KEDUDUKAN TAKSONOMI BLOOM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Similar documents
IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

HAFAZAN MASRUR DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN MINAT DAN PENGUASAAN MURID UNTUK MENGHAFAZ SURAH AL- C ᾹDIYᾹT

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Meningkat Kualiti Kursus-kursus di FPI Melepasi Aras Ketiga Bloom Taxonomy

Welcome to ALI 440: Topical Tafsir of Quran Family Relationships

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

MUD FLOOD AS A SUITABLE MATERIAL FOR SUBGRADE LAYER OF LOW TRAFFIC VOLUME NURUL AIN BINT! IBRAHIM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

PERANAN WANITA ISLAM DALAM MENYAMPAIKAN MESEJ DAKWAH KEPADA MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

Transcription:

ABSTRACT KEDUDUKAN TAKSONOMI BLOOM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Nursyahirah Wahidah Masrom Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia Mahyuddin Hashim Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia Noorhayati Hashim Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia Fariza Puteh Behak Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia Bloom s Taxonomy known as a hierarchical framework of learning objective that is used by teachers to measure students higher order thinking skills based on questions in learning. There are three domain on Bloom taxonomy which is cognitive (intellectual skill), affective (generic skill) and psychomotor (practical skill). The cognitive domain of Bloom consists of six level organized in a hierarchy from lower until higher level which includes remembering, understanding, application, analysis, evaluation and creating. Since it is introduce by Benjamin Bloom in year 1956, studies have shown there are numerous Western studies have been discusess the strengths and weaknesses of Bloom Taxonomy. However, what is the position of Bloom's Taxonomy according to the Islamic perspectives? Therefore, this paper will concentrate on the criticisms by Western and Islamic perspective against Bloom s Taxonomy. This study will be conducted using qualitative method by analysing data with descriptive method. The findings show there are criticisms and improvements in the past studies that focus on Bloom's taxonomy into four themes: (1) hierarchical structure, (2) classification structure, (3) uses and (4) new taxonomy requirements to fit the new skills required by the 21st century learning. Indeed, this article can provides a catalyst for further exploration of Islamic influence in education. Keyword: Bloom Taxonomy, Thinking Skill, al-quran, Islam. ABSTRAK Taksonomi Bloom merupakan objektif pendidikan yang digunakan oleh pendidik untuk mengukur dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar dalam pembelajaran. Terdapat tiga domain utama yang perlu dicapai iaitu kognitif (kemahiran intelektual), afektif (kemahiran generik) dan psikomotor (kemahiran praktikal teknikal). Malahan, domain ini diklasifikasikan mengikut enam aras berbentuk piramid yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi. Ia merangkumi aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Sejak ia diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956, terdapat pelbagai kajian Barat yang membincangkan tentang kekuatan dan kelemahan Taksonomi Bloom. Namun, bagaimana pula kedudukan Taksonomi Bloom menurut perspektif Islam? Oleh itu, artikel ini membincangkan kritikan Barat dan pandangan Islam terhadap taksonomi Bloom. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana data akan dianalisis melalui kaedah deskriptif. Hasil kajian mendapati terdapat kritikan dan penambaikan dari kajian lepas yang menfokuskan taksonomi Bloom kepada empat tema: (1) susunan hierarki, (2) pengelasan struktur, (3) kegunaan dan (4) keperluan kepada taksonomi yang baru sesuai dengan arus pembelajaran abad ke 21. Kajian ini juga dilihat sebagai pemangkin awal bagi meluaskan bidang pengukuran Islam dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kata kunci: Taksonomi Bloom, Kemahiran Berfikir, al-quran, Islam. JQSS-18

