PEMULIHAN KONFLIK DALAM PERKAHWINAN MELALUI RIYADAT AL-NAFS

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

TEKANAN MENTAL DALAM PERKAHWINAN DAN PENYELESAIANNYA MENURUT UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5 th IRMIC 2018) Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Pendekatan Tazkiyah Al-Nafs dalam Menghadapi Postpartum Depression: Satu Analisis Literatur

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

FAKTOR KONFLIK RUMAHTANGGA DAN KAEDAH MENGATASI: SATU PENDEKATAN TINJAUAN LITERATUR SISTEMATIK

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Jurnal Pembangunan Sosial 9 (Jun) 2006: ZAINAB ISMAIL ABSTRACT

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

ABSTRAK FARIZA MD SHAM 3 AZYYATI MOHD NAZIM 1. Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor, Malaysia.

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

BAB 1: PENGENALAN. mendapati ada wanita yang sanggup melakukan perkara di luar norma masyarakat atau

RAHSIA RUMAHTANGGA HARMONI

PERANAN DAN PELAKSANAAN RUNDING CARA KEKELUARGAAN: SATU KAJIAN DI JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Spiritual

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

PERANCANGAN HARTA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM MENGGUNAKAN KONSEP HIBAH NURUL HAZIRA BINTI RAHMAT

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KONSEP SAHSIAH REMAJA MENURUT PERSPEKTIF AL- QURAN

POWER QUALITY IMPROVEMENT BY DYNAMIC VOLTAGE RESTORER AND UNIFIED POWER QUALITY CONDITIONER USING FUZZY LOGIC FARIDULLAH KAKAR

Transcription:

At-Tahkim, Vol. 8, No. 7.7. 2018 ISSN No. 2541-3856 PEMULIHAN KONFLIK DALAM PERKAHWINAN MELALUI RIYADAT AL-NAFS Nuraini Binti Kamarolzaman, Zainab Ismail Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. 43600, UKM Bangi Campus, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Email: aienqamar91@gmail.com; zainab@edu.my Abstrak - Artikel ini membincangkan tentang pemulihan konflik dalam perkahwinan melalui ridayat al-nafs. Dewasa ini kedudukan rumahtangga di negara ini semakin rapuh dan tergugat kesan daripada pelbagai faktor dalaman dan luaran seperti masalah ekonomi, tak bertangggungjawab, akhlak dan komunikasi. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara pemulihan konflik dalam perkahwinan melalui pendekatan riyadat al-nafs. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengkaji pemulihan konflik dalam perkahwinan melalui riyadat al-nafs terhadap pasangan suami isteri yang bermasalah dalam perkahwinan. Artikel ini menggunakan data yang dikumpul melalui analisis dokumen dan yang dianalisis menggunakan pendekatan analisis termatik. Hasil kajian ini menunjukkan dalam masa panjang, konflik dapat diatasi jika pasangan yang berkonflik dalam perkahwinan mengamalkan ibadah seperti solat, zakat, berdoa, zikir dan membaca al-quran dalam kehidupan. Kajian ini juga menunjukkan pemulihan konflik dalam perkahwinan melalui riyadat al-nafs melalui ibadah memberi implikasi yang besar khususnya dalam membentuk