BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR 4 SPI TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERANAN NGO ISLAM TERHADAP PERLAKSANAAN ISLAH DAN DAKWAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT NORSHIELA BINTI MD SAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

Amar Makruf Nahi Mungkar

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

BUTIRAN PERIBADI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) PROGRAM j-qaf DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON PENGERANG, JOHOR

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM KALANGAN SISWI UTM NORSAFAR BTE MD. KAMARZAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

Transcription:

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR MUHAMMAD FAIS BIN YAHYA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR SESI PENGAJIAN : 2010/2011 Saya MUHAMMAD FAIS BIN YAHYA (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Alamat Tetap: Nama Penyelia : BLOK C-12-10, PPR KERINCHI, DR. MOHD ISMAIL BIN MUSTARI JLN. PANTAI PERMAI, 59200, PANTAI DALAM, KUALA LUMPUR. TEL: 013-2569354 / 013-9430663 Tarikh: 16 MEI 2011 Tarikh: 16 MEI 2011 CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PENGESAHAN PENYELIA Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). Tandatangan : Nama Penyelia : DR. MOHD ISMAIL BIN MUSTARI Tarikh : 16 MEI 2011

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR MUHAMMAD FAIS BIN YAHYA Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MEI 2011

ii PENGAKUAN Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Tandatangan : Nama Penulis : MUHAMMAD FAIS BIN YAHYA Tarikh : 16 MEI 2011

iii DEDIKASI Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad SAW Dan Seluruh Ahli Keluarganya. Setinggi-tinggi Penghargaan Buat : Ibunda dan Ayahanda Tercinta, Faridah Binti Yusoff Yahya bin Mat Husin Terima Kasih Atas Segala Pengorbananmu, Mengandung, Melahirkan, Menjaga Dan Mendidikku, Sewaktu Aku Masih Kecil Hingga Dewasa Kini, Doa Dan Restumu, Tetap Menjadi Sumber Inspirasi & Motivasi Kejayaanku, Buat Selama-lamanya. Buat Kekanda-kekandaku, Rabiatul Adawiyah dan Mohd Syarifful Sallam, Serta Adinda-adindaku, Abdul Hakim, Mohd Firdaus, Mohd Hafizuddin dan Nabilah, Hidup Ini Penuh Dengan Ranjau Yang Berliku, Hanya Keimanan & Ketaqwaan Sebagai Bekalan, Untuk Kalian Menempuh Setiap Cabaran Mendatang. Khas Buat Adinda-adindaku, Mohd Fitri & Mohd Naim, Yang Telah Lama Pergi Menyahut Seruan Ilahi, Semoga Roh Kalian Berdua Dicucuri Rahmat, Dan Mendapat Tempat Di Sisi Allah SWT Dunia dan Akhirat. Buat Para Guru dan Pensyarah, Jasamu Akan Ku Kenang Sepanjang Masa, Kerana Menyinari dan Menyuburkan Diri Ini, Dengan Didikan Yang Tidak Pernah Kunjung Padam, Bagi Menjadikan Diri Ini Insan Berguna, Untuk Agama, Bangsa Dan Negara. Buat Teman Seperjuangan, Hargailah Persahabatan Yang Sekian Lama Terjalin Antara Kita, Suka Dan Duka Akan Sentiasa Terpahat Di Dalam Diari Hati Ini, Teruskan Perjuangan Kalian Sehingga Ke Akhir Hayat.

iv PENGHARGAAN Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih serta selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa kan ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat dan izin serta limpah kurnia-nya, maka laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan dengan jayanya hingga noktah terakhir. Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Dr. Hj. Mohd Ismail Bin Mustari selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Begitu juga, buat pihak Fakulti Pendidikan dan Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana memberikan peluang yang seluas-luasnya untuk menjalankan kajian projek ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua mahasiswa Tahun Empat, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam), Fakulti Pendidikan, UTM kerana telah memberikan kerjasama yang baik dalam proses menyiapkan kajian ini. Tidak ketinggalan buat ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dalam segala hal yang dilakukan. Begitu juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang banyak memberi semangat dan berkongsi idea dalam menyiapkan projek ini. Akhir sekali, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh para pensyarah Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Semoga segala usaha, pengorbanan, komitmen, kerjasama dan pengalaman yang dikongsikan, diberkati Allah SWT dan hanya Dia sahaja yang Maha Berkuasa membalasnya. Semoga hasil daripada kajian ini memberi manfaat kepada semua pihak dan pencinta khazanah ilmu.

