PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN MENERUSI WEB MENGGUNAKAN PENDEKATAN INKUIRI BERPANDUKAN MODEL WEBQUEST BAGI TOPIK ASAS REKABENTUK LAMAN WEB

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) PROGRAM j-qaf DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON PENGERANG, JOHOR

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

SISTEM PENJADUALAN SYIF. Nurul Iddayu Bahari Idrus. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SISTEM E-PELAPORAN PEMANTAUAN LAMAN WEB JABATAN STANDARD MALAYSIA. Maggery Roxane Dennis Dr. Mohd Ridzwan Yaakub

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PEMBANGUNAN LAMAN WEB AKOMODASI BERASASKAN AWAN. Muhammad Nazmi Bin Anuar Zamri Murah

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

KEPERLUAN PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN PENGETAHUAN MELALUI MICROSOFT OFFICE SHAREPOINT SYSTEM (MOSS) DIKALANGAN WARGA NUKLEAR MALAYSIA.

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

SISTEM MAKLUMAT PENDAFTARAN KURSUS PENDEK ABDUL HADI BIN AUGUST FOUZY DR. NOOR HASRINA BINTI BAKAR

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar

TONG SAMPAH PINTAR BERASASKAN INTERNET PELBAGAI PERKARA (IOT)

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT PELAJAR BERASASKAN KOMPUTER DI MAKTAB PERGURUAN. Oleh NIZAM BIN ABD LATIB

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

PEMBANGUNAN APLIKASI PANDUAN SOLAT UNTUK PLATFORM ANDROID (MUSLIM SOLAH) SHAHDATUNNAIM BINTI AZMI. Universiti Teknologi Malaysia

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Transcription:

PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN MENERUSI WEB MENGGUNAKAN PENDEKATAN INKUIRI BERPANDUKAN MODEL WEBQUEST BAGI TOPIK ASAS REKABENTUK LAMAN WEB NOR ELINA BT TUKIMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN MENERUSI WEB MENGGUNAKAN PENDEKATAN INKUIRI BERPANDUKAN MODELWEBQUEST BAGI TOPIK ASAS REKABENTUK LAMAN WEB. SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya: NOR ELINA BT TUKIMAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 8686 JLN BAHAGIA, DR. JAMALLUDIN HARUN SIJANGKANG, (NAMA PENYELIA) 42500 TPG KLANG, SELANGOR Tarikh: 18 NOVEMBER 2008 Tarikh: 18 NOVEMBER 2008 CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PENGESAHAN PENYELIA Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik) Tandatangan : Nama Penyelia : DR. JAMALLUDIN BIN HJ HARUN Tarikh : 18 NOVEMBER 2008

PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN MENERUSI WEB MENGGUNAKAN PENDEKATAN INKUIRI BERPANDUKAN MODEL WEBQUEST BAGI TOPIK ASAS REKABENTUK LAMAN WEB NOR ELINA BT TUKIMAN Projek Sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia NOVEMBER 2008

ii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : Nama Penulis : NOR ELINA BINTI TUKIMAN Tarikh : 21 OKTOBER 2008

iii ~ Dedikasi ~ Buat ayahanda tercinta yang diingati selalu, Allahyarham Tukiman Bin Haji Sulaiman Al-Fatihah Walaupun jasadmu tidak di sini lagi namun tidak pernah sesaat pun anakmu ini melupakan jasamu, kasih sayangmu serta pengorbananmu dalam menjadikanku manusia berguna. Buat bonda tersayang, Hajjah Kasiah Bt Mohamed Yang tidak pernah mengenal erti susah dalam membesarkanku, Dan tidak pernah jemu mendoakan kejayaanku, Buat semua ahli keluarga, Abang Kamal & Kak Ana, Abang Rohadi & Kak Nor, Kak Ina & Abang Jas, Abang Zul & Kak Ida, Kak Ani & Abang Lan, Kak Elly & Abang As dan Apis Yang menjadi pendorong untukku menjadi yang terbaik Buat Tunang yang dikasihi Hairol Efendi Bin Mohd Razali (adam) Yang tidak putus memberi dorongan, semangat dan kasih sayang Buat tentera-tentera cilik yang menceriakan hidupku Amirun, Kika, Syira, Liyana, Firdaus, Zika, Hatta, Dain, Lan, Soffy, Zetty, Tasya, Cici, Hadi, Faisal, Kimi, ikbal, Zaim dan Haziq. Teristimewa buat Dr Jamalludin Harun Yang tidak jemu memberi bimbingan dan tunjuk ajar Buat roomate yang setia Ilani hamzah (Lanot) Yang menjadi teman susah dan senang Buat teman seperjuangan SPP 2004-2008 Naya, Matun, Pae s, Safrah, Huda, Nurul, Maryam, Khairi, Ah Seng, Siow, Chin, Tapa Yang telah mengharungi pahit getir sebagai mahasiswa bersama Terima kasih atas segala sokongan, pengorbanan, dan kasih sayang kalian. Jasa kalian tidak ternilai dan semoga Tuhan jua yang membalasnya.

iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Pertama-tamanya dipanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-nya dan izin-nya Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan. Jutaan ucapan terima kasih kepada penyelia tesis saya; Dr. Jamalludin bin Haji Harun yang telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh penghasilan Projek Sarjana Muda ini. Semoga jasa beliau serta sikap profesional dalam membimbing serta memberikan tunjuk ajar yang berguna, Allah S.W.T jua yang membalas dan merahmatinya. Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada pihak yang telah memberikan kerjasama, komitmen dan segala informasi yang telah dihulurkan. Diharapkan kerjasama yang telah dijalinkan ini akan berterusan dan akan membuahkan hasil yang akan menguntungkan kepada semua pihak yang terlibat. Tidak ketinggalan buat keluarga, serta insan tersayang yang selama ini menjadi tulang belakang untuk saya berjuang di sini. Kasih sayang, sokongan dan doa kalian amat beerti buat saya. Buat rakan-rakan seperjuangan (SPP 04-08) terima kasih atas persahabatan yang tidak ternilai harganya. Semoga persahabatan kita berkekalan hendaknya. Akhir kata, salam takzim penuh penghormatan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini. Pandangan, dorongan, bantuan dan kritikan yang diberikan telah banyak membantu dan meningkatkan mutu penghasilan Projek Sarjana Muda ini. Akhir kalam, terima kasih yang tidak terhingga buat semuanya.

v ABSTRAK Projek ini bertujuan untuk membangunkan sistem pembelajaran menerusi web yang bertajuk Asas Pembangunan Laman Web yang direkabentuk berdasarkan pendekatan pembelajaran inkuiri dan disokong dengan persekitaran pembelajaran WebQuest. WebQuest merupakan model yang dibangunkan oleh Bernie Dodge (1995) untuk membina pembelajaran berasakan inkuiri dimana semua maklumat yang digunakan oleh pengguna adalah datangnya dari web. Persekitaran pembelajaran ini juga dipilih untuk merekabentuk pembelajaran dan aktiviti berasaskan inkuiri dimana ia dapat mengaktifkan pengajaran, menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam pembelajaran mereka, membantu mereka memahami dari pelbagai perspektif, dan meningkatkan kemahiran dalam membuat keputusan. Sistem pembelajaran berasaskan web ini dibina berdasarkan model rekabentuk; ADDIE. Macromedia Dreamweaver 8 telah digunakan sebagai perisian pengarangan utama dalam membina pembelajaran berasaskan web, dan disokong oleh perisian aplikasi seperti Macromedia Flash MX 2004, Adobe Photoshop CS, SWISHmax, Sony Sound Forge dan Comic Life. Adalah diharapkan dengan kombinasi teknologi berasaskan web dengan pendekatan pembelajaran inkuiri ini akan dapat meningkatkan pemahaman pengguna tentang asas rekabentuk laman web seterusnya menjadikan pembelajaran lebih aktif, bermakna dan menarik.

vi ABSTRACT The purpose of this research is to develop a web based learning system titled Fundamental of Web Design designed based on inquiry based learning approach and supported by WebQuest learning environment. WebQuest is a model developed by Bernie Dodge (1995) for constructivist inquiry-based learning in which the information used by learners is collected from the web. This learning environment also was selected to create inquiry oriented lesson and activities that can invigorate teaching and motivate students to take charge of their own learning, understand multiple perspectives, and develop high level reasoning skills. This web-based learning system was developed based on the instructional design model; ADDIE. Macromedia Dreamweaver 8 was used as the main web authoring tool to create the web based learning, supported by other application software such as Macromedia Flash MX 2004, Adobe Photoshop CS, SWISHmax, Sony Sound Forge and Comic Life. It is hoped that the combination of web based technology and inquiry based learning approach can help the students to enhance their understanding about the basic concept or fundamentals of Web Design and the learning process becomes more active, meaningful and enjoyable.

