FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

Similar documents
PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH KEDOKTORAN) 2017

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SUKATAN PEPERIKSAAN (SUBJEK JABATAN) AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PENILAIAN PENGETAHUAN

LAPORAN JAWATANKUASA MAJLIS DEKAN-DEKAN PENGAJIAN ISLAM MENGKAJI PROFIL PENGAJIAN ISLAM INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

GARIS PANDUAN PEPERIKSAAN

GARIS PANDUAN PEPERIKSAAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

GARIS PANDUAN PEPERIKSAAN

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

Semua Pelajar Ijazah Tinggi (Mod Kerja Kursus & Mod Campuran), Luar Pesisir dan Ijazah Pertama (Penuh Masa) PERCETAKAN. & Ijazah Pertama [Penuh Masa]

GARIS PANDUAN PEPERIKSAAN

SENARAI PEMERIKSA KURSUS PROGRAM DIPLOMA SEMESTER KEDUA SIDANG AKADEMIK 2015/2016 FE % Bilangan Pelajar

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI PENERBIT RANCANGAN GRED B27/ B28

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P011

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) Kod Dokumen : PU/PS/GP007

GARIS PANDUAN PEPERIKSAAN

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PERCETAKAN SLIP PEPERIKSAAN

Akademi Pengajian Islam

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang Sidang Akademik 1998/99. April 1999

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

UNIVERSITY OF MALAYA

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

ERBEKALAN CUTI UNIVERSITI UNIT PERKHIDMATAN & SARAAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN (BPSM&P) JABATAN PENDAFTAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

Skim Kemasukan Hospital Dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA) Terma & Syarat

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU MAKMAL DAPUR LATIHAN GRED C17 FAKULTI PENGURUSAN HOTEL & PELANCONGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Applications [Logik & Aplikasi]

SCS. Kit HR FACILITIES (KEMUDAHAN)

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SYARAT KHAS PROGRAM STPM / STAM DIPLOMA / SETARAF SALURAN KEDUA. Lulus mata pelajaran Bahasa Arab pada

OBJEKTIF KUALITI LAIN-LAIN JABATAN/UNIT

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Perpustakaan yang dilantik terus;

PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD (No W) A Member Of The Pacific & Orient Group Website:

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

SOALAN NO 3 KERJA KURSUS SENI VISUAL 3 (KERTAS 970/3) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2011

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 (PTK1) BAGI JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

TERMA DAN SYARAT. PROGRAM SAHABAT AGRO (AgroPrimaS)

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

http://fom.um.edu.my www.ummc.edu.my 2010/2011 FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

ISI KANDUNGAN Muka surat 1. IJAZAH SARJANA ANESTESIOLOGI (MAnaes) 1 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 4 2. IJAZAH SARJANA FIZIK PERUBATAN (MMedPhysics) 7 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 18 3. IJAZAH SARJANA KESIHATAN AWAM (MPH) 13 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 3 4. IJAZAH SARJANA OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI (MObGyn) 19 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 6 5. IJAZAH SARJANA OFTALMOLOGI (MOphthal) 25 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 12 6. IJAZAH SARJANA ONKOLOGI KLINIKAL (MCO) 32 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 20 7. IJAZAH SARJANA OTORINOLARINGOLOGI SURGERI KEPALA & LEHAR (MOrl) 38 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 13 8. IJAZAH SARJANA PATOLOGI (MPath) 44 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 1 9. IJAZAH SARJANA PEDIATRIK (MPaeds) 51 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 7 10. IJAZAH SARJANA PEMBEDAHAN KANAK-KANAK (MPaedSurg) 58 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 21 11. IJAZAH SARJANA PERUBATAN DALAMAN (MlntMed)... 65 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 5 12. IJAZAH SARJANA PERUBATAN KECEMASAN (MEmMed) 73 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 22 13. IJAZAH SARJANA PERUBATAN KELUARGA (MFamMed) 79 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 8 14. IJAZAH SARJANA PERUBATAN PEMULIHAN (MRehabMed) 86 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 16 15. IJAZAH SARJANA PERUBATAN PSIKOLOGI (MPM) Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 Jadual 10 92 Fakulti Perubatan Bahagian 2 16. IJAZAH SARJANA PERUBATAN SUKAN (MSpMed) Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 Jadual 10 99 Fakulti Perubatan Bahagian 15

17. IJAZAH SARJANA RADIOLOGI (MRad) 105 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 14 18. IJAZAH SARJANA SAINS KEJURURAWATAN (MNSc) 112 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 23 19. IJAZAH SARJANA SAINS PERUBATAN DALAM KESIHATAN AWAM (MMedSc (PH) 116 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 17 20. IJAZAH SARJANA SAINS PERUBATAN DALAM PATOLOGI KLINIKAL 121 (MMedScClinPath) Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 19 21. IJAZAH SARJANA SURGERI (MSurg) 128 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 11 22. IJAZAH SARJANA SURGERI ORTOPEDIK (MOrthSurg) 135 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 10 23. IJAZAH SARJANA SAINS PERUBATAN (MMedSc) 141 24. DOKTOR KESIHATAN AWAM 144 23. JADUAL KEDUA Penilaian Peperiksaan Keperluan Pengijazahan dan Rayuan 183 24. JADUAL KETIGA Kemasukan Sebagai Calon Peperiksaan, Penarikan Diri Daripada Peperiksaan, Ketidakhadiran Peperiksaan & Pengendalian Peperiksaan 193 25. HADIAH PELAJAR TERBAIK.. 196 /pal/7.9.2010

Ijazah Sarjana Anestesiologi 1. Jenis Program KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 4 Program Sarjana Anestesiologi adalah program secara kursus klinikal di mana peratusan bahagian penyelidikan merupakan kurang daripada tiga puluh (30) peratus bagi keseluruhan program pengajian. 2. Syarat Kemasukan (1) Kelayakan masuk Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan dari Universiti atau kelayakan perubatan setaraf dengannya yang diluluskan oleh Senat; dan Sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman klinikal selepas pendaftaran penuh sebagai pengamal perubatan yang diluluskan oleh Senat. (2) Syarat lain Layak untuk pendaftaran sebagai pengamal perubatan di bawah Akta Perubatan 1971 (Akta 50) di Malaysia; dan Memuaskan Jabatan yang bertanggungjawab terhadap program pengajian calon dalam suatu Penilaian Kemasukan yang diiktiraf oleh Fakulti. 3. Tempoh Pengajian (1) Tempoh minimum pengajian adalah selama empat tahun. (2) Tempoh maksimum pengajian adalah selama tujuh tahun. 4. Struktur Program Pengajian Program Pengajian terdiri daripada tiga peringkat seperti berikut: (1) Peringkat I dalam tahun pertama pengajian yang merangkumi latihan klinikal dalam kemahiran asas dalam anestesia dan resasitasi untuk pengurusan pesakit. (2) Peringkat II mengandungi latihan dalam tahun kedua dan tahun ketiga pengajian dalam: penempatan anestesiologi klinikal dan bukan anestesiologi yang dijalani secara giliran seperti perubatan am, radiologi, perubatan kecemasan, atau mana-mana penempatan lain yang diluluskan oleh Jabatan yang bertanggungjawab terhadap program pengajian calon; dan metodologi penyelidikan termasuk perjalanan projek penyelidikan dalam manamana bidang anestesia, rawatan rapi atau pengurusan kesakitan. (3) Peringkat III mengandungi latihan klinikal dalam tahun keempat pengajian dalam bidang pengkhususan anestesiologi atau rawatan rapi atau anestesiologi dan rawatan rapi. (4) Calon adalah dikehendaki menyelenggara buku log sepanjang tempoh pengajiannya untuk mencatitkan tugasan yang dijalani. 1

