FAKTOR KONFLIK RUMAHTANGGA DAN KAEDAH MENGATASI: SATU PENDEKATAN TINJAUAN LITERATUR SISTEMATIK

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEKANAN MENTAL DALAM PERKAHWINAN DAN PENYELESAIANNYA MENURUT UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Spiritual

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5 th IRMIC 2018) Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU RUMAH TANGGA DALAM KALANGAN BAKAL PENGANTIN: KAJIAN DI PEJABAT AGAMA DAERAH KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PENILAIAN PENGETAHUAN

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

CURRICULUM VITAE. Akmar Hayati Ahmad Ghazali. Name of School / Institution obtained

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

KESAN KERJA SYIF MALAM TERHADAP HUBUNGAN SOSIAL DAN KESIHATAN FIZIKAL JURURAWAT

PEMULIHAN KONFLIK DALAM PERKAHWINAN MELALUI RIYADAT AL-NAFS

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

Transcription:

FAKTOR KONFLIK RUMAHTANGGA DAN KAEDAH MENGATASI: SATU PENDEKATAN TINJAUAN LITERATUR SISTEMATIK Mariam Abd Majid, Sahlawati Abu Bakar, Mohamad Yusuf Marlon, Nursyafiqa Bokhari mariam@kuis.edu.my Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS ABSTRAK Keharmonian dalam rumah tangga penting dalam menjamin kesejahteraan sesebuah institusi keluarga. Konflik merupakan antara faktor penyumbang berlakunya kepincangan dalam rumah tangga malahan dalam keadaan yang serius ianya berupaya menjurus kepada keruntuhan sebuah institusi keluarga. Artikel ini merupakan penulisan tinjauan literatur sistematik. Hasil carian menemukan sebelas artikel berkaitan faktor berlaku konflik dalam rumahtangga dan kaedah mengatasi. Dapatan maklumat daripada keseluruhan artikel mendapati konflik dalam rumah tangga timbul disebabkan beberapa faktor luaran dan dalam. Konflik tersebut boleh diatasi menerusi peranan diri sendiri, orang tengah serta pihak berautoriti. Adalah diharapkan dapatan ini menyumbang manfaat dalam membendung konflik yang berlaku dalam rumah tangga seterusnya dibimbangi boleh menjurus ke arah keruntuhan sesebuah institusi keluarga. Kata kunci: Faktor konflik rumahtangga, kaedah mengatasi, kajian literatur sistematik. 1

1.0 PENGENALAN Konflik adalah sesuatu yang nutral dan tidak boleh dielakkan daripada proses semulajadi untuk perubahan dan pembangunan. Konflik ialah satu keadaan di mana kepentingan atau matlamat dua atau lebih individu dianggap sebagai tidak bersesuaian (Klar, Bar-Tal & Kruglanski, 1988; Thomas, 1976; Schmidt & Kochan, 1972; Pruitt & Rubin, 1986; Putnam & Poole, 1987, dalam Rhoades (1999). Konflik menurut pandangan sarjana Islam lebih terperinci kerana wahyu menjadi perkara tunjang dalam suatu pandangan sarwa Islam (Islamic Worldwide). Bharuddin Che Pa dan Ajidar Matsya (2013), menjelaskan konflik dalam perkataan Bahasa Arab adalah خالف dan.اختالف Secara asasnya keduadua kalimat ini membawa maksud yang sama iaitu konflik namun sebahagian ulama cuba untuk membezakannya. Kalimat خالف biasanya merujuk kepada perbezaan pandangan atau konflik secara internal seperti yang disebutkan dalam Surah Huud ayat 88: Dan Aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang aku larang (Huud 11:88) Ayat di atas menjelaskan konflik berlaku ketika wujud pertentangan iaitu melakukan sesuatu yang dilarang untuk dilakukan. Hashim (2001) menyatakan bahawa terdapat beberapa bentuk konflik iaitu konflik kandungan, konflik nilai, konflik ego dan konflik hubungan. Konflik kandungan ialah konflik yang berkaitan dengan ketepatan mesej iaitu pentafsiran fakta atau istilah yang berkaitan dengan objek, kejadian atau peribadi. Konflik nilai ialah konflik yang melibatkan kepercayaan atau keyakinan. Konflik nilai timbul apabila individu mempunyai nilai yang berbeza daripada realiti yang dihadapinya. Manakala 2

