BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

(/, ^3 OOOO

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT PELAJAR BERASASKAN KOMPUTER DI MAKTAB PERGURUAN. Oleh NIZAM BIN ABD LATIB

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

MUZIUM : PENGURUSAN KOLEKSI PAMERAN DI RUMAH KELAHIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM KALANGAN SISWI UTM NORSAFAR BTE MD. KAMARZAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTEGRASI KEFAHAMAN BERAGAMA DALAM AMALAN KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

PERSEPSI PELAJAR 4 SPI TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN MENERUSI WEB MENGGUNAKAN PENDEKATAN INKUIRI BERPANDUKAN MODEL WEBQUEST BAGI TOPIK ASAS REKABENTUK LAMAN WEB

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Transcription:

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH SAINS DAN MATEMATIK DI UTM SKUDAI SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya NOOR AIN BINTI AZAMUDIN ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh: (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO. 14 JLN. SERI ORKID 50 PROF. DR. ISMAIL BIN 81300 SKUDAI JOHOR KAILANI Tarikh: Tarikh: CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH SAINS DAN MATEMATIK DI UTM SKUDAI NOOR AIN BINTI AZAMUDIN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2008

iii DEDIKASI Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala pujian dan syukur kupanjatkan di atas nikmat dan limpah kurnia Allah S.W.T tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Dedikasi istimewa ditujukan buat... Ayahanda, Ibunda dan Keluarga yang tercinta, Azamudin bin Arshad dan Normah binti Daud Adikku, Muhammad Effendi bin Azamudin. Buat Pensyarah-pensyarah yang disanjungi, Terutama buat Prof. Dr. Ismail bin Kailani. Buat Teman Seperjuangan yang dikasihi, Nurul Afidah binti Mohd Sebry, Mohd. Asyraf bin Ariffin, dan Rakan-rakan 4 SPM. Terima kasih atas segalanya dan semoga kalian akan diberkati Allah. Sekian, Wassalam.

iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya segala puji kepunyaan Allah. Kita memujinya, meminta pertolongan kepadanya dan memohon ampun kepadanya. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya, maka saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik). Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Dr. Ismail bin Kailani selaku pensyarah pembimbing, di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar, nasihat serta teguran di sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua guru pelatih Sains dan Matematik di UTM Skudai yang telah memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi melengkapkan kajian saya ini. Juga ribuan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, rakan seperjuangan serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga anda akan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat hendaknya. Sekian, terima kasih. Wassalam.

v ABSTRAK Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran UTM dalam kalangan guru pelatih Sains dan Matematik serta masalah-masalah yang mereka hadapi semasa menggunakan e- pembelajaran tersebut. E-pembelajaran UTM di sini merujuk kepada e-learning, MyLine, Dunia Matematik dan Mathed: A Dynamic Teaching and Learning Environment. Responden yang dipilih untuk menjalankan kajian ini adalah seramai 98 orang guru pelatih Sains dan Matematik dari kursus SPM dan SPN di Fakulti Pendidikan, UTM. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik tertutup dan terbuka yang keseluruhannya mengandungi 27 item. Nilai alpha yang diperoleh hasil daripada kajian rintis adalah 0.8883. Majoriti data kajian ini dianalisa secara kuantitatif dengan menggunakan SPSS versi 15.0 manakala terdapat satu item kajian dianalisa secara kualitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor reka bentuk laman e-pembelajaran UTM merupakan faktor tertinggi yang mempengaruhi responden untuk mengunakan e-pembelajaran UTM dengan purata min=3.03 manakala faktor terendah yang mempengaruhi responden untuk mengunakan e- pembelajaran UTM adalah faktor peralatan pembelajaran dengan purata min=2.26. Faktor pengajar memperoleh purata min 2.41 dan faktor kandungan kursus memperoleh purata min=2.90. Rangkain internet yang perlahan pula merupakan masalah utama yang dihadapi oleh responden semasa menggunakan e-pembelajaran UTM. Oleh itu, kajian ini diharap dapat meningkatkan penggunaan e-pembelajaran UTM dalam kalangan guru pelatih Sains dan Matematik dan juga pensyarah.

