PERLAKSANAAN PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

BUTIRAN PERIBADI

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

BULETIN JABATAN PENGAJIAN AM

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

HALATUJU PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR. Disediakan Oleh; Muhamad Asmadi bin Mustakim Ketua Sektor Pengurusan Akademik

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU: PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Transcription:

PERLAKSANAAN PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Yufiza Mohd Yusof 1, Rafidah Mohd Basir 2, Saleha Abd Azis 3 dan Zamaruzaman Mohamad 4 Kolej Komuniti Sungai Siput 1,2, Kolej Komuniti Pasir Salak 3 & Kolej Komuniti Batu Gajah 4 Abstrak E-mel: fairlady_iz@yahoo.com, oye_arbies@yhoo.com, saleha@kkpsa.edu.my, zamaruzaman@yahoo.com Idea pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) telah dicetuskan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri semasa ucapan di Perhimpunan Agung Umno pada 7 Disember 2013. Kolej Komuniti diamanahkan sebagai hub bagi pelaksanaan PISH bagi institusi pendidikan di Malaysia dan pelaksanaannya bermula tahun 2014. Sistem pendidikan ini bercita-cita dan berusaha untuk membangun insan seimbang melalui proses pentarbiyahan intelektual, emosi, spiritual, kerohanian dan fizikal yang melaksanakan peranan dalam kehidupan semata-semata kerana Allah dengan penuh ikhlas dan redhanya. Beberapa buah Sekolah Tahfiz, Sekolah Maahad dan Sekolah Pondok telah dipilih dan terlibat dalam kajian ini. Ini melibatkan pembinaan kurikulum, tenaga pengajar yang sesuai, pengguna premis serta penglibatan keseluruhan tenaga kolej dan pihak sekolah. Penyelidikan ini bertujuan mengenalpasti jumlah kolaborasi kursus PISH dengan institusi-institusi luar, mengenalpasti jumlah kursus kemahiran yang ditawarkan kepada pelajar institusi agama, mengenalpasti jumlah peserta yang terlibat dalam program PISH dan keberkesanan PISH kepada komuniti. Akhirnya kajian ini ingin melihat impak pelaksanaan PISH terhadap komuniti Fasa 1. Kesemua 7 Wilayah Kolej Komuniti yang mewakili seluruh Kolej Komuniti di Malaysia terlibat sebagai responden dalam proses pengumpulan dan kutipan data. Diharapkan pelaksanaan PISH di kolej komuniti dapat memberi pendedahan tentang ilmu kemahiran teknikal dan keusahawanan kepada peserta dari institusi keagamaan ia juga memberi peluang kepada komuniti setempat mendalami ilmu keagamaan secara berterusan. Seterusnya, semoga harapan atau cita-cita TPM dapat direalisasikan dengan berkesan agar masyarakat Islam di Malaysia bersedia untuk berubah, iaitu dengan mengembalikan semula semangat belajar dan meneroka ilmu tanpa had umur. Meskipun mereka sudah lama meninggalkan alam persekolahan atau pendidikan formal, umat Islam tidak sepatutnya melihat bahawa proses pembelajarannya sudah tamat. Kata Kunci: PISH, keberkesanan, kolaborasi, institusi dan badan keagamaan 1

1.0 PENDAHULUAN Pendidikan merupakan tunjang utama dalam melahirkan individu yang berpengetahuan serta mampu bersaing di peringkat global. Cabaran-cabaran seperti perubahan ekonomi global, perkembangan teknologi yang pantas serta persaingan yang sengit dalam sektor pekerjaan mendesak kita supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada. Melaksanakan penambahbaikan kepada sistem pendidikan negara secara menyeluruh merupakan hasrat kerajaan Malaysia.Penambahbaikkan ini bermula daripada peringkat pra sekolah sehingga ke menengah atas,ini termasuklah aliran vokasional.program berorientasikan Pendidikan Islam telah diberi perhatian pada masa kini, dimana program ini diharap mampu memberi keseimbangan kehidupan duniawi dan ukhrawi. Perubahan ini perlu dilaksanakanuntuk mencapai kemajuan negara, di mana ia bergantung kepada kecemerlangan dan akhirnya membentuk modal insan yang holistik dan kompeten. Selain itu negara juga ingin melahirkan modal insan yang mampu menguasai ilmu pengetahuan bukan sahaja ilmu dunia tetapi hebat ilmu akhiratnya. Dalam ucapan Menteri Pendidikan II beliau mengatakan,...bahawasanya modal insan bertindak sebagai penggerak kepada pembangunan negara. Rasullah SAW telah bersabda: Untuk berjaya dalam hidup, kita mestilah berilmu. Untuk berjaya di akhirat kita juga perlu berilmu. Untuk berjaya dunia dan akhirat wajiblah kita berilmu. (Riwayat Al-Tarmizi). Ayat ini bermaksud bahawa untuk menjadi seorang yang berjaya, ilmu pengetahuan itu amatlah penting. Kejayaan seseorang individu bergantung kepada ilmu pengetahuan yang dimiliki untuk terus maju di dalam apa juga lapangan yang diceburi, baik di dunia mahupun di akhirat. Demi menyahut cabaran menjadikan modal insan yang berilmu, maka Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) telah mewujudkan satu program Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH) untuk dilaksanakan kepada komuniti. Program ini juga adalah merupakan kesinambungan pelancaran PISH oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 5 April 2014. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi peluang kepada komuniti terutamanya pelajar-pelajar institusi keagamaan seperti pelajar sekolah tahfiz, maahad, sekolah pondok, madarsah, masjid, surau dan juga komuniti setempat untuk meningkatkan kemahiran dan berjaya dalam pelbagai kerjaya dunia dan akhirat. 2

Kolej Komuniti ditubuhkan melalui memorandum No. 398/2225/00 oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Pada tahun 2005, Kabinet melalui Memorandum Menteri Pengajian Tinggi (No. 296/2456/2005) telah bersetuju menjadikan kolej komuniti sebagai hab Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Sehingga tahun 2014, sebanyak 91 buah kolej komuniti beroperasi di seluruh negara. Antara objektif penubuhannya adalah menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan pengajian dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional, menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat setempat bagi meningkatkan kehidupan masyarakat; mewujudkan kerjasama yang erat antara ahli masyarakat dan kerajaan tempatan dan sektor swasta bagi memajukan kawasan setempat. Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah bermula pada tahun 2004 dan kolej komuniti telah bertindak sebagai hub PSH tersebut. Sehingga akhir tahun 2013, penyertaan PSH di kolej komuniti mencecah lebih sejuta orang peserta dalam pelbagai bidang kemahiran. YAB Timbalan Perdana Menteri telah mencadangkan agar pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) dijadikan dasar utama negara. Pada 5 April 2014,YAB Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan Program PISH bertempat di Kolej Komuniti Ledang, Johor.Sepanjang tahun 2011 hingga 2013, sebanyak 22,082 orang peserta telah mengikuti kursus jangka pendek berkaitan Pendidikan Islam. Oleh yang demikian, satu kajian untuk melihatkeberkesananprogrampishdi kolej komuniti perlu dijalankan. Ini adalah bertujuan untuk melihat samada pelaksanaan program PISH ini seiring dengan matlamat dan objektif Kementerian Pendidikan Malaysia. Kolej Komuniti memainkan peranan yang besar dalam menyediakan kemahiran kepada komuniti setempat tanpa mengira umur, latar belakang dan status sosio-ekonomi. Pendekatan PSH yang dilaksanakan KPM merupakan penyumbang utama dalam menyediakan akses kemahiran kepada masyarakat. Saluran pendidikan melalui PSH berupaya melahirkan modal insan berkemahiran dan berpengetahuan. Justeru, pelaksanaan program PISH menjadi antara agenda utama pada tahun 2014 bagi memperkasakan lagi Pendidikan Islam dalam kalangan komuniti. 3

