PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

Similar documents
Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

APLIKASI ROBOT ḤAJARUL ASWAD DALAM MEMBANTU MENGINGAT PERISTIWA PERLETAKAN ḤAJARUL ASWAD PENDIDIKAN ISLAM

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

PENGGUNAAN B-PoP: RASULULLAH, KEKASIH ALLAH DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI DAN MENGINGAT KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

HAFAZAN MASRUR DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN MINAT DAN PENGUASAAN MURID UNTUK MENGHAFAZ SURAH AL- C ᾹDIYᾹT

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PENGGUNAAN SUPER AYAT DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SECARA MEKANIS MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Norhadi Anwar bin Tamit

Oleh. Syed Mohd Solehin bin Wan Sarip ABSTRAK

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PENDEKATAN BIMBINGAN RUKUN SOLAT MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN KAEDAH MNEMONIK BERBANTUKAN MULTIMEDIA. Oleh

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

KIRAAN JARI DALAM MEMBANTU MURID PEMULIHAN TAHUN 2 MENGEJA DAN MEMBATANGKAN PERKATAAN KVKV. Oleh. Dyg Marzuin Binti Awang Ismail

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PENGGUNAAN KAEDAH COCOM UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGENAL PASTI DAN MEMBANDING BEZA KEDUDUKAN KERAJAAN MELAYU AWAL SERTA GEOGRAFINYA.

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Penguasaan Bacaan Hamzah Wasal Menggunakan Kaedah Bafkad (Mastering the Reading of Hamzah Wasal Using Bafkad Method)

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

KAEDAH PAMERAN DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN GURU PELATIH KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH.

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

1. Kekuatan. 2. Kelemahan. 3. Langkah Mengatasi

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

MENINGKATKAN KEMAHIRAN HAFAZAN AL-QURAN MURID TAHAP 2 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH. Oleh ABD RAZAK B.

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

KAJIAN PEMIKIRAN DAN AMALAN REFLEKSI DI KALANGAN GURU PELATIH SAINS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NOR HASNIZA BINTI IBRAHIM

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

KAJIAN PEMIKIRAN DAN AMALAN REFLEKSI DI KALANGAN GURU PELATIH SAINS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NOR HASNIZA BINTI IBRAHIM

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

PELAKSANAAN TUGASAN DIALOG TENTANG ISLAM MENERUSI FACEBOOK DALAM KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAKWAH

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID

Transcription:

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI azwaasshifa@gmail.com ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu murid Tahun 5 dalam membezakan hukum qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ dengan betul melalui penggunaan teori warna dan visual yang terkandung di dalam Kit Lampu Isyarat Qalqalah (KLIQ). Instrumen yang digunakan semasa memperoleh dapatan kajian ini ialah pemerhatian dimana saya melihat hasil dapatan kajian sebelum dan selepas daripada nota lapangan serta senarai semak pemerhatian. Dapatan kajian turut dikukuhkan melalui transkrip temu bual dan maklum balas yang dilakukan bersama sampel kajian dan disokong lagi dengan ujian sebelum tindakan dan selepas tindakan yang dijalankan. Kajian ini dijalankan ke atas empat orang murid Tahun 5 yang mempunyai tahap sederhana dan rendah dalam bidang al-quran. Reka bentuk kajian adalah berbentuk penyelidikan tindakan. Melihat kepada dapatan kajian, berlakunya peningkatan purata peratusan markah murid daripada 65% kepada 90% melalui ujian sebelum tindakan dan selepas tindakan yang dijalankan. Melalui dapatan kajian yang diperoleh, terbukti bahawa Kit Lampu Isyarat Qalqalah (KLIQ) ini mampu membantu murid dalam membezakan qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ dengan tepat disamping membantu dalam meningkatkan amalan pengajaran guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan lebih baik. Kata kunci: Kit Lampu Isyarat Qalqalah (KLIQ), teori warna, teori visual, membezakan qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ, meningkatkan amalan guru. PENGENALAN Refleksi Pengalaman Pembelajaran Dan Pengajaran Semasa menjalani praktikum fasa dua yang lalu, saya telah menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Satria Johan (bukan nama sebenar). Sepanjang sesi praktikum tersebut, saya telah berpeluang untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersama dengan murid Tahun 5M (bukan nama sebenar). Semasa menjalani praktikum, saya berkesempatan untuk mengajar murid Tahun 5 tersebut berkaitan dengan tajuk Qalqalah. Antara masalah yang berjaya dikenalpasti semasa sesi PdP berlangsung adalah, murid mengalami masalah dalam membezakan qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ. Hanya beberapa orang murid sahaja yang mampu menjawab soalan lisan guru dengan betul. Manakala, murid yang lain kelihatan pasif di dalam kelas semasa sesi soal jawab dilakukan. Berdasarkan hasil lembaran kerja pengesanan awal pula, majoriti murid Tahun 5 tersebut tidak mampu membezakan qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ dengan betul. Mereka juga tidak mampu menyatakan kelima-lima huruf qalqalah dengan tepat. Berdasarkan soal jawab yang dilakukan juga, penggunaan akronim yang sedia ada di dalam buku teks tidak mampu membantu murid saya untuk ق ط ب ج د menyatakan kelima-lima huruf qalqalah dengan tepat. Dengan ini, objektif pembelajaran saya pada hari tersebut tidak mampu untuk dicapai dimana majoriti murid Tahun 5M tersebut tidak berkemampuan membezakan qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ dengan betul. Oleh yang demikian, saya melakukan satu kajian berkaitan 104

dengan penggunaan Kit Lampu Isyarat Qalqalah (KLIQ) dalam membantu murid dalam membezakan qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ serta membantu guru untuk menambah baik amalan pengajaran bagi tajuk Qalqalah ini. FOKUS KAJIAN Fokus kajian saya adalah untuk membantu murid dalam membezakan qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ serta menambah baik amalan guru dalam menjalankan sesi PdP mengenai hukum qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ ini. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan semasa pengumpulan data awal kajian, saya melihat murid tidak aktif di dalam kelas semasa sesi soal jawab berkaitan dengan qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ dilakukan. Saya turut melakukan ujian sebelum tindakan selepas memberikan lembaran kerja pengesanan awal mengenai qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ. Hasil ujian sebelum tindakan yang dilakukan, masih terdapat murid yang keliru dalam membezakan qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ. Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk membina bahan bantu belajar yang menerapkan teori warna dan visual bagi membantu murid membezakan qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ. Perkara ini seiring dengan pendapat Ahmad Munawar dan Zakaria Stapa (2011) dimana, seseorang individu murid itu akan cenderung untuk memperoleh kemahiran berkenaan dengan sesuatu perkara apabila seiring dengan strategi pembelajaran yang berkesan. Menurut Taylor (2007) dan Parette et.al., (2011) pula, penggunaan animasi atau gambar dalam suatu bahan bantu belajar mampu memberi keupayaan untuk menarik minat murid dan memberikan kefahaman kepada mereka mengenai sesuatu topik dan mampu membuatkan murid memberi respon dengan cepat. Hal ini turut dipersetujui oleh Marien (2010) dan Cornell (2010) telah berpendapat bahawa setiap gambar mempunyai seribu rujukannya yang tersendiri dan kombinasi ayat beserta gambar mestilah bersesuaian dan mampu menyampaikan mesej dengan berkesan. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif Kajian 1. Memastikan murid dapat membezakan hukum qalqalah sughrᾱ dan qalqalah kubrᾱ dengan betul menggunakan penggunaan Kit Lampu Isyarat Qalqalah (KLIQ). 2. Menambah baik amalan pengajaran guru dalam membantu murid membezakan qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ dengan menggunakan Kit Lampu Isyarat Qalqalah (KLIQ). Persoalan Kajian 1. Adakah Kit Lampu Isyarat Qalqalah (KLIQ) dapat membantu murid membezakan hukum qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ dengan betul? 2. Bagaimana Kit Lampu Isyarat Qalqalah (KLIQ) dapat menambah baik amalan pengajaran guru dalam membantu murid membezakan qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ? 105

