Kerangka Penggunaan Maqasid Shari`ah Dalam Hukum Muamalat. The Framework of the Use of Maqasid Shari`ah In Muamalat Law

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

ULASAN BUKU. Islamic Economics, Banking and Finance: Concepts and Critical Issues

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

A Review on Bequest Writing in The Management of Property in Malaysia

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

HUBUNGAN MAQASID SYARIAH DAN SIASAH SYAR IYYAH DALAM URUS TADBIR NEGARA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN PISAU MEKANIKAL DALAM INDUSTRI SEMBELIHAN AYAM HALAL: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARIAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

[12] Pendekatan Pseudo-Maqasid Dalam Aliran Hukum Islam Semasa

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

PENILAIAN PENGETAHUAN

KONSEP TA AWUN DALAM PENULISAN ILMIAH MENURUT AL-QURAN

AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Makalah Khas/Special Articles Maqasid Pengharaman Pembiayaan Peribadi Berlandaskan Bay al- Inah di Malaysia

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

International Journal of Islamic and Civilizational Studies

TEORI MASLOW DAN KAITANNYA DENGAN KEHIDUPAN MUSLIM (Maslow s Theory and its Relation to Muslim s Life)

Konsep Pengurusan Kewangan Keluarga Menurut Maqasid Syariah. Suzana Md Samsudi Siti Shamsiah Md Supi Institut Kefahaman Islam Malaysia

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

eissn MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES VOL 2, BIL RAF'U AL-HARAJ IN AL-QUR'AN: INSPIRING THE INNOVATION

SKIM AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF FI SABILILLAH MENGIKUT MAQASID SYARIAH: KAJIAN DI SELANGOR DAN PULAU PINANG 1

Transcription:

Kerangka Penggunaan Maqasid Shari`ah Dalam Hukum Muamalat The Framework of the Use of Maqasid Shari`ah In Muamalat Law Nora`inan Binti Bahari 1, Ahmad Hidayat Bin Buang 2 Terima Wasit 02 APRIL 2018 14 MEI 2018 ABSTRAK Rujukan terhadap maqasid shari`ah apabila mengeluarkan hukum yang baharu atau aplikasi terhadapnya sebagai salah satu kaedah untuk menerbitkan hukum adalah satu prinsip asas bagi menunjukkan kedinamikan hukum Islam dalam menangani semua perkara dan masalah yang baharu terutama dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan muamalat. Kajian ini akan mengenalpasti kerangka maqasid shari`ah berdasarkan penulisan para sarjana seperti al-shatibi, Ibn `Ashur dan al-raysuni. Justeru kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan dalam mengenal pasti kerangka maqasid shari`ah dan membincangkan penggunaannya dalam hukum muamalat. Kajian mendapati kerangka maqasid shari`ah telah digunakan dalam penetapan hukum muamalat bagi memastikan keselarasannya dengan tujuan atau maqasid Syarak. Katakunci: Penggunaan, Maqasid shari`ah, Muamalat ABSTRACT References to maqasid shari`ah when issuing a new law or application to it as one of the methods for issuing the law is a fundamental principle of showing the dynamism of Islamic law in dealing with all new matters and problems, especially in matters pertaining to muamalat. This study will identify the framework of maqasid shari`ah based on the writing of scholars such as al-shatibi, Ibn `Ashur and al-raysuni. Hence this study uses library research methods in identifying the maqasid shari`ah framework and discussing its use in muamalat law. The study found that the shari'ah maqasid framework was used in establishing the muamalat law to ensure its alignment with the objective or maqasid of Syarak. Keywords: Application, Maqasid Shari`ah, Muamalat Law Pendahuluan Maqasid shari`ah diterima sebagai salah satu pendekatan untuk menentukan keputusan sesuatu hukum yang baharu. Ia perlu difahami dengan terperinci dan tepat bagi memastikan tujuan atau maqasid Syarak tercapai di dunia dan akhirat. Manakala hukum muamalat ialah hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan urusan hubungan antara sesama manusia dalam mendapatkan keperluan dan memenuhi maslahah kehidupannya al-sabuni (1982) dan al- Zuhayli (2002) dalam urusan keduniaan Abu Jayb (1993) dan Sanu Qutb (2000). Ia meliputi 1 Nora`inan Binti Bahari, PhD Candidate, Department of Shariah and Law, UM, norainan@siswa.um.edu.my. 2 Ahmad Hidayat Bin Buang, Profesor Dr., Department of Shariah and Law, UM, ahidayat@um.edu.my. 74