1.1 KRONOLOGI Idea pelaksanaan PISH berdasarkan saranan yang dikemukakan olehyab Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM) semasa Perhimpunan Agong UMNO pada 7 Disember 2013. Rentetan dari itu, JPKK mengadakan satu pertemuan dengan Menteri Pendidikan II, Dato Seri Idris Jusoh pada 9 Disember 2013 untuk mendapatkan input awal berkenaan hala tuju PISH. Pada 21 Januari 2014, Mesyuarat Perancangan Dasar Pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Bil.1/2014 berlangsung dengan dihadiri oleh Dato Seri Idris Jusoh Menteri Pendidikan II, Y.Bhg. Tan Sri Yusof Noor Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI), Ketua Pengarah JPKK, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Sektor Pelajaran, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Bahagian Dasar Antarabangsa SPT serta Bahagian Perancangan dan Penyelidikan SPT. Mesyuarat Penyelarasan bagi penyediaan bahan/silibus PISH anjuran Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Sektor Pelajaran Bil 1/2014 telah diadakan pada 28 Januari 2014 dan disusuli Mesyuarat berikutnya Bil 2/2014 pada 6 Februari bagi tujuan pembinaan, penyelarasan dan kemaskini bahan dan silibus yang berkaitan dengan kursus dan program PISH. Pada tarikh 5 April 2014 Majlis Pelancaran PISH telah diadakan di Kolej Komuniti Ledang, Johor yang dirasmikan oleh TPM. Aktivti PISH diteruskan dengan sesi Pembentangan PISH di Persidangan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran & Pendidikan Islam (LEPAI) kali ke-42 pada 8 Mei 2014 untuk makluman ahli LEPAI. Seterusnya, pada 4 Jun 2014 Pembentangan Nota Jemaah Menteri bertajuk Dasar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) dalam Mesyuarat Kabinet telah dibentangkan. Mesyuarat diteruskan bagi Mesyuarat Jawatankuasa Exco Pendidikan Negeri Kali ke-6 Bil. 1/2014 pada 16 Jun 2014 dan pada 3 November 2014 Jawatankuasa PISH Nasional diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Nasional PSH Bil. 1/2014. Bagi memantapkan pelaksanaan PISH, Mesyuarat Jawatankuasa Induk PISH Nasional telah diadakan pada 11 November 2014 untuk status pelaksanaan dan penambahbaikan program PISH. 1.2 KERANGKA KONSEPTUAL Rajah 1 di atas menunjukkan kerangka konseptual kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji. Komuniti yang terpilih dalam program ini adalah terdiri daripada pelajar Institusi Agama, Badan Keagaman dan pihak NGO yang ingin mencari ilmu ukhrawi dan duniawi. Program PISH yang diberikan kepada komuniti tersebut adalah berbentuk kemahiran teknik vokasional dankemahiran 4

KOMUNITI PISH IMPAK keusahwanan.dari kajian ini diharapkan keberkesananprogram PISH yang dilaksanakan dapat meningkatkan hubungn dan kolaborasi di antara pihak JPKK dan institusi serta agensi keagamaan. Dengan program PISH ini komuniti bukan sahaja memiliki ilmu duniawi malah mereka akan menjadi modal insan yang cemerlang dunia dan akhirat. INSTITUSI & BADAN KEAGAMAAN *Sekolah Tahfiz *Sekolah Mahaad *Sekolah pondok *Sekolah Agama/Kafa *Mardasah *IPTA/IPTS *Jabatan Agama PROGRAM PISH *Kemahiran Teknikal Vokasioanal & *Pendidikan Keusahawanan IMPAK *Jenis Kursus yang ditawarkan & *Kolaborasi Bersama Institusi *Jabatan Kerajaan *Pihak NGO Islam Rajah 1: Kerangka Konseptual 1.3 PENYATAAN MASALAH Kolej Komuniti adalah penggerak utama Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) yang menggabungkan aspek kemahiran dan pendidikan agama. Program PISH ini akan dilaksanakan menerusi dua pendekatan iaitu latihan kemahiran dalam bidang teknikal, vokasional dan pendidikan keusahawanan kepada pelajar-pelajar sekolah sekolah Tahfiz, Maahad, sekolah pondok, madarsah, masjid, surau.program PISH ini akan memberi kesinambungan Pendidikan Islam yang berterusan kepada komuniti setempat seperti golongan lepasan sekolah menengah, belia tercicir dan pelajar malah pada pihak yang memerlukan program ini. Program PISH ini telah dilaksanakan pada tahun 2014. Di mana masih tiada lagi kajian impak dan statistik pelaksanaanpish terhadap komuniti. Oleh itu pihak pengkaji ingin mengkaji sejauhmanakah keberkesananprogram PISH terhadap komuniti.impak yang tercetus dari pelaksanaan program PISH ini adalah penambahan ilmu dan peningkatan kemahiran, serta kolaborasi yang terjalin di antara pihak JPKK dan institusi luar yang menyertai program ini. 5

1.4 OBJEKTIF KAJIAN Objektif umum kajian ialah melihatpelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di kolej komuniti. Secara khusus, objektif kajian ialah: i. Mengenalpasti jumlah peserta yang terlibat dalam program PISH. ii. Mengenalpasti jumlah dan jenis-jenis kursus kemahiran yang ditawarkan kepada pelajar institusi agama. iii. Mengenalpasti program-program PISH yang menarik serta model-model perlaksanaan program. iv. Mengenalpasti institusi-institusi luar dan jumlah kolaborasi yang terjalin dari program PISH ini. v. Mengenalpasti impak pelaksanaan PISH terhadap komuniti Fasa 1 dari aspek kolaborasi dan kursus yang ditawarkan. 1.5 PERSOALAN KAJIAN Persoalan umum kajian ialah melihat impak pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat. Secara khusus, persoalan kajian ialah: i. Berapakah jumlah peserta yang terlibat dalam program PISH? ii. Berapakah jumlah dan jenis-jenis kursus kemahiran yang ditawarkan kepada pelajar institusi agama? iii. Apakah program-program PISH yang menarik serta model-model perlaksanaan program? iv. Apakah institusi-institusi keagamaan luar dan jumlah kolaborasi yang terjalin dari program PISH ini? v. Apakah impak pelaksanaan PISH terhadap komuniti Fasa 1 dari aspek kolaborasi dan kursus yang ditawarkan? 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN Hasil kajian ini dijalankan bagi melihat sejauhmanakah impak PISH terhadap komuniti. Impak program PISH yang dilaksanakan dapat meningkatkan hubungn dan kolaborasi di antara pihak JPKK dan institusi serta agensi keagamaanyang menyertai program ini. Pengkaji merasakan dua pihak ini mempunyai kepentingan dalam kajian iaitu:- i. Kolej Komuniti 6

