AL-HIKMAH. Jilid 9 ISSN M No H

Similar documents
ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

AL-HIKMAH. Jilid 9 ISSN M No H

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Spiritual

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

POWER QUALITY IMPROVEMENT BY DYNAMIC VOLTAGE RESTORER AND UNIFIED POWER QUALITY CONDITIONER USING FUZZY LOGIC FARIDULLAH KAKAR

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan: Satu Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. 1.0 PENGENALAN sejarah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT PELAJAR BERASASKAN KOMPUTER DI MAKTAB PERGURUAN. Oleh NIZAM BIN ABD LATIB

Special Issue 3 (2017): 011 ISSN: x

KESAN KERJA SYIF MALAM TERHADAP HUBUNGAN SOSIAL DAN KESIHATAN FIZIKAL JURURAWAT

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KEPERCAYAAN EPISTEMOLOGI ISLAM

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

AISYAH ABDUL-RAHMAN & WAJEEHA ZULKIFLY ABSTRAK. Kata kunci: Pengurusan Kewangan, Pengetahuan kewangan, Pengurusan Perbelanjaan, Sumber Pembiayaan

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Penilaian Terhadap Kursus Mualaf Di Selangor. The Evaluation to the Mualaf Courses in Selangor

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

LEADERSHIP STYLE OF PALAPES PROGRAMS BY THE NATIONAL UNIVERSITY OF MALAYSIA AND JOB SATISFACTION IN SMART CAMPUS UNIVERSITY

TAHAP PENYERTAAN DAN PENDAYAUPAYAAN PSIKOLOGI: MENJELASKAN HUBUNGAN MENERUSI ORGANISASI BERASASKAN KOMUNITI

KOS SARA HIDUP MAHASISWA UPM

Transcription:

AL-HIKMAH Jilid 9 ISSN 1985-6822 2017M No. 1 1438 H ANALISIS AWAL PEMILIHAN JODOH KAUM LELAKI DI KOTA BHARU, KELANTAN 3-24 Abdul Munir Ismail & Muhamad AR HUBUNGAN ANTARA GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DAN KEPUASAN KERJA KAKITANGAN KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 25-32 Zaizul Ab. Rahman & Qurratu Ain Rapihi KESAN FILEM SERAM TERHADAP PEGANGAN AGAMA: SUATU TINJAUAN LITERATUR 33-48 Siti Aisyah Hadi Munir @ A. Hadi & Muhammad Faisal Asha'ari ANALISIS TERHADAP TAHAP-TAHAP KETAGIHAN MENURUT TEORI AL- ISHQ IBNU QAYYIM AL-JAWZIYYAH 49-59 Abdul Wahab Md. Ali PENGHAYATAN AGAMA ISLAM DALAM KALANGAN BIDAYUH MUSLIM SARAWAK 60-79 Roziah Binti Chek & Jaffary Bin Awang TRANSFORMASI HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA DARI SUDUT AKHLAK SELEPAS MEMELUK ISLAM DI JOHOR 80-109 Nur Najwa Hanani Abd Rahman & Razaleigh Muhamat @ Kawangit BAHASA DA`I DALAM KOMUNIKASI DAKWAH KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI 110-127 Nur Damia Husna Nor Sad & Zulkefli Haji Aini GERIMIS: PENGGUNAAN FILEM TAN SRI P. RAMLEE SEBAGAI KAJIAN KES DALAM KURSUS KOMUNIKASI ANTARA BUDAYA DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)...128-140 Selvarani P. Kovil Pillai KESEDARAN AGAMA DI KALANGAN BELIA DI DESA KEDA SADEK, KUPANG, KEDAH: SUATU KAJIAN TINJAUAN LITERATUR...141-158 Muhammad Khairul Azhar Ghazali & Nur Athiroh Masyaa il Tan Abdullah SUMBANGAN SHAYKH MUIM AL-WAHHAB DALAM BIDANG POLITIK DI BESILAM LANGKAT... 159-172 Zikmal Fuad & Abdul Ghafar Don BOOK REVIEW: ARCHAEOLOGY & WORLD RELIGION... 173-179 Badlihisham Mohd Nasir, Abdul Ghafar Don, Gan Wei Nie, Ismah Shamirah Ismail, Nur Amira Mohd Zailani & Raja Puteri Nurul Affiqah Raja Ahmad

