ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

Similar documents
EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

BUTIRAN PERIBADI

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

KEBERKESANAN KELAS TAKMIR DALAM PENGAJIAN HADIS DI MASJID DAERAH MELAKA TENGAH: PENDEKATAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Kemahiran Rasm Mushaf Uthmani Guru J-QAF Negeri Terengganu

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

BAB 1 PENDAHULUAN. Bab ini menjelaskan mengenai pentingnya menyusun draf pengkajian untuk

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

*Corresponding author. Keywords: Students Perception, hadith status, textbook, Islamic Educational, Form One and 2 KBSM, SMAP Kajang

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

AISYAH ABDUL-RAHMAN & WAJEEHA ZULKIFLY ABSTRAK. Kata kunci: Pengurusan Kewangan, Pengetahuan kewangan, Pengurusan Perbelanjaan, Sumber Pembiayaan

Penilaian Terhadap Kursus Mualaf Di Selangor. The Evaluation to the Mualaf Courses in Selangor

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

Tahap Keaktifan Aktiviti Dakwah Remaja Di Masjid-Masjid Negeri Selangor: Satu Tinjauan

KECEKAPAN PENGURUSAN SURAU ORANG ASLI DI SELANGOR DARI ASPEK KEWANGAN

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID DI NEGERI PAHANG: SATU ANALISIS

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

Transcription:

THE RESPONSE FACTOR BY THE MUSLIM COMMUNICITY ON TAKMIR CLASSES ON AQEEDAH IN KELANTAN MOSQUES (FAKTOR SAMBUTAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP KELAS TAKMIR AKIDAH DI MASJID NEGERI KELANTAN) Asfarina Binti Zubir 1, Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2 Abstract Takmir classes are conducted in every registered mosques as an initiative to develop religious knowledge comprising aqeedah, ibadah and akhlaq studies. However, a7ccording to MAIK s oral reports, aqeedah studies in takmir classes in Kelantan are not widely re7ceived by the Muslim community. Hence this study aims to look at the response of the Mu7slim community towards aqeedah takmir classes in Kelantan mosques. This study also aims to e7xamine the implementation of the classes, analyse the response factors, and identify the problems that has led to its low response. This is an observation study where a survey was conducted on 375 respondents comprising masjid-goers. They were selected via stratified random sampling. This study also took a qualitative approach in addressing objectives number 1 and number 3. Data were collected through semi-structured interviews. The respondents consisted of 5 takmir teachers, 5 takmir coordinators, and a takmir officer. The data obtained through the questionnaire were then analysed using the descriptive analysis approach in the forms of mean, frequency and percentage. A pilot study was first conducted on 30 respondents. For the Muslim community s response factor, it had a high Cronbach s Alpha value (.810). The findings show an encouraging response of the Muslim community by gender, whereby 82.9% from the age group of 51 years and above are male, is at 38.7%. The high mean value of the Muslim community's response towards the aqeedah takmir classes are the venue s conduciveness, (.637), the mosque s well-maintained facilities (.637), the individuals own awareness to learn aqeedah (.724), sound health which allows them to attend takmir classes (.677), and educated teachers that contribute to the encouraging attendance (.702). The findings also show low mean values that need to be improved such as teachers who do not use teaching aids such as laptops, whiteboards or LCDs. Findings from the interview, on the other hand, show that the takmir classes are conducted according to the timetable set by MAIK, and that the low response to the classes needs addressing such as improving the teaching and learning methods that would encourage better response from the community towards the classes. The response by the Muslim community towards the aqeedah takmir classes are not highly satisfactory. However, the response of the Muslim community to the aqeedah takmir classes has enhanced with improvements towards the public s response. 1 Pelajar Sarjana Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300 Kuala Terengganu, Asfarina_zubir@yahoo.com 2 Profesor di Pusat Pengajian Usuluddin Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300 Kuala Terengganu, drkuzaki@unisza.edu.my. 66

Keywords: Response factor by the Muslim communicity, Aqeedah takmir classes, Muslim community Abstrak Kelas takmir ialah satu pengajian yang telah dijalankan di setiap masjid yang berdaftar sebagai inisiatif untuk mengembangkan ilmu agama yang terdiri daripada akidah, ibadah dan akhlak. Bagaimanapun, laporan lisan MAIK menunjukkan pengajian akidah dalam kelas takmir di Negeri Kelantan kurang memberangsangkan. Justeru kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir akidah di masjid Negeri Kelantan. Kajian ini juga bertujuan untuk meneliti pelaksanaan kelas tersebut, menganalisis faktor sambutan masyarakat dan mengenalpasti masalah-masalah sambutan. Kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik seramai 375 orang responden daripada jemaah masjid yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata sebagai instrumen kajian. Di samping itu, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif bagi menjawab objektif kajian satu dan tiga. Tatacara pengumpulan data adalah melalui temu bual separa struktur. Responden temu bual terdiri daripada 5 orang guru takmir dan 5 orang penyelaras takmir serta seorang pegawai takmir. Data yang diperoleh melalui soal selidik telah dianalisis menggunakan pendekatan analisis deskriptif dalam bentuk min, kekerapan dan peratusan. Kajian rintis telah dijalankan melibatkan 30 orang responden dan didapati nilai Cronbach Alpha pada tahap tinggi bagi item faktor sambutan masyarakat Islam adalah (.810). Hasil kajian mendapati bahawa sambutan masyarakat Islam memberangsangkan berdasarkan jantina daripada responden lelaki sebanyak 82.9% daripada kategori umur 51 tahun ke atas sebanyak 38.7%. Nilai min yang tinggi bagi faktor sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir pengajian akidah adalah faktor keselesaan tempat pengajian mewakili (.637), kemudahan masjid yang berfungsi dengan baik mewakili (.637), faktor kesedaran itu sendiri yang dapat mendorong jemaah untuk mempelajari ilmu akidah mewakili (.724), kesihatan yang baik membolehkan jemaah hadir ke kelas takmir mewakili (.677) dan guru yang berpendidikan tinggi memberi keyakinan kepada jemaah untuk menghadiri kelas takmir mewakili (.702). Hasil kajian turut menunjukkan nilai min rendah yang perlu dibuat penambahbaikan iaitu guru tidak menggunakan alat bantu mengajar seperti laptop, papan putih atau LCD, 7manakala hasil kajian daripada temu bual mendapati bahawa perjalanan kelas takmir berjalan dengan lancar dengan ketetapan waktu yang telah ditetapkan oleh MAIK dan beberapa masalah sambutan iaitu perlu menambahbaik lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan bagi meningkatkan lagi sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir. Penyertaan masyarakat Islam terhadap kelas takmir akidah kurang memuaskan. Walau bagaimanapun, tahap sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir akidah lebih meningkat dengan penambahbaikan terhadap faktor sambutan masyarakat. Kata kunci: Faktor Sambutan, Masyarakat Islam, Pengajian Akidah, Masjid 67

