Sorotan Literatur Pelaksanaan Wakaf Tunai di Malaysia

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Faktor-Faktor Mempengaruhi Sumbangan Wakaf Tunai di Kuis

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

WAQF MANAGEMENT AND ADMINISTRATION IN MALAYSIA: ITS IMPLEMENTATION FROM THE PERSPECTIVE OF ISLAMIC LAW

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PEMBANGUNAN TANAH WAKAF MELALUI HOTEL WAKAF: STRATEGI LAUTAN BIRU NASIONAL

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PERANCANGAN HARTA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM MENGGUNAKAN KONSEP HIBAH NURUL HAZIRA BINTI RAHMAT

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

COMMUNITY AWARENESS AND UNDERSTANDING OF WAQF IN MALAYSIA: EXPERIENCE OF THE STATES ISLAMIC RELIGIOUS COUNCIL

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

ZAKAT COLLECTION AND DISTRIBUTION IN MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

PELABURAN DANA SEDEKAH MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Zakat: Analisis Pengurusan dan Trend Agihan di Melaka

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KEPERLUAN KEPADA SKIM BANTUAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) ATAU LIFELONG LEARNING UNTUK FAKIR MISKIN MENERUSI ZAKAT

MODAL INSAN KOPERASI :

vii ISI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

TRANSFORMASI INSTITUSI PELAKSANA WAKAF: KES WAQAF AN-NUR CORPORATION

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

LEVEL OF UNDERSTANDING AMONG UNIVERSITI SAINS MALASYIA (USM) MUSLIM STAFFS ABOUT CASH WAQF

PEMBANGUNAN DANA WAKAF : KAJIAN DI PERBADANAN WAKAF SELANGOR

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

ABSTRAK. pada suatu ketika dahulu contohnya di zaman kerajaan Uthmaniyyah. Kajian ini

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) YEAR 2009

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

MUD FLOOD AS A SUITABLE MATERIAL FOR SUBGRADE LAYER OF LOW TRAFFIC VOLUME NURUL AIN BINT! IBRAHIM

Waqf Assets Management: Harnessing Tool for Muslims

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Cabaran Sosial dalam Pelaksanaan Zakat Kalangan Masyarakat Muslim Bangkok

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Mohd Faisol Ibrahim 1 ABSTRAK

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

THE INVOLVEMENT OF ISLAMIC BANKING IN WAQF ACTIVITIES

PEMBENTUKAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI BERTERASKAN WAKAF DI MALAYSIA: CADANGAN MODEL PELAKSANAANNYA

Transcription:

ISLAMIYYAT 39(1) 2017: 39-46 (http://dx.doi.org/10.17576/islamiyyat-2017-3901-05) Sorotan Literatur Pelaksanaan Wakaf Tunai di Malaysia Literature Review on Implementation of Cash Waqf in Malaysia Mu h a m m a d So f i y u d d i n Za k a r i a Mohd Zamro Muda ABSTRAK Sektor wakaf semakin berkembang di Malaysia lebih-lebih lagi setelah konsep wakaf tunai atau wakaf melalui wang ringgit diperkenalkan. Organisasi yang berautoriti dalam sektor wakaf ialah seperti Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), yang menggunakan pendekatan wakaf tunai sebagai galakan kepada orang Islam untuk berwakaf. Ini memandangkan konsep ini mempunyai prospek yang luas dalam menangani masalah ekonomi yang melanda persekitaran masyarakat Muslim masa kini, khususnya di Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengamati sumbangan sektor wakaf tunai dalam pemerkasaan ekonomi Muslim, di samping menganalisis