Al-Hikmah 9(1) 2017: 25-32 Kepuasan kerja yang tinggi dilihat berperanan besar dalam usaha memperkembangkan dan meningkatkan tahap keprofesionalisme pengetua kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia. Gaya kepimpinan pengetua kolej kediaman pula sering dikaitkan dengan kepuasan kerja kakitangan. Gaya kepimpinan yang berkesan seringkali dilihat menyumbang kepada tahap kepuasan kerja tinggi dan sebaliknya. Selari dengan itu, kertas kerja ini akan melihat hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja kakitangan. Kajian dijalankan ke atas sekumpulan kakitangan di Kolej Rahim Kajai, Universiti Kebangsaan Malaysia. Keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek kepuasan kerja antara jantina. Dapatan kajian juga menunjukkan gaya kepimpinan yang demokratik menyumbang kepada kepuasan kerja yang tinggi manakala gaya kepimpinan autokratik dan laisse faire menyumbang kepada kepuasan kerja yang rendah. Kertas kerja ini akan juga membincangkan beberapa intervensi yang boleh dilakukan dalam meningkatkan kepuasan kerja kepengetuaan dalam usaha memperkembangkan dan meningkatkan keprofesionalisme kepengetuaan di kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam arus kepesatan dan perubahan proses pendidikan negara, kualiti kepimpinan yang mantap dan efektif amat perlu dalam usaha menjamin kualiti keprofesionalisme para pentadbir. Dalam memastikan tahap keprofesionalisme para pengetua kolej kediaman perlu menyedari bahawa gaya kepimpinan yang bersesuaian diperlukan dalam menjamin perjalanan kelicinan sebuah organisasi. Para pengetua kolej kediaman perlu menyedari

26 Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Pengetua dan Kepuasan Kerja Kakitangan bahawa cabaran yang dihadapi di organisasi kolej kediaman pada masa kini dan masa hadapan sesungguhnya amat besar selari dengan kemajuan dan kepesatan proses pendidikan. Kepimpinan dilihat sebagai perhubungan yang dinamik antara individu dengan ahli-ahli kelompok dalam kumpulan serta persekitarannya. Ia juga merupakan satu proses di mana individu lain dipengaruhi untuk mencapai matlamat dalam situasi tertentu. Gaya kepimpinan berbeza mengikut kesesuaian kepimpinan tersebut. Terdapat pemimpin yang menekankan kepada gaya kepimpinan yang sangat berfokus kepada tugas, manakala terdapat pemimpin yang lebih mementingkan perhubungan manusia. Bagaimanapun Khan (1993) mendapati kebanyakan pemimpin mempamerkan gaya kepimpinan yang menggabungkan gaya kepimpinan yang mementingkan tugas dan perhubungan manusia. Beliau juga menjelaskan pihak pentadbir sekolah yang bersedia berkongsi pendapat, menggalakkan partisipasi ahli-ahlinya, menggalakkan kebebasan bekerja dan memberi pendapat lebih mengalami kepuasan kerja yang tinggi dibandingkan dengan pemimpin yang terlalu rigid dan mengikut peraturan. Banyak kajian yang telah membezakan antara gaya kepimpinan autokratik, demokratik dan gaya kepimpinan laissez-faire. Khan (1983) mendefinisikan kepimpinan autokratik sebagai situasi di mana pemimpin membuat semua keputusan yang penting tanpa merujuk kepada orang-orang bawahannya. Pemimpin yang bersifat demokratik pula lebih menggalakkan perbincangan kelompok atau kumpulan dan membuat keputusan. Owens (1970) pula telah membahagikan gaya kepimpinan kepada lima iaitu autokratik, demokratik, laissez-faire, birokratik dan karismatik. Beliau berpendapat pemimpin yang melaksanakan gaya kepimpinan autokratik yang melampau adalah ketua di mana kesemua keputusan dan polisi dilakukan oleh pihak pentadbir. Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan laissez-faire pula menggalakkan perbincangan kumpulan dan pembuatan keputusan. Kebanyakan pemimpin yang bersifat birokratik menggabungkan ketiga-tiga gaya kepimpinan iaitu demokratik, autokratik dan laissez-faire. Jacobson, Logsdon dan Wiegman (1973) telah membezakan gaya kepimpinan demokratik dengan gaya kepimpinan autokratik dan laissez-faire melalui tiga asumpsi iaitu pemimpin yang bersifat demokratik lebih menghormati individu lain tidak kira bangsa atau status sosial dan memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu dan menumpukan kepada kaedah bekerjasama untuk kepentingan umum.