5. Tempat Pengajian Fakulti boleh atas perakuan Jabatan yang bertanggungjawab terhadap program pengajian calon membenarkan seseorang calon menjalankan sebahagian daripada program latihannya di institusi, pusat atau tempat lain yang diiktiraf oleh Fakulti dan diluluskan oleh Senat. PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 4 Ijazah Sarjana Anestesiologi 1. Pendaftaran (1) Pendaftaran untuk program pengajian akan bermula pada minggu sebelum permulaan sesi akademik. (2) Calon boleh dibenarkan mendaftar terus untuk Peringkat II program pengajian sekiranya ia mempunyai - minimum dua tahun pengalaman dalam anestesiologi klinikal di hospital yang diiktiraf oleh Fakulti dan telah lulus mana-mana satu peperiksaan yang disenaraikan di bawah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) atau the primary Examination of the Royal College of Anaesthetists; the Primary Examination of the Australian and New Zealand College of Anaesthetists; the Primary Examination of the Faculty of Anaesthetists of the Royal College of Surgeons of Ireland; the Primary Examination for the degree of Master of Medicine in Anaesthesia of the National University of Singapore; the Part II Examination of the Royal College of Anaesthetists; the Part II Examination of the Faculty of Anaesthetists of the Royal College of Surgeons of Ireland; atau mana-mana peperiksaan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa atas perakuan Fakulti. minimum tiga tahun pengalaman dalam anestesiologi klinikal di hospital yang diiktiraf oleh Fakulti, tetapi tidak lulus mana-mana peperiksaan tersebut di atas. 2. Kehadiran Semasa program pengajiannya - (1) Calon boleh dibenarkan menjalankan sebahagian daripada programnya di hospital atau pusat lain yang diiktiraf oleh Fakulti. (2) Calon yang tidak hadir bagi tempoh yang melebihi empat puluh dua (42) hari dalam mana-mana tahun akademik adalah dikehendaki menjalankan tempoh latihan lanjutan yang ditentukan oleh Fakulti; tertakluk kepada tempoh latihan lanjutan itu hendaklah tidak melebihi tempoh maksimum pencalonan. 2

3. Penyeliaan (1) Penyelia bagi calon hendaklah dilantik tidak lewat daripada dua bulan selepas pendaftaran calon. (2) Seorang perunding hendaklah dilantik untuk calon yang menjalani sebahagian daripada program pengajiannya di luar Universiti. Perunding tersebut hendaklah dilantik tidak lewat daripada dua bulan selepas calon telah memulakan latihannya di tempat luar. 4. Ketetapan Projek Penyelidikan Projek penyelidikan bagi calon hendaklah ditetapkan oleh Jabatan yang bertanggungjawab terhadap program pengajian calon tidak lewat daripada satu bulan sebelum permulaan penyelidikan. 5. Penyerahan (1) Calon adalah dikehendaki menyerahkan buku log dan laporan penempatannya tidak lewat daripada satu bulan sebelum Peperiksaan Akhir. (2) Calon adalah dikehendaki menyerahkan laporan penyelidikannya tidak lewat daripada enam bulan sebelum Peperiksaan Akhir. SENARAI RUJUKAN: M-4(3) IJAZAH: SARJANA ANESTESIOLOGI SENARAI KEPADA JADUAL PERTAMA 1. Peperiksaan bagi Ijazah (1) Peperiksaan yang membawa kepada ijazah hendaklah seperti berikut: Peperiksaan Bahagian I; dan Peperiksaan Akhir (2) Tiada calon dibenarkan menduduki Peperiksaan Akhir kecuali ia telah lulus atau dikecualikan daripada Peperiksaan Bahagian I. Calon boleh dikecualikan daripada Peperiksaan Bahagian I sekiranya ia telah lulus manamana satu peperiksaan yang disenaraikan di bawah: (i) the primary Examination of the Royal College of Anaesthetists; (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) the Primary Examination of the Australian and New Zealand College of Anaesthetists; the Primary Examination of the Faculty of Anaesthetists of the Royal College of Surgeons of Ireland; the Primary Examination for the degree of Master of Medicine in Anaesthesia of the National University of Singapore; the Part II Examination of the Royal College of Anaesthetists; the Part II Examination of the Faculty of Anaesthetists of the Royal College of Surgeons of Ireland; atau mana-mana peperiksaan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa atas perakuan Fakulti. menyerahkan buku log dan laporan penempatannya tidak lewat daripada satu bulan sebelum Peperiksaan Akhir; dan menyempurnakan dan menyerahkan laporan penyelidikannya enam bulan sebelum Peperiksaan Akhir. 3

(3) Peperiksaan Bahagian I hendaklah diadakan pada penghujung enam bulan yang pertama Peringkat II program pengajian. Peperiksaan Akhir hendaklah diadakan pada penghujung tahun keempat program pengajian. 2. Subjek Peperiksaan dan Pembahagian Markah (1) Peperiksaan Bahagian I Subjek Peperiksaan Bahagian I dan pembahagian markah untuk setiap subjek hendaklah seperti berikut: Subjek Deskripsi Pembahagian Markah (Maksimum) Subjek: Farmakologi dan Statistik A. Seksyen Bertulis MBGE6101 Kertas 1 Soalan Pelbagai Pilihan 30 MBGE6102 Kertas 2 Esei dan Soalan Jawapan Pendek 30 B. Seksyen Lisan MBGE6121 Peperiksaan Viva 40 Jumlah 100 Subjek: Fisiologi dan Ukuran Klinikal A. Seksyen Bertulis MBGE6104 Kertas 1 Soalan Pelbagai Pilihan 30 MBGE6105 Kertas 2 Esei dan Soalan Jawapan Pendek 30 B. Seksyen Lisan MBGE6122 Peperiksaan Viva 40 Jumlah 100 (2) Peperiksaan Akhir Seksyen Peperiksaan Akhir dan pembahagian markah untuk setiap seksyen hendaklah seperti berikut: Komponen Deskripsi Pembahagian Markah (Maksimum) A.Bertulis MBGE6236 Kertas 1 Soalan Pelbagai Pilihan 20 MBGE6237 Kertas 2 Soalan Esei 20 B. Klinikal MBGE6243 - Kes Panjang 15 MBGE6250 - Viva Voce 30 MBGE6255 - OSCE 15 Jumlah 100 3. Syarat untuk Lulus Peperiksaan Calon hendaklah dianggap telah lulus Peperiksaan yang ditetapkan di bawah sekiranya ia telah: - (1) Peperiksaan Bahagian I Mengambil kedua-dua subjek pada percubaan yang pertama; dan Memperolehi 50% atau lebih daripada markah bagi setiap subjek dalam Peperiksaan tersebut; dan Memperolehi 50% atau lebih markah bagi dua (2) daripada tiga (3) seksyen kecil untuk setiap subjek dalam Peperiksaan tersebut. (3) Peperiksaan Akhir Memperolehi 50% atau lebih daripada markah bagi setiap seksyen dalam Peperiksaan tersebut. 4