perkara-perkara yang dikategorikan sebagai kekeluargaan, mu`amalat maliyyah (transaksi kehartaan), sistem kehakiman dan pengadilan yang dikenali sebagai hukum jenayah, politik, kenegaraan dan ekonomi al-shatibi (t.t.), Zaydan (1992) dan Muhammad Fu`ad Muhammad Sawari (2012). Oleh kerana kehidupan di dunia ini sentiasa mengalami perubahan maka menjadi satu keperluan agar segala perkara yang baharu itu dipastikan selaras dengan maqasid shari`ah. Justeru, satu kerangka yang memberi panduan dalam sebarang keputusan hukum yang dikeluarkan perlu ada khususnya apabila terdapat pertembungan antara dua maqasid. Oleh itu kajian ini akan memfokuskan kepada penjelasan tentang enam (6) kerangka maqasid shari`ah sebagaimana pandangan tiga (3) orang sarjana yang menjadi rujukan dalam bidang ini iaitu al-shatibi (m790h), Ibn `Ashur (m 1379H) dan al-raysuni dan penggunaannya dalam hukum muamalat. Metodologi Kajian Pada asasnya kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Pengumpulan data diperoleh melalui kaedah analisis dokumen yang terdiri daripada buku-buku hasil penulisan para sarjana dalam bidang maqasid shari`ah khususnya al-shatibi seorang yang pakar dalam syariah dan maqasid shari`ah yang menegaskan bahawa tujuan syariat adalah untuk kepentingan dan kemaslahatan manusia di dunia dan akhirat, Ibn `Ashur perintis yang menjadikan maqasid shari`ah sebagai ilmu yang berasingan dari Usul fiqh dan al-raysuni seorang sarjana utama bidang maqasid shari`ah masa kini. Kemudian, data yang terkumpul dianalisis secara deskriptif. Kajian ini merangkumi perbincangan konsep dan kerangka maqasid shari`ah serta penggunaannya dalam hukum muamalat, kesimpulan dan cadangan. Dapatan Dan Perbincangan Konsep Maqasid Shari`ah Dapatan menunjukkan maqasid adalah kata jamak kepada maqsad dan maqsid berasal dari perkataan qasada dalam bahasa Arab bermaksud menuju ke suatu arah al-qazwini (1986). Maqasid shari`ah membawa maksud tujuan, objektif, kehendak dan matlamat agama yang menjadi jalan yang jelas dan lurus datang dari Allah sama ada berbentuk asas iaitu akidah dan hukum berkaitan ibadat, muamalat, munakahat, jenayah, sosial dan politik serta alam yang menjadi punca kepada kehidupan Mahmud Shaltut (2007). Perbincangan istilah maqasid shari`ah dilakukan oleh para sarjana dalam bidang maqasid shari`ah seperti al-shatibi dengan menggunakan istilah qasd al-shari` atau maksud Allah SWT. Pada pandangan beliau wacana tentang objektif Syarak merangkumi dari awal diciptakan syariat kepada umat manusia, memberi kefahaman kepada tujuan syariat, memberi kebertanggungjawaban dan seterusnya melibatkan manusia sebagai seorang mukallaf dalam hukumnya. Proses yang sistematik ini menunjukkan aspek kesejahteraan manusia menjadi keutamaan dalam penurusan dan pelaksanaan Syariat. al-shatibi juga meletakkan tiga tahap pengurusan kesejahteraan manusia berlandaskan maslahah dan objektif Syarak iaitu daruriyyat (perkara asasi dan amat perlu), 75

