PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PERSEPSI PELAJAR 4 SPI TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) PROGRAM j-qaf DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON PENGERANG, JOHOR

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR TERHADAP PERSONALITI LELAKI LEMBUT DI UTM

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

FAKTOR INSANIAH DALAM PENGURUSAN KUALITI: KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM KALANGAN SISWI UTM NORSAFAR BTE MD. KAMARZAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN ( PENGAJIAN ISLAM ) TERHADAP KAHWIN KETIKA BELAJAR : KAJIAN DI UTM SKUDAI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Amar Makruf Nahi Mungkar

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN BERUMAHTANGGA SEMASA BELAJAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU RUMAH TANGGA DALAM KALANGAN BAKAL PENGANTIN: KAJIAN DI PEJABAT AGAMA DAERAH KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MUZIUM : PENGURUSAN KOLEKSI PAMERAN DI RUMAH KELAHIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

UNIYERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BINTI MOED YUSOT'T'

PERANAN NGO ISLAM TERHADAP PERLAKSANAAN ISLAH DAN DAKWAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT NORSHIELA BINTI MD SAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

PERSEPSI PELAJAR SPI YANG BERKAHWIN TENTANG PERKAHWINAN SEMASA BELAJAR NOR RASHIDAH BINTI ABDUL JAMAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTEGRASI KEFAHAMAN BERAGAMA DALAM AMALAN KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT PELAJAR BERASASKAN KOMPUTER DI MAKTAB PERGURUAN. Oleh NIZAM BIN ABD LATIB

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DALAM AHKAM SYAR IYYAH JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN BINTI CHE AHMAD

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Transcription:

PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA WAN FAHMIE ABDILLAH BIN WAN HUSIN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia April 2009

DEDIKASI Teristimewa buat ayahanda dan bonda, Wan Husin Bin Wan Ismail & Mek Jah Binti Othman Yang amat disayangi & dikasihi Segala jasa dan pengorbanan mak ayah tidak akan anakanda lupakan sepanjang hayat. Kakandaku Wan Asiah & Zainul Pakri Kejayaan dan kebahagiaan hidupmu menjadi sumber inspirasiku. Adindaku Wan Khairul Anwar, Wan Norazilah, Wan Nur Atiqah, Wan Dalila & Wan Hanif Tinggikan azam dan semangat kalian setinggi bintang di langit, Rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. Janganlah leka dengan kenikmatan hidup yang sementara ini. Tuntutlah ilmu demi masa depanmu. Semoga kita menjadi kebanggaan ayahanda dan bonda tercinta. Buat anak saudaraku yang dirindui selalu, Ammar Zikri & Wafa Khalisah, Engkaulah penghibur hatiku, Kudoakan agar dirimu menjadi anak yang soleh & solehah. Tidak lupa buat pensyarah yang disanjungi Dr. Abd. Rahman Bin Haji Hamzah, Yang tidak pernah jemu mendidik & mencurahkan ilmu. Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Halalkan segala ilmu yang diberikan. Sahabat-sahabat seperjuangan. Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar kalian. Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku buat selama-lamanya.

v PENGHARGAAN بسم االله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya, dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr. Abd. Rahman Bin Haji Hamzah selaku penyelia dan pembimbing saya kerana sanggup meluangkan masa beliau untuk memberi tunjuk ajar, menyumbang tenaga serta melontarkan buah fikiran kepada saya. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam menyiapkan projek ini amatlah saya hargai dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T. melimpahkan rahmatnya di atas segala jasa baik yang dihulurkan. Saya juga ingin mengambil peluang megucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang tidak pernah jemu memberikan dorongan dan galakan sama ada dari segi moral atau kewangan walaupun berada jauh di mata. Selain itu, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua rakan-rakan terutamanya rakan seperjuangan tahun empat Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) yang telah banyak membantu dalam proses menghasilkan projek ini dengan saling bertukar pendapat, memberi pandangan serta sudi memberi kritikan yang membina agar projek ini dapat dihasilkan dengan lebih baik dan sempurna. Akhir sekali, saya ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T. Sekian. Wassalam.

vi ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar SPI terhadap kepentingan dan keperluan kepimpinan dakwah dalam kehidupan serta mengenalpasti penglibatan pelajar SPI dalam aktiviti tersebut di UTM. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui cara yang sesuai untuk meningkatkan penglibatan pelajar SPI dalam kepimpinan dakwah dan turut mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar SPI untuk aktif dalam aktiviti berkaitan. Seramai 133 orang pelajar daripada jumlah keseluruhan pelajar SPI terlibat sebagai responden kajian. Instrumen yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang dibahagikan kepada lima bahagian iaitu A, B, C, D dan E. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package For Social Science Version 12.0 for Windows (SPSS) dengan memberi tumpuan kepada nilai kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α=0.856. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman responden mengenai kepentingan dan keperluan kepimpinan dakwah dalam kehidupan dan juga penglibatan mereka berada pada tahap tinggi dengan nilai purata min 4.50 dan 3.88. Begitu juga kajian terhadap cara yang sesuai untuk meningkatkan penglibatan pelajar turut berada pada tahap tinggi dengan nilai purata min 4.35. Namun begitu, maklum balas terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk aktif dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34. Di akhir kajian, pengkaji turut mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diambil perhatian bagi meningkatkan kefahaman dan penglibatan pelajar terhadap tanggungjawab kepimpinan dakwah.

vii ABSTRACT The research aims to find out the perception of SPI students towards the importance and need of da wah leadership in life and also to identify the involvement of students from SPI in the responsibility of leadership in UTM. Besides, the purpose this research also to identify the suitable approaches to increase the involvement of SPI students in that activity. A total of 133 SPI students were selected to be the respondents of this research. The instrument used was the questionnaire which was divided into five sections that are A, B, C, D and E. Data collected were analysed descriptively using Statistical Package For Social Science Version 12.0 for Windows (SPSS) which was focused on frequency, percentage and mean. The reliability value of the questionnaire is α=0.856. Generally, the findings of the research showed that the respondents level of understandings towards the importance and need on da,wah leadership in life and their involvement were at the high level with the average mean of 4.50 and 3.88. While for the research towards the suitable approaches to increase student s involvements also were at high level with the average mean 4.35. However, the responses towards the problems faced by the students to be active in da wah leadership were at an average level with the mean of 3.34. At the end of the research, the researcher had propesed several suggestions to certain parties to pay attention to increase the understandings and student s involvement towards the responsibilities in da wah leadership.

viii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii viii xii xv xvi 1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar belakang masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8 1.4 Objektif Kajian 9 1.5 Persoalan Kajian 10 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian 11 1.8 Definisi Istilah 12 1.9 Kesimpulan 14

2 SOROTAN KAJIAN 15 2.1 Pengenalan 2.2 Pengertian Kepimpinan Dakwah 2.3 Sejarah Dakwah 2.4 Dasar Hukum Dakwah 2.5 Tujuan dakwah 2.6 Prinsip-Prinsip Asas Kepimpinan Islam 2.6.1 Syura 2.6.2 Adil 2.6.3 Kebebasan Memberi Pendapat 2.7 Ciri-Ciri Pemimpin Islam 2.8 Metodologi Dakwah 2.9 Kajian Lepas 2.10 Kesimpulan 15 16 17 18 20 21 21 23 24 25 30 38 40 3 METODOLOGI KAJIAN 41 3.1 Pengenalan 41 3.2 Rekabentuk Kajian 42 3.3 Lokasi Kajian 43 3.4 Populasi dan Sampel Kajian 43 3.5 Prosedur Kajian 44 3.6 Instrumen Kajian 46 3.7 Kajian Rintis 49 3.8 Analisis Data 49 3.9 Jangka Masa Kajian 51 3.10 Kesimpulan 51

