BAB 1 PENGELUARAN AIR BERSIH. Skop proses ini bermula daripada muka sauk sehingga flowmeter air bersih. Sila rujuk Gambarajah 1.

Similar documents
DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

AGENDA (a): KEBERKESANAN PENUTUPAN AUDIT PEMANTAUAN SEMAKAN 2 OLEH SIRIM BAGI SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

Arahan Kerja Selamat Bekerja Di Jalanraya. Pen. Pengurus OSHE Management, PPM, ND. No Muka Surat /01/14 All Pages Original issue DCA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PROSEDUR KERJA UMUM ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN UKM-SPKP-PKU11

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

KELULUSAN CADANGAN PINDAAN/ TAMBAHAN DOKUMEN (CPD) Peneraju Proses: Pejabat Naib Canselor, (Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PENGURUSAN. Kod Dokumen: UPM/PGR/P003 PROSEDUR KAWALAN KETAKAKURAN, TINDAKAN PEMBETULAN, TINDAKAN PENCEGAHAN, DAN PELUANG PENAMBAHBAIKAN

Arahan Kerja Selamat Mengangkat Beban Berat. Disahkan Tarikh Versi Muka Surat Perubahan Dokumen Versi

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

ISI KANDUNGAN SEKSYEN/ RUJUKAN 1.0 TUJUAN OBJEKTIF DAN SKOP 3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PENGURUSAN. Kod Dokumen: UPM/PGR/P003 PROSEDUR KAWALAN KETAKAKURAN, TINDAKAN PEMBETULAN, DAN PELUANG PENAMBAHBAIKAN

TEMPLATE SERAGAM SENARAI SEMAK DOKUMEN DAN SENARAI SEMAK TERPERINCI AGENSI TEKNIKAL JKT

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Arahan Kerja Selamat : ND-OSH-AK-GALI Kerja-Kerja Pengorekan dan Penggalian Peparit/Lurang

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Kod Dokumen : UPM/OPR/PKU/P005

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

PENILAIAN PENGETAHUAN

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

- Kelulusan Pelan Sistem Retikulasi Bekalan Air Luaran (158,569GSH/0.714JLSH) - Meter Utama - FASA (1) BLOK PEJABAT SAHAJA

PROSEDUR SOKONGAN KEPUASAN PELANGGAN. PK.UniMAP.(P).11. Disediakan oleh : Disemak oleh : Diluluskan oleh :

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P008 PROSEDUR MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN ISO UPM

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

GARIS PANDUAN LAMAN WEB PTJ DI USM

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Pengarah PPKKP (PGH) dan Ketua PTJ adalah bertanggungjawab memastikan garis panduan ini dipatuhi.

PEJABAT PENDAFTAR MANUAL KUALITI. Ringkasan Pindaan Dokumen Dokumen Baru WP Pendaftar Pindaan Skop Pensijilan

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P008 PROSEDUR MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN ISO UPM

Polisi ipad Pensyarah

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PENGENALAN 7 OBJEKTIF 7 SKOP 9 PRINSIP-PRINSIP 11. Dasar Keselamatan ICT 14

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Veterinar (Fakulti Farmasi) yang dilantik terus;

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU MAKMAL DAPUR LATIHAN GRED C17 FAKULTI PENGURUSAN HOTEL & PELANCONGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Dasar Keselamatan ICT

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia PERUNDANGAN DAN PERATURAN DALAM PENGURUSAN REKOD

PEJABAT NAIB CANSELOR. Prosedur ini menerangkan tatacara pengurusan Mesyuarat JKKP-UPM dan JKKP-PTJ.