konflik ego ialah konflik yang melibatkan ego individu untuk mencari kemenangan bagi dirinya dan tidak mahu mengalah baik dalam pegangan, nilai, pendapat, keperibadian dan sebagainya. Seterusnya, konflik hubungan pula ialah keadaan yang berpunca daripada tiga bentuk di atas iaitu konflik yang membawa kepada masalah antara komunikasi seperti retaknya hubungan atau permusuhan antara individu, kumpulan atau organisasi. Konflik hubungan sering dikaitkan dengan konflik yang wujud dalam rumah tangga atau keluarga. Konflik dan perasaan negatif yang muncul dalam hubungan rumah tangga jika tidak diuruskan dengan efektif, boleh mencetuskan bibit-bibit keretakan dalam hubungan suami dan isteri. Sekiranya masalah ini tidak dapat ditangani dengan baik dan matang, dibimbangi berlakunya perceraian ekoran masalah rumah tangga yang dihadapi (Abe Sophian et al., 2014). Antara kaedah menangani konflik ialah dengan melihat dan memahami permasalahan yang dihadapi agar konflik yang wujud dapat diselesaikan dengan sempurna dan konflik masih terus berlaku (Edward De Bono, 1985). Beberapa kaedah disarankan dalam usaha menangani konflik dalam rumah tangga antaranya sikap kerjasama antara dua pihak yang berkonflik dan mencari alternatif penyelesaian untuk kepentingan bersama (Zainal Ariffin Ahmad, 2007). Selain itu, pihak ketiga berperanan dalam bantu menyelesaikan sesuatu konflik yang berlaku. Nilai, ketrampilan dan pola interaksi dalam keluarga yang berkualiti berupaya mencorak keluarga yang kukuh dan berperanan serta tiada konflik (Rozumah & Rumaya, 2013). Demikianlah, konflik penting ditangani segera terutama apabila ianya berlaku dalam sesebuah institusi rumah tangga. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya masalah lebih serius seperti perceraian yang mengakibatkan runtuhnya sebuah dalam institusi keluarga. 3

2.0 METODOLOGI KAJIAN 2.1 Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan literatur sistematik. Terdapat beberapa kaedah penulisan kajian literature sistematik yang diperkenalkan antaranya oleh Kitchenham & Charters, Okali & Schabram, Denyer & Tranfield dan Levy & Ellis. Penulisan artikel kajian literatur sistematik ini berasaskan Kitchenham & Charters (2007) yang menyusun langkah dalam penulisan kajian literature sistematik adalah merancang, melaksana dan melaporkan. Proses merancang dimulakan dengan mengenalpasti objektif carian dan menghasilkan protocol review seterusnya dalam langkah melaksana, carian dilakukan serta memilih sumber utama yang berkaitan, menilai kualiti, mengeluarkan data dan membuat sintesis data sebelum menulis laporan (Kitchenham & Charters, 2007). 2.2 Strategi Pencarian Pencarian dilakukan dengan menggunakan kata kunci pencarian dalam Bahasa Melayu iaitu konflik, rumah tangga, faktor, kaedah dan mengatasi dan kata kunci pencarian dalam Bahasa Inggeris iaitu conflict, household, factor, method dan overcome. Kombinasi kata kunci di atas dilakukan tanpa menghadkan tahun penerbitan. Pangkalan data yang digunakan ialah Science Direct, Google Scholar serta web pangkalan data universiti awam seluruh Malaysia. Tajuk dan abstrak diteliti bertujuan mengenal pasti artikel berkaitan konflik dalam rumahtangga dan faktor mengatasi menggunakan pangkalan data Google Search Engine dengan memasukkan nama tajuk artikel dan akronim setiap artikel yang dikenal pasti. 4

