PENGGUNAAN B-PoP: RASULULLAH, KEKASIH ALLAH DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI DAN MENGINGAT KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW

Similar documents
PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

APLIKASI ROBOT ḤAJARUL ASWAD DALAM MEMBANTU MENGINGAT PERISTIWA PERLETAKAN ḤAJARUL ASWAD PENDIDIKAN ISLAM

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Oleh. Syed Mohd Solehin bin Wan Sarip ABSTRAK

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PENGGUNAAN SUPER AYAT DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SECARA MEKANIS MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Norhadi Anwar bin Tamit

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

HAFAZAN MASRUR DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN MINAT DAN PENGUASAAN MURID UNTUK MENGHAFAZ SURAH AL- C ᾹDIYᾹT

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PENDEKATAN BIMBINGAN RUKUN SOLAT MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN KAEDAH MNEMONIK BERBANTUKAN MULTIMEDIA. Oleh

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PENGGUNAAN KAEDAH COCOM UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGENAL PASTI DAN MEMBANDING BEZA KEDUDUKAN KERAJAAN MELAYU AWAL SERTA GEOGRAFINYA.

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

KAEDAH PAMERAN DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN GURU PELATIH KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH.

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

1. Kekuatan. 2. Kelemahan. 3. Langkah Mengatasi

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Penguasaan Bacaan Hamzah Wasal Menggunakan Kaedah Bafkad (Mastering the Reading of Hamzah Wasal Using Bafkad Method)

KIRAAN JARI DALAM MEMBANTU MURID PEMULIHAN TAHUN 2 MENGEJA DAN MEMBATANGKAN PERKATAAN KVKV. Oleh. Dyg Marzuin Binti Awang Ismail

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

ANALISIS STRUKTUR FOKUS DALAM KOMUNIKASI ARAHAN GURU DALAM BILIK DARJAH

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) di dalam Terjemahan Maksud Surah Al-Fatihah

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PELAKSANAAN TUGASAN DIALOG TENTANG ISLAM MENERUSI FACEBOOK DALAM KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAKWAH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

MOHAMAD ZIYAD BIN MUKHTAR SAINI AG. DAMIT

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Transcription:

PENGGUNAAN B-PoP: RASULULLAH, KEKASIH ALLAH DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI DAN MENGINGAT KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW NURSA IDAH SAFFA BINTI MUHAMMAD SAUFI nursaidahsaffa@gmail.com ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kefahaman dan kemahiran mengingat murid tentang keperibadian Nabi Muhammad SAW dengan berpandukan B-PoP: Rasulullah, Kekasih Allah yang berkaitan dengan bidang sirah mata pelajaran Pendidikan Islam. B-PoP: Rasulullah, Kekasih Allah menggabungkan dua teori iaitu teori warna melalui perkataan-perkataan yang telah dimerahkan dan gambar sebagai petunjuk kepada keperibadian Nabi Muhammad SAW. Kajian telah dijalankan ke atas empat orang murid Tahun Lima yang telah dipilih berdasarkan temu bual, pemerhatian, borang maklum balas, analisis dokumen serta ujian sebelum dan selepas tindakan. Data yang diperoleh disemak dengan menggunakan triangulasi kaedah. Penguasaan peserta kajian telah menunjukkan purata peratusan peningkatan sebanyak 50%. Kajian ini akan dilanjutkan lagi dengan menggabungkan kemahiran TMK dan permainan supaya sentiasa diingati dan diamalkan oleh murid. Kata kunci: Keperibadian Nabi Muhammad SAW, buku pop-up, sirah, teori warna, gambar PENGENALAN Saya merupakan seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pengajian Agama Jun 2014. Saya telah menjalani dua sesi praktikum di dua sekolah yang berbeza selama tiga bulan. Saya juga menjalani sesi Internship selama sebulan di Sekolah Kebangsaan Tiara (nama samaran), sekolah yang sama sewaktu saya menjalani sesi praktikum yang kedua. Kedua-dua sekolah ini berbeza dari segi bilangan murid yang beragama Islam kerana faktor persekitaran sekolah yang berbeza serta latar belakang murid yang berbeza. Sepanjang sesi praktikum fasa kedua dijalankan, saya telah berpeluang untuk mengajar Pendidikan Islam bagi murid Tahun 5. Murid kelas Tahun 5 yang diajar oleh saya kebanyakan sudah boleh untuk membaca Al-Quran dan tulisan Jawi dengan baik. Hanya beberapa orang sahaja yang masih perlu berusaha untuk memperbaiki kelemahan mereka dalam dua perkara tersebut. Mereka juga adalah sangat aktif sewaktu kelas dan sentiasa bersemangat serta bersedia menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Mereka juga sentiasa menunjukkan keyakinan dalam menjawab soalan guru dan cuba mendapatkan jawapan yang tepat dengan bantuan guru serta rakan-rakan. Sewaktu sesi PdP bidang Sirah dijalankan, saya membuat pemerhatian terhadap keaktifan murid di dalam kelas. Hal ini juga membuat saya terfikir akan kepentingan kepada seseorang murid itu untuk mengenali dan mengetahui siapakah Nabi Muhammad SAW. Perkara ini juga adalah untuk menyemai rasa cinta mereka terhadap Nabi Muhammad SAW dan menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh teladan mereka yang utama berbanding dengan penyanyi atau pelakon popular tanah air atau luar negara. Oleh itu, saya telah memilih untuk membuat kajian dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran mengingat murid mengenai keperibadian Nabi Muhammad SAW Saya juga perlu memikirkan kaedah pengajaran 130