1 PENDAHULUAN Perkembangan teknologi pada hari ini memberi kesan kepada perkembangan teknologi dalam pengajaran (Lo pez Marti nez et al., 2015; Michael, 1984). Kesannya, berlaku peningkatan terhadap penyampaian dan reka bentuk pengajaran yang lebih mencabar minda pelajar (Amirault, 2015) terutama dalam bidang metodologi, teori dan reka bentuk pengajaran, iaitu model kemahiran pendidikan abad ke 21. Bagi memastikan seantero dunia menerima pendidikan selaras dengan perkembangan era baru, sistem penilaian dan pengukuran pelajar perlu berada di tahap global. Sebagai contoh, pelajar di sekolah menengah perlu mengambil peperiksaan yang setaraf dunia iaitu IGCSE, PISA dan TEEMS. Purata laporan tahunan mendapati Malaysia berada di bawah tempat ke lima di kalangan 65 negara yang mengambil peperiksaan ini. Malah, Malaysia masih berada di kedudukan yang rendah berbanding negara Singapura dan Thailand (Kang, 2013). Justeru, peperiksaan ini dilihat masih memerlukan penambahbaikan kerana penilaian diasas berdasarkan Taksonomi Bloom sejak tahun 1956 (Andrei, 2016). Walaupun Taksonomi Bloom telah melalui fasa semakan semula, ia masih kekal bermasalah (Gueguen, 2016; Hess, 2009; Marzano & Kendall, 2007; Pandora, 2014). Persoalannya, adakah penggunaan Taksonomi Bloom masih relevan bagi sistem peperiksaan pada hari ini? Taksonomi Bloom diasaskan pada tahun 1956 di mana ketika itu pendidikan memerlukan sistem pengelasan. Ia bagi membantu pendidik membincangkan masalah-masalah kurikulum dan penilaian dengan lebih tepat. Namun, jarak masa yang terlalu jauh menuntut perubahan kepada penstrukturan semula pedagogi sesuai dengan gaya pembelajaran pada abad ke 21 (Amer, 2006; Beetham & Sharpe, 2013). Hasil penelitian mendapati dalam tempoh tersebut Taksonomi Bloom menerima banyak kritikan dari pelbagai pihak (Paul & Elder, 2006). Tidak dapat dinafikan banyak sumbangan Taksonomi Bloom dalam meletakkan asas pembelajaran pelajar (Meidasari et al. 2014). Antaranya Taksonomi Bloom membantu pelajar memperolehi perspektif mengenai penekanan yang diberikan kepada tingkah laku tertentu melalui satu set rancangan pendidikan. Contohnya, guru dapat mengelaskan kompenan sesuatu unit pengajaran ke dalam kategori taksonomi sama ada mengingat atau pengetahuan (Waterman, 2015). Selain itu, ia membantu penggubal kurikulum menentukan objektif-objektif supaya lebih mudah merancang pembelajaran dan penilaian (Mike, 2013). Malahan sesetengah penyelidik mendapati kebanyakan kategori taksonomi berguna sebagai satu rangka kerja untuk meneliti prosesproses pendidikan dan menganalisis peranannya. Namun, kredibiliti Taksonomi Bloom sebagai objektif pendidikan seringkali dipersoalkan sejak awal penubuhannya. Hal ini disedari apabila Benjamin S. Bloom mula mempersoalkan masalah-masalah yang timbul dalam mengelaskan kategori dalam bukunya bertajuk Taxonomy of Educational Objectives: The Classification of Educational Goals. JQSS-19

