UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2015

Similar documents
PENILAIAN MENENGAH RENDAH

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERCETAKAN SLIP PEPERIKSAAN

Semua Pelajar Ijazah Tinggi (Mod Kerja Kursus & Mod Campuran), Luar Pesisir dan Ijazah Pertama (Penuh Masa) PERCETAKAN. & Ijazah Pertama [Penuh Masa]

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PENILAIAN PENGETAHUAN

UNIVERSITY OF MALAYA

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

PEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Arahan-arahan Peperiksaan Untuk Calon-calon Rancangan Pengajian Jarak Jauh

GARIS PANDUAN PEPERIKSAAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

GARIS PANDUAN PEPERIKSAAN

GARIS PANDUAN PEPERIKSAAN

GARIS PANDUAN PEPERIKSAAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) Kod Dokumen : PU/PS/GP007

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

GARIS PANDUAN PEPERIKSAAN

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

SENARAI PEMERIKSA KURSUS PROGRAM DIPLOMA SEMESTER KEDUA SIDANG AKADEMIK 2015/2016 FE % Bilangan Pelajar

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Application [Logik & Aplikasi]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Applications [Logik & Aplikasi]

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

SOALAN NO 3 KERJA KURSUS SENI VISUAL 3 (KERTAS 970/3) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2011

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2OII BIBLE KNOWLEDGE Nov./Dis. z) iam

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

SUKATAN PEPERIKSAAN (SUBJEK JABATAN) AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

SCS. Kit HR FACILITIES (KEMUDAHAN)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Applications [Logik & Aplikasi]

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

KEJOHANAN MEMANAH PEMBANGUNAN DAN TERBUKA AKMA A.C 2018

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU MAKMAL DAPUR LATIHAN GRED C17 FAKULTI PENGURUSAN HOTEL & PELANCONGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Perpustakaan yang dilantik terus;

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI PENERBIT RANCANGAN GRED B27/ B28

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

KAD KREDIT-i BANK ISLAM TERMA DAN SYARAT Bermula September 2018

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Veterinar (Fakulti Farmasi) yang dilantik terus;

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

BORANG MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

LAWS OF BRUNEI CHAPTER 183 HALAL MEAT

Polisi ipad Pensyarah

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH KEDOKTORAN) 2017

Plat Kaca Terma & Syarat

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

TARIKH PENTING MAKLUMAN CALON MAHASISWA BARU PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM PENGAMBILAN FEBRUARI 2016, SESI II 2015/2016

2.1 Arahan kerja ini merupakan sebahagian daripada Proses Tuntutan Hasil/ Amanah (Rujuk : PA/UPKK.BEND/002/KL)

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P011

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia PERUNDANGAN DAN PERATURAN DALAM PENGURUSAN REKOD

Transcription:

LP/UPSR/2015 LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2015 2015 HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2015 BAHAGIAN A JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) - ARAHAN AM Pihak JPN hendaklah: 1. mengedarkan Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015 kepada semua calon. 2. memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015 sebelum peperiksaan. 3. menyemak bahan peperiksaan yang diterima menepati keperluan menjawab kertas peperiksaan yang ditawarkan pada tahun semasa. 4. merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis (Cetakan 2010) dan Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan (2010). BAHAGIAN B GURU BESAR - ARAHAN AM Guru Besar hendaklah: 1. mengedarkan Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015 kepada semua calon. 2. memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015 sebelum peperiksaan. 3. menyemak bahan peperiksaan yang diterima menepati keperluan menjawab kertas soalan yang ditawarkan di sekolah pada tahun semasa. 4. merujuk kepada dokumen Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis (Cetakan 2010). BAHAGIAN C KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN - ARAHAN AM hendaklah: 1. memastikan semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015 dimaklumkan kepada calon. 2. mencatatkan di papan tulis dan memaklumkan kepada calon butiran kod kertas, nama kertas, waktu, masa peperiksaan dan errata (jika ada) bagi kertas peperiksaan. 3. mengedarkan kertas peperiksaan mengikut tarikh dan waktu yang tercatat dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015. 2