vii KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT PENGESAHAN TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PENULIS DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii xi xii xiii xiv 1 PENGENALAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 7 1.4 Objektif 8 1.5 Rasional Projek 8 1.6 Kepentingan Projek 10 1.7 Skop Projek 10 1.8 Definisi Operasional 11 1.8.1 Rekabentuk laman web 11 1.8.2 Rekabentuk informasi 12

viii 1.8.3 Rekabentuk interaksi 12 BAB TAJUK MUKA SURAT 1.8.4 Rekabentuk Antaramuka 12 1.8.5 World Wide Web (WWW) 13 1.8.6 Laman Web 13 1.8.7 Pendekatan inkuiri-penemuan 13 1.8.8 WebQuest 14 1.8.9 Multimedia 14 1.8.10 Konstruktivisme 14 1.9 Penutup 15 2 SOROTAN KAJIAN 16 2.1 Pengenalan 16 2.2 Asas Rekabentuk Laman Web 17 2.2.1 Rekabentuk Informasi 17 2.2.2 Rekabentuk Interaksi 18 2.2.3 Rekabentuk Antaramuka 19 2.3 Isu Mempelajari Topik Asas Rekabentuk Laman Web 20 2.4 Laman Web Sebagai Medium Pendidikan 20 2.4.1 Keberkesanan Laman Web 21 2.5 Teori dan Strategi Pembelajaran 21 2.5.1 Teori Behaviorisme Dengan Pengajaran dan Pembelajran 22 2.5.2 Teori Kognitif 23 2.5.3 Teori Konstruktivisme 23 2.5.4 Pendekatan Inkuiri dalam Pendidikan 24 2.5.5 Pendekatan WebQuest 25 2.6 Model Rekabentuk 26 2.6.1 Model ADDIE 26 2.6.2 Model ASSURE 29 2.6.3 Model Hanaffin dan Peck 30 2.6.3.1 Fasa Analisa Keperluan 30 2.6.3.2 Fasa Reka bentuk 30

ix 2.6.3.3 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan 30 BAB TAJUK MUKA SURAT 2.7 Penutup 30 3 REKABENTUK LAMAN WEB 31 3.1 Pengenalan 31 3.2 Model Rekabentuk Pengajaran dalam Pembangunan Laman Web 31 3.2.1 Fasa Analisis 32 3.2.2 Fasa Rekabentuk 34 3.2.3 Fasa Pembangunan 41 3.2.4 Fasa Penilaian 41 3.3 Carta Alir Laman Web 41 3.4 Pemilihan Perisian Laman Web 42 3.4.1 Perisian Pengarangan Web 42 3.4.2 Perisian Grafik 43 3.4.3 Perisian Animasi 43 3.4.4 Perisian Audio 44 3.5 Perkakasan Pembangunan 44 3.6 Penyebaran Laman Web 44 3.7 Penutup 45 4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB 46 4.1 Pengenalan 46 4.2 Objektif dan Isi Pembelajaran 46 4.3 Aliran Sistem Pembelajaran 47 4.4 Reka Bentuk Interaksi Laman Web 50 4.5 Reka Bentuk Visual 54 4.6 Strategi Pembelajaran Laman Web 56 4.6.1 Persekitaran WebQuest Dalam Reka Bentuk Laman WebQuest 56 4.6.2 Laman Web Menyokong Pembelajaran Berasaskan Inkuiri 59 4.7 Lain-lain Kemudahan 60

x 4.8 Penutup 61 BAB TAJUK MUKA SURAT 5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 63 5.2.1 Isu-isu Pembangunan Laman Web 63 5.2.1.1 Faktor Menetapkan Strategi P&P 63 5.2.1.2 Faktor Perancangan Aktiviti Pembelajaran 63 5.2.2 Kelebihan Dan Kelemahan 64 5.2.2.1 Kelebihan 64 5.2.2.2 Kelemahan 65 5.3 Cadangan 65 5.4 Cadangan Susulan 66 5.5 Kesimpulan 66 5.6 Penutup 67 RUJUKAN 68 LAMPIRAN A

