PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Similar documents
Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

SISTEM MAKLUMAT PENDAFTARAN KURSUS PENDEK ABDUL HADI BIN AUGUST FOUZY DR. NOOR HASRINA BINTI BAKAR

TONG SAMPAH PINTAR BERASASKAN INTERNET PELBAGAI PERKARA (IOT)

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar

SISTEM E-PELAPORAN PEMANTAUAN LAMAN WEB JABATAN STANDARD MALAYSIA. Maggery Roxane Dennis Dr. Mohd Ridzwan Yaakub

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

SISTEM PENJADUALAN SYIF. Nurul Iddayu Bahari Idrus. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SISTEM PEMBANGUNAN LAMAN WEB AKOMODASI BERASASKAN AWAN. Muhammad Nazmi Bin Anuar Zamri Murah

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN MENERUSI WEB MENGGUNAKAN PENDEKATAN INKUIRI BERPANDUKAN MODEL WEBQUEST BAGI TOPIK ASAS REKABENTUK LAMAN WEB

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

PELAPORAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA MENGGUNAKAN SMS GATEWAY (E-PRK)

SOALAN NO 3 KERJA KURSUS SENI VISUAL 3 (KERTAS 970/3) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2011

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

PELAKSANAAN TUGASAN DIALOG TENTANG ISLAM MENERUSI FACEBOOK DALAM KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAKWAH

Pembangunan Laman Sesawang Kemahiran Mendengar Bahasa Arab (Maharat al-istima wa al-fahm): Mendokong Dasar e-pembelajaran di UKM

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

KEPERLUAN PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN PENGETAHUAN MELALUI MICROSOFT OFFICE SHAREPOINT SYSTEM (MOSS) DIKALANGAN WARGA NUKLEAR MALAYSIA.

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

PORTAL PERSATUAN PENDUDUK (PPP)

(/, ^3 OOOO

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

KAEDAH PAMERAN DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN GURU PELATIH KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

-*.- Program Pensiswa

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

PENGGUNAAN B-PoP: RASULULLAH, KEKASIH ALLAH DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI DAN MENGINGAT KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Transcription:

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI Noor Azean Atan & Mohd Ariff Bin Badarudin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak: Dalam sistem pembelajaran bagi subjek berasaskan perisian komputer, kaedah pembelajaran secara hands-on adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah pembelajaran secara kuliah. Suatu kelainan dalam proses pendidikan yang mampu menarik perhatian amat diperlukan bagi mendapatkan maklum balas positif dari masyarakat pelajar. Oleh itu, laman web ini dibangunkan berdasarkan strategi pembelajaran berasaskan situasi dimana pelajar akan cuba dibawa kepada situasi sebenar pembelajaran tersebut. Subjek Bahasa Pengaturcaraan I C++ telah dipilih sebagai isi pelajaran dengan memberi tumpuan kepada topik Struktur Pilihan dan Gelungan. Model Rekabentuk Instruksi Bersistem Hannafin dan Peck yang mempunyai tiga fasa iaitu Fasa Analisis Keperluan, Fasa Rekabentuk serta Fasa Pelaksanaan dan Pembangunan digunakan sebagai panduan dalam membangunkan laman web ini. Laman web ini juga dibangunkan dengan menggunakan Micromedia Dreamweaver 8 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Adobe Captivate 3, Adobe Photoshop CS2 dan Borland C++. Diharap dengan pembangunan laman web ini akan membantu pelajar menguasai subjek tersebut dan dapat membentuk pelajar dalam menentukan hala tuju dan matlamat pembelajaran mereka. Abstract: In the learning system of computer software-based subject, hands on learning method is impressible compared with lecture method. Something different which can attract in educational process is needed to get positive response from student community. This website is developing on the strength of situated based learning strategy where student will be brought to the real situation. The content is based on Bahasa Pengaturcaraan I C++ subject; focusing on topic of Choice and Looping Structure. This website was developed according to the three main phase in the Systematic Intructional Design Model of Hannafin and Peck which involved Need Assessment Phase, Design Phase and Develop and Implementation Phase. Micromedia Deamweaver 8 was used as the main development software and supported by other software such as Adobe Captivate 3, Adobe Photoshop CS2 dan Borland C++. Hopefully, this website will help the student mastering this subject and lead them to self-directed learning and determine their learning target. Katakunci: Bahasa Pengaturcaraan I C++, laman web, strategi pembelajaran Pengenalan Pelajar di pelbagai peringkat seperti universiti, kolej, sekolah menengah mahu pun sekolah rendah didedahkan dengan penggunaan ICT secara meluas dalam pembelajaran mereka. Buku-buku teks pelajar sekolah kini disertakan dengan CD untuk menggalakkan para pelajar menggunakan teknologi terkini dalam pembelajaran mereka. Isi kandungan CD dibangunkan supaya kelihatan menarik dan merupakan salah satu cara terbaik untuk mendekatkan para pelajar dengan teknologi pembelajaran terkini di rumah. Selain itu, pembelajaran elektronik atau Electronic Learning (e-learning) telah diaplikasikan di universiti-universiti tempatan dan sedang cuba untuk diaplikasikan terhadap pelajar-pelajar sekolah pula. Pernyataan Masalah Penggunaan internet di kalangan pelajar universiti banyak di dorong oleh keperluan semasa. Sumber bagi mendapatkan bahan-bahan rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah boleh