vi ABSTRACT The main purposes for this research are to investigate the factors which influence the usage of UTM s e-learning among Science and Mathematics trainees teacher and problems that occur when they use e-learning. UTM s e-learning here refer to e-learning, MyLine, Dunia Matematik and Mathed: A Dynamic Teaching and Learning Environment. 98 Science and Mathematic trainees teacher from SPM and SPN course were selected as respondents for this research. The instrument used in this study was an open-ended and close-ended questionnaire which overall consists of 27 items. The value of alpha for the pilot test conducted was 0.8883. Majority of the data were analyzed quantitatively using SPSS version 15.0 while one of the items was analyzed qualitatively. The finding of this research show that design of the e-learning site was the highest factor which influence respondents to use UTM s e-learning with average mean=3.03 while learning instruments was the lowest factor which influence respondents to use UTM s e-learning with average mean=2.26. Facilitator s role has average mean=2.41 and course content has average mean=2.90. Slow internet network was the main problem that occurs when they use e-learning UTM. Therefore, hopefully this research will enhance the usage of e- learning UTM among Science and Mathematic trainees teacher as well as lecturers.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 PENGENALAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Penyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6 Kerangka Kajian 7 1.7 Kepentingan Kajian 8 1.7.1 UTM 8 1.7.2 Fakulti Pendidikan 8 1.7.3 Pensyarah 9 1.7.4 Guru-Guru Pelatih Sains dan Matematik 9 1.8 Skop dan Batasan Kajian 9 1.9 Definisi Istilah 10

viii 1.9.1 Penggunaan 10 1.9.2 Pembelajaran 10 1.9.3 E-pembelajaran 11 1.9.4 Guru-Guru Pelatih Sains dan Matematik 11 1.9 Penutup 11 2 SOROTAN KAJIAN 12 2.1 Pengenalan 12 2.2 Konsep e-pembelajaran 13 2.3 Teknologi e-pembelajaran 15 2.4 Model e-pembelajaran 16 2.4.1 Rangka Kerja Badrul Khan 16 2.4.2 Rangka Kerja Mayes dan Fowler 19 2.5 Kategori e-pembelajaran 20 2.6 Rekabentuk Laman e-pembelajaran 24 2.7 Laman e-pembelajaran di UTM 25 2.7.1 e-learning 25 2.7.2 MyLine 26 2.7.3 Mathed: A Dynamic Teaching and Learning Environment 26 2.7.4 Dunia Matematik 27 2.8 Kajian Lepas 27 2.8.1 Kajian Lepas Dalam Negara 27 2.8.2 Kajian Lepas Luar Negara 31 2.9 Penutup 32 3 METODOLOGI 33 3.1 Pengenalan 33 3.2 Rekabentuk Kajian 33 3.3 Prosedur Kajian 34 3.4 Tempat Kajian 36 3.5 Populasi dan Sampel Kajian 36 3.6 Instrumen Kajian 36 3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 38

ix 3.8 Kajian Rintis 39 3.9 Analisis Data 40 3.10 Penutup 40 4 ANALISIS DATA 41 4.1 Pengenalan 41 4.2 Latar Belakang Responden 42 4.2.1 Kekerapan Mengakses Laman e-pembelajaran 42 4.2.2 Pengetahuan Responden terhadap Laman e-pembelajaran UTM 43 4.3 Faktor-faktor Penggunaan Laman e-pembelajaran UTM 44 4.3.1 Faktor Pengajar 44 4.3.2 Faktor Kandungan Kursus 45 4.3.3 Faktor Rekabentuk Laman e-pembelajaran 46 4.3.4 Faktor Peralatan Pembelajaran 48 4.4 Masalah-masalah Penggunaan Laman e-pembelajaran UTM 49 4.5 Perbincangan Soalan Terbuka 51 4.6 Penutup 53 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 54 5.1 Pengenalan 54 5.2 Perbincangan 55 5.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 55 5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 55 5.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 56 5.2.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 57 5.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian 5 58 5.3 Kesimpulan 60 5.4 Cadangan 60 5.4.1 Cadangan kepada Pihak Universiti 60 5.4.2 Cadangan kepada Pensyarah 61 5.4.3 Cadangan kepada Pelajar 61 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 61

x 5.6 Penutup 62 RUJUKAN 63 Lampiran A: Soal selidik 67 Lampiran B: Surat pengesahan soal selidik 74 Lampiran C: Ujian kebolehpercayaan soal selidik 76 Lampiran D: Laporan statistik capaian ke e-learning 78 semester II (2008/2009)