Program PISH merupakan salah satu langkah bagi mengeratkanhubungan komuniti dengan pihak kolej komuniti sekaligus dapat mempromosikan kursus dan program yang dijalankan. Selain itu, kolaborasi antara dua pihak iaitu kolej komuniti dan institusi keagamaan atau institusi kerajaan mahupun swasta dapat diwujudkan. ii. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Mewujudkan usaha sama dengan menglibatkan perkongsian sumber sedia ada untuk menyebarluaskan program PISH. 1.7 BATASAN KAJIAN Kajian ini menjurus kepada program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat yang telah dilaksanakan di seluruh kolej komuniti di Malaysia. Ia dibahagian kepada 7 wilayah kolej komuniti iaitu Wilayah Negeri Sembilan & Melaka, Wilayah Johor, Wilayah Utara, Wilayah Perak, Wilayah Selangor, Wilayah Timur dan Wilayah Sabah/Sarawak. Data statistik penglibatan institusi-institusi luar, bilangan perserta, jumlah dan jenis kursus yang ditawarkan dalam program PISH ini akan diperolehi dari Unit PSH, JPKK terhadap semua kolej komuniti yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. 2.0 KAJIAN LITERATUR 2.1 PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT Program PISH merupakan satu inisiatif yang menggabungkan latihan kemahiran dan pendidikan agama demi membentuk masyarakat yang berilmu, mempunyai nilai, beriman dan bertakwa yang menjamin kesejahteraan dimana PISH menggabungkan konsep ukhrawi dan duniawi. Bagi konsep ukhrawi, PISH memberi kesinambungan Pendidikan Islam yang berterusan kepada komuniti setempat seperti golongan lepasan sekolah menengah, belia tercicir dan pelajar. Manakala konsep Duniawi pula, PISH memberikan ilmu kemahiran dan keusahawanan kepada pelajar institusi agama seperti tahfiz, pelajar sekolah pondok, pelajar maahad, belia dan komuniti. Menurut Mohd Zainudin (2014), program PISH secara tidak langsung telah melestarikan Pendidikan Islam dengan membina hubungan dan merapatkan ukhwah sesama umat Islam dan penganut agama lain bagi mengekalkan keamanan sejagat. Rajah 2 di bawah menunjukkan konsep JPKK dalam menlaksanakan program PISH ini. Tujuan utamanya adalah menyerapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat secara berterusan. Ini 7

adalah merupakan satu insiatif untuk menyebarkan luaskan ilmu keagamaan kepada mereka selepas pendidikan rasmi di sekolah. Dengan mengabungkan latihan kemahiran dan pendidikan agama hasrat JPKK adalah untuk melahirkan modal insan yang seimbang yang tercatat dalam RMK ke -10. Bagi melancarkan harsat murni ini maka pihak JPKK akan melaksankan program PISH ini secara berperingkat dalam tiga fasa. Fasa tersebut bolah dirujuk dari rajah 3 di bawah. Rajah 2: Konsep program PISH Rajah 3: Fasa Pelaksanaan program PISH 8

PISH dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu: Fasa 1 (2014-2015): Membina Hubungan dan Merapatkan Ukhuwah. Fasa ini menggerakkan kolaborasi antara institusi-institusi yang terlibat termasuklah jabatan dan bahagian dalam Kementerian Pendidikan sendiri iaitu Jabatan Pengajian Politeknik dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Sektor Pengajian Tinggi serta Bahagian Pendidikan Islam Sektor Pelajaran. Rakan kolaborasi sedia ada akan diperkukuh dan diperluaskan dengan melibatkan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran (LEPAI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merangkumi Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, institusi tahfiz, pondok dan badan-badan bukan kerajaan bagi tujuan membina kefahaman, kepercayaan dan keyakinan antara agensi yang terlibat. Fasa 2 (2016-2020): Memperkasa bakat insan Tiga program akan ditawarkan di bawah fasa ini iaitu: Program berbentuk joint certification yang merupakan persijilan profesional antara agensiagensi yang berkolaborasi. Program ini akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar institusi pondok dan tahfiz yang berdaftar seluruh negara. Program berkonsepkan non formal dan majjanan wa sahlah (free & easy @ community college). Melalui program ini peserta berpeluang mengikuti kursus pendek hujung minggu yang ditawarkan oleh kolej komuniti di bawah program Sijil Modular Kebangsaan (SMK); dan Program pembelajaran Islam kontemporari yang menjurus kepada aspek fardu kifayah. Fasa 3 (2021-2025): Melestarikan Ummah Program PISH akan menjadi pemangkin generasi yang berkemahiran dan bertakwa pada masa hadapan. Ini akan menjadi wadah penting untuk rakyat Malaysia dalam melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik mencakupi kemahiran dan kerohanian demi kelestarian ummah. Kursus-kursus yang ditawarkan dan modul yang dibangunkan akan sentiasa ditambah baik secara berterusan, mengikut kesesuaian dari segi perubahan teknologi dan permintaan komuniti. 2.2 PROGRAM PISH DI KOLEJ KOMUNITI 9

Pendidikan merupakan peluang kepada individu untuk menyambung pengajian mereka. Begitu juga dengan kolej komuniti dimana penubuhannya adalah untuk menyediakan peluang pendidikan kepada komunti. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2013 ada menyarankan supaya PISH dijadikan dasar utama untuk menyebarluaskan pengetahuan ilmu dan kefahaman kita tentang Islam. Setakat ini sudah wujud 85 kolej komuniti dan program-program berkaitan Pendidikan Islam dimasukkan ke dalam program latihan di kolej berkenaan. (Petikan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, 2013). Program PISH dilaksanakan secara kursus jangka pendek yang berkonsepkan duniawi dan ukhrawi dimana ia ditawarkan kepada komuniti yang ingin meningkat ilmu, kemahiran dan peluang kerjaya. Rajah 4 di bawah merujuk kepada maksud konsep ukhrawi dan duniawi yang dicadangkan oleh pihak JPKK. Rajah 4: Konsep ukhrawi dan duniawi 2.3 SEKOLAH TAHFIZ, MAAHAD DAN PONDOK Malaysia adalah sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan, bidang Pengajian Islam adalah satu bidang pengajian yang amat penting bagi menyempurnakan tuntutan kehidupan harian warganya, di samping menyumbang kepakaran pada peringkat antarabangsa. Oleh itu, bidang Pengajian Islam ini mestilah jelas dan berfokus hala tujunya, malahan hala tujunya itu mestilah sentiasa dinilai dari semasa ke semasa bagi menentukan ia selaras dengan peredaran dan tuntutan zaman. Di samping itu dapat melahirkan produk yang sesuai untuk kegunaan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 10

