BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN MENERUSI WEB MENGGUNAKAN PENDEKATAN INKUIRI BERPANDUKAN MODEL WEBQUEST BAGI TOPIK ASAS REKABENTUK LAMAN WEB

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT PELAJAR BERASASKAN KOMPUTER DI MAKTAB PERGURUAN. Oleh NIZAM BIN ABD LATIB

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan: Satu Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. 1.0 PENGENALAN sejarah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

KAEDAH PAMERAN DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN GURU PELATIH KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH.

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

KAJIAN PEMIKIRAN DAN AMALAN REFLEKSI DI KALANGAN GURU PELATIH SAINS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NOR HASNIZA BINTI IBRAHIM

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN PEMIKIRAN DAN AMALAN REFLEKSI DI KALANGAN GURU PELATIH SAINS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NOR HASNIZA BINTI IBRAHIM

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

Transcription:

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KESEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU UNTUK MENGAJAR MELALUI KELAS AMALI SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya : JUMRAH BT MOHD RAZALI @ MOHD RADZI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 730 Simpang Tiga En Mohd Ali Bin Ibrahim 14310 Nibong Tebal Nama Penyelia. Pulau Pinang Tarikh: Februari 2004 Tarikh: Februari 2004 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

KESEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU UNTUK MENGAJAR SAINS MELALUI KELAS AMALI JUMRAH BT MOHD RAZALI @ MOHD RADZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAISIA

ii

iii

iv Istimewa buat insan-insan ini Mak dan abah tersayang, kak bita, kak sobi, abang atan, adikku agok, ima, dayah, ida, azi dan hanan 4spf dan semua yang terlibat. Tak lupa buat cikgu Ali yang banyak membantu. Terima kasih kalian. Teruskan perjuangan walau di mana medan, moga ar-rahman mempermudahkan segala urusan

v PENGHARGAAN Kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana memberikan kekuatan dan keizinan untuk saya meneruskan dan seterusnya menyiapkan tugasan projek ini. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tak terhingga untuk penyelia saya, En Mohd Ali Bin Ibrahim di atas tunjuk ajar dan kesabaran membantu saya dalam menjayakan projek ini. Juga ucapan terima kasih buat PM Dr. Shaharom Bin Noordin seterusnya kepada pihak Pentadbiran Fakulti Pendidikan. Tidak dilupakan jutaan terima kasih buat keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan Empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik yang turut memberi sokongan dan dorongan Akhir kalam, terima kasih untuk semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Mohon maaf untuk segalanya.

vi ABSTRAK Kajian ini adalah untuk meninjau kesediaan bakal-bakal guru yang mengikuti Kursus Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia untuk mengajar melalui kelas amali. Aspek utama yang dikaji oleh penyelidik ialah kemahiran menjalankan amali, kemahiran membuat penilaian amali, kemahiran menguruskan kelas amali dan keyakinan bakal-bakal guru untuk mengajar melalui kelas amali. Instrumen kajian menggunakan satu borang soal selidik yang mengandungi item-item yang berhubung dengan aspek yang hendak dikaji. Borang soal selidik tersebut diedarkan kepada bakal-bakal guru sesi pengambilan 2000/2001 yang mengikuti Kursus Sarjana Muda Sains Pendidikan.. Data-data yang diperoleh diproses dengan menggunakan perisian SPSS 11.5 bagi mendapatkan frekuensi, peratus dan min bagi setiap item. Dapatan kajian mendapati tahap kesediaan bakal guru-guru sains untuk mengajar melalui kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan agar kajian ini dijalankan semula dengan menggunakan borang soal selidik yang sama untuk menguji sejauhmana kesahan item soalan.

vii ABSTRACT The purpose of this reseacrh is to study the availability of the graduated student from Degree Of Bachelor of Education course in UTM to teach the practical classes. This research focused on three main skills which are conducting skill, assessment experimental skill and class management skill. Besides that, this research also has been conducted in order to study the graduated student self-confident in conducting the classes. One sets questionnaire have been answered by 103 educational students from 2000/2001 entry session in Universiti Technologi Malaysia. Data collected were analyzed using SPSS version 11.5 to obtain the frequency (f), percentage and the mean value of each item in the questionnaires.. The results showed that, the availability of graduated student to conduct the practical classes was at medium level. Finally, this research suggested that this study should be repeat by using the same questionnaire form in order to evaluate the validity of the questions.