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen : UPM/SOK/KEW-AST/P012. PROSEDUR PENGURUSAN ASET Tarikh: 05/06/2015

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

ll&tvli ffitrfij' s,k. Naib Canselor "BERKHIDMAT &r{e nx>ranr}ttrn Tarikh : 12 Julai2013

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

OBJEKTIF KUALITI LAIN-LAIN JABATAN/UNIT

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Perpustakaan yang dilantik terus;

SOKONGAN PENYELENGGARAAN PERALATAN & KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SISTEM E-PELAPORAN PEMANTAUAN LAMAN WEB JABATAN STANDARD MALAYSIA. Maggery Roxane Dennis Dr. Mohd Ridzwan Yaakub

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

SISTEM PENJADUALAN SYIF. Nurul Iddayu Bahari Idrus. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 (PTK1) BAGI JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI PENERBIT RANCANGAN GRED B27/ B28

Transcription:

- 1/31 BAB 1 PENGELUARAN AIR BERSIH Pengeluaran air bersih ialah proses yang melibatkan pengambilan air mentah dan merawat sehingga menjadi air bersih yang menepati piawaian yang tertentu. Skop proses ini bermula daripada muka sauk sehingga flowmeter air bersih. Sila rujuk Gambarajah 1. 1.0 Muka Sauk dan Rumah Pam Air Mentah 1.1 Skop dan Definisi Muka sauk dan rumah pam air mentah ialah tempat menyedut air mentah, sama ada air dari sungai, bawah tanah dan lain-lain untuk dihantar ke loji bagi proses rawatan. 1.2 Sumber Manusia 1.2.1. Bagi muka sauk dan rumah pam konvensional dan berasingan daripada loji rawatan hendaklah dikendalikan oleh sekurang-kurangnya seorang operator pam bagi setiap syif. 1.2.2. Bagi muka sauk dan rumah pam automatik dan kawalan jauh, hendaklah dilawati oleh staf yang ditugaskan sekurang-kurangnya sekali seminggu atau apabila bermasalah. 1.3 Sistem Komunikasi Bagi muka sauk dan rumah pam konvensional dan berasingan dari loji rawatan perlu dilengkapi dengan sistem komunikasi yang bersesuaian.

- 2/31 Gambarajah 1.0

- 3/31 1.4 Sekuriti Kawasan dan Keselamatan Kepekerjaan 1.4.1. Sekuriti Kawasan 1.4.1.1. Muka sauk dan rumah pam air mentah mesti dipagari dengan pagar keselamatan mengikut piawaian sebagaimana yang ditentukan di bawah keperluan Arahan Tetap Sasaran Penting Akta Rahsia Rasmi 1972. Kawasan hendaklah diterangi dengan lampu kawasan pada waktu malam. 1.4.1.2. Bagi muka sauk dan rumah pam yang berasingan, hendaklah disediakan perkhidmatan pengawal keselamatan, apabila perlu. 1.4.1.3. Kawasan muka sauk dan rumah pam adalah kawasan larangan. Papan tanda amaran KAWASAN LARANGAN hendaklah disediakan. Lawatan orang luar mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan pihak pengurusan. Pelan piawaian papan tanda Kawasan Larangan adalah seperti pada Lampiran 1.4.1.3. 1.4.2. Keselamatan Kepekerjaan 1.4.2.1. Operator hendaklah sentiasa dalam keadaan sihat. Pemeriksaan kesihatan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun atau apabila diperlukan.peralatan keselamatan seperti pelampung, alat pencegah kebakaran, penebat bunyi, kasut keselamatan dan peti pertolongan cemas perlu disediakan. Papan tanda keselamatan hendaklah disediakan. 1.4.2.2. Kebersihan dalaman dan luaran hendaklah sentiasa dijaga. 1.4.2.3. Penggunaan sebarang racun dan pembakaran terbuka dilarang sama sekali.

- 4/31 Lampiran 1.4.1.3

- 5/31 1.4.2.4. Bagi rumah pam yang menggunakan injin disel, tumpahan sebarang minyak ke dalam sungai tidak dibenarkan. 1.5 Piawaian Piawaian bagi air mentah adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Rujuk Lampiran 1.5. Sebarang kesan pencemaran lain seperti tumpahan minyak, racun rumpai, sisa buangan kilang dan seumpamanya hendaklah dilaporkan kepada pengurusan serta-merta. 1.6 Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedures). Semua kerja hendaklah mengikut Prosedur Kualiti (PK) dan Arahan Kerja (AK) semasa. 1.7 Penyelenggaraan 1.7.1 Pengurusan Aset 1.7.1.1. Pengurusan aset bekalan air di bawah skop agihan bertujuan mengoptimumkan penggunaan aset supaya mencapai matlamat membekal air bersih dengan tekanan dan kuantiti yang mencukupi serta memenuhi piawaian yang ditetapkan. 1.7.1.2. Aset yang terlibat ialah tangki air, paip air, pepasangan (fittings), pam, kawasan, bangunan, kenderaan, peralatan dan sumber manusia. 1.7.1.3 Rekod-rekod aset perlu dibuat dengan baik, dikemaskini dari semasa ke semasa, dan disimpan secara mudah diperolehi untuk digunapakai.