4. Mengulang Peperiksaan (1) Peperiksaan Semula Bahagian I (d) Calon yang telah gagal Peperiksaan Bahagian I boleh dibenarkan peperiksaan semula sebanyak tiga kali selepas enam bulan pada tiap-tiap kali. Peperiksaan Semula Bahagian I hendaklah mengandungi subjek yang sama dan hendaklah dinilai dan digred mengikut cara yang sama seperti mana yang ditetapkan bagi Peperiksaan Bahagian I. Calon yang telah gagal Peperiksaan/Peperiksaan Semula Bahagian I tetapi memperolehi markah dalam satu di antara dua subjek, yang sama atau melebihi 50% dibenarkan mengambikira markahnya bagi subjek berkenaan kepada jumlah markah subjek dalam percubaan Peperiksaan Semula Bahagian I, tertakluk kepada kelulusan Fakulti. Calon perlu menduduki Peperiksaan Semula dalam subjek yang mana beliau telah gagal. Calon yang gagal peperiksaan semula pada kali ketiga hendaklah dianggap telah gagal Peperiksaan Bahagian I dan tidak dibenarkan mengulang program pengajian kecuali dalam keadaan khas atas perakuan Fakulti Perubatan dan dengan kelulusan Senat. (2) Peperiksaan Semula Peperiksaan Akhir Calon yang telah gagal Peperiksaan Akhir boleh dibenarkan peperiksaan semula sebanyak tiga kali selepas enam bulan pada tiap-tiap kali. Peperiksaan Semula Peperiksaan Akhir hendaklah mengandungi komponen yang sama dan hendaklah dinilai dan digred mengikut cara yang sama seperti mana yang ditetapkan bagi Peperiksaan Akhir. Calon yang gagal peperiksaan semula pada kali ketiga hendaklah dianggap telah gagal Peperiksaan Akhir dan tidak dibenarkan mengulang program pengajian kecuali dalam keadaan khas atas perakuan Fakulti Perubatan dan dengan kelulusan Senat. (3) Calon yang telah lulus peperiksaan semula bagi Peperiksaan yang dinyatakan dalam perenggan kecil 4(1) dan (2) di atas hendaklah dianggap telah lulus Peperiksaan yang ditetapkan. 5. Penganugerahan Lulus dengan Cemerlang bagi Peperiksaan Calon boleh dianugerahkan Lulus dengan Cemerlang dalam Peperiksaan Bahagian I atau Peperiksaan Akhir jika ia - telah memperolehi 75% atau lebih daripada markah agregat dalam setiap Peperiksaan yang ditetapkan; tidak gagal dalam mana-mana komponen Peperiksaan yang ditetapkan; dan tidak mengulang Peperiksaan yang ditetapkan atau mana-mana bahagian program pengajian kecuali atas alasan perubatan atau perikemanusiaan yang diterima oleh Fakulti. 6. Penganugerahan Ijazah dengan Cemerlang Calon boleh dianugerahkan ijazah Sarjana Anestesiologi dengan Cemerlang jika ia - telah lulus dengan Cemerlang dalam Peperiksaan Akhir; tidak gagal dalam mana-mana komponen Peperiksaan yang ditetapkan; dan 5

tidak mengulang Peperiksaan yang ditetapkan atau mana-mana bahagian program pengajian kecuali atas alasan perubatan atau perikemanusiaan yang diterima oleh Fakulti. 7. Penganugerahan Ijazah Tiada calon akan diperakukan bagi penganugerahan Ijazah Sarjana Anestesiologi melainkan ia telah menyempurnakan segala bahagian kursus, menyempurnakan tempoh minimum pengajian dan telah lulus semua Peperiksaan yang ditetapkan. 8. Pemakaian Peraturan ini hendaklah diguna pakai untuk calon yang diterima masuk ke program Ijazah Sarjana Anestesiologi dalam sesi akademik 2008/2009 dan seterusnya. Sarjana Anestesiologi Jadual Program P E R I N G K A T Tahun 4 Latihan Klinikal Program dalam bidang Anestesiologi dan/atau Rawatan Intensif Peperiksaan Akhir III P E R I N G K A T Tahun 3 Tahun 2 Anestesiologi Klinikal dan penempatan giliran dalam bidang bukan Anestesiologi Peperiksaan Bahagian I (6 bulan selepas pendaftaran Peringkat II program) II P E R I N G K A T Tahun 1 Anestesiologi Asas I Pendaftaran (Penilaian Kemasukan) 6

Ijazah Sarjana Fizik Perubatan 1. Jenis Program KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 18 Jenis program Ijazah Sarjana Fizik Perubatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:- (1) Program secara kursus di mana peruntukan jam kredit bagi bahagian penyelidikan merupakan kurang daripada tiga puluh (30) peratus daripada jumlah jam kredit bagi keseluruhan program pengajian; dan (2) Program secara disertasi di mana peratusan bahagian penyelidikan merupakan seratus (100) peratus program pengajian. 2. Syarat Kemasukan (1) Program secara kursus Kelayakan masuk (i) (ii) (iii) (iv) Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian atau setaraf dengannya dalam bidang sains fizikal; atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian atau setaraf dengannya di mana program pengajian mengandungi kursus-kursus sains fizikal; atau Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya dalam bidang sains fizikal dan sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan; atau Kelayakan lain setaraf dengannya yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa. Syarat lain Memuaskan Jabatan yang bertanggungjawab terhadap program pengajian calon dalam suatu Penilaian Kemasukan yang diiktiraf oleh Fakulti. (2) Program secara disertasi Kelayakan masuk (i) (ii) Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian atau setaraf dengannya dalam bidang sains fizikal atau dalam bidang yang berkaitan; atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian atau setaraf dengannya dalam program pengajian yang mengandungi kursus-kursus sains fizikal; atau (iii) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains fizikal dan (A) (B) sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan; atau bukti penerbitan dalam bidang yang berkaitan; atau 7

(iv) Kelayakan lain setaraf dengannya yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa. Syarat Lain 3. Struktur Program Pengajian (1) Program secara kursus Memuaskan Jabatan yang bertanggungjawab terhadap program pengajian calon dalam suatu Penilaian Kemasukan yang diiktiraf oleh Fakulti. Program Sarjana Fizik Perubatan secara kursus mengandungi empat puluh (40) jam kredit yang terdiri daripada dua bahagian yang berikut iaitu: (i) Bahagian I mengandungi sembilan kursus teras berjumlah dua puluh lapan (28) jam kredit; dan (ii) Bahagian II melibatkan penyelidikan yang membawa kepada penyerahan laporan projek yang berjumlah dua belas (12) jam kredit. Butir-butir kursus yang ditawarkan adalah seperti mana yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa atas perakuan Fakulti dan calon akan dimaklumkan butir-butir tersebut pada permulaan setiap sesi. Senarai kursus untuk program Sarjana Fizik Perubatan adalah seperti mana yang diperuntukan dalam Senarai 1. (2) Program secara disertasi Program ini merupakan program penyelidikan sepenuhnya yang membawa kepada penyerahan satu disertasi dan formatnya adalah seperti mana yang diperuntukkan di bawah perenggan 8, Peraturan-peraturan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001. Di mana Fakulti menganggap ianya perlu calon boleh dikehendaki mengikuti atau mengikuti dan lulus kursus atau kursus-kursus seperti mana yang ditentukan oleh Fakulti. 4. Tempat Pengajian Fakulti boleh atas perakuan Jabatan yang bertanggungjawab terhadap program pengajian calon membenarkan seseorang calon menjalankan sebahagian daripada program pengajiannya di institusi, pusat atau tempat lain yang diiktiraf oleh Fakulti dan diluluskan oleh Senat. PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 18 Ijazah Sarjana Fizik Perubatan 1. Pendaftaran Kursus (1) Program secara kursus Pendaftaran kursus dilakukan dalam minggu sebelum semester berkenaan bermula. Calon adalah dikehendaki mendaftar sekurang-kurangnya sembilan jam kredit kursus dalam mana-mana semester kecuali: 8