viii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN JUDUL KAJIAN i PENGAKUAN ii PENGESAHAN PENYELIA iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ABSTRAK vi ABSTRACT vii KANDUNGAN viii SENARAI JADUAL xi-xii BAB I PENGENALAN 1.0 Pendahuluan 1 1.1 Latar Belakang Masalah 2 1.1.1 Amali 1.1.2 Kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan 1.1.3 Keyakinan 1.2 Penyataan Masalah 9 1.3 Objektif Kajian 10

ix 1.4 Persoalan Kajian 11 1.5 Kepentingan Kajian 11 1.6 Skop Kajian 12 1.7 Batasan kajian 13 1.8 Difinisi Istilah 13 1.8.1 Bakal-bakal Guru Sains 1.8.2 Kemahiran 1.8.3 Amali Sains 1.8.4 Penilaian Amali BAB II` SOROTAN KAJIAN 2.0 Pendahuluan 15 2.1 Model Sains 15 2.2 Amali Sains 16 2.3 Penilaian Amali 18 2.4 Guru Sains 20 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan 24 3.1 Reka Bentuk Kajian 25 3.2 Sampel Kajian 25 3.3 Alat Kajian 26 3.4 Analisis Data 28 BAB IV ANALISIS DATA 4.0 Pendahuluan 31 4.1 Analisis Latar Belakang Sampel Kajian 32 4.2 Analisis Bahagian B 34 4.3 Analisis Bahagian C 37 4.3.1 Analisis Kemahiran Menjalankan Amali 37 4.3.2 Kemahiran Membuat Penilaian Amali 42

x 4.3.3 Kemahiran Mengurus Amali 46 4.3.4 Keyakinan Dalam Mengajar Amali 52 4.4 Analisis Perbandingan Min Mengikut 57 Pembolehubah Bangsa dan Jantina 4.5 Analisis Kebolehpercayaan 59 BAB V PERBINCANGAN 5.0 Pendahuluan 60 5.1 Perbincangan 61 5.1.1 Persoalan Kajian Satu 62 5.1.2 Persoalan Kajian Dua 63 5.1.3 Persoalan Kajian Tiga 65 5.1.4 Persoalan Kajian Empat 67 5.1.5 Persoalan Kajian Lima 68 5.2 Ringkasan 70 5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 71 BIBLIOGRAFI 72-74 LAMPIRAN 75

BAB I PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Amali sains memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran sains kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang mengutamakan pembelajaran melalui pengalaman. Amali adalah kaedah yang digunakan oleh ahli sains untuk menguji kebenaran sesuatu teori dengan menjalankan ujikaji dan membuat cerapan bagi memperolehi pengetahuan sains. Ujikaji dan cerapan merupakan keperluan asas bagi sains dimana pembelajaran sains yang dilengkapi dengan aktiviti aktiviti ujikaji dan pencerapan dapat membantu guru dalam meningkatkan kefahaman pelajar disamping membantu interaksi dan komunikasi antara pelajar-pelajar dan antara pelajar-guru.

2 Performing laboratory activities is considered an important activity for all students, yet minority students are lesslikely to have such opportunities. Science education should give children an opportunity to explore how things work firsthand, through activities an experiences with a wide variety of materials (Loucks-Horsley, 1990) Pengajaran melalui amali juga melibatkan kesepaduan antara teori dan praktis, yang turut menjadi alternatif dari pelbagai kaedah pengajaran yang dianggap baik, yang wajar diaplikasikan oleh guru-guru sains. 1.1 Latar Belakang Masalah Sains ialah cabang ilmu pengetahuan yang bersistem di mana pada asasnya melibatkan penyelidikan dan tafsiran dunia fizikal melalui tiga bidang asas iaitu fizik, kimia dan biologi. Ketiga-tiga bidang ini walaupun berbeza dari segi bidang pengkajian, namun pendekatan yang digunakan adalah sama iaitu penyiasatan secara emperikal. Ahli fizik mementingkan penyelidikan tenaga dan ciri umum benda yang tidak bernyawa, ahli kimia lebih mementingkan ciri khusus benda yang tidak bernyawa manakala ahli biologi menyelidik tingkahlaku dan ciri benda yang bernyawa ( Zol Azlan Hamidin, 2000). Dalam konteks pendidikan, sains memerlukan kemahiran intelektual dan kemahiran motor seperti cerapan yang tepat tentang sesuatu fenomena sains dan penggunaan alat radas yang betul. Jisteru itu pengajaran dan pembelajaran sains memerlukan satu pendekatan yang bukan sekadar teori untuk mengingat fakta semata-mata, sebaliknya perlu kepada kaedah pengajaran yang memberi pengalaman secara terus iaitu kaedah amali. Guru sains memerlukan satu kefahaman tentang asas yang dapat membina pengajaran yang berkesan, guru perlu mempunyai strategi dalam membuat perancangan,