2 OBJEKTIF KAJIAN Berikut merupakan objektif utama kajian ini: 1. Memahami kemahiran berfikir taksonomi Bloom. 2. Menganalisis pandangan Barat dan Islam terhadap kemahiran berfikir Taksonomi Bloom. Perbincangan lanjut mengenai kritikan yang diterima oleh Taksonomi Bloom akan dinyatakan dalam dapatan kajian dan perbincangan. 3 METODOLOGI KAJIAN Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mengkaji kedudukan Taksonomi Bloom menurut pandangan Barat dan Islam. Metodologi yang digunakan adalah kajian perpustakaan. Data dianalisis menggunakan pendekatan kaedah deskriptif. Setelah mengumpulkan data berkaitan Taksonomi Bloom, data diklasifikasikan dan disusun secara tematik sama ada mengenai kritikan atau penerimaan terhadap Taksonomi Bloom. Selepas itu, data dianalisis untuk mengetahui konstruk pendidikan Taksonomi Bloom dan kaitannya dalam Islam. 4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Kritikan Taksonomi Bloom Kritikan terhadap Taksonomi Bloom dibahagikan kepada empat tema daripada 30 pandangan kebanyakan ahli akademik iaitu, (1) susunan hierarki, (2) pengelasan struktur, (3) kegunaan dan (4) keperluan kepada taksonomi yang baru. Dapatan kajian dibincangkan seperti di bawah: 4.1.1 Susunan Hierarki Rajah 1: Kritikan Terhadap Taksonomi Bloom Munzenmaier & Rubin (2013) dalam kajian yang bertajuk Perspectives Bloom s Taxonomy: What s Old Is New Again menyatakan, antara kritikan yang sering dibincangkan oleh ahli akademik adalah Taksonomi Bloom tidak mempunyai pengelasan hierarki yang konsisten menyebabkan berlakunya pertindihan kategori dan struktur hierarki yang tidak harmoni. Malahan Taksonomi yang disemak semula juga tidak mempunyai keseragaman hierarki (Gueguen, 2016). JQSS-20

Kelemahan yang paling ketara apabila proses kognitif dalam Bloom disusun mengikut kategori di mana pelajar perlu menguasai aras bermula dari bawah sebagai syarat untuk melepasi kategori selepasnya (Krathwohl, 2002; AE Kreitzer & GF Madaus, 1994). Selain itu, pendidik juga mempunyai pandangan dan kefahaman yang berbeza pada setiap aras. Ini menyebabkan penilaian yang berasaskan aras kognitif taksonomi Bloom tidak dapat dibuktikan secara tepat. Tambahan pula, Taksonomi Bloom dilihat sebagai rangka kerja yang terlalu ringkas dan mempunyai jurang yang besar di antara aras kognitif (Dixon et al., 2015; Fielding & Pearson, 1994). Seharusnya taksonomi ini dibina secara logik dan bersifat kosnsisten supaya setiap pembahagian boleh didefinisikan secara jelas. 4.1.2 Pengelasan Struktur Taksonomi Bloom mempunyai struktur hanya satu dimensi iaitu satu set pengelasan, manakala versi yang disemak semula terdiri daripada dua dimensi iaitu Dimensi Pengetahuan dan Dimensi Proses Kognitif (Anderson et al., 2000). Perubahan ini menampakkan ia sebagai satu pengelasan struktur yang tidak sempurna dan pembinaan struktur yang tidak rasional dan tidak sistematik (Richard W. Morshead, 1964). Selain itu, pengelasan aras berfikir yang terlalu rendah pada taksonomi tidak memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir secara kritikal tentang apa yang mereka pelajari (Benjamin S. Bloom et al., 1956; Abdullah Junus., 1989). Hal ini menyebabkan daya kreativiti dan pemikiran pelajar menjadi terhad. Sebagai contoh, apabila taksonomi memfokuskan aras mengingat semula dengan kefahaman, pelajar boleh memahami apa yang dipelajari tetapi gagal untuk mempraktikkan pengetahuan mereka. Hal ini kerana aras berfikir mereka telah disekat mengikut kelas tertentu. Maka, jelas menunjukkan Taksonomi Bloom merendahkan gaya pemikiran pelajar dalam pembelajaran (Furst, 1981) dan tidak menjamin pencapaian pelajar dalam prestasi (Mike, 2013). Oleh kerana ia dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi sebagai tahap yang rendah. Manakala aras analisis, sintesis dan penilaian sebagai tahap kognitif yang tinggi. Maka, ia satu kekurangan yang penting kerana bergerak dari peringkat yang paling mudah ke tahap yang paling sukar (Amer, 2006). Ini menunjukkan berlaku pertindihan di antara kategori dalam taksonomi dan sesetengah kemahiran contohnya aras kefahaman boleh diguna pakai di semua aras. 4.1.3 Kegunaan Taksonomi Terdapat beberapa kelemahan dan limitasi penggunaan yang dapat dikesan dalam Taksonomi Bloom (Amer, 2006). Brenda Sugrue dalam kajiannya bertajuk Problems with Bloom s Taxonomy mengkritik penggunaan Taksonomi Bloom yang tidak sesuai dengan sistem pendidikan terkini. Hal ini kerana penilaian aras adalah berubah-ubah dan tidak bersifat praktikal dalam mengenal pasti serta menangani masalah-masalah pembelajaran (Brenda Sugrue, 2002; Furst, 1981). Brenda berpendapat, tiada perbezaan yang praktikal dalam mengukur dan menilai jurang di antara pembelajaran dan pencapaian pelajar ketika menggunakan taksonomi. Tambahan pula, pelajar menghadapi kesukaran untuk membezakan soalan-soalan yang ditanya pada aras yang tinggi dan aras yang lebih rendah (Seddon, 1978). JQSS-21

