Dasar Keselamatan ICT

Similar documents
DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PENGENALAN 7 OBJEKTIF 7 SKOP 9 PRINSIP-PRINSIP 11. Dasar Keselamatan ICT 14

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PEKELILING ICT BIL. 1 TAHUN 2009 DASAR KESELAMATAN ICT (DKICT) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Dasar Keselamatan ICT. Universiti Malaysia Pahang

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

Dasar Keselamatan ICT. Universiti Malaysia Pahang

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia PERUNDANGAN DAN PERATURAN DALAM PENGURUSAN REKOD

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

ISI KANDUNGAN SEKSYEN/ RUJUKAN 1.0 TUJUAN OBJEKTIF DAN SKOP 3

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PENILAIAN PENGETAHUAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN KANDUNGAN SEKTOR AWAM

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI PENERBIT RANCANGAN GRED B27/ B28

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

PROSEDUR SOKONGAN KEPUASAN PELANGGAN. PK.UniMAP.(P).11. Disediakan oleh : Disemak oleh : Diluluskan oleh :

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP02/RISK ASSESSMENT

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

PROSEDUR KERJA UMUM ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN UKM-SPKP-PKU11

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

PENGURUSAN. Kod Dokumen: UPM/PGR/P003 PROSEDUR KAWALAN KETAKAKURAN, TINDAKAN PEMBETULAN, TINDAKAN PENCEGAHAN, DAN PELUANG PENAMBAHBAIKAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGURUSAN. Kod Dokumen: UPM/PGR/P003 PROSEDUR KAWALAN KETAKAKURAN, TINDAKAN PEMBETULAN, DAN PELUANG PENAMBAHBAIKAN

PENGURUSAN RISIKO DAN PELUANG UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

Polisi ipad Pensyarah

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P008 PROSEDUR MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN ISO UPM

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P008 PROSEDUR MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN ISO UPM

PEJABAT PENDAFTAR MANUAL KUALITI. Ringkasan Pindaan Dokumen Dokumen Baru WP Pendaftar Pindaan Skop Pensijilan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

GARIS PANDUAN LAMAN WEB PTJ DI USM

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 (PTK1) BAGI JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PEJABAT NAIB CANSELOR. Prosedur ini menerangkan tatacara pengurusan Mesyuarat JKKP-UPM dan JKKP-PTJ.

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Kod Dokumen : UPM/OPR/PKU/P005

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Perpustakaan yang dilantik terus;

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

Arahan Kerja Selamat Mengangkat Beban Berat. Disahkan Tarikh Versi Muka Surat Perubahan Dokumen Versi

SISTEM E-PELAPORAN PEMANTAUAN LAMAN WEB JABATAN STANDARD MALAYSIA. Maggery Roxane Dennis Dr. Mohd Ridzwan Yaakub

KEPERLUAN PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN PENGETAHUAN MELALUI MICROSOFT OFFICE SHAREPOINT SYSTEM (MOSS) DIKALANGAN WARGA NUKLEAR MALAYSIA.

PENGURUSAN RISIKO DAN PELUANG BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

OBJEKTIF KUALITI LAIN-LAIN JABATAN/UNIT

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN myportfolio: PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM

SISTEM PENJADUALAN SYIF. Nurul Iddayu Bahari Idrus. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Veterinar (Fakulti Farmasi) yang dilantik terus;

MANUAL PANDUAN PENGGUNA

AGENDA (a): KEBERKESANAN PENUTUPAN AUDIT PEMANTAUAN SEMAKAN 2 OLEH SIRIM BAGI SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

SUKATAN PEPERIKSAAN (SUBJEK JABATAN) AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Manual dan Pelan Pengurusan Risiko. First published by

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

ll&tvli ffitrfij' s,k. Naib Canselor "BERKHIDMAT &r{e nx>ranr}ttrn Tarikh : 12 Julai2013

BAB 1 PENGELUARAN AIR BERSIH. Skop proses ini bermula daripada muka sauk sehingga flowmeter air bersih. Sila rujuk Gambarajah 1.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen : UPM/SOK/KEW-AST/P012. PROSEDUR PENGURUSAN ASET Tarikh: 05/06/2015

Plat Kaca Terma & Syarat

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/P002 PROSEDUR PENGURUSAN BAHAN PERPUSTAKAAN

2.1 Arahan kerja ini merupakan sebahagian daripada Proses Tuntutan Hasil/ Amanah (Rujuk : PA/UPKK.BEND/002/KL)

Prakata. BERSAMA MELAKSANA TRANSFORMASI Dato Mohamad Zabidi Zainal

Transcription:

Dasar Keselamatan ICT Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri 24 Mei 2010 Versi 5.3

SEJARAH DOKUMEN TARIKH VERSI KELULUSAN TARIKH KUATKUASA 02 April 2009 5.2 MPKM BIL 5 TAHUN 2009 08/25/09 13 May 2010 5.3 MPKM BIL 13 TAHUN 2010 05/24/10 DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 2 dari 91

JADUAL PINDAAN DASAR KESELAMATAN ICT MAMPU TARIKH VERSI BUTIRAN PINDAAN 13 May 2010 5.3 i. Tajuk baru: Penilaian Risiko Keselamatan ICT, muka surat 18 ii. Perkara 020103 Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO), muka surat: 23 perenggan baru iaitu perenggan (k) menjalankan penilaian untuk memastikan tahap keselamatan ICT dan mengambil tindakan pemulihan atau pengukuhan bagi meningkatkan tahap keselamatan infrastruktur ICT supaya insiden baru dapat dielakkan iii. Perkara 020103 Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO), muka surat 23, perenggan baru iaitu perenggan (l) Koordinator Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (Koordinator PKP) MAMPU iv. Perkara 020104 Pengurus ICT, muka surat 23, tambahan maklumat Pengurus ICT v. Perkara 020105 Pentadbir Sistem ICT, muka surat 24, tambahan maklumat Pentadbir Sistem ICT vi. Perkara 020106 Pengguna perenggan, muka surat 25, menjalani tapisan keselamatan DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 3 dari 91

sekiranya dikehendaki berurusan dengan maklumat rasmi terperingkat vii. Perkara 100101 Pelan Kesinambungan Perkhidmatan, muka surat 77, Pengurus ICT dipinda kepada Koordinator PKP viii. Perkara 110104 Keperluan Perundangan muka surat 80, pindaan: Senarai perundangan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna di MAMPU adalah seperti di Lampiran 3 DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 4 dari 91