3 penyampaian dan penilaian. Secara umumnya guru perlu mengetahui tentang matlamat pendidikan sains. Sejajar dengan itu, untuk melahirkan guru-guru sains yang berkemahiran, bermula pada tahun 1972 UTM telah menyediakan Kursus Diploma Pendidikan di bawah Fakulti Sains dengan kerjasama Kementerian pendidikan (Buku Panduan Fakulti Sains 2000/2001) dan pada tahun 1994, UTM telah menubuhkan Fakulti Pendidikan bagi melahirkan para pendidik yang dapat mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang digubal dan dirancang untuk diikuti oleh bakal-bakal guru sains adalah bersesuaian dengan pengkhususan masing-masing agar bakal-bakal guru sains lebih berkeyakinan untuk mengajar kelak. 1.1.1 Amali Pada akhir tahun 50-an pengajaran melalui kelas amali telah berkembang dan berpengaruh di luar negara. Amali merupakan aktiviti menjalankan eksperimen di dalam makmal sains dengan menggunakan bahan dan radas saintifik (Brian E Woolnough, 1991). Semenjak tahun 1950-an, sekolah- sekolah di United Kingdom telah menjalankan penyelidikan dan menemui satu garis panduan untuk mengubah kaedah pengajaran tradisional kepada kaedah amali dan proses sains ( A Process Approach, American Association For The Advancement of Science, 1967). Hasil dari perkembangan aktiviti amali dalam pengajaran yang dijalankan, menunjukkan peningkatan terhadap pencapaian objektif pengajaran yang lebih menggalakkan berbanding pendekatan secara teori sahaja. Kelemahan yang jelas pada awal perkembangan pengajaran melalui amali ialah pendekatan yang menyekat kebolehan pelajar untuk mempraktikkan teori sains dengan menggunakan pengalaman sendiri. Ini kerana rekabentuk amali yang menekankan perolehan hasil ujikaji yang tepat dan jalan kerja yang dilampirkan untuk diikuti oleh pelajar menggagalkan fungsi makmal itu sendiri. Makmal seharusnya berfungsi sebagai tempat yang memberikan penghayatan, semangat, kaedah sains dan meninggikan

4 kebolehan penyelesaian masalah, analitik dan generalisasi (Ausubel,1969 dalam tesis Annamal, 2000) Pada tahun 1960-an, penekanan terhadap cara kerja telah ditukar kepada penekanan terhadap proses sains dan perkembangan kognitif yang lebih tinggi. Makmal bukan sahaja sebagai tempat tunjuk cara dan pemastian, tetapi sebagai teras berlakunya proses sains. Penyelidikan yang dijalankan menunjukkan terdapat beberapa objektif yang perlu diketahui dalam pengajaran menggunakan makmal antaranya ialah untuk memberi pengalaman, membina kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif disamping memupuk sikap saintifik (J. A. Mc Donell,1961 dalam tesis Shaharom Noordin). Para pendidik dan guru-guru masih gagal untuk menyediakan satu yang rasional dalam pengajaran dan gaya tersendiri bagi aktiviti amali untuk pengajaran sains di sekolah (E Woolnough,1991). Situasi yang sama turut berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia, di mana para pendidik masih gagal mencapai objektif pengajaran melalui kelas amali. Masalah yang ketara dalam aktiviti amali ialah, aktiviti ini dikawal oleh jawapan atau keputusan yang tepat, ini menjadikan aktiviti amali tidak memenuhi objektifnya, iaitu mementingkan pembelajaran melalui penemuan (Gott dan Duggan,1995). Selain dari itu masalah dalam pengajaran melalui amali juga adalah berpunca dari kelemahan guru sains sendiri. Kebanyakan guru pelatih khususnya dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), merasa kurang yakin untuk mengajar di sekolah kerana tidak menguasai pedagogi dengan baik ( Prosiding Bengkel Maklum Balas Latihan Mengajar 1,1989).