Rajah 2: Konstruk Kemahiran Berfikir Al-Quran merupakan rujukan utama dan pegangan asas umat Islam untuk berusaha mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat (Danial Zainal Abidin, 2005). Maka, ia pasti mengandungi panduan pendidikan yang lengkap dan mantap. Oleh itu, bidang pengukuran dan penilaian juga antara elemen pendidikan yang terkandung dalam al-quran. Ini terbukti dalam al- Quran yang mengandungi ayat-ayat tentang galakan menggunakan akal untuk berfikir (Ziyad K. M. Daghamin, 2005). Firman Allah SWT: ه و ال ذ ي خ ل ق ك م م ن ت ر اب ث م م ن ن ط ف ة ث م م ن ع ل ق ة ث م ي خ ر ج ك م ط ف ا ل ث م ل ت ب ل غ وا أ ش د ك م ث م ل ت ك ون وا ش ي و ا خا و م نك م م ن JQSS-22 ي ت و ف ى م ن ق ب ل و ل ت ب ل غ وا أ ج ا ل م س م ى و ل ع ل ك م ت ع ق ل و ن (Al-Quran, Surah Ghafir 40:67) Maksudnya: (Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Ia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua. Dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan); dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan). Ayat ini menggalakkan kemahiran berfikir melalui proses kejadian manusia menurut al- Quran. Ianya bermula dengan (Nutfah) percampuran air mani, (Alaqah) segumpal darah, (Mudghah) seketul daging dan (Izam walahm) pembentukan tulang dan embrio sehingga (Nafkhur ruh) peringkat peniupan ruh. Maka, ت ع ق ل ون bermaksud orang-orang yang berakal supaya mengagumi kebesaran Allah mencipta kejadian manusia yang sangat unik (Zamakhsyari, 2010). Ayat berkaitan proses kejadian manusia dalam al-quran bertujuan untuk meransang minda dan memberi tumpuan terhadap apa yang dibincangkan. Selain itu, ia membantu mengasah akal sehingga meningkatkan kemahiran berfikir dan keupayaan yang tinggi kepada manusia (Fatimah Ismail, 1993). Secara tepatnya, al-quran mempunyai teorinya yang tersendiri untuk melahirkan individu yang berkemahiran tinggi sehingga mampu menggabungkan ilmu Naqli dan Aqli. Dalam ayat lain juga al-quran menekankan kemahiran berfikir:

