BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Similar documents
REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN MENERUSI WEB MENGGUNAKAN PENDEKATAN INKUIRI BERPANDUKAN MODEL WEBQUEST BAGI TOPIK ASAS REKABENTUK LAMAN WEB

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MUZIUM : PENGURUSAN KOLEKSI PAMERAN DI RUMAH KELAHIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Transcription:

PSZ 19 : 16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: REKACIPTA PERISIAN PANDUAN PEMULIHAN KECEDERAAN ANTERIOR CRUCIATE LIGAMEN (ACL). SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya, FIDZAMIL BIN BASARUDIN ( HURUF BESAR ) Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) TIDAK TERHAD Disahkan Oleh TANDATANGAN PENULIS Alamat Tetap NO 14, JALAN LINTANG, TAMAN PERTAMA, 31100 SG. SIPUT (U), PERAK. TANDATANGAN PENYELIA DR. ZAINAL ABIDIN ZAINUDDIN Tarikh : 20 APRIL 2006 Tarikh : 20 APRIL 2006 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan ). Tandatangan :... Nama Penyelia : DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN. Tarikh : APRIL, 2006

REKACIPTA PERISIAN PANDUAN PEMULIHAN KECEDERAAN ANTERIOR CRUCIATE LIGAMEN (ACL) FIDZAMIL BIN BASARUDIN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006

ii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :... Nama Penulis : FIDZAMIL BIN BASARUDIN. Tarikh : APRIL, 2006

iii DEDIKASI Buat yang dikasihi Ayahanda Basarudin Mat Wajib dan Bonda Mariam Yahaya, keluarga tercinta, Faizatulsara, Fatim Nadila dan Fikri Rezzi serta sahabat seperjuangan SPS 2001-2006 terutamanya Ja, Wahir, Bos, Iwan, Apis, Zul dan Ibrahim

iv PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Dr. Zainal Abidin B. Zainuddin selaku pensyarah pembimbing dan penyelia Projek Sarjana Muda saya ini. Begitu banyak pertolongan dan bimbingan beliau dalam membantu saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini walaupun beliau sendiri kesuntukan masa dan sibuk dengan pelbagai urusan yang lebih penting. Tidak dilupakan pensyarah-pensyarah Sains Sukan yang lain terutamanya Puan Halijah Ibrahim dan Puan Asya Hasnimy. Penghargaan juga diberikan kepada pelajar tahun 1 Sains Sukan 2006 yang membantu saya dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Begitu juga kepada rakan-rakan saya, Ahmad Farizal Faudzi, Mohammad Zawahir Md Tahir dan Irene Loi yang memberi sedikit sebanyak tunjuk ajar kepada saya. Seterusnya kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Projek Sarjana Muda saya ini, terima kasih diucapkan.

v ABSTRAK Atlet dan jurulatih amatur serta orang ramai di Malaysia menganggap kecederaan lutut adalah sukar untuk dipulihkan dan tidak mengetahui tindakan yang sewajarnya dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Apatah lagi bahan rujukan mengenai kecederaan sukan sukar diperoleh di sini. Kajian ini merupakan rekacipta sebuah perisian panduan pemulihan kecederaan Anterior Cruciate Ligamen (ACL) dan telah dibangunkan menggunakan Macromedia Authorware 6.5. Topik yang dibincangkan di dalam perisian ini ialah pengenalan kepada kecederaan ACL, ujian mengenalpasti kecederaan lutut dan langkah-langkah pemulihan kecederaan ACL. Untuk menguji keberkesanan perisian ini, 21 orang subjek (N=21) yang terdiri daripada pelajar tahun satu kursus Sains Sukan Universiti Teknologi Malaysia telah mencuba menggunakan perisian ini. Subjek diberi masa selama 1 jam untuk meneroka perisian ini. Subjek kemudiannya menjawab soalansoalan berbentuk objektif yang bertujuan untuk menguji kefahaman subjek terhadap isi kandungan perisian ini. Analisis keputusan ujian mendapati purata jawapan yang tepat berbanding jawapan yang salah dari 15 item soalan objektif adalah 70.2% dan 29.8%. Kesimpulannya, penggunaan perisian ini berpotensi untuk membantu orang ramai menangani kecederaan ACL dan kembali aktif bersukan.