Al-Hikmah 9(1) 2017 27 Objektif kertas kerja ini adalah untuk melihat hubungan gaya kepimpinan dengan kepuasan kerja. Di samping itu, tujuan kertas kerja ini adalah melihat sama ada terdapat perbezaan antara kepuasan kerja antara subjek lelaki dengan subjek perempuan. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. Subjek kajian terdiri daripada 40 orang kakitangan kolej kediaman, UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan maklumat daripada gabungan soal selidik Leadership Behaviour Description Questionnaire dan kepuasan kerja kakitangan. Dalam usaha penentuan gaya kepimpinan sama ada tinggi atau rendah, pengkaji menggunakan julat min 1.00 hingga 3.00 sebagai rendah dan julat min 3.01 hingga 5.00 sebagai tinggi. Manakala dalam penentuan tahap kepuasan kerja ia dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu julat min antara 1.00 hingga 1,99 sebagai tidak puas hati, julat min 2.00 hingga 2.99 sebagai sederhana puas dan julat antara julat min 3.00 hingga 4.00 sebagai puas hati. Soal selidik yang digunakan mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian satu mengandungi soal selidik berkaitan dengan latar belakang responden manakala bahagian kedua pula mengandungi soal selidik yang berkaitan dengan gaya kepimpinan pengetua kolej kediaman. Bahagian ketiga pula ialah soalan-soalan yang berkaitan dengan kepuasan kerja kakitangan kolej kediaman. Soal selidik mengenai latar belakang responden mengandungi tujuh item yang dikemukakan iaitu jantina, umur, taraf perkahwinan, taraf kelulusan, pengalaman mengajar dan lama berkhidmat di kolej kediaman serta jawatan dan jabatan di mana subjek ditugaskan. Bahagian kedua pula mengandungi 40 item yang direkabentuk untuk melihat dan menentukan gaya kepimpinan pengetua di dalam menjalankan tugas harian mereka dan menentukan gaya kepimpinan. Terdapat tiga gaya kepimpinan yang dikaji iaitu gaya kepimpinan berorientasikan tugas (gaya autokratik), gaya kepimpinan berorientasikan pertimbangan atau hubungan manusia (gaya demokratik) dan gaya kepimpinan Laissez-faire. Semakin tinggi skor yang diperolehi semakin tinggi gaya kepimpinan yang diperolehi. Bahagian ketiga pula mengandungi 18 item soalan yang bertujuan mengukur kepuasan kerja kakitangan yang terdiri daripada lapan item positif dan 10 item negatif. Bagi item negatif, pemarkahan diubah.

28 Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Pengetua dan Kepuasan Kerja Kakitangan Setiap item soalan yang dikemukakan menggunakan skala yang terdiri daripada 4 skala iaitu yang bermula dari sangat setuju (4), setuju (3), tidak setuju (2) dan sangat tidak setuju (1). Indeks kepuasan kerja pula dikira berdasarkan markah skor kesemua item. Pemarkahan 1 hingga 4 diberikan bermula dari sangat setuju (4), setuju (3), tidak setuju (2) dan sangat tidak setuju (1). Bagi pernyataan yang berbentuk negatif, pemarkahan diubah di mana sangat setuju diberikan skor (1), setuju diberikan skor (2), tidak setuju (3) dan sangat tidak setuju diberikan skor (4). Kerangka teoritikal diubahsuai daripada model Yukl dalam Jaafar Sulaiman (1999) yang menunjukkan gaya kepimpinan boleh mempengaruhi suasana atau kepuasan kerja individu dalam organisasi. Gaya Kepimpinan - Autokratik - Demokratik - Laissez-faire Kepuasan Kerja Rajah 1: Model Teori Sumber: Diubahsuai daripada model Hubungan Gaya Kepimpinan dan Kepuasan Kerja Kertas kerja ini akan mengemukakan beberapa hipotesis yang akan membantu menjawab permasalahan kajian. Hipotesis-hipotesis yang dibina ialah: - Terdapat perbezaan yang signifikan mengenai kepuasan kerja di antara subjek lelaki dengan subjek perempuan. - Terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan autokratik dengan kepuasan kerja.