hajiyat (keperluan) dan tahsiniyyat (pelengkap). Lima perkara asas dan yang mesti ada ini merangkumi penjagaan agama, diri, keturunan, harta dan akal dalam perkara daruriyyat, yang mesti dipertahankan agar kemaslahatan di dunia dan akhirat terpelihara kerana ketiadaannya akan menyebabkan kebinasaan dan kerugian kepada kehidupan manusia. Justeru menjaga dan mempertahankan kelima-lima tonggak ini adalah satu maslahah dan setiap yang menghapuskan kelima-lima perkara ini adalah satu kerosakan (mafsadah). Selain itu terdapat tahap kedua iaitu hajiyat iaitu perkara bukan asasi tetapi diperlukan untuk kemaslahatan hidup kerana ditakuti kesulitan contohnya kuasa wali mengahwinkan anak lelaki atau perempuan yang masih kecil sekiranya ada keperluan seperti kehidupan yang lebih sempurna, bagaimanapun bagi menjaga maslahah disyaratkan agar pasangan itu sekufu dan dengan mahar mithil iaitu maskahwin yang berpadanan dengan keluarga pengantin perempuan. Manakala perkara tahsiniyyat pula bukanlah dalam kategori kepentingan asasi dan keperluan tetapi untuk penambahbaikan, perhiasan dan kemudahan serta meraikan tatacara yang lebih baik dalam perkara-perkara adat dan muamalat yang berkaitan dengan keperluan asas seperti mengamalkan adab sesama insan dan etika dalam perniagaan al-shatibi (t.t.). Ibn `Ashur pula berpandangan maqasid shari`ah secara umum ialah makna dan hikmah yang diambil perhatian oleh syarak dalam keseluruhan atau sebahagian besar situasi penurunan syariat yang tidak mengkhusus dalam mana-mana hukum syarak yang tertentu. Ia juga bermaksud perbuatan dan tindakan yang dimaksudkan oleh Allah SWT yang diusahakan dengan pelbagai cara oleh seseorang individu untuk mencapainya dengan penuh ketaatan Ibn `Ashur (1946). Pandangan al-shatibi dan Ibn `Ashur ini dirumuskan oleh al-raysuni (1995) yang menyatakan maqasid shari`ah adalah matlamat yang diletakkan oleh syariat untuk merealisasikan maslahat hamba iaitu manusia sama ada berbentuk daruriyyat (asasi), hajiyat (keperluan) atau tahsiniyyat (kesempurnaan) yang menjadi fokus, hasil dan faedah yang diharapkan melalui pertanggungjawaban hukum syarak dan pelaksanaannya oleh manusia. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk melihat penggunaan kerangka maqasid shari`ah dalam menyelesaikan isu-isu dalam hukum muamalat. Kerangka Maqasid Shari`ah Pelaksanaan hukum Syarak yang menjadi tujuan syariat diturunkan boleh dikelaskan kepada Enam (6) dimensi kerangka penggunaannya iaitu tujuan umum dan khusus, kekuatan hujah qat`i dan zanni, tujuan Syarak dan makhluk, tujuan asal dan mendatang, kepentingan dan pengiktirafan Syarak al-shatibi (t.t.), Ibn `Ashur (1946) dan al-raysuni (1996). 1. Tujuan Umum dan Khusus (Terperinci) a. al-maqasid al-`ammah Kategori ini bermaksud tujuan Syarak yang bersifat umum adalah untuk menjaga keamanan dan keharmonian manusia; antaranya menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta yang semuanya bersifat daruri (keperluan asas). Maqasid umum ini menurut Hashim Kamali (2006) menggambarkan ciri-ciri Islam yang luas dan komprehensif iaitu pencegahan kemudaratan (darar) yang diaplikasikan dalam semua perkara dan aspek. 76

