KEPENTINGAN SANAD DALAM MENJAGA KEASLIAN AL-QURAN

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

THE ONLINE JOURNAL OF ISLAMIC EDUCATION July 2017, Vol. 5, Issue 1

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Matlamat. Wadah Maklumat. Simposium 2014 Methodologi Pengambilan Ilmu Dalam Islam. Buku. Internet. Ceramah TV/Radio 22/10/14&

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN HAFAZAN AL-QURAN MURID TAHAP 2 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH. Oleh ABD RAZAK B.

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

ASSOCIATE EDITORS. Department of Al-Quran & Al-Hadith Academy of Islamic Studies University of Malaya Kuala Lumpur Malaysia

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

1 Yahya 1:1 1 1 Yahya 1:9. 1 Yahya

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

KEMAMPUAN PELAJAR PEREMPUAN TERHADAP BACAAN KHUSUS IMAM HAFS: SATU PERBANDINGAN DENGAN PELAJAR LELAKI

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

PENELITIAN TERHADAP TEKSTUAL IJAZAH SANAD AL-QURAN. Norazman bin Alias (Calon Ph.D) Universiti Sains Islam Malaysia

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

KEDUDUKAN HADITH DALAM BUKU DOA-DOA MUSTAJAB HARIAN YANG DI PETIK DARIPADA HADITH DAN AL-QURAN: KAJIAN TAHRIJ HADITH

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Penguasaan dan Kesalahan Bacaan dalam Surah Al-Fatihah di kalangan Pelajar DKA 1A Sesi Dis 2012 : Satu Kajian Tindakan

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Amar Makruf Nahi Mungkar

KELEBIHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL- QURAN SECARA BERTAJWID MENGGUNAKAN KAEDAH AL- MATIEN

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

MENANGANI KONFLIK HADIS DAIF DAN PALSU DALAM MASYARAKAT AWAM: MENGALIH PERHATIAN KEPADA PENGAJIAN HADIS SAHIH DAN HASAN

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

SPIBAC: KAEDAH MENGESAN KEWUJUDAN JIN BERDASARKAN PERUBAHAN WARNA AURA

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL PENGAJARAN SAUDARA BARU

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

ELEMEN TADABBUR AL-QURAN DALAM KURSUS I ADAH HIFZ AL-QURAN PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT KUIS

Malam nisfu syaaban. 10/25/2017 Pavithra parthan 10/26/2017. How do you re rock meth 10/27/2017

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Transcription:

KEPENTINGAN SANAD DALAM MENJAGA KEASLIAN AL-QURAN MOHAMAD REDHA BIN MOHAMAD mohamadredha@kuis.edu.my MUHAMMAD ZAID BIN SHAMSHUL KAMAR muhammadzaid@kuis.edu.my SHAHARUDDIN BIN SAAD shaharuddin@kuis.edu.my Fakulti Pengajian Peradaban Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ABSTRAK Menurut Imam Al-Jazari, sanad adalah sandaran, sijil tauliah, atau kesaksian dalam penerimaan sesuatu qiraat. Sebagaimana sanad dalam ilmu hadis, sanad al-quran merupakan kesinambungan sesuatu bacaan al-quran yang sampai kepada Rasulullah s.a.w. Kesinambungan sanad merupakan salah satu daripada tiga rukun bacaan al-quran yang sahih. Sanad al-quran boleh diperolehi dengan cara talaqqi musyafahah iaitu bertemu dan membaca al-quran dihadapan guru untuk disemak. Dewasa kini, semakin ramai rakyat Malaysia yang sedar akan kepentingan sanad al-quran. Kertas kerja ini membincangkan kepentingan sanad dalam menjaga keaslian ayat-ayat al-quran. Antara kepentingan sanad adalah menyambung tradisi ilmu Islam, menjaga keaslian qiraat dan bimbingan bacaan alquran secara berterusan. Metod kajian dilakukan secara kualitatif manakala pengumpulan data dijalankan menerusi kaedah kepustakaan dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati pengambilan sanad al-quran sama ada sanad hafazan ataupun sanad talaqqi adalah sangat penting untuk menjaga keaslian ayat-ayat suci al-quran. Kertas kerja ini dapat memberi sumbangan dalam aspek kajian terhadap sanad al-quran secara umum. Kata kunci: Sanad, Talaqqi, Qiraat 1.0 Pendahuluan Islam adalah satu cara hidup yang lengkap. Ia mencakupi setiap perkara yang hadir dalam kehidupan seharian manusia. Allah s.w.t. menurunkan al-quran sebagai panduan utama untuk umat manusia di samping mengutuskan rasul untuk diteladani. Rasulullah s.a.w. telah menyatakan bahawa individu yang berpegang teguh dengan al-quran dan as-sunnah pasti tidak akan tersesat buat selama-lamanya. Ini membuktikan betapa pentingnya al-quran dalam membentuk dan membimbing umat manusia ke jalan yang lurus. Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: 92

Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) Maksudnya: Aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara, tidak akan sesat selamalamanya apa yang berpegang kepada kedua itu, iaitu al-quran dan sunnah nabi. Allah telah berfirman bahawa al-quran akan terjaga dengan baik dan tidak akan dapat diubah oleh sesiapa pun. Sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam surah al-hijr ayat 9: Yang bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. Sirah nabawiyah juga merakamkan tiada seorang pun orang kafir yang mampu dan berjaya mengubah ayat al-quran walaupun pada ketika itu umat Arab sedang berada di zaman kegemilangan bahasa mereka. Hal ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. di dalam surah al-an am ayat 115: Yang bermaksud: Dan telah sempurnalah kalimah Tuhanmu (al-quran, meliputi hukumhukum dan janji-janjinya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari kalimah-kalimahnya dan Dialah yang sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui. 2.0 Bagaimana al-quran Diwarisi Al-Quran adalah kitab suci umat Islam yang disampaikan oleh Jibril a.s. kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kemudiannya, baginda menyampaikan kalimah-kalimah wahyu yang telah diterima kepada para sahabat yang juga merupakan huffaz dan penulis-penulis wahyu. Kaedah yang digunakan dalam penyampaian al-quran adalah secara talaqqi dan musyafahah yang masih digunapakai turun temurun sehinggalah ke zaman sekarang. Kaedah talaqqi musyafahah adalah kaedah pembelajaran atau penerimaan al-quran dari mulut ke mulut atau secara berguru. Kaedah ini terbukti sangat berkesan kerana guru dapat menunjukkan cara sebutan huruf dengan tepat dan sahih kepada para pelajar. Talaqqi adalah berasal dari kalimah Bahasa Arab iaitu Talaqqa-Yatalaqqa-Talaqqiyan. Dari segi bahasa, ia bermaksud pertemuan secara berhadapan atau bersemuka. Manakala dari segi istilah bermaksud pertemuan antara guru dan pelajar secara bersemuka. Mudahnya, guru akan memberi contoh bacaan al-quran dan pelajar akan mengikutnya. Musyafahah menurut bahasa adalah sebutan dari mulut ke mulut yang diambil daripada pergerakan dua bibir. Manakala menurut istilah, ia bermaksud pelajar menerima pengajaran secara sebutan guru dengan melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya. Secara kesimpulan, talaqqi musyafahah adalah satu kaedah pembelajaran secara pertemuan bersemuka antara guru dan pelajar di dalam satu majlis pada satu masa tertentu di mana 93

pelajar menerima pengajaran dengan melihat pergerakan bibir guru dan mengikut bacaan guru, atau guru mendengar bacaan pelajar dan membetulkan kesalahan mereka. Pembacaan al-quran secara talaqqi musyafahah yang bersambung sanadnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. adalah sangat dituntut. 3.0 Konsep Sanad Sanad berasal dari perkataan yang bermaksud berteleku, bersandar dan menyandarkan. Manakala pula bermaksud sandaran. Istilah sanad dalam ilmu qiraat adalah satu disiplin ilmu yang mengetahui sebutan kalimah-kalimah al-quran serta cara-cara melakukan sebutan sama ada sesuatu yang disepakati atau diperselisihkan oleh para imam qiraat serta dikembalikan setiap bentuk bacaan kepada penyampainya. Sanad diistilahkan sebagai rangkaian muqri daripada muqri sehingga sampai kepada Rasulullah s.a.w. Sanad merupakan keistimewaan yang eksklusif umat Islam sebagaimana Abdullah Ibn Mubarak menegaskan bahawa, al-isnad (sanad-sanad) itu adalah sebahagian daripada agama, kalau ia tiada, nescaya sesiapa sahaja akan berkata apa sahaja yang dia suka. Sanad itu senjata mukmin. Jika seseorang tidak memiliki senjata, maka dengan apakah dia ingin berperang? Teori di atas dijadikan asas dalam penyampaian dan penerimaan ilmu agama bagi menjamin dan memastikan kesahihan ilmu dan maklumat. Oleh itu, pengambilan sanad amat dititikberatkan dan perlu diberikan perhatian untuk menggalakkan umat Islam ke arah berusaha mendapatkan ilmu yang sahih dan meninggalkan sebarang keraguan. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: Yang bermaksud: Tinggalkanlah apa-apa yang meragukan kamu, berpindahlah kepada apa yang tidak meragukan kamu. 4.0 Dalil-dalil Berkaitan Sanad Yang bermaksud: Janganlah engkau (wahai Muhammad) Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al- Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu. 94