3.0 DAPATAN KAJIAN Pengkaji telah mengenal pasti sebanyak 11 artikel yang ditemui berkaitan faktor konflik yang berlaku dalam rumah tangga dan kaedah mengatasi. Maklumat dalam artikel tersebut diringkaskan dalam Jadual 1. Jadual 1: Ringkasan Data Artikel Bil Kajian Tajuk Objektif Metod Dapatan Faktor Kaedah 1. Fadillah Ismail, UTHM, 2016 Faktor Keharmonian dan Keruntuhan Rumah Tangga Kuantitatif SPSS Kajian ini memfokuskan kepada faktorfaktor yang mempengaruhi keharmonian dan keruntuhan rumah tangga Komunikasi Kewangan Kesetiaan Kekeluargaan Penderaan Seksualiti Pengurusan konflik Sentiasa ceria, bekerjasama, bertolak ansur untuk memahami antara satu sama lain. Sokong menyokong, bertukar-tukar pendapat, menunjukkan kasih sayang terhadap pasangan. Meluahkan segala masalah yang dihadapi kepada pasangan. 2. Haliza A. Shukor, Hasnizam Hashim, Intan Nadia Ghulam Khan Kajian: Krisis Rumah Tangga; Punca-punca dan cara untuk mengatasinya menurut perspektif syariah dan akta undang- Membincangkan tentang krisis rumah tangga, punca-punca dan cara untuk mengatasinya menurut perspektif syariah dan Akta Undang-Undang Kualitatif Faktor-Faktor Dalaman Kurang tahap kefahaman agama Tekanan bebanan kerja Sikap kesihatan Faktor-faktor Kursus Pra Perkahwinan & Khutbah Nikah Penyelesaian Peringkat Suami Isteri Penyelesaian Menggunakan 5

3. Nur Dalilah Zakaria, Raihanah Azhari 2013 4. Nurul Atieka Universitas Muhmmadi yah Metro. 2011 undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 Hubungan Antara Tahap Pelaksanaan Solat Fardu Dengan Konflik Rumah Tangga: Kajian Di Unit Rundingcara Keluarga (URK) Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Jurnal : Mengatasi Konflik Rumah Tangga Keluarga Islam (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 1984. Mengkaji dan mengukur impak agama terhadap konflik perkahwinan. Membincangkan tentang membina keluarga bahagia, dan penyebab konflik perkahwinan dan punca keruntuhan sesebuah institusi keluarga Kualitatif Kualitatif Luaran Campur tangan keluarga secara berlebihan Masalah ekonomi. Komunikasi Seks Penjagaan anak Pengurusan rumah tangga Pendekatan Keagamaan Masa Lapang Hubungan Sosial Keperibadian Umum Ketidak matangan keperibadian Ada sifat-sifat keperibadian yang tidak sesuai untuk menjalin hubungan perkahwinan Khidmat Orang Tengah Memberi nasihat dan peringatan terhadap hak-hak dan tanggungjawab suami isteri yang mungkin terlupa. 6

Adanya perbezaan pemikiran (mental) 5. Mohd Fuad Salleh, 2015 6. Cherni Rachmadani 2013 Konflik Keluarga Islam dan Kaedah Penyelesaian di Mahkamah Syariah di Selangor Strategi Komunikasi Dalam Mengatasi Konflik Rumah Tangga Mengenai Perbedaan Tingkat Penghasilan di RT.29 Samarinda Seberang Ingin memahami peranan Mahkamah Syariah menyelesaikan konflik keluarga Islam. Membincangkan tentang bagaimana mengatasi konflik rumah tangga dalam kalangan pasangan yang telah dikenal pasti. Turut dibincangkan dalam kajian ini adalah perbicaraan yang berkenaan dengan Kualitatif, Kajian Kes Kualitatif, Temubual Hal-hal lain Kewangan Kehidupan sosial Pendidikan anak Masalah agama Hubungan dengan mertuaipar Tidak bersama dalam hubungan seksual Ketidak puasan seksual Perbezaan pendapatan penghasilan / Ekonomi Pembahasan / Komunikasi Saman akn dikeluarkan kepada pihakpihak berkonflik untuk menghadiri sesi perundingan dengan pegawai Sulh. Strategi dalam berkomunikasi seperti adanya keterbukaan satu sama lain sehingga konflik yang terjadi dapat diselesaikan. Komunikasi yang dilakukan diharapkan dapat memilih waktu yang khusus 7