PESERTA KAJIAN Jadual 1 Peserta Kajian dan Rasional Pemilihan Bil Nama 1. Ayin 2. Kri Rasional Pemilihan (Ciri-Ciri/Prestasi Akademik) Prestasi Akademik : Sederhana Ciri-ciri : Ayin boleh membca al-quran. Seorang yang aktif di dalam kelas. Selalu melakukan kecuaian semasa sesi latihan dijalankan. Pretasi Akademik : Sederhana Ciri-Ciri : Kri mampu membaca ayat al-quran dengan baik. Seorang yang aktif di dalam kelas. Bersemangat ketika menuntut ilmu. 3. Haz 4. Mar Prestasi Akademik: Lemah Ciri-ciri: Haz masih membaca Iqra 6. Seorang murid yang pasif. Rajin bertanya kepada rakan apabila dia kurang faham akan tajuk yang dipelajari. Prestasi Akademik: Lemah Ciri-ciri: Mar masih membaca Iqra 3. Seorang murid yang pasif. Sukar bertanya soalan kepada guru dan rakan. TINDAKAN YANG DIJALANKAN Fasa Perancangan Semasa kajian ini dilaksanakan, saya mengaplikasikan model Kurt Lewin bagi menyempurnakan kitaran kajian saya. Selepas memperoleh dapatan daripada refleksi pengajaran yang lepas, saya mengambil keputusan untuk membina Kit Lampu Isyarat Qalqalah (KLIQ) sebagai bahan bantu belajar untuk membantu murid membezakan hukum qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ dengan betul. Bahan bantu belajar yang dibina mempunyai penerapan teori warna dan visual berdasarkan konsep lampu isyarat untuk memudahkan murid mengingat hukum qalqalah. Rajah 1 berikut adalah panduan penggunaan KLIQ yang dihasilkan: Rajah 1. Panduan penggunaan Kit Lampu Isyarat Qalqalah. Dalam pembinaan KLIQ ini juga saya turut menerapkan kaedah akrostik baharu yang menggantikan akronim lama bagi memudahkan murid mengingat kelima-lima huruf qalqalah. Semasa menggunakan KLIQ ini, murid akan membezakan hukum qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ berdasarkan warna. Warna merah akan digunakan bagi qalqalah 106

kubrᾱ dimana jika kita lihat bahawa, konsep lampu merah pada lampu isyarat menandakan kita perlu berhenti. Begitu juga dengan konsep qalqalah kubrᾱ dimana hukum ini terjadi ketika berlakunya waqaf. Manakala untuk qalqalah sughrᾱ pula kita akan menggunakan warna kuning. Hal ini dilihat pula pada kedudukan lampu kuning yang berada di tengah lampu isyarat. Kedudukannya bersamaan dengan hukum qalqalah sughrᾱ yang hanya akan terjadi di pertengahan ayat. Penggunaan warna hijau pula digunapakai bagi ayat yang tidak mengandungi kedua-kedua hukum qalqalah. Warna hijau ini sinonimnya dengan keadaan seseorang pemandu yang bertemu dengan lampu isyarat berwarna hijau dimana dia hanya perlu teruskan pemanduannya selagi mana lampu hijau masih tidak berubah tanpa diganggu dengan lampu kuning dan merah. Rajah 2 berikut merupakan gambaran nota yang disediakan di dalam KLIQ yang dibina: Rajah 2. Nota Kit Lampu Isyarat Qalqalah (KLIQ) Fasa Tindakan Setelah bahan bantu belajar ini dibina, saya mengaplikasikannya di dalam sesi PdP bersama dengan keempat-empat sampel kajian yang telah dipilih untuk menilai keberkesanannya dalam meningkatkan kefahaman murid untuk membezakan qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ. Setelah mengaplikasikan KLIQ ini kepada sampel kajian, saya melakukan temu bual kepada murid untuk melihat respon mereka berkaitan dengan keberkesanan KLIQ yang disediakan. Temu bual turut dilaksanakan kepada guru pembimbing untuk memperoleh dapatan daripada beliau berkenaan dengan peningkatan amalan saya setelah KLIQ ini digunapakai semasa sesi PdP. Ujian selepas tindakan juga diberi kepada sampel kajian bagi menilai kefahaman murid setelah penerapan teori warna dan visual digunapakai dalam KLIQ untuk membantu mereka membezakan qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ. Fasa Pemerhatian Saya turut mengambil langkah untuk melakukan pemerhatian sepanjang kajian ini dijalankan. saya melakukan pemerhatian kepada sampel-sampel kajian mengenai bagaimana reaksi mereka sepanjang mereka menggunakan KLIQ sebagai bahan bantu belajar. Saya juga ingin melihat bagaimana mereka menggunakan Kit Lampu Isyarat Qalqalah (KLIQ) tersebut dalam membantu mereka memahami isi pembelajaran. Saya turut melihat adakah mereka gemar bermain dengan KLIQ tersebut untuk membuktikan bahawa mereka berminat dengan bahan bantu belajar yang telah disediakan. 107