potensi dan halatujunya dalam perkembangan ekonomi umat Islam di Malaysia. Dengan demikian, pencapaian objektif pelaksanaan wakaf tunai dapat dituntaskan. Justeru, sorotan literatur ini dilakukan untuk mengenal pasti dan meneliti tahap pelaksanaan wakaf tunai di bawah pengurusan badan berautoriti di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Fakta dan hujah yang diperoleh daripada sumber primer dan sekunder diteliti, dinilai serta dianalisis secara deskriptif. Hasil tinjauan literatur mendapati tahap pemahaman umat Islam berkaitan wakaf tunai masih rendah. Namun begitu, setelah YWM ditubuhkan, di samping skim-skim baru yang diperkenalkan oleh badan-badan yang menguruskan wakaf, sambutan wakaf tunai semakin meningkat meskipun belum mencapai tahap yang disasarkan. Justeru, kajian ini memfokuskan aspek pelaksanaan dan potensi yang terdapat pada wakaf tunai dalam melestarikan ekonomi umat Islam di Malaysia. Kata kunci: Wakaf tunai; ekonomi Islam; badan pengurusan wakaf ABSTRACT The waqf sector is growing in Malaysia, especially after the concept of cash waqf or waqf through ringgit currency was introduced. The authorised organizations in the waqf sector, namely, State Islamic Religious Councils, Waqf Department, Zakat and Hajj Department (JAWHAR) and Waqf Foundation of Malaysia (YWM), use the waqf approach to encourage Muslims to make endowments. This development is in view of this concept having a vast prospect in dealing with current economic problems afflicting the environment of Muslim society, particularly in Malaysia. Hence, the purpose of this research is to observe the contribution of the waqf sector to the empowerment of the Muslim economy, besides analysing the potential and direction of the Muslim economy in Malaysia. Thus, the objective of implementing cash waqf can be completely achieved. Hence, this literature highlight is to identify and examine the level of cash waqf implementation under the management of authorised bodies in Malaysia. This qualitative research is designed using a content analysis approach. Facts and arguments obtained from primary and secondary sources are examined, evaluated and descriptively analysed. The result of literature review shows the level of understanding among Muslims relating to cash waqf is still low. However, after the Waqf Foundation of Malaysia was founded, in addition to new schemes introduced by other bodies managing waqf, the response for cash waqf increased even though the target level is not yet achieved. Thus, this research focuses on aspects of implementation and potential of cash waqf in order to sustain the Muslim economy in Malaysia. Keywords: Cash waqf; Muslim economy; waqf management body PENGENALAN Perkataan al-habs bererti tertahan dan membawa maksud wakaf dari sudut bahasa. Pada umumnya, pengertian wakaf ialah menahan sesuatu yang diwakafkan daripada digunakan untuk sebarang urusan kecuali digunakan pada jalan Allah SWT (al- Zuhayli 2012). Wakaf pertama yang berlaku dalam sejarah Islam ialah tanah yang didirikan Masjid Quba di Madinah. Antara wakaf tanah lain menurut sejarah Islam ialah seperti Universiti al-azhar di Mesir, Universiti Cordova di Sepanyol dan juga Hospital al-noori di Dimashq (Ahmad Zaki, Norzaidi & Che Zuina 2008). Begitu juga di Malaysia, antara institusi yang menguruskan wakaf tanah ialah seperti Johor Corporation (JCorp). Penubuhan Kumpulan Wakaf Islamiyyat 39(1) artkl 5.indd 39