7. Eva Meizara Puspita Dewi, Basti. 2008 8. Mohd Helmi Abd Rahim, Mohd Nizam Osman 1999 Konflik Perkahwinan & Model Penyelesaian Konflik Pada Pasangan Suami Isteri Mengesahkan Teori Taktif Konflik dalam Keluarga & Keganasan Hubungan Suami Isteri: Suatu Perbandingan Antara Budaya. perasaan dan masalah-masalah peribadi yang dialaminya. Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis perbezaan intensif konflik perkahwinan pada pasangan suami isteri yang tinggal bersama dan yang tinggal terpisah dan cara penyelesaian konfliknya Memperkembang kan dan membangunkan wadal ilmu yang berkaitan dengan taktik konflik, mengkhusus kepada keluarga dan keganasan dalam hubungan suami isteri. Metod kuantitatif dan dilengkapi dengan data kualitatif. Kualitatif Soal selidik, persampelan Perselisihan, Pertentangan dan konflik dalam suatu rumah tangga. Kecurigaan dan kecemburuan lebih tinggi. seperti face to face, waktu yang tepat dan tempat untuk refreshing. Pasangan suami isteri memiliki kualitas interaksi perkahwinan yang tinggi. Perubahan gaya hidup dan penyesuaian diri terhadap tuntutan peranan dan tangungjawab dari suami mahupun isteri. Konstruk pemberian alasan; penggunaan perbincangan rasional, perbahasan dan alasan pendekatan intelektual kepada ketegangan. Konstruk penyerangan lisan; penggunaan perlakuan lisan dan tanpa lisan yang mana secara simbolik menyakiti orang lain, atau penggunaan ancaman untuk menyakiti orang lain. Konstruk 8

keganasan; Penggunaan desakan fizikal terhadap orang lain sebagai suatu kaedah menangani konflik. 9. Nurhanisah Hadigunawa n, Raihanah Azahari. 2016 10. Wan Anor Bin Wan Sulaiman, Risalshah Latif. UMS, 2014 Penghayatan Islam dan Hubungannya Dengan Konflik Rumah Tangga: Kajian Di Unit Runding Cara, Bahagian Undang- Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor. Kaunseling Keluarga: Isu Dan Cabaran Kajian ini menganlisa dan membincangkan tahap pelaksanaan nilai-nilai Islam di antara pasangan yang berkepentingan bersama dengan sebab pengabaiannya dan juga melihat hubungan antara pelaksanaan nilainilai Islam dan konflik domestik. Memberi pendedahan tentang isu-isu yang berlaku di dalam keluarga yang boleh meruntuh institusi keluarga. Seterusnya memberi pendedahan juga bagaimana pandangan teori tentang masalah yang wujud dalam sesebuah keluarga. Kualitatif, Temubual 10 pasangan yang menghadapi konflik dalam rumah tangga. Kualitatif, Temu bual dalam kalangan kaunselor Sikap diri sendiri; Cepat marah, keras hati dan kuat cemburu Tidak bertanggungjawab sebagai seorang suami mahupun isteri dalam rumah tangga. Tingkah laku dan sikap tidak sesuai dengan pasangan Tahap kefahaman agama kurang dalam diri setiap pasangan Pengurusan ekonomi rumah tangga tidak betul Komunikasi pasangan dan keluarga tidak lancar. Sifat positif yang perlu ditanam dalam diri: Sifat Keterbukaan, merendah diri, bertolak ansur dan saling mengamalkan teknik komunikasi yang berkesan. Penghayatan Islam berperanan secara tidak langsung dalam konflik rumah tangga. 9