yang paling sesuai dengan gaya pembelajaran murid yang berbeza. Harapan saya murid-murid saya menjadi seorang yang cinta akan sirah Nabi Muhammad SAW dan menjadi seorang anak yang soleh demi mencontohi keperibadian Nabi Muhammad SAW. FOKUS KAJIAN Kajian ini difokuskan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran mengingat murid tentang keperibadian Nabi Muhammad SAW dengan menggunakan B-PoP: Rasulullah, Kekasih Allah. Pada praktikum yang lepas, saya telah mendapati beberapa orang murid saya mempunyai masalah dalam memahami dan mengingat isi pelajaran yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW tetapi mereka sentiasa menunjukkan ketekunan dan kesungguhan untuk memahami pelajaran yang ingin disampaikan oleh saya. Jadi, fokus saya dalam kajian ini ialah untuk membantu murid memahami dan mengingat tentang keperibadian Nabi Muhammad SAW dengan tepat dan betul. Mereka juga diharapkan dapat mencontohi keperibadian Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian serta menjadi contoh teladan yang baik kepada rakan-rakan mereka yang lain. Kajian ini juga berfokuskan kepada penggunaan kaedah mengingat dengan berpandukan gambar dan warna. Kaedah belajar dengan menggunakan teknik mengingat adalah mudah untuk dipraktikkan tapi adakah perkara yang telah dihafal diingat itu akan sentiasa kekal dalam ingatan kalau tiada unsur yang boleh menarik perhatian seseorang murid. Pengalaman saya bergelar seorang murid sekolah rendah dahulu, saya sangat suka apabila guru bercerita sambil menunjukkan gambar ketika mengajar tentang sirah Nabi Muhammad SAW. Saya juga dapat mengingat dengan baik pelajaran yang disampaikan oleh guru dengan mengingati gambar yang pernah ditunjukkan oleh guru. Oleh hal yang sedemikian, saya berpendapat murid saya juga mengalami masalah dan pengalaman yang saya alami dahulu. Fokus yang telah saya tetapkan juga adalah setelah mengambil kira ketiga-tiga fokus iaitu kebolehtadbiran, kepentingan dan kebolehgunaan terhadap diri saya sendiri, murid, ibu bapa, sekolah, masyarakat dan juga negara. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif Kajian 1) Membantu meningkatkan kefahaman murid tentang keperibadian Nabi Muhammad SAW dengan menggunakan B-PoP:Rasulullah, Kekasih Allah. 2) Membantu meningkatkan kemahiran mengingat murid tentang keperibadian Nabi Muhammad SAW dengan menggunakan B-PoP:Rasulullah, Kekasih Allah. Persoalan Kajian 1) Adakah B-PoP: Rasulullah, Kekasih Allah dapat membantu meningkatkan kefahaman murid tentang keperibadian Nabi Muhammad SAW? 2) Adakah penggunaan B-PoP: Rasulullah, Kekasih Allah dapat membantu meningkatkan kemahiran mengingat murid tentang keperibadian Nabi Muhammad SAW? 131