Sistem pendidikan ini bercita-cita dan berusaha untuk membangun insan seimbang melalui proses pentarbiyahan intelektual, emosi, spiritual, kerohanian dan fizikal yang melaksanakan peranan dalam kehidupan semata-semata kerana Allah dengan penuh ikhlas dan redha. Menurut Mohd. Hanif, terdapat beberapa kategori sekolah agama di Malaysia berdasarkan pentadbirannya, antaranya adalah seperti yang berikut: i. Sekolah agama di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia di peringkat menengah seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), ii. Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP), Kolej Islam Sultan Alam Syah (KISAS) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang menawarkan kelas aliran agama (KAA). iii. Sekolah agama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri di peringkat menengah seperti Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN). iv. Sekolah agama di bawah kelolaan Majlis-majlis Agama dan Zakat di peringkat rendah dan menengah. v. Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dibangunkan oleh masyarakat setempat dan dikendalikan oleh Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) di peringkat rendah dan menengah. vi. Sekolah Agama (SA) yang dikendalikan oleh pihak swasta di peringkat rendah dan menengah. vii. Maahad Tahfiz sama ada milik persendirian, kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. Majoriti sekolah agama rakyat mempunyai kurikulum yang berbeza antara satu sama lain. viii. NGO yang terdiri daripada persatuan-persatuan yang dikelolakan oleh individu secara pensendirian.contohnya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). ix. Agensi agensi kerajaan yang terdiri daripada Jabatan Agama Islam dan lain-lain agensi. 2.4 KOLABORASI Jonathan (2004) mendefinisikan kolaborasi sebagai satu proses interaksi di antara beberapa orang yang mempunyai kepentingan bersama.menurut Kamus Heritage Amerika (2000), kolaborasi adalah kerjasama khususnya dalam usaha penggabungan pemikiran. Dari berbagai definisi yang dikemukakan, dapat disimpulkan bahawa kolaborasi adalah suatu proses interaksi yang melibatkan beberapa orang untuk bekerjasama dengan menggabungkan pemikiran secara berterusan dimana setiap pihak yang terlibat saling 11

bergantungan di antara satu sama lain. Apapun bentuk dan tempatnya, kolaborasi meliputi suatu pertukaran pandangan atau idea yang memberikan perspektif kepada seluruh kolaborasi. Kolaborasi yang dilaksanakan di antara agensi juga melibatkan keperluan dan persepsi dari komuniti berhubung dengan program pembelajaran Islam sepanjang hayat yang dilaksanakan di semua kolej komuniti seluruh Malaysia. 2.5. KAEDAH PELAKSANAAN Kaedah pelaksanaan program PISH adalah dirancang dengan teliti untuk mendapatkan impak yang positif supaya program PISH ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang dan menjadi agenda tahunan bagi semua institusi. Terdapat lima tahap pelaksanaan program ini iaitu: i. Kurikulum Kurikulum program PISH ini direkabentuk dalam 2 aspek. Aspek pertama adalah penyediaan kurikulum Pendidikan Islam di mana pihak yang bertanggungjawab adalah pihak BPI/JAKIM/ILIM manakala bagi aspek kedua iaitu aspek Kemahiran pihak yang bertanggungjawab adalah ILKA, Kolej Komuniti, Politeknik, Giat MARA, KV dan lain-lain. ii. Tenga Pengajar Dari segi Tenaga Pengajar mereka adalah terdiri daripada Pensyarah KK/Politeknik/ILKA IPG, Guru Pendidikan Islam, Guru Takmir dan Guru KAFA. iii. Premis Premis yang akan digunakan sebagai platform program PISH ini dijalankan adalah Masjid/surau, Kolej Komuniti, Politeknik, Sekolah Tahfiz, Sekolah pondok dan lainlain premis yang bersesuaian. iv. Sasaran Sasaran utama bagi melaksanakan program PISH adalah belia/pelajar dan komuniti setempat. Namum bagi mendapatkan lebih penglibatan dari semua pihak, sasaran adalah dibuka kepada segenap lapisan masyarakat. v. Penglibatan 12

Pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program PISH ini adalah terdiri daripada pihak JAKIM, pihak Jabatan Agama, pihak KPM, pihak Kementerian / agensi berkaitan dan pihak ILK/MARA. 2.6 PERANAN SETIAP RAKAN KOLABORASI PIHAK LEPAI Merupakan penasihat program PISH PIHAK JAKIM Membekalkan sumber tenaga yang bertauliah (guru takmir). Mendapatkan persetujuan oleh pihak Berkuasa Agama Negeri untuk menggunakan guru takmir di masjid atau surau. PIHAK ILIM Menyediakan modul Islam Kontemporasi yang boleh digunapakai untuk program PISH. Menyediakan tenaga pengajar. Menyediakan premis dan prasaran. PIHAK AGAMA ISLAM NEGERI Menggunakan guru takmir yang bertauliah mengikut JAIN Menyediakan premis dan prasarana (masjid / surau) PIHAK IKIM Membuat hebahan bagi mempromosikan program PISH Rajah 5: Peranan Setiap Rakan Kolaborasi 2.7 KOLABORASI SEBELUM PELAKSANAAN PISH Pengkaji telah membahagikan pihak yang terlibat dalam program PISH kepada 9 kategori. Kategori tersebut adalah:- Sekolah Tahfiz Sekolah Mahaad Sekolah pondok Sekolah Agama/Kafa Mardasah IPTA/IPTS 13

Jabatan Agama Jabatan Kerajaan Pihak NGO Islam Senarai agensi yang bekerjasama dan berkolaborasi dengan kolej komuniti bagi melaksanakan program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat adalah seperti dalam jadual 1. 2.8 TAHFIZ Maahad tahfiz al-quran dikenali juga sebagai tahfiz al-quran yang merupakan pusat pengajian alquran yang dikendalikan di bawah Bahagian Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri. Dewasa ini kebanyakkan ibu bapa gemar menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz. Senario yang berlaku pada hari ini menampakkan bahawa, kesedaran umat Islam terhadap kepentingan dan kebaikan menghafaz al-quran mendorong ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama yang menyediakan pengajian tahfiz al-quran di samping mata pelajaran agama dan akademik. Di samping sekolah-sekolah agama yang sedia ada, lebih banyak pusat-pusat pengajian dan institut al-quran didirikan bagi memenuhi permintaan terhadap pengajian tahfiz al-quran. Para dermawan dan orang berada tampil ke hadapan untuk menjadi penaja pelajar hafiz dan kelas-kelas tahfiz al-quran yang ditubuhkan. Pendidikan tahfiz al-quran merupakan pendidikan terawal di dalam sejarah Pendidikan Islam. Al Qabisi (1955), mengemukakan kaedah yang tertentu dalam proses pembelajaran dan pengajaran tahfiz iaitu kaedah talqin, takrar (latihtubi), almail (cintakan al-quran) dan al fahm(kefahaman). Beliau juga menyarankan agar teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz ini ialah teknik menggunakan pancaindera antaranya mendengar, melihat, membaca dan menulis. Terdapat dua kategori di dalam sistem pendidikan tahfiz iaitu moden dan tradisional. Pendidikan secara moden bermaksud mempunyai struktur yang tersusun, meliputi sudut pengurusan, kurikulum dan kemudahan strukturnya. Manakala pendidikan secara tradisional bermaksud pendidikan yang kurang tersusun dan seperti sistem pondok. 2.9 MADRASAH Merupakan perkataan bahasa Arab untuk sekolah. Manakala dalam bahasa Malaysia ia dinamakan sebagai sesebuah institusi pendidikan Islam. Pada asasnya madrasah adalah tempat umat islam bagi membincangkan persoalan agama. Pada tahap awal ini, muslim cenderung berkumpul sekeliling orang berilmu dan mendapatkan ilmu daripada mereka. Guru guru informal ini 14