v ABSTRAK Sesuai dengan perkembangan teknologi terkini sama ada media elektronik mahupun media cetak, para pendakwah khususnya dalam kalangan mahasiswa harus meningkatkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan menguasai teknologi (ICT) sebagai salah satu pendekatan dakwah semasa. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi, kepekaan mahasiswa dan faktor-faktor yang membentuk perkembangan budaya tekno-da i dalam kalangan mahasiswa Fakulti Pendidikan, UTM khususnya kepada mahasiswa tahun akhir 4 SPI. Responden yang terlibat di dalam kajian ini adalah seramai 68 orang. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang mengandungi 51 item soalan telah dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, dan min menggunakan perisian Statistical Package for The Social Sciences 15.0 for Windows. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α = 0.847. Objektif pertama berkaitan persepsi mahasiswa 4 SPI terhadap budaya tekno-da i mendapat nilai min yang tinggi iaitu 4.29. Manakala, objektif kedua mengenai kepekaan mahasiswa 4 SPI terhadap budaya tekno-da i juga mendapat nilai min yang tinggi iaitu 4.11. Objektif ketiga pula berkaitan faktorfaktor yang membentuk perkembangan budaya tekno-da i dalam kalangan mahasiswa, juga memperolehi nilai min yang tinggi iaitu 4.13. Pada akhir kajian disertakan cadangan khususnya kepada mahasiswa agar menguasai teknologi ICT dan menitikberatkan penyebaran dakwah kepada seluruh umat manusia. Kesimpulannya, harapan penyelidik agar kajian yang dijalankan ini dapat memberikan manfaat yang baik kepada semua pihak.

vi ABSTRACT In keeping with development of latest technology whether electronic media or printed media, missionaries especially among students should increase themselves with knowledge and master technology (ICT) as a current dakwah approach. This research was conducted is to determine perception, sensitivity of students and factors that shaping the development tekno-da i cultures among students of Faculty of Education, UTM especially for final year students 4 SPI. Respondents that involved in this research are 68 people. Research instrument that used is set of questionnaires containing 51 item questions were analyzed to obtain descriptive value of frequency, percentage, and mean using the Statistical Package for Social Sciences 15.0 for Windows. Questionnaire reliability value is α = 0.847. The first objective is about perception of students 4 SPI to the tekno-da i cultures got the high value of 4.29 mean. While, the second objective about the sensitivity of students 4 SPI to the tekno-da i cultures also showed the high value of 4.11 mean. The third objective is about the factors that shaping the development tekno-da i cultures among students, also showed the high value of 4.13 mean. At the end of this research included recommendations especially for undergraduates to control the ICT technology and emphasize preaching spread to all humanity. In conclusion, researcher hope so that study that was conducted could give many benefits to all parties.

vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI SIMBOL SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiv xvi xvi BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 7 1.4 Objektif Kajian 10 1.5 Persoalan Kajian 10 1.6 Kepentingan Kajian 11 1.7 Skop Dan Batasan Kajian 11 1.8 Definisi Istilah 12 1.9 Kesimpulan 15

viii BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Pengertian Budaya Tekno-Da i 16 2.3 Ciri-Ciri Pendakwah 20 2.3.1 Keikhlasan 20 2.3.2 Ilmu Pengetahuan 21 2.3.3 Seruan Kembali Kepada Al-Quran Dan Al-Sunnah 21 2.3.4 Menggunakan Hikmah Dalam Dakwah 22 2.3.5 Beramal Dengan Apa Yang Diperkatakan 22 2.3.6 Aktif Dan Berkesan Dalam Penyampaian Dakwah 23 2.3.7 Menerima Kebenaran 23 2.3.8 Memberi Nasihat Dan Bersabar Apabila Disakiti 24 2.3.9 Pasti Dalam Sesuatu Perkara 24 2.4 Teknologi Dalam Dakwah 25 2.4.1 Televisyen Dan Radio 26 2.4.2 Internet 26 2.4.3 Multimedia 28 2.4.4 Buku, Majalah Dan Akhbar 29 2.5 Faktor-Faktor Yang Membentuk Perkembangan Budaya Tekno-Da i 30 2.5.1 Pengaruh Ledakan Teknologi Maklumat 31 2.5.2 Isu Globalisasi 31 2.5.3 Kehilangan Jati Diri Dan Pegangan Agama 32 2.5.4 Perubahan Sosial Dan Gaya Hidup 32 2.5.5 Media Massa Yang Merosakkan 33 2.5.6 Serangan Pemikiran Oleh Musuh-Musuh Islam 34 2.5.7 Kemudahan ICT Yang Mudah Diperolehi 34 2.5.8 Kemahiran Dan Pengetahuan Tentang ICT 35 2.5.9 Harga 36 2.5.10 Galakan Ibu Bapa 36 2.5.11 Pengaruh Rakan Sebaya Dan Minat Dalam Diri Mahasiswa 37 2.5.12 Pengaruh Budaya Persekitaran 38