5 1.1.2 Kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan salah sebuah universiti yang menyediakan program ijazah pendidikan, sehingga hari ini terdapat tiga program Ijazah Sarjana Muda mengikut bidang pengkhususan, iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (SPP), Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (SSK) dan Sarjana Muda Teknologi Pendidikan (STP). Sarjana Muda Sains serta Pendidikan dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan merupakan dua bidang khusus yang ditawarkan oleh UTM yang bertujuan untuk menyediakan pendidik dalam bidang sains dan matematik yang berdedikasi dan mempunyai daya kepimpinan dalam menjalankan tugas dan menyediakan bakal pendidik dalam bidang sains dan matematik disamping mempunyai kemahiran berkomputer. Program Sarjana Muda Sains Serta Pendidukan Biologi (SPG) merupakan kursus yang dikendalikan oleh fakulti pendidikan sepenuhnya. Terdapat beberapa bidang pengkhususan yang dikendalikan secara kerjasama antara fakulti pendidikan dan fakulti sains, iaitu; I Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik/Matematik - SPF Kimia/Matematik - SPC Matematik/Fizik - SPM-1 Matematik/Kimia - SPM-2 II Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik/Komputer - SPP Kimia Komputer - SPK Matematik - SPT (Buku Panduan Akademik Fakulti Sains 2000/2001)

6 Bakal-bakal pendidik yang mengikuti program ijazah di UTM telah didedahkan dengan kelas amali bermula dari tahun satu sehingga tahun tiga. Jadual 1.0, 1.1, 1.2 dan 1.3 berikut menunjukkan kod amali yang diambil oleh pelajar SPP/SPF, SPC, SPK dan beserta dengan sinopsis mata pelajaran yang terkandung dalam amali tersebut: Jadual 1.0 : Kod amali beserta dengan sinopsis mata pelajaran yang perlu diikuti oleh pelajar SPF dan SPP KOD MATA PELAJARAN SINOPSIS SSK 1103 SSK 1811 SSF 1801 SSF 1811 SSF 2811 SSF 2821 SSF 3811 SSF 3821 Amali Kimia Am I Amali Kimia Am II Amali Fizik I Amali Fizik II Amali Fizik III Amali Fizik IV Amali Fizik V Amali Fizik VI Berkaitan dengan mata pelajaran Kimia Am I Berkaitan dengan mata pelajaran Kimia Am II Ujikaji yang sesuai dengan Fizik I Ujikaji Yang sesuai dengan Fizik II Ujikaji yang sesuai dengan fizikal Optik Ujikaji yang sesuai dengan Fizik Moden dan Termodinamik Ujikaji yang sesuai dengan Mekanik Gunaan Ujikaji yang sesuai dengan Fizik Nukleus

7 Jadual 1.1 : Kod amali beserta dengan sinopsis mata pelajaran yang perlu diikuti oleh pelajar SPC KOD MATA SINOPSIS PELAJARAN SSF 1801 SSF 1811 SSK 1801 SSK 1811 SSK 2881 SSK 2811 SSK 2831 SSK 3851 SSK 3831 Amali Fizik I Amali Fizik II Amali Kimia Am I Amali Kimia Am II Amali Kimia IIIB Amali Kimia IV Amali Kimia IVA Amali Kimia VA Amali Kimia VIA Ujikaji yang sesuai dengan Fizik I Ujikaji yang sesuai dengan Fizik II Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Am I Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Am II Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Organik 1 Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Organik II dan Kimia Analisis I Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Tak Organik I Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Tak Organik II Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Fizik I dan Kimia Analisis II