x 4 DAPATAN KAJIAN 52 4.1 Pengenalan 4.2 Analisis Data (Bahagian A) 4.3 Analisis data (Bahagian B, C, D, dan E) 4.3.1 Bahagian B 4.3.2 Bahagian C 4.3.3 Bahagian D 4.3.4 Bahagian E 4.4 Analisis Min Keseluruhan Item Mengikut Objektif 4.5 Kesimpulan 52 53 59 60 67 73 80 86 93 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN,DAN CADANGAN 94 5.1 Pengenalan 5.2 Ringkasan Kajian 5.3 Perbincangan 5.3.1 Maklumat Diri Responden 5.3.2 Persepsi Pelajar Terhadap Kepentingan dan Keperluan Kepimpinan Dakwah dalam Kehidupan 5.3.3 Penglibatan Pelajar dalam Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah di UTM 5.3.4 Cara Yang Sesuai Untuk Meningkatkan Penglibatan Pelajar Dalam Kepimpinan Dakwah di UTM 5.3.5 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar Untuk Aktif Dalam Kepimpinan Dakwah 94 95 96 96 99 102 104 106

xi 5.4 Rumusan Kajian 5.5 Cadangan 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 5.7 Penutup 108 109 112 113 RUJUKAN 114 LAMPIRAN 118

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT Jadual 3.1 Bilangan dan populasi responden kajian 44 Jadual 3.2 Tahap Persetujuan 50 Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Tahun Kursus 54 Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 54 Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 55 Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 55 Agama Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Jenis Sekolah 56 Terakhir Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Status 57 Jadual 4.7 Taburan Responden Mengikut Penglibatan Dengan 57 Organisasi Luar UTM Jadual 4.8 Taburan Responden Yang Pernah Memegang 58 Jawatan Dalam Persatuan Jadual 4.9 Taburan Responden Mengikut Penglibatan Ibu 58 Atau Bapa Secara Aktif Dengan Aktiviti Politik Jadual 4.10 Pembahagian Skala Likert Lima Mata 59 Jadual 4.11 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 1 60 Jadual 4.12 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 2 60 Jadual 4.13 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 3 61 Jadual 4.14 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 4 62 Jadual 4.15 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 5 62 Jadual 4.16 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 6 63

xiii Jadual 4.17 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 7 64 Jadual 4.18 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 8 64 Jadual 4.19 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 9 65 Jadual 4.20 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 10 66 Jadual 4.21 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 11 66 Jadual 4.22 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 12 67 Jadual 4.23 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 13 67 Jadual 4.24 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 14 68 Jadual 4.25 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 15 68 Jadual 4.26 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 16 69 Jadual 4.27 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 17 69 Jadual 4.28 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 18 70 Jadual 4.29 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 19 71 Jadual 4.30 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 20 71 Jadual 4.31 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 21 72 Jadual 4.32 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 22 72 Jadual 4.33 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 23 73 Jadual 4.34 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 24 74 Jadual 4.35 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 25 74 Jadual 4.36 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 26 75 Jadual 4.37 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 27 76 Jadual 4.38 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 28 76 Jadual 4.39 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 29 77 Jadual 4.40 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 30 77 Jadual 4.41 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 31 78 Jadual 4.42 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 32 79 Jadual 4.43 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 33 80 Jadual 4.44 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 34 80 Jadual 4.45 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 35 81 Jadual 4.46 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 36 82 Jadual 4.47 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 37 82

xiv Jadual 4.48 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 38 83 Jadual 4.49 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 39 84 Jadual 4.50 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 40 84 Jadual 4.51 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 41 85 Jadual 4.52 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 42 86 Jadual 4.53 Status Persetujuan Responden Berdasarkan Min 86 Jadual 4.54 Taburan Analisis Keseluruhan Item Bagi Objektif 87 Pertama Jadual 4.55 Taburan Analisis Keseluruhan Item Bagi Objektif 89 Kedua Jadual 4.56 Taburan Analisis Keseluruhan Item Bagi Objektif 90 Ketiga Jadual 4.57 Taburan Analisis Keseluruhan Item Bagi Objektif Keempat 92