ix 2.6 Peranan Tekno-Da i Dalam Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 38 2.7 Kajian Lepas 42 2.8 Kesimpulan 44 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan 45 3.2 Reka Bentuk Kajian 45 3.3 Tempat Kajian 46 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 46 3.5 Instrumen Kajian 47 3.5.1 Pengumpulan Data Primer 48 3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 50 3.6 Prosedur Kajian 51 3.6.1 Kajian Rintis 51 3.6.2 Kajian Sebenar 52 3.7 Analisis Data 53 3.8 Jangka Masa Kajian 54 3.9 Kesimpulan 55 BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pendahuluan 56 4.2 Analisis Data Bahagian A : Latar Belakang Responden 57 4.3 Analisis Data Bahagian B, C dan D 65 4.3.1 Analisis Data Bahagian B : Persepsi Mahasiswa 4 SPI Terhadap Budaya Tekno-Da i Dalam Kalangan Mahasiswa 65 4.3.2 Analisis Data Bahagian C : Kepekaan Mahasiswa 4 SPI Terhadap Budaya Tekno-Da i Dalam Kalangan Mahasiswa 72

x 4.3.3 Analisis Data Bahagian D : Faktor-faktor Yang Membentuk Perkembangan Budaya Tekno-Da i Dalam Kalangan Mahasiswa 79 4.4 Rumusan Min Dapatan Kajian 86 4.4.1 Mengenalpasti Persepsi Mahasiswa 4 SPI Terhadap Budaya Tekno-Da i Dalam Kalangan Mahasiswa 87 4.4.2 Mengenalpasti Kepekaan Mahasiswa 4 SPI Terhadap Perkembangan Budaya Tekno-Da i Dalam Kalangan Mahasiswa 89 4.4.3 Mengenalpasti Faktor-Faktor Yang Membentuk Perkembangan Budaya Tekno-Da i Dalam Kalangan Mahasiswa 91 4.5 Kesimpulan 94 BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan 95 5.2 Perbincangan 95 5.2.1 Latar Belakang Responden 96 5.2.2 Persepsi Mahasiswa 4 SPI Terhadap Budaya Tekno-Da i Dalam Kalangan Mahasiswa 99 5.2.3 Kepekaan Mahasiswa 4 SPI Terhadap Budaya Tekno-Da i Dalam Kalangan Mahasiswa 102 5.2.4 Faktor-Faktor Yang Membentuk Perkembangan Budaya Tekno-Da i Dalam Kalangan Mahasiswa 105 5.3 Rumusan 108 5.4 Cadangan Tindakan 108 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 111 5.6 Kesimpulan 111 RUJUKAN 113 LAMPIRAN 120

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Jumlah Populasi Kajian Mahasiswa SPI 47 3.2 Jumlah Sampel Kajian Mengikut Jantina 47 3.3 Peringkat-Peringkat Skala Likert 49 3.4 Pembahagian Item Soalan Mengikut Klasifikasi Persoalan Kajian 50 3.5 Kelas Skala Bagi Min Untuk Tahap Persetujuan 53 3.6 Pengkelasan Maklum Balas 54 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 58 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 58 4.3 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Masuk Ke UTM 59 4.4 Taburan Responden Mengikut Sekolah / IPT Terdahulu Sebelum Memasuki UTM 59 4.5 Taburan Responden Mengikut Keaktifan Penggunaan Laman Sosial Dan ICT 60 4.6.1 Taburan Responden Dalam Penggunaan Laman Sosial Friendster 61 4.6.2 Taburan Responden Dalam Penggunaan Laman Sosial Twitter 61 4.6.3 Taburan Responden Dalam Penggunaan Laman Sosial Facebook 61 4.6.4 Taburan Responden Dalam Penggunaan Laman Sosial Laman Blog 62 4.6.5 Taburan Responden Dalam Penggunaan Laman Sosial Laman Web 62