didapati melalui internet. Namun situasi pengajaran dan pembelajaran semasa yang melibatkan ceramah, kuliah dan amali di dalam makmal komputer amat terhad kepada kekangan masa. Walaupun terdapat laman web luar berkenaan Bahasa Pengaturcaraan I iaitu C++, ia tidak mengikut silibus pembelajaran yang digunapakai dalam subjek Bahasa Pengaturcaraan I bagi subjek SPM 2102. Selain itu, rekabentuk laman web yang sedia ada tidak menggunakan pendekatan dan strategi yang sesuai dengan bentuk pembelajaran subjek ini. Oleh yang demikian, pembangun berhasrat untuk membangunkan satu laman web yang interaktif dan boleh digunakan sebagai salah satu sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar-pelajar terutamanya pelajar yang mengambil subjek bagi subjek Bahasa Pengaturcaraan I C++. Pelajar juga akan dapat mengakses laman web ini pada bila-bila masa yang mereka mahu di luar waktu kuliah bagi mendapatkan input tambahan selain dari nota kuliah yang sedia ada. Objektif a) Membangunkan sebuah prototaip laman web bagi subjek Bahasa Pengaturcaraan I C++. b) Membangunkan sebuah prototaip laman web yang berdasarkan strategi pembelajaran berasaskan situasi bagi subjek Bahasa Pengaturcaraan I C++. c) Membangunkan sebuah prototaip laman web bagi subjek Bahasa Pengaturcaraan I C++ dengan mengimplimentasikan elemen multimedia di dalamnya. Kepentingan Kajian Penghasilan pembelajaran melalui laman web ini diharap dapat dijadikan panduan kepada pembangunpembangun laman web pendidikan untuk meningkatkan kualiti laman web yang dihasilkan. Pembinaan laman web ini diharapkan dapat memenuhi kehendak semasa sebagai bahan pengajaran atau pembelajaran yang efektif bagi subjek ini. Laman web ini dibangunkan dengan mengambil kira kepentingan pengguna seperti pensyarah dan pelajar bagi memenuhi keperluan mereka terhadap subjek Bahasa Pengaturcaraan I C++. Pensyarah Pensyarah dapat menggunakan laman web ini sebagai akses tambahan kepada bahan pengajaran yang sedia ada. Selain itu, menurut Zulkifli Mohammad (1997), pensyarah dapat didedahkan teknologi moden sebagai satu kemahiran baru yang boleh diekploitasi untuk meningkatkan kualiti pengajaran mereka. Pelajar Pelajar pula dapat menggunakan laman web ini sebagai rujukan tambahan kepada nota kuliah yang sedia ada. Pembelajaran berasaskan situasi dapat membantu pelajar untuk memahami konsep isi pelajaran dengan lebih mudah dan jelas. Ini kerana contoh-contoh dan latihan yang disediakan akan berkaitan dengan kursus yang di ambil oleh pelajar. Selain itu pelajar juga dapat belajar mengikut kehendak dan keselesaan masing-masing kerana laman web ini boleh diakses pada sebarang masa dan tiada jadual disediakan (Mok, 2002). Skop Projek pembinaan laman web ini hanya tertumpu kepada pelajar yang mengambil subjek Bahasa Pengaturcaraan I C++ (SPM 2102) di Universiti Teknologi Malaysia. Laman web ini hanya dibina bagi mata pelajaran Bahasa Pengaturcaraan I C++ yang diambil oleh pelajar-pelajar yang mengikuti kursus SPK, SPS dan SPT bagi topik struktur pilihan dan gelungan sahaja. Pembangunan laman web ini akan

berdasarkan pembelajaran berasaskan situasi mengikut silibus yang terdapat dalam subjek Bahasa Pengaturcaraan I C++ (SPM 2102). Metodologi Model Reka Bentuk Laman Web Pembangun telah memilih Model Hannafin dan Peck sebagai model reka bentuk laman web yang bakal dibangunkan. Dalam model ini terdapat tiga fasa utama iaitu Fasa Analisis Keperluan, Fasa Rekabentuk serta Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan. Proses penilaian dan pengulangan akan dilaksanakan bagi setiap fasa tersebut untuk menentukan tahap kelancarannya berdasarkan perancangan yang telah dibuat. Fasa Analisa Keperluan Kejayaan atau kegagalan sesuatu projek bergantung kepada perancangan awal yang dibuat sama ia dapat dipenuhi atau tidak. Oleh itu, analisis yang tepat hendaklah dilaksanakan supaya proses pembangunan laman web ini akan dapat berjalan mengikut perancangan. Pembangun juga hendaklah memahami setiap ciri yang diperlukan dalam pembangunan laman web. Pengumpulan data dapat membantu pembangun untuk melaksanakan proses pembangunan laman web selaras dengan objektif yang telah dinyatakan. Dalam proses pembangunan ini, pembangun akan membincangkan tentang analisis kumpulan sasaran, analisis maklumat dan isi pelajaran, analisis keperluan perkakasan (pembangunan dan mainbalik) serta analisis keperluan perisian yang digunakan. Analisis Kumpulan Sasaran Pengguna utama yang disasarkan pembangun ialah pelajar-pelajar yang mengambil subjek Bahasa Pengaturcaraan I C++ di Universiti Teknologi Malaysia. Pelajar-pelajar yang terlibat ialah mereka yang mengambil kursus SPK, SPS dan SPT di Universiti Teknologi Malaysia. Fasa Reka Bentuk Dalam proses mereka bentuk, pembangun akan membincangkan tentang reka bentuk bagi isi kandungan laman web, reka bentuk antara muka dan skrin serta carta alir. Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan Proses pembangunan isi kandungan laman web ini akan bermula setelah pembangun selesai melakukan proses analisis dan mereka bentuk laman web menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver 8. Perbincangan dengan penyelia akan dibuat dari masa ke semasa untuk menyemak segala ralat yang mungkin timbul selain dari melihat keberkesanan isi kandungan laman web yang dihasilkan dari pelbagai sudut. Proses ini amat penting kerana pembangun dapat membuat penilaian tetang keberkesanan perancangan pembangunan laman web yang telah dihasilkan sebelum ini. Pembangun juga menggunakan aturcara HTML dan JavaScript dalam melaksanakan fasa menghasilkan kod aturcara (coding) yang tertentu bagi menghasilkan laman web. Fasa Penilaian dan Pengulangan Fasa penilaian dan pengulangan tidak dapat dijalankan bagi projek pembangunan laman web ini kerana terdapat kekangan masa selain dan kos. Namun begitu, input serta teguran dari penyelia dan rakan-rakan akan diambil sebagai penilaian secara tidak langsung bagi memantapkan proses pembangunan projek laman web ini.