PESERTA KAJIAN Saya telah memilih seramai empat orang peserta kajian. Empat orang yang telah dipilih itu terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Saya telah memilih empat peserta kajian ini berdasarkan beberapa kriteria penting yang telah saya tetapkan. Antara kriteria pemilihan peserta kajian saya ialah murid itu mempunyai pencapaian akademik yang sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan juga tidak terlalu rendah. Dia juga berperwatakan sama ada seorang yang ceria, pendiam, aktif di dalam kelas dan mendengar kata. Kriteria dan perwatakan peserta kajian saya yang bernama Maya ialah dia merupakan seorang yang aktif di dalam kelas, menunjukkan minat untuk belajar walaupun tahap pencapaiannya adalah sederhana. Arif pula ialah seorang yang pendiam, bersopan santun dan mempunyai pencapaian paling tinggi antara empat orang peserta kajian saya. Manakala Nasir pula, seorang yang aktif, suka bertanya dan berkeyakinan tinggi dan peserta kajian saya yang terakhir iaitu Yana adalah seorang yang rajin dan berhat-hati melakukan kerja walaupun pencapaian akademiknya yang paling lemah sekali berbanding peserta kajian yang lain. TINDAKAN YANG DIJALANKAN Bahan Bantu Mengajar (BBM) didefinisikan sebagai perkara atau benda yang diperlukan dan digunakan oleh guru untuk membantu murid-murid belajar dengan lebih berkesan dan menarik (Atan Long, 1982). Oleh itu, saya telah membina satu bahan bantu mengajar yang diberikan nama B-PoP: Rasulullah, Kekasih Allah. Bahan ini menggabungkan teori warna dan gambar untuk membantu murid memahami dan mengingat keperibadian Nabi Muhammad SAW dengan lebih mudah dan menarik. Rajah 1. Muka Depan Buku Pop-Up Menurut Hajijah Hasan (2008), penggunaan warna dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid-murid menguasai konsep yang ingin ditumpukan. Warna juga membantu kita dalam mengingat sesuatu maklumat dengan meningkatkan tahap perhatian kita (Mariam & Muhammad, 2013). Warna juga merangsang simbolik dan kemahiran kogniti yang mempengaruhi pembelajaran, memudahkan hafalan dan pembelajaran konsep sesuatu tajuk (Oluwakemi & Omoniyi, 2015). Penggunaan warna merah adalah bersifat tampak, mudah peka, menarik pandangan dan mengekalkan memori. Oleh itu, saya telah menggunakan warna merah untuk perkataan yang saya ingin murid ingat. 132