dikenali sebagai syeikh. Madrasah juga adalah lokasi untuk perkumpulan umat islam bagi membincangkan mengenai persoalan agma mahupun aktiviti keagamaan. 2.10 MASJID Masjid (مسجد) adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solatdan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwahislamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Manakala menurut kamus Dewan masjid amnya adalah bangunan khas tempat untuk umat islam melakukan solat jumaat dan ibadah-ibadah lain, (KamusDewan, 1997:864). Sidi Gazalba pula mendefinasikan masjid secara terminologi sebagai pusat ibadah dan kebudayaan islam. (Sidi Gazalba,1975 : 116). Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaatmelebihi tiga kali. Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau musolla. Ada tiga masjid utama yang dimuliakan umat Islam iaitu Masjidil Haram di Makkah tempat Ka'bah, kiblat solat umat Islam,Masjid Nabawi di Madinahdan Masjidil Aqsa di Al-Quds (Jerusalem), Palestin. Di Malaysia, pembahagian tempat beribadat dibahagikan kepada beberapa pecahan iaitu Masjid Negara, Masjid Negeri, Masjid Daerah, Masjid Qaryah dan Surau. Pada amnya, masyarakat islam memperolehi kekuatan dan penyatuan dengan berpegang kepada peraturan islam, akidah dan adab-adabnya. Semua itu terhasil daripada roh masjid yang berada dalam diri setiap muslim. Skop dan peranan masjid adalah lebih luas daripada tempat beribadat semata-mata kerana masjid juga adalah nadi gerakan islam dan penggerak kegiatan masyarakat, pusat menuntut hak dan keadilan, pusat kebajikan, gudang ilmu pengetahuan (norrodzoh (ed), 2003 :103) dalam islam hadhari 15

kekuatan masjid dalam menjana masyarakat gemilang. Nosoha Saabin (2001:9), penggunaan masjid sebagai pusat ilmu tidak lagi dimanfaatkan oleh masyarakat ini. Hubungan antara masjid dengan pendidikan islam amat sebati dan tidak boleh dipisahkan. Semenjak zaman permulaan islam lagi penyebaran ilmu dan pendidikan bermula dari masjid. Sistem pendidikan islam telah menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan di samping peranannya sebagai pusat ibadah, pentadbiran dan kemasyarakatan. 2.11 SURAU Surau adalah merujuk kepada tempat beribadah yang khusus seperti solat dan iktikaf bagi orang islam dan juga menjadi pusat kebudayaan,muamalat serta perkembangan dakwah islamiah. Menurut Abdullah (1989), surau adalah tempat ibadah yang kecil daripada masjid dan tidak digunakan untuk solat jumaat dan ianya sering digunakan untuk belajar agama. Surau mempunyai sedikit perbezaan dengan masjid iaitu surau adalah tempat solat yang digunakan kurang daripada 40 orang dan tidak diadakan solat jumaat. Di samping itu, pengajian islam juga diajar di surau surau yang berhampiran dengan rumah-rumah tuan guru bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (Abdullah,1989). Surau-surau ini menjadi pusat pengajian agama serta ibadah masyarakat setempat dan jadi pusat kemasyarakatan. Perkembangan dalam pendidikan islam telah memberi kesedaran kepada keperluan pembinaan tempat bagi pelajar menunaikan solat di waktu pembelajaran. Kemudahan surau membolehkan para pelajar melaksanakan solat dan aktiviti keagamaan di sekolah. Secara umumnya, dapat difahami bahawa surau mempunyai peranan yang amat besar dalam mencapai matlamat pendidikan islam untuk membentuk masyarakat yang berilmu, beriman, beramal soleh, berpendidikan dan membentuk peribadi yang mulia. 2.12 SEKOLAH PONDOK Perkataan pondok berasal daripada perkataan arab fuduqun yang bererti rumah penginapan para pengembara. Dalam konteks institusi pendidikan islam, ia dikaitkan dengan rumah-rumah kecil yang didirikan sebagai tempat tinggal pelajar berhampiran surau atau madrasah dan rumah tuan guru di sebuah kawasan khas. Pondok-pondok ini biasanya dikenali dengan nama guru yang menjadi pengasasnya. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, sekolah pondok merupakan institusi pengajian dan pendidikan secara tradisional. Pendidikan tradisional yang banyak diamalkan di Malaysia dan Indonesia. Sistem pendidikan pondok ini tiada had usia dan tidak mengira latar belakang. Meliputi pembelajaran ilmu akhirat dan menekankan asas-asas ibadah 16

(fardhu ain) seperti solat,bersuci dan lain-lain. Kewujudan sistem pengajian pondok bermula pada abad ke 18 sehingga abad ke 20 (S.Ishak dan Shafie,1998). Sekolah pondok yang dikenali sebagai pesantren. Pesantren merupakan sekumpulan rumah yang terletak di sekeliling masjid atau rumah guru (Abdul Samat Musa,1976). Menurut Maziah Yunus (1988) dalam kajiannya menyatakan pendidikan pondok boleh dikatakan lebih kemas daripada penyampaian guru agama di rumah atau surau. Muhammad Abu Bakar (1997) menyatakan bahawa kemunculan institusi pondok adalah kerana peranan para ulama yang mahir dalam pengajian islam. Ciri-ciri pendidikan sekolah pondok adalah merangkumi ilmu agama iaitu sukatan pembelajaran yang didedahkan kepada para pelajar tidak tersusun dan bergantung kepada kemahiran guru. Antara subjek yang diajar adalah seperti tauhid, tafsir, fekah, nahu saraf, hadis, doa dan lain-lain ilmu keagamaan. Para pelajar juga didedahkan dengan kaedah menulis dan menguasai kaedah jawi dan bahasa arab. Ilmu perubatan juga turut diajar di sesetengah institusi pendidikan pondok seperti penggunaan akar kayu dan doa. Mata pelajaran sampingan seperti nasyid, zanji, marhaban dan qasidah turut diajar. kaedah pembelajaran ini dilaksanakan dalam bentuk halaqah iaitu pelajar akan duduk mengelilingi guru.guru juga akan menggunakan kaedah hafalan, syarahan, perbincangan (muhadatah), soal jawab, perdebatan,pengembaraan dan lain-lain. Bagi menambahkan lagi kefahaman dalam ilmu agama, terdapat juga pelajar yang sambung belajar ke timur tengah. keberkesanan sistem pengajian pondok adalah gabungan dua aspek iaitu aspek kurikulum dan kokurikulum. Nurul Farhana (2013), menjelaskan kegiatan kurikulum ini dibahagikan kepada tiga bidang iaitu kerohanian, akidah dan jasmaniah yang bertujuan untuk membentuk kecergasan, berinteraksi, berkomunikasi serta meningkatkan kekuatan fizikal dan mental. Para pelajar sekolah pondok juga selain menjalankan kegiatan utamanya iaitu belajar, mereka juga turut menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti solat jenazah, tahlil, mengimamkan solat dan pelbagai kegiatan lain atas permintaan masyarakat setempat (Hashim, Rafai dan Mohd Nor, 2011). 3.0 METODOLOGI Kaedah melaksanakan penyelidikan melibatkan aspek rekabentuk kajian dalam memperolehi dan menganalisis data. 3.1 REKABENTUK KAJIAN 17

