UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA Bachelor of Medicine & Surgery,Dental Surgery, Pharmacy, Nursing, Biomedical Sciences, Medical Biotechnology, Pharmaceutical Chemistry, Nutrition, Dietetics with Nutrition, Psychology, Chiropractic, Chinese Medicine (PELAJAR MALAYSIA SAHAJA) Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU 3123 (3 credits) Semester Pendek / 1 / 2 (Short Semester / 1 / 2) 2015 Panduan Module
TAJUK: TITAS KOD: MPU 3123 ARAS: SEMESTER PENDEK PROGRAM: SEMUA SINOPSIS Kursus ini membincangkan tentang ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun Melayu, Cina dan India, Islam dalam Tamadun Melayu, isu-isu kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Islam Hadhari dan proses pembangunan negara. Objektif mata pelajaran ini ialah untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun, Isu-isu kontemporari dan implikasinya kepada proses pembangunan negara di samping melahirkan pelajar yang mempunyai sikap hormat menghormati, mengamalkan nilai-nilai murni dan mempunyai jati diri sebagai warganegara. OBJEKTIF/MATLAMAT: Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun, Isu-isu kontemporari dan implikasinya kepada proses pembangunan negara. HASIL PEMBELAJARAN: Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat: 1. Menyenaraikan konsep-konsep utama Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2. Menerangkan kepentingan dan peranan agama dan budaya masing-masing dalam kehidupan 3. Mengaplikasi kemahiran komunikasi secara berkesan dalam penulisan dan lisan di peringkat individu, kumpulan dan masyarakat JUMLAH MASA PEMBELAJARAN: JUMLAH JAM KONTAK: CARA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN: Kuliah 24 Kuliah 24 jam Tutorial 6 Tutorial 6 jam JUMLAH MASA KONTAK Elearning Pembentangan berkumpulan Pembelajaran bertulis Pembentangan kendiri 30 jam JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 6 jam 1 jam 45 mn 82 jam 15 mn 120 jam
PENILAIAN Penilaian Berterusan Projek Pelajar dikehendaki membuat tugasan dalam kumpulan tidak melebihi lima pelajar. Topik diberi dan setiap kumpulan hendaklah memilih satu topik dan membuat persembahan berkumpulan menggunakan slide PowerPoint. Setiap ahli kumpulan dikehendaki membuat persembahan. Masa persembahan setiap kumpulan termasuk masa soal-jawab adalah 20 minit. Setiap kumpulan dikehendaki juga menghantar tugasan bertulis yang panjangnya 1000 perkataan dalam salinan kertas. Kuiz online (CAL Quiz) Setiap pelajar dikehendaki menjawab 20 soalan MCQ secara individu di makmal elektronik. Ujian Kelas (Berkumpulan) Pelajar dikehendaki menjawab soalan bertulis secara kumpulan. Penilaian Akhir Peperiksaan Objektif (MCQ) Pelajar-pelajar dikehendaki menjawab 30 soalan MCQ secara individual. Masa peperiksaan adalah 45 minit. 20% 20% 30% 30% KETUA MODULE: Ms Crescentia Morais PENSYARAH: Ahmad Kamal Saidin SILIBUS: 1. Pengenalan Ilmu Ketamadunan (Kuliah 3 jam) i. Format Penilaian ii. Memberi tajuk tugasan kepada pelajar iii. Pengenalan Ilmu Ketamadunan iv. Ciri-ciri Sebuah Tamadun v. hubungan Tamadun dengan Agama, Budaya dan bangsa vi. Kelahiran dan Perkembangan Tamadun vii. Faktor-faktor kemunculan dan kejatuhannya viii. Interaksi Tamadun ix. Kesan Positif dan Negatif Pertembungan Antara Tamadun x. Persamaan dan Perbezaan Antara Tamadun 2. Tamadun Islam I (Kuliah 3 jam) i. Konsep Tamadun Islam ii. Prinsip Tamadun Islam iii. Manifestasi dan sifat-sifat Tamadun Islam iv. Sumber Tamadun Islam