Gambar Penggunaan warna pada perkataan yang ingin diingati Rajah 2. Penerangan Tentang Kandungan B-Pop-Rasulullah, Kekasih Allah Menurut Abdullah dan Ainon (2006), menyatakan komunikasi bermaksud memindahkan atau menyampaikan mesej daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Mesej pula ialah maklumat yang dapat disampaikan sama ada menggunakan pertuturan, perbuatan, tulisan atau lukisan dan gambar. Oleh itu, penggunaan gambar dalam BBM ini adalah salah satu cara saya untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan. BBM ini disampaikan dengan kaedah bercerita dan penerangan tentang isi-isi pelajaran yang berkaitan keperibadian Nabi Muhammad SAW. Kaedah bercerita adalah kaedah mendengar dan mengulang fakta daripada cerita yang disampaikan manakala kaedah penerangan digunakan untuk menjelaskan lagi sesuatu tajuk yang ingin guru tekankan (Tengku Sarina & Yusmini, 2008). Contohnya, saya menerangkan satu fakta mengenai keperibadian Nabi Muhammad SAW dengan bercerita kisah yang berkaitan dengan keperibadian itu pada zaman Nabi Muhammad SAW. Hal ini adalah untuk menarik minat peserta kajian terhadap tajuk yang ingin disampaikan dan menimbulkan rasa ingin tahu lebih mendalam lagi mengenai keperibadian Nabi Muhammad SAW. Saya juga mengaitkan keperibadian Nabi Muhammad SAW ini dengan kehidupan seharian peserta kajian agar mereka dapat mengamalkannya dengan mudah. Nabi Muhammad juga adalah contoh teladan yang terbaik untuk kita ikuti seperti mana dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 21: ق د ك ان ل ك م ف ي ر س ول ٱ لل ل ا ث ير ٱ لل ك ر ك ذ ٱ أ لخر و و م ٱل ي و ٱ لل وا ر ج ان ي ن ك ة ل م س ن أ س و ة ح Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) (Al-Ahzab, 33:21) Nabi Muhammad SAW mempunyai pelbagai keistimewaan yang membolehkannya menjadi seorang pemimpin yang mampu membangunkan masyarakatnya dan akhirnya membentuk satu kekuatan yang telah berjaya merubah bangsa Arab Jahiliah (Zuridan & Haslinda, 2006). Jadi, harapan saya dalam menjalankan tindakan 133

ini juga adalah untuk menerapkan dalam diri peserta kajian keperibadian Nabi Muhammad SAW yang sangat istimewa di samping menjalankan kajian yang utama dalam membantu murid memahami dan mengingat keperibadian Nabi Muhammad SAW. DAPATAN KAJIAN Temu Bual Menurut Chuah (2016), kaedah temu bual merupakan kaedah yang membantu penyelidik meneroka dan mendapat maklumat kajian secara mendalam kerana melibatkan hubungan bersua muka secara langsung dengan peserta kajian dan mereka dapat memberikan maklumat berkaitan tindakan yang dilaksanakan. Oleh itu, saya telah menjalankan temu bual bersama dengan peserta kajian selepas tindakan iaitu selepas saya penggunaan B-PoP: Rasulullah, Kekasih Allah. Peserta kajian menyatakan mereka faham dan berjaya mengingat keperibadian Nabi Muhammad SAW dengan betul berdasarkan gambar dan perkataan yang diwarnakan merah yang terdapat dalam B-PoP: Rasulullah, Kekasih Allah. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan B-PoP: Rasulullah, Kekasih Allah dalam membantu meningkatkan kefahaman dan kemahiran mengingat murid tentang keperibadian Nabi Muhammad SAW adalah berjaya. Lembaran Kerja Semasa dan Selepas Tindakan Lembaran kerja ini telah diberikan semasa dan selepas tindakan dijalankan. Lembaran kerja ini mengandungi soalan bergambar yang berkaitan dengan kandungan di dalam B-PoP. Jadual 1 Analisis Peratusan Perbandingan Lembaran Kerja Peserta Kajian Peserta Kajian Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2 Peratusan Peningkatan (%) Maya 5/7 (71.43%) 7/7 (100%) 28.6 Arif 4/7 (57.14%) 7/7 (100%) 42.9 Nasir 3/7 (42.86%) 5/7 (71.4%) 28.6 Yana 5/7 (71.43%) 7/7 (100%) 28.6 Melalui analisis peratus perbandingan lembaran kerja semasa dan selepas tindakan, dapat dilihat semua peserta kajian mengalami peratus peningkatan markah dengan tiga orang sebanyak 28.6% dan seorang sebanyak 42.9%. Peningkatan ini adalah satu peningkatan yang positif kepada guru dan peserta kajian. Senarai Semak Pemerhatian Pemerhatian ini telah dilakukan ketika kajian telah dijalankan. Hal ini adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan B-PoP: Rasulullah, Kekasih Allah. Jadual 2 Senarai Semak Pemerhatian Selepas Tindakan Bil Item pemerhatian Ada Tiada 1 Murid dapat menjawab soalan lisan guru dengan betul Maya Arif Nasir Yana Maya Arif Nasir Yana / / / / 134