- 6/31 Lampiran 1.5.

- 7/31

- 8/31 1.7.1.4 Penggunaan aset yang tidak optima perlu dibuat kajian semula untuk disewakan atau dibuat penambahbaikan. Manakala aset yang tidak lagi ekonomik untuk digunakan hendaklah dilupuskan. 1.7.1.5 Pelupusan aset hendaklah mengikut tatacara pelupusan aset Syarikat 1.7.2 Mekanikal, Elektrikal dan Instrumentasi Peralatan mekanikal, elektrikal dan instrumentasi yang perlu didaftarkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan hendaklah dirujuk kepada Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan/Jabatan Bekalan Elektrik. Semua pembaikian kerosakan dan servis ke atas peralatan mekanikal, elektrikal dan instrumentasi hendaklah dibuat mengikut sepertimana pada para 3.2. Bab 3. Penyerahan semula kepada daerah selepas diperbaiki atau diservis hendaklah disertakan bersama Nota Pengesahan Siap Pembaikian / Servis, sebagaimana borang pada Lampiran 1.7.2. 1.7.3 Awam 1.7.3.1 Kawasan Penyelenggaraan kawasan termasuk kerja-kerja memotong rumput dan pokok-pokok liar, menyelenggara longkang, pagar, sistem pembentungan, lampu kawasan, mengelakkan daripada binatang memasuki kawasan dan menjaga lanskap serta kestabilan tebing. Kerja-kerja berkenaan perlu dibuat secara berjadual atau apabila diperlukan. Keseluruhan kawasan mestilah bebas dari sebarang sampah sarap.

- 9/31 Lampiran 1.7.2

- 10/31 1.7.3.2 Bangunan dan Struktur Bangunan Penyelenggaraan bangunan yang meliputi kebersihan lantai, dinding dalam dan luar, siling, atap, saluran hujan dan tandas perlu dibuat secara berjadual. Struktur bangunan mestilah sentiasa dalam keadaan teguh dan selamat. Sebarang tanda-tanda awal kerosakan mestilah dilaporkan kepada pengurusan dengan segera. 1.7.2.4. Muka Sauk Muka sauk mestilah sentiasa bebas daripada sampah sarap, pemendapan pasir, bangkai binatang dan seumpamanya. Pemeriksaan dari semasa ke semasa perlu dibuat. Struktur muka sauk dan tebing mestilah sentiasa dalam keadaan teguh dan selamat. Sebarang tanda-tanda awal kerosakan mestilah dilaporkan kepada pengurusan dengan segera. Pastikan penanda aras air sungai berkeadaan baik dan senang dibaca. 1.8 Paip Air Mentah dan Fittings 1.8.1 Skop dan Definisi Paip air mentah dan fittings yang berkaitan adalah paip yang menyalurkan air mentah samada dari punca air sungai atau bawah tanah. 1.8.2 Keselamatan Paip air dan lurang yang boleh membahayakan pengguna jalan raya hendaklah dicat dengan cat reflektif. Di mana perlu, papan tanda amaran keselamatan hendaklah dipasang.