Yang bermaksud: Daripada Anas bin Malik, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata kepada Ubai: Sesungguhnya Allah menyuruhku membacakan al-quran kepadamu, Ubai berkata: Adakah Allah memilihku dan menyebut namaku disisimu?, jawab Nabi: Allah telah memilih dan menamakan kamu disisiku. Maka Ubai pon menangis. Yang bermaksud: Sabda Nabi s.a.w.: Ambillah (pelajarilah) al-quran daripada empat orang iaitu Abdullah bin Mas ud, Salim, Muaz bin Jabal dan Ubai bin Ka ab. 5.0 Tokoh Sanad Tertinggi Antara tokoh al-quran yang terkenal dengan ketinggian sanad adalah Syeikh Kurayyim Rajih. Beliau mendapat gelaran Syeikhul Qurra Al-Syam iaitu tokoh al-quran Negara Syria. Gelaran ini hanya diberikan kepada seorang insan yang diiktiraf keilmuannya dari segi al- Quran oleh ulamak-ulamak Damsyiq. Beliau menjadi tempat rujukan jika terdapat perbezaan dan perselisihan dalam ilmu-ilmu al-quran terutamanya ilmu qiraat. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syeikh Kurayyim Rajih sering hadir ke Malaysia untuk sesi perkongsian ilmu terutamanya dalam bidang al-quran. Beliau akan menjelajah ke beberapa tempat di Malaysia dan menyampaikan ceramah berkaitan Syria, al-quran di samping mengijazahkan sanad al-fatihah kepada para hadirin. Para pembaca al-quran sangat dituntut untuk mendapatkan sanad yang lebih tinggi dan hampir kepada Rasulullah s.a.w. Ini adalah kerana sanad yang lebih hampir kepada Rasulullah adalah lebih diyakini kesahihannya. Hal ini diungkapkan sendiri oleh Imam Ahmad: Maksudnya: Mencari sanad yang tinggi merupakan sunnah orang terdahulu. Yahya bin Ma in ketika sakit juga pernah berkata semasa ditanya: Maksudnya: Apa yang kamu harapkan?. Beliau menjawab: Rumah yang lapang (tidak banyak gangguan atau tidak mempunyai harta benda yang banyak) dan juga sanad yang tinggi. 95