xi SENARAI RAJAH NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Model ADDIE 26 2.2 Model Hannafin dan Peck 29 4.1 Paparan montaj pengenalan Asas Rekabentuk Laman Web 49 4.2 Paparan laman Utama laman web 50 4.3 Paparan elemen hiperteks pada menu utama 51 4.4 Paparan elemen metafora ikon Web Browser Mozilla 51 4.5 Paparan elemen metafora ikon Yahoo Messenger 52 4.6 Paparan elemen metafora ikon Google Mail 52 4.7 Paparan elemen multiple choice 53 4.8 Paparan pengunaan elemen butang 53 4.9 Paparan Breadcrumbs 53 4.10 Paparan menunjukkan Rekabentuk Visual laman web 55 4.11 Paparan komik dalam bentuk grafik 56 4.12 Paparan elemen utama dalam WebQuest 57 4.13 Paparan persoalan dalam proses kerja 57 4.14 Paparan menu sumber maklumat 58 4.15 Paparan bahagian refleksi 58 4.16 Paparan menunjukkan persoalan yang berasaskan inkuiri 59 4.17 Paparan menunjukkan persoalan yang berasaskan inkuiri menggunakan kemudahan emel 60 4.18 Paparan Peta Laman 61 4.19 Paparan Kredit 61

xii SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT Jadual 3.1 Jadual 4.1 Pengintegrasian elemen WebQuest Dengan Pendekatan Inkuiri 36 Penerangan ikon dan pautan utama yang digunakan dalam setiap paparan laman web yang dibangunkan 48

xiii SENARAI SINGKATAN ICT IT IPTA IPTS KPM MSC UTM Teknologi Maklumat dan Komunikasi Teknologi Maklumat Institusi Pengajian Awam Institusi Pengajian Swasta Kementerian Pelajaran Malaysia Koridor Raya Multimedia Universiti Teknologi Malaysia

xiv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A TAJUK Carta Alir Sistem Pembelajaran

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kemajuan Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) diseluruh dunia menjadi penjana kepada pembentukan masyarakat berilmu dan bermaklumat. Malaysia juga menjadi salah satu negara yang tidak ketinggalan dalam memperkenalkan Multimedia Super Corridor (MSC). Ia bertujuan untuk melahirkan generasi yang mampu mengharungi cabaran dunia baru. Malaysia juga telah memupuk budaya IT dalam pelbagai aspek dan bidang seperti kesihatan, pengurusan, ketenteraan dan sebagainya. Tony Blair (1997), menerangkan kepentingan teknologi seperti berikut: Teknologi telah menyebabkan revolusi dalam cara kita bekerja pada hari ini malah kini teknologi semakin berubah. Anak-anak tidak akan menjadi seorang yang efektif dalam dunia esok sekiranya mereka dilatih dengan kemahiran semalam. Guru tidak sepatutnya menafikan alat yang para profesional lain gunakan dan mendapat manfaat daripadanya. Kini, bidang pendidikan turut menjadi fokus dalam membawa ICT kepada rakyat Malaysia. Justeru itu sejak kebelakangan ini Kementerian Pelajaran dan pusat pengajian telah menumpukan ke arah pembelajaran secara elektronik sebagai salah satu kaedah yang dapat membantu pelajar dan pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Chee Liew Seong (1986), penggunaan komputer dalam