PENGENALAN Akidah merupakan tonggak utama yang menegakkan binaan Islam, sekaligus merupakan satu perkara wajib bagi seseorang yang mengaku dirinya beriman kepada Allah s.w.t. Tanpa akidah, seseorang itu tidak dianggap beriman kepada Allah s.w.t. Dari sini jelas menunjukkan betapa pentingnya kedudukan akidah dalam kehidupan seseorang Muslim. Hal ini kerana seseorang itu dikira terkeluar daripada Islam jika terpesong akidahnya. Berdasarkan buku Kekal Abadi: Berita Perpustakaan Universiti Malaya (2009), tahap kefahaman akidah dalam kalangan masyarakat Islam berada dalam keadaan yang membimbangkan. Oleh itu, masyarakat Islam mestilah mendalami akidah agar dapat mengenalpasti gejala ajaran sesat yang semakin menular dalam kehidupan umat Islam dewasa kini. Penyebaran ajaran sesat yang datang daripada negeri lain dan memasuki negeri Kelantan semakin menjadi-jadi seperti ajaran sesat Haji Ibrahim Tok Gedong dari Selatan Thailand, Tarikat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya dan ajaran Hasan Anak Rimau. Sehubungan itu, pihak Majilis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengesan beberapa ajaran sesat bagi membanteras kesesatan tersebut dan mengeluarkan risalah yang bertajuk Memerangi Ajaran Sesat yang diterbitkan pada bulan September 1987 sebagai bahan bacaan, panduan dan rujukan kepada masyarakat Islam bagi mengelakkan berlakunya kesesatan dalam diri umat Islam. Pengkaji terpanggil untuk memilih tajuk pengajian akidah ini sebagai subjek kajian penyelidikan yang bertujuan untuk menganalisis faktor sambutan masyarakat Islam dan masalah sambutan yang wujud di samping menyelamatkan sekaligus memperkasakan akidah umat Islam supaya dapat menepis segala ancaman ajaran sesat yang melanda mereka. Kajian ini cuba mengupas persoalan perjalanan, faktor dan masalah sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir di masjid. Kajian ini juga menyingkap sejarah pengajian akidah di Kelantan, di samping peranan pihak berwajib agama yang bertanggungjawab memartabatkan pengajian akidah di Kelantan. Penyelidikan ini membahaskan kawasan dan skop di negeri Kelantan sahaja kerana Malaysia merupakan satu skop kajian yang cukup luas dan ini sudah tentu akan menyulitkan kelangsungan bidang penyelidikan yang amat penting ini. Malah dalam konteks kajian yang dilakukan oleh pengkaji, kajian ini hanya merangkumi negeri Kelantan sahaja yang sudah cukup meluas. Justeru itu, kajian ini secara khusus memfokuskan pengajian akidah di negeri Kelantan secara lebih dekat dengan tumpuan kajian mengenai perjalanan, faktor dan masalah sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir pengajian akidah di masjid. Bahkan juga, Kelantan dipilih sebagai tempat kajian kerana kedudukan Kelantan bersempadan dengan Thailand adalah satu perkara yang merunsingkan akidah masyarakat Islam di Kelantan. Selain itu, ia juga merupakan negeri serambi Mekah yang perlu dibersihkan daripada tercemarnya negeri tersebut dengan ajaran sesat yang tidak sepatutnya menular. Tambahan pula, negeri Kelantan yang tersohor dengan ajaran Tok Kenali yang sudah semestinya pegangan akidah dijaga dan dipegang oleh masyarakat Islam sehingga kiamat. 68