8 Jadual 1.2 : Kod amali beserta dengan sinopsis mata pelajaran yang perlu diikuti oleh pelajar SPK KOD MATA SINOPSIS PELAJARAN SSF 1801 SSF 1811 SSK 1801 SSK 1811 SSK 2881 SSK 2811 SSK 2831 SSK 3851 Amali Fizik I Amali Fizik II Amali Kimia Am I Amali Kimia Am II Amali Kimia IIIB Amali Kimia IV Amali Kimia IVA Amali Kimia V Ujikaji yang sesuai dengan Fizik I Ujikaji yang sesuai dengan Fizik II Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Am I Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Am II Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Organik 1 Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Organik II dan Kimia Analisis I Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Tak Organik I Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Tak Organik II 1.1.3 Keyakinan Pendidikan Sains di Malaysia adalah bertujuan untuk memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi (Kementerian Pendidikan Malaysia,1989). Guru memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan proses pembelajaran pelajar. Seorang guru adalah merupakan orang yang sangat berpengaruh dalam proses mengajar dan belajar, oleh itu guru harus betul-betul membawa pelajarnya kepada tujuan yang ingin dicapai (CeCe Wijaya,Djadja Djadjuri dan A. Tabrani Rusyan, 1992). Untuk itu, guru-guru yang sedia ada dan bakal-bakal guru perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sains. Ilmu pengetahuan dalam bidang pengkhususan, pedagogi dan kemahiran saintifik dapat membantu guru membina keyakinan dalam menjalankan proses pengajaran sains.

9 Keyakinan seseorang itu boleh mengakibatkan kebimbangan dan kerisauan yang akan menyebabkan gangguan di dalam menjalankan apa sahaja tugas (Aziz Bin Noordin,1995). Kurang keyakinan diri (self-confidence) guru, akan mengganggu proses pengajaran dan menggagalkan objektif pengajaran. Dalam konteks pengajaran melalui amali, kurangnya keyakinan diri guru adalah disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah kurangnya pengetahuan terhadap pedagogi pendidikan, kurang pengetahuan terhadap ilmu sains, kurang pengetahuan terhadap disiplin sains, proses sains dan kaedah amali (laboratory skills). 1.1 Penyataan Masalah Masalah yang melibatkan kesediaan bakal-bakal guru untuk menjalankan pengajaran melalui amali merupakan perkara yang perlu diberi perhatian, masalah ini merupakan masalah yang ketara, di mana bakal-bakal guru kurang mendapat pendedahan terhadap pengajaran di dalam kelas-kelas amali. Di Universiti Teknologi Malaysia, bakal-bakal guru sains hanya mengikuti kelas-kelas amali yang bersesuaian dengan Mata pelajaran Teras Program/pengkhususan yang ditawarkan oleh fakulti. Pengalaman untuk menjalankan amali tingkatan empat dan lima hanya diperolehi ketika bakal-bakal guru ini belajar di sekolah menegah dahulu. Untuk merialisasikan Falsafah Pendidikan Sains Malaysia, adalah menjadi keperluan kepada bakal-bakal guru mempunyai kepakaran dalam menjalankan amali, membuat penilaian dan berkeupayaan menguruskan kelaskelas amali, kerana kelas amali yang mencapai objekif dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran sains lebih berkesan. Namun sejauh manakah bakal-bakal guru sains ini menguasai semua kemahiran yang diperlukan dalam menjalankan pengajaran melalui kelas amali. Amali merupakan pembelajaran yang penting untuk matapelajaran sains kerana ia menggalakan pelajar berfikir seperti seorang saintis Tanpa pembelajaran melalui ujikaji menjadi pelajar bosan dengan hanya menghafal fakta dan teori semata-

10 mata. Jesteru itu, penyelidik ingin menyelidik sama ada bakal-bakal guru Sains bersedia atau tidak untuk menjalankan pengajaran melalui kelas amali 1.2 Objektif Kajian Dalam kajian ini, objektif yang ingin dicapai adalah untuk mengenalpasti:- i Kemahiran bakal-bakal guru Sains menjalankan amali. ii Kemahiran bakal-bakal guru sains dalam membuat penilaian amali iii Kemahiran bakal-bakal guru Sains.dalam menguruskan kelas amali. iv Sikap dan keyakinan bakal-bakal guru sains mengajar amali di sekolah. v perbezaan kesediaan bakal-bakal guru Sains mengikut pembolehubah jantina dan kursus

11 1.3 Persoalan kajian. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti : i Adakah bakal-bakal guru sains mempunyai kemahiran dalam menjalankan amali? ii Adakah bakal-bakal guru sains Berkemahiran dalam membuat penilaian amali? iii Adakah bakal-bakal guru sains Mempunyai kemahiran dalam menguruskan kelas amali (makmal)? iv Adakah bakal-bakal guru sains Mempunyai keyakinan untuk menjalankan pengajaran melalui amali? v Adakah terdapat perbezaan kesediaan bakal-bakal guru Sains mengikut pembolehubab kursus dan jantina 1.5 Kepentingan Kajian Ramai penyelidik yang mengkaji tentang kepentingan amali dalam mengajar sains, antaranyaweiss (1987), Driver (1984-1989)dan Locks-Horsley (1990). Dapatan kajian ini telah berjaya membuktikan bahawa mengajar melalui kelas amali adalah lebih berkesan, dimana pelajar belajar melalui pengalaman. Lee (1978) telah menyelidik peranan pengajaran makmal dalam pengajaran biologi, beliau mendapati fungsi makmal