2 pendidikan meliputi bidang pengurusan, pembelajaran dan pengajaran, dan pengajian dalam komputer. Oleh sebab itu penggunaan komputer di sekolah-sekolah atau institusi pengajian tinggi lain sudah menjadi tidak asing lagi. Rofidah Sahan Mustafa (1989) menegaskan tentang peranan komputer dalam pentadbiran sekolah seperti berikut: Komputer merupakan suatu alat yang kompleks dan penggunaannya semakin meningkat dalam pelbagai bidang. Kerana inilah penggunaan komputer untuk pengurusan disekolah perlu dikaji. Justeru itu pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan bagi menyeluruhkan penggunaan komputer di sekolah. Projek sekolah bestari yang diperkenalkan kerajaan juga sudah menampakkan hasilnya. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyuarakan hasrat beliau untuk memperluaskan Sekolah Bestari ke semua 10,000 buah sekolah. Kerajaan dijangka meletakkan bajet yang besar dalam RMK9 untuk melaksanakan peluasan ini. Perdana Menteri juga berharap agar peruntukan ini digunakan sebaiknya dalam proses membestarikan sekolah-sekolah. Ini bermakna kerajaan Malaysia benar-benar menitikberatkan kebajikan pendidikan rakyatnya. Ini penting bagi membentuk masyarakat yang mempunyai daya saing yang tinggi bagi menghadapi cabaran negara maju. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak, Mohamed Zakaria Mohd Noor (2007) berkata dunia pada masa kini telah berubah kepada suatu sistem perkongsian maklumat yang cepat, tepat dan terkini melalui kaedah penyebaran secara internet. Dengan adanya kesepaduan antara isi pelajaran, elemen multimedia dan internet, pembelajaran kini boleh dikatakan berpusatkan pelajar. Ini kerana pelajar tidak hanya perlu bergantung kepada guru untuk mendapatkan sesuatu maklumat malah dapat memantapkan pengetahuan mereka dengan melayari internet atau menggunakan perisian kursus. Sistem pendidikan di negara yang dahulunya bersifat tradisional telah mengalami revolusi ICT. Menurut Flecther (1990), manusia mengingati 20 peratus daripada apa yang didengar, 40 peratus daripada apa yang didengar dan dilihat manakala 75 peratus daripada apa yang didengar, dilihat dan dilakukan. Jadi, pendekatan tradisi tidak dapat menggabungkan ketiga-tiga deria

3 pelajar untuk menerima pembelajaran secara berkesan. Jadi sudah tentunya pendekatan pembelajaran sememangnya patut diubah. Justeru itu pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang dahulunya berpusatkan guru kini sudah lebih kepada berpusatkan pelajar. Sistem pembelajaran menerusi web misalnya merupakan antara teknologi yang dikatakan mampu melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran yang lebih aktif dan interaktif. Oleh yang demikian terdapat banyak laman web yang dibangunkan bagi tujuan komersial atau pendidikan. Namun adakah laman web yang dibangunkan itu berkualiti?. Tidak semua laman web ini berkualiti dan menepati keperluan pengguna. Jadi disinilah isu reka bentuk laman web yang baik memainkan peranan penting bagi memastikan ia memenuhi keperluan pengguna. Untuk memastikan penghasilan laman web yang baik, guru perlu mempunyai ilmu dalam reka bentuk laman web. Banyak prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi dalam membentuk laman web yang baik. 1.2 Latar Belakang Masalah Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin meluas dari semasa ke semasa. Sistem pengurusan sekolah juga perlu seiring dengan perkembangan teknologi. Oleh sebab itu penggunaan perisian dan laman web juga telah menjadi trend dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun ia sebenarnya menjadi cabaran kepada guru-guru yang sudah biasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran tradisional dalam menggunakan dan mengaplikasikan teknologi. Menurut Razali Ismail (2002), pengajaran tradisional memberi penekanan kepada mengingati konsep dan istilah secara terasing yang mana akhirnya akan dilupai. Sedangkan tujuan sebenar sesuatu pembelajaran adalah untuk sepanjang hayat. Oleh sebab itu guru pada masa kini perlu bersedia dengan pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan teknologi untuk p&p. Guru-guru perlu membuat persediaan samada diperingkat maktab atau IPT lagi atau mengambil kursus matapelajaran yang