xii 4.6.6 Taburan Responden Dalam Penggunaan Laman Sosial My Space 63 4.6.7 Taburan Responden Dalam Penggunaan Laman Sosial Melalui Mel Elektronik 63 4.6.8 Taburan Responden Dalam Penggunaan ICT : Multimedia 63 4.6.9 Taburan Responden Dalam Penggunaan ICT : Telefon Bimbit 64 4.6.10 Taburan Perbandingan Peratusan Keaktifan Responden Dalam Penggunaan Laman Sosial Dan ICT 64 4.7 Taburan Skor Bagi Item B1 65 4.8 Taburan Skor Bagi Item B2 66 4.9 Taburan Skor Bagi Item B3 66 4.10 Taburan Skor Bagi Item B4 67 4.11 Taburan Skor Bagi Item B5 67 4.12 Taburan Skor Bagi Item B6 68 4.13 Taburan Skor Bagi Item B7 68 4.14 Taburan Skor Bagi Item B8 68 4.15 Taburan Skor Bagi Item B9 69 4.16 Taburan Skor Bagi Item B10 69 4.17 Taburan Skor Bagi Item B11 70 4.18 Taburan Skor Bagi Item B12 70 4.19 Taburan Skor Bagi Item B13 70 4.20 Taburan Skor Bagi Item B14 71 4.21 Taburan Skor Bagi Item B15 71 4.22 Taburan Skor Bagi Item C16 72 4.23 Taburan Skor Bagi Item C17 72 4.24 Taburan Skor Bagi Item C18 73 4.25 Taburan Skor Bagi Item C19 73 4.26 Taburan Skor Bagi Item C20 74 4.27 Taburan Skor Bagi Item C21 74 4.28 Taburan Skor Bagi Item C22 74 4.29 Taburan Skor Bagi Item C23 75 4.30 Taburan Skor Bagi Item C24 75 4.31 Taburan Skor Bagi Item C25 76

xiii 4.32 Taburan Skor Bagi Item C26 76 4.33 Taburan Skor Bagi Item C27 77 4.34 Taburan Skor Bagi Item C28 77 4.35 Taburan Skor Bagi Item C29 78 4.36 Taburan Skor Bagi Item C30 78 4.37 Taburan Skor Bagi Item D31 79 4.38 Taburan Skor Bagi Item D32 79 4.39 Taburan Skor Bagi Item D33 80 4.40 Taburan Skor Bagi Item D34 80 4.41 Taburan Skor Bagi Item D35 81 4.42 Taburan Skor Bagi Item D36 81 4.43 Taburan Skor Bagi Item D37 82 4.44 Taburan Skor Bagi Item D38 82 4.45 Taburan Skor Bagi Item D39 83 4.46 Taburan Skor Bagi Item D40 83 4.47 Taburan Skor Bagi Item D41 84 4.48 Taburan Skor Bagi Item D42 84 4.49 Taburan Skor Bagi Item D43 85 4.50 Taburan Skor Bagi Item D44 85 4.51 Taburan Skor Bagi Item D45 86 4.52 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi Persepsi Mahasiswa 4 SPI Terhadap Budaya Tekno-Da i Dalam Kalangan Mahasiswa 87 4.53 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi Kepekaan Mahasiswa 4 SPI Terhadap Perkembangan Budaya Tekno-Da i Dalam Kalangan Mahasiswa 89 4.54 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi Faktor-Faktor Membentuk Perkembangan Budaya Tekno-Da i Dalam Kalangan Mahasiswa 91 4.55 Min Keseluruhan Bagi Setiap Objektif Kajian 94