xv SENARAI SINGKATAN α - Alpha HR - Hadis Riwayat ICT - Information and Communication Technology n - Jumlah Responden NGO - Non-governmental Organization s.a.w - Sallallahu Alaihi Wassalam SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) S.W.T - Subhanahu Wa Ta ala UTM - Universiti Teknologi Malaysia % - Peratus

4 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dakwah merupakan suatu tugas yang sangat penting dalam menyeru manusia ke jalan Allah dan mencegah daripada kemungkaran agar beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Kedudukan dakwah adalah amat mulia di sisi Allah S.W.T dan berjayalah mereka yang melaksanakan dakwah di jalan Allah seperti yang digariskan di dalam al- Qur`an : Ç tã tβöθyγ Ζtƒuρ Å ρã èprùq$î/ tβρã ãβù'tƒuρ Î ö sƒø:$# n<î) tβθããô tƒ π Βé& öνä3ψïiβ ä3tfø9uρ šχθßsî=ø ßϑø9$# ãνèδ y7í s9'ρé&uρ Ì s3ψßϑø9$# Maksudnya : Dan hendaklah ada di antara kamu satu pihak yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala perkara yang mungkar. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Surah 3, Al-Imran : 104)

( 4 2 Menurut Mustafa Masyhur dalam Wan Asiah Binti Wan Husin (2007:1), aktiviti dakwah amat dituntut lebih-lebih lagi realiti masa kini berlakunya keruntuhan moral dan akhlak di kalangan masyarakat Islam serta menyedari tiada keseimbangan antara pendidikan sekular (keduniaan) dan agama. Dakwah merupakan suatu agen untuk menerapkan keimanan di hati umat Islam supaya mengamalkan segala suruhan Allah dan menghayati cara hidup Islam sepenuhnya di dalam kehidupan seharian. Setiap Muslim yang baligh dan berakal bertanggungjawab dalam melaksanakan dakwah terhadap seluruh umat manusia. Ia merupakan satu langkah penyebaran seruan Islam ke arah memartabatkan kehidupan masyarakat yang lebih bertamadun dan tinggi tahap keimanannya. Tanggungjawab berdakwah telah dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam al-qur`an : z ysö6ß uρ Í_yèt6?$# Ç tβuρ O$tΡr& >οu ÅÁt/ 4 n?tã «!$# n<î) (#þθã Šr& þ Í?ŠÎ6y ÍνÉ yδ ö è% š Ï.Î ô³ßϑø9$# z ÏΒ O$tΡr&!$tΒuρ «!$# Maksudnya : Katakanlah ( Wahai Muhammad ): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan basirah (ilmu al-yakin). Dan aku menegaskan : Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik) dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. (Surah 12, Yusuf : 108)