Berdasarkan buku Panduan Program Takmir Masjid dan Surau Seluruh Malaysia pada tahun (2012), program Takmir Masjid adalah suatu program keilmuan Islam secara tidak formal di masjid-masjid yang dibenarkan oleh Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri dengan peruntukan kewangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program ini telah bermula sejak tahun 1985 hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Hal Ehwal Islam Malaysia (JKI) pada tahun 1984 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Pada awalnya, program takmir masjid hanya melibatkan lima buah negeri sahaja iaitu Pulau Pinang, Melaka, Selangor, Perlis dan Negeri Sembilan. Pada tahun 1986, program ini telah diperluaskan ke negeri Terengganu, Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah. Diikuti oleh Kelantan pada tahun 1987, Kedah pada tahun 1988 dan Wilayah Persekutuan pada tahun 1989. Objektif utama program takmir ialah memberi kefahaman dan menyebarkan ilmu pengetahuan serta ajaran Islam kepada masyarakat dalam usaha melahirkan anggota masyarakat yang bertaqwa dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. OBJEKTIF KAJIAN Kajian mengenai Faktor Sambutan Masyarakat Islam Terhadap Kelas Takmir Akidah di Masjid Negeri Kelantan yang dilakukan untuk memenuhi tujuan-tujuan berikut: i) Mengkaji pelaksanaan kelas takmir akidah di masjid Negeri Kelantan. ii) iii) Menganalisis faktor sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir akidah di masjid Negeri Kelantan. Mengenalpasti masalah-masalah sambutan kelas takmir akidah di masjid Negeri Kelantan. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini membincangkan secara naratif tentang metodologi yang digunakan bagi melengkapkan penulisan kajian. Reka bentuk kajian ini adalah konvensional menggunakan kaedah gabungan kualitatif dan kuantitatif (mix method). Jenis atau teknik kajian yang menjadi komponen dalam reka bentuk kualitatif ini ialah kajian perpustakaan iaitu teknik bagi mendapatkan data dan bukti ke atas kajian melalui dokumen dan rekod (Mohd Sheffie Abu Bakar, 1995). Kajian etnografi iaitu melibatkan kajian tentang budaya, amalan, kepercayaan dan lain-lain dalam komuniti masyarakat dan kajian tinjauan pula menerusi metod soal selidik merupakan jenis atau teknik kajian bagi komponen kuantitatif yang menekankan pengukuran dan pencarian hubungan atau hubungan antara variable sebagai penyokong data kualitatif (Ghazali Darussalam dan Sufean Hussin, 2016). Kajian ini telah melalui proses pengumpulan data menerusi kajian perpustakaan, kajian etnografi iaitu metode pemerhatian dan temu bual serta kajian tinjauan (survey) iaitu soal selidik. Sehubungan itu, pembinaan item soal selidik telah dilakukan dengan dua pembahagian iaitu bahagian A berkaitan demografi manakala bahagian B berkaitan faktor sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir akidah. Setelah itu, item soal selidik telah melalui proses kesahan dan kebolehpercayaan kandungan iaitu melalui proses 69

penyemakan pakar bagi memastikan instrumen kajian yang digunakan mempunyai kesahan yang tinggi. Populasi dalam kajian ini terdiri daripada masyarakat Islam bagi setiap lima jajahan di Kelantan. Pengkaji telah mengenalpasti jumlah bagi penduduk masyarakat Islam bagi setiap jajahan di Kelantan menerusi Jabatan Perangkaan Malaysia berdasarkan taburan penduduk pada tahun 2014. Oleh hal demikian, hasil daripada jumlah populasi tersebut, pengkaji mendapati bahawa jumlah sampel yang bertepatan dengan jumlah populasi berdasarkan rujukan jadual bagi penentuan saiz sampel berdasarkan populasi mengikut Krejcie And Morgan adalah N=15 000 bersamaan dengan S=375. Sampel kajian terdiri daripada jemaah masjid yang merupakan target population dan jenis sampel adalah dipilih secara rawak berstrata mewakili lima buah jajahan di Kelantan; Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Putih Dan Tanah Merah. Jumlah 375 orang responden adalah memenuhi umur kehadiran jemaah ke masjid daripada 20 tahun ke bawah sehingga 51 tahun ke atas. Justeru set soal selidik telah diedarkan dan 375 set soal selidik berjaya dikutip dan dianalisis manakala selebihnya sebanyak 25 set tidak dikembalikan dan 100 set tidak menjawab bagi item soal selidik. Sehubungan itu, temu bual dalam kajian ini terdiri daripada lima orang guru takmir masjid dan lima orang guru penyelaras takmir masjid bagi mendapatkan maklumat tentang perjalanan kelas takmir dan tahap sambutan masyarakat Islam sekaligus mengenalpasti masalah yang wujud disebalik sambutan tersebut. Di samping itu, temu bual juga dijalankan bersama seorang pegawai takmir di Majis Agama Dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi mendapatkan maklumat tentang kelas takmir yang dijalankan di masjid mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh bahagian (MAIK). Dalam kajian ini, soal selidik yang merupakan instrumen utama dianalisis secara deskriptif bagi menghuraikan latar belakang responden dan faktor sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir akidah di masjid Negeri Kelantan. Analisis juga dijalankan melalui Cronbach s Alpha bagi menentukan data normal. ANALISIS DAPATAN KAJIAN Pengkaji telah membina satu set soal selidik yang mengandungi dua bahagian terdiri daripada Bahagian A: Demografi berkenaan dengan latar belakang responden dan Bahagian B: Faktor sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir akidah di masjid. Soal selidik ini menggunakan skala berbentuk ordinal yang menguji tahap kekerapan dengan menggunakan skala likert lima tahap; 1= sangat tidak memuaskan, 2= tidak memuaskan, 3= memuaskan, 4= agak memuaskan, 5= sangat memuaskan. Dengan kata lain, pengukuran tahap kekerapan dan persetujuan adalah tertakluk kepada nombor yang ditanda oleh responden. Semakin tinggi nombor yang ditanda bererti responden sangat berpuas hati dengan pernyataan tersebut dan begitulah sebaliknya. Ujian rintis telah dijalankan ke atas 30 responden dan telah mendapati laporan pekali alpha dalam ujian rintis sebagaimana yang tertera dalam jadual di bawah. Laporan Pekali Alpha Dalam Ujian Rintis Laporan hasil dapatan daripada ujian rintis 1 adalah seperti Jadual 1 dibawah: 70