jiwa insan.. Kata kunci: Pemulihan, konflik, Perkahwinan dan Riyadat al-nafs I. Pendahuluan Artikel ini membincangkan berkenaan pemulihan konflik dalam perkahwinan melalui riyadat al-nafs. Tujuan artikel ini adalah untuk membincangkan pendekatan riyadat al-nafs sebagai kaedah pemulihan konflik dalam perkahwinan. Dalam Islam, perkahwinan adalah satu ikatan yang sah di sisi syarak untuk menghalalkan lahir dan batin antara suami dan isteri dalam rumahtangga Mutafa (1991). Di samping itu, perkahwinan juga untuk memenuhi keperluan emosi manusia mendapatkan kasih sayang, ketenangan jiwa, dan pergaulan yang diizinkan antara mereka yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak yang telah ditetapkan dalam agama Islam Yusmini (2003). Maka, menjadi fitrah semulajadi setiap pasangan yang berkahwin akan mengimpikan kebahagiaan berkekalan sehingga akhir hayat. Namun, hakikat kehidupan berumahtangga tidak dapat lari dari ujian dalam perkahwinan tetapi ia adalah sebahagian daripada lumrah kehidupan berumahtangga. Senario hari ini, isu konflik rumahtangga dikalangan pasangan Muslim perlu diberi perhatian yang serius kerana kedudukan institusi kekeluargaan Muslim kini berada pada tahap yang sangat lemah dan setiap tahun berlaku peningkatan kadar permasalah rumahtangga dan penceraian yang memberi kesan kepada kebahagiaan institusi kekeluargaan. Secara tidak langsung ia turut juga memberi kesan dalam masyarakat terutama kepada masalah sosial anak-anak remaja yang berada dalam keluarga yang bercerai Norhayati & Zaidah (2016). Di samping itu, kepesatan pembangunan sosio-ekonomi dan perubahan cara hidup masyarakat Muslim yang bebas serta mudah terpengaruh dengan budaya negatif yang diserap masuk dalam masyarakat juga salah satu sebab belaku pengabaian terhadap keperluan rohani manusia Zainab (2006). Selain itu, pengabaian terhadap cara hidup Islam dan kurangnya pengamalan dan penghayatan terhadap ibadah dalam kehidupan menyebabkan berlaku tekanan dan gelisah terutama kepada pasangan suami isteri dan juga sebagai ibu bapa yang memikul tanggungjawab untuk mencari nafkah dan bertanggungjawab mengurus hal ehwal dalam keluarga. Beban kerja dan mengurus rumahtangga menyebabkan tekanan dan gangguan emosi dalam rumahtangga antara punca berlaku seperti keganasan rumah tangga, pengabaian tanggungjawab, curang, kurang komunikasi dalam rumah tangga dan sebagainya. Oleh itu, permasalah tingkah laku dan akhlak sosial pasangan dalam rumahtangga merupakan isu ini perlu diberi penekanan yang serius dan perlukan penambahbaikan yang berterusan. Oleh itu, setiap masalah dan konflik yang timbul dalam rumahtangga ia perlu diterima dan diurus bukan mengambil jalan mudah dengan membuat keputusan untuk bercerai Mizan Adillah, Wan Mohd Fazrul dan Hanit Osman (2006). Justeru itu, dalam usaha memperbaiki hubungan pasangan yang bermasalah, ia perlu kepada pendekatan Manuscript received 7 Julai 2018, revised 7Julai 2018 1 Copyright 2018Tazkia University College of Islamic Economic. - All rights reserved