ISI KANDUNGAN PENGENALAN...10 OBJEKTIF...10 PERNYATAAN DASAR...11 SKOP...13 PRINSIP-PRINSIP...15 PENILAIAN RISIKO KESELAMATAN ICT...18 BIDANG 01 PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN DASAR...19 0101 Dasar Keselamatan ICT...19 010101 Pelaksanaan Dasar...19 010102 Penyebaran Dasar...19 010103 Penyelenggaraan Dasar...19 010104 Pengecualian Dasar...20 BIDANG 02 ORGANISASI KESELAMATAN...21 0201 Infrastruktur Organisasi Dalaman...21 020101 Ketua Pengarah MAMPU...21 020102 Ketua Pegawai Maklumat (CIO)...21 020103 Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)...22 020104 Pengurus ICT...23 020105 Pentadbir Sistem ICT...24 020106 Pengguna...25 020107 Jawatan Kuasa Keselamatan ICT MAMPU...25 020108 Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan ICT Kerajaan (GCERT)...27 0202 Pihak Ketiga...28 020201 Keperluan Keselamatan Kontrak dengan Pihak Ketiga...28 BIDANG 03 PENGURUSAN ASET...30 0301 Akauntabiliti Aset...30 030101 Inventori Aset ICT...30 0302 Pengelasan dan Pengendalian Maklumat...31 DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 5 dari 91

030201 Pengelasan Maklumat...31 030202 Pengendalian Maklumat...31 BIDANG 04 KESELAMATAN SUMBER MANUSIA...33 0401 Keselamatan Sumber Manusia Dalam Tugas Harian...33 040101 Sebelum Perkhidmatan...33 040102 Dalam Perkhidmatan...33 040103 Bertukar Atau Tamat Perkhidmatan...34 BIDANG 05 KESELAMATAN FIZIKAL DAN PERSEKITARAN...35 0501 Keselamatan Kawasan...35 050101 Kawalan Kawasan...35 050102 Kawalan Masuk Fizikal...36 050103 Kawasan Larangan...36 0502 Keselamatan Peralatan...37 050201 Peralatan ICT...37 050202 Media Storan...39 050203 Media Tandatangan Digital...40 050204 Media Perisian dan Aplikasi...40 050205 Penyelenggaraan Perkakasan...41 050206 Peralatan di Luar Premis...41 050207 Pelupusan Perkakasan...42 0503 Keselamatan Persekitaran...43 050301 Kawalan Persekitaran...43 050302 Bekalan Kuasa...44 050303 Kabel...45 050304 Prosedur Kecemasan...45 0504 Keselamatan Dokumen...46 050401 Dokumen...46 BIDANG 06 PENGURUSAN OPERASI DAN KOMUNIKASI...47 0601 Pengurusan Prosedur Operasi...47 060101 Pengendalian Prosedur...47 060102 Kawalan Perubahan...47 060103 Pengasingan Tugas dan Tanggungjawab...48 0602 Pengurusan Penyampaian Perkhidmatan Pihak Ketiga...49 060201 Perkhidmatan Penyampaian...49 0603 Perancangan dan Penerimaan Sistem...49 060301 Perancangan Kapasiti...49 DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 6 dari 91

060302 Penerimaan Sistem...50 0604 Perisian Berbahaya...50 060401 Perlindungan dari Perisian Berbahaya...50 060402 Perlindungan dari Mobile Code...51 0605 Housekeeping...51 060501 Backup...51 0606 Pengurusan Rangkaian...52 060601 Kawalan Infrastruktur Rangkaian...52 0607 Pengurusan Media...53 060701 Penghantaran dan Pemindahan...53 060702 Prosedur Pengendalian Media...53 060703 Keselamatan Sistem Dokumentasi...54 0608 Pengurusan Pertukaran Maklumat...54 060801 Pertukaran Maklumat...54 060802 Pengurusan Mel Elektronik (E-mel)...55 0609 Perkhidmatan E-Dagang (Electronic Commerce Services)...56 060901 E-Dagang...56 060902 Maklumat Umum...57 0610 Pemantauan...57 061001 Pengauditan dan Forensik ICT...57 061002 Jejak Audit...58 061003 Sistem Log...59 061004 Pemantauan Log...59 BIDANG 07 KAWALAN CAPAIAN...61 0701 Dasar Kawalan Capaian...61 070101 Keperluan Kawalan Capaian...61 0702 Pengurusan Capaian Pengguna...61 070201 Akaun Pengguna...61 070202 Hak Capaian...62 070203 Pengurusan Kata Laluan...62 070204 Clear Desk dan Clear Screen...63 0703 Kawalan Capaian Rangkaian...64 070301 Capaian Rangkaian...64 070302 Capaian Internet...64 0704 Kawalan Capaian Sistem Pengoperasian...66 070401 Capaian Sistem Pengoperasian...66 DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 7 dari 91

070402 Kad Pintar...67 0705 Kawalan Capaian Aplikasi dan Maklumat...68 070501 Capaian Aplikasi dan Maklumat...68 0706 Peralatan Mudah Alih dan Kerja Jarak Jauh...69 070601 Peralatan Mudah Alih...69 070602 Kerja Jarak Jauh...69 BIDANG 08 PEROLEHAN, PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM...70 0801 Keselamatan Dalam Membangunkan Sistem dan Aplikasi...70 080101 Keperluan Keselamatan Sistem Maklumat...70 080102 Pengesahan Data Input dan Output...70 0802 Kawalan Kriptografi...71 080201 Enkripsi...71 080202 Tandatangan Digital...71 080203 Pengurusan Infrastruktur Kunci Awam (PKI)...71 0803 Keselamatan Fail Sistem...71 080301 Kawalan Fail Sistem...71 0804 Keselamatan Dalam Proses Pembangunan dan Sokongan...72 080401 Prosedur Kawalan Perubahan...72 080402 Pembangunan Perisian Secara Outsource...73 0805 Kawalan Teknikal Keterdedahan (Vulnerability)...73 080501 Kawalan dari Ancaman Teknikal...73 BIDANG 09 PENGURUSAN PENGENDALIAN INSIDEN KESELAMATAN...74 0901 Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan ICT...74 090101 Mekanisme Pelaporan...74 0902 Pengurusan Maklumat Insiden Keselamatan ICT...75 090201 Prosedur Pengurusan Maklumat Insiden Keselamatan ICT...75 BIDANG 10 Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan...77 1001 Dasar Kesinambungan Perkhidmatan...77 100101 Pelan Kesinambungan Perkhidmatan...77 BIDANG 11 PEMATUHAN...79 1101 Pematuhan dan Keperluan Perundangan...79 110101 Pematuhan Dasar...79 110102 Pematuhan dengan Dasar, Piawaian dan Keperluan Teknikal...79 110103 Pematuhan Keperluan Audit...79 110104 Keperluan Perundangan...80 110105 Pelanggaran Dasar...80 DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 8 dari 91

GLOSARI...81 Lampiran 1...85 Lampiran 2...86 Lampiran 3...90 DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 9 dari 91

PENGENALAN Dasar Keselamatan ICT (DKICT) MAMPU mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT MAMPU. OBJEKTIF Dasar Keselamatan ICT MAMPU diwujudkan untuk menjamin kesinambungan urusan MAMPU dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT. Dasar ini juga bertujuan untuk memudahkan perkongsian maklumat sesuai dengan keperluan operasi MAMPU. Ini hanya boleh dicapai dengan memastikan semua aset ICT dilindungi. Manakala, objektif utama Keselamatan ICT MAMPU ialah seperti berikut: Memastikan kelancaran operasi MAMPU dan meminimumkan kerosakan atau kemusnahan; Melindungi kepentingan pihak-pihak yang bergantung kepada sistem maklumat dari kesan kegagalan atau kelemahan dari segi kerahsiaan, integriti, kebolehsediaan, kesahihan maklumat dan komunikasi; dan Mencegah salah guna atau kecurian aset ICT Kerajaan. DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 10 dari 91