4. mengedarkan kertas peperiksaan dengan muka hadapan kertas peperiksaan di sebelah atas. 5. mengarahkan calon supaya menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul. 6. mengedarkan kertas jawapan mengikut keperluan mata pelajaran seperti yang tercatat pada muka hadapan kertas peperiksaan. 7. memastikan calon mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor sebagai bukti calon tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan. 8. memastikan bilangan skrip jawapan peperiksaan yang dikumpul dan dicatat pada borang LP/Am 29 - Pin. 1/2013 akur dengan bilangan calon dalam Jadual Kedatangan bagi sesuatu kertas peperiksaan. 9. menyediakan laporan menggunakan Borang LP/Am 30 sekiranya calon melanggar sebarang peraturan peperiksaan di Bahagian D: 7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan. 10. memastikan calon mengisi Borang LP/Am 31 sekiranya calon melanggar sebarang peraturan peperiksaan di Bahagian D: 7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan. 11. merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis (Cetakan 2010). BAHAGIAN D CALON - ARAHAN, AMARAN, LARANGAN DAN PERINGATAN 1. ARAHAN AM 1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis sama ada kertas peperiksaan objektif aneka pilihan atau kertas peperiksaan subjektif akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada sebelum tamat tempoh peperiksaan UPSR 2015. 1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Senarai Kemasukan Peperiksaan (LP/KOM 35) sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Peperiksaan menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos. 1.3 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon. 3

2. ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN 2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan. 2.2 Calon hendaklah meletakkan Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Borang Perakuan Calon Peperiksaan (LP/Am 34) atau Surat Perakuan Pengenalan Diri di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan. 2.3 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan. 3. ARAHAN TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN Calon hendaklah: 3.1 menyemak butiran nama kertas, kod kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul. 3.2 memaklumkan kepada dengan segera jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak lengkap. 3.3 membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan. 4. ARAHAN TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN Calon hendaklah: 4.1 menulis Angka Giliran dan Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri dengan jelas dan betul di muka hadapan skrip jawapan peperiksaan. 4.2 menulis Angka Giliran, Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Nama Kertas, Kod Kertas dan Nombor Soalan dengan jelas dan betul di muka hadapan Helaian Tambahan (HT). 4.3 calon hendaklah menulis jawapan dengan menggunakan pensel atau pena mata bola berdakwat hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat selain hitam atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta. 4.4 menulis semua jawapan dalam Bahasa Melayu kecuali bagi kertas peperiksaan yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa lain. 4.5 menulis dengan jelas nombor soalan pada kertas jawapan seperti yang tertera pada kertas peperiksaan. Calon tidak perlu menyalin soalan. 4.6 memastikan Angka Giliran, Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Nama Kertas dan Kod Kertas telah ditulis dengan betul di muka hadapan pada skrip jawapan peperiksaan apabila diarah berhenti menulis. 4

4.7 memastikan setiap helaian tambahan disusun mengikut urutan nombor soalan sebelum diikat bersama skrip jawapan peperiksaan. 4.8 berada di tempat duduk masing-masing semasa skrip jawapan peperiksaan atau kertas peperiksaan tertutup dikumpul semula oleh Pengawas Peperiksaan. 5. ARAHAN TENTANG JAWAPAN OBJEKTIF BERMAKLUMAT (JOB) DAN JAWAPAN OBJEKTIF TIDAK BERMAKLUMAT (JOTB) 5.1 Calon yang menerima kertas JOB hendaklah menyemak Nama Calon, Angka Giliran, Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Nama Kertas dan Kod Kertas pada kertas JOB berkenaan. Calon dilarang membuat sebarang pindaan terhadap maklumat yang telah dicetak pada Bahagian A. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C. 5.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada dengan segera jika menerima kertas JOB yang salah atau tidak lengkap. 5.3 Calon yang menerima kertas JOTB hendaklah melengkapkan Nama Calon, Angka Giliran, Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Nama Kertas dan Kod Kertas pada ruangan yang disediakan dan hitamkan ruang yang berkenaan. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C. 5.4 Calon hendaklah menanda ruangan BAHASA DIGUNAKAN untuk menjawab kertas peperiksaan yang berkenaan. 5.5 Calon hendaklah menggunakan pensel 2B atau BB sahaja. 5.6 Calon hendaklah memastikan ruang jawapan yang dihitamkan memenuhi keseluruhan ruang. 5.7 Calon hendaklah menggunakan getah pemadam jenis lembut sahaja untuk memadamkan hingga bersih tanda jawapan yang tidak dikehendaki. Calon dilarang menggunakan pemadam jenis cecair, kimia, pelekat atau seumpamanya. 5.8 Calon dilarang melipat, menggulung atau merenyuk Kertas JOB dan JOTB. 5.9 Calon dilarang membuat lubang atau apa-apa tanda yang tidak dikehendaki pada Kertas JOB dan JOTB. 6. AMARAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN Calon tidak dibenarkan: 6.1 melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan. 6.2 keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan kecuali dengan kebenaran. 6.3 membawa keluar dari dewan/bilik peperiksaan kertas peperiksaan sebelum peperiksaan tamat. 5