Perbincangan Penguasaan yang baik terhadap tiga bidang pengetahuan iaitu isi pelajaran, teori pengajaran dan pembelajaran serta kepakaran dalam mengendalikan teknologi komputer merupakan kunci utama dalam menghasilkan sebuah laman web pembelajaran yang baik. Perancangan yang rapi hendaklah dilakukan sebelum projek pembangunan laman web dapat dilaksanakan. Laman web ini mengaplikasikan teori pembelajaran berasaskan situasi dimana pelajar yang melayari laman web ini akan cuba dibawa kepada situasi sebenar pelajaran tersebut. Seperti mana yang kita tahu, pembelajaran akan lebih bermakna apabila pelajar berada dalam keadaan sebenar pembelajaran mereka. Dalam konteks laman web ini, pelajar akan cuba didedahkan dengan situasi sebenar apabila menggunakan perisian Borland C++ untuk membina aturcara mereka. Dengan menggunakan flash video yang telah dirakam, pelajar akan dapat melihat sendiri perjalanan untuk menulis aturcara dalam perisian Borland C++. Proses untuk membangunkan laman web ini menggunakan Model Hannafin dan Peck. Terdapat tiga fasa dalam model ini iaitu Fasa Analisa Keperluan (Need Assessment Phase), Fasa Rekabentuk (Design Phase) dan Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan (Develop and Implement Phase). Bagi setiap fasa yang dinyatakan, penilaian yang berterusan telah dijalankan dari masa ke semasa supaya pembangunan laman web ini berjalan seperti yang telah dirancang dan dapat mematuhi rangka kerja yang telah ditetapkan. Dalam fasa analisa keperluan, isi kandungan dan sasaran pengguna bagi laman web ini telah ditentukan. Selepas membuat pembacaan dan kajian serta mengambil kira pandangan pensyarah, pembangun telah memutuskan untuk memilih subjek Bahasa Pengaturcaraan I (SPM 2102) sebagai isi pelajaran yang ingin disampaikan. Walau bagaimanapun, pembangun hanya memilih satu topik dalam silibus Bahasa Pengaturcaraan I (SPM 2102) untuk dijadikan isi pelajaran memandangkan terdapat kekangan masa untuk menyiapkan pembangunan laman web ini. Topik yang telah dipilih adalah topik struktur pilihan dan gelungan. Selain itu, pembangun juga telah membuat analisa terhadap perisian yang akan digunakan serta perkakasan yang diperlukan dalam membangunkan laman web ini. Dalam fasa rekabentuk, pembangun telah cuba membina reka bentuk asas bagi laman web yang ingin dibangunkan. Berpandukan carta alir yang telah dibina, pembangun telah berupaya membangunkan sebuah laman web yang sistematik dan mudah difahami bagi tujuan pembelajaran. Dalam fasa pembangunan dan pelaksanaan pula, pembangun cuba mengaplikasikan teori, pendekatan dan strategi yang telah dirancang sebelum ini ke dalam laman web yang dibina supaya dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna dikalangan pelajar. Disokong dengan penggunaan perisian terkini seperti Micromedia Dreamweaver 8 untuk tujuan pembangunan laman web, Adobe Photoshop CS2 sebagai penyuntingan grafik, Adobe Captivate 3 untuk merakam pembelajaran, Microsoft Word untuk memproses perkataan dan Internet Explorer sebagai browser utama dalam memaparkan prototaip laman web, pembangun telah berjaya membangunkan sebuah laman web bagi pembelajaran Bahasa Pengaturcaraan I (SPM2102). Rumusan Kewujudan laman web yang dibangunkan berasaskan teori pembelajaran yang sebenar sememangnya amat kurang. Oleh yang demikian, kejayaan pembangunan laman web ini diharap dapat mencetuskan lagi pelbagai projek pembangunan laman web pembelajaran yang mengaplikasikan teori pembelajaran di dalamnya. Pembelajaran melalui laman web membolehkan pembelajaran kendiri wujud dan dilaksanakan secara betul dan berkesan. Kebebasan dalam memilih isi kandungan laman web dapat membentuk pelajar untuk menentukan hala tuju dan matlamat pembelajaran mereka. Harapan pembangun amat besar iaitu

dengan terhasilnya laman web ini, para pelajar dapat menjadikannya sumber pembelajaran alternatif selain mewujudkan suasana pembelajaran sebenar, menarik dan interaktif. Rujukan Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin, Manimegalai Subramaniam (2002). Reka Bentuk Perisian Multimedia. Skudai, Johor. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Gibbons, A.S., Fairweather, P.G. (1998) Computer-Based Instruction: Design and Development. Englewood Cliffs, N.J.: Educational Technology Publications. Handal, B., Herrington, A. (2004) On Being Dependent or Independent In Computer Based Learning Environment. Hazimah binti Samin (2004). Kajian Literatur: Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003). Multimedia Dalam Pendidikan. PTS Publication: Bentong. Lai Kim Leong (2002). Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching Sarawak. Lave, J., Wenger, E. (1991) Situated Learning Legitimate Peripheral Participation. Cambridge: Cambrigde University Press. Norhidayah binti Habas (2007). Pembangunan Laman Web Matematik KBSM Bagi Tajuk Set Menggunakan Elemen Multimedia Ringkas. Universiti Teknologi Malaysia. Projek Sarjana Muda Pendidikan.