11. Rozumah Baharudin, Rumaya Juhari. UPM, 2013 Pengantar Perkahwinan dan Keluarga Membincangkan tentang keluarga yang berhadapan dengan konflik serta cara untuk mengatasi konflik dalam institusi kekeluargaan. Analisis Kandungan Tidak ambil berat tentang kesihatan, pendidikan dan keperluan emosi dalam keluarga. Masalah peribadi yang tidak boleh dikongsi: emosional, cemburu buta, mendera dan pentingkan perasaan sendiri. Peranan gender Kesetiaan Kewangan Seks Anak-anak Memperjelaskan isu yang menjadi punca konflik Mengenal pasti apa yang dikehendaki oleh semua individu terlibat Mengenal pasti alternatif yang ada Membuat keputusan bagaimana hendak berunding Memperkukuhka n keputusan yang dibuat dan mengulas serta berunding bagi memasti dan memperakui keputusan yang telah dibuat. 10

Artikel dalam Jadual 1 ini adalah hasil penulisan kajian sarjana, artikel prosiding, jurnal dan penyelidikan. Analisis terhadap 11 artikel dalam jadual 1 mendapati sebanyak 9/11 (81%) daripada artikel menjelaskan berkaitan faktor konflik dalam rumahtangga dan 8/11 (72%) artikel membincangkan tentang kaedah menangani konflik dalam rumahtangga. 6/11 (54%) artikel ini membincangkan kedua-dua faktor berlaku dan kaedah mengatasi konflik dalam rumah tangga. Dua bentuk faktor iaitu dalaman dan luaran dinyatakan menyumbang kepada timbulnya konflik dalam rumah tangga. Faktor luaran yang dinyatakan ialah masalah ekonomi, masalah seksual, campur tangan pihak ketiga, tahap keadaan kesihatan dan masalah sosial manakala faktor dalaman yang menyebabkan wujudnya konflik dalam rumah tangga berpunca daripada kurang pengetahuan agama, emosi yang tidak stabil, cemburu, berbeza pandangan, masalah dalam komunikasi dan tidak bertanggungjawab. Daripada keseluruhan artikel yang ditemui, sebanyak 5/11 (45%) artikel menyatakan bahawa aspek ekonomi adalah faktor tertinggi menyebabkan konflik dalam rumahtangga, 4/11 (36%) menjelaskan kerana faktor kurang pengetahuan agama, 4/11 (36%) berpunca daripada masalah seksual dan 4/11 (36%) adalah kerana masalah emosi, 3/11 (27 %) kerana perasaan cemburu, 3/11 (27%) sebab perbezaan pendapat, 3/11 (27%) timbul kerana masalah komunikasi, 2/11 (18%) kerana sikap tidak bertanggungjawab, 2/11 (18%) kerana campur tangan pihak ketiga, 2/11 (18%) masalah tahap kesihatan dan 1/11 (9%) berpunca daripada masalah sosial. Faktor ekonomi adalah peratusan tertinggi dinyatakan sebagai faktor yang menimbulkan konflik manakala faktor kurang pengetahuan agama serta masalah emosi adalah faktor dalaman tertinggi yang menyumbang kepada berlakunya konflik dalam rumahtangga. 11