4 berkaitan. Ia penting bagi memudahkan guru-guru memilih bahan, membangun serta menggunakan bahan tersebut untuk pengajaran mereka. Kebanyakan guru hanya tahu menggunakan perisian, aplikasi persembahan atau laman web ketika mengajar. Namun tidak ramai yang mempunyai kemahiran untuk membangunkan perisian atau laman web pendidikan. Jika guru mempunyai kepakaran dalam membangunkan perisian atau laman web maka bahan yang digunakan sudah tentunya menepati isi pelajaran yang dikehendakinya. Ketepatan isi pelajaran dengan pendekatan yang digunakan penting untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Okey (1985) bahan pembelajaran tidak menepati objektif pengajaran, isi kandungan pelajaran yang tidak sistematik, persekitaran pembelajaran yang kurang merangsangkan dan pendekatan pengajaran yang statik, boleh menjadi faktor yang menyumbang kepada ketidakberkesanan suatu pengajaran-pembelajaran. Kesemua kekangan ini akan dapat diatasi hanya apabila suatu bahan pengajaran dan pembelajaran direka bentuk mengikut perancangan yang teliti dan bersistematik serta menepati kurikulum tempatan. Apabila isi pelajaran atau bahan sudah menepati kurikulum yang diperlukan maka pembelajaran yang lebih bermakna boleh dijalankan. Persoalanya kini adakah guru bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam membangunkan sendiri laman web bagi tujuan p&p mereka?. Banyak aspek yang perlu dipertimbangkan untuk persoalan ini. Antaranya ialah tahap keyakinan guru itu sendiri untuk mengaplikasikannya dalam pengajaran mereka. Mereka mungkin tidak yakin dengan penggunaan teknologi berikutan tiada kemahiran tentangnya. Selain itu, sikap terhadap komputer adalah salah satu daripada faktor yang membawa kepada kesediaan guru menerima komputer dalam tugas sehariannya. Sikap yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang bagi mempelajari apa sahaja (Zulkifli Abdul Manaf & Raja Maznah Raja Hussain, 1994). Zulkifli Abdul Manaf & Raja Maznah Raja Hussain (1994) juga menjalankan kajian terhadap guru pelatih di Universiti Malaya dan mendapati 83% pelatih bersikap positif terhadap komputer, 13.9% bersikap sederhana dan 2.4% bersikap negatif terhadap komputer. Guru juga mungkin mempunyai persepsi bahawa

5 pengajaran secara tradisional sudah memadai dan menyebabkan mereka tidak berminat menggunakan pendekatan teknologi. Kebanyakan guru hanya mempelajari ICT secara literasi. Kini dalam era web dan multimedia lebih banyak pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan teknologi diperlukan. Multimedia adalah suatu proses komunikasi berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan media audio visual, seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. (Jamalludin Harun, 2000). Dengan elemen-elemen multimedialah sesuatu laman web atau perisian boleh dihasilkan. Dengan adanya laman web, pengajaran kini tidak lagi hanya berpusatkan guru dan bahan. Pengajaran dan pembelajaran menerusi web secara tidak langsung membentuk proses pembelajaran kendiri, dimana pelajar boleh mengakses maklumat pada bila-bila masa dimana sahaja. Ini dapat menambah dan memantapkan lagi penggetahuan mereka terutama pada subjek atau topik-topik yang sukar dafahami dan memerlukan kreativiti, imaginasi dan visual. Topik-topik seperti ini selalunya sukar disampaikan secara konvensional. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan untuk memudahkan penyampaian sesuatu isi pelajaran antaranya behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Kesemuanya adalah berasaskan kepada teori pembelajaran. Pada masa kini pendekatan pembelajaran yang sesuai digunakan adalah pembelajaran aktif atau berpusatkan pelajar. Chickering dan Gamson (1987) menyatakan pelajar perlu memberikan maklumbalas, membuat perkaitan dengan pengalamanya dan mengaplikasikannya. Ini bersesuaian dengan takrifan pembelajaran aktif dimana pelajar memproses, mengguna dan membuat refleksi terhadap maklumat berdasarkan pembelajaran tabii. Felder (2001) menyatakan tentang pembelajaran aktif: Pembelajaran aktif adalah apa sahaja yang pelajar lakukan selain daripada mendengar syarahan. Mereka mungkin menulis, membuat refleksi, berbincang, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Mereka mungkin boleh melakukannya secara individu atau berkumpulan. Selagi mereka melakukan selain daripada mendengar dan melihat, bagi saya ia adalah pembelajaran aktif.