12 utama yang diperolehi ialah kemahiran manipulatif, kemahiran proses sains dan pengetahuan tentang subjek. Layton (1989) mendakwa terdapat ramai guru yang tidak memahami kaedah pengajaran inkuiri saintifik. Kajian-kajian tentang kepentingan amali terus berkembang, namun kajian yang menyentuh tentang kesediaan bakal-bakal pendidik mempunyai kemahiran mengajar melalui amali masih kurang dijalankan. Di Malaysia tidak ramai pengkaji yang memfokuskan kajian terhadap kesediaan bakal-bakal guru untuk mengajar melalui amali, sebaliknya kajian yang dibuat adalah secara umum atau lebih kepada kesediaan guru untuk mengajar melalui pengajaran biasa. Jesteru itu kajian yang menyelidik tentang sejauh mana bakal-bakal guru bersedia untuk mengajar melalui kelas amali dilihat sangat wajar dijalankan. Kajian ini dapat membantu guru-guru sains, pihak universiti seterusnya para penyelidik yang turut sama berminat dalam bidang kajian ini untuk sama-sama memastikan bakal-bakal guru lebih bersedia dan berkeyakinan untuk mengajar melalui kelas amali. 1.6 Skop Kajian Kajian ini difokuskan kepada beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru-guru dalam menjalankan pengajaran melalui amali, kemahiran yang dikaji ialah, kemahiran menjalankan amali, kemahiran membuat penilaian amali sebagaimana yang disarankan oleh kementerian, kemahiran menguruskan kelas amali. Disamping itu penyelidikan ini juga cuba melihat sejauhmana bakal-bakal guru berkeyakinan untuk mengajar melalui amali di sekolah.

13 1.7 Batasan Kajian Penyelidikan ini terbatas kepada pelajar-pelajar UTM sesi pengambilan 2000/2001 yang mengambil kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik(SPF), Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kimia (SPC), Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Biologi, Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik (SPP), Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Kimia (SPK), yang telah menjalani latihan mengajar. 1.8 Definisi Istilah Difinisi istilah adalah merujuk kepada istilah-istilah yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini. Berikut adalah beberapa istilah beserta dengan difinisinya. 1.8.1 Bakal-bakal Guru Sains. Dalam penyelidikan ini bakal-bakal guru sains adalah murujuk kepada pelajarpelajar tahun akhir Universiti Teknologi Malaysia yang mengikuti kursus SPF, SPP, SPK, SPC, SPN dan SPG sesi pengambilan 2000/2001 yang telah menjalani latihan mengajar.

14 1.8.2 Kemahiran Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, mahir didifinisikan sebagai terlatih untuk mengerjakan sesuatu atau cekap. Kemahiran pula boleh didifinisikan sebagai kecekapan atau kepandaian (Hajah Noresah,1994). Dalam kajian ini kemahiran membawa maksud kecekapan bakal-bakal guru sains terhadap beberapa aspek yang dinilai seperti yang dinyatakan di dalam objektif kajian. 1.8.3 Amali Sains Amali didifinisikan sebagai perlaksanaan prinsip atau teori (Hajah Noresah,1994). Dalam konteks kajian, amali merujuk kepada aktiviti makmal atau eksperimen mata pelajran sains yang dijalankan oleh pelajar tingkatan empat dan lima mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). 1.8.4 Penilaian amali Secara umum dalam konteks pendidikan, penilaian merujuk kepada proses membuat pertimbangan setakat mana pemahaman (konsep) dan penguasaan kemahiran pelajar terhadap apa yang telah pelajar pelajari (Abu Hassan,2001). Dalam kajian ini penilaian difokuskan kepada penilaian amali. Penilaian amali dalam kajian ini didifinisikan sebagai proses guru membuat pertimbangan terhadap kemahiran proses sains dan kemahiran sikap saintifik pelajar semasa aktiviti amali berlangsung.