- 11/31 1.8.3 Piawaian Skima warna hendaklah mengikut sepertimana pada para 4.1.7. Bab 4, (Pembangunan Bekalan Air). 1.8.4 Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedures) Pemeriksaan ke atas sistem paip dan fittings hendaklah dibuat mengikut panduan dan arahan sepertimana senarai semak yang telah ditetapkan. 1.8.5 Penyelenggaraan Pemeriksaan ke atas sistem paip dan fittings untuk kebocoran atau tanda-tanda pengaratan dan kerosakan perlu dibuat sekurang-kurangnya enam (6) bulan sekali. Memeriksa braket penyokong paip yang terdedah di jambatan atau di atas penyokong bagi mengesan dan membaiki kelonggaran braket, kekaratan atau kerosakan cat. Cat semula semua paip terdedah sekali dalam tempoh tiga (3) tahun atau apabila perlu. 1.9 Bunded Storage 1.9.1 Skop dan Definisi Bunded storage ialah kolam takungan air mentah yang menerima bekalan dari rumah pam untuk disalur ke loji rawatan air. 1.9.2 Sistem Komunikasi Sistem pengesanan aras secara online hendaklah sentiasa berfungsi dengan betul.

- 12/31 1.9.3 Sekuriti dan Keselamatan 1.9.3.1 Sekuriti 1.9.3.1.1 Tidak dibenarkan menceroboh, menangkap ikan, berenang, masuk tanpa kebenaran, berekreasi dan meracun. 1.9.3.1.2 Bunded storage mesti dipagari dengan pagar keselamatan mengikut piawaian sebagaimana yang ditentukan di bawah keperluan Arahan Tetap Sasaran Penting Akta Rahsia Rasmi 1972 Bunded Storage adalah kawasan larangan. Papan tanda amaran KAWASAN LARANGAN hendaklah disediakan seperti Lampiran 1.4.1.3. Lawatan orang awam mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan pengurusan. 1.9.3.2. Keselamatan 19.3.2.1 Kebersihan kawasan hendaklah sentiasa dijaga. Penggunaan sebarang racun dan pembakaran terbuka dilarang sama sekali. Tumpahan sebarang minyak ke dalam bunded storage tidak dibenarkan. Penyelenggaraan dan Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedures) Sila rujuk Guideline For Operation, Maintenance and Surveillance of Dams JKR 1.10 Loji Rawatan Air 1.10.1 Skop dan Definisi Loji Rawatan Air ialah tempat yang memproses air mentah dan merawat sehingga menjadi air bersih.

- 13/31 Skopnya merangkumi setiap komponen proses yang bermula dari pengudaraan sehingga flowmeter air bersih. 1.10.2 Sumber Manusia Keperluan minima operator bagi pengendalian loji rawatan air dan rumah pam adalah masing-masing dua (2) dan satu (1) orang bagi setiap syif. 1.10.3 Sistem Komunikasi Loji rawatan air perlu dilengkapi dengan sistem komunikasi seperti telefon talian tetap/mudah alih dan walkie-talkie. 1.10.4 Sekuriti dan Keselamatan 1.10.4.1 Sekuriti 1.10.4.1.1. Loji rawatan air dan rumah pam mesti dipagari dengan pagar keselamatan mengikut piawaian sebagaimana yang ditentukan dibawah keperluan Arahan Tetap Sasaran Penting Akta Rahsia Rasmi 1972. Kawasan hendaklah diterangi dengan lampu kawasan pada waktu malam. 1.10.4.1.2. Pengawal keselamatan hendaklah disediakan sepanjang masa. 1.10.4.1.3. Kawasan loji dan rumah pam adalah kawasan larangan. Papan tanda amaran KAWASAN LARANGAN hendaklah disediakan. Lawatan orang luar mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan pengurusan. Pelan piawaian Kawasan Larangan adalah seperti pada Lampiran 1.4.1.3.

- 14/31 1.10.4..2. Keselamatan 1.10.4.2.1 Operator hendaklah sentiasa dalam keadaan sihat. Pemeriksaan kesihatan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali, atau apabila diperlukan. Peralatan keselamatan seperti pelampung, alat pencegah kebakaran, penebat bunyi, kasut keselamatan dan peti pertolongan cemas perlu disediakan. Papan tanda Keselamatan hendaklah disediakan. 1.10.4.2.2. Operator hendaklah diberi latihan tatacara pengendalian simulasi keselamatan (safety drill) setahun sekali. 1.10.4.2.3 Kebersihan dalaman dan luaran hendaklah sentiasa dijaga. 1.10.4.2.4 Penggunaan sebarang racun dan pembakaran terbuka dilarang sama sekali. Kawasan loji adalah kawasan Larangan Merokok. 1.10.5 Piawaian 1.10.4.2.5 Bagi loji dan rumah pam yang dilengkapi dengan janakuasa disel, tumpahan minyak disel hendaklah dielakkan. Asap ekzos tidak dilepaskan ke arah loji rawatan air. Piawaian bagi air mentah dan air yang siap dirawat adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Rujuk Lampiran 1.10.5.