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Bahagian-bahagian dalam soal selidik 38 3.2 Interpretasi nilai min 40 4.1 Taburan peratus dan kekerapan bagi kekerapan responden mengakses laman e-pembelajaran UTM 42 4.2 Taburan peratus dan kekerapan bagi pengetahuan responden terhadap laman e-pembelajaran UTM 43 4.3 Taburan peratus, kekerapan dan min bagi faktor pengajar yang mempengaruhi responden untuk menggunakan laman e-pembelajaran UTM 44 4.4 Taburan peratus, kekerapan dan min bagi faktor kandungan kursus yang mempengaruhi responden untuk menggunakan laman e-pembelajaran UTM 46 4.5 Taburan peratus, kekerapan dan min bagi faktor rekabentuk laman e-pembelajaran UTM yang mempengaruhi responden untuk menggunakannya 47 4.6 Taburan peratus, kekerapan dan min bagi faktor peralatan pembelajaran yang mempengaruhi responden untuk menggunakan laman e-pembelajaran UTM 48 4.7 Taburan responden mengikut peratus dan kekerapan bagi permasalahan penggunaan laman e-pembelajaran UTM 50

xii 4.8 Taburan responden mengikut peratus dan kekerapan bagi jenis masalah dalam penggunaan laman e-pembelajaran UTM 50 4.9 Taburan peratus dan kekerapan bagi cadangan tindakan yang diusulkan oleh responden 51

xiii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 1.1 Kerangka kajian 7 2.1 Subset dalam PJJ 14 2.2 Model Rangka Kerja Khan untuk e-pembelajaran 17 2.3 Rangka kerja Mayes dan Fowler 20 2.4 Hubungan antara kategori-kategori dalam e-pembelajaran 22 3.1 Prosedur kajian 35

xiv SENARAI LAMPIRAN NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Soal selidik 67 B Ujian kebolehpercayaan soal selidik 74 C Surat pengesahan soal selidik 76 D Laporan statistik capaian ke e-learning 79

xv SENARAI SINGKATAN ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta FP - Fakulti Pendidikan FKM - Fakulti Kejuruteraan Mekanikal WWW - World Wide Web UNITAR - Universiti Tun Abdul Razak TV - Televisyen CD-ROM - Compact Disc Read-Only Memory PJJ - Pembelajaran Jarak Jauh SPM - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) SPC - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) SPF - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) SPN - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains) SPSS V 15.0 - Statistical Package for Science Version 15.0

Bab 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Era ICT telah membawa kepada penggunaan Internet secara meluas untuk pelbagai tujuan seperti pendidikan, hiburan, perniagaan dan sebagainya. ICT merangkumi pelbagai cabang aplikasi dan antaranya adalah laman e-pembelajaran. Laman e-pembelajaran merupakan satu sistem yang mengubah pengajaran dan pembelajaran daripada teacher-centered kepada student-centered. Penggunaan laman e-pembelajaran sering diperkatakan di IPTA atau IPTS seluruh negara. Walaubagaimanapun, penggunaan laman e-pembelajaran dalam kalangan guru pelatih Sains dan Matematik di UTM Skudai tidak begitu memberangsangkan. Contohnya, penggunaan laman e-pembelajaran menerusi e-learning. Ini dapat dilihat menerusi statistik capaian ke e-learning yang terkini iaitu pada semester dua sesi 2008/2009. Kursus Matematik dan Sains yang dianjurkan untuk FP tidak tersenarai dalam statistik tersebut walaupun FP mencatatkan sebanyak 612,033 capaian iaitu capaian yang paling tinggi pada semester tersebut. Oleh itu, satu tindakan yang drastik oleh semua pihak yang terlibat perlu diambil supaya penggunaan laman e- pembelajaran dalam kalangan guru pelatih Sains dan Matematik di UTM Skudai dapat ditingkatkan. Berhubung dengan statistik di atas, penyelidik merasakan perlunya ada kajian yang mengkaji kekerapan mengakses laman e-pembelajaran UTM, pengetahuan mengenai laman e-pembelajaran UTM, faktor-faktor dan masalah-masalah yang