Jadual 4.3: Keputusan ujian rintis 1 No.item Item Pemboleh Ubah Nilai Pekali Alpha Pilot Test 1 1 6 Demografi - - 7-27 Faktor Sambutan var 1 var 23.940 Hasil keputusan pilot test 1 dalam kajian ini menunjukkan indeks nilai kebolehpercayaan berada di antara cronbach.80 hingga.95 pada tahap yang tinggi dan memuaskan. Jadual 2: Output Cronbach Alpha Bagi Ujian Rintis Reliablity Statistics Cronbach s Alpha Cronbach s Alpha Based On Standardized Items N of Items.940.938 23 Jadual di atas menunjukkan nilai kebolehpercayaan melalui Alfa Cronbach bagi ujian rintis 1 adalah.940 pada tahap yang tinggi dan memuaskan. Setelah memenuhi keseluruhan proses tersebut dan setelah dipastikan bahawa instrumen mencapai tahap pengesahan dan kebolehpercayaan, maka soal selidik mula diedarkan sepenuhnya kepada responden pada akhir Mac 2017. Profile lengkap mengenai latar belakang responden merangkumi jantina, umur, jajahan, pendidikan dan pekerjaan. Jadual 3 dibawah menunjukkan analisis latar belakang responden secara kekerapan dan peratus berdasarkan item satu hingga lima dalam borang soal selidik. Jadual 3: Latar Belakang Responden BIL KATEGORI KEKERAPAN PERATUS 1. Jantina 1.1 Lelaki 311 82.9 1.2 Perempuan 64 17.1 2. Umur 1.1 <20 tahun 49 13.1 1.2 21-30 tahun 47 12.5 1.3 31-40 tahun 40 10.7 1.4 41-50 tahun 94 25.1 1.5 >51 tahun 145 38.7 3. Jajahan 3.1 Kota bharu 75 20.0 3.2 Tumpat 75 20.0 3.3 Pasir mas 75 20.0 3.4 Pasir putih 75 20.0 3.5 Tanah merah 75 20.0 71

4. Pendidikan 4.1 sekolah rendah 20 5.3 4.2 sekolah menengah 190 50.7 4.3 sekolah pondok 4 1.1 4.4 STPM/Diploma 88 23.5 4.5 Ijazah Pertama 64 17.1 4.6 Ijazah Sarjana/Kedoktoran 9 2.4 5. Pekerjaan 5.1 Kerajaan 127 33.9 5.2 Swasta 46 12.3 5.3 Bekerja sendiri 96 25.6 5.4 Tidak bekerja 106 28.3 (Sumber: Soal selidik, faktor sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir pengajian akidah di masjid Kelantan, April 2017) Berdasarkan jadual 3 di atas menunjukkan bahawa responden dalam kajian ini melibatkan 375 orang responden mengikut jantina yang menunjukkan 82.9 peratus (311) jemaah di masjid adalah terdiri daripada kalangan jemaah lelaki, manakala 17.1 peratus (64) adalah daripada kalangan jemaah perempuan. Berdasarkan perangkaan tersebut, kita dapati bahawa bilangan responden lelaki lebih ramai berbanding perempuan. Hal ini kerana kebanyakan jemaah lelaki yang menghadirkan diri ke masjid di samping mengikuti kelas takmir pada waktu malam. Berdasarkan temu bual yang telah dilakukan bersama salah seorang daripada guru takmir mengatakan bahawa: kebanyakan daripada jemaah lelaki yang hadir ke kelas takmir berbanding jemaah perempuan. (R1) Berdasarkan jadual 3 di atas menunjukkan bahawa responden dalam kajian ini melibatkan 375 orang responden mengikut umur yang menunjukkan 38.7 peratus (145) majoriti jemaah yang terdiri daripada umur 51 tahun ke atas, diikuti oleh 25.1 peratus (94) jemaah yang terdiri daripada umur 41 hingga 50 tahun, 13.1 peratus (49) daripada umur 20 tahun ke bawah, 12.5 peratus daripada umur 21 hingga 30 tahun dan paling sedikit adalah 10.7 peratus daripada umur 31 hingga 40 tahun. Dalam kajian ini, jumlah responden berumur 51 tahun ke atas iaitu 145 orang (38.7%) merupakan peratus tertinggi. Hal ini kerana, umur responden yang semakin tua menyebabkan wujudnya kesedaran diri dalam diri mereka untuk mengisi masa lapang dengan mendalami ilmu akidah sekaligus dapat mendekatkan diri kepada Allah dengan lebih sempurna sebagaimana yang telah dijelaskan oleh salah seorang guru takmir di Pasir Putih melalui temu bual yang mengatakan bahawa: tidak ramai golongan muda yang hadir ke masjid, hanya ada beberapa orang pemuda sahaja berbanding dengan golongan tua yang lebih ramai memenuhi masjid di samping mengikuti kelas takmir pengajian akidah. (R2) 72