xiv SENARAI SINGKATAN ABIM FP ICT IKIM IPTA IPTS IRC IT JAIN JAKIM JIM K KS MMS NGO RM S SAW SBP SKMM SMK SMKA SMS SMUA SPI Angkatan Belia Islam Malaysia Fakulti Pendidikan Information and Communication Technology atau Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Institut Kefahaman Islam Malaysia Institusi Pengajian Tinggi Awam Institusi Pengajian Tinggi Swasta Internet Relay Chat Information Technology atau Teknologi Maklumat Jabatan Agama Islam Negeri Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jemaah Islah Malaysia Kekerapan Kurang Setuju Multimedia Massages Non-Government Organisation atau Badan-badan bukan kerajaan yang bersifat Islamik Ringgit Malaysia Setuju Sallahu A laihi Wasallam Sekolah Berasrama Penuh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Short Massages Sekolah Menengah Ugama (Arab) Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

xv SPSS SS STAM STPM STS SWT TS UKM UTM YADIM Statistical Package for Social Sciences Sangat Setuju Sijil Tinggi Agama Malaysia Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Sangat Tidak Setuju Subhanahu Wa Ta ala Tidak Setuju Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia

xvi SENARAI SIMBOL % Peratus N Populasi Kajian n Sampel Kajian SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Soal Selidik Kajian. 120 B C D Surat Memohon Mendapatkan Maklumat Tahun 4 SPI Dan Jumlah Keseluruhan Mahasiswa Yang Terdapat Di Fakulti Pendidikan Bagi Setiap Kursus. 131 Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat Dari Fakulti Pendidikan Dan Data Maklumat Responden 4 SPI Bagi Fakulti Pendidikan Serta Jumlah Keseluruhan Mahasiswa Yang Terdapat Di Fakulti Pendidikan Bagi Setiap Kursus. 133 Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat Kertas Kerja Seminar Tekno-Da i Daripada IKIM Dan Resit Pembelian. 139

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan Dakwah bererti seruan, ajakan dan panggilan ke jalan Allah SWT sematamata untuk mengesakan-nya dan menjauhi segala larangan-nya. Untuk melaksanakan dakwah tersebut perlu ada sebahagian atau segolongan umat manusia khususnya Umat Islam yang menjalankan kerja-kerja dakwah. Ia bagi memastikan kesinambungan mata rantai perjuangan menyebarluaskan kefahaman tentang agama yang diyakini dan diakui oleh Allah yang Maha Agung ini. Sebagaimana firman Allah SWT yang berbunyi : Terjemahannya : Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali Imran, 3 : 104)

2 Menurut H. M. Asywadie Syukur (1982:1), dakwah ada beberapa tujuan : 1. Dakwah ditujukan kepada seluruh umat manusia pada umumnya dan kepada umat Islam khususnya agar menyembah Allah SWT dan tidak mensyirikkan- Nya dengan sesuatu pun. 2. Dakwah ditujukan kepada orang yang bersedia menerima Islam sebagai agamanya, memurnikan keyakinannya hanya mengakui Allah sebagai Tuhannya membersihkan jiwanya dari penyakit nifaq, dan selalu menjaga amal perbuatan supaya tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam. 3. Dakwah ditujukan kepada seluruh penduduk bumi ini untuk mengubah sistem pemerintahan yang zalim yang dipimpin oleh orang yang zalim, yang selalu membuat kerosakan di muka bumi, memindahkan kepemimpinan yang secara teori, mahupun praktis dari tangan mereka ke tangan orang yang beriman kepada Allah, hari akhirat, menjalankan ajaran agama dengan baik serta tidak berlaku sombong. Dakwah di dalam Islam tidak akan terhenti walaupun sedetik, meskipun berlaku perubahan zaman, keadaan, masa, corak kehidupan sosial dan komunikasi manusia. Orang mukmin lelaki dan perempuan perlu saling bantu-membantu dalam mengembangkan dakwah tersebut. Ini jelas dinyatakan Allah SWT di dalam al- Quran :

3 Terjemahannya : Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah, 9 : 71) Dan firman Allah SWT lagi yang berbunyi : Terjemahannya : Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasiq. (Ali Imran, 3 : 110)