(i) (ii) pada semester terakhir program pengajiannya di mana ia boleh mendaftar kredit kurang daripada yang dinyatakan di atas; atau di mana calon telah dibenarkan menarik diri daripada semester berkenaan. Calon hanya boleh mendaftar untuk Bahagian II program pengajian selepas ia telah mendapat sekurang-kurangnya sembilan jam kredit. (2) Program secara disertasi 2. Penyeliaan Melainkan ia telah dibenarkan menarik diri dari semester berkenaan, calon bagi program secara disertasi yang disyaratkan mengikuti atau mengikuti dan lulus mana-mana kursus atau kursus-kursus adalah dikehendaki mendaftar untuk kursus atau kursuskursus berkenaan dalam semester di mana kursus atau kursus-kursus tersebut ditawarkan. (1) Program secara kursus Penyelia bagi calon hendaklah dilantik semasa bidang penyelidikan diluluskan. Penyelia bersama dan/atau perunding boleh dilantik pada bila-bila masa apabila diperlukan. (2) Program secara disertasi Penyelia bagi calon hendaklah dilantik semasa bidang penyelidikan diluluskan. Penyelia bersama dan/atau perunding boleh dilantik pada bila-bila masa apabila diperlukan. 3. Ketetapan Bidang Penyelidikan (1) Program secara kursus Bidang penyelidikan hendaklah ditetapkan sebelum calon memulakan bahagian penyelidikan bagi program pengajiannya. (2) Program secara disertasi 4. Penyerahan Bidang penyelidikan bagi disertasi hendaklah ditetapkan semasa calon diterima masuk ke program pengajian ini. (1) Program secara kursus Calon adalah dibenarkan menyerahkan laporan projek selepas ia mendapat sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) jam kredit. Calon adalah dikehendaki menyerahkan laporan projek sebelum tamat tempoh maksimum pencalonannya. (2) Program secara disertasi Calon adalah dibenarkan menyerahkan disertasinya setelah dua belas (12) bulan penyelidikan dari tarikh pendaftaran permulaan program pengajiannya. Calon yang disyaratkan mengikuti kursus atau kursus-kursus yang ditentukan oleh Fakulti tidak dibenarkan menyerahkan disertasinya kecuali sehingga Dekan 9

Fakulti mengesahkan ia telah mengikuti kursus atau kursus-kursus tersebut dengan memuaskan. (d) Calon yang disyaratkan mengikuti dan lulus kursus atau kursus-kursus yang ditentukan oleh Fakulti tidak dibenar menyerahkan disertasinya kecuali ia telah lulus kursus atau kursus-kursus tersebut. Calon adalah dikehendaki menyerahkan disertasinya sebelum tamat tempoh maksimum pencalonannya. SENARAI RUJUKAN: M-18(2) IJAZAH: SARJANA FIZIK PERUBATAN PROGRAM: KURSUS SENARAI KEPADA JADUAL PERTAMA 1. Peperiksaan untuk Ijazah (1) Peperiksaan bagi ijazah Sarjana Fizik Perubatan secara kursus hendaklah: Peperiksaan Bahagian I; dan Peperiksaan Bahagian II. (2) Peperiksaan Bahagian I hendaklah terdiri daripada peperiksaan atau peperiksaanpeperiksaan dalam setiap kursus yang ditetapkan untuk Bahagian I bagi program ijazah Sarjana Fizik Perubatan seperti berikut - lapan kursus teras, yang setiap satunya berjumlah tiga jam kredit, semuanya berjumlah dua puluh empat (24) jam kredit; dan satu kursus teras berjumlah empat jam kredit. (3) Peperiksaan Bahagian II hendaklah merupakan penilaian di atas sebuah laporan projek berjumlah dua belas (12) jam kredit, yang diserahkan oleh calon. 2. Komponen Peperiksaan dan Agihan Markah (1) Peperiksaan Bahagian I Komponen kursus dan markah yang diagihkan kepada komponen kursus yang ditetapkan bagi Peperiksaan Bahagian I hendaklah Komponen Agihan Markah (Maksimum) (i) Peperiksaan Akhir Semester 40% (ii) Penilaian Berterusan 60% Jumlah 100% Kaedah Penilaian dan keperluan untuk lulus Peperiksaan bahagian I hendaklah berdasarkan skim pemarkahan dalam Jadual Kedua. (2) Peperiksaan Bahagian II Laporan projek hendaklah diperiksa dan dinilai seperti mana yang ditetapkan dalam skim pemarkahan Jadual Kedua. (3) Senat boleh atas perakuan Fakulti, mengubah agihan markah untuk komponen sesuatu kursus bagi Peperiksaan Bahagian I. 10

3. Peperiksaan Akhir Semester Peperiksaan akhir semester untuk setiap kursus yang ditetapkan bagi Peperiksaan Bahagian I hendaklah terdiri daripada satu kertas bertulis dua jam. 4. Penganugerahan Ijazah Tiada calon akan diperakukan bagi penganugerahan Ijazah Sarjana Fizik Perubatan melainkan ia telah menyempurnakan segala bahagian kursus dan telah lulus semua Peperiksaan yang ditetapkan. 5. Pemakaian Peraturan ini hendaklah diguna pakai untuk calon yang diterima masuk ke program Sarjana Fizik Perubatan dalam sesi 2009/2010 dan seterusnya. Senarai 1 Kursus-kursus Yang Telah Diluluskan Oleh Senat Bagi Program Ijazah Sarjana Fizik Perubatan: Kursus-kursus Teras Kod Tajuk Jam Kredit MQGQ6101 Anatomi dan Fisiologi 4 MQGQ6102 Biostatistik 3 MQGQ6103 Komputer dan Informatik Perubatan 3 MQGQ6104 Fizik Sinaran Gunaan dan Dosimetri 3 MQGQ6105 Radiobiologi dan Perlindungan Sinaran 3 MQGQ6106 Sinaran Tidak Mengion dalam Perubatan 3 MQGQ6107 Pengimejan Perubatan 3 MQGQ6108 Fizik Radioterapi 3 MQGQ6109 Perubatan Nuklear 3 MQGQ6189 Projek Fizik Perubatan 12 SENARAI RUJUKAN: M-18(4) IJAZAH: SARJANA FIZIK PERUBATAN PROGRAM: DISERTASI SENARAI KEPADA JADUAL PERTAMA 1. Peperiksaan untuk Ijazah (1) Peperiksaan untuk ijazah Sarjana Fizik Perubatan secara disertasi hendaklah terdiri daripada penilaian di atas sebuah disertasi yang diserahkan oleh calon. (2) Peperiksaan sebuah disertasi boleh meliputi ujian-ujian bertulis, lisan, amali, klinikal dalam apa jua bentuknya serta kaedah penilaian lain seperti mana yang diluluskan oleh Senat atas perakuan Fakulti. (3) Jawatankuasa Pemeriksa boleh atas budibicaranya, memerlukan seorang calon menduduki mana-mana peperiksaan tambahan yang dianggap perlu untuk penilaian disertasinya; dan/atau menghadiri satu peperiksaan viva mengenai disertasinya. 2. Peperiksaan dan Penilaian Disertasi (1) Sebuah disertasi hendaklah diperiksa dan dinilai menurut peraturan seperti mana yang ditetapkan dalam skim pemarkahan Jadual Kedua. (2) Markah dan gred tidak akan diberi dalam pemeriksaan sebuah disertasi. 11