6.0 Kepentingan Sanad Pengambilan sanad telah mula dititikberatkan di Malaysia. Ini berikutan beberapa faktor penting yang membawa kepada hasil positif sekiranya tradisi sanad sentiasa diamalkan. Antara program-program sanad yang popular masa kini di Malaysia adalah sanad talaqqi surah al-fatihah, sanad talaqqi al-quran dan sanad azan serta iqamah. Tradisi pengambilan sanad perlu diteruskan disebabkan wujudnya beberapa kepentingan. Kepentingan utama pengambilan sanad adalah kerana ianya merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda membaca al-quran dengan Malaikat Jibril secara bertalaqqi dan mengulangnya pada bulan Ramadhan setiap tahun. Setiap surah dan ayat al-quran disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada baginda menerusi kaedah talaqqi musyafahah iaitu Jibril membaca ayat al-quran dan diikuti oleh baginda, seterusnya dihafaz ayat-ayat tersebut oleh baginda. Bermula dari surah al- Alaq hinggalah kepada ayat yang terakhir, kaedah ini berterusan digunakan untuk mewariskan al-quran sehingga ke hari ini. Daripada baginda kepada para sahabat, kemudian diwariskan kepada tabi in dan sehinggalah sampai kepada kita ayat-ayat al-quran, yang mana semua ini membuktikan kesinambungan sanad al-quran yang terjaga rapi oleh para guru-guru al-quran. Hal ini sekaligus menunjukkan pengambilan sanad al-quran adalah merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. yang perlu dijaga dan diamalkan secara berterusan. Seterusnya, sanad amat dititikberatkan dalam pembelajaran bacaan al-quran kerana ia merupakan satu-satunya cara yang terbaik untuk mengetahui kesahihan, kebenaran dan kebolehpercayaan ilmu bacaan yang diperolehi. Abdul Rahman bin Abdul Khaliq dalam kitabnya telah menekankan kaedah kedua hafalan iaitu membetulkan ucapan dan bacaan. Beliau menggalakkan para huffaz untuk membetulkan ucapan dan bacaan mereka dengan memperdengarkan bacaan kepada qari atau huffaz yang mahir. Guru yang mahir dalam bacaan al-quran memainkan peranan yang penting bagi memastikan setiap ayat yang dibaca adalah bertepatan dengan bacaan Rasulullah s.a.w. Walaupun kita dibanjiri dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih dalam memberikan pendidikan al-quran, namun begitu ia masih terdapat kekurangan dan kelemahan. Secara mudahnya, teknologi yang ada tidak mampu untuk menjadi guru yang boleh mengajar bacaan al-quran secara tepat dan sahih. Tambahan lagi, mempelajari sesuatu ilmu dan memiliki sanad yang bersambung sampai kepada Rasulullah s.a.w. adalah satu kelebihan yang mulia untuk dimiliki oleh setiap individu. Ilmu yang diterima adalah bersifat sahih, benar dan sah kerana ianya bersambung terus sampai kepada baginda tanpa ada keraguan. Amalan pengambilan sanad ini telah berlaku secara meluas di negara-negara arab dan di timur tengah. Para guru yang mempunyai sanad akan mengijazahkan sanad kepada pelajar-pelajar mereka setelah tamat proses pembelajaran. Bukan sekadar al-quran, malah setiap kitab dan ilmu yang dipelajari akan diijazahkan sanad tanda ilmu tersebut bersambung hingga kepada baginda s.a.w. Pengambilan sanad ini menjadi suatu kebanggaan kepada para penuntut ilmu, malahan masing-masing berlumba untuk mendapatkan sanad yang lebih banyak dan lebih hampir kepada baginda. Di samping itu juga, amalan pengambilan sanad amat penting untuk mengenalpasti ayat-ayat suci al-quran yang palsu atau yang diselewengkan. Perkara ini telah lama berlaku sejak bermulanya al-quran diturunkan apabila puak kafir sentiasa mencipta syair-syair arab untuk menandingi kehebatan ayat suci al-quran. Pada zaman kini pula, teknologi yang canggih telah dimanipulasikan oleh golongan-golongan kafir untuk merosakkan akidah umat Islam 96

yang kian lemah. Sebagai contoh, wujud al-quran dan surah palsu yang tersebar di internet, terhasilnya aplikasi al-quran dengan ayat yang tidak lengkap dan tafsir-tafsir di internet yang tidak diketahui kesahihannya. Hal ini sangat membahayakan sekiranya tersebar kepada masyarakat dan tidak dibendung dengan segera. Oleh yang demikian, guru-guru al-quran yang berautoriti perlu mengajar dan mendidik masyarakat secara berdepan dan tidak sepenuhnya bergantung kepada teknologi. Dengan wujudnya kelas-kelas al-quran, para guru mungkin boleh mengesan sebarang ayat al-quran yang tidak sahih yang digunapakai oleh sebahagian umat Islam. Sebagaimana janji Allah s.w.t., al-quran pasti akan terjaga hingga ke akhir zaman. Pengajian al-quran secara bersanad mempunyai kepentingan tersendiri yang perlu diambil berat dan perhatian oleh umat Islam. Pengajian bersanad merupakan sistem tradisi ilmu Islam yang dipelopori oleh para sahabat sejak menuntut ilmu daripada Rasulullah s.a.w. Para sahabat mengambil pelbagai ilmu dan maklumat dari mulut baginda sendiri ataupun dari mulut sahabat yang lain ketika sesi perkongsian ilmu. Tradisi ini berterusan sehinggalah kepada generasi kini tanpa mengira bidang ilmu sama ada hadis, al-quran, fiqh dan lain-lain. Ilmu yang diperolehi dari mulut para guru adalah contoh kaedah bertalaqqi dan tradisi pengambilan ilmu secara bersanad. Sehubungan dengan itu juga, proses penurunan al-quran ke atas Nabi Muhammad s.a.w. melalui Malaikat Jibril adalah secara kaedah bertalaqqi iaitu secara bacaan dan bukannya tulisan. Setiap huruf, perkataan dan ayat al-quran diajarkan oleh Jibril dengan cara membacanya dan diikuti oleh baginda tanpa perubahan bagi memastikan al-quran sentiasa terpelihara. Hal ini merupakan salah satu keistimewaan sanad bagi menjaga dan menjamin ketulenan dan keaslian bacaan al-quran dan qiraat sehingga ke akhir zaman. Konsep sanad dan kaedah bertalaqqi akan membentuk bimbingan yang berterusan seorang guru terhadap pelajarnya. Setiap pelajar akan mendengar dan memperdengarkan bacaan secara menyeluruh dari awal al-quran iaitu surah al-fatihah hinggalah penghujungnya iaitu surah an-nas. Tempoh masa untuk menamatkan pembelajaran al-quran mengambil masa yang lama malah mungkin memakan masa beberapa tahun. Perkara ini akan memupuk hubungan yang baik diantara guru dan murid disamping bimbingan pembelajaran al-quran secara berterusan. Pembelajaran al-quran secara bersanad sudah pasti akan meliputi ilmuilmu wajib seperti tajwid dan kelancaran bacaan al-quran sekaligus dapat melahirkan pelajar yang juga berkemahiran untuk mengajar al-quran. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: Yang bermaksud: Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-quran dan mengajarkannya. 7.0 Qiraat Yang Masyhur Di Malaysia Ilmu qiraat terdiri daripada beberapa imam yang membawa dan mempopularkan bacaan masing-masing melalui murid-murid mereka. Imam qiraat yang masyhur adalah imam yang tujuh iaitu Imam Nafi, Imam Ibnu Kathir, Imam Abu Amru, Imam Ibnu Amir, Imam Asim, Imam Hamzah dan Imam al-kisaie. Di Malaysia, qiraat yang masyhur adalah bacaan melalui riwayat Imam Hafs yang merupakan anak murid kepada Imam Asim. 97