b. al-maqasid al-khassah (al-maqasid al-juz iyyah) Tujuan Syarak yang lebih khusus adalah berkaitan dengan bidang ibadat, muamalat atau transaksi kewangan, munakahat atau hal-ehwal keluarga, politik, hubungan pekerja dan majikan, kehakiman dan jenayah. Manakala al-maqasid al-juz iyyah merujuk kepada hukum wajib, sunat, makruh, harus, haram, bersyarat dan sebagainya yang disyariatkan bagi menjaga maqasid shari`ah yang dari sudut kepentingannya pula terbahagi kepada tiga bahagian; keperluan asasi dan kemestian (daruriyyat), keperluan tambahan (hajiyat) dan kesempurnaan (tahsiniyyat). Ia melengkapkan maqasid `am atau objektif umum yang hendak dicapai oleh Syariat. al-khadami (2003), menjelaskan lagi bahawa hukum Islam tidak akan sempurna tanpa kedua-duanya. Dalam perbincangan para sarjana di atas, dimensi umum dan khusus dalam penentuan maqasid adalah yang paling utama kerana ia menjadi platform pertama sebelum kerangka maqasid yang lain diletakkan. 2. Kekuatan Hujah a. al-maqasid al-qat`iyyah Ia bermaksud tujuan yang muktamad ialah tujuan Syarak yang disokong oleh bukti al-quran dan al-sunnah serta mempunyai kaitan jelas kepada keperluan asasi dan yang disepakati oleh para ulama seperti penjagaan harta dan maruah individu, pentadbiran keadilan, hak mendapat bantuan kewangan antara kaum kerabat dan sebagainya dengan mengekalkan agama dan diri sebelum diikuti oleh pengawalan keluarga, intelek dan harta al-shatibi (t.t.), Ibn `Ashur (1946) dan al-khadami (2003). Malahan Ibn `Ashur menjelaskan beberapa ayat yang memelihara tujuan Syariat yang qat`i ialah membawa kemudahan (al-yusr), tidak memberatkan (`adam al-haraj) dan di bawah kemampuan manusia (al-wus`a) (al-baqarah (2): 185, al-hajj (22): 78 dan al-baqarah (2): 286). Oleh itu membuat sesuatu perkara secara mudah adalah salah satu maqasid yang qat`i dalam Syariah. Maqasid inilah yang menjadi rujukan dan kriteria utama dalam fiqh dan perundangan serta boleh dijadikan formula panduan yang muktamad dalam kes baharu yang tiada persamaan dengan hukuman yang telah diputuskan Ibn `Ashur (1946) dan al-shatibi (t.t.). b. al-maqāṣid al-zanniyyah Ia bermaksud tujuan yang zann iaitu sama ada maqasid yang tidak sampai ke tahap qat i dan perkara yang tidak disepakati para ulama dan mujtahid atau yang disabitkan dengan dalil zanni kerana tidak menunjukkan maksud yang qat`i dan diyakini. Contohnya kuantiti arak yang sedikit hanya dihukumkan sebagai larangan bukan diharamkan kerana yang dikehendaki adalah kuantiti yang lebih besar dan memabukkan kerana `illah pengharaman adalah memabukkan. Pandangan ini adalah berdasarkan maqasid yang bersifat zann semata-mata dan kerana itu ia tidak boleh dijadikan panduan al-khadami (2003). 3. Tujuan Syarak dan Makhluk a. al-maqasid al-shar`i (Al-Qaṣd al-shar`i) Tujuan Syarak yang menjadi maqasid utama dalam pensyariatan hukum adalah untuk menjaga maṣlaḥah demi keselamatan dan kebajikan manusia di dunia dan akhirat. Selain itu terdapat tiga tujuan Syarak iaitu wahyu hendaklah difahami sebagaimana pemahaman orang Arab semasa penurunannya, Syariat diturunkan di bawah kemampuan manusia dan sebagai tanda ketundukan kepada Allah SWT. Penentuan sesuatu maṣlaḥah atau mafsadah itu tidak 77