Al-Hikmah 9(1) 2017 29 - Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan demokratik dengan kepuasan kerja kakitangan kolej kediaman. - Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan Laissezfaire dengan kepuasan kerja kakitangan kolej kediaman. JADUAL 1: Perbezaan Min Skor dan Sisihan Piawai Kepuasan Kerja Antara Subjek Lelaki Dengan Perempuan. Jantina Bil Min Sisihan Piawai Lelaki 26 52.46 6.96 Perempuan 26 53.31 6.14 p > 0.05 t 0.47 Jadual di atas menunjukkan min skor kepuasan kerja subjek perempuan (min=53.31, SP=6.14) adalah lebih tinggi berbanding dengan min skor lelaki (min=52.46, SP=6.96). Bagaimanapun nilai ujian t (t=0.47, K>0.05) menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara subjek lelaki dengan subjek perempuan dalam sub-skala kepuasan kerja. Ini dapat disimpulkan bahawa jantina tidak mempengaruhi kepuasan kerja subjek kajian. Dapatan kajian ini konsisten dengan kajian yang dijalankan oleh Mohd Dahalan Abdul Malek dan rakan-rakan (1998) dan Esah Sulaiman (1998). Bagaimanapun, dapatan kajian ini tidak selari dengan kajian yang dijalankan oleh Xia Ma dan MacMillan (1999) dan Nawi dalam Suraineh (2001) yang mengatakan wanita lebih berpuas hati dalam pekerjaan mereka jika dibandingkan dengan subjek lelaki. JADUAL 2: Korelasi Pearson Antara Skala Kepuasan Kerja Kakitangan Kolej Kediaman Dengan Gaya Kepimpinan Pengetua Kolej Kediaman Pembolehubah Kepuasan kerja (N=52) Gaya kepimpinan autokratik 0.16 Gaya kepimpinan demokratik 0.30* Gaya kepimpinan laissez-faire 0.22 *k < 0.05

30 Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Pengetua dan Kepuasan Kerja Kakitangan Berdasarkan keputusan kajian di atas, kerja hanya dilihat berkorelasi secara positif dengan gaya kepimpinan demokratik (0.30*, k<0.05). Gaya kepimpinan autokratik dan Laissez-faire didapati tidak berkorelasi secara positif dengan kepuasan kerja di mana nilai (r=0.16, k>0.05) diikuti dengan (r=0.22, k>0.05). Kajian-kajian ini selari dengan dapatan kajian Khan (1993) di mana pihak pentadbir yang mengamalkan corak kepimpinan yang demokratik adalah lebih berpuas hati dengan tugas mereka daripada pihak pentadbir yang mengamalkan gaya kepimpinan autokratik. Kajian ini juga selari dengan kajian Morse dan Reimer (1956) yang mendapati pentadbir bersifat demokratik mempunyai tahap kepuasan kerja yang lebih tinggi walaupun tidak semestinya efektif. Scbuler (1976) mendapati penyertaan memberi kesan yang signifikan ke atas kepuasan kerja. Ini dipersetujui oleh Ralston (1986) yang mendapati sekiranya pembuatan keputusan diamalkan oleh satu institusi, pekerja-pekerja mengalami kepuasan kerja. Ini selari dengan kajian Morrissey (1988) yang mendapati pegawai-pegawai yang bergantung atau berfokus kepada kuasa lebih berpuas hati dengan pencapaian objektif tugas mereka. Berdasarkan analisis kajian terhadap kepuasan kerja, didapati kepuasan kerja subjek adalah pada tahap kepuasan kerja yang sederhana dengan min skor keseluruhan ialah 2.93. Dapatan kajian ini menyamai dapatan kajian yang dilakukan oleh Suraineh Suweh (2013) di sebuah sekolah menengah di daerah Tamparuli, Sabah yang menunjukkan kepuasan kerja di kalangan guru berada pada tahap yang sederhana. Begitu juga dengan kajian Mohd Nor dalam Shahrul Arba iah Othman (2013) yang mendapati sebilangan besar pensyarah Politeknik Kota Bharu merasai kepuasan kerja pada tahap sederhana. Dalam usaha memantapkan tahap keprofesionalisme kepengetuaan, gaya kepimpinan di kolej kediaman haruslah sentiasa disesuaikan dengan keperluan dan kehendak semasa. Ini terutama sekali dalam membuat perancangan perlu melihat semua aspek kelemahan dan kekuatan kakitangan terutama sekali pengetua kolej agar boleh memberikan kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan khususnya dan warga pelajar universiti amnya. Kepimpinan di kolej kediaman juga haruslah mengambil berat tentang peningkatan mutu perkhidmatan dengan menggalakkan kakitangan meningkatkan tahap keprofesionalismenya. Galakan seperti mengikuti