PERNYATAAN DASAR Keselamatan ditakrifkan sebagai keadaan yang bebas daripada ancaman dan risiko yang tidak boleh diterima. Penjagaan keselamatan adalah suatu proses yang berterusan. Ia melibatkan aktiviti berkala yang mesti dilakukan dari semasa ke semasa untuk menjamin keselamatan kerana ancaman dan kelemahan sentiasa berubah. Keselamatan ICT adalah bermaksud keadaan di mana segala urusan menyedia dan membekalkan perkhidmatan yang berasaskan kepada sistem ICT berjalan secara berterusan tanpa gangguan yang boleh menjejaskan keselamatan. Keselamatan ICT berkait rapat dengan perlindungan aset ICT. Terdapat empat (4) komponen asas keselamatan ICT iaitu: Melindungi maklumat rahsia rasmi dan maklumat rasmi kerajaan dari capaian tanpa kuasa yang sah; Menjamin setiap maklumat adalah tepat dan sempurna; Memastikan ketersediaan maklumat apabila diperlukan oleh pengguna; dan Memastikan akses kepada hanya pengguna-pengguna yang sah atau penerimaan maklumat dari sumber yang sah. Dasar Keselamatan ICT MAMPU merangkumi perlindungan ke atas semua bentuk maklumat elektronik bertujuan untuk menjamin keselamatan maklumat tersebut dan kebolehsediaan kepada semua pengguna yang dibenarkan. Ciri-ciri utama keselamatan maklumat adalah seperti berikut: Kerahsiaan - Maklumat tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya atau dibiarkan diakses tanpa kebenaran; Integriti - Data dan maklumat hendaklah tepat, lengkap dan kemas kini. Ia hanya boleh diubah dengan cara yang dibenarkan; DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 11 dari 91

(e) Tidak Boleh Disangkal - Punca data dan maklumat hendaklah dari punca yang sah dan tidak boleh disangkal; Kesahihan - Data dan maklumat hendaklah dijamin kesahihannya; dan Ketersediaan - Data dan maklumat hendaklah boleh diakses pada bila-bila masa. Selain dari itu, langkah-langkah ke arah menjamin keselamatan ICT hendaklah bersandarkan kepada penilaian yang bersesuaian dengan perubahan semasa terhadap kelemahan semula jadi aset ICT; ancaman yang wujud akibat daripada kelemahan tersebut; risiko yang mungkin timbul; dan langkah-langkah pencegahan sesuai yang boleh diambil untuk menangani risiko berkenaan. DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 12 dari 91

SKOP Aset ICT MAMPU terdiri daripada perkakasan, perisian, perkhidmatan, data atau maklumat dan manusia. Dasar Keselamatan ICT MAMPU menetapkan keperluan-keperluan asas berikut: Data dan maklumat hendaklah boleh diakses secara berterusan dengan cepat, tepat, mudah dan boleh dipercayai. Ini adalah amat perlu bagi membolehkan keputusan dan penyampaian perkhidmatan dilakukan dengan berkesan dan berkualiti; dan Semua data dan maklumat hendaklah dijaga kerahsiaannya dan dikendalikan sebaik mungkin pada setiap masa bagi memastikan kesempurnaan dan ketepatan maklumat serta untuk melindungi kepentingan kerajaan, perkhidmatan dan masyarakat. Bagi menentukan Aset ICT ini terjamin keselamatannya sepanjang masa, Dasar Keselamatan ICT MAMPU ini merangkumi perlindungan semua bentuk maklumat kerajaan yang dimasukkan, diwujud, dimusnah, disimpan, dijana, dicetak, diakses, diedar, dalam penghantaran, dan yang dibuat salinan keselamatan. Ini akan dilakukan melalui pewujudan dan penguatkuasaan sistem kawalan dan prosedur dalam pengendalian semua perkaraperkara berikut: Perkakasan Semua aset yang digunakan untuk menyokong pemprosesan maklumat dan kemudahan storan MAMPU. Contoh komputer, pelayan, peralatan komunikasi dan sebagainya; Perisian Program, prosedur atau peraturan yang ditulis dan dokumentasi yang berkaitan dengan sistem pengoperasian komputer yang disimpan di dalam DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 13 dari 91

sistem ICT. Contoh perisian aplikasi atau perisian sistem seperti sistem pengoperasian, sistem pangkalan data, perisian sistem rangkaian, atau aplikasi pejabat yang menyediakan kemudahan pemprosesan maklumat kepada MAMPU; Perkhidmatan Perkhidmatan atau sistem yang menyokong aset lain untuk melaksanakan fungsi-fungsinya. Contoh: i. Perkhidmatan rangkaian seperti LAN, WAN dan lain-lain; ii. iii. Sistem halangan akses seperti sistem kad akses; dan Perkhidmatan sokongan seperti kemudahan elektrik, penghawa dingin, sistem pencegah kebakaran dan lain-lain. Data atau Maklumat Koleksi fakta-fakta dalam bentuk kertas atau mesej elektronik, yang mengandungi maklumat-maklumat untuk digunakan bagi mencapai misi dan objektif MAMPU. Contohnya, sistem dokumentasi, prosedur operasi, rekodrekod MAMPU, profil-profil pelanggan, pangkalan data dan fail-fail data, maklumat-maklumat arkib dan lain-lain; (e) Manusia Individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan skop kerja harian MAMPU bagi mencapai misi dan objektif agensi. Individu berkenaan merupakan aset berdasarkan kepada tugas-tugas dan fungsi yang dilaksanakan; dan (f) Premis Komputer Dan Komunikasi Semua kemudahan serta premis yang digunakan untuk menempatkan perkara - (e) di atas. Setiap perkara di atas perlu diberi perlindungan rapi. Sebarang kebocoran rahsia atau kelemahan perlindungan adalah dianggap sebagai perlanggaran langkah-langkah keselamatan. DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 14 dari 91