40 Islamiyyat 39(1) An Nur Sdn. Bhd. dengan sokongan pengurusan KPJ Healthcare Bhd. turut menguruskan rangkaian wakaf Klinik An Nur (Haslindar, Afizar & Tajul Ariffin 2013a; Muhammad Ali 2009). Selain wakaf tanah dan bangunan, terdapat satu lagi wakaf yang berpotensi untuk berkembang, iaitu wakaf tunai. Konsep wakaf tunai merupakan bentuk wakaf kontemporari yang bertujuan untuk meningkatkan jumlah pewakaf, khususnya di Malaysia. Secara umumnya, ia boleh diterjemahkan sebagai wakaf melalui wang ringgit. Hasil wakaf wang tunai yang diperoleh daripada orang ramai dikumpul dan diuruskan untuk kepentingan awam dan diagihkan kepada sektor-sektor pembangunan masyarakat seperti pendidikan, kesihatan, ekonomi dan masyarakat. Mutakhir ini, institusi wakaf di Malaysia seperti Baitulmal, Yayasan Agama dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) lebih menekankan skim wakaf tunai kepada para pelanggan. Ini merupakan satu perkembangan yang baik dalam menggalakkan masyarakat Islam supaya berwakaf. Pewartaan keputusan keharusan berwakaf dengan wang ringgit oleh Majlis Fatwa Kebangsaan menambahkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kaedah tersebut. Menurut Azri (2008), kaedah berwakaf secara tunai adalah praktikal kerana pemilikan mutlak bersifat kekal seperti hartanah dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia adalah rendah dan mengekang keupayaan serta kemampuan berwakaf. Berwakaf melalui wang ringgit ialah satu kaedah alternatif yang efektif untuk program membasmi kemiskinan, khususnya untuk orang Islam. Program ini memerlukan dana yang besar dan dana ini tidak boleh disediakan oleh pihak kerajaan. Menerusi konsep sosioekonomi Islam, sumber dana sosial ini dipanggil wakaf tunai. Pihak yang bertanggungjawab akan mengumpulkan hasil dana wakaf daripada pewakaf kemudian melaburkan dana tersebut ke dalam sektor ekonomi masyarakat seperti Industri Kecil dan Sederhana (SME) atau pelaburan lain yang berlandaskan Islam (Haslindar, Afizar & Tajul Ariffin 2013a). Penelitian Haslindar, Afizar dan Tajul Ariffin (2013a) menerusi Mohamad Salleh (2009) turut melaporkan yang wakaf tunai berpotensi untuk membangunkan sosioekonomi ummah. Pungutan dana daripada wakaf tunai di Malaysia dijangkakan boleh mencecah RM4.3 billion setahun sekiranya setiap warganegara Muslim dewasa mendermakan RM1.00 sehari atau RM30 sebulan. Pungutan ini boleh mencecah RM7 bilion setahun dan mampu menjana banyak peluang untuk pembangunan komuniti Muslim di Malaysia. Oleh itu, masyarakat Muslim perlu mengetahui kepentingan berwakaf secara tunai agar jumlah pewakaf meningkat dan ini sekali gus menambahkan dana wakaf. Hasil kutipan boleh diuruskan secara fleksibel dan bersifat terbuka serta mudah diurus berbanding dengan harta kekal. Di samping itu, wakaf tunai lebih mesra pelanggan berbanding wakaf harta tidak alih seperti tanah, rumah atau bangunan. Ini memandangkan masyarakat Islam yang berpendapatan rendah juga berpeluang menyalurkan harta wakaf sekali gus boleh memenuhi tuntutan ibadat wakaf dalam Islam serta membantu meningkatkan tahap perkembangan ekonomi dalam komuniti Muslim. Justeru, institusi wakaf di Malaysia perlu memainkan peranannya dengan sebaiknya. Tugas dalam pengurusan wakaf tunai perlu dimantapkan, di samping memperhebat bentuk penyampaian maklumat berkaitan wakaf tunai kepada masyarakat. Amalan wakaf tunai juga berpotensi untuk berkembang dan menjadi satu kaedah yang efektif untuk menyelesaikan masalah sosioekonomi yang melanda masyarakat Islam di Malaysia. Menerusi pengurusan wakaf tunai yang baik serta harta atau aset wakaf yang terbengkalai boleh dibangunkan semula. Masalah pengangguran boleh diatasi dan institusi pendidikan Islam boleh diperkasakan serta dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Muslim di Malaysia. Oleh hal yang demikian, satu kajian sumber atau sorotan literatur dijalankan untuk meneliti bentuk pelaksanaan wakaf tunai di Malaysia. Antara institusi wakaf yang menguruskan pentadbiran wakaf di Malaysia ialah seperti Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) serta Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN). Sorotan literatur ini meliputi kaedah pelaksanaan wakaf tunai, pencapaian dan juga sumbangannya dalam pembangunan ekonomi Muslim di Malaysia. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk memfokuskan pada konsep wakaf tunai, pelaksanaannya di Malaysia serta sumbangan dan potensi wakaf tunai. METODOLOGI Secara keseluruhannya, kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif. Kajian inimenerapkan kaedah analisis dokumen sebagai reka bentuk kajian. Bahan kajian daripada sumber primer dan sekunder seperti kitab turath, buku ilmiah, artikel jurnal, artikel prosiding, kertas kerja persidangan, manuskrip, majalah dan akhbar dianalisis dan diteliti bagi melengkapkan metodologi kajian ini. Kajian ini Islamiyyat 39(1) artkl 5.indd 40

Sorotan Literatur Pelaksanaan Wakaf Tunai di Malaysia turut meneliti isi dokumen berkenaan serta menilai fakta dan hujah ilmiah yang dikemukakan bagi memastikan keaslian sumber yang diperoleh. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan kajian ini juga membuat perbandingan antara pendapat yang berbeza berkaitan kajian yang dijalankan serta membuat kesimpulan dan juga cadangan terhadap maklumat dan hasil kajian yang dinatijahkan. KUPASAN TINJAUAN LITERATUR Menyoroti sejarah perundangan Islam, Nabi Muhammad SAW ialah golongan terawal yang melaksanakan amalan wakaf dengan pembinaan Masjid Quba dan dikuit dengan pembangunan Masjid Nabawi yang dibina pada tahun pertama hijrah dari Makkah ke Madinah (al- Ani 1965; Yakan 1966; Abu Zahrah t.th.). Pengamalan ibadat wakaf semakin meluas pada zaman Sahabat RA. Antaranya ialah seperti kisah Umar ibn al-khattab RA mewakafkan tanah beliau di Khaybar dan kisah Uthman ibn Affan RA mewakafkan telaga untuk kegunaan orang ramai (al- Ani 1965; Yakan 1966; al-muhayrab t.th.) Wakaf terus gemilang pada zaman pemerintahan Kerajaan Umawiyyah dan Abbasiyyah. Satu jabatan atau organisasi khas telah ditubuhkan untuk mengumpul dan menguruskan harta wakaf (al-muhayrab t.th.). Pentadbiran wakaf pada zaman tersebut menjadi lebih tersusun dan sistematik dengan pelantikan para pegawai khusus untuk menggerakkan jabatan tersebut. Perkembangan wakaf mencapai titik kegemilangan pada era pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah yang menyaksikan wakaf membawa peranan yang besar dalam perkembangan ekonomi (Cizakca 2004). Menerusi tinjaun yang dibuat, terdapat satu cara untuk membangun dan mengembangkan harta wakaf kepada yang lebih optimum, iaitu berwakaf secara tunai (Azri 2008; Siti Mashitoh 2007; Baharuddin 2011). Menurut Haslindar, Eliza dan Joriah (2013b), wang hasil daripada wakaf tunai bersifat fleksibel dan mudah dikembangkan berbanding dengan wakaf harta kekal seperti tanah dan rumah. Berdasarkan sorotan sejarah terdahulu, sistem berwakaf secara tunai terbukti banyak membantu dalam menyediakan pelbagai aktiviti pembangunan ekonomi masyarakat seperti kemudahan pendidikan, kesihatan, kebajikan dan aktiviti lain yang bermanfaat kepada masyarakat seperti yang telah dilaksanakan pada zaman pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah (Cizakca 2004; Toraman, Tuncsiper & Yilmiz 2007). Wakaf tunai dapat didefinisikan sebagai pemberian wang 41 tunai kepada entiti pengurusan yang sah untuk dikumpul dan dijadikan modal bagi menukar dana kepada harta kekal atau membiayai aktiviti yang berkaitan dengan wakaf (Azri 2008). Menurutnya lagi, kaedah ini adalah praktikal kerana pemilikan mutlak bersifat kekal seperti hartanah dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia adalah dan mengekang keupayaan dan kemampuan berwakaf. Umum mengetahui kadar kemiskinan semakin bertambah berikutan peningkatan kos sara hidup. Program seperti pembasmian kemiskinan memerlukan dana yang besar dan dana ini tidak boleh disediakan oleh pihak kerajaan. Oleh yang demikian, satu konsep alternatif untuk menguruskan kes kemiskinan yang semakin meruncing adalah amat perlu. Melalui konsep sosioekonomi Islam, satu konsep boleh diaplikasikan dengan mengumpulkan dana awam dan sumber dana sosial ini dipanggil wakaf tunai. Pihak yang bertanggungjawab akan mengumpulkan hasil dana wakaf daripada pewakaf dan kemudiannya melaburkan dana tersebut dalam sektor ekonomi masyarakat seperti SME atau pelaburan lain yang berlandaskan Islam (Haslindar, Afizar & Tajul Ariffin 2013a). Pendapat ini turut dikemukakan oleh Achmad dan Ataina (2011) berkenaan sektor SME yang mampu mengurangkan kadar pengangguran masyarakat. Pemerkasaan industri kecil dan sederhana ini boleh dilakukan dengan pelan tindakan yang baik hasil daripada pelaksanaan wakaf tunai yang diuruskan oleh badanbadan bertauliah. Tambahan pula, wakaf tunai menjanjikan manfaat dan kelebihan yang pelbagai sesuai dengan keadaannya yang bersifat fleksibel. Penawaran harga yang minimum juga menarik minat orang Islam untuk berwakaf. Melalui dana wakaf tunai, aset-aset wakaf yang terbiar disebabkan kekurangan sokongan kewangan dapat diselesaikan. Selain itu, danaf wakaf tunai turut mampu membantu institusi pendidikan Islam yang menghadapi masalah kewangan dalam pengendalian pengurusan dan utiliti. Antara medium yang boleh digunakan untuk ialah melalui konsep mudarabah dan mushtarakah (Farhah et al. 2014) Dana wakaf tunai yang besar memberikan banyak kelebihan untuk membangunkan ekonomi Islam. Antaranya, ia boleh digunakan menaikkan SME, di samping dapat menyelesaikan masalah hutang termasuk aset seperti rumah dan bangunan yang terpaksa dilelong oleh pihak bank disebabkan oleh hutang yang tidak mampu dibayar dan penglibatam ceti haram yang kian meruncing dalam komuniti Muslim (Haslindar, Eliza & Joriah 2013b). Kesimpulan yang sama juga telah dibuat oleh kajian Islamiyyat 39(1) artkl 5.indd 41

42 Islamiyyat 39(1) Toraman, Tuncsiper dan Yilmiz (2007). Dengan kewujudan pengurusan skim wakaf tunai ke atas perbelanjaan kewangan dalam bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan masyarakat dan aktiviti kebajikan yang lain, perbelanjaan daripada kerajaan dapat dikurangkan. Ini bersesuaian dengan konsep wakaf tunai yang bersifat mesra kepada masyarakat, terutama mereka yang tidak mempunyai aset seperti tanah dan bangunan tetapi mahu berwakaf. Antara kelebihan wakaf tunai yang disebut dalam tulisan Haslindar, Afizar dan Tajul Ariffin (2013a) serta Farhah et al. (2014) ialah: 1. Wakaf tunai mudah dilaksanakan dan tidak memerlukan jumlah kewangan yang besar bagi mereka yang ingin berwakaf sekali gus boleh meningkatkan penglibatan masyarakat dalam sektor wakaf. 2. Wakaf tunai mampu meraih lebih banyak dana untuk pembangunan aset wakaf seperti membangunkan aset tanah wakaf yang terbiar. 3. Wakaf tunai juga boleh membantu institusi pendidikan yang mengalami kemerosotan kewangan. Dengan kewujudan dana wakaf tunai, masalah kewangan dalam sistem pendidikan dapat diatasi. 4. Wakaf tunai berperanan mengurangkan kebergantungan institusi Islam kepada kerajaan dan mengukuhkan kedudukan institusi Islam dalam mendepani cabaran arus kemodenan negara. Dari aspek pendidikan pula, ia terbukti berjaya memainkan peranan penting dalam pembangunan sistem pendidikan Islam. Universiti al-azhar di Mesir ialah satu daripada contoh kejayaan wakaf tunai. Universiti yang tertubuh pada tahun 975M ini dibina menggunakan dana wakaf tunai hasil sumbangan masyarakat Islam ketika itu (Haslindar, Afizar & Tajul Ariffin 2013a). Kehebatan institusi wakaf Islam ini diakui sehingga ditiru oleh Barat dengan menjenamakan semula wakaf ke dalam bentuk yayasan, trust atau endowment. Universiti seperti Oxford dan Cambridge di Britain serta Harvard dan Standford di Amerika Syarikat ialah antara universiti berasaskan endowment dan mempunyai dana yang kukuh. Universiti Harvard misalnya, dilaporkan antara universiti terkaya dengan memiliki aset endowmen bernilai melebihi USD30 bilion (Najibah & Mohd Zamro 2014). Pada abad ini, populasi Muslim semakin meningkat tetapi bilangan harta wakaf tidak menunjukkan peningkatan yang tinggi. Tambahan pula, ramai Muslim tidak berpeluang untuk mengambil bahagian dalam wakaf disebabkan oleh tanggapan yang salah serta kurang kefahaman terhadap wakaf yang hanya menumpu kepada aset kekal seperti bangunan dan tanah yang sememangnya kurang dimiliki oleh orang Islam sebagaimana yang dijelaskan oleh Baharuddin (2011). Melalui wakaf tunai, orang Islam yang tidak mempunyai aset seperti tanah dan bangunan juga boleh berwakaf. Secara umumnya, kaedah wakaf tunai akan melalui tiga proses untuk melengkapkan satu model yang lengkap. Menurut Mohd Umar et al. (2011), proses pertama ialah proses pengumpulan dana, iaitu dana dikumpul hasil sumbangan pewakaf atau sumbangan orang awam atas nama wakaf tunai melalui program kesedaran atau keagamaan yang dianjurkan oleh organisasi wakaf. Kedua ialah proses pengembangan dana. Dana yang terkumpul disalurkan kepada sektor-sektor yang boleh memberikan pulangan yang baik. Proses yang ketiga pula ialah proses pengagihan. Setelah dana yang dilaburkan mencapai tahap yang ditetapkan, dana tersebut diagihkan kepada golongan sasaran dan diperuntukkan kepada aktiviti yang boleh menjana modal insan. Oleh yang demikian, bagi merealisasikan matlamat wakaf, sumbangan wakaf dan pelaksanaan projek perlu dimantapkan menerusi pentadbiran dan pengurusan yang berstruktur, tersusun dan sistematik sesuai dengan keadaan semasa sebagaimana telah dijelaskan oleh Nik Mustapha (1999) serta Nik Mohd Zain dan Azimuddin (1999). Ini turut diakui oleh AbulHasan (2002) serta Chowdhury, Mohd Fahmi dan Mohd Faisol (2011) yang menyatakan pengurusan wakaf oleh badan berautoriti perlu bersifat inovasi dan efektif dalam merangka dan menyediakan pelan tindakan yang boleh memberi impak besar kepada pembangunan sosioekonomi Muslim. Di Malaysia, terdapat banyak badan atau organisasi yang menguruskan pentadbiran wakaf, termasuk wakaf tunai antaranya ialah seperti YWM, JAWHAR dan MAIN. Penubuhan entiti atau organisasi sebegini secara tidak langsung dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat. Ini sekali gus dapat membendung masalah pengangguran yang menjadi antara faktor terhadap taraf ekonomi masyarakat Muslim yang rendah (Toraman, Tuncsiper & Yilmiz 2007). Organisasi-organisasi wakaf ini menawarkan skim wakaf tunai dengan penetapan nilai minima sebagai satu langkah untuk menarik minat masyarakat untuk berwakaf (Haslindar, Eliza & Joriah 2013b). Skim Dana Wakaf Penang dengan nilai wakaf terendah, iaitu Islamiyyat 39(1) artkl 5.indd 42

Sorotan Literatur Pelaksanaan Wakaf Tunai di Malaysia RM5, Wakaf Selangor dengan nilai RM10, Wakaf Pahang RM10, Wakaf Johor RM10, Skim Wakaf Tunai Terengganu RM10 dan Wakaf Melaka RM10. Selain daripada itu, komuniti Muslim juga boleh menerima Skim Wakaf Tunai Kebangsaan dengan penetapan harga minima RM10 yang ditawarkan oleh YWM dan Yayasan Dakwah Islamiyyah Malaysia (YADIM). Kaedah bukan skim juga dilaksanakan seperti berwakaf secara online (dalam talian) melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia yang memerlukan pengguna mempunyai akaun Internet Banking untuk melakukan transaksi, Auto Debit melalui Maybank Berhad, berwakaf melalui wang pos dan juga berwakaf di Kuanter Wakaf Tunai Malaysia seperti yang dilaksanakan di YWM (www.ywm.gov.my). Antara contoh kejayaan pelaksanaan wakaf tunai ialah penubuhan Akademi Kulinari Terengganu. Institusi ini dibangunkan di atas tanah milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan pembiayaan sebanyak RM2.5 juta melalui peruntukan Bajet 2010 YWM. Ia merupakan kerjasama sinergi di antara MAIDAM selaku pemilik, YWM sebagai pembiaya dan pengurus serta GIATMARA sebagai tenaga pengajar. Akademi Kulinari Terengganu siap dibina sepenuhnya pada 30 Julai 2012 dan mula beroperasi pada 2 September 2012. Institusi berteraskan bidang kulinari ini diuruskan oleh YWM melalui Perbadanan Wakaf Nasional Berhad (PWNB) dengan kerjasama pihak GIATMARA. Antara kursus yang ditawarkan di sini ialah kursus dalam bidang confectionary dan bakery selama enam bulan berserta asrama sepenuh masa kepada anak-anak asnaf MAIDAM (Buletin YWM 2013). Selain itu, melalui urus tadbir skim wakaf tunai yang baik mampu membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat. Di Terengganu, sebuah hotel berjaya dibina hasil kejayaan wakaf tunai di bawah pengurusan YWM. Hotel Grand Puteri yang terletak di ibu negari Terengganu itu telah dibangunkan oleh JAWHAR di atas tanah wakaf yang dipegang oleh MAIDAM (Berita Harian 2013). Selain Hotel Grand Puteri di Terengganu, terdapat dua lagi hotel yang 43 berjaya dibangunkan hasil kejayaan dana wakaf, iaitu Hotel Seri Warisan di Taiping, Perak dan Hotel Pantai Puteri di Tanjung Kling, Melaka (www.ywm. gov.my). Perkembangan positif ini dapat menarik ramai pelancong datang ke negeri ini dan senario ini turut membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada komuniti di sana, khususnya masyarakat Islam sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Melihat kepada kecenderungan pelaksanaan wakaf tunai untuk berjaya pada masa akan datang, selain aspek pendidikan, kesihatan, pelancongan serta perindustrian kecil dan sederhana sebagaimana pencerakinan Abulhasan (2002), Cizacka (2004), Toraman, Tuncsiper & Yilmiz (2007), Chowdhury, Mohd Fahmi dan Mohd Faisol (2011), Haslindar, Afizar dan Tajul Ariffin (2013a) serta Haslindar, Eliza dan Joriah (2013b). Yusuff Jelili dan Nor Azizan (2013) mengemukakan satu solusi untuk mengembangkan tahap sosioekonomi Muslim melalui wakaf, iaitu memajukan sektor agrikultur. Tambah mereka lagi, ia sesuai digiatkan kerana ramai orang Islam terlibat secara langsung dalam bidang ini. Produk hasil daripada penternakan dan pertanian orang Islam boleh dipasarkan di peringkat global. Ini merupakan satu peluang yang besar untuk meningkatkan tahap sosioekonomi Muslim, khususnya di Malaysia. ANALISIS TINJAUAN LITERATUR Hasil tinjauan literatur yang dilakukan mendapati pelaksanaan wakaf tunai sedang melalui fasa pengembangan. Masyarakat sudah mula menunjukkan minat untuk berwakaf secara tunai dan terbukti dengan kutipan dana wakaf yang semakin meningkat. Sorotan kajian terdahulu berkaitan pelaksanaan, sumbangan serta potensi dan hala tuju wakaf tunai telah dilakukan dan dinyatakan sebagaimana berikut: Islamiyyat 39(1) artkl 5.indd 43