- 15/31 Lampiran 1.10.5

16/31

17/31

18/31 Sebarang kesan pencemaran air dan di kawasan loji seperti kebocoran sistem pembetungan najis, kebocoran gas klorin dan sebagainya hendaklah dilaporkan kepada pihak pengurusan serta-merta. 1.10.6 Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedures) Semua kerja hendaklah mengikut Manual Kualiti Rawatan Air dan berdasarkan kepada Prosedur Kualiti (PK) dan Arahan Kerja (AK) semasa. 1.10.7 Penyelenggaraan 1.10.7.1 Mekanikal, Elektrikal dan Instrumentasi Semua pembaikian kerosakan dan servis ke atas peralatan mekanikal, elektrikal dan instrumentasi hendaklah dibuat mengikut sebagaimana para 3.2. Bab 3. Penyerahan semula kepada daerah selepas diperbaiki atau diservis hendaklah disertakan bersama Nota Pengesahan Siap Pembaikian / Servis sebagaimana borang pada Lampiran 1.7.2. 1.10.7.2 Awam 1.10.7.2.1 Kawasan Kawasan yang perlu dilakukan penyelenggaraan ialah di seluruh kawasan yang berpagar. Kerja penyelenggaraan termasuk memotong rumput dan membuang sampah. 1.10.7.2.2 Bangunan dan Struktur Bangunan dan struktur hendaklah dipastikan dalam keadaan bersih, selamat dan terurus.

19/31 1.10.7.2.3 Komponen Rawatan Air Komponen-komponen berikut perlu diselenggara supaya sentiasa dalam keadaan berfungsi, bersih, selamat dan terurus. a. Struktur Pengudaraan i. Paip air mentah dan injap hendaklah bebas daripada sebarang halangan. ii. Struktur konkrit hendaklah dipastikan dalam keadaan bersih, teguh dan selamat. iii. Weir plate dipastikan tidak rosak. b. Tangki Flokulasi Struktur hendaklah dalam keadaan bersih, tidak bocor dan selamat. Pastikan penstock berfungsi, tidak berkarat dan tidak bocor. Baffle wall hendaklah tidak rosak. Paip dan injap hendaklah bebas daripada sebarang halangan. c. Tangki Pengenapan Struktur hendaklah dalam keadaan bersih, tidak bocor dan selamat. Penstock, actuator, scrapper, injap, paip, lamella plate, stirrer, weir dan sebagainya merupakan peralatan dan komponen penting tangki pengenapan.

20/31 Semua peralatan dan komponen yang berkaitan di atas mestilah sentiasa berfungsi dan diselenggara dengan baik. Tangki pengenapan, baffle, distribution channel, clear water channel dan seumpamanya hendaklah dibersihkan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. d. Tangki dan Gelari Penapis Struktur hendaklah dalam keadaan bersih, tidak bocor dan selamat. Penstock, actuator, media penapis, injap, paip, weir, expansion wall dan sebagainya merupakan peralatan dan komponen penting tangki penapis. Semua peralatan dan komponen yang berkaitan di atas mestilah sentiasa berfungsi dengan berkesan dan diselenggara dengan baik. e. Saluran Air Bersih(Clear Water Channel) Struktur hendaklah dalam keadaan bersih, tidak bocor dan selamat. Chemical dosing pipes, injap, weir, paip dan sebagainya merupakan peralatan dan komponennya yang penting. Semua peralatan dan komponen yang berkaitan di atas mestilah sentiasa berfungsi dengan berkesan dan diselenggara dengan baik. f. Tangki Air Bersih Struktur hendaklah dalam keadaan bersih, tidak bocor dan selamat. Injap, paip, level sensor dan sebagainya merupakan peralatan dan komponennya yang penting.