PRINSIP-PRINSIP Prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada Dasar Keselamatan ICT MAMPU dan perlu dipatuhi adalah seperti berikut: Akses atas dasar perlu mengetahui Akses terhadap penggunaan aset ICT hanya diberikan untuk tujuan spesifik dan dihadkan kepada pengguna tertentu atas dasar perlu mengetahui sahaja. Ini bermakna akses hanya akan diberikan sekiranya peranan atau fungsi pengguna memerlukan maklumat tersebut. Pertimbangan untuk akses adalah berdasarkan kategori maklumat seperti yang dinyatakan di dalam dokumen Arahan Keselamatan perenggan 53, muka surat 15; Hak akses minimum Hak akses pengguna hanya diberi pada tahap set yang paling minimum iaitu untuk membaca dan/atau melihat sahaja. Kelulusan adalah perlu untuk membolehkan pengguna mewujud, menyimpan, mengemas kini, mengubah atau membatalkan sesuatu maklumat. Hak akses perlu dikaji dari semasa ke semasa berdasarkan kepada peranan dan tanggungjawab pengguna/bidang tugas; Akauntabiliti Semua pengguna adalah dipertanggungjawabkan ke atas semua tindakannya terhadap aset ICT. Tanggungjawab ini perlu dinyatakan dengan jelas sesuai dengan tahap sensitiviti sesuatu sumber ICT. Untuk menentukan tanggungjawab ini dipatuhi, sistem ICT hendaklah mampu menyokong kemudahan mengesan atau mengesah bahawa pengguna sistem maklumat boleh dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka. Akauntabiliti atau tanggungjawab pengguna termasuklah: i. Menghalang pendedahan maklumat kepada pihak yang tidak dibenarkan; DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 15 dari 91

ii. iii. iv. Memeriksa maklumat dan menentukan ianya tepat dan lengkap dari semasa ke semasa; Menentukan maklumat sedia untuk digunakan; Menjaga kerahsiaan kata laluan; v. Mematuhi standard, prosedur, langkah dan garis panduan keselamatan yang ditetapkan; vi. vii. Memberi perhatian kepada maklumat terperingkat terutama semasa pewujudan, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran, penyampaian, pertukaran dan pemusnahan; dan Menjaga kerahsiaan langkah-langkah keselamatan ICT dari diketahui umum. Pengasingan Tugas mewujud, memadam, kemas kini, mengubah dan mengesahkan data perlu diasingkan bagi mengelakkan daripada capaian yang tidak dibenarkan serta melindungi aset ICT daripada kesilapan, kebocoran maklumat terperingkat atau di manipulasi. Pengasingan juga merangkumi tindakan memisahkan antara kumpulan operasi dan rangkaian; (e) Pengauditan Pengauditan adalah tindakan untuk mengenal pasti insiden berkaitan keselamatan atau mengenal pasti keadaan yang mengancam keselamatan. Ia membabitkan pemeliharaan semua rekod berkaitan tindakan keselamatan. Dengan itu, aset ICT seperti komputer, pelayan, router, firewall dan rangkaian hendaklah ditentukan dapat menjana dan menyimpan log tindakan keselamatan atau audit trail; (f) Pematuhan Dasar Keselamatan ICT MAMPU hendaklah dibaca, difahami dan dipatuhi bagi mengelakkan sebarang bentuk pelanggaran ke atasnya yang boleh membawa ancaman kepada keselamatan ICT; DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 16 dari 91

(g) Pemulihan Pemulihan sistem amat perlu untuk memastikan kebolehsediaan dan kebolehcapaian. Objektif utama adalah untuk meminimumkan sebarang gangguan atau kerugian akibat daripada ketidaksediaan. Pemulihan boleh dilakukan melalui aktiviti penduaan dan mewujudkan pelan pemulihan bencana/kesinambungan perkhidmatan; dan (h) Saling Bergantungan Setiap prinsip di atas adalah saling lengkap-melengkapi dan bergantung antara satu sama lain. Dengan itu, tindakan mempelbagaikan pendekatan dalam menyusun dan mencorakkan sebanyak mungkin mekanisme keselamatan adalah perlu bagi menjamin keselamatan yang maksimum. DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 17 dari 91

PENILAIAN RISIKO KESELAMATAN ICT MAMPU hendaklah mengambil kira kewujudan risiko ke atas aset ICT akibat dari ancaman dan vulnerability yang semakin meningkat hari ini. Justeru itu MAMPU perlu mengambil langkah-langkah proaktif dan bersesuaian untuk menilai tahap risiko aset ICT supaya pendekatan dan keputusan yang paling berkesan dikenal pasti bagi menyediakan perlindungan dan kawalan ke atas aset ICT. MAMPU hendaklah melaksanakan penilaian risiko keselamatan ICT secara berkala dan berterusan bergantung kepada perubahan teknologi dan keperluan keselamatan ICT. Seterusnya mengambil tindakan susulan dan/atau langkah-langkah bersesuaian untuk mengurangkan atau mengawal risiko keselamatan ICT berdasarkan penemuan penilaian risiko. Penilaian risiko keselamatan ICT hendaklah dilaksanakan ke atas sistem maklumat MAMPU termasuklah aplikasi, perisian, pelayan, rangkaian dan/atau proses serta prosedur. Penilaian risiko ini hendaklah juga dilaksanakan di premis yang menempatkan sumber-sumber teknologi maklumat termasuklah pusat data, bilik media storan, kemudahan utiliti dan sistem-sistem sokongan lain. MAMPU bertanggungjawab melaksanakan dan menguruskan risiko keselamatan ICT selaras dengan keperluan Surat Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 2005: Garis Panduan Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam. MAMPU perlu mengenal pasti tindakan yang sewajarnya bagi menghadapi kemungkinan risiko berlaku dengan memilih tindakan berikut: mengurangkan risiko dengan melaksanakan kawalan yang bersesuaian; menerima dan/atau bersedia berhadapan dengan risiko yang akan terjadi selagi ia memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pengurusan agensi; mengelak dan/atau mencegah risiko dari terjadi dengan mengambil tindakan yang dapat mengelak dan/atau mencegah berlakunya risiko; dan memindahkan risiko ke pihak lain seperti pembekal, pakar runding dan pihakpihak lain yang berkepentingan. DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 18 dari 91

BIDANG 01 PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN DASAR 0101 Dasar Keselamatan ICT Objektif: Menerangkan hala tuju dan sokongan pengurusan terhadap keselamatan maklumat selaras dengan keperluan MAMPU dan perundangan yang berkaitan. 010101 Pelaksanaan Dasar Pelaksanaan dasar ini akan dijalankan oleh Ketua Pengarah MAMPU selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan ICT (JKICT) MAMPU. JKICT ini terdiri daripada Ketua Pegawai Maklumat (CIO), Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Pengurusan dan Transformasi), Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO), dan semua Pengarah Bahagian. Ketua Pengarah MAMPU 010102 Penyebaran Dasar Dasar ini perlu disebarkan kepada semua pengguna MAMPU (termasuk kakitangan, pembekal, pakar runding dan lain-lain). ICTSO 010103 Penyelenggaraan Dasar Dasar Keselamatan ICT MAMPU adalah tertakluk kepada semakan dan pindaan dari semasa ke semasa termasuk kawalan keselamatan, prosedur dan proses selaras dengan perubahan teknologi, aplikasi, prosedur, perundangan, dasar Kerajaan dan kepentingan sosial. ICTSO Berikut adalah prosedur yang berhubung dengan penyelenggaraan Dasar Keselamatan ICT MAMPU: Kenal pasti dan tentukan perubahan yang diperlukan; Kemuka cadangan pindaan secara bertulis kepada ICTSO untuk pembentangan dan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 19 dari 91

Keselamatan ICT (JKICT), MAMPU; Maklum kepada semua pengguna perubahan yang telah dipersetujui oleh JKICT; dan Dasar ini hendaklah dikaji semula sekurang-kurangnya sekali setahun atau mengikut keperluan semasa. 010104 Pengecualian Dasar Dasar Keselamatan ICT MAMPU adalah terpakai kepada semua pengguna ICT MAMPU dan tiada pengecualian diberikan. Semua DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 20 dari 91

BIDANG 02 ORGANISASI KESELAMATAN 0201 Infrastruktur Organisasi Dalaman Objektif: Menerangkan peranan dan tanggungjawab individu yang terlibat dengan lebih jelas dan teratur dalam mencapai objektif Dasar Keselamatan ICT MAMPU. 020101 Ketua Pengarah MAMPU Ketua Pengarah MAMPU adalah berperanan dan bertanggungjawab dalam perkara-perkara seperti berikut: Ketua Pengarah MAMPU (e) Memastikan semua pengguna memahami peruntukan-peruntukan di bawah Dasar Keselamatan ICT MAMPU; Memastikan semua pengguna mematuhi Dasar Keselamatan ICT MAMPU; Memastikan semua keperluan organisasi (sumber kewangan, sumber manusia dan perlindungan keselamatan) adalah mencukupi; Memastikan penilaian risiko dan program keselamatan ICT dilaksanakan seperti yang ditetapkan di dalam Dasar Keselamatan ICT MAMPU; dan Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan ICT (JKICT), MAMPU. 020102 Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Ketua Pegawai Maklumat (CIO) bagi MAMPU ialah Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU. CIO Peranan dan tanggungjawab CIO adalah seperti berikut: DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 21 dari 91

Membantu Ketua Pengarah dalam melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan keselamatan ICT; Menentukan keperluan keselamatan ICT; Menyelaras dan mengurus pelan latihan dan program kesedaran keselamatan ICT seperti penyediaan DKICT MAMPU serta pengurusan risiko dan pengauditan; dan Bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan ICT MAMPU. 020103 Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) bagi MAMPU ialah Pengarah Bahagian Pematuhan ICT (BPICT), MAMPU. ICTSO Peranan dan tanggungjawab ICTSO yang dilantik adalah seperti berikut: (e) (f) (g) (h) Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT MAMPU; Menguatkuasakan pelaksanaan Dasar Keselamatan ICT MAMPU; Memberi penerangan dan pendedahan berkenaan Dasar Keselamatan ICT MAMPU kepada semua pengguna; Mewujudkan garis panduan, prosedur dan tatacara selaras dengan keperluan Dasar Keselamatan ICT MAMPU; Menjalankan pengurusan risiko; Menjalankan audit, mengkaji semula, merumus tindak balas pengurusan MAMPU berdasarkan hasil penemuan dan menyediakan laporan mengenainya; Memberi amaran terhadap kemungkinan berlakunya ancaman berbahaya seperti virus dan memberi khidmat nasihat serta menyediakan langkah-langkah perlindungan yang bersesuaian; Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada Pasukan Tindak balas Insiden Keselamatan ICT Kerajaan (GCERT), MAMPU dan DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 22 dari 91

memaklumkannya kepada CIO; (i) (j) (k) Bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dalam mengenal pasti punca ancaman atau insiden keselamatan ICT dan memperakukan langkah-langkah baik pulih dengan segera; dan Menyedia dan melaksanakan program-program kesedaran mengenai keselamatan ICT. Menjalankan penilaian untuk memastikan tahap keselamatan ICT dan mengambil tindakan pemulihan atau pengukuhan bagi meningkatkan tahap keselamatan infrastruktur ICT supaya insiden baru dapat dielakkan. (l) Koordinator Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (Koordinator PKP) MAMPU. 020104 Pengurus ICT Pengurus-pengurus ICT bagi MAMPU ialah Timbalan Pengarah Seksyen Teknologi Maklumat, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, Ketua Penolong Pengarah (ICT) MAMPU Cawangan Sarawak, Ketua Penolong Pengarah (ICT) MAMPU Cawangan Sabah, Pengurus Perkhidmatan EG*Net Dan PKI, Pengurus Perkhidmatan Pusat Data MAMPU dan Pengurus Perkhidmatan Portal ekl. Pengurus ICT Peranan dan tanggungjawab Pengurus ICT adalah seperti berikut: Mengkaji semula dan melaksanakan kawalan keselamatan ICT selaras dengan keperluan MAMPU; Menentukan kawalan akses pengguna terhadap aset ICT MAMPU; Melaporkan sebarang perkara atau penemuan mengenai keselamatan ICT kepada ICTSO; dan Menyimpan rekod, bahan bukti dan laporan terkini mengenai ancaman keselamatan ICT MAMPU. DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 23 dari 91

020105 Pentadbir Sistem ICT Pentadbir Sistem ICT bagi MAMPU ialah Penolong Pengarah Seksyen Teknologi Maklumat, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, Penolong Pengarah (ICT) MAMPU Cawangan Sabah, Penolong Pengarah (ICT) MAMPU Cawangan Sabah, Pentadbir Sistem ICT bagi Perkhidmatan EG*Net Dan PKI, Pentabdir Sistem ICT bagi Perkhidmatan Pusat Data MAMPU dan Pentadbir Sistem ICT bagi Perkhidmatan Portal ekl, Pentadbir Sistem ICT Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Sistem ICT adalah seperti berikut: (e) (f) (g) Mengambil tindakan yang bersesuaian dengan segera apabila dimaklumkan mengenai kakitangan yang berhenti, bertukar, bercuti, berkursus panjang atau berlaku perubahan dalam bidang tugas; Menentukan ketepatan dan kesempurnaan sesuatu tahap capaian berdasarkan arahan pemilik sumber maklumat sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Dasar Keselamatan ICT MAMPU; Memantau aktiviti capaian harian sistem aplikasi pengguna; Mengenal pasti aktiviti-aktiviti tidak normal seperti pencerobohan dan pengubahsuaian data tanpa kebenaran dan membatalkan atau memberhentikannya dengan serta merta; Menganalisis dan menyimpan rekod jejak audit; Menyediakan laporan mengenai aktiviti capaian secara berkala; dan Bertanggungjawab memantau setiap perkakasan ICT yang diagihkan kepada pengguna seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak, pengimbas dan sebagainya di dalam keadaan yang baik. 020106 Pengguna DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 24 dari 91

Pengguna mempunyai peranan dan tanggungjawab seperti berikut: Pengguna (e) (f) (g) Membaca, memahami dan mematuhi Dasar Keselamatan ICT MAMPU; Mengetahui dan memahami implikasi keselamatan ICT kesan dari tindakannya; Menjalani tapisan keselamatan sekiranya dikehendaki berurusan dengan maklumat rasmi terperingkat; Melaksanakan prinsip-prinsip Dasar Keselamatan ICT MAMPU dan menjaga kerahsiaan maklumat MAMPU; Melaporkan sebarang aktiviti yang mengancam keselamatan ICT kepada ICTSO dengan segera; Menghadiri program-program kesedaran mengenai keselamatan ICT; dan Menandatangani Surat Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT MAMPU sebagaimana Lampiran 1. 020107 Jawatan Kuasa Keselamatan ICT MAMPU DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 25 dari 91