و ه و ال ذ ي م د األ ر ض و ج ع ل ف يه ا ر و اس ي و أ ن ه ا ا را و م ن ك ل الث م ر ات ج ع ل ف يه ا ز و ج ي ن اث ن ي ن ي غ ي الل ي ل الن ه ار ن ف ي ذ ل ك ل ي ات ل ق و م ي ت ف ك ر ون (Al-Quran, Surah ar-ra d 13:3) Maksudnya: (Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunungganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir). dalam ayat ini menuntut kepada pemikiran yang mendalam tentang bagaimana manusia ف ك ر mampu berfikir sehingga mencetuskan idea dan penemuan baru. Berfikir dalam ayat ini menuntut kepada teori sains di sebalik kejadian alam semesta. Maka, ia memerlukan proses berfikir dengan kemahiran analisis. Maksud berfikir yang Allah nyatakan di sini adalah melakukan kajian dan penyelidikan sehingga terhasilnya teori ilmu yang baru. Justeru, untuk mengkaji alam semesta seperti bumi, gunung-ganang, sungai, serta kejadian siang dan malam ianya memerlukan teknologi geologi (Labib Baidun, 2014). 4.2 Aras Taksonomi menurut al-quran Jika dilihat dalam taksonomi Bloom versi semakan semula, mengingat atau menghafal merupakan aras yang paling bawah. Tetapi di dalam Islam, menghafal al-quran bukanlah perkara yang mudah sehingga dianggap sebagai aras pemikiran yang rendah. Malahan, terdapat banyak sekolah dan madrasah di Malaysia yang mengamalkan sistem Tahfiz iaitu menghafal 30 juzu al-quran sekaligus mengingat, menjaga hafalan dan mempelajari al-quran al-karim (Hashim, Tamuri, & Jemali, 2013). Rajah 3: Tahap Kemahiran Menghafal al-quran Di samping itu, kefahaman merupakan aras yang paling penting bagi individu yang menghafal al-quran. Hafalan semata-mata tidak dianggap praktikal dalam Islam akan tetapi mesti dimulakan dengan kefahaman kemudian barulah diamalkan dalam kehidupan. Tambahan pula, hafalan yang baik adalah dalam tempoh yang panjang dan kekal dalam ingatan. Tidak dapat dinafikan, hafalan yang tidak dimulakan dengan kefahaman akan menjadikan hafalan memori jangka pendek dan tidak dapat diaplikasikan dalam kehidupan. Justeru, kedudukan aras mengingat yang diletakkan oleh Bloom adalah tidak tepat. Islam mengambil langkah usaha untuk memperbaiki struktur taksonomi ini dengan berpandukan tahap kemahiran menghafal al-quran. Selain itu, Imam al-ghazali (1986) membahagikan akal kepada dua iaitu ilmu al amilat (praktikal) dan ilmu al alimat (teori). Ilmu praktikal digunakan untuk meningkatkan kreativiti dan akhlak manusia iaitu tingkah laku yang baik bergantung sejauh kekuatan akal dalam menjiwai ilmu tersebut. Manakala, ilmu teori berperanan menjelaskan bagaimana akal memproses pemikiran. Ilmu teori membantu manusia menambah pengetahuan dalam diri untuk menyempurnakan sifat akal yang kompleks dan abstrak. Selain itu, dalam Ihya Ulum Al-din juga Imam al-ghazali mengkategorikan JQSS-23