3 Ini jelas menunjukkan bahawa tugas berdakwah adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap Muslim sama ada lelaki mahupun perempuan. Tanggungjawab ini adalah bagi menyambung tugas para nabi dan rasul dalam mengembang dan menguatkan paksipaksi Islam dan seterusnya menjulang agama Allah pada martabat yang paling tinggi. Menurut Akmal Hj. Mohd. Zain (2001:13), Islam adalah satu-satunya agama terakhir yang diturunkan oleh Allah kepada manusia. Oleh itu, Islam mesti diperkenalkan kepada segenap masyarakat dan dunia. Islam harus mampu menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Islam mesti sanggup menjawab segala rintangan zaman. Jika tidak demikian, maka Islam tidak patut menduduki tempat sebagai agama terakhir di permukaan bumi ini. Dalam konteks kehidupan hari ini, gerakan berdakwah haruslah dilaksanakan oleh setiap individu muslim bagi tujuan yang suci dan ikhlas bagi memakmur, mengislah serta mengangkat nilai dan martabat manusia. Betapa pentingnya perlaksanaan gerakan dakwah dapat dilihat melalui situasi dan fenomena yang berlaku dalam dunia dan kehidupan seharian umat manusia. Ini sejajar dengan pemikiran umat manusia yang telah dipengaruhi oleh anasir-anasir sekularisme, gejala keruntuhan akhlak yang semakin membimbangkan termasuk perkara yang melibatkan penghakisan iman dan akhlak serta penyelewengan akidah. Rentetan itu, segala kandungan dan perlaksanaan dakwah perlu berlandaskan dua sumber utama iaitu al-qur`an dan al-sunnah bagi menjaga supaya tidak tersasar daripada matlamat dan tujuan sebenar dakwah. Begitu juga dengan individu pendakwah, dalam diri mereka perlu ada ilmu-ilmu yang meliputi ilmu Tauhid, ilmu Feqah dan sebagainya serta perlu ada sifat-safat mahmudah seperti sabar, jujur dan ikhlas.

( ( 4 1.2 Latar Belakang Masalah Secara tabie, kepimpinan merupakan satu bentuk realiti yang sentiasa wujud di alam ini. Bermula daripada bentuk kepimpinan yang sebesar-besarnya iaitu kepimpinan Allah terhadap alam ini sehinggalah kepada sekecil-kecilnya iaitu kepimpinan individu. Pengiktirafan Allah kepada kepimpinan manusia merupakan satu bentuk amanah sepertimana firmannya dalam al-qur`an : ã yèøgrbr& (#þθä9$s% Zπx Î=yz ÇÚö F{$# Îû Ïã%ỳ ÎoΤÎ) Ïπs3Í n=yϑù=ï9 š /u tα$s% øœî)uρ y7s9 â Ïd s)çρuρ x8ï ôϑpt 2 ßxÎm7 çρ ß øtwυuρ u!$tβïe$!$# à7ï ó o uρ $pκ Ïù ß Å ø ムtβ $pκ Ïù tβθßϑn= ès? Ÿω $tβ ãνn=ôãr& þ ÎoΤÎ) tα$s% Maksudnya : "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujimu dan mensucikanmu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Surah 2, Al-Baqarah : 30)

5 Allah S.W.T menciptakan manusia dengan melengkapkan mereka keupayaan intelek dan menjadikan mereka sebagai khalifah di atas muka bumi. Tanggungjawab memimpin atau mengurus sekumpulan individu atau masyarakat untuk mencapai objektif atau matlamat adalah terletak pada bahu pemimpin. Kejayaan dan kemajuan sesuatu kumpulan atau masyarakat bergantung kuat kepada gaya kepimpinan pemimpin itu dan berkait rapat dengan kesedaran menunaikan tanggungjawab seterusnya menggerakkan kumpulan atau masyarakat itu menuju keredhaan Allah. Mengikut hadis Rasulullah s.a.w., semua individu Muslim dianggap sebagai pemimpin dan bertanggungjawab kepada mereka yang berada di bawah tanggungjawabnya seperti sabda baginda : Maksudnya : Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dimintai pertanggungan jawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang raja adalah pemimpin bagi rakyatnya dan dia akan dimintai pertanggungan jawab terhadap yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi anggota keluarganya dan ia akan dimintai pertanggungan jawab terhadap mereka. Seorang isteri adalah pemimpin bagi rumahtangga, suami dan anak-anaknya, dan ia akan akan dimintai