Penyelidikan ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif. Rekabentuk kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan/pemerhatian. Ini adalah kerana kaedah tinjauan adalah lebih sesuai digunakan untuk penyelidikan yang memerlukan maklumat yang sebanyak mungkin tentang sesuatu populasi. Menurut Mohamad Najib (1999), kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik dan temubual merupakan salah satu kaedah yang paling popular dalam kalangan penyelidik. Dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat sejauhmanakah keberkesanan program PISH terhadap komuniti. Impak yang ingin dikaji ialah kolaborasi institusi luar dengan JPKK. 3.2 PENGUMPALAN DATA Untuk melaksanakan kajian ini, pengkaji menggunakan data yang diperolehi melalui sumber primer dan sumber sekunder. Sumber untuk mendapatkan data bagi kajian ini terdiri daripada data sekunder yang diperolehi dari Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, JPKK. Menurut Mohd MajidKonting (2000) data sekunder ialah data yang diperolehi dengan mudah dan cepat kerana sudah tersedia ada seperti di perpustakan, unit statistik, dan sebagainya. Data primer biasanya masih mentah dan belum diproses atau disusun. Data-data mentah ini diperolehi daripada instrumen kajian contohnya daripada soalan soal selidik atau temu bual. Oleh itu boleh dikatakan bahawa data primer adalah data yang mempunyai kebolehpercayaan yang sangat tepat. 3.3 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN Kajian ini melibatkan responden daripada institusi keagamaan dan komunti setempat yang berada di 7 wilayah yang telah dinyatakan sebelum ini di mana ia terlibat dengan program yang telah dijalankan oleh kolej komuniti. Fokus utama, penyelidik adalah untuk menjalankan satu tinjauan sejauhmanakah keberkesanan program PISH di Fasa 1 dari aspek kolaborasi dan kursus yang ditawarkankomuniti. 3.4 INSTRUMENT KAJIAN DAN KAEDAH ANALISIS Instrumen kajian adalah penting bagi mencapai objektif sesuatu kajian (Mohd Majid, 2000). Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah data aktiviti program PISH yang diperolehi daripada Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Jabatan Pengurusan Kolej Komuniti. Data-data mentah adalah diperolehi daripada Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Jabatan Pengurusan Kolej Komuniti. Data-data mentah meliputi hampir keseluruhan Kolej Komuniti di 18

Malaysia. Keseluruhan data-data dianalisis menggunakan perisian SPSS 17.0 (Statistical Package for Social Science) untuk mencari kekerapan dan perbandingan dalam setiap satu data yang diperolehi. 4.0 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS 4.1 Jumlah peserta yang terlibat dan kursus-kursus dalam program PISH. Jadual 2 dan 3 menunjukkan jumlah peserta dan bilangan kursus bagi program PISH yang terbahagi kepada 2 iaitu agama/kerohanian dan kemahiran. Bagi program jenis agama /kerohanian seramai 19,589 peserta terlibat pada tahun 2014 berbanding 6,147 bagi tahun 2015. Manakala bagi program jenis kemahiran seramai 17,667 peserta pada tahun 2014 berbanding 6,834 peserta pada tahun 2015. Perbezaan ini adalah kerana data 2 suku tahun 2015 belum dikutip kerana program tersebut masih dijalankan. Keseluruhan peserta yang telah menyertai program PISH pada tahun 2014 adalah seramai 37,256 peserta dan 1,029 berbanding pada tahun 2015 seramai 12,981 peserta dan 465 kursus yang dijalankan. TAHUN Agama / Kerohanian Kemahiran Jumlah 2014 19589 17667 37256 2015 6147 6834 12981 Jadual 2: Bilangan peserta program PISH TAHUN Agama / Kerohanian Kemahiran Jumlah 2014 421 618 1039 2015 182 283 465 Jadual 3: Bilangan kursus program PISH 4.2 Jumlah peserta mengikut wilayah berdasarkan sukuan tahun 2014 dan 2015. Jadual 4 dan 5 menunjukkan jumlah peserta kursus yang mengikuti program PISH berdasarkan sukuan tahun. Bagi tahun 2014 data diperolehi sepenuhnya selama 4 sukuan tahun manakala bagi tahun 2015 data hanya dari Januari hingga Jun bagi setiap wilayah. Bagi tahun 2014 KK Wilayah Selangor mencapai bilangan peserta tertinggi dalam kursus TVET ialah seramai 3,387 perserta manakalan KK Wilayah Negeri Sembilan dan Melaka mencapai bilangan peserta seramai 4,027 bagi kursus kerohanian. Bagi tahun 2015 KK Wilayah Utara mencatatkan jumlah peserta tertinggi bagi kursus kemahiran TVET iaitu seramai 2,310 peserta. Manakala KK Wilayah Selangor mempunyai peserta tertinggi bagi kursus keagamaan iaitu seramai 1,583 peserta. Keseluruhan bilangan peserta bagi tahun 2014 KK Wilayah Negeri Sembilan dan Melaka memperolehi bilangan perserta seramai 6,844 dan pada tahun 2015 KK Wilayah Utara mencatatkan jumlah penyertaan tertinggi iaitu seramai 2,625 peserta. 19