Jawatankuasa Keselamatan ICT (JKICT) adalah jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam keselamatan ICT dan berperanan sebagai penasihat dan pemangkin dalam merumuskan rancangan dan strategi keselamatan ICT MAMPU. JKICT MAMPU Di MAMPU, Mesyuarat Pengurusan Kanan MAMPU (MPKM) juga berperanan sebagai JKICT MAMPU. Keanggotaan JKICT MAMPU adalah seperti berikut: Pengerusi : Ketua Pengarah MAMPU Ahli : (1) CIO MAMPU (2) Timbalan Ketua Pengarah (PT) (3) Semua Pengarah Bahagian (4) ICTSO MAMPU Urus Setia bagi JKICT MAMPU ialah urus setia yang mengendalikan MPKM. Bidang kuasa: (e) (f) (g) Memperakukan/meluluskan dokumen DKICT MAMPU; Memantau tahap pematuhan keselamatan ICT; Memperaku garis panduan, prosedur dan tatacara untuk aplikasiaplikasi khusus dalam MAMPU yang mematuhi keperluan DKICT MAMPU; Menilai teknologi yang bersesuaian dan mencadangkan penyelesaian terhadap keperluan keselamatan ICT; Memastikan DKICT MAMPU selaras dengan dasar-dasar ICT kerajaan semasa; Menerima laporan dan membincangkan hal-hal keselamatan ICT semasa; Membincang tindakan yang melibatkan pelanggaran DKICT DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 26 dari 91

MAMPU; dan (h) Membuat keputusan mengenai tindakan yang perlu diambil mengenai sebarang insiden. 020108 Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan ICT Kerajaan (GCERT) Keanggotaan GCERT adalah seperti berikut: GCERT DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 27 dari 91

Pengurus : Timbalan Pengarah, Seksyen Pengurusan Serangan Siber, Bahagian Pematuhan ICT, MAMPU Ahli : (1) Pegawai Teknologi Maklumat di Seksyen Pengurusan Serangan Siber, Bahagian Pematuhan ICT, MAMPU; dan (2) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Seksyen Pengurusan Serangan Siber, Bahagian Pematuhan ICT, MAMPU. Peranan dan tanggungjawab GCERT adalah seperti berikut: (e) Menerima dan mengesan aduan keselamatan ICT serta menilai tahap dan jenis insiden; Merekod dan menjalankan siasatan awal insiden yang diterima; Menangani tindak balas (response) insiden keselamatan ICT dan mengambil tindakan baik pulih minimum; Menasihati MAMPU mengambil tindakan pemulihan dan pengukuhan; Menyebarkan makluman berkaitan pengukuhan keselamatan ICT kepada MAMPU. 0202 Pihak Ketiga Objektif: Menjamin keselamatan semua aset ICT yang digunakan oleh pihak ketiga (Pembekal, Pakar Runding dan lain-lain). 020201 Keperluan Keselamatan Kontrak dengan Pihak Ketiga DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 28 dari 91

Ini bertujuan memastikan penggunaan maklumat dan kemudahan proses maklumat oleh pihak ketiga dikawal. Perkara yang perlu dipatuhi termasuk yang berikut: Membaca, memahami dan mematuhi Dasar Keselamatan ICT MAMPU; CIO, ICTSO, Pengurus ICT, Pentadbir Sistem ICT dan Pihak Ketiga (e) Mengenal pasti risiko keselamatan maklumat dan kemudahan pemprosesan maklumat serta melaksanakan kawalan yang sesuai sebelum memberi kebenaran capaian; Mengenal pasti keperluan keselamatan sebelum memberi kebenaran capaian atau penggunaan kepada pihak ketiga; Akses kepada aset ICT MAMPU perlu berlandaskan kepada perjanjian kontrak; Memastikan semua syarat keselamatan dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian dengan pihak ketiga. Perkara-perkara berikut hendaklah dimasukkan di dalam perjanjian yang dimeterai. i. Dasar Keselamatan ICT MAMPU; ii. Tapisan Keselamatan iii. Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972; dan iv. Hak Harta Intelek. (f) Menandatangani Surat Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT MAMPU sebagaimana Lampiran 1. DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 29 dari 91

BIDANG 03 PENGURUSAN ASET 0301 Akauntabiliti Aset Objektif: Memberi dan menyokong perlindungan yang bersesuaian ke atas semua aset ICT MAMPU. 030101 Inventori Aset ICT Ini bertujuan memastikan semua aset ICT diberi kawalan dan perlindungan yang sesuai oleh pemilik atau pemegang amanah masing-masing. Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: Pentadbir Sistem dan Semua Memastikan semua aset ICT dikenal pasti dan maklumat aset direkod dalam borang daftar harta modal dan inventori dan sentiasa dikemas kini; Memastikan semua aset ICT mempunyai pemilik dan dikendalikan oleh pengguna yang dibenarkan sahaja; Memastikan semua pengguna mengesahkan penempatan aset ICT yang ditempatkan di MAMPU; Peraturan bagi pengendalian aset ICT hendaklah dikenal pasti, di dokumen dan dilaksanakan; dan (e) Setiap pengguna adalah bertanggungjawab ke atas semua aset ICT di bawah kawalannya. DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 30 dari 91

0302 Pengelasan dan Pengendalian Maklumat Objektif: Memastikan setiap maklumat atau aset ICT diberikan tahap perlindungan yang bersesuaian. 030201 Pengelasan Maklumat Maklumat hendaklah dikelaskan atau dilabelkan sewajarnya oleh pegawai yang diberi kuasa mengikut dokumen Arahan Keselamatan. Semua Setiap maklumat yang dikelaskan mestilah mempunyai peringkat keselamatan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam dokumen Arahan Keselamatan seperti berikut: Rahsia Besar; Rahsia; Sulit; atau Terhad. 030202 Pengendalian Maklumat Aktiviti pengendalian maklumat seperti mengumpul, memproses, menyimpan, menghantar, menyampai, menukar dan memusnah hendaklah mengambil kira langkah-langkah keselamatan berikut: Semua (e) (f) Menghalang pendedahan maklumat kepada pihak yang tidak dibenarkan; Memeriksa maklumat dan menentukan ia tepat dan lengkap dari semasa ke semasa; Menentukan maklumat sedia untuk digunakan; Menjaga kerahsiaan kata laluan; Mematuhi standard, prosedur, langkah dan garis panduan keselamatan yang ditetapkan; Memberi perhatian kepada maklumat terperingkat terutama semasa DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 31 dari 91

pewujudan, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran, penyampaian, pertukaran dan pemusnahan; dan (g) Menjaga kerahsiaan langkah-langkah keselamatan ICT dari diketahui umum. DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 32 dari 91

BIDANG 04 KESELAMATAN SUMBER MANUSIA 0401 Keselamatan Sumber Manusia Dalam Tugas Harian Objektif: Memastikan semua sumber manusia yang terlibat termasuk pegawai dan kakitangan MAMPU, pembekal, pakar runding dan pihak-pihak yang berkepentingan memahami tanggungjawab dan peranan serta meningkatkan pengetahuan dalam keselamatan aset ICT. Semua warga MAMPU hendaklah mematuhi terma dan syarat perkhidmatan serta peraturan semasa yang berkuat kuasa. 040101 Sebelum Perkhidmatan Perkara-perkara yang mesti dipatuhi termasuk yang berikut: Semua Menyatakan dengan lengkap dan jelas peranan dan tanggungjawab pegawai dan kakitangan MAMPU serta pihak ketiga yang terlibat dalam menjamin keselamatan aset ICT sebelum, semasa dan selepas perkhidmatan; Menjalankan tapisan keselamatan untuk pegawai dan kakitangan MAMPU serta pihak ketiga yang terlibat berasaskan keperluan perundangan, peraturan dan etika terpakai yang selaras dengan keperluan perkhidmatan, peringkat maklumat yang akan dicapai serta risiko yang dijangkakan; dan Mematuhi semua terma dan syarat perkhidmatan yang ditawarkan dan peraturan semasa yang berkuat kuasa berdasarkan perjanjian yang telah ditetapkan. 040102 Dalam Perkhidmatan Perkara-perkara yang perlu dipatuhi termasuk yang berikut: Semua Memastikan pegawai dan kakitangan MAMPU serta pihak ketiga yang berkepentingan mengurus keselamatan aset ICT berdasarkan perundangan dan peraturan yang ditetapkan oleh MAMPU; Memastikan latihan kesedaran dan yang berkaitan mengenai pengurusan keselamatan aset ICT diberi kepada pengguna ICT DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 33 dari 91

MAMPU secara berterusan dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka, dan sekiranya perlu diberi kepada pihak ketiga yang berkepentingan dari semasa ke semasa; Memastikan adanya proses tindakan disiplin dan/atau undangundang ke atas pegawai dan kakitangan MAMPU serta pihak ketiga yang berkepentingan sekiranya berlaku perlanggaran dengan perundangan dan peraturan ditetapkan oleh MAMPU; dan Memantapkan pengetahuan berkaitan dengan penggunaan aset ICT bagi memastikan setiap kemudahan ICT digunakan dengan cara dan kaedah yang betul demi menjamin kepentingan keselamatan ICT. Sebarang kursus dan latihan teknikal yang diperlukan, pengguna boleh merujuk kepada Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, MAMPU. 040103 Bertukar Atau Tamat Perkhidmatan Perkara-perkara yang perlu dipatuhi termasuk yang berikut: Semua Memastikan semua aset ICT dikembalikan kepada MAMPU mengikut peraturan dan/atau terma perkhidmatan yang ditetapkan; dan Membatalkan atau menarik balik semua kebenaran capaian ke atas maklumat dan kemudahan proses maklumat mengikut peraturan yang ditetapkan oleh MAMPU dan/atau terma perkhidmatan. DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 34 dari 91

BIDANG 05 KESELAMATAN FIZIKAL DAN PERSEKITARAN 0501 Keselamatan Kawasan Objektif: Melindungi premis dan maklumat daripada sebarang bentuk pencerobohan, ancaman, kerosakan serta akses yang tidak dibenarkan. 050101 Kawalan Kawasan Ini bertujuan untuk menghalang akses, kerosakan dan gangguan secara fizikal terhadap premis dan maklumat agensi. Perkara-perkara yang perlu dipatuhi termasuk yang berikut: Kawasan keselamatan fizikal hendaklah dikenal pasti dengan jelas. Lokasi dan keteguhan keselamatan fizikal hendaklah bergantung kepada keperluan untuk melindungi aset dan hasil penilaian risiko; Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (KPKK), CIO dan ICTSO (e) (f) (g) (h) (i) Menggunakan keselamatan perimeter (halangan seperti dinding, pagar kawalan, pengawal keselamatan) untuk melindungi kawasan yang mengandungi maklumat dan kemudahan pemprosesan maklumat; Memasang alat penggera atau kamera; Mengehadkan jalan keluar masuk; Mengadakan kaunter kawalan; Menyediakan tempat atau bilik khas untuk pelawat-pelawat; Mewujudkan perkhidmatan kawalan keselamatan; Melindungi kawasan terhad melalui kawalan pintu masuk yang bersesuaian bagi memastikan kakitangan yang diberi kebenaran sahaja boleh melalui pintu masuk ini; Mereka bentuk dan melaksanakan keselamatan fizikal di dalam DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 35 dari 91

pejabat, bilik dan kemudahan; (j) (k) (l) Mereka bentuk dan melaksanakan perlindungan fizikal dari kebakaran, banjir, letupan, kacau-bilau dan bencana; Menyediakan garis panduan untuk kakitangan yang bekerja di dalam kawasan terhad; dan Memastikan kawasan-kawasan penghantaran dan pemunggahan dan juga tempat-tempat lain dikawal dari pihak yang tidak diberi kebenaran memasukinya. 050102 Kawalan Masuk Fizikal Perkara-perkara yang perlu dipatuhi termasuk yang berikut: Semua Setiap pengguna MAMPU hendaklah memakai atau mengenakan pas keselamatan sepanjang waktu bertugas; Semua pas keselamatan hendaklah diserahkan balik kepada MAMPU apabila pengguna berhenti atau bersara; Setiap pelawat hendaklah mendapatkan Pas Keselamatan Pelawat di pintu kawalan utama Kompleks Jabatan Perdana Menteri. Amalan ini juga perlu dipatuhi di kompleks pejabat utama MAMPU Sabah dan Sarawak. Pas ini hendaklah dikembalikan semula selepas tamat lawatan; dan Kehilangan pas mestilah dilaporkan dengan segera. 050103 Kawasan Larangan Kawasan larangan ditakrifkan sebagai kawasan yang dihadkan kemasukan kepada pegawai-pegawai yang tertentu sahaja. Ini dilaksanakan untuk melindungi aset ICT yang terdapat di dalam kawasan tersebut. Pentadbir Sistem Kawasan larangan di MAMPU adalah bilik Ketua Pengarah, bilik Timbalan Ketua Pengarah, pejabat Seksyen Pemantauan Siber (PRISMA), bilik server, bilik Operasi GOE-EGDMS dan Pusat Data (Data Centre). Akses kepada kawasan larangan hanyalah kepada pegawaipegawai yang dibenarkan sahaja; dan DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 36 dari 91