4 1.2 Latar Belakang Masalah Perkembangan teknologi masa kini dikatakan mencabar iman umat Islam terutama remaja malah keruntuhan akhlak remaja dikaitkan dengan media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak. Kalau suatu ketika dahulu kanakkanak dan remaja suka menonton televisyen atau video game, tetapi kini sukar berenggang dengan Internet, berchatting, Facebook, laman-laman web, blogspot dan seumpamanya. Menurut Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dalam ucapan seminar Memperkasa Peranan Tekno-da i : Cabaran dalam Pembangunan dan Penggunaan ICT anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), beliau menegaskan bahawa sebarang usaha berkaitan dakwah kepada orang ramai perlu berlandaskan panduan yang digariskan dalam Islam. Sesuai dengan perkembangan teknologi terkini, para pendakwah juga harus meningkatkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan menguasai Information and Communication Technology (ICT). Apabila pendakwah dapat menguasai teknologi tersebut, maka sudah pasti sasaran dakwahnya akan sampai kepada remaja dan mereka yang banyak hidup bergantung dengan ICT. Menurut beliau lagi, perlunya pendakwah teknologi ini untuk menghampiri dan mendekati golongan techno-savvy atau masyarakat celik ICT yang telah begitu selesa dengan perkembangan teknologi supaya mereka lebih terbuka untuk mengenali dan memahami agama Islam dengan lebih mudah. Dengan perkembangan teknologi masa kini juga, ia sedikit sebanyak boleh membantu usaha dakwah para tekno-da i dalam menyampaikan ajaran Islam, malah dengan lebih pantas (Ahmad Baei Jaafar, Majalah Solusi, 2009:23-24). Selaku seorang pendakwah yang berdakwah menggunakan rangkaian teknologi komunikasi, mereka perlu mengetahui dan mengaplikasikan beberapa metod dakwah dengan berkesan dalam segenap aspek kehidupan semasa. Sebagaimana saranan Allah SWT dalam firman-nya yang berbunyi :

5 Terjemahannya : Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (An-Nahl, 16 : 125) Menurut Syahrul N. Junaini, dan Sulaiman Kadikon (2008:1), ledakan ICT hari ini harus digarap bagi membuka satu lagi wahana baru dalam arena dakwah. Berdakwah dengan kaedah digital nyata lebih mudah. Kelebihan teknologi Internet menawarkan khidmat dakwah 24 jam sehari, 7 hari seminggu, dari dan ke mana jua di pelosok dunia. Dalam hal ini, ICT harus diterima sebagai satu platform baru dalam gerakan dakwah. Dengan membudayakan ICT dalam melengkapi kehidupan harian, ummah akan dapat diperkasakan. Mereka akan menjadi modal insan yang inovatif, kompetitif dan efektif. Kesemua ciri ini menjadi prasyarat kepada ummah untuk bersaing di persada global yang saban hari menuntut persaingan. Kini, kewujudan beribu-ribu laman web dan portal maklumat bercirikan Islam merupakan satu sinar yang dijangka mampu menyuluh umat ini daripada kegelapan kejahilan.

6 Dengan perkembangan pesat peralatan teknologi komunikasi dan maklumat sedikit sebanyak memberi kesan kepada perubahan sosial masyarakat Islam di Malaysia. Perubahan sosial masa kini dan akan datang pada alaf baru perlu difahami dan dihadapi dengan bijaksana oleh para pendakwah yang terlibat dalam menjalankan aktiviti dakwah di alam maya atau alam siber. Dengan menggunakan satu istilah baru iaitu tekno-da i bagi pendakwah dalam teknologi maklumat, ia merupakan suatu petanda baru dalam metod dan perkembangan dakwah kini. Menurut Abdullah Muhammad Zin (2000:3-8), Malaysia dan dunia sedang menghadapi perubahan yang pesat dari segi ekonomi, teknologi, pentadbiran dan sistem nilai. Perubahan ini memberi kesan kepada pendakwah dan pengurusan dakwah. Cabaran yang akan dihadapi oleh pendakwah dan pengurusan dakwah ialah bagaimana menyesuaikan diri dengan keadaan masyarakat yang telah berubah. Ini disebabkan antara pendakwah dan masyarakat sering pengaruh-mempengaruhi. Tambah beliau lagi, antara cabaran dakwah pada alaf baru ialah : 1. Media massa yang merosakkan ; media massa sama ada elektronik mahupun bercetak yang merosakkan masyarakat ialah suatu cabaran dan halangan yang melambatkan proses dakwah. Sistem komunikasi dan informasi yang canggih seperti Internet sukar bagi pendakwah menanganinya kerana maklumatnya yang tidak terbatas sama ada yang baik mahupun yang buruk. 2. Serangan Pemikiran ; musuh-musuh Islam tidak pernah jemu memburukkan Islam melalui propaganda mereka. Gerakan Islam sering dikaitkan dengan keganasan, pelampau dan pengacau. Keadaan ini menimbulkan kesulitan kepada gerakan-gerakan Islam untuk menjalankan kegiatan mereka kerana sering diberi gambaran buruk oleh musuh-musuh Islam sehingga akhirnya menjauhkan masyarakat daripada mereka. Berdasarkan rumusan daripada beberapa hasil kajian, menurut Iran Herman (2000:87), golongan remaja memerlukan pemerhatian yang serius sama ada untuk menjadi generasi pewaris pembangunan ummah ataupun untuk tujuan membimbing