Al-Hikmah 9(1) 2017 31 kursus-kursus dalam perkhidmatan, melanjutkan pengajian pada tahap yang lebih tinggi dan memberi peluang untuk menjawat jawatan kepengurusan dalam organisasi kolej kediaman lebih memberi manfaat kepada semua pihak terutama kepada pihak individu maupun pihak kolej kediaman itu sendiri. Dalam negara mengalami proses kepesatan pendidikan, mutu kepimpinan perlu diberi perhatian yang serius. Gaya kepimpinan yang mantap dan kepuasan kerja yang tinggi dilihat berperanan besar dalam usaha memperkembangkan dan meningkatkan tahap keprofesionalisme pengetua kolej kediaman di institut pengajian tinggi tempatan (IPTA). Gaya kepimpinan yang berkesan seringkali dilihat menyumbang kepada tahap kepuasan kerja tinggi dan sebaliknya. Selari dengan itu, kertas kerja ini telah melihat hubungan antara gaya kepimpinan dengan kepuasan kerja. Gaya kepimpinan demokratik didapati menyumbang kepada kepuasan kerja yang tinggi. Bagaimanapun, tahap kepuasan kerja yang sederhana yang dialami oleh subjek kajian memerlukan tindakan yang baik oleh pihak yang berkaitan. Dapatan kajian juga menunjukkan gaya kepimpinan yang demokratik menyumbang kepada kepuasan kerja yang tinggi. Beberapa cadangan dan intervensi telah dicadangkan dalam usaha memperkembangkan dan meningkatkan tahap keprofesionalisme keprofesionalisme pengetua kolej kediaman di institut pengajian tinggi tempatan (IPTA). Esah Sulaiman. 1998. Stres di kalangan pensyarah Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim. Satu Kajian Kes. Jurnal Akademik. Jilid 19, MPTI. Jacobson, P.B., Longsdon, J.D., & Wiegman, R.R. 1973. The Principal: New Perspectives. New Jersey: Prentice-Hall Inc. Khan, Umar A. 1993. Type of administrator differences in work satisfaction of secondary school administrators. Education. Vol 113 (4), pg 574-579.

32 Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Pengetua dan Kepuasan Kerja Kakitangan Mohd Dahalan Abdul Malek., Beddu Salam Baco & Chua Bee Seok. 1998. Teori-teori motivasi dalam psikologi Industri dan Organisasi. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Morrissey, J.J. 1988. How chief executives officers get things done: An investigation of the use of social power in organization settings (Doctoral Dissertation, The Fielding Institute, 1987). Dissertation Abstracts International, 49, 553A. Morse, N.C & Reiner, E. 1956. The Experimental Change of a Major Organizational Variable. Journal of Abnormal Social Psychology, 52, 120-129. Ralston, W.W. 1986. Participative Decision Making in Academic Institutions (Doctoral Dissertation). Shahrul Arba iah Othman. 2013. Kepuasan kerja guru-guru pendidikan khas kelas percantuman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah UKM. Scbuler, R.S. 1976. Participation with supervisor and subordinate authoritarianism: A Path-Goal Theory Reconciliation. Administrative Science Quarterly, 21, 230-325. Suraineh Sewah. 2013. Kepuasan kerja guru-guru Sekolah Menengah di Sabah (Satu Kajian Kes). Sabah: Univeristi Malaysia Sabah. Owens, R.G. 1970. Organizational Behavior in Schools. New Jersey: Prentice-Hall Inc. Xia Ma & MacMillan, R.B. 2012. Influence of workplace condition on teachers job satisfaction. Journal of Educational Research. Vol 93 (1). pg 39. *Shahrul Nazmi Sannusi Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti sastera dan Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mel-e: nazmy@ukm.edu.my