Berdasarkan jadual 3 di atas menunjukkan bahawa 375 orang responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada 75 orang (20.0%) bagi setiap lima jajahan. Hal ini kerana setiap satu jajahan mempunyai tiga buah masjid yang terpilih dan masjid yang dipilih itu berdasarkan tahap sambutan jemaah yang ramai, sederhana dan rendah. Masjid yang mempunyai jemaah yang ramai, pengkaji menegedarkan set soal selidik sebanyak 40 soalan, manakala masjid yang mempunyai jemaah yang sederhana, pengkaji mengedarkan set soal selidik sebanyak 35 soalan, diikuti pula masjid yang mempunyai jemaah yang rendah, pengkaji mengedarkan set soal selidik sebanyak 25 soalan. Semua kutipan set soal selidik bagi setiap jajahan mencukupi had 75 set soal selidik bersamaan dengan 75 orang mewakili setiap jajahan. Berdasarkan jadual 3 di atas menunjukkan bahawa responden dalam kajian ini berjumlah 375 orang yang terdiri daripada 50.7 peratus (190) majoriti responden yang berpendidikan lepasan sekolah menengah, diikuti pula 23.5 peratus (88) responden yang berpendidikan lepasan stpm/diploma, 17.1 peratus (64) responden yang berpendidikan ijazah pertama, 5.3 peratus (20) responden yang berpendidikan sekolah rendah, 2.4 peratus (9) responden yang berpendidikan ijazah sarjana dan yang paling rendah adalah 1.1 peratus (4) responden yang berpendidikan sekolah pondok. Kebanyakan responden yang mengikuti kelas takmir adalah mereka yang berpendidikan lepasan sekolah menengah. Berdasarkan jadual 3 di atas menunjukkan bahawa responden dalam kajian ini berjumlah 375 orang yang menunjukkan 33.9 (127) responden yang bekerja dalam sektor kerajaan, diikuti oleh 28.3 peratus (106) responden yang tidak bekerja, 25.6 peratus (96) responden yang bekerja sendiri dan yang paling rendah adalah 12.3 peratus (46) responden yang bekerja dalam sektor swasta. Hasil kajian mendapati responden yang bekerja dalam sektor kerajaan sebanyak 106 orang (33.9%) iaitu peratus tertinggi yang memberi sambutan terhadap kelas takmir pengajian akidah di masjid. Jadual 4: Faktor Sambutan Masyarakat Islam Terhadap Kelas Takmir Pengajian Akidah Pernyataan/Item Skala Tahap MIN STM TM M AM SM JUM MIN SD 1.guru saya sangat 0.0 0.3 33.1 56.3 10.4 99.8 3.76.626 mudah didekati (0) (1) (124) (211) (39) (374) 2.kehadiran guru 0.0 0.0 24.8 61.6 13.6 100.0 3.88.610 yang istiqamah (0) (0) (93) (231) (51) (375) untuk mengajar 3.kaedah penyam- 0.0 0.0 22.4 64.5 13.1 100.0 3.90.588 paian guru yang (0) (0) (84) (242) (49) (375) mudah difahami 4.Guru saya tidak 0.0 0.3 15.7 61.1 22.9 99.7 4.06.627 menggunakan (0) (1) (59) (229) (86) (374) bahasa yang tinggi 73

5.Isi pengajaran 0.3 0.8 24.8 60.0 14.1 98.9 3.86.655 mudah saya (1) (3) (93) (225) (53) (371) fahami 6.Suara guru yang 0.0 0.5 13.3 59.7 26.4 99.4 4.12.636 kuat membolehkan (0) (2) (50) (224) (99) (373) saya jelas mendengar 7.Penggunaan kitab 0.3 0.8 12.8 60.5 25.6 98.9 4.10.656 jawi yang mudah (1) (3) (48) (227) (96) (371) difahami berbanding kitab arab 8.lokasi masjid yang 0.0. 2.7 17.6 45.9 33.9 97.4 4.10.781 berhampiran (0) (10) (66) (172) (127) (365) kawasan memudahkan saya untuk menghadiri kelas takmir 9.Tempoh masa 0.0 1.6 23.7 51.2 23.5 98.4 3.96.732 Mengajar yang (0) (6) (89) (192) (88) (369) Menepati had masa Yang telah ditetapkan 10. Kekerapan kelas 0.5 44.0 37.6 11.7 6.1 55.4 2.78.884 sederhana Pengajian akidah (2) (165) (141) (44) (23) (208) Satu kali seminggu Sudah memadai Untuk saya mendalami Ilmu akidah 11.Guru saya 0.5 0.3 20.8 65.6 12.8 99.2 3.89.620 Tegas ketika (2) (1) (78) (246) (48) (372) Mengajar 12.Guru saya 0.0 0.3 32.0 53.9 13.9 99.8 3.81.660 pandai (0) (1) (120) (202) (52) (374) menghiburkan hati jemaah agar tidak bosan 74

13.Suasana 0.0 0.3 7.5 44.5 47.7 99.7 4.39.637 Sangat Masjid yang (0) (1) (28) (167) (179) (374) Selesa 14.Kemudahan 0.3 0.0 6.7 45.6 47.5 99.8 4.40.637 Sangat Masjid yang (1) (0) (25) (171) (178) (374) Berfungsi Dengan baik 15.Kesedaran 0.0 0.5 12.3 29.9 57.3 99.5 4.44.724 Sangat Itu sendiri yang (0) (2) (46) (112) (215) (373) Mendorong Saya untuk Mendalami Ilmu akidah 16.Pengurusan 0.0 0.8 14.7 67.2 17.3 99.2 4.01.593 jawatankuasa (0) (3) (55) (252) (65) (372) masjid yang tersusun 17.Penyediaan 1.9 48.8 36.8 9.3 3.2 49.3 2.63.806 Sederhana Jamuan makan (7) (183) (138) (35) (12) (185) Selepas kelas Takmir menarik Minat saya untuk Menghadirinya 18.Kesihatan 0.0 0.0 10.7 35.7 53.6 100.0 4.42.677 Sangat Yang baik (0) (0) (40) (134) (201) (375) Membolehkan Saya hadir ke Kelas takmir 19.Guru yang 0.0 0.0 12.5 34.4 53.1 100.0 4.40.702 Sangat Berpendidikan (0) (0) (47) (12.9) (199) (375) memberi Kepercayaan Kepada saya Untuk Menghadiri Kelas takmir 75