2 dihadapi oleh guru pelatih Sains dan Matematik dalam penggunaan laman e- pembelajaran di UTM Skudai supaya penggunaannya dapat dipertingkatkan. Dalam kajian ini, faktor-faktor yang dikaji oleh penyelidik adalah faktor pengajar, faktor kandungan kursus, faktor rekabentuk laman e-pembelajaran UTM dan faktor peralatan pembelajaran. Selain itu, penyelidik juga mengkaji cadangan-cadangan dari guru pelatih itu sendiri supaya mereka diberi pendedahan mengenai suasana laman e-pembelajaran dan secara langsung penggunaan laman e-pembelajaran ini dapat dipertingkatkan. Penyelidik berharap dapatan kajian ini dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih Sains dan Matematik mengenai pelbagai laman e- pembelajaran yang terdapat di UTM Skudai. Kajian ini juga diharapkan dapat menjadikan laman e-pembelajaran di UTM Skudai sebagai satu medium pengajaran dan pembelajaran yang menarik, bukan hanya sekadar memuat turun nota sahaja. Oleh itu, penyelidik berharap dengan adanya kajian ini pembangun laman web yang terlibat dapat menjadikan laman e-pembelajaran di UTM Skudai setaraf dengan laman e-pembelajaran di universiti-universiti seluruh dunia memandangkan universiti-universiti di luar negara telah menggunakan sistem ini sejak zaman 60-an lagi. 1.2 Latar Belakang Masalah Laman e-pembelajaran bukanlah satu sistem pengajaran dan pembelajaran yang baru di negara kita. Namun, perkembangan laman e-pembelajaran di negara kita agak lambat jika hendak dibandingkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah. Bagi negara-negara tersebut, sistem perkomputeran dalam pendidikan telah diperkenalkan sejak zaman 60-an lagi. Walaubagaimanapun, negara kita akan tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya pendidikan negara berada setaraf dengan pendidikan di luar negara. Ini boleh dilihat melalui usul Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri mengenai rancangan Malaysia kelapan yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 23 April 2001 iaitu yang secara keseluruhannya beliau menyatakan bahawa kerajaan akan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat melalui penggunaan ICT seperti pembelajaran jarak

3 jauh dan Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) gelombang pertama akan diperluaskan ke seluruh negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan setelah Kerajaan menentukan keberkesanan pelaksanaannya. Aplikasi ini merupakan sebuah aplikasi yang menggalakkan semua pelajar di seluruh Malaysia supaya menggunakan kemudahan ICT dengan semaksimum mungkin. Sistem pendidikan di negara kita telah didedahkan dengan penggunaan komputer dan Internet apabila TM-School On-Line di WWW telah dilancarkan pada 4 Ogos 1997. Ia merupakan permulaan baru bagi pendidikan di Malaysia berlandaskan web. Penerapan kecanggihan teknologi maklumat, multimedia dan komunikasi sebagai asas kepada proses pengajaran dan pembelajaran adalah wajar memandangkan betapa relevan dan menularnya penggunaan dan penyerapan teknologi tersebut dalam kehidupan harian kita di Malaysia, bahkan seluruh dunia (Noor Adreen & Norah, 2007). Menurut Mohd Koharudin (2007), UNITAR merupakan universiti maya pertama yang telah menawarkan pelbagai perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi laman e-pembelajaran ini. Antara universiti lain yang sedang membangunkan sistem maklumat teknologi ini adalah Universiti Multimedia di Cyberjaya. Universiti ini menggunakan rangkaian komputer dan multimedia untuk menyampaikan kuliah, penilaian dan peperiksaan. Walaupun begitu, universiti-universiti lain juga dalam usaha untuk meningkatkan sistem pengajaran dan pembelajaran melalui laman e-pembelajaran ini. Di UTM, projek Kampus Siber telah dilancarkan pada Jun 1997. Ini merupakan titik permulaan bagi sistem pendidikan di UTM dalam menggunakan e-pemblejaran. Tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk memudahkan para pelajar mendapat maklumat mengenai matapelajaran yang mereka ambil dengan pantas dan tidak mengira waktu. Selain itu, laman e-pembelajaran dikatakan dapat memberikan banyak kelebihan kepada pelajar dan pensyarah di sesebuah institut. Melalui laman e- pembelajaran, seorang pensyarah dari sebuah universiti boleh menyampaikan syarahan atau kuliah secara maya dan diikuti oleh pelajar dari universiti lain (Hasani, 2004). Laman e-pembelajaran juga membolehkan maklumat yang hendak