7 mereka keluar daripada permasalahan yang sedang mereka alami sekarang ini. Sama ada setuju atau tidak, golongan muda ini masih memerlukan bimbingan dan pandu arah untuk menjadi manusia yang benar-benar mengenali diri mereka dan menggunakan potensi mereka dengan sebaik mungkin. Di sinilah, proses dan agenda dakwah perlu mengambil peranan dan diberi perhatian yang serius oleh mahasiswa yang celik ICT. Remaja adalah sebahagian daripada masyarakat umum. Justeru itu, pendekatan, kaedah (wasilah), dan cara dakwah (uslub) perlu mempunyai variasi dan kepelbagaian dalam memenuhi metod asas dakwah itu sendiri berdasarkan situasi dan keadaan semasa arus perubahan zaman. 1.3 Pernyataan Masalah Kepentingan golongan tekno-da i untuk wujud dan memberi sumbangan kepada dakwah Islamiah memang tidak dapat dipertikaikan. Sebagaimana menurut firman Allah SWT : Terjemahannya : Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung. (Ali Imran, 3 : 104)

8 Malah seperti yang dibincangkan tentang perkataan minkum dalam ayat 104 Surah Ali Imran, para ulama Islam seperti Ibn Kathir dan al-razi bersetuju supaya firqah dari umat Islam yang mempunyai kemahiran dakwah wajib diwujudkan (Zulkiple Abd. Ghani, 2003:9). Jika tidak umat Islam keseluruhannya dianggap berdosa. Kewujudan sekumpulan masyarakat Islam yang bersifat techno-centric merupakan kumpulan sasaran baru yang perlu ditangani. Persoalannya, apakah di Malaysia tidak terdapat orang-orang Islam yang mempunyai kemahiran dalam ICT? Jawapannya tentulah kita mempunyai ramai tenaga sama ada secara individu, dalam organisasi bukan kerajaan atau di institusi-institusi kerajaan. Begitu juga dengan para pendakwah. Menurut Zulkiple Abd. Ghani (2003:9) lagi, apa yang kurang ialah kita kekurangan pendakwah dan golongan teknologi yang mempunyai dan menguasai kedua-dua kemahiran secara serentak. Tekno-da i, khususnya yang berkaitan ICT, dijangka akan mempunyai kemahiran untuk melakukan transformasi mauduk dalam alam teknikal teknologi dan berkeupayaan tinggi untuk mewujudkan rangkaian perkhidmatan media baru dalam bentuk industri sehingga mereka boleh bersaing dan memimpin arus perdana masyarakat. Dalam memahami tekno-da i secara umum, ia dapat dikategorikan kepada dua kategori iaitu pendakwah yang celik komputer dan pendakwah yang celik maklumat. Pendakwah yang celik komputer di zaman ICT ini memang penting. Tiada persoalan tentang kepentingannya. Namun begitu, darjah kepentingan pendakwah sepenuh masa yang mengkhusus dalam ICT dan yang tidak mengkhusus dalam ICT pasti berbeza, apatah lagi jika dibandingkan dengan pendakwah bukan sepenuh masa yang berdakwah kerana tanggungjawab. Untuk menghasilkan golongan pertama, ia mesti diusahakan menerusi pendidikan iaitu yang menggabungkan dua kurikulum serentak iaitu kurikulum dakwah dan kurikulum komputer (Zulkiple Abd. Ghani, 2006:8). Seterusnya menurut Zulkiple Abd. Ghani (2006:11) lagi, satu keperluan dalam celik ICT ialah celik maklumat. Celik maklumat menuntut pendakwah mengetahui bagaimana mengurus maklumat dengan berkesan terutama dalam tiga proses utama iaitu mengumpul, memproses dan menyebarkan maklumat. Jika diteliti pengalaman dakwah yang lalu, banyak medium atau alat yang digunakan. Contohnya, dalam kes al-quran, ia dikumpulkan dalam bentuk tulisan, kemudian dibukukan dengan