20.Isi 0.0 0.0 13.6 55.5 30.9 100.0 4.17.645 Pengajaran (0) (0) (51) (208) (116) (375) Yang lengkap 21.Silaturrahim 0.0 1.1 12.3 65.9 20.8 99.0 4.06.608 Yang erat (0) (4) (46) (247) (78) (371) Antara jemaah Dengan jemaah 22.Saya datang 0.0 1.3 30.4 56.0 12.3 98.7 3.79.661 Ke masjid pada (0) (5) (114) (210) (46) (370) Waktu malam 23.Guru saya 2.4 81.3 14.9 0.5 0.8 16.2 2.16.491 Rendah Menggunakan (9) (305) (56) (2) (3) (61) Alat bantu Mengajar Seperti laptop, Papan putih, Atau LCD Jadual di atas menunjukkan bahawa skor min bagi setiap item faktor sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir pengajian akidah di masjid Kelantan berada pada tahap sangat tinggi, tinggi, sederhana dan rendah sebagaimana yang tertera dalam interpretasi skor min, jadual 5. Jadual 5: Interpretasi Nilai Min Skala Likert Mengikut Lima Tahap Nilai min Interpretasi 1.00-1.80 Sangat Rendah 1.81-2.60 Rendah 2.61-3.40 Sederhana 3.41-4.20 4.21-5.00 Sangat (Sumber: Ghazali Darussalam dan Sufean Hussin, Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur,Universiti Malaya, 2016) Jadual 4 menunjukkan taburan kekerapan responden berdasarkan faktor sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir akidah di masjid Negeri Kelantan. Hasil kajian mendapati lima item berada pada tahap kekerapan yang sangat tinggi berdasarkan faktor sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir akidah. Item-item tersebut adalah 99.7 (374), min 4.39 adalah suasana masjid yang selesa, 99.8 (374), min 4.40 kemudahan masjid yang berfungsi dengan baik, 99.5 (373), min 4.44 kesedaran itu sendiri yang mendorong saya untuk mendalami ilmu akidah, 100.0 (375), min 4.42 kesihatan yang baik membolehkan saya hadir ke kelas takmir dan 100.0 (375), min 4.40 guru yang berpendidikan tinggi memberi kepercayaan kepada saya untuk menghadiri kelas takmir. 76

Hasil kajian juga mendapati 15 item berada pada tahap kekerapan yang tinggi dalam faktor sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir akidah. Item-item berikut adalah 99.8 peratus (374), min 3.76 guru saya sangat mudah didekati, 100.0 peratus (375), min 3.88 kehadiran guru yang istiqamah untuk mengajar, 100.0 peratus (375), min 3.90 kaedah penyampaian guru yang mudah difahami, 99.7 peratus (374), min 4.06 guru saya tidak menggunakan bahasa yang tinggi, 98.9 peratus (371), min 3.86 isi pengajaran yang mudah saya fahami, 99.4 peratus (373), min 4.12 suara guru yang kuat membolehkan saya jelas mendengar, 98.9 peratus (371), min 4.10 penggunaan kitab jawi yang mudah difahami berbanding kitab arab, 97.4 peratus (365), min 4.10 lokasi masjid yang berhampiran kawasan memudahkan saya untuk menghadiri kelas takmir, 98.4 peratus (369), min 3.96 tempoh masa mengajar yang menepati had masa yang telah ditetapkan, 99.2 peratus (372), min 3.89 guru saya tegas ketika mengajar, 99.8 peratus (374), min 3.81 guru saya pandai menghiburkan hati jemaah agar tidak bosan, 99.2 peratus (372), min 4.01 pengurusan jawatankuasa masjid yang tersusun, 100.0 peratus (375), min 4.17 isi pengajaran yang lengkap, 99.0 peratus (371), min 4.06 silaturrahim yang erat antara jemaah dengan jemaah, dan 98.7 peratus (370), min 3.79 saya datang ke masjid pada waktu malam. Manakala hanya satu item sahaja yang didapati berada pada tahap yang sederhana dalam faktor sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir akidah. Satu item sederhana tersebut adalah 49.3 peratus (185), min 2.63 penyediaan jamuan makan selepas kelas takmir menarik minat saya untuk menghadirinya. Diikuti pula dengan satu item sahaja yang didapati berada pada tahap yang rendah adalah 16.2 peratus (61), min 2.16 guru saya tidak menggunakan alat bantu mengajar seperti laptop, papan putih atau LCD. ANALISIS DAPATAN KAJIAN MELALUI TEMU BUAL Data yang diperolehi daripada metode pemerhatian dan metode temu bual separa berstruktur ini adalah untuk melengkapkan objektif kajian yang pertama iaitu mengkaji pelaksanaan kelas takmir akidah di masjid Negeri Kelantan dan juga memenuhi objektif kajian yang ketiga iaitu mengenalpasti masalah-masalah disebalik sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir akidah di masjid Negeri Kelantan. Hasil dapatan kajian melalui temu bual seramai lima orang penyelaras takmir dan lima orang guru takmir yang mewakili setiap lima jajahan telah menyatakan faktor dan tahap sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir akidah di masjid Negeri Kelantan. Analisis Temu Bual Daripada Guru Takmir Informan daripada guru takmir Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Putih Dan Tumpat menjelaskan bahawa pelaksanaan program takmir berjalan dengan baik pada waktu malam yang telah ditetapkan dalam jadual bagi setiap jajahan bermula selepas maghrib dan akan tamat setelah memasuki waktu isya. Menurut guru takmir bagi salah satu masjid di Pasir Mas, buku yang digunakan ialah buku yang dikeluarkan oleh Jakim yang berjudul Larangan dan Suruhan Mengenai Ayat Ahkam Yang Terdapat di Dalam Al- Quran dan buku Soal Keimanan di Hari Akhirat. Menurut guru takmir bagi salah satu masjid di Pasir Putih pula, buku yang digunakan ialah Risalah Tauhid manakala kitab jawi yang digunakan di salah satu masjid Tanah Merah yang bertajuk Nisbahul Munir. Kitab tersebut telah disediakan oleh masjid untuk para jemaah yang hadir untuk menuntut ilmu akidah. 77