3. Keperluan Gred Kursus Seorang calon yang disyaratkan mengikuti dan mengambil peperiksaan dalam sesuatu kursus atau kursus-kursus yang ditetapkan sebagai sebahagian pencalonannya untuk program ijazah Sarjana Fizik Perubatan secara disertasi, hendaklah diperiksa dan dinilai seperti mana yang ditetapkan dalam skim pemarkahan Jadual Kedua. 4. Penganugerahan Ijazah Tiada calon akan diperakukan bagi penganugerahan ijazah Sarjana Fizik Perubatan melainkan ia telah menyempurnakan segala bahagian kursus dan telah lulus semua Peperiksaan yang ditetapkan. 5. Pemakaian Peraturan ini hendaklah diguna pakai untuk calon yang diterima masuk ke program Ijazah Sarjana Fizik Perubatan dalam sesi akademik 2009/2010 dan seterusnya. 12

Ijazah Sarjana Kesihatan Awam 1. Jenis Program KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 3 Program Sarjana Kesihatan Awam adalah program secara kursus di mana peruntukan jam kredit bagi bahagian penyelidikan merupakan kurang daripada tiga puluh (30) peratus jumlah jam kredit bagi keseluruhan program pengajian. Selepas penyempurnaan program pengajian yang berkaitan seperti mana yang dinyatakan dalam Jadual ini, calon adalah layak untuk dianugerahkan ijazah Sarjana Kesihatan Awam. 2. Syarat Kemasukan (1) Kelayakan masuk Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan dari Universiti atau kelayakan perubatan setaraf dengannya yang diluluskan oleh Senat; dan Sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman dalam bidang perubatan am selepas pendaftaran sebagai pengamal perubatan yang diluluskan oleh Senat. (2) Syarat lain 3. Tempoh Pengajian Memuaskan Jabatan yang bertanggungjawab terhadap program pengajian calon dalam suatu Penilaian Kemasukan yang diiktiraf oleh Fakulti. (1) Tempoh minimum pengajian adalah selama dua (2) semester. (2) Tempoh maksimum pengajian adalah selama lapan (8) semester. 4. Struktur Program Pengajian (1) Program pengajian Sarjana Kesihatan Awam merangkumi empat puluh (40) jam kredit yang terdiri daripada: (d) tujuh kursus teras yang setiap satunya berjumlah tiga jam kredit, semuanya dua puluh satu (21) jam kredit; satu kursus teras berjumlah empat (4) jam kredit; lima kursus elektif yang setiap satunya berjumlah tiga jam kredit, semuanya lima belas (15) jam kredit; atau tiga kursus elektif yang setiap satunya berjumlah tiga jam kredit, semuanya sembilan (9) jam kredit dan satu kursus elektif yang membawa kepada satu Kertas Penyelidikan berjumlah enam (6) jam kredit. (2) Butir-butir kursus yang ditawarkan adalah seperti mana yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa atas perakuan Fakulti dan calon akan dimaklumkan butir-butir tersebut pada permulaan setiap sesi. (3) Senarai kursus untuk program Sarjana Kesihatan Awam adalah seperti mana yang dilampirkan dalam Senarai 1 dan Senarai 2. 13

5. Tempat Pengajian Fakulti boleh atas perakuan Jabatan yang bertanggungjawab terhadap program pengajian calon membenarkan seseorang calon menjalankan sebahagian daripada program latihannya di institusi, pusat atau tempat lain yang diiktiraf oleh Fakulti dan diluluskan oleh Senat. PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 3 Ijazah Sarjana Kesihatan Awam 1. Pendaftaran Kursus (1) Pendaftaran kursus akan bermula pada minggu sebelum permulaan semester yang berkaitan. (2) Calon perlu mendaftar sekurang-kurangnya tiga (3) jam kredit dalam setiap semester kecuali di mana calon telah dibenarkan menarik diri daripada semester berkenaan. (3) Calon dibenarkan mendaftar kursus Kertas Penyelidikan selepas ia telah menyempurnakan sekurang-kurangnya lima belas (15) jam kredit kursus teras. 2. Kehadiran Semasa program pengajiannya calon dibenarkan menjalankan sebahagian daripada latihannya di institusi atau agensi lain yang diiktiraf oleh Fakulti. 3. Penyeliaan (1) Fakulti hendaklah melantik sekurang-kurangnya seorang penyelia bagi setiap calon tidak lewat daripada dua bulan selepas pendaftaran calon. (2) Penyelia bersama dan/atau pakar perunding boleh dilantik bila diperlukan. (3) Seorang perunding hendaklah dilantik untuk calon yang menjalani sebahagian daripada program pengajiannya di luar Universiti. Perunding tersebut hendaklah dilantik tidak lewat daripada dua bulan selepas calon telah memulakan latihannya di tempat luar. 4. Penetapan Kertas Penyelidikan Kertas penyelidikan bagi calon akan ditetapkan oleh Jabatan yang bertanggungjawab terhadap program pengajian calon tidak lewat daripada dua bulan sebelum permulaan kertas penyelidikan. 5. Penyerahan Calon adalah dikehendaki menyerahkan kertas penyelidikan tidak lewat daripada satu bulan sebelum akhir semester berkenaan untuk diperiksa. 14

SENARAI KEPADA JADUAL PERTAMA SENARAI KEPADA JADUAL PERTAMA SENARAI RUJUKAN: M-3(3) IJAZAH: SARJANA KESIHATAN AWAM PROGRAM: KURSUS 1. Peperiksaan bagi Ijazah Peperiksaan bagi ijazah Sarjana Kesihatan Awam hendaklah terdiri daripada peperiksaan atau peperiksaan-peperiksaan dalam setiap kursus yang ditetapkan untuk program ijazah Sarjana Kesihatan Awam seperti berikut: (1) tujuh kursus teras yang setiap satunya berjumlah tiga jam kredit, semuanya berjumlah dua puluh satu (21) jam kredit; (2) satu kursus teras berjumlah empat (4) jam kredit; (3) lima kursus elektif yang setiap satunya berjumlah tiga jam kredit, semuanya berjumlah lima belas (15) jam kredit. atau (4) tiga kursus elektif yang setiap satunya berjumlah tiga jam kredit, semuanya berjumlah sembilan (9) jam kredit dan satu kursus elektif yang membawa kepada satu Kertas Penyelidikan berjumlah enam (6) jam kredit. 2. Komponen Peperiksaan dan Pembahagian Markah (1) Kursus yang diajar Komponen kursus yang diajar dan pembahagian markah untuk setiap komponen seperti yang dinyatakan bagi peperiksaan hendaklah seperti berikut: Komponen Pembahagian Markah (Maksimum) Penilaian Berterusan 50 % Peperiksaan Akhir Semester 50 % Jumlah 100 % (2) Kertas Penyelidikan Pembahagian markah bagi komponen kertas penyelidikan hendaklah 100 % daripada penyerahan laporan secara bertulis. (3) Senat boleh atas perakuan Fakulti, mengubah agihan markah untuk komponen sesuatu kursus bagi peperiksaan. 3. Keperluan Gred Kursus Gred kursus-kursus tertakluk kepada peraturan-peraturan menguasai Skim Pemarkahan yang ditetapkan dalam Jadual Kedua. 15

4. Penganugerahan Ijazah Tiada calon akan diperakukan bagi penganugerahan Ijazah Sarjana Kesihatan Awam melainkan ia telah menyempurnakan semua bahagian kursus dan lulus dalam semua peperiksaan yang ditetapkan. 5. Pemakaian Peraturan ini hendaklah diguna pakai untuk calon yang diterima masuk ke program Ijazah Sarjana Kesihatan Awam dalam sesi akademik 2009/2010 dan seterusnya. Ijazah Sarjana Kesihatan Awam Senarai 1 Kursus-Kursus Teras KOD TAJUK JAM KREDIT MOGB6107 Prinsip dan Kaedah-Kaedah Epidemiologi 3 MOGB6108 Metodologi Penyelidikan 3 MOGB6280 Penyediaan Cadangan Penyelidikan* 4 MOGB6109 Prinsip Biostatistik 3 MOGB6110 Pengurusan dalam Kesihatan 3 MOGB6105 Prinsip-Prinsip Kesihatan Keluarga 3 MOGB6106 Masyarakat, Tingkahlaku dan Kesihatan 3 MOGR6107 Kesihatan Perkerjaan dan Persekitaran 3 JUMLAH 25 * Pra-syarat: MOGB6108 Metodologi Penyelidikan 16

Ijazah Sarjana Kesihatan Awam Senarai 2: Kursus Elektif KOD TAJUK JAM KREDIT MOGB6301 Epidemiologi Penyakit-Penyakit di Malaysia 3 MOGB6302 Analisis Perkadaran dan Nisbah 3 MOGB6303 Penghasilan Bukti Saintifik Yang Kukuh 3 MOGB6304 Konsep Biostatistik Tahap Lanjutan 3 MOGB6480 Kertas Penyelidikan* 6 MOGB6305 Ekonomi Kesihatan 3 MOGB6306 Undang-Undang dan Kesihatan 3 MOGB6307 Kesihatan Wanita, Kanak-Kanak dan Remaja 3 MOGB6308 Kesihatan Wanita 3 MOGB6309 Kesihatan Kanak-Kanak dan Remaja 3 MOGB6310 Kesihatan Lelaki 3 MOGB6311 Kesihatan Warga Tua 3 MOGB6312 Kesihatan Mental 3 MOGB6313 Demografi Perubatan 3 MOGB6314 Seksual dan Kesihatan Reproduktif 3 MOGB6315 Sains Tingkahlaku 3 MOGB6316 Promosi Kesihatan 3 MOGB6317 Perubatan Pekerjaan 3 MOGB6318 Survelan Perubatab dan Fitnes di Tempat Kerja 3 MOGR6301 Asas dalam Kesihatan Awam 3 MOGR6302 Pemakanan Kesihatan Awam 3 MOGR6303 Siasatan Kualitatif dalam Kesihatan Awam 3 MOGR6304 Penilaian Risiko Kesihatan 3 dan mana-mana kursus lain yang diluluskan oleh Fakulti * Pra-syarat: MOGB6108 Metodologi Penyelidikan JUMLAH: 15 jam kredit Nota: Kursus elektif dalam setiap semester akan berubah-ubah dari semester ke semester 17

Ijazah Sarjana Kesihatan Awam Jadual Program Semester 2 Semester 1 Tujuh kursus teras yang setiap satunya berjumlah tiga jam kredit, semuanya berjumlah dua puluh satu (21) jam kredit. Satu kursus teras berjumlah empat (4) jam kredit. Lima kursus elektif yang setiap satunya berjumlah tiga jam kredit, semuanya berjumlah lima belas (15) jam kredit. atau Tiga kursus elektif yang setiap satunya berjumlah tiga jam kredit, semuanya sembilan (9) jam kredit dan satu kursus elektif yang membawa kepada satu Kertas Penyelidikan berjumlah enam (6) jam kredit. Peperiksaan (i) Akhir Semester 1 (ii) Akhir Semester 2 Pendaftaran (Penilaian Kemasukan) 18

KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 6 Ijazah Sarjana Obstetrik dan Ginekologi 1. Jenis Program Program Sarjana Obstetrik dan Ginekologi adalah program secara kursus klinikal di mana peratusan bahagian penyelidikan merupakan kurang daripada tiga puluh (30) peratus bagi keseluruhan program pengajian. 2. Syarat Kemasukan (1) Kelayakan masuk Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan ijazah Sarjana Muda Pembedahan dari Universiti atau kelayakan perubatan setaraf dengannya yang diluluskan oleh Senat; dan Sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman klinikal selepas pendaftaran penuh sebagai pengamal perubatan yang diluluskan oleh Senat. (2) Syarat lain Layak untuk pendaftaran sebagai pengamal perubatan di bawah Akta Perubatan 1971 (Akta 50) di Malaysia; dan Memuaskan Jabatan yang bertanggungjawab terhadap program pengajian calon dalam suatu Penilaian Kemasukan yang diiktiraf oleh Fakulti. 3. Tempoh Pengajian (1) Tempoh minimum pengajian adalah selama empat tahun. (2) Tempoh maksimum pengajian adalah selama tujuh tahun. 4. Struktur Program Pengajian (1) Program Pengajian terdiri daripada dua peringkat seperti berikut: Peringkat I melibatkan: (i) (ii) dua puluh empat (24) bulan latihan di dalam asas klinikal Obstetrik dan Ginekologi di mana mungkin melibatkan maksimum enam (6) bulan latihan elektif di dalam disiplin lain yang relevan. merancang dan menjalankan dua projek penyelidikan (satu dalam Obstetrik dan satu dalam Ginekologi); dan Peringkat II mengandungi latihan klinikal lanjutan dalam Obstetrik dan Ginekologi bagi tempoh dua puluh empat (24) bulan di dalam mana calon hendaklah - (i) (ii) (iii) menunjukkan perkembangan yang memuaskan dalam proses penilaian berterusan di Jabatan menyimpan buku log yang mengandungi kes yang diuruskan di bawah penyeliaan dan prosedur praktikal yang dijalankan, disahkan oleh penyelianya. Menyempurnakan dua (2) projek penyelidikan (satu dalam Obstetrik dan satu dalam Ginekologi) (2) Calon diwajibkan lulus peperiksaan Bahagian I Ijazah Sarjana Obstetriks dan Ginekologi sebelum maju ke peringkat II program tersebut. 19

5. Tempat Pengajian Fakulti boleh atas perakuan Jabatan yang bertanggungjawab terhadap program pengajian calon membenarkan seseorang calon menjalankan sebahagian daripada program latihannya di institusi, pusat atau tempat lain yang diiktiraf oleh Fakulti dan diluluskan oleh Senat. PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 6 Ijazah Sarjana Obstetrik dan Ginekologi 1. Pendaftaran (1) Pendaftaran untuk program pengajian akan bermula pada minggu sebelum permulaan sesi akademik. (2) Calon boleh dibenarkan mendaftar terus untuk tahun akhir Peringkat II program pengajian sekiranya ia telah lulus - the Part II Examination for the Membership of the Royal College of Obstetricians & Gynaecologists, London; atau the Part 2 Examination for the Membership of the Royal Australasian College of Obstetricians & Gynaecologists. 2. Kehadiran Semasa program pengajiannya - (1) Calon boleh dibenarkan menjalankan sebahagian daripada latihannya di hospital atau pusat lain yang diiktiraf oleh Fakulti. (2) Calon yang tidak hadir bagi tempoh yang melebihi empat puluh dua (42) hari dalam mana-mana tahun akademik adalah dikehendaki menjalankan tempoh latihan lanjutan yang ditentukan oleh Fakulti; tertakluk kepada tempoh latihan lanjutan itu hendaklah tidak melebihi tempoh maksimum pencalonan. 3. Penyeliaan (1) Penyelia bagi calon hendaklah dilantik tidak lewat daripada dua bulan selepas pendaftaran calon. (2) Seorang perunding hendaklah dilantik untuk calon yang menjalani sebahagian daripada program pengajiannya di luar Universiti. Perunding tersebut hendaklah dilantik tidak lewat daripada dua bulan selepas calon telah memulakan latihannya di tempat luar. 4. Ketetapan Projek Penyelidikan Projek penyelidikan bagi calon perlu diluluskan oleh Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya sebelum projek dimulakan. 5. Penyerahan (1) Calon adalah dikehendaki menyerahkan dua laporan penyelidikannya tidak lewat daripada enam bulan sebelum Peperiksaan Akhir. (2) Calon adalah dikehendaki menyerahkan buku log yang mengandungi kes yang diuruskan di bawah penyeliaan dan prosedur praktikal yang dijalankan, disahkan oleh penyelianya satu bulan sebelum Peperiksaan Akhir. 20