dibina atas sangkaan manusia. Justeru `illah menjadi petanda maksud Syarak dalam sesuatu hukum al-shatibi (t.t.), al-raysuni (1995) dan al-khadami (2003). b. al-maqasid al-mukallaf (al-qasd al-mukallaf) al-qasd al-mukallaf adalah maksud dan niat manusia sama ada dalam bentuk perkataan, amalan dan pelbagai tindakan yang memenuhi tiga syarat iaitu menepati kehendak Syarak, mengambil-kira `illah yang diketahui dan mengikut sunnah serta menjauhi bid`ah al-shatibi (t.t.). Ketiga-tiga elemen inilah yang membezakan antara sah, fasid dan batil; antara bertujuan ibadat dan ikut-ikutan; antara muamalat berkaitan perkahwinan dan perdagangan serta antara bersifat keagamaan dan kehakiman. Kesemua ini menentukan dosa, pahala dan pembalasan. Contohnya siapa yang melakukan ibadat tanpa niat dan qaṣad maka amalannya menjadi fasid dan batil. Oleh itu tidak boleh seseorang mempunyai qaṣad masyaqqah bagi mengharapkan ganjaran yang besar kerana ia berlawanan dengan qasad Syarak dan Allah tidak menghendaki seseorang mengazab diri untuk menghampirkan diri kepadanya. Sebaliknya dia hendaklah berniat bahawa amalan yang besar ganjarannya adalah kerana kesukaran yang berat dalam amalannya al-raysuni (1995). 4. Tujuan Asal Dan Mendatang a. al-maqasid al-aṣliyyah Disebut juga dengan maqasid asasiyyah atau ra isiyyah atau tujuan asasi iaitu maqasid yang dimaksudkan oleh Allah sejak dari asal mula kejadian manusia, juga menjadi asas tujuan undang-undang Syariah dalam menilai tingkah laku dan perlakuan manusia. Contohnya tujuan utama ilmu dan pendidikan adalah untuk mengenal tuhan, menyembah dan memahami kejadiannya. Begitu juga tujuan utama perkahwinan adalah untuk meneruskan kelangsungan generasi manusia dan tujuan utama menghadiri majlis ilmu adalah meningkatkan pengetahuan seseorang. b. al-maqasid al-tab`iyyah Ia bermaksud tujuan sampingan yang menjadi penyokong kepada maqasid asasiyyah, contohnya persahabatan dan kepuasan seks adalah tujuan sampingan perkahwinan yang menyokong tujuan utama untuk meneruskan kesinambungan generasi manusia. Manakala tujuan sampingan mencari ilmu adalah bagi mendapatkan kelayakan akademik, kepuasan individu dan pemurnian dalam tindakan dan ucapan seseorang. Oleh itu tujuan sampingan ini berfungsi untuk melengkapkan dan menyokong tujuan utama al-shatibi (t.t.), al-raysuni (1995) dan al-khadami (2003). 5. Aspek kepentingan a. Maqasid Daruriyyah Maqasid yang mesti ditegakkan untuk maṣlaḥah agama dan dunia. Ini bermaksud kewujudannya akan merealisasikan sistem kehidupan dan urusan agama manakala kehilangannya akan menghapuskan sistem kehidupan dan agama. Para ulama dan ahli uṣūl mengistilahkannya dengan kulliyyat al-khams iaitu menjaga agama, diri, akal, keturunan dan harta al-shatibi (t.t.) dan al-khadami (2003) b. Maqasid Hajiyyah Dinamakan juga dengan masaliḥ hajiyyah; yang dikehendaki dan diperlukan oleh manusia seperti maslahah jual beli, tanaman, minuman dan perkongsian untung dan rugi. 78

c. Maqasid Tahsiniyyah Disebut juga maqasid kamaliyah iaitu maṣlaḥah yang menempati tempat penambahbaikan dan perhiasan iaitu memperbaiki hal ehwal manusia dan ummah, dalam bentuk meraikan manhaj terbaik dan merealisasikan sebaik-baik sistemnya dalam segala aspek kehidupan termasuk dalam urusan adat dan muamalat al-khadami (2003). 6. Aspek Pengiktirafan Syarak a. Maqasid Mulghah `Abd al-karim Zaydan (1992) menamakannya dengan masalih mulghah iaitu maslahah yang mempunyai tiga kriteria iaitu tidak diterima oleh Syarak walaupun di mata manusia dilihat mempunyai maslahah kerana maslahah itu bersifat luaran dan dari segi rupa bentuk sahaja, maslahah khusus terhadap individu tetapi mafsadah kepada orang ramai dan maslahah mengikut keadaan, masa atau persepsi sedangkan membawa mafsadah yang kekal dan selama-lamanya al-khadami (2003). b. Maqasid Mu`tabarah Disebut juga dengan masalih mu`tabarah iaitu maṣlaḥah yang diiktiraf Syarak dan hukum yang munasabah (sesuai) menurut para sarjana sama ada bersumberkan nas atau ijmak seperti maslahah solat, zakat, jual beli, hibah dan wasiat, hudud, qisas dan keadilan, serta ihsan, kemerdekan dan kemuliaan Zaydan (1992) dan al-khadami (2003). c. Maqasid Mursalah Maṣlaḥah yang menepati maqasid shari`ah yang tidak mempunyai hukum asal sama ada diterima atau ditolak oleh Syarak dengan jelas dan secara langsung berdasarkan dalil dan nas dalam masalah dan kes berkaitan. Disebut juga dengan masalih mursalah atau masalih mutlaqah Zaydan (1992) dan al-khadami (2003). Kerangka pembahagian maqasid seperti di atas, menjelaskan lagi pertimbangan yang perlu diambilkira bagi tujuan mengelakkan kecacatan dalam hukum yang dikeluarkan. Ia juga menunjukkan kesyumulan hukum Islam yang memastikan pelaksanaannya dalam segenap aspek bagi merealisasikan pencapaian maqasid shari`ah. Penggunaan Kerangka Maqasid Shari`ah Dalam Hukum Muamalat Dalam konteks hukum muamalat, kerangka maqasid shari`ah sebagaimana yang dibincangkan di atas telah diaplikasikan dalam pelbagai situasi bagi memenuhi maqasid shari`ah seperti perbincangan di bawah: 1. Bagi mencapai maqasid atau tujuan umum dan khusus Syarak, maka disyariatkan atas dasar keperluan, perluasan hukum jual beli kepada pinjaman (qard) dan tempahan barang (salam); manakala bagi menyempurnakannya terdapat hukum menegah jualbeli najis al- Shatibi ( t.t.). Justeru, prinsip maqasid shari`ah yang umum dalam penjagaan harta digunakan dalam hukum jualbeli antara orang ramai dan juga digunakan dalam keharusan hukum pinjaman dan tempahan barang walaupun tidak memenuhi syarat adanya barang itu semasa jualbeli tetapi diharuskan atas dasar keperluan untuk memperolehi barangan yang tidak ada di sesuatu tempat. Bahkan terdapat juga tujuan Syarak yang bersifat khusus yang melarang jualbeli barangan yang haram seperti najis dan arak. 2. Berdasarkan kekuatan hujah melalui nas yang qat`i, terdapat perubahan hukum yang asalnya ditegah kepada harus. Antaranya diharuskan jual beli istisna` iaitu tempahan untuk 79