6 pertanggungan jawab terhadap yang dipimpinnya. Seorang hamba adalah pemimpin bagi harta suruannya dan ia juga akan dimintai pertanggungan jawab terhadap apa yang dipimpinnya. Dan ingat, setiap kamu adalah pemimpin. Setiap kamu akan dimintai pertanggungan jawab atas apa yang kamu pimpin. (HR Muslim, Kitab al-imarah, 20 : 544) Berdasarkan hadis tersebut, boleh difahami bahawa tahap yang paling minimum adalah seorang individu bertanggungjawab memimpin dirinya sendiri, kemudian hirarki kepimpinan meningkat setahap demi setahap. Bermula dalam diri sendiri, keluarga, masyarakat sehinggalah kepada kepimpinan yang tertinggi di peringkat negara dan dunia. Dalam semua peringkat kepimpinan ini, pemimpin bertanggungjawab penuh terhadap pengikut-pengikut atau orang yang dipimpinnya. Lebih tinggi kedudukkan kepimpinan seseorang itu, maka lebih tinggilah amanah yang dipikul olehnya. Menurut Abdullah Muhammad Zin dalam Dr. Abdul Munir Yaacob dan Suzalie Mohamad (2002:124), manusia dicipta oleh Allah S.W.T. khusus untuk menjadi pemimpin bagi mengatur dan mentadbir bumi. Oleh itu, manusia berkewajipan menjalankan titah perintah Allah S.W.T. dalam urusan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Begitu juga di sesebuah institusi pengajian tinggi, dengan jumlah mahasiswa yang begitu ramai maka akan lahir organisasi-organisasi yang berbentuk kelab, persatuan ataupun pertubuhan-pertubuhan tertentu. Apabila menyentuh soal kelab, persatuan atau pertubuhan, maka telah tergambar akan kedudukan dan bentuk carta kepimpinan dalam organisasi tersebut yang bermula dari penasihat, pengarah, timbalan pengarah, setiausaha, bendahari dan sebagainya. Apabila mahasiswa berada di bawah

7 sesuatu organisasi seperti ini, maka setiap perjalanan dan proses program berjalan dengan lancar dan akan bertambah cemerlang, kuat dan utuh sesebuah organisasi itu. Di institusi-institusi pengajian tinggi, pelajar-pelajar yang berada dalam bidang Pengajian Islam perlu melalui detik-detik persediaan sebagai seorang pemimpin masyarakat ataupun seorang pendakwah. Bagi kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) di Universiti Teknologi Malaysia, para pelajar didedahkan dengan mata pelajaran yang berkaitan dengan ilmu dan persediaan sebagai seorang pemimpin atau pendakwah. Antaranya ialah mata pelajaran Kaedah Dakwah Dan Pengurusan. Namun begitu, adalah menjadi persoalan sama ada ilmu-ilmu tersebut sudah memadai untuk mereka terjun ke dalam dunia dakwah ataupun adakah mereka sedar akan tanggungjawab mereka dalam kepimpinan dakwah terhadap warga Universiti Teknologi Malaysia dan seluruh masyarakat di luar sana. Program-program dakwah banyak dilaksanakan di dalam kampus Universiti Teknologi Malaysia dan juga di luar kampus sama ada yang dijalankan oleh persatuanpersatuan Islam, Masjid Sultan Ismail, Ahli Jawatankuasa Kerohanian Kolej mahupun pihak Universiti Teknologi Malaysia sendiri. Antara program-program dakwah yang dianjurkan seperti Rehlah, Muqayyam, Usrah, Kuliah Ilmu, Bicara ad-din dan sebagainya. Maka menjadi peranan pelajar-pelajar SPI untuk melibatkan diri dan menghulurkan bantuan serta sokongan sama ada dalam bentuk idea ataupun tenaga bagi sama-sama menjayakan lagi program-program tersebut. Selain itu juga, pelajar-pelajar SPI turut berperanan sebagai tulang belakang kepada setiap program-program dakwah yang dianjurkan sama ada sebagai pemimpin atau pengarah program, ahli jawatankuasa penggerak serta turut menjadi peserta program yang dianjurkan. Mahasiswa yang berkualiti perlu ada dalam diri mereka sifat-sifat kepimpinan yang mampu untuk memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara. Persediaan dari