- 21/31 Semua peralatan dan komponen yang berkaitan di atas mestilah sentiasa berfungsi dengan berkesan dan diselenggara dengan baik. g. Tangki Air Basuh Struktur hendaklah dalam keadaan bersih, tidak bocor dan selamat. Injap, paip, meter, level indicator, actuator dan sebagainya merupakan peralatan dan komponennya yang penting. Semua peralatan dan komponen yang berkaitan di atas mestilah sentiasa berfungsi dengan berkesan dan diselenggara dengan baik. 1.10.7.2.4 Alat makmal, Off-line dan On-line Semua pembaikian kerosakan dan servis ke atas peralatan makmal, off-line atau on-line hendaklah dibuat mengikut seperti pada para 3.2. Bab 3. Penyerahan semula kepada daerah selepas diperbaiki atau diservis hendaklah disertakan bersama Nota Pengesahan Siap Pembaikian / Servis, sebagaimana borang Lampiran 3.5.1. Penentukuran semua peralatan hendaklah dijalankan mengikut jadual dan spesifikasi peralatan. 1.10.7.2.5 Panel Kawalan Semua pembaikian kerosakan dan servis ke atas panel kawalan hendaklah dibuat mengikut seperti pada para 3.2.

22/31 Bab 3. Penyerahan semula kepada daerah selepas diperbaiki atau diservis hendaklah disertakan bersama Nota Pengesahan Siap Pembaikian / Servis, sebagaimana borang pada Lampiran 1.7.2. 1.11 Flowmeter 1.11.1 Definisi Meter yang dipasang pada paip penghantaran air mentah atau air bersih bertujuan untuk menyukat kuantiti air yang disalurkan.tatacara pemasangan, pengendalian dan penyelenggaraan, sila rujuk pada para 3.2.Bab 3. 1.11.2 Sistem Komunikasi Penyeliaan, Pengawalan dan Pengumpulan Data (Supervisory Control And Data Acquisition - SCADA) melalui telefon, telemetri dan sebagainya perlu diadakan, diguna, diselenggara dan berfungsi. 1.11.3 Sekuriti dan Keselamatan Pastikan tapak flowmeter yang dipasang berada di tempat yang selamat dan mudah dipantau. 1.11.4 Piawai Jenis meter electromagnetic dan setaraf dengannya sahaja digunapakai. 1.11.5 Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedure) Semua kerja hendaklah mengikut Prosedur Kualiti (PK) dan Arahan Kerja (AK) semasa.

23/31 1.11.6 Penyelenggaraan Semua pembaikian kerosakan dan servis ke atas meter hendaklah dibuat mengikut seperti pada para 3.2. Bab 3. Penyerahan semula kepada daerah selepas diperbaiki atau diservis hendaklah disertakan bersama Nota Pengesahan Siap Pembaikian/ Servis, sebagaimana borang pada Lampiran 1.7.2. Penentukuran (calibration) semua peralatan hendaklah dijalankan mengikut jadual dan spesifikasi peralatan. Julat kejituan bagi semua jenis (flowmeter) ialah + 3%.

24/31 BAB 2 SISTEM AGIHAN AIR Sistem agihan air ialah proses membekal air bersih kepada pengguna pada tekanan dan kuantiti yang mencukupi serta kualiti yang menepati piawaian yang ditetapkan.skop sistem agihan air bermula daripada selepas meter aliran di loji hingga ke tiang meter, tetapi tidak termasuk meter pengguna. Komponen yang terlibat ialah paip pam ke tangki imbangan, surge vessel, injap, tangki imbangan, paip utama, tangki khidmat, sistem pam penggalak, paip retikulasi dan paip perhubungan pengguna. 2.1 Pengawalan zon bekalan dan tekanan 2.1.1 Pengawalan zon perlu dibuat bertujuan : a. Mengurangkan julat tekanan antara minimum dan maksimum di dalam sistem agihan sepanjang tempoh 24 jam. b. Memastikan tekanan turus minimum 10 meter dan maksimum 50 meter diperolehi. c. Memastikan bekalan mencukupi dan simpanan air dalam tangki perkhidmatan berkeupayaan untuk menampung permintaan 24 jam. 2.1.2 Rekod, pemantauan dan analisa. Bacaan tekanan dan aliran air masuk ke zon bekalan perlu diambil, direkod, dibuat pemantauan dan kajian dari semasa ke semasa.