membuat sesuatu barangan dengan harga tangguh berdasarkan hujah ayat ke 185 surah al- Baqarah yang menjadikan dasar kemudahan atau yusr dalam sesuatu hukum. Justeru hukum yang berdasarkan rasional tetapi tidak disokong oleh nas adalah zanni dan tidak boleh diterima. Contohnya pengharaman riba nasi ah dalam konteks pinjaman wang yang dibayar melebihi jumlah pinjaman walaupun terdapat sangkaan perbuatan membantu orang yang memerlukan itu dibolehkan untuk mendapatkan keuntungan. 3. Dalam konteks pertembungan antara tujuan Syarak dan tujuan mukallaf, keutamaan adalah tujuan Syarak. Oleh itu dalam konteks jual beli yang sah, rukun san syarat hendaklah dipatuhi. Walaupun begitu, apabila berlaku penawaran dan penerimaan oleh seorang mukallaf ia boleh menjadi batil apabila berlaku penganiayaan seperti meminta pulangan dari pinjaman yang diberikan dengan berlipat ganda. 4. Tujuan Syarak yang asal adalah penjagaan harta dari sebarang pencerobohan dan pengkhianatan Ibn `Ashur (1946). Oleh itu ditegah jual beli yang mengandungi hukum yang tidak jelas seperti tiadanya bukti transaksi yang jelas dalam bentuk rekod dan perjanjian jual beli, saksi dan cagaran sekiranya hutang tidak dapat dibayar al-qurtubi (1988). Tujuan ini dilengkapkan dengan tujuan yang mendatang iaitu pemerolehan harta yang tiada had dengan syarat hak dan tanggungjawab seperti zakat ditunaikan dengan sewajarnya al-raysuni (1995). 5. Kepentingan sesuatu tujuan Syarak untuk umat manusia di dunia dan akhirat merangkumi kepentingan asasi, keperluan dan pelengkap. Dalam hukum muamalat adalah satu keperluan asasi (daruriy) untuk memastikan harta tidak berlegar di kalangan orang kaya dengan mewajibkan zakat dan digalakkan sedekah, wakaf dan infak untuk pembangunan ekonomi umat. Di samping itu untuk memenuhi keperluan (hajiy) ekonomi maka diharuskan kontrakkontrk yang ditegah kerana berlawanan dengan qiyas seperti bay`i al-salam dan bay`i `inah. Manakala bagi membentuk perkara baik yang menjadi pelengkap (tahsiniy) diharuskan untuk meninggalkan transaksi seperti pinjaman yang mengambil keuntungan yang berlebihan dari yang dibenarkan. 6. Berdasarkan aspek pengiktirafan Syarak, hanya tujuan (maqasid) yang mempunyai tujuan atau maslahah yang baik dan diiktiraf Syarak boleh diterima. Oleh itu dalam hukum muamalat, kontrak yang melibatkan riba adalah ditolak (mulghah) walaupun memberikan pulangan baik kepada pihak yang terlibat. Manakala maslahah yang baik berada dalam banyak hukum muamalat seperti sewaan, hibah, wasiat, hudud dan qisas. Hukum-hukum bagi isu-isu muamalat yang baharu dan tiada hukum lagi dikategorikan sebagai maslahah mursalah yang diiktiraf oleh Syarak seperti pembiayaan perumahan, kad kredit, pelaburan dan takaful. Kesimpulan dan Cadangan Berdasarkan perbincangan di atas al-shatibi, Ibn `Ashur dan al-raysuni telah berjaya membentuk kerangka maqasid shari`ah yang komprehensif dan boleh dijadikan garis panduan dalam penetapan hukum berkaitan muamalat sama ada yang mempunyai nas atau yang tiada nas bagi memastikan keselarasannya dengan maqasid shari`ah. Tujuan syariat sama ada umum atau khusus, mempunyai hujah yang kuat atau zann, ditentukan oleh Syarak atau manusia, tujuan yang asal atau mendatang, sama ada dalam bentuk kepentingan asasi, keperluan atau sebagai pelengkap adalah perlu mengandungi perkara-perkara yang baik dan diiktiraf oleh Syarak. Penggunaan kerangka ini jelas lebih memperkukuhkan hukum muamalat khususnya dalam perkara-perkara yang baharu. 80