4 disampaikan dikongsi oleh para pelajar di seluruh negara. Menurut bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Shafie Salleh, terdapat sebuah universiti yang beliau lawati sekitar 2004 banyak menggunakan tele-sidang dan membolehkan hingga empat universiti mengikuti kuliah yang sama secara serentak dari tempat masingmasing. Melalui laman e-pembelajaran ini juga pelajar dapat bertukar-tukar pendapat dan maklumat tentang tajuk-tajuk tertentu melalui sesi perbincangan maya (Samat, 2002). Ianya juga dikatakan dapat menjimatkan masa kerana pelajar tidak perlu ke kelas sebaliknya pelajar hanya perlu melayari laman web laman e- pembelajaran di rumah dengan syarat terdapat capaian Internet untuk ke laman web tersebut. Perkembangan teknologi maklumat telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan proses kolaborasi yang lebih meluas dalam proses pendidikan (Mazimah, 2003). Walaubagaimanapun, penggunaan laman e-pembelajaran dalam kalangan guru pelatih Sains dan Matematik di UTM Skudai masih kurang memuaskan. Ini dapat dilihat menerusi statistik capaian ke e-learning yang terkini iaitu pada semester dua sesi 2008/2009. Kursus Matematik dan Sains yang dianjurkan untuk FP tidak tersenarai dalam statistik tersebut walaupun FP mencatatkan sebanyak 612,033 capaian iaitu capaian yang paling tinggi pada semester tersebut. Menurut Ng Lai Peng (2003) dalam kajiannya, tahap penggunaan laman e-pembelajaran dalam kalangan pelajar dewasa di UTM Skudai berada pada tahap yang sederhana. Kajian dalam Mohd Koharuddin (2004) juga menyatakan bahawa tahap kesediaan, kesedaran dan penggunaan laman e-pembelajaran elektronik dalam kalangan pelajar berada pada tahap sederhana. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kekerapan mengakses laman e-pembelajaran UTM, pengetahuan mengenai laman e- pembelajaran UTM, faktor-faktor dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih Sains dan Matematik dalam penggunaan laman e-pembelajaran di UTM Skudai supaya penggunaannya dapat dipertingkatkan serta cadangan-cadangan yang mereka rasakan perlu untuk meningkatkan penggunaan laman e-pembelajaran ini.

5 1.3 Penyataan Masalah Kebanyakan universiti di seluruh negara menggunakan laman e-pembelajaran sebagai medium perantaraan dalam menyampaikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Menurut Suhanom (2004), laman e-pembelajaran di negara kita lebih menjurus kepada pembelajaran atas talian yang kebanyakannya ditawarkan di peringkat universiti serta kolej yang menjalankan usahasama dengan universiti luar negara. Di UTM, penggunaan laman e-pembelajaran sangat digalakkan sejajar dengan misi UTM untuk mengetuai dalam pembangunan sumber manusia yang kreatif dan berteknologi selaras dengan aspirasi negara. Walaupun begitu, masih terdapat para pelajar yang kurang menggunakan laman e-pembelajaran sebagai salah satu medium pengajaran dan pembelajaran mereka. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kekerapan mengakses laman e-pembelajaran UTM, pengetahuan mengenai laman e- pembelajaran UTM, faktor-faktor dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih Sains dan Matematik dalam penggunaan laman e-pembelajaran di UTM Skudai supaya penggunaannya dapat dipertingkatkan. Dalam kajian ini, faktorfaktor yang dikaji oleh penyelidik adalah faktor pengajar, faktor kandungan kursus, faktor rekabentuk laman e-pembelajaran UTM dan faktor peralatan pembelajaran. Penyelidik juga mengkaji cadangan-cadangan daripada guru pelatih itu sendiri. Sehubungan dengan itu, penggunaan laman e-pembelajaran dalam kalangan guru pelatih Sains dan Matematik dapat dipertingkatkan. 1.4 Objektif Kajian (i) Objektif kajian ini adalah untuk: Mengkaji kekerapan guru pelatih Sains dan Matematik mengakses ke laman e-pembelajaran UTM

6 (ii) Mengkaji pengetahuan guru pelatih Sains dan Matematik terhadap laman e- pembelajaran yang terdapat di UTM (iii) Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan laman e- pembelajaran UTM dalam kalangan guru pelatih Sains dan Matematik (iv) Mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih Sains dan Matematik dalam penggunaan laman e-pembelajaran UTM (v) Mengkaji cadangan-cadangan daripada guru pelatih Sains dan Matematik bagi meningkatkan penggunaan laman e-pembelajaran UTM 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan objektif kajian, berikut merupakan persoalan yang ingin dikaji dalam kajian ini: (i) Apakah kekerapan guru pelatih Sains dan Matematik mengakses laman e- pembelajaran UTM dalam kalangan guru pelatih Sains dan Matematik? (ii) Apakah guru pelatih Sains dan Matematik tahu mengenai laman e- pembelajaran yang terdapat di UTM? (iii) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan laman e-pembelajaran UTM dalam kalangan guru pelatih Sains dan Matematik? (iv) Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih Sains dan Matematik dalam menggunakan laman e-pembelajaran UTM? (v) Apakah cadangan-cadangan daripada guru pelatih Sains dan Matematik bagi meningkatkan penggunaan laman e-pembelajaran UTM?