44 Islamiyyat 39(1) JADUAL 1. Pelaksanaan, sumbangan serta potensi dan hala tuju wakaf tunai Bil. Penulis Perbincangan/Hasil Kajian 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Cizakca (2004); Toraman, Tuncsiper & Yilmiz (2007); Azri (2008); Asmak; (2009); Siti Mashitoh (2007); Baharuddin (2011). Achmad & Ataina (2011); Haslindar, Afizar & Tajul Ariffin (2013a) Farhah et al. (2014) Toraman, Tuncsiper & Yilmiz (2007); Haslindar, Afizar & Tajul Ariffin (2013a); Farhah et al. (2014). Haslindar, Eliza & Joriah (2013b); Najibah & Mohd Zamro (2014); Farhah et al. (2014) Yusuff Jelili dan Nor Azizan (2013) Nik Mustapha (1999); Nik Mohd Zain & Azimuddin (1999); AbulHasan (2002) dan Chowdhury, Mohd Fahmi & Mohd Faisol (2011) Mohd Umar et al. (2011) Berwakaf secara tunai mampu membangun dan mengembangkan dana wakaf kepada hasil yang lebih otimum, khususnya dalam pembangunan ekonomi masyarakat. Pengumpulan dana wakaf dilaburkan ke sektor SME untuk membantu meningkatkan ekonomi masyarakat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Aset-aset wakaf yang terbiar disebabkan kekurangan sokongan kewangan dapat diselesaikan melalui pelaksanaan wakaf tunai, di samping mampu membantu institusi pendidikan Islam yang menghadapi masalah kewangan dalam pengendalian pengurusan dan utiliti serta konsep mudarabah dan mushtarakah sebagai medium pelaksanaan. Dengan kewujudan pengurusan skim wakaf tunai ke atas perbelanjaan kewangan dalam bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan masyarakat dan aktiviti kebajikan lain, perbelanjaan daripada kerajaan dapat dikurangkan. Wakaf tunai berjaya memainkan peranan penting dalam pembangunan sistem pendidikan daripada mengalami kemerosotan kewangan. Sektor agrikultur boleh diperkembang melalui pelaksanaan wakaf tunai kerana ramai orang Islam terlibat secara langsung dalam bidang ini dan produk-produk hasil daripada penternakan serta pertanian orang Islam boleh dipasarkan di peringkat global sekali gus membantu meningkatkan ekonomi Muslim. Sumbangan wakaf dan pelaksanaan projek perlu dimantapkan menerusi pentadbiran dan pengurusan yang berstruktur, tersusun dan sistematik sesuai dengan keadaan semasa serta lebih berinovasi dalam merangka pelan tindakan. Tiga kaedah umum dalam pelaksanaan wakaf tunai di Malaysia, iaitu pengumpulan dana, pengembangan dana dan proses pengagihan. KESIMPULAN Wakaf ialah satu daripada mekanisme pengagihan semula kekayaan yang bagus untuk dilaksanakan kerana ia mementingkan konsep kebajikan. Sejarah telah membuktikan wakaf amat memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara sejak zaman Nabi Muhammad SAW hingga zaman kegemilangan Islam seperti di Turki. Wakaf yang dahulunya hanya dikenali sebagai wakaf harta berbentuk harta kekal, kini telah dikembangkan menggunakan konsep wakaf tunai dan konsep kontemporari yang lain. Skim-skim wakaf yang diperkenalkan menjadi ikhtiar masyarakat untuk sama-sama menyumbang ke arah pembangunan sistem ekonomi Islam yang lebih terkehadapan demi kemaslahatan dan kesejahteraan ummah, di samping meningkatkan pembangunan kebajikan ekonomi Islam, khususnya di Malaysia. Dengan demikian, organisasi atau institusi pentadbiran wakaf memainkan peranan yang sangat penting untuk meningkatkan potensi wakaf kepada hasil yang lebih optimum dan meneruskan kegemilangan sektor wakaf di Malaysia. Justeru, kajian ini secara tidak langsung dapat memberi implikasi kepada kajian wakaf yang akan datang, di samping menjadi sumber literatur kepada para pengkaji lain, institusi atau organisasi wakaf untuk mengembangkan kajian serta penyelidikan berkaitan korpus ilmu ini. Selain itu, antara cadangan yang boleh diutarakan ialah organisasi wakaf di Malaysia perlu lebih berinovasi dalam menguruskan dana wakaf yang terkumpul. Dana yang diperoleh bukan sekadar diagihkan tetapi turut dikembangkan melalui sektor yang sedang membangun di Malaysia seperti sektor pendidikan, pelancongan, pertanian dan agrikultur. Menerusi perluasan skop ini membolehkan sektor wakaf lebih maju dan mampu memberikan Islamiyyat 39(1) artkl 5.indd 44