vi ABSTRACT Perception about knee injuries among amature athletes, coaches and public in Malaysia, it is impossible to heal this injury and clueless about what they should do about it. Especially when it is hard to find resource materials about sports injury.the purpose of this research was to create tutorial software about managing Anterior Cruciate Ligament (ACL) injury. This software was developt using Macromedia Authorware 6.5. Content of this software are introduction to ACL injury, tests to identify knee injuries and healing phases for ACL injury. 21 (N=21) first year students of Sports Science University Technology Malaysia were chosen as subjects to use this software. They were given 1 hour to explore this software. Following exploration, the samples underwent test consist of objectives questions to analyze their understanding in using this software. The test analysis result shown that average correct answer compared to wrong answer based of 15 objectives questions items is 70.2% and 29.8% respectively. As a conclusion, this software is potentially helps individual to manage ACL injury and re-actively involve in sports.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENULIS DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi xi xii xiii I PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1.2 Pernyataan Masalah 1.3 Objektif Kajian 1.4 Persoalan Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Limitasi Kajian 1 4 4 5 5 6

viii II SOROTAN KAJIAN 7 2.1 Pengenalan 2.2 Kecederaan Lutut 2.3 Anterior Cruciate Ligamen 2.4 Pemulihan dan Rawatan Kecederaan 2.5 Pembelajaran Berbantukan Komputer 2.6 Rumusan 7 7 10 12 16 17 III METODOLOGI KAJIAN 18 3.1 Pengenalan 3.2 Rekabentuk Am 3.3 Model Rekabentuk Pembangunan 3.4 Rekabentuk Pembangunan 3.4.1 Peringkat Analisis 3.4.1.1 Sasaran Pengguna 3.4.1.2 Pengetahuan Sedia Ada 3.4.1.3 Gaya Pengajaran 3.4.1.4 Penentuan Isi Pengajaran 3.4.2 Peringkat Rekabentuk 3.4.3 Peringkat Pembangunan 3.4.4 Peringkat Pelaksanaan 3.4.5 Peringkat Penilaian 3.4.5.1 Penilaian Formatif 18 18 19 19 20 20 20 20 21 21 21 21 22 22

ix 3.4.5.2 Penilaian Sumatif 3.5 Teori Pembelajaran 3.6 Spesifikasi Perkakasan dan Perisian Sokongan 3.6.1 Perkakasan (Hardware) 3.6.2 Perisian (Software) 3.7 Rangka Isi Kandungan 22 23 24 24 25 25 IV REKABENTUK PERISIAN 26 4.1 Pengenalan 4.2 Struktur Asas, Kandungan dan Penyampaian 4.2.1 Paparan Tajuk 4.2.2 Paparan Menu Utama 4.2.3 Tujuan dan Pengenalan 4.2.4 Mengenalpasti Kecederaan 4.2.5 Pemulihan Kecederaan 4.2.6 Perancangan Asas Pemulihan Kecederaan ACL 4.2.7 Panduan Lengkap Pemulihan Kecederaan ACL 4.2.8 Kandungan Pemulihan Kecederaan Lengkap 4.2.9 Latihan Kardiovaskular dan Kembali Bersukan 4.2.10 Paparan Cadangan dan Penutup 26 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36

x V RINGKASAN KAJIAN DAN CADANGAN 37 5.1 Pengenalan 5.2 Ringkasan Kajian 5.3 Masalah-Masalah yang Dihadapi 5.3.1 Pembangunan Perisian 5.3.2 Pengujian Pemahaman Penggunaan Perisian 5.3.3 Subjek 5.4 Cadangan 5.4.1 Pembangunan Perisian 5.4.2 Pengujian 5.4.3 Pemilihan Subjek 5.5 Kesimpulan 37 37 38 38 39 39 39 40 40 40 41 VI PENGUJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN PERISIAN 6.1 Pengenalan 6.2 Metodologi 6.2.1 Pensampelan 6.2.2 Prosedur Ujian 6.3 Analisis Keputusan Ujian Pemahaman 6.4 Kesimpulan 42 42 42 42 43 44 47 RUJUKAN 48 LAMPIRAN 52

xi SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT 6.1 Bilangan dan Peratus Subjek Mengikut Jawapan 44 Ujian Pemahaman. 6.2 Purata Jawapan Yang Tepat Berbanding Jawapan 45 Yang Salah Dari 15 Soalan.