Fasa Refleksi Sebelum Kitaran Kedua Bagi memenuhi kehendak kitaran model Kurt Lewin, refleksi telah dilakukan bagi melihat keberkesanan kajian yang dilakukan dalam membantu murid membezakan qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ dengan menggunakan KLIQ. Hal ini adalah kerana, saya memerlukan pengesahan sama ada pengaplikasian bahan bantu belajar ini berkesan atau tidak dan adakah saya memerlukan untuk melakukan lingkaran kedua bagi penambahbaikan kepada kajian ini. Setelah melihat kepada keputusan sampel kajian yang memberikan impak yang baik, saya memutuskan untuk kajian ini tamat pada kitaran pertama sahaja. DAPATAN KAJIAN Kit Lampu Isyarat Qalqalah (KLIQ) membantu murid membezakan hukum qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ dengan betul. Dalam mengumpul hasil dapatan kajian bagi persoalan kajian satu, saya melakukan pemerhatian terhadap minat murid semasa sesi PdP berkaitan dengan tajuk Qalqalah berlangsung. Saya menggunapakai borang senarai semak pemerhatian sebagai instrumen saya untuk melihat perubahan tingkah laku murid sebelum dan selepas kajian dijalankan. Berdasarkan hasil daripada senarai semak sebelum dan selepas kajian dilakukan, saya melihat bahawa berlakunya peningkatan kemampuan murid di dalam kelas dimana, mereka sudah mampu untuk menerangkan perbezaan qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ apabila disoal dan kurangnya kebergantungan kepada guru semasa PdP berlangsung. Bukan itu sahaja, saya turut mengukuhkan pemerhatian saya dengan menggunakan instrumen catatan nota lapangan. Melihat kepada hasil catatan nota lapangan sebelum dan selepas kajian dilakukan, terbukti bahawa berlakunya perubahan tingkah laku murid dimana, mereka telah berani untuk membuat penerangan ringkas dan menjawab soalan guru berkaitan hukum qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ setelah saya mengaplikasikan teori warna dan visual dalam penggunaan Kit Lampu Isyarat Qalqalah (KLIQ). Selain daripada pemerhatian, saya juga melihat kepada analisis dokumen yang digunapakai sepanjang kajian ini dilakukan. Saya melihat kepada hasil lembaran kerja murid sebelum dan selepas kajian ini dilaksanakan. Jadual 3 berikut merupakan jadual perbandingan ujian sebelum dan selepas tindakan dilakukan kepada keempat-empat orang sampel kajian. Jadual 2 Jadual perbandingan markah ujian sebelum dan selepas tindakan. Nama Markah Ujian Sebelum Tindakan (%) Markah Ujian Selepas Tindakan (%) Jumlah Peningkatan Murid (%) Ayin 80 90 10 Kri 40 90 50 Mar 60 90 30 Haz 80 90 10 Jumlah Purata Peratusan 65 90 25 108