SENARAI RUJUKAN: M-6(3) IJAZAH: SARJANA OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI SENARAI KEPADA JADUAL PERTAMA 1. Peperiksaan bagi Ijazah (1) Peperiksaan yang membawa kepada ijazah hendaklah seperti berikut - Peperiksaan Bahagian I; dan Peperiksaan Akhir. (2) Tiada calon dibenarkan menduduki Peperiksaan Akhir kecuali ia telah - (d) lulus Peperiksaan Bahagian I, Ijazah Sarjana Obstetrik dan Ginekologi. menunjukkan perkembangan yang memuaskan dalam proses penilaian berterusan di Jabatan. menyerahkan buku log yang mengandungi kes yang diuruskan di bawah penyeliaan dan prosedur praktikal yang telah dijalankan disahkan oleh penyelianya satu bulan sebelum Peperiksaan Akhir; dan menyerahkan dua laporan penyelidikan (satu obstetrik dan satu ginekologi) yang telah disahkan memuaskan oleh penilai tidak lewat daripada enam bulan sebelum Peperiksaan Akhir. (3) Peperiksaan Bahagian I akan diadakan pada lapan belas (18) bulan Peringkat I program pengajian. Peperiksaan Akhir hendaklah diadakan pada penghujung tahun akhir Peringkat II program pengajian. 2. Komponen Peperiksaan dan Pembahagian Markah (1) Peperiksaan Bahagian I Komponen Peperiksaan Bahagian I dan pembahagian markah untuk setiap komponen hendaklah seperti berikut: Komponen Deskripsi Pembahagian Markah (Maksimum) A. Bertulis 60% MGGG6103 Soalan Pelbagai Pilihan MGGG6104 Esei B. Klinikal 40% MGGG6105 Penilaian Klinikal Objektif Berstruktur MGGG6106 Viva Jumlah 100% (2) Peperiksaan Akhir Komponen Peperiksaan Akhir dan pembahagian markah untuk setiap komponen hendaklah seperti berikut: Komponen Deskripsi Pembahagian Markah (Maksimum) A. Bertulis MGGG6236 Kertas 1 Soalan Pelbagai Pilihan 40% (Obstetrik) Soalan Pelbagai Esei Soalan Jawapan Pendek MGGG6237 Kertas 2 (Ginekologi) Soalan Pelbagai Pilihan Soalan Pelbagai Esei Soalan Jawapan Pendek 21

B. MGGG6243 Klinikal I (Obstetrik) Kes Panjang 40% Kes Pendek MGGG6244 (Ginekologi) Kes Panjang Kes Pendek C. MGGG6255 Klinikal II Penilaian Klinikal Objektif Berstruktur 20% MGGG6281 Peperiksaan Viva Obstetrik MGGG6282 Ginekologi Jumlah Besar 100% 3. Syarat untuk Lulus Peperiksaan Calon hendaklah dianggap telah lulus Peperiksaan yang ditetapkan di bawah sekiranya ia telah memperolehi - (1) Peperiksaan Bahagian I 50% atau lebih daripada markah agregat terkumpul bagi komponen bertulis dalam Peperiksaan tersebut. (2) Peperiksaan Akhir 50% atau lebih daripada markah agregat bagi setiap komponen dalam Peperiksaan tersebut. 4. Mengulang Peperiksaan (1) Peperiksaan Semula Bahagian I Calon yang telah gagal Peperiksaan Bahagian I boleh dibenarkan peperiksaan semula sebanyak dua kali secara berasingan selepas tempoh enam bulan. Peperiksaan Semula Bahagian I hendaklah mengandungi komponen yang sama dan hendaklah dinilai dan digred mengikut cara yang sama seperti mana yang ditetapkan bagi Peperiksaan Bahagian I. Calon yang telah gagal Peperiksaan Semula Bahagian I pada kali kedua hendaklah dianggap telah gagal Peperiksaan Bahagian I dan tidak dibenarkan mengulang program pengajian kecuali dalam keadaan khas atas perakuan Fakulti Perubatan dan dengan kelulusan Senat. (2) Peperiksaan Semula Peperiksaan Akhir Calon dimestikan untuk lulus Komponen A (Bertulis) sebelumdibenarkan untuk menduduki Peperiksaan Klinikal (B) dan Penilaian Klinikal Objektif Berstruktur dan Peperiksaan Viva (C). Tiada had jumlah percubaan dalam Peperiksaan Akhir, selagi masih tertakluk kepada tempoh maksimum pengajian adalah selama tujuh tahun dari tarikh mula mendaftarkan diri ke Universiti. Selepas tempoh maksimum pengajian selesai, calon hendaklah dianggap telah gagal Peperiksaan Akhir dan tidak dibenarkan mengulang program pengajian. (3) Calon yang telah lulus peperiksaan semula bagi Peperiksaan seperti yang dinyatakan dalam perenggan kecil 4(1) dan (2) di atas hendaklah dianggap telah lulus Peperiksaan yang ditetapkan. 22

5. Penganugerahan Lulus dengan Cemerlang bagi Peperiksaan Calon boleh dianugerahkan Lulus dengan Cemerlang dalam Peperiksaan Bahagian I atau Peperiksaan Akhir jika ia - telah memperolehi 75% atau lebih daripada markah agregat dalam setiap Peperiksaan yang ditetapkan; tidak gagal dalam mana-mana komponen Peperiksaan yang ditetapkan; dan tidak mengulang Peperiksaan yang ditetapkan atau mana-mana bahagian program pengajian kecuali atas alasan perubatan atau perikemanusiaan yang diterima oleh Fakulti. 6. Penganugerahan Ijazah dengan Cemerlang Calon boleh dianugerahkan ijazah Sarjana Obstetrik dan Ginekologi dengan Cemerlang jika ia- telah lulus dengan Cemerlang dalam Peperiksaan Akhir; tidak gagal dalam mana-mana komponen Peperiksaan yang ditetapkan; dan tidak mengulang Peperiksaan yang ditetapkan atau mana-mana bahagian program pengajian kecuali atas alasan perubatan atau perikemanusiaan yang diterima oleh Fakulti. 7. Penganugerahan Ijazah Tiada calon akan diperakukan bagi penganugerahan ijazah Sarjana Obstetrik dan Ginekologi melainkan ia telah menyempurnakan segala bahagian kursus, menyempurnakan tempoh minimum pengajian dan telah lulus semua Peperiksaan yang ditetapkan. 8. Pemakaian Peraturan ini hendaklah digunapakai untuk calon yang diterima masuk ke program Ijazah Sarjana Obstetrik dan Ginekologi dalam sesi akademik 2010/2011 dan seterusnya. 23