Bil Wilayah Sukuan Tahun 1 Sukuan Tahun 2 Sukuan Tahun 3 Sukuan Tahun 4 Jumlah Jumlah Tvet Ag Tvet Ag Tvet Ag Tvet Ag Tvet Ag 1 Wilayah Negeri Sembilan 1663 1023 1010 2495 129 509 15 0 2817 4027 6844 & Melaka 2 Wilayah Utara 1107 1327 1471 1500 290 255 60 117 2928 3199 6127 3 Wilayah Perak 434 2469 1212 771 144 138 0 611 1790 3989 5779 4 Wilayah 1916 596 843 400 480 92 148 488 3387 1576 4963 Selangor 5 Wilayah Johor 1409 1012 967 627 98 512 53 185 2530 2336 4866 6 Wilayah Sabah 348 395 1177 1437 164 669 40 150 1729 2651 4380 & Sarawak 7 Wilayah Timur 1282 850 1078 732 0 229 126 0 2486 1811 4297 Jadual 4: Bilangan peserta mengikut wilayah berdasarkan sukuan tahun 2014. Bil Wilayah Sukuan Tahun 1 Sukuan Tahun 2 Sukuan Tahun 3 Sukuan Tahun 4 Jumlah Jumlah Tvet Ag Tvet Ag Tvet Ag Tvet Ag Tvet Ag 1 Wilayah Negeri Sembilan 354 752 176 280 530 1032 1562 & Melaka 2 Wilayah Utara 1262 214 1048 101 2310 315 2625 3 Wilayah Perak 324 428 591 601 915 1029 1944 4 Wilayah 92 343 202 1240 294 1583 1877 Selangor 5 Wilayah Johor 374 500 565 462 939 962 1901 6 Wilayah Sabah 456 273 608 214 1064 487 1551 & Sarawak 7 Wilayah Timur 249 292 533 447 782 739 1521 Jadual 5: Bilangan peserta dan kursus mengikut wilayah berdasarkan sukuan tahun 2015. 4.3 Jumlah dan jenis-jenis kursus mengikut wilayah BIL NEGERI JUMLAH KURSUS 2014 2015 1 Wilayah Utara 198 113 2 Wilayah Johor 156 62 3 Wilayah Negeri Sembilan & Melaka 155 34 4 Wilayah Selangor 146 30 5 Wilayah Timur 141 95 6 Wilayah Perak 124 87 7 Wilayah Sabah & Sarawak 107 43 Jumlah 1039 464 Jadual 6: Bilangan kursus mengikut wilayah 20

Rajah 6 mengambarkan jumlah dan jenis-jenis kursus yang ditawarkan kepada komuniti mengikut wilayah masing-masing. KK Wilayah Utara menunjukkan jumlah yang tertinggi ditawarkan kepada komuniti iaitu sebanyak 198 kursus pada 2014 dan 113 kursus pada tahun 2015. 4.4 Peningkatan peserta PISH mengikut Wilayah berdasarkan sukuan tahun 2014 dan 2015. Maklumat yang diambil untuk membandingkan peserta program PISH ini adalah berdasarkan sukuan tahun yang bermula dari Jan hingga Jun 2014, Julai hingga Disember 2014 dan Jan hingga Jun 2015. Ini adalah untuk melihat peningkatan bilangan peserta bagi program PISH yang dijalankan dari Januari 2014 sehingga Jun 2015 ini. Rajah 8 dan 9, mengambarkan peningkatan bilangan peserta mengikut wilayah masing-masing yang dilihat dari aspek agama/kerohanian dan TVET. Didapati bahawa semua kolej menjana peningkatan dalam aspek TVET dan kerohanian terutama sekali KK Wilayah Selangor yang mencapai 18.5% sukuan kedua dan 44.1% peningkatan bagi KK Wilayah Utara sukuan ketiga. Bagi aspek kerohanian peningkatan yang paling tinggi adalah KK Wilayah Selangor sebanyak 36.8% bagi sukuan kedua dan 50.1% bagi sukuan ketiga. Tvet Bil Wilayah Jan Jun 2014 Julai Dis 2014 % Jan Jun 2015 % 1 Wilayah Negeri Sembilan & Melaka 2673 144 5.1% 530 15.9% 2 Wilayah Utara 2578 350 12% 2310 44.1% 3 Wilayah Perak 1646 144 8.0% 915 33.8% 4 Wilayah Selangor 2759 628 18.5% 294 8.0% 5 Wilayah Johor 2376 151 5.2% 939 27.1% 6 Wilayah Sabah & Sarawak 1525 204 11.8% 1064 38.1% 7 Wilayah Timur 2360 126 5.1% 782 24% Jadual 8: Peningkatan peserta kemahiran mengikut wilayah berdasarkan sukuan tahun 2014 & 2015 21

Kerohanian Bil Wilayah Jan Jun Julai % Jan Jun % 2014 Dis 2014 2015 1 Wilayah 3518 509 12.6% 1032 20.3% Negeri Sembilan & Melaka 2 Wilayah Utara 2827 372 11.6% 315 8.9% 3 Wilayah Perak 3240 749 18.7% 1029 20.5% 4 Wilayah Selangor 996 580 36.8% 1583 50.11% 5 Wilayah Johor 1639 697 29.3% 962 29.1% 6 Wilayah Sabah & Sarawak 1832 819 30.8% 487 15.1% 7 Wilayah Timur 1582 229 12.6% 739 28.9% Jadual 9:Perbandingan peserta kerohanian mengikut wilayah berdasarkan sukuan tahun 2014 & 2015 4.5 Model-model perlaksanaan program PISH Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) telah mengadakan kolaborasi bersama pihak luar iaitu bersama pihak Majils Agama dan Jabatan Agama Negeri Selangor. Tiga program yang dianggap berimpak tinggi dan memberikan kesan kolaborasi yang mantap di antara pihak KKSB dan institusi keagamaan yang lain. Contoh-contoh program yang telah dilaksanakan seperti berikut:- a. Baitul Ehsan Baitul Ehsan adalah satu unit di bawah pengurusan Majlis Agama yang ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada wanita-wanita yang terlanjur. Modul yang diberikan kepada peserta wanita tersebut adalah berkaitan dengan masakkan dan jahitan. Bengkel ini dijalankan selama 2 tahun di mana kos pembiayaan bengkel ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Majlis Agama. Bengkel ini dijalankan selama 6 jam setiap 3 kali pertemuan. Tenaga pengajar adalah dalam kalangan pegawai yang dilantik oleh pihak Baitul Ehsan. Pensyarah kolej dilantik sebagai fasilitor yang akan datang ke Baitul Ehsan sekali pertemuan bagi menilai prestasi peserta samada mereka kompeten ataupun tidak. Peserta yang kompeten akan diberikan sijil yang dikeluarkan oleh pihak KKSB. Ini adalah bertujuan untuk melindungi nama baik para wanita dalam bengkel tersebut di samping memberikan peluang pekerjaan kepada mereka di dunia luar. Sekiranya peserta tersebut berminat, tawaran melanjutkan pelajaran di KKSB akan diberikan kepada mereka bagi menyediakan mereka ke alam pekerjaan yang lebih mencabar di dunia sebenar nanti. Pembiayaan yang ditanggung oleh pihak Majlis Agama dimasukkan sebagai akaun amanah kolej. Setakat hari ini program PISH bersama Baitul Ehsan telah dilaksanakan 22