2.1.3 25/31 Tindakan susulan hendaklah diambil sesuai dengan keperluan bagi mengatasi permasalahan yang ditemui seperti persempadanan semula (rezoning), pemasangan Pressure Reducing Valve (PRV) atau Constant Flow Valve (CFV), mencari kebocoran dan pemasangan paip baru. 2.2 Penyelenggaraan Penyelenggaraan di dalam sistem agihan dikategorikan kepada dua bahagian, iaitu penyelenggaraan awam dan mekanikal & eletrikal. 2.2.1 Penyelenggaraan Awam Penyelenggaraan awam terdiri daripada perkara-perkara yang berikut : a. Paip. b. Injap dan pepasangan c. Pagar dan kawasan d. Tangki e. Struktur bangunan f. Lurang g. Papan tanda h. Jalan masuk i. Setesen percontohan air

26/31 Peraturan dan cara kerja bagi semua perkara di atas hendaklah mengikut sepertimana yang ditetapkan di dalam Prosedur Kualiti (PK) dan Arahan Kerja (AK) yang berkaitan. 2.2.2. Penyelenggaraan Mekanikal & Elektrikal a. Sistem telemetri b. Pam, shaft dan motor c. Switch board d. Gantry dan overhead crane e. Surge vessel f. Chlorinator g. Air blower h. Kenderaan i. Flowmeter j. Lampu kawasan k. Lightning arrester l. Janakuasa elektrik m. Peralatan keselamatan Penyelenggaraan bagi perkara di atas dibuat berdasarkan para 3.2. Bab 3

2.2.3 27/31 Penyelenggaraan Rekod Semua kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan hendaklah dikemaskini dan rekodkan bagi tujuan rujukan dan analisa. 2.2.4 Kemudahan peralatan kerja Peralatan kerja yang bersesuaian dan selamat diguna perlu disediakan dengan secukupnya. Rekod, penyelenggaraan dan penjagaan peralatan kerja hendaklah dibuat dari semasa ke semasa bagi memastikan ia sentiasa berfungsi. 2.3. Pengurusan Kehilangan Hasil Air (NRW) 2.3.1 Polisi Kehilangan Hasil Air Tak Terakaun (NRW) hendaklah ditentukan berhubung dengan pelaksanaan program Kehilangan Hasil Air Tak Terakaun (NRW). 2.3.2 Pelaksanaan program Kehilangan Hasil Air Tak Terakaun NRW hendaklah dilakukan mengikut polisi Kehilangan Hasil Air Tak Terakaun yang ditetapkan. 2.3.2 Kebocoran dalam sistem agihan melalui kawalan secara pasif tidak dibenarkan. Kawalan boleh dilakukan melalui cara-cara seperti active control, zone metering, district metering atau waste metering, berdasarkan kepada tahap kebocoran dan peruntukan kewangan yang disediakan. 2.3.4. Program penukaran meter lama, rosak dan meter under registration perlu dilaksanakan secara berterusan. 2.3.5. Kajian ke atas bacaan meter pukal hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Bacaan meter yang menunjukkan keraguan hendaklah disiasat dan diambil tindakan pembetulan.

2.3.6 28/31 Penguatkuasaan ke atas sambungan haram perlu dibuat berdasarkan undang-undang yang ada, iaitu Enakmen Perbekalan Air Bil.2 Tahun 1998 atau pindaannya. 2.4. Pengurusan Kualiti Air 2.4.1 Pengawalan Kualiti Air yang dibekalkan hendaklah menepati kualiti yang ditetapkan mengikut piawaian World Health Organisation (WHO) dan Malaysian Standard (MS). 2.4.2 Tindakan untuk menjamin kualiti air di sistem agihan:a. Selepas setiap pembaikian paip kerja-kerja pencucian perlu dibuat sehingga air menjadi bersih. b. Kerja kerja scouring paip mestilah dilakukan secara berjadual atau bila perlu, terutamanya pada penghujung sistem paip. c. Pastikan air daripada paip dan tangki baru mempunyai baki klorin, ph dan kekeruhan memenuhi piawaian sebelum disalurkan kepada pengguna. d. Stesen percontohan air mengikut piawaian hendaklah diselenggara dari semasa ke semasa bagi memudahkan percontohan dibuat oleh pihak tertentu dengan sempurna. e. Sekiranya didapati berlaku pelanggaran kualiti di dalam sistem, tindakan pembetulan segera melalui scouring atau tutup sistem jika pelanggaran didapati serius.