Sorotan Literatur Pelaksanaan Wakaf Tunai di Malaysia impak yang optimum dan seterusnya mampu membuka peluang janaan ekonomi yang lebih luas untuk golongan yang memerlukan. Lantas, kempen berwakaf secara tunai juga boleh digiatkan dengan cara yang lebih kreatif dan bersifat mesra pelanggan agar boleh menarik minat masyarakat untuk berwakaf. RUJUKAN Abu Zahrah, Muhammad. t.th. al-muhadarat fi al-waqf. al-qahirah: Dar al-fikr al- Arabi. AbulHasan, M.S. 2002. Waqf, perpetual charity and poverty alleviation. International Journal of Social Economic 29: 135-151. Achmad Tohirin & Ataina Hudayati. 2011. Cash waqf institution and accounting issues. Kertas kerja International Seminar and Workshop on Islamic Accounting. Universitas Islam Indonesia, Yogyakarta, 26-27 Julai. Ahmad Zaki Abd Latiff, Norzaidi Mohd Daud & Che Zuina Ismail. 2008. Pengurusan harta wakaf dan potensinya ke arah kemajuan pendidikan umat Islam di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR 2(2): 25-61. al- Ani, Muhammad Shafiq. 1965. Ahkam al-awqaf. Baghdad: Matba at al-irshad. Asmak Ab Rahman. 2009. Peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi umat Islam dan aplikasinya di Malaysia. Jurnal Syariah 17: 113-152. Azri Ahmad. 2008. Pelaksanaan skim wakaf tunai oleh Yayasan Wakaf Malaysia. Jurnal Pengurusan Jabatan JAWHAR 2(2): 88-97. Baharudin Sayin. 2011. Hala Tuju Waqaf Tunai dalam Isu-isu Semasa mengenai Waqaf. Pusat Universiti Teknologi Mara, Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Berita Harian. 2013. 12 September, hlm. 12. Buletin Yayasan Wakaf Malaysia. 2013. Januari-Jun, Bil. 1. Chowdhury, M.S.R., Mohd Fahmi Ghazali & Mohd Faisol Ibrahim. 2011. Economic of cash waqf management in Malaysia: A proposed cash waqf model for practitioners and future researchers. African Journal of Business Management 5(30): 12155-12163. Cizacka, M. 2004. Ottoman cash awqaf revisited: The cash of the Bursa 1555-1823. Muslim Heritage. http://www. muslimheritage.com/article/ottoman-cash-waqfsrevisited-case-bursa-1555-1823. Farhah Saifuddin, Saim Kayadibi, Refik Polat, Yahya Fidan & Omer Kayadibi. 2014. The role of cash waqf in poverty alleviation: Case of Malaysia. Proceeding - Kuala Lumpur International Business, Economic and Law Conference 4 (KLIBEL4) 1: 272-289. 45 Haslindar Ibrahim, Afizar Amir & Tajul Ariffin Masron. 2013a. Cash waqf: An innovative instrument for economic development. International Review of Social Sciences and Humanities 6(1): 1-7. Haslindar Ibrahim, Eliza Nor & Joriah Muhammad. 2013b. Cash waqf and its development in the northen region of Malaysia. Proceeding - 4 th International Conference on Business and Economic Research (4 th ICBER 2013), hlm. 276-284. Mohamad Salleh Abdullah. 2009. Malaysia perlu transformasi pengurusan wakaf. Utusan Malaysia, 25 Disember. Mohd Umar Mohd Marzuki, Shahida Shahimi, Abdul Ghafar Ismail & Zaini Embong. 2012. Tackling poverty: A look at cash waqf. Prosiding PERKEM IIV 2: 1611-1623. Muhammad Ali Hashim. 2009, Jihad bisnes: Satu pendekatan strategik ke arah pemerkasaan ekonomi ummah. Kertas kerja Kongres Ekonomi Islam ke-3, Malaysia Islamic Chamber of Commerce. al-muhayrab, Khalid ibn Harub ibn Fawzan. t.th. Athar al-waqf ala al-dakwah ila Allah Ta ala. al-shariqah: Nafaqat al-amanah al-ammah li al-awqaf. Najibah Mustaffa & Mohd Zamro Muda. 2014. Pengurusan wakaf pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi: Satu sorotan literatur. International Journal of Islamic and Civilization Studies 1: 45-57. Nik Mohd Zain Mohd Yusof & Azimuddin Bahari. 1999. Kedudukan dan potensi pembangunan hartanah wakaf di Malaysia: Satu penilaian. Dlm. Konsep dan Pelaksanaan Wakaf di Malaysia, disunting oleh Nik Mustapha Nik Hassan, 105-152. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Nik Mustapha Nik Hassan. 1999. Sumbangan institusi wakaf kepada pembangunan ekonomi. Dlm. Konsep dan Pelaksanaan Wakaf di Malaysia, disunting oleh Nik Mustapha Nik Hassan, 1-16. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Siti Mashitoh Mahamood. 2007. Pembentukan dana wakaf menurut perspektif Syariah dan undang-undang serta aplikasinya di Malaysia. Jurnal Syariah 15(2): 61-83. Toraman, C., Tuncsiper, B. & Yilmiz, S. 2007. Cash waqf in the Ottomans as philanthropic foundations and their accounting practices. Kertas kerja 5th Accounting History International Conference. Banff, Canada, 9-11 Ogos. Yakan, Zuhdi. 1966. al-mukhtasar fi al-waqaf. Bayrut: Matba at Samiya. Yayasan Wakaf Malaysia. 2014. Hotel-hotel wakaf. www. ywm.gov.my [20 November]. Yusuff Jelili Amuda & Nor Azizan Che Embi. 2013. Allevation of poverty among OIC countries through sadaqat, cash waqf and public funding. International Journal of Trade, Economic and Finance 4(6): 403-408. Islamiyyat 39(1) artkl 5.indd 45

46 Islamiyyat 39(1) al-zuhayli, Wahbah. 2012. Mawsu at al-fiqh al-islami wa al-qadaya al-mu asirah. Dimashq: Dar al-fikr. Muhammad Sofiyuddin Zakaria Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan MALAYSIA Mohd Zamro Muda Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan MALAYSIA zamro@ukm.edu.my Islamiyyat 39(1) artkl 5.indd 46