selama 6 bulan dan jumlah hasil akaun amanah yang diterima adalah sebanyak RM18,000.00. b. PITAS (Persatuan Mahaad Tafiz) Program yang dijalankan bersama Persatuan Mahaad Tahfiz (PITAS) ini adalah dibawah kelolaan Jabatan Agama Islam. 9 buah kolej komuniti di seluruh Wilayah Selangor bersetuju dan berpakat untuk menggunapakai modul yang telah dibina bersama bergantung pada daerah masing-masing. Kursus yang ditawarkan adalah kursus teknikal yang berbentuk kursus pendek atas permintaan. Kursus ini dijalanan dalam masa 20 jam mengikut keperluan. Program ini dinyatakan dalam laporan PISH dan dihantar ke Unit PSH, JPKK. c. AIM (Amanah Iktiar Malaysia) Program yang sama dijalankan secara kolaborasi di antara 9 buah Kolej Komuniti Wilayah Selangor. Perlaksanaan program ini adalah lebih berstuktur dan terancang dan setiap kolej menjalankan program ini di kolej masing-masing. Konsep program ini adalah sama seperti PITAS yang dijalankan secara kursus pendek mengikut keperluan dari masa ke semasa. Program ini dinyatakan dalam laporan PISH dan dihantar ke Unit PSH, JPKK. 4.6 Institusi-institusi luar dan badan keagamaan serta jumlah kolaborasi yang terjalin dari program PISH adalah seperti berikut: Merujuk Jadual 10, di atas menunjukkan institusi dan badan keagamaan yang menjadi rakan kolaborasi dalam menjayakan program PISH ini. Jadual 1 di atas menunjukkan senarai terperinci setiap pihak institusi dan badan keagaman yang terlibat dalam kolaborasi dalam program PISH. Bil Institusi & Badan Keagamaan Jumlah 1 Sekolah Tahfiz 7 2 Sekolah Mahaad 54 3 Sekolah pondok 5 4 Sekolah Agama/Kafa 64 5 Mardasah 30 6 IPTA/IPTS 10 7 Jabatan Agama 73 8 Jabatan Kerajaan 17 9 Pihak NGO Islam 54 JUMLAH 314 Jadual 10: Kolaborasi dengan Institusi dan Badan Keagamaan 23

4.7 Impak pelaksanaan PISH terhadap komuniti Fasa 1 dari aspek kolaborasi dan kursus yang ditawarkan 4.7.1 Bilangan Kolaborasi Dengan Institusi/ Badan Keagamaan Jadual 11 menunjukkan jumlah bilangan institusi dan badan keagamaan yang menjadi rakan kolaborasi sebelum dan selepas program PISH dilaksanakan. Bil Sebelum Ada Program PISH Ada Program PISH 1 40 314 Jadual 11: Bilangan Kolaborasi 4.7.2 Bilangan Kursus Dengan Institusi/ Badan Keagamaan Jadual 12 menunjukkan jumlah bilangan kursus bagi Kerohanian dan kemahiran sebelum dan selepas program PISH dilaksanakan. Bil Aktiviti Sebelum Ada Program PISH Ada Program PISH 1 Pendidikan Islam 26 421 2 Kemahiran Teknikal 48 618 Jadual 12: Bilangan Kursus 5.0 JANGKAAN DAPATAN DAN IMPLIKASI DENGAN DASAR. Jangkaan dapatan daripada aktiviti PISH ini adalah diharapkan agar pelajar-pelajar aliran agama ini dapat membina hubungan dan merapatkan ukhuwah sesama mereka. Dengan ilmu akhirat yang dipelajari oleh mereka dan diselitkan juga dengan kemahiran duniawi maka ini dapat memperkasa bakat insan di dalam diri mereka untuk menjadi lebih berjaya. Akhirnya pelajarpelajar ini dapat melestarikan diri mereka sebagai ummah yang cemerlang dunia dan akhirat. Implikasi kajian ini dengan dasar yang ditetapkan oleh pihak JPKK adalah mencapai matlamat untuk kerjasama dan berkolaborasi dengan Jabatan Agama untuk melahirkan insan kamil akan tecapai. Ini dapat memperbanyakkan pelajar yang berjaya di akhirat malah dengan izin Allah mereka juga kan berjaya di dunia. 6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAAN Oleh kerana kajian ini berfokus pada Fasa 1 Keberkesanan Program PISH terhadap masyarakat maka belum dapat dipastikan sejauh mana program PISH ini benar-benar dapat memberi impak yang positif terhadap masyarakat. Fasa 1 meliput aspek kolaborasi JPKK dengan agensi luar maka didapati bahawa hubungan kolaborasi di antara kedua pihak ini mengarah ke hala tuju yang 24

positif. Oleh itu pihak pengkaji mencadangkan agar kajian terhadap Fasa 2 dan dan Fasa 3 dijalankan bagi melihat sejauh impak program PISH ini benar-benar dapat melahirkan para peserta yang mencakupi ilmu duniawi dan ukrawi. 7.0 PENUTUP Kajian ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak. Impak keberkesanan program PISH ini amat penting untuk melihat sejauh mana program ini benar-benar memberikan kebaikkan kepada semua pihak. Di samping itu juga untuk melihat jaringan kolaborasi di antara pihak JPKK dan institusi-institusi luar dalam menjayakan program PISH ini. Semoga kajian ini dirahmati dan berkati Allah. RUJUKAN Abdullah Basmeth (1977), Kedudukan Masjid Dalam Islam. Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri. Abdullah Jusoh (1989), Pengenalan Tamadun Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan Pustaka. Atan Long (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Azmil Hashim (2010), Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Tahfiz Darul Quran Dan Maahad Tahfiz Al Quran Negeri. Tesis Ijazah Doktor Falsafah,Universiti Kebangsaan Malaysia. Baharin Abu (2000). Teaching Effectiveness and Staff Professional Development Programmes in HEI in Malaysia. Published Doctoral Thesis, The University of Birmingham, UK. Dr Sidi Gazalba (1975), Masjid Pusat Ibadah Dan Kebudayaan Islam, Jakarta, Pustaka Antara Sdn. Bhd. Ghazali Darussalam & Mohd Khari Hussin (2013). Penilaian Tahap Amalan Pelaksaaan Kursus Pengajian Islam Dan Hubungannya Dengan Tingkah Laku Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Di Malaysia. Ishak.S & Shafie F. (1998). Pondok Sebagai Satu Pilihan Tempat Tinggal Di Kalangan Orang Tua. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Islam Hadhari : Kekuatan Masjid Dalam Menjana Masyarakat Gemilang (2007). Yayasan Islam Hadhari : Putrajaya. Kamus Dewan (1998), Edisi Baru,Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamus Dewan (2007), Edisi Baru,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kolej Komuniti Sabak Bernam, Kementerian Pendidikkan Malaysia. 25

Mohd Zainudin Mohd Esin, Noorhidayah Mansor & Mohamad Shawal Mustafa Kamal (2014). Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) Membina Hubungan Dan Merapatkan Ukhuwah. Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014. Nurul Farhana Abdul Samat (2013), Peranan Pondok Dalam Mendidik Akhlak Muslim : Kajian Di Pusat Pengajian Pondok Kampung Telong Kandis, Bachok, Kelantan. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia,http://www.moe.gov.my The Malaysian Insider,http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Jabatan Pengurusuan Kolej Komuniti Wan Rashid Wan Ahmad, Mohamad Hisyam Mohd Hashim & Abdul Rasid Abdul Razzaq (2013).Pelaksanaan Program Pendidikan Sepanjang Hayat Di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 26