Menurut Abd Rahman Aitani, qiraat Imam Hafs yang diamalkan di seluruh dunia berdasarkan peratusan adalah sebanyak 95%. Manakala qiraat lain yang diamalkan adalah riwayat Qalun (0.07%), riwayat Warsh (3%), riwayat Abu Amru (0.03%) dan riwayat Ibnu Amir (1%). Ini membuktikan riwayat Hafs adalah qiraat yang lebih dikenali berbanding riwayat-riwayat yang lain. Majoriti umat Islam membaca al-quran menggunakan riwayat Hafs dan kebanyakan al-quran dicetak mengikut riwayatnya. Menurut Syeikh Hussin, antara faktor tersebarnya qiraat riwayat Hafs secara meluas di seluruh pelosok dunia adalah kerana khilaf bacaan yang wujud adalah sedikit sahaja. Ini memudahkan para pembaca untuk mengurangkan kesalahan-kesalahan ketika membaca al- Quran. Selain itu, majoriti perantara yang membawa qiraat riwayat Hafs adalah ulamakulamak al-quran yang tersohor dan tsiqah pada zaman mereka. Faktor-faktor ini telah menyebabkan qiraat riwayat Hafs mudah tersebar secara meluas dan digunapakai di kebanyakkan wilayah dan negara. 8.0 Penutup Sanad merupakan satu mekanisme yang ampuh dan terbaik dalam menjaga keaslian dan kesahihan ayat-ayat suci al-quran. Pengajian al-quran secara bersanad masih relevan memandangkan masih belum wujud kaedah pendidikan moden yang mampu menjaga keaslian al-quran. Sistem pengajian al-quran bersanad juga semakin popular di Malaysia. Ramai individu merasa semangat untuk mencari guru-guru al-quran yang bersambung sanad sampai kepada Rasulullah s.a.w. Oleh itu, usaha yang berterusan dari para guru al-quran perlu digiatkan lagi bagi memastikan kelangsungan sistem pembelajaran al-quran secara bersanad. Guru-guru al-quran juga digalakkan untuk mencari sanad yang lebih dan dan hampir kepada baginda. Sistem pendidikan secara bersanad perlu diteruskan seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi masa kini. 9.0 Rujukan Buku Panduan Rasm Uthmani, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (2004). Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran KDN. Abdul Rahman bin Abdul Khaliq (1994). Kaedah Menghafaz Al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbitan Kintan Sdn. Bhd. Khairuddin bin Said & Jamaluddin bin Adam. Corak Tariq Sanad Pengajian Al-Quran Di Negeri Pahang. Centre of Quranic Research International Journal. Sedek bin Ariffin. Kepentingan Talaqqi Dan Musyafahah Dalam Pembacaan Al-Quran. Khairuddin bin Said, Jamaluddin bin Adam. Keaslian Sanad Pengajian Al-Quran: Kelangsungan Tradisi Ilmu Al-Quran. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-177. Kelebihan Sanad Yang Tinggi. www.muftiwp.gov.my. Al-Quran dan Hadis. 98