2 3 Murid dapat mengaitkan gambar dengan isi pelajaran. Murid dapat berbual sesama mereka tentang keperibadian Nabi Muhammad SAW. / / / / / / / / Jadual 2 ini menunjukkan perubahan tingkah laku peserta kajian selepas tindakan. Contohnya, bagi item pemerhatian nombor satu, murid dapat menjawab soalan lisan guru dengan betul. Perkara ini sememangnya dapat saya perhatikan sewaktu kelas. Apabila saya memberi soalan berkaitan dengan keperibadian Nabi Muhammd SAW, peserta kajian saya dapat menjawab dengan betul dan mampu mengaitkan dengan BBM yang saya gunakan. Peserta kajian juga dapat mengaitkan gambar yang ditunjukkan oleh guru dengan isi pelajaran yang telah mereka pelajari. Borang Maklum Balas Jadual 3 merupakan analisis borang maklum balas yang telah diberikan kepada peserta kajian selepas tindakan. Item-item di dalam borang maklum balas adalah untuk membuktikan sama ada penggunaan B-PoP: Rasulullah, Kekasih Allah berjaya mencapai objektif kajian atau tidak. Jadual 3 Analisis Borang Maklum Balas selepas Tindakan Bil Item Maklum Balas Setuju Tidak Setuju Adakah kamu suka menggunakan B-PoP: Rasulullah, 1 Kekasih Allah? 2 Adakah B-PoP: Rasulullah, Kekasih Allah membantu kamu mengingat tentang keperibadian Nabi Muhammad SAW? Adakah kamu lebih mengenali keperibadian Nabi 3 Muhammad SAW dengan menggunakan B-PoP: Rasulullah, Kekasih Allah? 4 0 4 0 4 0 Item kedua borang maklum balas, Adakah B-PoP: Rasulullah, Kekasih Allah membantu kamu mengingat tentang keperibadian Nabi Muhammad SAW? telah dipersetujui oleh semua peserta kajian. Peserta kajian menyatakan mereka dapat mengingat keperibadian Nabi Muhammad SAW kerana mereka juga suka menggunakan B-PoP: Rasulullah, Kekasih Allah. Ingatan merujuk kepada proses mental dalam mengekod, mengekalkan dan mendapatkan semula maklumat (Mariam & Muhammad, 2013). Oleh itu, B-PoP: Rasulullah, Kekasih Allah ini adalah salah satu cara untuk murid mendapatkan semula maklumat yang mereka telah pelajari dengan berpandukan gambar dan juga warna. Ujian Sebelum Dan Selepas Tindakan Ujian sebelum dan selepas tindakan adalah digunakan untuk menguji sama ada peserta kajian mampu atau tidak mencapai objektif kajian kerana ujian ini tidak dimasukkan gambar dan perkataan berwarna merah seperti di dalam B-PoP: Rasulullah, Kekasih Allah. 135