3. Tamadun Islam II (Kuliah 3 jam) i. Kelahiran dan Perkembagan Tamadun Islam ii. Sumbangan Tamadun Islam kepada Peradaban iii. Dunia iv. Isu-isu Cabaran Semasa Tamadun Islam v. Persepsi Jihad vi. Penghayatan Nilai-nilai Islam di Malaysia 4. Tamadun Melayu: Teras Tamadun Islam (Kuliah 3.5 jam) i. Bukti kewujudan manusia di Alam Melayu Zaman Paleolitik ii. Istilah Melayu, Alam Melayu dan Tamadun Melayu iii. Islam dalam Tamadun Melayu iv. Peranan Tamadun Melayu dalam Pembinaan Tamadun Malaysia 5. Tamadun India (Kuliah 3.5 jam) i. Kedudukan Geografi ii. Pengenalan Orang Indo-Arya iii. Ciri-ciri Peradaban India dan Jangka Hayat iv. Faktor Kelahiran Tamadun India v. Kedatangan Islam ke India 6. Perkembangan Islam di India dan Pengaruhnya di Malaysia (Kuliah 3.5 jam) i. Cabaran Kontemporari di India ii. Pergerakan Nasionalis iii. Tamadun India di Asia Tenggara iv. Cabaran Globalisasi dan Signifikannya di Malaysia 7. Tamadun China (Kuliah 3.5 jam) i. Asal usul tamadun China ii. Latarbelakang Perkembangannya iii. Sistem Organisasi dan Institusi Sosial iv. Agama dan Kepercayaan Masyarakat China v. Kosmologi dalam Masyarakat China vi. Sistem Nilai dan Etika Masyarakat China vii. Budaya dan Kesenian Masyarakat China 8. Pengaruh Tamadun Islam di China (Kuliah 3.5 jam) i. Politik ii. Sosial iii. Cabaran Kontemporari dan Globalisasi di China 9. Isu-isu Semasa dan Masa Depan Dialog Peradaban Abad ke-21 (Kuliah 3.5 jam) i. Hak Asasi Manusia ii. Dialog Peradaban di Malaysia iii. Isu-isu Semasa Dialog Peradaban iv. Kesan Perkembangan Kontemporari kepada Masyarakat dan Negara Malaysia
KEHADIRAN DALAM KELAS Sesi mengajar dan membelajar module ini berjumlah 9 sesi. Pelajar yang tidak menghadiri lebih dari dua sesi tanpa sebab yang sah dan disertakan dokumentasi yang sah contohnya surat dari doctor ada kemungkinan gagal module ini. RUJUKAN UTAMA 1. Kementerian Pengajian Tinggi. 2009. Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 2. Ahmad Zaki Abdul Latif, Azam Hamzah dan Azhar Mad Aros. 2012. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam: Oxford Fajar 3. Mardiana dan Hasnah Hussin. 2011. Pengajian Malaysia. Shah Alam : Oxford Fajar 4. Nazaruddin Haji Mohd Jail, Ma rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah dan Ismail Hj Mohd Rashid. 2004. Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan. Edisi Kedua. Petaling Jaya. Prentice Hall. RUJUKAN TAMBAHAN 1. Al-Buti, Muhammad Said Ramadhan. 2004. Islam Hadhari dalam Pembangunan Insan (Asas kepada Pelaksanaan Islam Hadhari di Malaysia) Terj. Muhammad Ramzi bin Omar. Putrajaya: Yayasan Islam Hadhari. 2. Syed Muhammad Naquib al-attas. 1971. Islam dan Sejarah Kebudayaan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Universiti Malaya. 2001 Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 3. Zulkifli Mohamad, Nasaruddin Yunos & Mohamad Sabri Haron. 2006. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Bangi: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia. INTAN.1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara. 4. Mohamed Suffian Hashim. 1994. Mengenal Perlembagaan Malaysia. Edisi Kedua. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Zainal Abidin Wahid. 1979. Sejarah Malaysia Sepintas Lalu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman. 2010. Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar