Pembangunan Laman Sesawang Kemahiran Mendengar Bahasa Arab (Maharat al-istima wa al-fahm): Mendokong Dasar e-pembelajaran di UKM

Similar documents
IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

PELAKSANAAN TUGASAN DIALOG TENTANG ISLAM MENERUSI FACEBOOK DALAM KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAKWAH

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

KAEDAH PAMERAN DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN GURU PELATIH KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH.

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK ULUM HADITH DI USIM

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

-*.- Program Pensiswa

TONG SAMPAH PINTAR BERASASKAN INTERNET PELBAGAI PERKARA (IOT)

PRODUKTIVITI KARYA AKADEMIK PENSYARAH JABATAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UKM

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

SISTEM E-PELAPORAN PEMANTAUAN LAMAN WEB JABATAN STANDARD MALAYSIA. Maggery Roxane Dennis Dr. Mohd Ridzwan Yaakub

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

Penilaian Terhadap Kursus Mualaf Di Selangor. The Evaluation to the Mualaf Courses in Selangor

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

CIRI-CIRI MODUL KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN BAHASA ARAB (KMKBA) MENGIKUT KEPERLUAN PELAJAR PERINGKAT UNIVERSITI DI MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Kemahiran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Berbantukan Mufradat dan Uslub Al-Quran

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Transcription:

Prosiding Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan Tindakan/Strategik (PTS) Fakulti Pengajian Islam 2012 disunting oleh: Ezad Azraai Jamsari, Zamri Arifin, Mohd. Al Adib Samuri, Mohd. Zamro Muda, Ahmad Munawar Ismail, Muhamad Razak Idris, Hakim Zainal, Roziah Sidik @ Mat Sidek, Muhamad Faisal Asha ari, Salasiah Hanin Hamjah, Fadlan Mohd Othman, Latifah Abdul Majid, Moktar Hussain, Suhaila Zailani @ Ahmad, Hasbi Mat Harun & Mohd Faizal Khatab Fakulti Pengajian Islam, UKM, ISBN 978-967-5478-47-5 (2012), http://www.ukm.my/fpipts/online%20proceedings.html Pembangunan Laman Sesawang Kemahiran Mendengar Bahasa Arab (Maharat al-istima wa al-fahm): Mendokong Dasar e-pembelajaran di UKM Kod Projek: UKM-PTS-2011-106 1 Moktar Hussain (Ketua Projek), 3 Ahmad Abdul Rahman, 1 Ibtisam Abdullah, 1 Md. Zaki Mat, 1 Mohd Shukeri Hj. Hamzah, 2 Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & 1 Zamri Ahmad 1 Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, 2 Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor 3 Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan PENGENALAN Kursus PPPY1142 Maharat al-istima wa al-fahm (Kemahiran Mendengar dan Memahami) merupakan salah satu kursus kemahiran bahasa Arab yang mesti diikuti oleh semua pelajar yang mengikuti program Sarjanamuda Pengajian Islam. Pada mulanya kursus ini ditawarkan oleh Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Namun, dengan tertubuhnya Unit Bahasa Arab di fakulti ini, kursus ini dipertanggungjawabkan kepada unit ini untuk dikendalikan. Pelajar yang mengikuti program ini juga dikehendaki lulus dalam peperiksaan yang ditetapkan untuk kursus ini bagi melayakkan mereka bergraduasi setelah tamat mengikuti program tersebut. Berdasarkan urutan yang ditetapkan oleh pihak Fakulti Pengajian Islam, kursus ini merupakan kursus kemahiran bahasa Arab yang keempat dan terakhir yang akan diikuti oleh pelajar. Ini sekaligus memberi pengertian bahawa pra-syarat bagi kursus ini ialah: (1) PPPY1112 Maharat al-qiraah; (2) PPPY1122 Maharat al-muhadathah wa al-khatabah; dan (3) PPPY1132 Maharat al-kitabah. Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam yang bertanggungjawab mengendalikan kursus Maharat al-istima wa al-fahm telah menggunakan beberapa pendekatan dalam proses pengajaran kursus ini. Antara pendekatan yang digunakan pada permulaan penawaran kursus ini ialah dengan membekalkan setiap pengajar alat pemain kaset (cassette player) untuk memperdengarkan teks-teks Arab melalui kaset-kaset yang diperolehi daripada negara timur tengah. Selain itu, pengajaran kursus ini juga pernah menggunakan pemain cakera liut (cd player) fail-fail audio yang mengandungi teks-teks Arab dipindahkan ke dalam cd-rom dan akan dimainkan dalam bilik-bilik kuliah. Oleh kerana perkembangan teknologi ICT dan multimedia terus berkembang dalam arena pendidikan, maka pendekatan terbaru seiring dengan perkembangan tersebut perlu difikirkan sama dalam meningkatkan daya kreativiti para tenaga pengajar kursus ini. Pengenalan e-kandungan dalam pengajaran telah menjadi isu penting dalam arus pendidikan hari ini. Ini memberi maksud bahawa bahan-bahan yang digunakan dalam penyampaian silibus kursus bukan lagi terbatas kepada bentuk hasilan percetakan 1

tradisional. Satu bentuk transformasi telah berlaku dalam aplikasi pengajaran dan pembelajaran di mana penggunaan internet telah diberi perhatian yang cukup tinggi di kalangan penggubal dan pengamal pendidikan di negara ini. Oleh itu, pengajaran kursus Maharat al-istima wa al-fahm yang sememangnya sinonim dengan penggunaan apa jua alat pendengaran tidak terlepas melusuri tranformasi tersebut. Penulis sebagai ketua bagi kursus ini berpandangan bahawa pengajaran kursus ini perlu menggunakan media internet dengan mewujudkan satu lawan sesawang yang akan memuatkan bahan-bahan pengajaran dalam bentuk audio-visual dan boleh diakses oleh tenaga pengajar dan para pelajar di mana sahaja mereka berada pada bila-bila masa. Pembinaan laman sesawang bagi kursus ini perlu diwujudkan setelah mengambil kira beberapa rasional yang difikirkan menepati keperluan tersebut. Pembelajaran bahasa Arab melalui laman sesawang merupakan satu proses pembelajaran yang perlu diterapkan berdasarkan kepentingan-kepentingan berikut (Rahimi et. al, t.th.): 1. Mencapai keberkesanan yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Pembelajaran yang maksima dalam jangka waktu yang singkat dan kos yang minima. 3. Kesejagatan sumber pengajaran dan pembelajaran. 4. Mengurangkan bebanan dan menjimatkan masa guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar. 5. Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik. 6. Menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dengan teknologi hari ini. Laman sesawang bagi kursus Maharat al-istima wa al-fahm yang dibangunkan akan memuatkan bahan-bahan audio dan visual yang memaparkan teks-teks berbahasa Arab yang dituturkan oleh penutur berbahasa Arab sendiri. Teks-teks tersebut akan dipelajari dalam bilik-bilik kuliah melalui sesi perbincangan, pembentangan dan soal-jawab. Selain itu, soalan-soalan latihan juga akan dimuatkan dalam laman sesawang ini untuk dipraktiskan oleh pelajar yang mengikuti kursus ini dan akan penyelesaian kepada soalansoalan tersebut turut mengambil tempat dalam perbincangan di dalam bilik-bilik kuliah. PERNYATAAN MASALAH Laman sesawang yang digunakan oleh tenaga pengajar kursus Maharat al-istima wa al- Fahm pada masa sekarang tidak menepati ciri-ciri laman sesawang yang boleh membantu pelajar mempelajari kursus tersebut secara komprehensif. Ini dapat dilihat melalui pembangunan laman sesawang tersebut yang lebih bersifat statik dan bukannya interaktif. Pengajar hanya boleh menyampaikan bahan pengajaran melalui laman sesawang tersebut dan pelajar hanya boleh menerima bahan-bahan yang dimuatnaik oleh pengajar ke dalam laman sesawang tersebut. Dengan lain perkataan, pelajar tidak boleh berinteraksi dengan pengajar atau rakan pelajar yang lain melalui laman sesawang tersebut. Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang menggabungkan antara pendengaran secara fisiologi dengan tindak balas daripada pendengar terhadap apa yang didengar. Ia juga merangkumi usaha pendengar untuk mentafsirkan apa yang didengar dengan suara atau pergerakan atau tingkahlaku yang berkaitan dengan apa yang didengarinya (Zamri & 2

Moktar, 2007; Rost, 1990). Justeru kajian yang dijalankan pada tahun 1928 menunjukkan bahawa orang ramai menghabiskan masa mereka sebanyak 45% untuk mendengar, 30% untuk perbualan dan 25% untuk membaca dan menulis (Zamri, 2001). Kursus Maharat al-istima wa al-fahm di Fakulti Pengajian Islam pernah menggunakan laman sesawang dalam proses pengajarannya pada tahun 2008-2009. Namun disebabkan kepakaran yang dimiliki oleh tenaga pengajar yang mengendalikan kursus tersebut agak terbatas, maka laman sesawang tersebut tidak dapat dikemaskini dan akhirnya ia tidak digunakan lagi. Justeru pengajaran kursus tersebut dilaksanakan seperti biasa iaitu dengan memperdengarkan teks-teks pengajaran melalui komputer riba atau pemain cd-rom di bilik-bilik kuliah. Dengan pembangunan laman sesawang yang baru bagi pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran kursus ini, beberapa ciri penambahbaikan diharapkan dapat diimplementasikan dalam proses tersebut. Ciri-ciri penambahbaikan tersebut adalah seperti berikut: 1. Memuatkan bahan-bahan audio-visual yang lebih jelas dalam persembahan dan menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami oleh pelajar. 2. Menggunakan paparan teks yang mudah dibaca oleh pelajar. 3. Mengandungi bahan-bahan sokongan yang boleh membantu pelajar memahami bahan-bahan yang diakses melalui laman sesawang tersebut. 4. Mengandungi aktiviti-aktiviti berbentuk latihan yang boleh mengembangkan pemikiran pelajar selain daripada apa yang diperolehi dalam bilik kuliah. Dengan ciri-ciri penambahbaikan, beberapa kelemahan yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran kursus tersebut akan dapat diatasi secara berkesan. Malah sessuatu proses pengajaran pada masa kini dianggap kurang efektif apabila kaedah yang diguna pakai tidak diintegrasikan dengan teknologi ICT seperti komputer dan internet. OBJEKTIF KAJIAN 1. Mewujudkan sebuah laman sesawang yang dijadikan modul asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran kursus PPPY1142 Maharat al-istima wa al-fahm. 2. Mengintegrasikan pendekatan tradisional dengan teknologi maklumat terkini dalam pengajaran bahasa Arab di Fakulti Pengajian Islam. 3. Menilai keberkesanan penggunaan laman sesawang ini dalam meningkatkan motivasi para pelajar untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab mereka. 4. Menilai tahap pencapaian pelajar yang mengikuti kursus Maharat al-istima wa al- Fahm menggunakan laman sesawang. 5. Menilai persepsi dan tahap kepuasan tenaga pengajar dalam menggunakan laman sesawang ini dalam proses pengajaran kursus Maharat al-istima wa al-fahm. 3

6. Memaksimumkan penggunaan teknologi maklumat yang disediakan di Universiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran Maharat al-istima wa al-fahm. 7. Meletakkan proses pengajaran dan pembelajaran kursus Maharat al-istima wa al- Fahm dalam arus aplikasi e-pembelajaran di tahap yang menggalakkan. METODE KAJIAN 1. Bagi mendapatkan data, kajian ini menggunakan beberapa instrumen seperti tinjauan, temu bual dan borang soal selidik. Tinjauan akan digunakan bagi melihat sejauh mana pelaksanaan penggunaan laman sesawang ini di kalangan tenaga pengajar dan para pelajar yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Maharat al- Istima wa al-fahm. 2. Temu bual akan dijalankan ke atas tenaga pengajar dan pelajar kursus ini bagi mengetahui sejauh mana penggunaan laman sesawang ini boleh membantu mereka dalam meningkatkan tahap penguasaan bahasa Arab di kalangan para pelajar. 3. Borang soal selidik juga akan diedarkan kepada responden yang terdiri daripada tenaga pengajar dan para pelajar kursus Maharat al-istima wa al-fahm bagi melihat keberkesanan penggunaan laman sesawang Maharat al-istima wa al-fahm dalam pengajaran dan pembelajaran dan sejauhmanakah kaedah ini dapat membantu mereka meningkatkan minat dan tahap penguasaan mereka dalam kemahiran mendengar. 4. Borang soal selidik juga akan digunakan untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam laman sesawang tersebut bagi tujuan penambahbaikan. ULASAN KEPUSTAKAAN Kajian tentang pembinaan laman sesawang dalam pengajaran bahasa sudah banyak dijalankan di peringkat global dan dalam pelbagai bahasa. Ya-Ting C. Yang dan Chia-Ying Chan (2008) mengkaji tentang penilaian kriteria yang komprehensif terhadap laman sesawang pembelajaran bahasa Inggeris dalam artikelnya yang berjudul Comprehensive Evaluation Criteria for English Learning Websites Using Validity Expert Surveys. Rosni Samah (2003) turut membicarakan tentang kepentingan internet dalam pengajaran bahasa Arab dalam tulisannya berjudul Penggunaan Internet dalam Pengajaran Bahasa: Kajian Terhadap Pengajaran Bahasa Arab Komunikasi Pelancongan. Mengulas tentang hubung kait pengajaran. Selain itu, Gregor Kennedy, Tom Petrovic dan Mike Keppell (1998) turut memperkatakan tentang beberapa kriteria dalam menilai pembangunan bahan multimedia untuk proses pembelajaran berbanntukan komputer dalam artikel berjudul The Development of Multimedia Evaluation Criteria and A Program of Evaluation for Computer Aided Learning. PENCAPAIAN PROJEK (OUTPUT) Modul Kursus Maharat al-istima wa al-fahm 1. Laman Sesawang: www.ukm.my/istima 4