Di samping faktor berlaku konflik, artikel dalam jadual 1 turut mengemukakan perbincangan berkaitan kaedah mengatasi konflik dalam rumah tangga. Analisis daripada keseluruhan artikel mendapati sebanyak 8/11 (73%) artikel menyatakan kaedah mengatasi konflik dalam rumah tangga ialah dengan menerapkan sifat keterbukaan dan penghayatan Islam yang tinggi, 5/11 (45%) mengemukakan kaedah interaksi dengan pasangan, 4/11 (36%) menyarankan dengan memupuk sifat bertanggungjawab, 4/11 (36%), mencadangkan kaedah komunikasi dengan baik, 2/11 (18%) menjelaskan penggunaan khidmat orang tengah berbincang antara pasangan yang berkonflik dan 1/11 (9%) memberi cadangan mengenakan tindakan undang-undang kepada pasangan yang berkonflik. Mengatasi konflik bukan suatu perkara yang mudah kerana memerlukan sikap toleransi yang tinggi bagi memastikan setiap konflik itu berjaya diatasi dengan lebih harmoni. Daripada keseluruhan artikel, sebanyak 8/11 (73%) dapatan dalam kajian artikel dihasilkan menggunakan metode kualitatif dan sebanyak 2/11 (18%) metode kuantitatif. 4.0 PERBINCANGAN Pertambahan kes konflik rumah tangga yang berlaku dalam rumah tangga membimbangkan masyarakat pada masa kini kerana boleh menyumbang berlakunya implikasi penceraian (Fadhillah Ismail, 2016). Penghasilan data kajian baru menjadi keperluan dalam usaha mengekalkan keharmoniaan dan keutuhan rumah tangga seterusnya mengatasi konflik rumah tangga dan keganasan rumah tangga yang berlaku dengan begitu pesat dalam kalangan masyarakat muslim di Malaysia (Haliza et.al, 2015). Kajian tinjauan literatur dalam artikel ini mendapati beberapa faktor luaran iaitu masalah ekonomi, masalah seksual, campur tangan pihak ketiga, 12

tahap keadaan kesihatan dan masalah sosial serta faktor dalaman iaitu kurang pengetahuan agama, emosi yang tidak stabil, cemburu, berbeza pandangan, masalah dalam komunikasi dan tidak bertanggungjawab menyebabkan wujudnya konflik dalam rumah tangga berpunca daripada. Faktor ekonomi dinyatakan sebagai peratusan tertinggi yang menyumbang berlakunya konflik dalam rumah tangga. Perkembangan ekonomi yang berlaku secara tidak langsung membawa kepada pertambahan bebanan, peranan serta komitmen yang menyebabkan tekanan (Rohaiza, 2011). Tekanan yang dihadapi oleh pasangan suami atau isteri jika tidak dapat dikawal boleh menjadi salah satu punca yang boleh membibitkan konflik dalam rumah tangga. Kurang pengetahuan agama merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian dalam kalangan pasangan rumah tangga. Nur Dalilah dan Raihanah (2013) menunjukkan hampir separuh data yang dikaji menfokuskan kepada aspek keagamaan dan personaliti pasangan. Aspek keagamaan banyak dikaitkan dengan perkembangan peribadi manusia yang baik, prestasi kerja yang cemerlang serta kesejahteraan minda dan kesihatan dalam mengetuai sesebuah institusi keluarga. Pengukuran faktor konflik rumah tangga dan kaedah mengatasi turut banyak dikaitkan dengan aspek kerohanian terutama apabila melibatkan tanggungjawab setiap pasangan. Dapatan artikel menyatakan bahawa kurang tahap kefahaman agama adalah antara penyebab timbul konflik dalam rumah tangga. Ini menunjukkan pentingnya pegangan kepada agama menangani konflik bagi mengelakkan berlakunya ketidak persefahaman yang berpanjangan kepada pasangan yang telah berumah tangga. Konflik yang tercetus dalam kalangan pasangan suami dan isteri merupakan antara halangan dan cabaran dalam mengekalkan kebahagian dan keharmonian dalam rumah tangga. Keputusan mengakhiri perkahwinan mereka dengan 13