Melihat kepada jadual perbandingan ujian sebelum dan selepas tindakan dilakukan, berlakunya peningkatan terhadap kemampuan murid dalam membezakan qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ dimana, berlakunya peningkatan purata peratusan markah ujian murid daripada 65% kepada 90%. Saya turut melakukan sesi temu bual dengan murid dalam mengutip hasil dapatan kajian untuk persoalan pertama kajian ini. Kit Lampu Isyarat Qalqalah (KLIQ) ini dilihat telah berjaya membantu murid dalam membezakan qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ. Perkara ini dapat dilihat dengan perbandingan temu bual yang dijalankan sebelum penerapan KLIQ dalam sesi PdP dimana, saya melihat murid tidak yakin untuk menjawab soalan berkaitan dengan huruf qalqalah dan penerangan hukum qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ semasa temu bual berlangsung. Manakala, selepas penerapan KLIQ pula, apabila sesi temu bual dilaksanakan, murid telah berjaya menyatakan huruf-huruf qalqalah serta mampu membuat penerangan dengan yakin mengenai hukum qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ. Kit Lampu Isyarat Qalqalah (KLIQ) menambah baik amalan guru dalam membantu murid membezakan qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ. Bagi menjawab soalan kedua kajian pula, saya telah melaksanakan analisis pemerhatian dimana, saya melihat kembali catatan nota lapangan yang telah dibuat sebelum dan selepas pengaplikasian KLIQ kepada murid. Sebelum kajian dilaksanakan, murid kelihatan pasif semasa sesi PdP berkaitan dengan tajuk Qalqalah berlangsung. Walaupun sesi kuiz dilaksanakan, mereka tidak bergerak aktif di dalam kelas disebabkan oleh kurangnya tahap penguasaan mengenai tajuk Qalqalah ini. Selepas penggunaan KLIQ ini diterapkan, berlakunya perubahan tingkah laku murid dimana, murid mula bersemangat untuk memperoleh 100% jawapan yang betul berdasarkan soalan yang disediakan oleh guru. Menurut Tejo Nurseto (2011), penggunaan bahan bantu belajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi maklumat yang ringkas dan padat ini mampu membentuk satu situasi kelas yang efektif. Hasil dapatan kajian ini dikukuhkan lagi dengan melihat kepada hasil temu bual bersama guru pembimbing dimana, guru pembimbing sangat menyokong penerapan teori warna dan visual yang diterapkan dalam KLIQ yang dibina. Beliau menyokong bahawa penggunaan KLIQ yang berwarna warni ini sebagai bahan bantu belajar mampu menarik minat murid untuk mengikuti sesi PdP. Manakala, beliau turut menyatakan bahawa KLIQ ini juga membolehkan murid untuk memahami dengan mudah mengenai tajuk Qalqalah yang dipelajari. Persoalan kajian kedua ini disokong lagi dengan hasil daripada maklum balas sampel kajian berkaitan dengan penerapan KLIQ semasa sesi PdP dijalankan. Jadual 4 berikut merupakan hasil daripada maklum balas keempat-empat sampel kajian. Jadual 3 Data borang maklum balas sampel kajian Ayin Kri Haz Mar Bil Perkara TS S TS S TS S TS S 1. Murid meminati subjek Pendidikan Islam selepas menggunakan Kit Lampu Isyarat Qalqalah. 2. Kit Lampu Isyarat Qalqalah sangat menarik dan berwarna warni. 109