Sarjana Obstetrik dan Ginekologi Jadual Program P E R I N G K A T Tahun 4 Tahun 3 Latihan klinikal lanjutan dalam Obstetrik dan Ginekologi bagi tempoh dua puluh empat (24) bulan Peperiksaan Akhir II P E R I N G K A T Tahun 2 Tahun 1 Dua puluh empat (24) bulan dalam asas klinikal Obstetrik dan Ginekologi di mana mungkin melibatkan maksimum enam (6) bulan latihan elektif di dalam disiplin lain yang relevan. Peperiksaan Bahagian I (18 bulan yang pertama selepas pendaftaran permulaan program) I Pendaftaran (Penilaian Kemasukan) 24

Ijazah Sarjana Oftalmologi KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 12 1. Jenis Program Program Sarjana Oftalmologi adalah program secara kursus klinikal di mana peratusan bahagian penyelidikan merupakan kurang daripada tiga puluh (30) peratus bagi keseluruhan program pengajian. 2. Syarat Kemasukan (1) Kelayakan masuk Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan dari Universiti atau kelayakan perubatan setaraf dengannya yang diluluskan oleh Senat; dan Sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman klinikal selepas pendaftaran penuh sebagai pengamal perubatan yang diluluskan oleh Senat. (2) Syarat lain Layak untuk pendaftaran sebagai pengamal perubatan di bawah Akta Perubatan 1971 (Akta 50) di Malaysia; dan Memuaskan Jabatan yang bertanggungjawab terhadap program pengajian calon dalam suatu Penilaian Kemasukan yang diiktiraf oleh Fakulti. 3. Tempoh Pengajian (1) Tempoh minimum pengajian adalah selama empat tahun. (2) Tempoh maksimum pengajian adalah selama tujuh tahun. 4. Struktur Program Pengajian (1) Program pengajian terdiri daripada tiga peringkat seperti berikut: Peringkat I, dalam tahun pertama pengajian, mengandungi latihan dalam asas sains perubatan, asas sains okular, asas oftalmologi dan disiplin perubatan serta pembedahan yang berkaitan; Peringkat II, dalam tahun kedua dan ketiga pengajian, mengandungi latihan klinikal oftalmologi, penempatan di Unit Perubatan dan penyediaan laporan kajian kes, bilangan kes yang mana hendaklah sepertimana yang ditentukan oleh Jabatan dari semasa ke semasa; dan Peringkat III, dalam tahun keempat mengandungi latihan klinikal lanjutan dalam oftalmologi dan projek penyelidikan. (2) Calon adalah dikehendaki menyimpan buku log sepanjang tempoh pengajiannya untuk mencatitkan tugasan yang dijalani. (3) Tiada calon boleh dibenarkan meneruskan pengajian ke Peringkat II program pengajian kecuali ia telah lulus atau dikecualikan daripada Peperiksaan Bahagian I. 25

(4) Tiada calon boleh dibenarkan meneruskan pengajian ke Peringkat III program pengajian kecuali ia telah lulus Peperiksaan Bahagian II. 5. Tempat Pengajian Fakulti boleh atas perakuan Jabatan yang bertanggungjawab terhadap program pengajian calon membenarkan seseorang calon menjalankan sebahagian daripada program latihannya di institusi, pusat atau tempat lain yang diiktiraf oleh Fakulti dan diluluskan oleh Senat. PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2001 Jadual 10 Fakulti Perubatan Bahagian 12 Ijazah Sarjana Oftalmologi 1. Pendaftaran (1) Pendaftaran untuk program pengajian akan bermula pada minggu sebelum permulaan sesi akademik. (2) Semua calon hendaklah menjalani latihan minimum selama 4 tahun sebelum menamatkan pengajian. 2. Kehadiran Semasa program pengajiannya - (1) Calon boleh dibenarkan menjalankan sebahagian daripada latihannya di hospital atau pusat lain yang diiktiraf oleh Fakulti; (2) Calon yang tidak hadir bagi tempoh yang melebihi empat puluh dua (42) hari dalam mana-mana tahun akademik adalah dikehendaki menjalankan tempoh latihan lanjutan yang ditentukan oleh Fakulti; tertakluk kepada tempoh latihan lanjutan itu hendaklah tidak melebihi tempoh maksimum pencalonan. 3. Penyeliaan (1) Penyelia bagi calon hendaklah dilantik tidak lewat daripada dua bulan selepas pendaftaran calon. (2) Seorang perunding hendaklah dilantik untuk calon yang menjalani sebahagian daripada program pengajiannya di luar Universiti. Perunding tersebut hendaklah dilantik tidak lewat daripada dua bulan selepas calon telah memulakan latihannya di tempat luar. 4. Ketetapan Projek Penyelidikan Projek penyelidikan bagi calon hendaklah ditetapkan oleh Jabatan yang bertanggungjawab terhadap program pengajian calon tidak lewat daripada satu bulan sebelum permulaan penyelidikan. 5. Penyerahan Calon adalah dikehendaki menyerahkan (1) laporan kajian kes tidak lewat daripada dua bulan sebelum Peperiksaan Akhir dan laporan penyelidikannya tidak lewat daripada enam bulan sebelum Peperiksaan Akhir; dan (2) buku lognya satu bulan sebelum Peperiksaan Akhir. 26

SENARAI RUJUKAN: M-12(3) IJAZAH: SARJANA OFTALMOLOGI SENARAI KEPADA JADUAL PERTAMA 1. Peperiksaan bagi Ijazah (1) Peperiksaan yang membawa kepada ijazah hendaklah seperti berikut: Peperiksaan Bahagian I; Peperiksaan Bahagian II; dan Peperiksaan Akhir. (2) Tiada calon dibenarkan menduduki Peperiksaan Bahagian II kecuali ia telah- lulus atau dikecualikan daripada Peperiksaan Bahagian I. Calon boleh dikecualikan daripada Peperiksaan Bahagian I sekiranya: (i) (ii) (iii) telah lulus the Part III Examination for the Membership of the Royal College of Ophthalmologists (London); atau telah lulus the Part III Examination of the Royal College of Surgeons of Edinburgh; atau memegang ijazah atau diploma yang setaraf dengannya yang diterima oleh Senat. membentangkan protokol laporan penyelidikan yang diterima pakai oleh Jabatan 6 bulan sebelum Peperiksaan Bahagian II. menyerahkan draf pertama laporan kajian kes 3 bulan sebelum Peperiksaan Bahagian II. (3) Tiada calon dibenarkan menduduki Peperiksaan Akhir kecuali ia telah- lulus Peperiksaan Bahagian II; menyerahkan laporan penyelidikan tidak lewat daripada enam bulan dan laporan kajian kes tidak lewat daripada dua bulan sebelum Peperiksaan Akhir; menyerahkan buku log yang telah disahkan memuaskan oleh Jabatan satu bulan sebelum Peperiksaan Akhir. (4) Peperiksaan Bahagian I hendaklah diadakan pada penghujung Peringkat I program pengajian. Peperiksaan Bahagian II hendaklah diadakan pada penghujung tahun kedua Peringkat II program pengajian. Peperiksaan Akhir hendaklah diadakan pada penghujung tahun keempat program pengajian. 2. Komponen Peperiksaan dan Pembahagian Markah (1) Peperiksaan Bahagian I Komponen Peperiksaan Bahagian I dan pembahagian markah untuk setiap komponen hendaklah seperti berikut: Komponen Deskripsi Pembahagian Markah (Maksimum) A. Bertulis MHGM6101 Kertas 1 Soalan Pelbagai Pilihan 100 MHGM6102 Kertas 2 Soalan Pelbagai Pilihan 100 MHGM6103 Kertas 3 Soalan Esei 100 Jumlah 300 27