perpisahan atau perceraian dibuat apabila halangan dan cabaran yang berlaku sukar dihadapi sehingga rumah tangga yang dibina gagal untuk dipertahankan (Raihanah Abdullah, 2001). Nurhanisah dan Raihanah (2016) turut mengemukakan dapatan yang sama iaitu asas didikan agama merupakan sebahagian elemen dalam penghayatan Islam yang berkait rapat dengan konflik rumah tangga. Tingkah laku dan sikap bertanggungjawab serta kefahaman agama perlu dititik beratkan dalam menghadapi konflik rumah tangga supaya dapat diatasi dengan bijak. Sikap tidak cakna terhadap tanggungjawab juga menjadi faktor yang menyumbang berlakunya konflik dalam rumah tangga. Pengabaian tanggungjawab didapati antara faktor berlaku masalah perceraian seperti suami meninggalkan isteri tanpa berita (Sabariah Baharum, 1989). Kebanyakan masyarakat orang Melayu pada masa ini kurang mengambil berat tugas serta tanggungjawab mereka untuk membina dan membentuk keluarga muslim yang sebenar atau dengan kata lain lupa dan lalai terhadap tugas serta tanggungjawab tersebut (Saedah Siraj, 2001). Selain itu, emosi yang tidak stabil juga boleh menyebabkan konflik jika masalah peribadi ini tidak dikawal dengan baik. Cemburu yang tinggi juga boleh menyebabkan konflik dalam rumah tangga (Wan Anor & Risalshah, 2014). Wujud perasaan cemburu pasangan yang berlebihan turut menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada berlakunya konflik yang boleh membawa kepada bibit-bibit perceraian rumah tangga dalam masyarakat. Fenomena ini menjadi lebih kronik apabila pihak suami atau isteri tidak mengambil inisiatif untuk menjaga batas dan bebas dalam pergaulan mereka sewaktu keluar bekerja kerana boleh mengakibatkan berlakunya perceraian (Roslee, 1999). Demikianlah dapatan kajian menerusi kajian literature berkaitan faktor berlakunya konflik dalam rumah tangga dan kaedah mengatasi dalam kajian-kajian yang lepas. 14

5.0 KESIMPULAN Hasil carian artikel menerusi kajian literature ini mendapati terdapat faktor luaran dan dalaman yang boleh mencetuskan konflik dalam rumah tangga. Kewujudan konflik ini penting dikenal pasti dan ditangani dengan kadar segera bagi mengelakkan keadaan lebih serius berlaku seperti kepincangan dalam rumahtangga yang boleh menjurus ke arah keruntuhan institusi keluarga. Dapatan kertas ini diharap dapat membantu pengkajian lanjut berkaitannya. 15

RUJUKAN Abe Sophian Abdul Rahman, Zuliza Mohd Kusrin Anwar & Fakhri Omar. (2014). Faktor Penceraian Di Mahkamah Syariah Bahagian Mukah, Sarawak dari Tahun 2000 hingga 2010. Jurnal Islamiyyat. 36 (1) Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Asiah Bt Ali, Irkhaniza Bt Md Rahim, Mohamed Sharif Bin Mustafa. (2008). Peranan Komunikasi Dalam Hubungan Kekeluargaan dibentangkan dalam Semibar Kaunseling Keluarga di Universiti Teknologi Malaysia. Barbara Kitchenham, and Stuart Charters. EBSE 2007-001. Guidelines For Performing Systematic Literature Reviews In Software Engineering. Keele University And Durham University Joint Report. Bharuddin Che Pa & Ajidar Matsyah (2013). Konflik Politik dan Penyelesaian menurut Perspektif Islam. Kerta Kerja Konferensi Antarabangsa Islam Borneo VI. UiTM Sarawak. Cherni Rachmadani. (2013). Strategi Komunikasi Dalam Mengatasi Konflik Rumah Tangga Mengenai Perbedaan Tingkat Penghasilan di RT.29 Samarinda Seberang. Eva Meizara Puspita Dewi dan Basti. (2008). Konflik Perkawinan dan Model Penyelesaian Konflik Pada Pasangan Suami Istri. Fakultas Psikologi Universitas Negeri Makassar. Fadhillah Ismail. (2016). Faktor Keharmonian dan Keruntuhan Rumah Tangga. Prosiding Universiti Tun Hussin Onn. Fikhry Hakim Bin Fadzilullah (2015). Konsep Pengurusan Konflik Menurut Perspektif Barat dan Islam: Suatu Perbandingan. Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah. Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Haliza A. Shukor, Hasnizam Hashim dan Intan Nadia Ghulam Khan. (1984) Krisis Rumah Tangga: Punca-Punca dan Cara Untuk Mengatasinya Menurut Perspektif Syariah dan Akta Undang- Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan). Mahmudul Hasan, Rasimah Che Mohd Yusoff, Nurazean Maarop, Suriani Mohd Sam, Norziha Megat Mohd Zainuddin (2016), Factors Influencing Knowledge Sharing Behavior In Virtual Communities Under Disaster Conditions: A Case Study Of Bangladesh. Proceeding of the First International Conference on ICT for Transformation 2016. Malike Brahim. (2008). Mengurus Konflik. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd. Mohd Fuad Salleh, (2015). Konflik Keluarga Islam dan Kaedah Penyelesaian di Mahkamah Syariah di Selangor. Universiti Selangor (UNISEL) M. Ahnan & Ummu Khoiroh, MA. 2001. Poligami Di Mata Islam. Mohd. Helmi Abd Rahim & Mohd Nizam Osman (1999). Mengesahkan Teori 16