kemahiran berfikir kepada empat aras iaitu Ulum Nazoriyyah, Ulum Dhururiyyah, Ulum Tajribiyyah dan Ulum A waqibih. Maka, tahap yang paling tinggi adalah merasa takut (Khauf). Di samping itu, Abdullah (1995) dalam kajiannya mendapati al-quran mempunyai lapan peringkat proses berfikir daripada yang rendah kepada tahap yang tinggi iaitu deria (Idrak hissi), akal (Idrak ma'nawi), mengingat (tazakkur), perumpamaan (qias), pengurangan (istiqra'), induksi (istinbat), penilaian (taqwim) dan muhasabah (tafakkur) paling teratas. Justeru, terdapat pelbagai kajian yang menfokuskan aras kemahiran berfikir dalam Islam. Ini jelas menunjukkan dunia Islam tidak asing lagi mengenai kajian penilaian melalui kemahiran berfikir. Maka jelas menunjukkan, Islam menggalakkan kemahiran berfikir melalui ayat-ayat al-quran sehingga mencapai tahap menambah keimanan kepada Allah SWT. 5 PENUTUP Berdasarkan dapatan kajian yang dibincangkan, dapat disimpulkan bahawa terdapat empat tema kritikan dan pandangan dari ahli akademik Barat terhadap taksonomi Bloom. Mereka memfokuskan kritikan bermula susunan hierarki, pengelasan struktur, kegunaan dan keperluan kepada taksonomi yang baru sesuai dengan arus pembelajaran abad ke 21. Selain itu, dapatan kajian mendapati bidang penilaian dalam Islam dibuktikan melalui ayat-ayat yang menggalakkan proses kemahiran berfikir serta dikukuhkan dengan kajian semasa para Ilmuan Islam. Maka, keterbukaan terhadap pelbagai sistem taksonomi membuka ruang berfikir yang luas dan praktikal. Justeru, artikel ini membuka ruang untuk kajian lanjut bagi membangunkan taksonomi baru yang berasaskan Islam dan berpegang kepada al-quran dan Sunnah. 6 PENGHARGAAN Sekalung penghargaan kepada pihak yang terlibat di dalam penyelidikan ini secara langsung atau tidak langsung. Penyelidikan ini menggunakan geran yang bertajuk: A New Model for Knowledge Taxonomy based on Interrogatives (Uslub Istifham) in al-quran. (USIM/FRGS/FPBU/32/51416) (FRGS/1/2016/SSI03/USIM/02/7) RUJUKAN Abd al-qasim Mahmud ibn Muhammad ibn Umar al-zamakhsyari. (2010). Al-Kasyyaf an Haqaiq At-Tanzil wa uyun al-aqawil fi wujuh at-ta wil. Darul Kitab al-arabi Beirut. Abdullah, Abdul Rahman. (1995). Al-Alamiyyat al-'aqliyyah fi al-quran al-karim wa Dalalatuha al-tarbawiyyah. Majallah Jamiat al-malik Sa'ud li al-ulum al-tarbawiyyah wa al-dirasat al- Islamiyyah. (7)1. 105129. Al-Ghazali. (1986). Ihya al-ulum al-din. Lubnan: Dar al-kutub al-ilmiyyah. Amer, A. (2006). Reflections on Blooms Revised Taxonomy. Electronic Journal of Research in Educational Psychology. V4. page: 213 230. Amirault, R. J. (2015). Technology Transiense And The Challenges It Poses To Higher Education. The Quarterly Review of Distance Education. 16(1), 11 24. JQSS-24

Anderson, L. W., & Krathwohl, D. R. (2001). A Taxonomy For Learning, Teaching, And Assessing : A Revision Of Bloom s Taxonomy Of Educational Objectives. Longman. Anderson, L. W., Krathwohl, D. R., Airasian, P. W., Cruikshank, K. A., Mayer, R. E., Pintrich, P. R.,Wittrock, M. C. (2000). A Taxonomy For Learning, Teaching, And Assessing: A Revision Of Bloom s Taxonomy Of Educational Objectives. New York Longman, V(4), 302. Andrei, G. (2016). Ontology And Taxonomies For Elearning. VII(5), 62 75. Ari, A. (2011). Finding Acceptance of Bloom s Revised Cognitive Taxonomy on the International Stage and in Turkey. Educational Sciences: Theory and Practice. Beetham, H., & Sharpe, R. (2013). Rethinking Pedagogy for a Digital Age : Designing for 21st Century Learning. Taylor and Francis. Bekdemir, M., & Selim, Y. (2008). Revised Bloom Taxonomy And Its Apllication In Algebra Area. Journal of Education Facult., 10(2), 185 196. Bloom, B. S. (Benjamin S., Krathwohl, D. R., & Masia, B. B. (1956). Taxonomy Of Educational Objectives : The Classification Of Educational Goals. D. McKay. Bloom, B. S., & Abdullah Junus. (1989). Taksonomi Objektif Pendidikan : Buku Pedoman 1: Domain Kognitif. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Brenda Sugrue, C. (2002). Problems With Bloom s Taxonomy. Performance Express, 3. Danial Zainal Abidin. (2005). Tip-tip Cemerlang Daripada Quran. al-haq. Dixon, C. S., Wright, V. H., Co-chair, C., Wilson, E. K., Co-chair, C., Rice, M., Matherson, L. (2015). A Case Study Of One Middle School Labeled Failing : Perceptions Of The Impact Of Strategic. Furst, E. J. (1981). Bloom s Taxonomy of Educational Objectives for the Cognitive Domain: Philosophical and Educational Issues. Review of Educational Research Winter, 51(4), 441 453. Gueguen, M. (2016). A Measure Of Middle School Students Ability To Think Critically When Exposed To Historical Thinking Pedagogy. Loyola University Chicago. Hashim, A., Tamuri, A. H., & Jemali, M. (2013). Latar Belakang Guru Tahfiz Dan Amalan Kaedah Pengajaran Tahfiz Al-Quran Di Malaysia. Hess, K. K. Jones. B. S. Carlock. D. J. R. (2009). Cognitive Rigor: Blending the Strengths of Bloom s Taxonomy and Webb s Depth of Knowledge to Enhance Classroom-Level Processes. Jerald, C. (2009). Defining A 21st Century Education. Center for Public Education, (July), 82. Kang, S. C. (2013). Malaysia Ranks 52 Out Of 65 Countries In International Assessment Programme- Nation The Star Online. JQSS-25

