHING THROUGH INSTRUCTIONAL SUPERVISION IN TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION (TVE) INSTITUTIONS IN NIGERIA: PRINCIPALS AND TEACHERS PERCEPTION. SADA ADAMU MAIGARI A thesis
More informationSEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL
SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL Azman Ab. Rahman Profesor Madya, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. E-mel:
More informationUNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA
UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA Bachelor of Medicine & Surgery, Dental Surgery, Pharmacy, Biomedical Sciences, Medical Biotechnology, Pharmaceutical Chemistry,
More informationUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Jadual Kerja Urusan Pendaftaran Kursus, Permohonan Penganugerahan Diploma dan Urusan Peperiksaan Semester I, Sesi /2019 BIL AKTIVITI TEMPOH/MASA MINGGU KE TARIKH CATATAN 1.
More informationZAKAT COLLECTION AND DISTRIBUTION IN MALAYSIA
ZAKAT COLLECTION AND DISTRIBUTION IN MALAYSIA NORLELABT ZAMAN 1 MOHDKHAIRYKAMARUDIN 2 NOOR ASMANI AHMAD 3 1 Commerce Department, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Malaysia 2 Faculty of Entrepreneurship
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS AMAR ALI HUSSEIN FK 2010 8 NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBE HEAT EXCHANGER
More informationKECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN
More informationFaktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah) Marhaini Abdul Ghani Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor marhaini@kuis.edu.my Nur Liza Ramli Kolej
More informationAbstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani
46 R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran Hairani Sani hairani_sani@moe.edu.sg Ibrizi Ishak ibrizi_ishak@moe.edu.sg Sekolah Rendah Woodlands Abstrak Tugasan penulisan yang berdasarkan
More informationMODEL PEMBANGUNAN USAHAWAN ASNAF MAIDAM (PUASMA)
Proceedings of the International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia 2017 Editors: Mohd Nasran Mohamad, Muhamad Razak Idris, Farid Mat Zain, Cheloh Khaegphong, Anis Pattanaprichawong
More informationKEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN
KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN Abstrak Mohd Sollah Mohamed Prof. Madya Dr. Mohammad Seman Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa Timur Tengah Universiti Malaya Ogos
More informationAUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kandungan Pengenalan Proses Audit Syariah Audit Syariah Menurut Rangkakerja Tadbir Urus BNM Kepentingan Audit
More informationPERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
Halaman: 1/6 1.0 TUJUAN Garis Panduan ini bertujuan untuk menjadi rujukan dan panduan yang perlu diikuti oleh pensyarah di dalam pengendalian peperiksaan akhir posting bagi Program Doktor Perubatan Fasa
More informationPrestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Agihan Zakat: Perbandingan antara Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia
Jurnal Ekonomi Malaysia 51(2) 2017 33-46 http://dx.doi.org/10.17576/jem-2017-5001-4 Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Agihan Zakat: Perbandingan antara Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia (Financial
More informationTHE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH
THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH S.A. MUYIBI AND M.S. JAMI Department of Biotechnology Engineering, Faculty of Engineering, International Islamic University Malaysia, Jalan
More informationUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PUBLIC PARTICIPATION IN CONSERVATION OF HERITAGE AREA IN JOHOR BAHRU CITY CENTRE -A study of the level of awareness and understanding RAHAYU BINTI AHMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PUBLIC PARTICIPATION
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE MAS RYNNA WATI AHMAD FBMK 2011 5 WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY
More informationPengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org
UNISEL Journal of Social Sciences and Humanities 1(1): 43-49 eissn: REQUEST PENDING 2014 Universiti Selangor Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS)
More informationPEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH
IIUM Press PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH Yusof Ismail labatan Pentadbiran Perniagaan Kulliyyah Ekonomi and Sains Pengurusan UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA AZInan Ismail
More informationVISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR
VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR Siti Nur Atikah Binti Mohd Asri Dr. Tengku Siti Meriam Binti Tengku Wook Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti
More informationLOKALISASI PENGAGIHAN ZAKAT DAN CADANGAN KHIDMAT SOSIAL Satu Tinjauan Awal di Malaysia
LOKALISASI PENGAGIHAN ZAKAT DAN CADANGAN KHIDMAT SOSIAL Satu Tinjauan Awal di Malaysia Hairunnizam Wahid Sanep Ahmad Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi & pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia,
More informationKajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat
Manuscript Submitted : 22 Oct 2017 Accepted : 6 Nov 2017 Published : 25 Nov 2017 Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat Nur Muizz Bin Mohd Salleh, Che Wan Shamsul Bahri
More informationTHE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO
i THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO A project report submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of the degree
More informationWAR 24 MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI DALAM PENILAIAN KEBERKESANAN PROSEDUR PERMOHONAN ZAKAT PENDIDIKAN SECARA ELEKTRONIK (E-DERMASISWA)
WAR 24 MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI DALAM PENILAIAN KEBERKESANAN PROSEDUR PERMOHONAN ZAKAT PENDIDIKAN SECARA ELEKTRONIK (E-DERMASISWA) Norzalina Zainudin, NurNaddia Nordin, Aza Shahnaz Azman, Teh Suhaila
More informationMohd Faisol Ibrahim 1 ABSTRAK
ANALISA KETIDAKSELARASAN METODOLOGI BAYARAN DAN KUTIPAN ZAKAT HARTA OLEH INSTITUSI-INSTITUSI ZAKAT DI MALAYSIA (THE ANALYSIS OF NON-UNIFORMITY METHODOLOGY OF ZAKAT PAYMENT AND COLLECTION VIA ZAKAT INSTITUTIONS
More informationSEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR
i SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Civil
More informationTHE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN
THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements
More informationPERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH
PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH Muhammad Faiz Mukmin Abdul Mutalib 1, Abdul Hadi Awang 2, Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad 3, Mohd Rasyidi Ali 4, Mohd Shairawi
More informationUDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN
UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN NAMA PELAJAR/ NO. MATRIKS MOHD FAIRUZ BIN JILAINI DX100156DAJ04 MOHD REDUAN BIN ABDULLAH DX115025DAJ04 MOHD SHAHRIL
More informationMODAL INSAN KOPERASI :
DIMENSIKOOP MODAL INSAN KOPERASI : INOVASI DAN TRANSFORMASI MEMPERKASA SEKTOR KOPERASI Norshuhadah Abd Malik Pusat Keusahawanan Koperasi dan Peruncitan Pengenalan Inovasi Perkataan inovasi amat berkait
More informationWPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat
DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master
More informationBAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak
BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN 6.1 PENDAHULUAN Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak bermulanya tamadun bangsa. Manusia secara fitrahnya bergerak dari satu tempat ke satu
More informationOleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **
SEJARAH PENERBITAN EMPAT JURNAL AWAL DI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA (History of Four Early Journals Publication in Academy of Islamic Studies, University of Malaya) Oleh: Faisal @ Ahmad
More informationRUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA
Volume: 3 Issues: 13 [December, 2018] pp. 236-244] International Journal of Law, Government and Communication eissn: 0128-1763 Journal website: www.ijgc.com RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA:
More informationProsiding SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA. 22 Mac Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
Prosiding SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA Memartabatkan Emas Dalam Sistem Kewangan Islam 22 Mac 2016 Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Penyunting Salmy Edawati
More informationKNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI
KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI A thesis submitted in fulfilment ofthe requirements for the award ofthe
More informationTahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar
Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar The Module Level of Arabic Mosque and Its Relationship with the Level of Basic Arabic Proficiency
More informationKESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam
KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT Oleh Zaharin Bin Liam zaharin_liam@yahoo.com ABSTRAK Kajian ini bertujuan menambah baik amalan pengajaran
More informationvii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN
vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii xv xvi xix xx BAB PERKARA MUKA SURAT
More informationKeberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor
PROSIDING PERKEM VIII, JILID 1 (2013) 28-37 ISSN: 2231-962X Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor Hairunnizam Wahid Sanep Ahmad Pusat Pengajian Ekonomi,
More informationKEPATUHAN MEMBAYAR ZAKAT FITRAH: ANALISIS KUTIPAN DAN KETIRISAN PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH DI TERENGGANU
KEPATUHAN MEMBAYAR ZAKAT FITRAH: ANALISIS KUTIPAN DAN KETIRISAN PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH DI TERENGGANU Siti Saufirah Mohd Tahir 1, Hairunnizam Wahid 2 & Sanep Ahmad 3 ABSTRACT The amount collected in the
More informationNEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY
NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY Jil. 64 No. 7 31hb Mac 2011 TAMBAHAN No. 7 PERUNDANGAN Sel. P.U. 19. ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA
More informationEKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN
EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN Prosiding Seminar Antarabangsa Ke 8 Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran Kampus Tuanku Abdul Halim Mu adzam Shah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Langkawi,
More informationLAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN TAJUK MENINGKATKAN PENGHASILAN KAJIAN TINDAKAN DALAM KALANGAN PEMIMPIN SEKOLAH MELALUI PORTAL E- PEMBELAJARAN (ep) PENYELIDIK: 1. SULIMAN BIN
More information