Berdasarkan kenyataan daripada guru takmir Kota Bharu, tahap sambutan masyarakat Islam di masjid Mukim Padang Kala sangat berkurangan. Tetapi sebelum dua minggu untuk masuk ke tahun baru pada tahun 2017, wujud seorang Imam tua dan Imam muda yang baru menyebabkan masyarakat semakin yakin dan percaya terhadap perlantikan tersebut. Apabila timbul keyakinan yang tinggi dalam diri masyarakat Islam terhadap perlantikan Imam baru, maka sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir yang diajar oleh Imam tersebut semakin memberangsangkan. Berdasarkan informan daripada guru takmir Pasir Mas pula, sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir adalah memuaskan daripada jemaah muslimin dan muslimat tidak kira sama ada tua atau muda tetapi golongan tua lebih ramai daripada golongan muda. Manakala guru takmir Pasir Putih dan Tumpat menjelaskan bahawa sambutan kelas takmir memuaskan bagi golongan tua dan hanya beberapa orang daripada golongan muda yang hadir ke kelas pengajian tersebut. Antara masalah yang wujud bagi kelas takmir di Pasir Mas disebalik sambutan masyarakat ialah berdasarkan cara penyampaian guru di masjid ini. Penceramah yang terlalu serius dalam menyampaikannya dan kurang selitan cerita menarik menyebabkan jemaah mudah bosan, mengantuk dan mula bangun dari tempatnya untuk membuat hal masing-masing seperti berbual. Walau bagaimanapun, guru takmir di Tumpat menjelaskan tiada lagi masalah yang timbul berkaitan sambutan terhadp kelas takmir ini tetapi kekurangan sambutan sahaja yang perlu diperbaiki untuk lebih meningkatkan lagi tahap sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir di masjid. Menurut guru takmir di Pasir Mas, sambutan masyarakat Islam terhadap pengajian akidah sangat tidak memuaskan pada sebelum ini tetapi sambutan masyarakat kini semakin bertambah atas faktor guru yang secara konsisten mengajar di masjid ini. Tambahan pula, guru takmir di Tanah Merah menjelaskan bahawa sambutan masyarakat Islam memberangsangkan disebabkan respon guru yang terlalu cepat dan pantas menyebabkan jemaah semakin bersemangat untuk menuntut ilmu dengan guru tersebut serta bersemangat untuk lebih bertanya tentang ketidakfahaman soal akidah. Guru takmir bagi setiap jajahan menjelaskan bahawa pelaksanaan kelas takmir berjalan dengan baik berdasarkan jadual waktu yang telah ditetapkan. Buku yang digunakan adalah berbeza berdasarkan guru takmir masing-masing. Selain itu, guru takmir bagi setiap jajahan menjelaskan bahawa tahap sambutan golongan tua memberangsangkan berbanding golongan muda. Mereka juga menjelaskan tahap sambutan semakin meningkat atas faktor yang menarik minat jemaah untuk mengikuti kelas takmir pengajian akidah. Oleh itu, faktor sambutan memainkan peranan penting bagi meningkatkan lagi sambutan jemaah ke kelas takmir khususnya pengajian akidah. Analisis Temu Bual Penyelaras Takmir Berdasarkan informan daripada penyelaras takmir Jajahan Tumpat, Tanah Merah, Pasir Mas, Kota Bharu dan Pasir Putih mengatakan bahawa pelaksanaan kelas takmir sehingga kini berjalan dengan baik dan mengikut ketetapan jadual waktu yang telah ditetapkan. Menurut kenyataan daripada mereka juga, tahap sambutan bagi golongan muda tidak memuaskan terhadap kelas takmir yang diadakan di masjid bahkan sambutan daripada golongan tua memuaskan. Tiada lagi masalah yang timbul berkaitan sambutan terhadap kelas takmir tetapi kekurangan sambutan sahaja yang perlu diperbaiki untuk lebih meningkatkan lagi tahap sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir di masjid. 78

Kelima-lima penyelaras takmir mengatakan perkara yang sama iaitu perjalanan kelas takmir berjalan dengan baik dan lancar berdasarkan jadual waktu yang telah ditetapkan manakala mereka menyatakan juga tahap sambutan daripada golongan tua memuaskan berbanding golongan muda terhadap kelas takmir pengajian akidah yang dijalankan di masjid. PENUTUP Secara keseluruhan, kajian ini telah mencapai objektif kajian dengan mengidentifikasi sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir pengajian akidah di masjid Kelantan sangat penting untuk ditekankan agar sambutan mereka daripada pelbagai golongan lebih meningkat sekaligus dapat memperoleh ilmu akidah yang lebih mendalam melalui kelas takmir tersebut. Secara umumnya, pelaksanaan kelas takmir tersebut perlu kepada penambahbaikan bagi membolehkan matlamat dan sasaran sambutan masyarakat Islam dicapai dengan lebih baik dan lebih memberangsangkan untuk melahirkan masyarakat Islam yang bertaqwa dan beriman di samping dapat menjauhkan diri daripada segala perkara syirik dalam kehidupan seharian. Perjalanan kelas takmir pengajian akidah yang dijalankan di masjid Kelantan amat penting dan diperlukan sebagai asas pembangunan kerohanian. Secara khususnya juga, faktor-faktor sambutan masyarakat Islam yang menjadi matlamat utama bagi meningkatkan lagi sambutan mereka terhadap kelas takmir sekaligus dapat mengenalpasti masalah kurangnya sambutan adalah sangat perlu kepada penambahbaikan dalam kadar segera agar matlamat untuk melahirkan insan yang berilmu agama, beriman dan bertaqwa dapat dijana dengan sebaik mungkin. Justeru kajian yang terbatas ini dapat memberi sumbangan ilmu yang bermanfaat dan menjadi sumber rujukan serta bahan bacaan bagi pengkaji yang akan datang khususnya dalam mengetengahkan kelas takmir bagi pengajian akidah dari pelbagai sudut sesuai dengan konteks semasa. RUJUKAN Abd. Al-Aziz Mohd. Zin. (2006). Dakwah Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya. Abdullah Bin Abdil Hamid Al-Atsari. (2006). Intisari Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Jakarta: Pustaka Imam Syafi e. Abdul Hadi Haji Awang. (2007). Beriman Kepada Allah. Selangor: Pts Islamika. Abdull Rahman Mahmood, 2006. Pemikiran Akidah Syeikh Daud Al-Fatani, Tesis PhD, Universiti Kebangsaan Malaysia Aboebakar Atjeh. (1969). Ahlus Sunnah Wal Jamaah (Keyakinan Dan Iktikad). Jakarta: Yayasan Baitulmal. Ali Abri, 2006. Manhaj Akidah Menurut Hamka, Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Tesis PhD, Universiti Malaya. Azimah Binti Abdullah, 2005. Analisis Pemikiran Akidah Haji Said Haji Ibrahim, 79