2. Buku Latihan berserta CD-Rom: Md. Zaki Mat, Mohd Shukeri Hamzah & Moktar Hussain. 2011. Maharat al-istima wa al-fahm: Kitab al-tadribat. Bangi: Unit Bahasa Arab, FPI, UKM. Penerbitan (Makalah dalam Prosiding) 1. Moktar Hussain & Mohd Shukeri Hj. Hamzah. 2010. Penambahbaikan Laman Sesawang untuk Pengajaran Kursus Kemahiran Mendengar Bahasa Arab di Fakulti Pengajian Islam, UKM dalam Prosiding Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2010. Bangi: Pusat Pembangunan Akademik, UKM. 2. Mohd Shukeri Hamzah, Moktar Hussain, Md. Zaki Mat & Zamri Ahmad. 2011. Mafhum al-istima wa Ahammiyatuh fi al-tawasul dalam Prosiding (Atas Talian) Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa Arab 2011 (SAPBA 11). Bangi: Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam UKM. http://www.ukm.my/sapba/prosiding %20sapba11.html Persidangan/Bengkel 1. Moktar Hussain & Mohd Shukeri Hj. Hamzah. 2010. Penambahbaikan Laman Sesawang untuk Pengajaran Kursus Kemahiran Mendengar Bahasa Arab di Fakulti Pengajian Islam, UKM. Kertas Kerja dibentangkan dalam Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2010. Pada 13-15 Disember 2010 di Everly Resort Hotel, Melaka. 2. Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa Arab 2011 (SAPBA 11). Mafhum al- Istima wa Ahammiyatuh fi al-tawasul. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa Arab 2011 (SAPBA 11) pada 5-6 Disember 2011 bertempat di Faculty of Arabic Language, Beijing Foreign Studies University (BFSU), Beijing, China. 2. Bengkel Pemurnian Modul Kursus Maharat al-istima wa al-fahm, 7 & 9 Februari 2012. Makmal Bahasa Arab 2, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Modal Insan (Pembantu Penyelidik) Dalam proses pelantikan 5

PERBELANJAAN RUJUKAN Gregor Kennedy, Tom Petrovic & Mike Keppell. 1998. The Development of Multimedia Evaluation Criteria and A Program of Evaluation for Computer Aided Learning dalam Proceedings of Australasian Society for Computers in Learning in Tertiary Education Conference, Ascilite 1998, Wollongong, Australia. Hlm. 407-415. Rosni Samah. 2007. Penggunaan Internet dalam Pengajaran Bahasa: Kajian Terhadap Bahasa Arab Komunikasi Pelancongan dalam MEDC Journal. Vol. 1. Dec. 2007. Hlm. 83-95. Ya-Ting C. Yang dan Chia-Ying Chan. 2008. Comprehensive Evaluation Criteria for English Learning Websites Using Expert Validity Surveys dalam Science Direct: Computers & Education 51. Hlm. 403-422. 6