Jadual 4 Perbandingan Markah Peserta Kajian Dalam Ujian Sebelum Dan Selepas Tindakan Peserta Kajian Ujian Sebelum Tindakan Ujian Selepas Tindakan Peratus Purata Peningkatan Peratus Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus (%) Peningkatan Maya 3/5 60 5/5 100 40 Jumlah Arif 2/5 40 5/5 100 60 Nasir 2/5 40 5/5 100 60 Yana 3/5 60 5/5 100 40 Peningkatan Jumlah Peserta Kajian 200 4 = 50% Jadual 4 menunjukkan perbandingan markah yang ditunjukkan oleh peserta kajian dalam Ujian Sebelum Tindakan dan Ujian Selepas Tindakan. Terdapat perbezaan markah yang ketara bagi semua peserta kajian sebelum dan selepas tindakan yang dapat dilihat melalui peratus markah ujian sebelum dan ujian selepas tindakan. Kesemua peserta kajian juga telah menunjukkan peratus peningkatan kerana masing-masing pada ujian selepas tindakan telah mendapat peratus markah sebanyak 100%. Purata peratus peningkatan bagi semua peserta kajian pula adalah sebanyak 50%. Hal ini sememangnya telah membuktikan bahawa penggunaan B- PoP: Rasulullah, Kekasih Allah dapat membantu meningkatkan kemahiran murid tentang keperibadian Nabi Muhammad SAW. REFLEKSI Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2014), definisi refleksi ialah bayangan, gambaran (dalam cermin, fikiran dan lain-lain). Melalui penyelidikan ini terdapat pelbagai perkara yang boleh direfleksikan. Ternyata kajian ini telah membawa kesan yang positif terhadap semua peserta kajian saya iaitu Maya, Arif, Nasir dan Yana. Mereka telah menunjukkan tingkah laku yang positif dan mereka cuba untuk mengajak kawan-kawan mereka melakukan perbuatan yang positif itu bersamasama. Contohnya, apabila melihat rakan mereka bergaduh mereka akan cuba meleraikan pergaduhan itu. Hal ini saya perhatikan semasa saya mengajar di dalam kelas. Saya juga sebagai pengkaji mendapat kesan yang positif daripada perubahan tingkah laku peserta kajian yang positif kerana mereka memberikan impak yang positif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Mereka mampu mengajak kawan-kawan untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti pengajaran guru di dalam kelas dan mereka mampu bekerjasama dalam kumpulan dengan baik. Contohnya, Arif yang dahulunya pendiam tetapi setelah kajian dilakukan, dia mampu untuk menyatakan pendapatnya ketika pengajaran Pendidikan Islam berlangsung. Peserta kajian juga dapat mengamalkan perkara yang telah mereka belajar, faham dan ingat tentang keperibadian Nabi Muhammad SAW. Teori warna dan gambar yang saya terjemahkan di dalam buku pop-up itu sangat membantu mereka mengingat tentang keperibadian Nabi Muhammad SAW dan mereka sangat teruja untuk mengamalkannya terhadap kawan-kawan mereka. Selain itu, kajian tindakan ini juga memberi kesan terhadap amalan kendiri saya. Saya berpeluang untuk mencari cara dan kaedah pengajaran yang menarik dan bersesuaian dengan tahap perkembangan peserta kajian saya. Saya juga dapat mencuba melakukan sesuatu amalan yang berbeza di dalam kelas. Sebelum kajian tindakan, sememangnya saya banyak menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan bahan-bahan maujud sewaktu pengajaran Pendidikan Islam 136