3. Murid mudah memahami apa yang terkandung di dalam Kit Lampu Isyarat Qalqalah. 4. Murid mudah mengenali hukum qalqalah ketika membaca al-quran setelah menggunakan Kit Lampu Isyarat Qalqalah. 5. Murid dapat menyatakan huruf qalqalah dengan betul setelah menggunakan Kit Lampu Isyarat Qalqalah. 6. Kit Lampu Isyarat Qalqalah membantu murid dalam membezakan qalqalah sughrᾱ dan qalqalah kubrᾱ. 7. Murid mampu membezakan qalqalah sughro dan qalqalah kubrᾱ dengan betul dan tepat. 8. Murid mampu menerangkan secara ringkas sebab-sebab terjadinya hukum qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ setelah menggunakan Kit Lampu Isyarat Qalqalah. 9. Murid mampu membaca qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ dengan betul dan bertajwid setelah menggunakan Kit Lampu Isyarat Qalqalah. 10. Murid tidak lagi memerlukan bantuan guru sepenuhnya untuk membezakan qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ dengan betul dan tepat. *TS= Tidak setuju S= Setuju Melalui pemerolehan data daripada maklum balas sampel kajian terhadap pengaplikasian KLIQ di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut, kita dapat melihat bahawa keempat-empat orang murid bersetuju bahawa penggunaan KLIQ ini menambahkan lagi minat mereka dalam mempelajari subjek Pendidikan Islam. Selain itu, mereka turut bersetuju bahawa KLIQ yang dibina sangat menarik dan mampu membantu mereka untuk membezakan qalqalah sughrᾱ dan kubrᾱ dengan betul. Mereka juga tidak lagi memerlukan bimbingan sepenuhnya daripada guru untuk memahami tajuk ini. Menurut Ab. Halim Tamuri (2012), kewujudan bahan bantu belajar ini mampu meransangkan komunikasi pelbagai hala di dalam kelas yang mampu menjadikan suatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu akan menjadi lebih menarik. Pendapat ini juga dipersetujui oleh Kamarul et.al., (2011), dimana beliau menyatakan bahawa kehadiran bahan bantu belajar atau mengajar ni menjadikan fungsi guru sebagai pemudah cara sahaja tanpa dan turut mewujudkan pembelajaran berpusatkan murid. REFLEKSI Implikasi terhadap peserta kajian. Semasa menjalankan penyelidikan ini, saya melihat bahawa kajian ini sangat memberi impak yang positif kepada keempat-empat sampel kajian saya dimana penguasaan hukum tajwid ini dapat mereka aplikasikan dalam bacaan al-quran seharian mereka. Justeru, tercapailah matlamat Pendidikan Islam di sekolah untuk membolehkan Pendidikan Islam ini menjadi panduan dalam seluruh kehidupan (Al-Kaylani & Mar Majid, 2005). Implikasi terhadap amalan kendiri. Saya juga mampu meningkatkan kualiti strategi perancangan saya dalam mewujudkan satu sesi pembelajaran dan pengajaran yang menarik. Melalui penelitian yang dilakukan sepanjang tempoh kajian, saya juga mampu melihat hasil keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran menggunakan KLIQ sebagai bahan bantu belajar yang telah saya aplikasikan kepada murid. Bukan itu sahaja, saya juga berkesempatan untuk berkolaborasi 110