2.5-29/31 Pengurusan sistem aduan Pengurusan aduan hendaklah dibuat bagi mempercepatkan tindakan ke atas sesuatu aduan dengan mengutamakan kepuasan pelanggan dan mengelakkan kerugian menggunakan teknologi dan sumber yang bersesuaian. 2.6 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2.6.1 Occupational Safety And Health Act (OSHA) Akta 514 menekankan terhadap keselamatan pekerja, pihak ketiga, tempat dan peralatan yang digunakan agar sentiasa dalam keadaan selamat dan terkawal. Prosedur Kerja Selamat dalam Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sistem Agihan hendaklah dipatuhi sepenuhnya. Adalah menjadi tanggungjawab bersama di antara pekerja dan majikan melaksanakan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sebagaimana Akta 514. Sila rujuk Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sistem Agihan bagi keterangan yang lebih terperinci. Aspek keselamatan dan kesihatan di bawah Sistem Agihan meliputi perkara-perkara berikut: a. Keselamatan tangki b. Keselamatan pekerja c. Keselamatan peralatan d. Tempat kerja e. Lori tangki f. Paip agihan

30/31 2.6.2 Pertolongan Cemas Semua pekerja perlu diberi pendedahan tentang pertolongan cemas bagi membantu pekerja apabila berlaku kecederaan dan kecemasan seperti kenderaan terbakar, lemas, pendarahan, renjatan, kecederaan tulang, kejutan elektrik dan sebagainya. Prosedur keselamatan boleh dirujuk dalam Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. 2.7 Krisis Bekalan Air 2.7.1 Pengurusan Syarikat mesti berusaha untuk mengelakkan kejadian krisis. 2.7.2 Buku Panduan Pengurusan Krisis dan Pelan Tindakan Kecemasan perlu dirujuk jika berlaku krisis. 2.7.3 Kajian ke atas krisis yang telah berlaku perlu dibuat untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang. 2.8 Pili Bomba 2.8.1 Pemasangan pili bomba baru ke atas paip baru ditentukan oleh SATU. Manakala pemasangan pili bomba baru ke atas paip sedia ada di atas permintaan dan perbelanjaan Pejabat Bomba dan Penyelamat. 2.8.2 Penyelenggaraan pili bomba menjadi tanggungjawab Jabatan Bomba dan Penyelamat, kecuali penyelenggaraan injap bocor, menjadi tanggungjawab SATU. 2.8.3 Pengalihan pili bomba di atas paip sedia ada menjadi tanggungjawab Pejabat Bomba dan Penyelamat. 2.8.4 Air melalui pili bomba tidak boleh digunakan bagi tujuan selain daripada memadam kebakaran. Bagi lain-lain kegunaan pili bomba kelulusan Pengarah Bekalan Air Negeri perlu diperolehi.

31/31 2.8.5 Pili bomba tidak boleh dibenarkan sama sekali dipasang di atas paip utama dan paip pam. 2.8.6 Pili bomba boleh dibuang setelah mendapat kebenaran daripada pihak Bomba 2.8.7 Pili bomba di kawasan berpagar hendaklah dimeter seperti di dalam Peraturan Syarikat. 2.9 Bekalan air melalui lori tangki dan tangki statik 2.9.1 Bekalan air melalui lori tangki dan tangki statik perlu mengikut Prosedur Operasi Piawai. 2.9.2 Bekalan air melalui lori tangki diberi secara percuma sekiranya bertujuan untuk menggantikan bekalan air yang terputus. Jika selain daripada itu, penghantaran ini dikenakan caj.