Krathwohl, D. R. (2002). A Revision of Blooms Taxonomy : An Overview. Theory Into Practice, 41(4), 212 218. Labib Baidun. (2014). Al-I jazul Ilmi fil Quran. Muassasat al-ilmi lilmatbu at Beirut Lubnan. Long, N., Idris, R., & Malim, T. (2015). Analisis Taksonomi Bloom Dalam Penilaian Vokasional: Cadangan Satu Taksonomi Baru. Lo pez Marti nez, A., Candel Torres, I., & Zodieru, A. (2015). Development Of New Capacities For Research And Teach/Learn Tools In Higher Education, Using The New Financing Funds In Romania. EduLearn15 Proceedings, 3674 3682. Marzano, R. J., & Kendall, J. S. (2007). The New Taxonomy Of Educational Objectives. Corwin Press. Meidasari, V. E., Suseno, I., & Kosasih, A. (2014). Kualitas Kognitif Dalam Integrasi Taksonomi Bloom dan Taksonomi Solo. Prosiding SNaPP: Sosial, Ekonomi, Dan Humaniora, 4(1), 351 358. Michael, H. J. (1984). The Relationship Between Bloom s Taxonomy and Critical Thinking Skills. University Microfilms International. Mike, G. &. (2013). Classroom Practice Still Blooming After Almost 60 Years : News. Munzenmaier, C., & Rubin, N. (2013). Bloom s Taxonomy: What s Old Is New Again. Pandora, D. B. (2014). Teachers Beliefs and Practices Regarding Homework: An Examination of the Cognitive Domain. Embedded in Third Grade Mathematics Homework. The University of Wisconsin-Milwaukee. Pashapour, A. (2016). Critical Pedagogy, Rituals Of Distinction, and True. I-manager s Journal of Educational Technology. Vol. No.1. April - June 2016. Paul, B. R., & Elder, L. (2006). The Miniature Guide to Critical Thinking: Concepts & Tools. Richard W. Morshead. (1964). Taxonomy of educational objectives: Handbook II: Affective domain. Seddon, G. M. 1978. The Properties of Bloom s Taxonomy of Educational Objectives for the Cognitive Domain. Review of Educational Research, 48(2), 303 323. Waterman, S. (2015). Engaging At-Risk Youth Through Bloom's Taxonomy, Socratic Seminars, and Culturally Responsive Pedagogy. Empire State College State University of New York. Ziyad Khalil Muhammad Daghamin (2005). The Method of the Qur'an in Forming the Human Thinking. Faculty of Islamic and Law Studies, al-bait University Jordan. JQSS-26