tetapi saya tidak pernah terfikir untuk memasukkan teori warna dengan menekankan perkataan yang tertentu dalam bahan-bahan pengajaran yang saya gunakan sebelum ini. Oleh itu, kajian ini telah membuka mata saya untuk membuat pemerhatian yang lebih mendalam tentang perkembangan murid dan sentiasa menambah baik bahan-bahan pengajaran yang digunakan dari semasa ke semasa. Di samping itu, saya sebagai bakal seorang guru Pendidikan Islam merasakan kajian ini memberi saya satu impak yang positif serta pandangan yang lebih jelas terhadap matlamat dan objektif saya untuk mengajar murid-murid. Semua murid yang pernah diajar saya sewaktu praktikum telah memberikan pengajaran yang bermakna buat saya. Saya melihat kepada kesungguhan dan kegigihan mereka untuk belajar dan menuntut ilmu sehingga saya juga turut terkesan dan cuba memberikan input yang terbaik buat pengetahuan mereka. Seorang penyelidik yang berjaya adalah seorang yang mampu menjalankan segala pelaksanaan kajiannya dengan baik malah mampu memberikan kesan yang terbaik buat peserta kajiannya. Saya merasakan saya perlu lebih berusaha lagi untuk menjadi seorang penyelidik yang bagus dan mantap dari segi kajian, penyemakan data dan dapatan kajian. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN Melalui kajian tindakan yang telah dilaksanakan dalam penyelidikan tindakan ini saya telah memperoleh keputusan yang menggembirakan di mana semua peserta kajian saya mampu untuk memahami dan mengingat dengan menggunakan buku pop-up yang telah dihasilkan oleh saya. Kandungan buku yang mempunyai gambar dan perkataan berwarna merah sangat membantu murid dalam mengingat isi pelajaran Sirah tentang keperibadian Nabi Muhammad SAW dengan betul dan tepat. Oleh itu, harapan saya semoga konsep buku ini dikekalkan dan ditambah baik dengan menggunakan TMK dan menggabungkan dengan permainan agar tajuk keperibadian Nabi Muhammad SAW sentiasa mendapat tempat di hati murid-murid. Pada pendapat saya, kepentingan tajuk ini adalah untuk menanam dan memupuk sifat mahmudah dalam diri murid dengan mencontohi keperibadian Nabi Muhammad SAW yang paling mulia seperti dalam Al-Quran. Saya juga berpendapat, murid akan dapat mengamalkan perkara yang mereka pelajari ini ketika berada di dalam kelas, di rumah atau di mana-mana sahaja. Kesimpulannya, saya berharap semoga kajian ini membantu saya dan peserta kajian untuk menjadi seorang insan yang selalu berakhlak mulia dan turut mendatangkan kebaikan kepada orang lain. RUJUKAN Al-Qur ān al-karῑm Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2006). Komunikasi di tempat kerja. Selangor: PTS Professional Publishing. Atan Long. (1982). Pedagogi: Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Chuah, K. H. (2016). Penulisan Laporan Penyelidikan Tindakan: Panduan Penyelidik. Kuching: Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. 137

Hajijah Hasan. (2008). Kaedah Mesra Warna (di Kalangan Murid Tingkatan Lima), kajian dibentangkan pada Hari Profesionalisme SMK Papar. Kamus Dewan. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mariam Adawiah Dzulkifli & Muhammad Faiz Mustafar. (2013). The Influence of Colour on Memory Performance: A Review. The Malaysian Journal of Medical Sciences. 20(2)3-9. Diakses dari http://www.nobi.nlm.nih.gov/pubmemustafar Oluwakemi Olurinola & Omoniyi Tayo. (2015). Colour in Learning: It s Effect on the Retention Rate of Graduate Students. Journal of Education and Practice. 6(14), 1-5. Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan: Kajian dan Penulisan. Kuala Lumpur:Freemind Horizons. Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md. Yusoff. (2008). Kaedah Mengajar dan Kemahiran Interpersonal Guru. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing. Zuridan Mohd Daud & Haslinda Hashim. (2006, Ogos). Pembangunan Pelajar dari Perspektif Rasulullah SAW; Satu Pendekatan Soft Skills di KUKTEM. Kertas dibentang pada Persidangan Pembangunan Pelajar (NASDEC, KL). Diakses daripada https://eprints.utm.my/id/eprint/596/1/zuridanmohddaud2006_pemb angunanpelajardariperspektifrasulullah.pdf. 138