xii SENARAI RAJAH NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT 4.1 Paparan Tajuk Perisian Dan Nama Pembangun. 27 4.2 Paparan Menu Utama. 28 4.3 Contoh Paparan Isi Kandungan Tujuan Dan 29 Pengenalan. 4.4 Contoh Paparan Isi Kandungan Mengenalpasti 30 Kecederaan. 4.5 Paparan Menu Pemulihan Kecederaan. 31 4.6 Contoh Paparan Isi Kandungan Perancangan Asas 32 Pemulihan Kecederaan ACL. 4.7 Paparan Menu Pemulihan Kecederaan Lengkap. 33 4.8 Contoh Paparan Isi Kandungan Pemulihan 34 Kecederaan Lengkap. 4.9 Contoh Paparan Isi Kandungan Latihan 35 Kardiovaskular. 4.10 Contoh Paparan Isi Kandungan Cadangan 36 Dan Penutup. 6.1 Jumlah Subjek Mengikut Gred Tahap Kefahaman 45 6.2 Peratusan Subjek Mengikut Gred Tahap 46 Kefahaman

xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Surat Pelantikan Subjek 52 B Surat Persetujuan 54 C Rangka Isi Kandungan Perisian 55 D Kertas Soalan Ujian Pemahaman Penggunaan 67 Cd-Rom Panduan Pemulihan Kecederaan Anterior Cruciate Ligamen (ACL).

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sukan pada hari ini telah menunjukkan perkembangan yang sangat memberangsangkan berbanding seratus tahun dahulu. Sukan kini bukan sahaja sebuah pertandingan yang melibatkan penyertaan dan hadiah. Kini, sukan juga merupakan cara untuk pertukaran budaya, mengembangkan pengaruh dan propaganda politik serta negara, merapatkan hubungan masyarakat malah merupakan sebuah perniagaan dan membabitkan jumlah wang yang begitu besar. Walau apa pun perubahan yang berlaku, atlet tetap merupakan tumpuan utama di dalam dunia sukan. Tanpa atlet apakah ertinya dunia sukan. Seperti yang kita ketahui, atlet yang berjaya serta terkemuka ini merupakan insan yang telah dianugerahi bakat dan keupayaan yang hebat sejak mereka masih muda dan belum bergelar profesional lagi. Jarang sekali kita menemui atlet yang berjaya pada hari ini hanya memulakan karier sukan mereka pada usia yang lewat ataupun cuma berlatih satu atau dua tahun sahaja untuk menjuarai acara sukan mereka di peringkat tinggi. Atlet-atlet yang berjaya pada hari ini telah dikesan bakatnya sejak mereka masih muda, pada peringkat kanak-kanak dan awal remaja lagi. Pada masa ini, peluang atlet-atlet ini masih lagi belum jelas dan menjamin mereka akan mencapai alam atlet profesional. Di negara kita, peluang untuk menonjolkan bakat pada peringkat yang paling awal ialah di

2 peringkat sekolah. Di sinilah minat dan bakat yang ada dicurahkan melalui pertandingan peringkat sekolah, liga amatur, kejohanan-kejohanan peringkat daerah dan sebagainya. Atlet muda ini telah melalui latihan dan pertandingan yang diawasi oleh jurulatih amatur, tanpa sokongan kewangan yang besar dan hanya didorong oleh minat dan keseronokan. Pelbagai risiko telah mula wujud terhadap atlet-atlet muda pada masa ini. Pada peringkat ini atlet yang berbakat telah dikesan dan harapan yang tinggi mula diletakkan pada diri mereka. Sama ada atlet-atlet muda ini akan menjadi bintang terkemuka pada suatu hari nanti ataupun sebaliknya, tiada siapa yang pasti. Namun demikian apa yang paling menyedihkan ialah atlet muda ini gagal menjadi bintang bukanlah kerana bakat mereka yang terhad ataupun disebabkan oleh kekangan sosiologi mahupun ekonomi tetapi kerana kecederaan yang mereka alami telah menyebabkan harapan mereka musnah. Kebanyakan atlet dan jurulatih amatur tidak tahu cara untuk menghindari dan mengatasi masalah kecederaan. Apatah lagi kecederaan yang dialami merupakan kecederaan yang berat dan serius. Selalunya apabila kecederaan serius berlaku, kebanyakan jurulatih akan mengarahkan atletnya sekadar berehat daripada aktiviti berat. Tanpa pengawasan dan kaedah pemulihan yang betul atlet ini akan tertekan, mengalami kecederaan berulang, prestasi merosot atau terus bersara dari sukan. Dalam mengejar cita-cita dan kemasyhuran dunia sukan, pelbagai risiko dan cabaran dilalui oleh atlet muda dan amatur ini. Mereka melalui latihan tanpa diawasi dengan sepenuhnya oleh pihak profesional, begitu juga dari aspek psikologi, pemakanan dan pemulihan kecederaan. Atlet-atlet ini mudah menerima kecederaan serius terutamanya di bahagian sendi seperti bahagian lutut misalnya. Jurulatih atau guru yang tidak profesional tidak akan mengetahui apakah tindakan terbaik lalu menyebabkan kecederaan bertambah serius sehingga menyebabkan atlet terpaksa bersara. Di Malaysia, atlet dan jurulatih pada peringkat sekolah dan amatur tidak didedahkan kepada pengetahuan yang mencukupi serta kesedaran terhadap kecederaan sukan dan pemulihannya. Bahan rujukan adalah sukar didapati ataupun sukar difahami serta mengambil masa yang lama untuk didapati. Kecederaan serius pada bahagian