9 teknologi kertas yang datang dari negeri Cina, dicetak di peringkat awalnya di negara Barat, direkod dalam bentuk kaset dan kini disimpan dalam bentuk CD, VCD, DVD, laman sesawang dan dalam telefon mudah alih. Menurut pandangan yang dikemukakan oleh Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh (2009:2), ICT boleh dimanfaatkan oleh pendakwah menerusi dua cara. Pertama, pendakwah menggunakan ICT bagi tujuan mencari maklumat bagi memperkayakan ilmu pengetahuan pendakwah. Ini penting supaya pendakwah maklum mengenai isu-isu semasa dan perkembangan-perkembangan mutakhir bagi membolehkan pendakwah memberikan maklum balas kepada perkara-perkara yang sedang berlaku. Keupayaan pendakwah memberikan maklum balas mengenai isu-isu baharu dan semasa menyerlahkan lagi imej pendakwah Islam. Kedua, ICT pastinya boleh dimanfaatkan bagi menyampaikan mesej dakwah kepada orang ramai. Dengan dunia maya Internet yang bersifat tanpa wajah (faceless), pantas (speedy) dan meruntuhkan sempadan fizikal masa dan ruang, pendakwah mampu mengambil peluang ini bagi menyampaikan mesej dakwah kepada sesiapa sahaja di mana sahaja pada bila-bila masa. Apa yang diperlukan hanyalah bagi pendakwah menggunakan kebijaksanaan dalam memilih platform dan aplikasi ICT yang sesuai dan terbaik bagi menyampaikan seperti Internet Relay Chat (IRC), Yahoo! Messenger, Google Talk dan sebagainya, sistem pesanan ringkas dan sistem pesanan multimedia (SMS dan MMS), animasi, program-program radio dan televisyen, multimedia (CD dan DVD), power point, blog dan lain-lain. Berdasarkan pernyataan masalah yang dibincangkan, ia menjadi satu kepentingan untuk penyelidik mengkaji budaya tekno-da i dalam kalangan mahasiswa. Justeru itu, satu kajian dilakukan khususnya kepada mahasiswa 4 SPI yang berada di tahun 4 Fakulti Pendidikan, UTM bagi mengenalpasti persepsi dan sejauhmanakah kepekaan mereka terhadap perkembangan budaya tekno-da i dalam kalangan mahasiswa. Selain itu, apakah faktor-faktor yang menyebabkan mahasiswa 4 SPI berminat untuk menyampaikan dakwah menggunakan Internet dan ICT seperti Facebook, Twitter, My Space, laman blog, laman web, telefon bimbit, multimedia dan yang seumpama dengannya.

10 1.4 Objektif Kajian 1.4.1 Mengenalpasti persepsi mahasiswa 4 SPI terhadap budaya tekno-da i dalam kalangan mahasiswa. 1.4.2 Mengenalpasti kepekaan mahasiswa 4 SPI terhadap budaya tekno-da i dalam kalangan mahasiswa. 1.4.3 Mengenalpasti faktor-faktor yang membentuk perkembangan budaya teknoda i dalam kalangan mahasiswa. 1.5 Persoalan Kajian Beberapa persoalan kajian yang ingin ditimbulkan ialah : 1.5.1 Apakah persepsi mahasiswa 4 SPI terhadap budaya tekno-da i dalam kalangan mahasiswa? 1.5.2 Sejauhmanakah kepekaan mahasiswa 4 SPI terhadap budaya tekno-da i dalam kalangan mahasiswa? 1.5.3 Apakah faktor-faktor yang membentuk perkembangan budaya tekno-da i dalam kalangan mahasiswa?