8 sudut rohani dan jasmani perlu dititikberatkan oleh mahasiswa bagi mencapai objektif dan matlamat dalam kepimpinan. Apabila ditinjau di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, penglibatan mahasiswa-mahasiswa Muslim dalam kepimpinan dakwah agak menggalakkan. Ini kerana, kepimpinan dakwah penting dan amat diperlukan dalam mendidik, memimpin dan memperbaiki sahsiah warga pelajar di Universiti Teknologi Malaysia. Amanah dan tugas kepimpinan dakwah dapat dilaksanakan dengan adanya sambutan dan penglibatan daripada mahasiswa-mahasiswa samada dalam persatuan-persatuan yang telah tersedia ada di Universiti Teknologi Malaysia seperti Ikatan Mahasiswa Pengajian Islam (IMPI), Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), Jawantankuasa Saudara Kita (JKSK), Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) dan sebagainya. 1.3 Pernyataan Masalah Kajian ini lebih mengfokuskan kepada mahasiswa Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap sejauhmana penglibatan mereka dalam kepimpinan dakwah di Universiti Teknologi Malaysia. Mahasiswa SPI perlu aktif dan terlibat dalam segala aktiviti yang melibatkan kepimpinan dakwah dan jika dilihat dalam organisasi kelab-kelab dan persatuan-persatuan mahasiswa di UTM, sebilangan besar disertai oleh pelajar SPI. Namun begitu, penglibatan dan penyertaan dalam program dan persatuan kepimpinan dakwah tidak disertai sepenuhnya oleh pelajar SPI. Ini memperlihatkan ada sebilangan kecil yang kurang cenderung untuk aktif dalam persatuan dan program-program kepimpinan dakwah di UTM. Mereka yang merupakan bakal pendidik serta pendakwah semestinya melibatkan diri dalam kepimpinan dakwah bagi menjadikan ilmu tersebut sebagai bekal untuk terjun dalam masyarakat.

9 Oleh kerana itu, satu kajian perlu dijalankan bagi melihat dan mengkaji persepsi mereka terhadap kepentingan dan keperluan kepimpinan dakwah dan juga akan dikaji masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka serta mencari langkah yang sesuai untuk meningkatkan penglibatan mereka dalam kepimpinan dakwah di UTM. 1.4 Objektif Kajian 1.4.1 Untuk melihat persepsi pelajar SPI terhadap kepentingan dan keperluan kepimpinan dakwah dalam kehidupan. 1.4.2 Untuk mengenalpasti penglibatan pelajar SPI dalam tanggungjawab kepimpinan dakwah di UTM. 1.4.3 Untuk mengetahui cara yang sesuai untuk meningkatkan penglibatan pelajar SPI dalam kepimpinan dakwah di UTM. 1.4.4 Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar SPI untuk aktif dalam kepimpinan dakwah. 1.5 Persoalan Kajian

10 1.5.1 Apakah persepsi pelajar SPI terhadap kepentingan dan keperluan kepimpinan dakwah dalam kehidupan? 1.5.2 Sejauhmanakah penglibatan pelajar SPI dalam tanggungjawab kepimpinan dakwah di UTM? 1.5.3 Apakah cara yang sesuai untuk meningkatkan penglibatan pelajar SPI dalam kepimpinan dakwah di UTM? 1.5.4 Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar SPI untuk aktif dalam kepimpinan dakwah? 1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai yang melibatkan seluruh pelajar yang mengikuti kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). Apabila bergelar mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam, maka telah termaktub pada diri dan personaliti sebagai seorang ustaz dan ustazah serta pendakwah. Lapisan masyarakat akan memandang mereka sebagai peneraju dan pemimpin masa depan negara. Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk melihat tahap persediaan mereka dalam memikul tanggungjawab dan menghadapi cabaran sebagai seorang pendakwah.