6 Seterusnya diantara teori yang popular dan sesuai digunakan dalam pembelajaran adalah teori konstruktivisme dimana teori ini adalah berpusatkan pelajar dan menggunakan konsep bahawa pengetahuan dibina oleh pelajar itu sendiri. Oleh itu pendekatan berasaskan teori konstruktivisme memerlukan pantauan dan ianya banyak dicadangkan sebagai contoh pendekatan inkuiri berasaskan WebQuest. Untuk memastikan pembelajaran aktif boleh dilaksanakan minda pelajar boleh diaktifkan menggunakan pendekatan inkuiri menerusi laman web yang melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Diantara kelebihan pendekatan inkuiri dalam pembinaan laman web ialah ia dapat mengaktifkan minda pelajar dengan lebih berkesan. Minda pelajar dikatakan dapat diaktifkan kerana dalam pembelajaran inkuiri, pelajar perlu melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran. Apabila aktif minda berlaku pembelajaran akan menjadi lebih bermakna. Ia juga akan menyebabkan pelajar lebih mudah mengingat dan lebih mudah mengaplikasi sesuatu isi pelajaran. Pendekatan inkuiri penemuan mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Secara khususnya pendekatan inkuiri-penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh pelajar sendiri. Pelajar juga akan melalui aktiviti seperti ujikaji akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Seterusnya bagi mengaplikasikan pendekatan inkuri dalam laman web, pendekatan WebQuest merupakan pendekatan yang digunakan. WebQuest adalah pendekatan berasakan inkuiri dimana semua maklumat serta kerja adalah datang dari laman web. Ia membenarkan pelajar menerokai sendiri laman web tertentu secara terpimpin. Ini penting bagi mengelakkan mereka tersesat ketika menerokai maklumat dalam laman web tertentu. Model ini dibangunkan oleh Bernie Dodge dari San Diego State Univesity pada Febuari 1995. Semenjak WebQuest diperkenalkan

7 ribuan guru bersetuju menyatakan bahawa WebQuest adalah salah satu cara yang baik dalam penggunaan internet sementara dapat menarik pelajar dalam cara berfikir yang diperlukan pada abad ke-21 ini. Model ini telah merebak keseluruh dunia seperti Brazil, China, Australia, Spain dan Holland. 1.3 Pernyataan Masalah Dewasa ini, keperluan untuk seseorang guru atau pendidik membangunkan bahan pembelajaran sendiri adalah semakin diperlukan. Salah satu media yang dikesan dalam pembelajaran adalah laman web. Namun isu yang timbul sekarang adakah guru-guru bersedia dalam membangunkan laman web mereka sendiri dan adakah laman web yang dihasilkan menepati prinsip-prinsip laman web kearah membentuk pembelajaran bermakna. Untuk memastikan ini berlaku, pendekatan yang lebih mencabar pemikiran pelajar atau bakal guru diperlukan. Antara pendekatan yang dibincangkan tadi termasuklah pendekatan konstruktivisme, inkuiri dan sebagainya. Sekiranya diintegrasikan pendekatan begini dalam topik Asas Reka bentuk Laman Web adalah dijangkakan laman web yang dihasilkan akan dapat menghasilkan pembelajaran bermakna. Oleh yang demikian kajian ini akan mengambilkira ciri-ciri inkuiri untuk membangunkan laman web pendidikan bagi mengajar topik asas reka bentuk laman web. Bagi membantu perlaksanaan pembelajaran berasaskan inkuiri, pendekatan atau teknik yang dikenali sebagai WebQuest digunakan. Ianya menyediakan satu persekitaran pembelajaran yang lebih sistematik bagi membantu penerokaan dan pembelajaran pelajar. Pendekatan WebQuest memfokuskan pendekatan sebenar dalam menyelesaikan permasalahan sebenar. Pengguna akan diberi panduan dalam menyelesaikan masalah sebenar. Rujukan juga disediakan bagi sebagai panduan pengguna. Segala permasalahan adalah diselesaikan sendiri oleh pengguna. Oleh yang demikian adalah diharapkan pembangunan laman web ini dapat menyumbang kepada bahan aktif dan interaktif bagi menggalakkan pembelajaran bermakna dan untuk pembelajaran sepanjang hayat.

8 1.4 Objektif Objektif utama projek ini direka bentuk adalah untuk: 1. Mengaplikasikan ciri-ciri pembelajaran berasaskan inkuiri dalam persekitaran pembelajaran menerusi web. 2. Membangunkan sistem pembelajaran menerusi web berdasarkan pendekatan inkuiri (WebQuest) bagi mempelajari Topik Asas Reka bentuk Laman Web.