2 yang bersifat dalaman atau kerohanian untuk jangka masa panjang. Oleh itu, kajian ini menggunakan pendekatan riyadat al-nafs dari sudut mempertingkatkan ibadah sebagai kaedah pemulihan secara berterusan seperti solat, zakat, berdoa, zikir dan Qiyam al-lail. Kaedah ini merupakan salah satu kaedah pemulihan konflik secara spiritual yang bermula dari dalam diri individu untuk mendekatkan diri kepada Allah serta membentuk jiwa tauhidik. II. Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian analisis dokumen. Teknik pengumpulan data dalam kajian ini adalah kajian analisis dokumen. Analisis dokumen yang dirujuk terdiri daripada sorotan kajian lalu, kertas kerja prosiding, dan buku-buku yang berkaitan dengan pemulihan konflik, konflik perkahwinan dan riyadat al-nafs. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan dengan menggunakan pendekatan termatik iaitu mengkasifikasikan tema-tema berdasarkan kaedah pemulihan riyadat al-nafs iaitu penekanan terhadap ibadah. III. Konflik Dalam Perkahwinan Konflik perkahwinan adalah percanggahan pendapat dan kehendak yang berlaku antara suami isteri yang menyebabkan berlaku ketegangan dan pergaduhan dalam perhubungan rumhatangga Nurhanisah dan Raihanah (2016). Manakala, menurut Rumaya (2002) konflik adalah percanggahan antara pasangan dalam hubungan komunikasi, sikap, nilai dan reaksi. Dalam Islam konflik dalam perkahwinan terbahagi kepada dua iaitu nusyuz dan syiqaq. Nusyuz dari segi bahawa bermaksud derhaka. Dari segi istilah nusyuz ialah berlaku kebencian sama ada dari pihak isteri atau suami dan tindakan yang dilakukan di anggap bertentangan di antara satu sama lain tanpa sebab yang munasabah oleh syarak Burhanuddin (1999). Isteri yang nusyuz ialah isteri yang menderhakai dan mengingkari ketaatan terhadap suaminya pada perkara yang wajib ditaati. Manakala, nusyuz dari pihak suami ialah suami yang menzalimi isterinya. Antara bentuk nusyuz bagi kedua-dua pihak suami isteri ialah bermasam muka, bercakap kasar, isteri keluar rumah tanpa izin suami dan suami tidak memberi nafkah kepada isteri. Dalam surah an-nisa ayat 4:34 ada menjelaskan panduan penyelesaian kepada suami apabila berlaku nusyuz dari pihak isteri iaitu suami hendaklah menasihati dengan cara yang baik, jika tidak berkesan hendaklah memulaukan dari tempat tidur dan jika masih tidak berkesan diharuskan memukul dengan syarat tidak mencederakan. Sekiranya nusyuz berpanjangan maka akan berlaku shiqaq Mohd Shukri dan Che Maryam (2015). Manakala shiqaq dari segi bahasa bermaksud permusuhan atau perbalahan. Dari segi istilah pula bermaksud perbalahan yang berterusan yang perlu diselesaikan melalui pelantikan dua hakam iaitu seorang dari pihak suami dan seorang dari pihak isteri bagi membantu pasangan mencari jalan penyelesaian secara damai. Nusyuz dan Syiqaq berlaku disebabkan pelbagai faktor antaranya pengurusan ekonomi seperti suami tidak mampu memberi nafkah, masalah komunikasi seperti panas baran, kuat cemburu, dan tidak menghormati keluraga pasangan dan banyak lagi Mohd Taib (2006). Oleh itu, apabila berlaku konflik dalam rumahtangga secara berterusan diperingkat suami isteri, mereka dianjurkan supaya melantik orang ketiga sebagai orang tengah yang untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapai pasangan. Di Malaysia Jabatan Agama Islam adalah agensi yang bertanggungjawab mengendalikan perkhidmatan rundingcara bagi pasangan yang menghadapi masalah dalam rumahtangga. Oleh itu, pegawai yang rundingcaara berperanan sebagai penasihat perlu memiliki kemahiran dan pendekatan yang bersesuaian serta memberi kesan dalam proses rundingcara untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pasangan bermasalah. Pegawai runidngcara hanya sebagai penasihat dan setiap keputusan dalam proses rundingcara akan dibuat oleh pasangan dan sekiranya proses runidngcara tidak berjaya barulah kes akan dirujuk ke mahkamah iaitu pelantikan jawatankuasa pendamai (sulh) sekiranya hakim berpandangan pasangan masih boleh didamaikan. Sulh adalah memutuskan sesuatu perbalahan iaitu menamatkan satu perbalahan antara suami isteri yang saling bersengketa yang berakhir dengan pendamaian Abdul Rasyid (2014). Tempoh yang diberikan selama enam bulan untuk mendamaikan pasangan sebagaimana yang diberikan oleh mahkamah dan sekiranya pasangan berjaya didamaikan, permohonan cerai akan ditolak oleh mahkamah. Sebaliknya jika tidak berjaya suami dinasihatkan untuk melafazkan cerai untuk meleraikan syiqaq yang berlaku antara pasangan Atras (2006). Justeru itu dapat dirumuskan konflik dalam perkahwinan berlaku apabila terdapat pertembungan pendapat dan kehendak suami dan isteri yang perlu kepada penyelesaian yang sewajarnya diperingkat suami isteri serta agen dilantik sebagai perantaraan untuk menyelesaikan konflik yang dihadapai oleh mereka. Pendekatan dan kaedah pemulihan yang bersesuaian sangat perlu dalam proses membantu menyelesaikan masalah yang dihadapai oleh pasangan.

3 IV. Pendekatan Riyadat al-nafs Dalam Pemulihan Konflik Perkahwinan Sehubungan dengan itu, kajian ini memilih pemulihan melalui pendekatan spiritual iaitu melalui kaedah pemulihan riyadat al-nafs sebagai salah satu pendekatan yang perlu diaplikasi kepada pasangan bermasalah untuk jangka masa panjang. Riyadat al-nafs adalah salah satu komponen yang terkandung dalam proses tazkiyah al-nafs, tazkiyah al-nafs bermaksud penyucian jiwa dari segala sifat yang keji kepada yang lebih baik. Manakala riyadat al-nafs (al-tahalli) bermaksud melatih jiwa secara berperingat ke arah kebaikan sehingga dapat menghiasi hati dengan sifat-sifat mahmudah atau ia juga dikenali sebagai (al-tahalli) yang membawa maksud menghiasi batin dengan kebaikan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT Salasiah (2016), Fariza (2013). Dalam proses riyadat al-nafs atikel ini menunpukan tentang ibadah iaitu melatih diri untuk mempertingkatkan ibadah seperti solat, puasa, membaca al-quran dan lain-lain. Ibadah bermaksud bertaqarrub kepada Allah SWT dengan mentaati segala perintah-nya serta berusaha menjauhi segala larangan dan mengamalkan segala yang bolehkan oleh Allah SWT. Ibadah juga secara umum adalah bukti kepatuhan manusia kepada Allah hasil dari dari dorongan dan gerakkan oleh aqidah dan tauhid Mukhlas (2002). Menurut al-ghazali (1998) pula ibadah bermaksud kepatuhan kepada segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-nya dan bukan hanya terikat dengan amalan ritual yang tergolong dalam ketegori ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, dan haji sahaja Fariza (2013), Salasiah (2016). Tujuan ibadah sebagai penggerak ke arah mencapai kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup. a. Solat Solat terbahagi kepada dua dari sudut tuntutannya, solat fardu lima kali sehari semalam dan ia adalah wajib. Manakala solat sunat tidak diwajibkan tetapi ia digalakkan untuk dilaksanakan hampir setiap masa. Solat adalah ibadah yang dilaksanakan bertujuan semata-mata untuk mengabdikan diri secara khusus kepada Allah tanpa sebarang perantaraan dan bersih daripada sebarang bentuk amalan syirik Rosannaini (2014: 1) Solat adalah terapi terbaik dalam kehidupan seorang manusia terutama kepada pasangan suami isteri yang bermasalah kerana setiap masalah datangnya dari Allah SWT dan kepada Allah SWT juga tempat untuk kembali dan meminta pertolongan. b. Zakat Zakat bermaksud penyucian iaitu penyucian jiwa insan dari sifat bakhil serta dapat memupuk perasaan syukur di atas segala nikmat dan pemberian Allah. Mengeluarkan zakat juga dapat melatih jiwa seseorang untuk menjadi pemurah dan zakat juga dapat menangkis sifat tamak dan bakhil dalam diri dan mengutamakan orang lain dari diri sendiri. Terutama dalam kehidupan berumahtangga, yang mana sikap kedekut dan berkira dalam rumah tangga perlu dikikis dalam diri pasangan suami isteri kerana kewujudan sifat ini dalam rumah tangga antara punca berlaku pergaduhan dalam rumah tangga. d. Berdoa Berdoa adalah termasuk salah satu ibadah dan ia juga adalah senjata bagi orang Islam. Doa dari sudut syarak ialah seseorang meminta bantuan daripada tuhannya serta pertolongan. Berdoa kepada Allah SWT dan menjadikan Allah SWT sebagai tempat bergantung dalam setiap masalah yang dihadapi terutama berkaitan dengan masalah rumahtangga. Dengan berdoa seseorang juga akan mendapat ketenangan untuk menghadapi setiap permasalahan dalam hidup. e. Zikir Zikir bermaksud mengingati Allah. Dalam Islam, zikir adalah salah satu elemen meditasi. Antara kelebihan berzikir adalah ia mampu menjadi penawar bagi hati yang tidak tenteram, melapangkan rezeki serta dimudahkan segala urusan Mohd Halim (1996). Zikir juga mampu menjadikan seseorang lebih tenang ketika sedang menghadapi masalah. Dengan berzikir kepada Allah seseorang mampu mendapatkan ketenangan jiwa serta spiritual Salasiah (2016). f. Qiyam al-lail

4 Solat malam mampu memberi kekuatan kepada seseorang dalam menghadapi masalah. Baginda SAW sendiri menggalakkan supaya melaksanakan qiyam al-lail kerana dalamnya terdapat banyak kelebihan antaranya menghapuskan dosa serta mendekatkan diri kepada Allah SWT. IV. Kesimpulan Ibadah merupakan penggerak utama kepada pembentukan sahsiah diri yang baik kepada seseorang insan. Matlamat utama ibadah adalah untuk mengingati dan mendekatkan diri seseorang kepada Allah. Riyadah al-nafs melalui pendekatan ibadah sebagai salah pendekatan untuk manusia membentuk kebahagian dalam rumah tangga. Malah, sudah menjadi fitrah bagi manusia apabila menghadapi masalah dalam kehidupan memerlukan tempat untuk mengadu dan melalui ibadah manusia dapat berhubungan dengan Allah secara langsung. Antara ibadah seperti solat, puasa, zakat, zikir, berdoa, membaca al-quran sebagainya adalah salah satu kaedah pemilihan serta cara untuk mendapatkan ketenangan dan kekuaatan diri dalam menghadapi masalah. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa penerapan konsep riyadat al-nafs ibadah dalam menghadapi kesulitan rumahtangga mampu memberi kesan yang positif kepada sahsiah seseorang. 1. Rujukan 2. Al-Quran al-karim. 3. Abdul Rasyid. 2014. Mediasi di Pengadilan Agama Berkaiatan Kes Matrimonial di Indonesia. Disertasi Sarjana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 4. Al-Ghazali. 2000. Ilya Ulum al-din. Kaherah: Dar al-taqwa li al-turath. 5. Atras Mohamad Zin. 2006. Pelaksanaan Sulh di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS): Kajian Keas Tahun 2003 di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang. Disertasi Sarjana, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia 6. Burhanuddin Abdul Jalal, Misni Sabar, Abdullah Adam & Bahari Samikon. 1999. Keluarga Muslim. Kuala Lumpur: Kor Angkatan Tentera Kementerian Pertahanan Malaysia. 7. Mizan Adilah, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali & Hanit Osman. 2006. Kuanseling Dalam Islam. Nilai: Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). 8. Mohd Halim Ibrahim. 1996. Keunggulan Amalan dan Ibadah Sepanjang Masa. Hazrat Trading: Kuala Lumpur. 9. Mohd Shukri dan Che Maryam. T.th. Nusyuz dan Syiqaq dalam Rumahtangga: soroton Literatur. Universiti Kebangsaan Malaysia. 10. Mohd Taib Arifin. 2006. Komunikasi Perkahwinan: Satu Kajian Persepsi di Kalangan Penduduk Jitra, Kedah (Pnyt). Abdl Rahim Abdul Rashidm Sufean Hussin & Che Hashim Hassan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distibutors Sdn Bhd. 11. Mukhlas Asy-Syarkani al-falahi. 2002. Keajaiban Ibadah: membongkar rahsia & Hikmah Ibadah. Al-Hidayah Publisher: Kuala Lumpur. 12. Mutafa Hj. Daud. 1991. Perkahwinan Menurut Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. 13. Norhayati Zulkefli & Zaidah Mustapha. 2016. Remaja daripada Ibu Bapa yang Bercerai di Malaysia: Satu Penelitian Ekspresi Emosi: Malaysia Jurnal of Society and Space 12 (9): 150-160. 14. Nurhanisah Hadigunawan & Raihanah Azahari. 2016. Penghayatan Islam dan Hubungannya dengan Konflik Rumahtangga: Kajian di Unit Rundingcara, Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor. 15. Raihanah Azahari. 2007. Permasalaha Rumahtangga: Kajian di Unit Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Daerah Petaling, Selangor. Jurnal Syariah (15):1: 115-128. 16. Rosnaaini Hamid. 2014. Penghayatan Solat. Penerbit Universiti Utara Malaysia: Sintok. 17. Rozumah Bharudin & Rumaya Juhari. 2002. Pengantar Perkahwinan dan keluarga. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 18. Salasiah Hanim Hamjah. 2016. Pendekatan Kaunseling Spiritual Menurut al-ghazali. Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia. 19. Yusmini Md. Yusoff. 2003. Kepentingan Kuanseling Dalam Menangani Masalah Rumahtangga. Jurnal Usuluddin, Bil 18 (2003):137-138. 20. Zainab Ismail. 2006. Institusi Perkhidmatan kemanusiaan dan Pembangunan Keluarga di Unit Perunding dan pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jurnal Pembangunan Sosial 9 (Jun) 2006: 109-129.

5