Rujukan al-raysuni, Ahmad. 1995M/1416H. Nazariyyah al-maqasid `inda al-imam al-shatibi. c. 4. Herndon: al-ma`had al-`alami li al-fikr al-islami. Ibn `Ashur, Muhammad al-tahir. 1946M/1366H. Maqasid al-shari`ah al-islamiyyah. Tunisia: al-dar al-tunisiyyah Li al-nashr. Ibn Faris al-qazwini, `Ali al-ḥusin Ahmad. 1986M/1406H. Mujmal al-lughah. Tahqiq Zahir `Abd al-muhsin Sultan. j. 3. c. 2. Beirut: Muassasah al-risalah. al-khadami, Nur al-din Mukhtar. 2003M/1424H. al-maqaṣid al-shar`iyyah (Ta`rifuha, Amthilatuha, Hujjiyyatuha). Riyadh: Kunuz Ashbiliya. Mahmud Shaltut. 2007M/1428H. al-islam `Aqidah wa Syari`ah. c. 29, Kaherah: Dar al- Shuruq. Muhammad Hashim Kamali. 2006. An Introduction To Syariah. Selangor: Ilmiah Publishers. Muhammad Fu`ad Muhammad Sawari. 2012. al-madkhal ila Dirasah al-fiqh al-islami. c. 4. Kuala Lumpur: IIUM Press. al-qurtubi, Muhammad Ahmad al-ansari. 1408H/1988M. al-jami` li Ahkam al-qur an. j. 2. Beirut: Dar al-kutub al-`ilmiyyah. al-sabuni, Khalifah Ba Bakr dan Tantawi. 1982M/1402H. al-madkhal al-fiqhi wa Tarikh al- Tashri`al-Islami. `Abidin: Maktabah Wahbah. Sa`di Abu Jayb. 1993. al-qamus al-fiqhi. Damsyik: Dar al-fikr. Sanu Qutb. 2000M/1420H. Mu`jam Mustalahat Usul al-fiqh. Damsyik: Dar al-mashriq. al-shatibi, Abi Ishaq Ibrahim Ibn Musa al-lakhamiyy (m. 790H). t.t. al-muwafaqat Fi Usul al-ahkam. j. 2. Beirut: Dar al-fikr. Zaydan, `Abd al-karim. 1992M/1412H. al-madkhal li Dirasah al-shari`ah al-islamiyyah. Baghdad: Maktabah al-quds. al-zuhayli, al-mu`amalat al-maliyyah al-mu`asarah (Damsyiq: Dar al-fikr, 2002M/1423H), 16 81