3 ligamen lutut terutamanya kecederaan Anterior Cruciate Ligamen (ACL) dianggap sebagai pembunuh kepada karier kebanyakan atlet amatur di negara kita. Apabila ianya terjadi, atlet sudah dianggap tidak mempunyai harapan lagi. Rawatan profesional seperti fisioterapi dan pakar mengenai kecederaan sukan amat kurang bilangannya. Apatah lagi bayarannya mahal dan terletak di pusat bandar yang jauh untuk kebanyakan orang. Sama juga dengan pusat rawatan milik kerajaan yang hanya berada di Kuala Lumpur dan di hospital-hospital negeri atau daerah sahaja. Atlet juga terpaksa menunggu masa yang lama untuk mendapat giliran rawatan. Sikap tidak endah oleh ramai pihak juga menjadikan masalah ini tidak dipedulikan. Jurulatih dan atlet mungkin berpendapat bahawa mereka bernasib tidak baik dan masyarakat pula berpendapat bahawa ini hanya masalah kecil dan tidak penting. Tiada gunanya membuang masa untuk merawat kecederaan akibat sukan, yang penting masih boleh berjalan dan bekerja. Mungkin kerana ini juga kita tidak menghiraukan mengenai insurans sukan dan tidak sanggup mengeluarkan duit untuk merawat kecederaan sukan. Jika wujudnya panduan pemulihan kecederaan yang terkini, apatah lagi diterbitkan oleh rakyat Malaysia sendiri dengan menggunakan kaedah pengajaran terkini mungkin negara kita akan mendapat manfaat yang besar daripadanya. Melalui teknologi maklumat yang sedang pesat berkembang di negara kita, kewujudan panduan pemulihan kecederaan dengan menggunakan teknologi terkini amatlah dinantikan oleh ramai pihak. Mungkin ramai atlet muda yang berbakat di negara kita boleh menjadi sehebat Ronaldinho, Roger Federer, Carl Lewis dan atlet-atlet terkemuka lain. Namun kerana kecederaan yang dialami semasa peringkat amatur telah menyebabkan bakat yang bersinar ini akhirnya malap dan hilang.

4 1.2 Pernyataan Masalah Bahan rujukan mengenai kecederaan sukan sama ada dalam media cetak atau media elektronik sangat sukar di dapati di negara kita. Lebih-lebih lagi yang diterbitkan sendiri oleh anak watan negara kita dan menggunakan Bahasa Melayu. Orang ramai juga tidak mempunyai pengetahuan asas dalam menangani kecederaan sukan. Kecederaan ACL dipandang sebagi kecederaan yang sangat serius dan orang ramai tidak tahu tindakan yang patut diambil bagi mengatasi kecederaan ini. Namun demikian, jika atlet dan jurulatih mengetahui cara pemulihan kecederaan, mungkin masalah ini dapat diatasi atau sekurang-kurangnya dapatlah membantu atlet yang cedera ini untuk terus bersukan dan mengekalkan prestasi mereka. Oleh itu, pembangunan perisian sebagai panduan dan bahan rujukan mengenai cara menangani kecederaan sukan diharapkan dapat mengatasi masalah ini. 1.3 Objektif Kajian Objektif bagi kajian ini dijalankan adalah untuk:- 1) Menyediakan sebuah perisian sebagai panduan kepada atlet-atlet, guru-guru sukan atau jurulatih untuk mengenalpasti kecederaan yang berlaku pada bahagian lutut. 2) Menyediakan sebuah perisian sebagai panduan kepada atlet-atlet, guru-guru sukan atau jurulatih untuk memulihkan kecederaan ACL. 3) Menyediakan sebuah perisian yang dapat menyampaikan maklumat mengenai kecederaan ACL secara berkesan dan difahami oleh pengguna.

5 1.4 Persoalan Kajian 1) Adakah perisian ini dapat menyampaikan maklumat mengenai kecederaan ACL? 2) Adakah isi kandungan perisian ini dapat difahami oleh pengguna? 3) Adakah cara penyampaian perisian ini membolehkan pengguna memahami isi kandungan perisian ini?