6.4 mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan. 6.5 memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata. 6.6 dibenarkan merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan. 7. LARANGAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN Calon dilarang: 7.1 membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan. 7.2 menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan. 7.3 mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain. 7.4 memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan. 7.5 menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain. 7.6 menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan. 7.7 menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon. 7.8 membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan. 7.9 membawa kertas peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan. 7.10 membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan. 7.11 membawa kertas peperiksaan tertutup keluar dari dewan/bilik peperiksaan. 6

8. PERINGATAN Calon yang melanggar sebarang peraturan peperiksaan dalam Bahagian D: 7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan dianggap salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:- i. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan; ii. iii. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan; keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal. BAHAGIAN E ARAHAN KHAS KOD KERTAS DAN NAMA KERTAS ARAHAN KHAS Kertas Peperiksaan Tertutup 013 Ujian Aptitud Tahun Enam (SK) 023 Ujian Aptitud Tahun Enam 033 Ujian Aptitud Tahun Enam 1. hendaklah menyimpan baki kertas peperiksaan Ujian Aptitud Tahun Enam di dalam almari berkunci di dewan/bilik peperiksaan. 2. hendaklah mengumpul semula kertas peperiksaan Ujian Aptitud Tahun Enam selepas tamat waktu peperiksaan kertas berkenaan. 3. hendaklah menyerahkan kertas peperiksaan berkenaan dan bakinya kepada Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri. 7

JADUAL MASA TAMBAHAN CALON BERKEPERLUAN KHAS Masa tambahan yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis kertas peperiksaan. Terdapat dua kategori masa tambahan bagi calon berkeperluan khas iaitu Kategori A dan Kategori B. Kategori A 1. Calon Buta, Rabun, Spastik/Cerebral Palsy, Autisme/Sindrom Down/Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)/Attention Deficit Disorder (ADD), Disleksia dan Cacat Anggota. 2. Calon yang mengalami kemalangan dan tidak boleh menulis dengan tangan yang biasa digunakan untuk menulis. 3. Calon yang mengalami kecederaan lain boleh diberi pertimbangan atas kebenaran Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri (u.p.: Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan). Bil. Masa yang diperuntukkan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR Masa tambahan yang diberi 1. atau kurang hingga 30 minit 30 minit 2. Lebih 30 minit hingga 2 jam 30 minit Kategori B 1. Calon Pekak. Bil. Masa yang diperuntukkan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR Masa tambahan yang diberi 1. atau kurang 2. 20 minit 3. 30 minit 25 minit 8

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS UPSR 2015 TARIKH WAKTU KOD KERTAS NAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS 08:00 pagi - 08:15 pagi mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 011* Bahasa Melayu Pemahaman (SK) 08:15 pagi - 09:05 pagi 021 Bahasa Melayu Pemahaman Objektif Aneka Pilihan 031 Bahasa Melayu Pemahaman SELASA 8 SEPTEMBER 2015 09:50 pagi - 10:05 pagi 10:05 pagi - 11:20 pagi 012* 022 mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Jawapan Soalan Bahasa Melayu Penulisan (SK) Bahasa Melayu Penulisan 032 Bahasa Melayu Penulisan 12:05 tengah hari - 12:20 tengah hari mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Jawapan Soalan 015/2 Mathematics Kertas 2 (SK) 40 minit 12:20 tengah hari - 01:00 tengah hari 025/2 Mathematics Kertas 2 40 minit 035/2 Mathematics Kertas 2 40 minit * Kertas ini juga diambil oleh calon SJK 9