dengan pelbagai pihak semasa kajian ini dilaksanakan bagi mengukuhkan dapatan kajian yang diperoleh. Implikasi terhadap kurikulum. Berdasarkan perincian di dalam Dokumen Standard Kurikulum Pelajaran (DSKP) Pendidikan Islam, kandungan sukatan pelajaran menekankan murid untuk menguasai hukum tajwid dan mampu membaca ayat al- Quran mengikut tajwid yang betul dan tepat (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Secara tidak langsung, dengan kajian ini telah membantu murid untuk memahami konsep satu daripada hukum tajwid yang terkandung di dalam al-quran. Dalam meningkatkan kualiti kurikulum juga memerlukan guru mengamalkan amalan inovasi dalam menambah baik kaedah pengajaran di dalam bilik darjah. Perkara ini disokong oleh Ali Muhson (2004), dimana beliau menyatakan bahawa, guru perlu mengaplikasikan inovasi serta meningkatkan kreativiti agar tidak tertinggal dalam kemampuan mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran. Amat menjadi satu keutamaan kepada seseorang guru untuk mencari pendekatan yang sesuai bagi memupuk kefahaman dalam diri seseorang murid agar pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan itu berkesan kepada semua individu (Sharifah Nooraida, 2015). CADANGAN TINDAKAN SUSULAN Setelah melihat kepada keberkesanan penggunaan teori warna dan visual yang diterapkan dalam Kit Lampu Isyarat Qalqalah (KLIQ) ini, saya menyimpan hasrat untuk mengaplikasikan juga kedua-dua teori ini di dalam hukum tajwid yang lain. Selain itu, cadangan saya seterusnya adalah untuk mendigitalkan KLIQ ini bersesuaian dengan dunia teknologi masa kini. Bukan itu sahaja, saya juga akan cuba untuk mempelbagaikan lagi kaedah dalam pengajaran bidang tajwid ini seperti penerapan kaedah nyanyian dan permainan yang mampu menarik minat murid dalam mempelajari bidang tajwid dan memberi impak yang positif terhadap penguasaan mereka dalam bidang tajwid. Perkara ini turut dipersetujui oleh Sharifah Nooraida (2015) dimana, beliau menyatakan bahawa guru berperanan sebagai penyampai kurikulum dan merupakan agen yang penting bagi menyalurkan maklumat yang lebih jelas kepada murid. Bagi meningkatkan kefahaman murid di dalam penguasaan hukum tajwid ini juga, saya akan cuba memperbanyakkan sesi latihan saya bersama murid melalui pelbagai kaedah. Semasa melaksanakan kajian, saya hanya menggunakan lembaran kerja sebagai latihan. Insya-Allah, pada masa yang akan datang, saya akan melakukan pengulangan latihan dengan pelbagai cara seperti ujian lisan, kuiz, permainan dan sebagainya yang mampu memberikan kefahaman kepada murid dengan lebih baik. RUJUKAN Ab. Halim Tamuri, Muhammad Faiz Ismail & Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Komponen Asas Untuk Latihan Guru Pendidikan Islam. Basic Components for Islamic Education Teacher Training, 2(2), 53. Ahmad Munawar Ismail & Zakaria Stapa. (2011). Strategi Pembelajaran Penuntut Aliran Pengajian Islam dan Hubungannya dalam Memenuhi Tuntutan Pasaran. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(2), 21-30. Al-Kaylani & Mar Majid Arsan. (2005). Ahdaf al-tarbiyyah al-islamiyyah. Dubai: Dar al-qalam, Emiriah Arab Bersatu. 111

Ali Muhson. (2004). Meningkatkan Profesionalisme Guru: Sebuah Harapan. Jurnal Ekonomi & Pendidikan, 2(1), 90-97. Cornell,W.B. (2010). History Is Relatives: Educational Affordances of the Graphic Novel in The Magical Life of Long Tack Sam. International Journal of Comic Art, 12(1),147-156. Kamarul Azmi Jasmi, et al. (2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Belajar dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(1), 59-74. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dokumen Standard Kurikulum Pelajaran Pendidikan Islam. Marien,M.W. (2010). Photography: A Cultural History 3 rd Edition. City Road London: Laurence King. Parette,H.et.al. (2011). Using Animation in Microsoft Powerpoint to Enhale Engagement and Learning in Young Learners With Development Delay. Teaching Exceptional Children, 43(4),58-67. Sharifah Nooraida Wan Hasan. (2015). Pengajaran Pendidikan Hak Wanita Islam di Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Tesis Ijazah Kedoktoran yang belum diterbitkan. Akademik Pengajian Islam. Universiti Malaya. Taylor,M.et.al. (2007). The Use Of Animation In Higher Education Teaching To Support Students With Dyslexia. Education dan Training, 49(1), 25-35. Tejo Nurseto. (2011). Membuat Media Pembelajaran Yang Menarik. Jurnal Ekonomi & Pendidikan, 8(1), 19-34. 112