Taktik Konflik dalam Keluarga dan Keganasan Hubungan Suami Isteri: Suatu Perbandingan Antara Budaya. Jurnal Komunikasi. Jilid 15,1999. m.s 153-170. Nurul Atieka (2011). Mengatasi Konflik Rumah Tangga. Jurnal Universitas Muhammadiyah Metro. Nurhanisah Hadigunawan dan Raihanah Azahari (2016). Penghayatan Islam dan Hubungannya Dengan Konflik Rumah Tangga: Kajian Di Unit Runding Cara, Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor. Raihanah Abdullah. (2001). Wanita, Perceraian dan Mahkamah Syariah Dalam Wanita dan Perundangan Islam. Kuala Lumpur: Ilmiah Publisher. Rhoades, J. A. The Cognitive Representation Of Responses To Social Conflict: The Development Of An Integrative Taxonomy. International Journal of Conflict Management, 1999, Vol. 10 Issue 4, h360-385. Rohaiza Abd.Rokis. (2013). Islam And Modernity: A Case Of Muslim Female Engineers In Malaysia. Jurnal Of Islam In Asia. Spl. Issue. (2) Roslee bin Haji Abbas. 1999. Faktor-faktor Penyebab Perceraian Keluarga. Jurnal Kebajikan: Edisi Ke-21. Rozumah Baharudin, Rumaya Juhari (2013). Pengantar Perkahwinan dan Keluarga. Serdang: UPM Press. Sabariah Binti Baharum. (1989). Masalah Perceraian di Kalangan Masyarakat Islam di Sabah: Satu Kajian di Daerah Tawau. t.tp: t.pt. Saedah Siraj. (2001). Pendidikan Rumah Tangga. Selangor: Alam Pintar Enterprise. Wan Anor Bin Wan Sulaiman dan Risalshah Latif (2014). Kaunseling Keluarga: Isu dan Cabaran. Seminar Kebangsaan Intergriti Keluarga 2014. Universiti Malaysia Sabah, UMS. Zaini Nasohah. (2000). Poligami Hak Keistimewaan Menurut Syariat Islam. Utusan Publicatons & Distributors Sdn Bhd: Kula Lumpur Zaleha Muhamat (2002). Analisis Poligami Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur :Utusan Publications. Zaleha Yazid, Nur Atikah Abdullah & Rosmarina Baharom. (2017). Konflik dalam Proses Penilaian Prestasi dalam Organisasi. Jurnal Pengurusan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM. Akhbar Artikel Harian Metro, 2018. Tak Semua Rela Bermadu. Rencana Utusan Malaysia, 2003. Terimalah Hakikat Bermadu 17