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS UPSR 2015 TARIKH WAKTU KOD KERTAS NAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS 08:00 pagi - 08:15 pagi mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 8.15 pagi - 9.15 pagi 015/1 025/1 035/1 Mathematics Kertas 1 (SK) Mathematics Kertas 1 Mathematics Kertas 1 Objektif Aneka Pilihan RABU 9 SEPTEMBER 2015 10:15 pagi - 10:30 pagi 10:30 pagi - 11:20 pagi 026 036 mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat Bahasa Cina Pemahaman Bahasa Tamil Pemahaman Objektif Aneka Pilihan 12:00 tengah hari - 12:15 tengah hari mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Jawapan Soalan 12:15 tengah hari - 01:30 tengah hari 027 037 Bahasa Cina Penulisan Bahasa Tamil Penulisan 10

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS UPSR 2015 TARIKH WAKTU KOD KERTAS NAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS 08:00 pagi - 08:15 pagi mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat dan mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Soalan 08:15 pagi - 09:30 pagi 018 028 038 Science (SK) Science Science Objektif Aneka Pilihan dan 10:15 pagi - 10:30 pagi mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat KHAMIS 10 SEPTEMBER 2015 10:30 pagi - 11:20 pagi 12:05 tengah hari - 12:20 tengah hari 014/1 024/1 034/1 Bahasa Inggeris Kertas 1 (SK) Bahasa Inggeris Kertas 1 Bahasa Inggeris Kertas 1 mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Jawapan Soalan Objektif Aneka Pilihan 014/2 Bahasa Inggeris Kertas 2 (SK) 12:20 tengah hari - 01:35 tengah hari 024/2 Bahasa Inggeris Kertas 2 034/2 Bahasa Inggeris Kertas 2 02:30 petang - 02:45 petang mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 013 Ujian Aptitud Tahun Enam (SK) 30 minit 02:45 petang - 04:15 petang 023 Ujian Aptitud Tahun Enam 30 minit Objektif Aneka Pilihan 033 Ujian Aptitud Tahun Enam 30 minit 11

LP/UPSR/2015 GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN 1. AMARAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN Calon tidak dibenarkan: 1.1 melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan. 1.2 keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan kecuali dengan kebenaran. 1.3 membawa keluar dari dewan/bilik peperiksaan kertas peperiksaan sebelum peperiksaan tamat. 1.4 mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan. 1.5 memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata. 1.6 merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan. 2. LARANGAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN Calon dilarang: 2.1 membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan. 2.2 menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan. 2.3 mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain. 2.4 memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan. 2.5 menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain. 2.6 menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan. 2.7 menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon. 2.8 membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan. 2.9 membawa kertas peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan. 2.10 membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan. 2.11 membawa kertas peperiksaan tertutup keluar dari dewan/bilik peperiksaan. 3. PERINGATAN Calon yang melanggar sebarang peraturan peperiksaan dalam Bahagian D: 7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan dianggap salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:- i. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan; ii. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan; iii. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal. 1

LP/UPSR/2015 LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENGAKUAN CALON UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2015 1. Nama : 2. Angka Giliran : 3. Nombor Sijil Kelahiran/Nombor Kad Pengenalan : 4. Pengakuan : Saya mengaku bahawa telah membaca dan akan mematuhi semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2015. Tandatangan Calon :... Tarikh : 5. Pengesahan Guru Besar : Tandatangan dan Cap Guru Besar :...... Tarikh : NOTA : Calon hendaklah membaca garis panduan dan arahan peperiksaan yang menyatakan amaran, larangan dan peringatan di dewan/bilik peperiksaaan sebelum menandatangani borang ini dan menyerahkannya kepada Setiausaha Peperiksaan. Setiausaha Peperiksaan hendaklah menyimpan Borang Pengakuan Calon sehingga enam (6) bulan selepas pengumuman keputusan UPSR 2015. 2