Disertasi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Azmi Budin, 2014. Keberkesanan Kelas Takmir Dalam Pengajian Hadis Di Masjid Daerah Melaka Tengah: Pendekatan Dan Penambahbaikan, Tesis PhD, Kolej Universiti Islam Melaka. Chua Yan Piaw. (2006). Asas Statistik Penyelidikan. Malaysia Mcgrow-Hill Education. Dato Dr.Haron Din. (2007). Islam: Ada Apa Dengan Islam. Kuala Lumpur: Pts Millennia Sdn. Bhd.. Dr Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman. (2010). Mutiara Akidah Dan Ibadat. Selangor: Karya Bestari Sdn. Bhd. Engku Ahmad Zaki Bin Engku Alwi. (2007). Membangun Modal Insan Melalui Pemantapan Akidah. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Engku Ahmad Zaki Bin Engku Alwi. (2007). Ajaran Sesat: Mengenali Jalan Yang Terpesong. Selangor: Pts Islamika. Fadzlur Rahman. (2006). Mazhab-Mazhab Awal Dan Pembentukan Akidah Sunni. Kuala Lumpur: Polar Vista Sdn Bhd. Fakhrul Adabi Abdul Kadir, 2007. Keberkesanan Kelas Agama Di Masjid Daerah Hulu Langat Selangor, Tesis PhD, Universiti Malaya. Ghazali Darussalam, Sufean Hussin. (2016). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan Amalan Dan Analisis Kajian. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Halim Mokhtar, 2003. Penerimaan Dakwah Islamiah Di Kalangan Masyarakat Orang Asli: Kajian Kes Di Pulau Carey Banting, Selangor, Disertasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Helmi Mustafa. (2000). Perjalanan Memakmurkan Masjid Bersama Masjid Agung Al-Akbar Surabaya. Jakarta: Jayakarta Agung Offset. Jelani Harun, Samsina Abdul Rahman. (2013). Jalan Ke Taman: Esei-Esei Penghargaan Untuk Professor Ali Ahmad. Pulau Pinang: Penerbit USM. Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan Pendidikan Pendekatan Kuantitatif Dan Kualitatif. Malaysia: Mcgrow-Hill Education. Marzuki Bin Sepiaail, 2011. Pengurusan Program Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River, Perak, Disertasi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Maydani, Abd. al-rahman Hasan Habannakah. (2002). Al-Aqidah al-islamiyyah Wa Ususuha. Dimasyq: Dar Al-Qalam. Moh.E.Ayub. (1996). Manajemen Masjid. Jakarta: Gema Insani Press. 80

Mohd Majid Konting. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd Redwan Bin Jamaludin, 2010. Penerimaan Masyarakat Islam Terhadap Bentuk Pengajian Akidah Di Institut Non-Formal: Kajian Di Kawasan Bangsar, Kuala Lumpur, Disertasi, Universiti Malaysia. Mohd Sheffie Abu Bakar. (1995). Metodologi Penyelidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. M.Nasrudin. (2015). Akidah Islam. Yogyakarta: Lintang Rasi Aksara Books. Muhammad Bin A.W Al- Aqil. (2006). Manhaj Aqidah Imam Al-Syafi i. Bogor: Pustaka Imam Syafi i. Muhammad Imaduddin Abdul Rahim. (1980). Kuliah Tauhid. Bandung: Pustaka Salman. Najihah Abdul Mutalib, 2014. Penerimaan Masyarakat Islam Terhadap Aktiviti Islam Anjuran Agensi Kerajaan Dan Ngo Di Bintulu, Tesis PhD, Universiti Kebangsaan Malaysia. Nitasneem Nije, 2011. Pengajian Akidah Di Sekolah Mulniti Santivitaya, Benang Kebun, Pattani: Kajian Sumber Dan Sukatan, Disertasi, Universiti Malaysia. Noraini Idris. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Malaysia: Mcgrow-Hill Education. Nurul Mukhlisin Asyrafuddin, 2009. Pemurnian Akidah Batilah Menurut Dakwah Salafiah: Kajian Di Surabaya Jawa Timur Indonesia, Tesis PhD, Universiti Kebangsaan Malaysia. Othman Lebar. (2015). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori Dan Metode. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sabihah Merican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya: Prentice Hall. Siti Aishah Binti Suhaimi, 2013. Pelaksanaan Program Pengajian Akidah Islam Di Masjid-Masjid Negeri Selangor, Disertasi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ustaz Emran Ahmad. (2010). Petunjuk Jalan Lurus. Selangor: Karya Bestari Sdn. Bhd. Ustaz Nor Hisham Ismail. (2011). Mencari Redha-Mu. Selangor: Karya Bestari Sdn. Bhd. Wahbah al-zuhayli. (1989). Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh. Dimasyq: Dar Al-Fikr. Yusri Bin Abu, 2004. Kefahaman Akidah Di Kalangan Saudara Baru: Satu Kajian Di Kuala Lumpur, Disertasi, Universiti Malaya. Yusuf Al-Qardhawi. (1980). Al Halal Wa Al-Haram Fi Al-Islam. Kaherah: Maktabah Wahbah. Yusuf Al-Qardhawi. (2000). Tuntunan Membangun Masjid. Jakarta: Gema Insani Press. 81