Pihak ketiga adalah dilarang sama sekali untuk memasuki kawasan larangan kecuali, bagi kes-kes tertentu seperti memberi perkhidmatan sokongan atau bantuan teknikal, dan mereka hendaklah diiringi sepanjang masa sehingga tugas di kawasan berkenaan selesai. 0502 Keselamatan Peralatan Objektif: Melindungi peralatan ICT MAMPU dari kehilangan, kerosakan, kecurian serta gangguan kepada peralatan tersebut. 050201 Peralatan ICT Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: Semua (e) (f) (g) (h) Pengguna hendaklah menyemak dan memastikan semua peralatan ICT di bawah kawalannya berfungsi dengan sempurna; Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya ke atas komputer masing-masing dan tidak dibenarkan membuat sebarang pertukaran perkakasan dan konfigurasi yang telah ditetapkan; Pengguna dilarang sama sekali menambah, menanggal atau mengganti sebarang perkakasan ICT yang telah ditetapkan; Pengguna dilarang membuat instalasi sebarang perisian tambahan tanpa kebenaran Pentadbir Sistem ICT; Pengguna adalah bertanggungjawab di atas kerosakan atau kehilangan peralatan ICT di bawah kawalannya; Pengguna mesti memastikan perisian antivirus di komputer peribadi mereka sentiasa aktif (activated) dan dikemas kini di samping melakukan imbasan ke atas media storan yang digunakan; Penggunaan kata laluan untuk akses ke sistem komputer adalah diwajibkan; Semua peralatan sokongan ICT hendaklah dilindungi daripada DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 37 dari 91

kecurian, kerosakan, penyalahgunaan atau pengubahsuaian tanpa kebenaran; (i) (j) (k) (l) (m) (n) (o) (p) (q) (r) (s) (t) Peralatan-peralatan kritikal perlu disokong oleh Uninterruptable Power Supply (UPS); Semua peralatan ICT hendaklah disimpan atau diletakkan di tempat yang teratur, bersih dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Peralatan rangkaian seperti switches, hub, router dan lain-lain perlu diletakkan di dalam rak khas dan berkunci; Semua peralatan yang digunakan secara berterusan mestilah diletakkan di kawasan yang berhawa dingin dan mempunyai pengudaraan (air ventilation) yang sesuai; Peralatan ICT yang hendak dibawa keluar dari premis MAMPU, perlulah mendapat kelulusan Pentadbir Sistem ICT dan direkodkan bagi tujuan pemantauan; Peralatan ICT yang hilang hendaklah dilaporkan kepada ICTSO dan Pegawai Aset dengan segera; Pengendalian peralatan ICT hendaklah mematuhi dan merujuk kepada peraturan semasa yang berkuat kuasa; Pengguna tidak dibenarkan mengubah kedudukan komputer dari tempat asal ia ditempatkan tanpa kebenaran Pentadbir Sistem ICT; Sebarang kerosakan peralatan ICT hendaklah dilaporkan kepada Pentadbir Sistem ICT untuk di baik pulih; Sebarang pelekat selain bagi tujuan rasmi tidak dibenarkan. Ini bagi menjamin peralatan tersebut sentiasa berkeadaan baik; Konfigurasi alamat IP tidak dibenarkan diubah daripada alamat IP yang asal; Pengguna dilarang sama sekali mengubah kata laluan bagi pentadbir (administrator password) yang telah ditetapkan oleh Pentadbir Sistem ICT; Pengguna bertanggungjawab terhadap perkakasan, perisian dan maklumat di bawah jagaannya dan hendaklah digunakan DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 38 dari 91

sepenuhnya bagi urusan rasmi sahaja; (u) (v) (w) Pengguna hendaklah memastikan semua perkakasan komputer, pencetak dan pengimbas dalam keadaan OFF apabila meninggalkan pejabat; Sebarang bentuk penyelewengan atau salah guna peralatan ICT hendaklah dilaporkan kepada ICTSO; dan Memastikan plag dicabut daripada suis utama (main switch) bagi mengelakkan kerosakan perkakasan sebelum meninggalkan pejabat jika berlaku kejadian seperti petir, kilat dan sebagainya. 050202 Media Storan Media storan merupakan peralatan elektronik yang digunakan untuk menyimpan data dan maklumat seperti disket, cakera padat, pita magnetik, optical disk, flash disk, CDROM, thumb drive dan media storan lain. Semua Media-media storan perlu dipastikan berada dalam keadaan yang baik, selamat, terjamin kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan untuk digunakan. Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (e) Media storan hendaklah disimpan di ruang penyimpanan yang baik dan mempunyai ciri-ciri keselamatan bersesuaian dengan kandungan maklumat; Akses untuk memasuki kawasan penyimpanan media storan hendaklah terhad kepada pengguna yang dibenarkan sahaja; Semua media storan perlu dikawal bagi mencegah dari capaian yang tidak dibenarkan, kecurian dan kemusnahan; Semua media storan yang mengandungi data kritikal hendaklah disimpan di dalam peti keselamatan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan termasuk tahan dari dipecahkan, api, air dan medan magnet; Akses dan pergerakan media storan hendaklah direkodkan; DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 39 dari 91

(f) (g) (h) (i) Perkakasan backup hendaklah diletakkan di tempat yang terkawal; Mengadakan salinan atau penduaan (backup) pada media storan kedua bagi tujuan keselamatan dan bagi mengelakkan kehilangan data; Semua media storan data yang hendak dilupuskan mestilah dihapuskan dengan teratur dan selamat; dan Penghapusan maklumat atau kandungan media mestilah mendapat kelulusan pemilik maklumat terlebih dahulu. 050203 Media Tandatangan Digital Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: Semua Pengguna hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas media tandatangan digital bagi melindungi daripada kecurian, kehilangan, kerosakan, penyalahgunaan dan pengklonan; Media ini tidak boleh dipindah milik atau dipinjamkan; dan Sebarang insiden kehilangan yang berlaku hendaklah dilaporkan dengan segera kepada ICTSO untuk tindakan seterusnya. 050204 Media Perisian dan Aplikasi Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: Semua Hanya perisian yang diperakui sahaja dibenarkan bagi kegunaan MAMPU; Sistem aplikasi dalaman tidak dibenarkan didemonstrasi atau diagih kepada pihak lain kecuali dengan kebenaran Pengurus ICT; Lesen perisian (registration code, serials, CD-keys) perlu disimpan berasingan daripada CD-rom, disk atau media berkaitan bagi mengelakkan dari berlakunya kecurian atau cetak rompak; dan Source code sesuatu sistem hendaklah disimpan dengan teratur dan sebarang pindaan mestilah mengikut prosedur yang DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 40 dari 91

ditetapkan. 050205 Penyelenggaraan Perkakasan Perkakasan hendaklah diselenggarakan dengan betul bagi memastikan kebolehsediaan, kerahsiaan dan integriti. Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: Semua perkakasan yang diselenggara hendaklah mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh pengeluar; Pegawai Aset dan Seksyen Teknologi Maklumat, MAMPU Memastikan perkakasan hanya boleh diselenggara oleh kakitangan atau pihak yang dibenarkan sahaja; Bertanggungjawab terhadap setiap perkakasan bagi penyelenggaraan perkakasan sama ada dalam tempoh jaminan atau telah habis tempoh jaminan; Menyemak dan menguji semua perkakasan sebelum dan selepas proses penyelenggaraan; (e) Memaklumkan pengguna sebelum melaksanakan penyelenggaraan mengikut jadual yang ditetapkan atau atas keperluan; dan (f) Semua penyelenggaraan mestilah mendapat kebenaran daripada Pengurus ICT. 050206 Peralatan di Luar Premis Perkakasan yang dibawa keluar dari premis MAMPU adalah terdedah kepada pelbagai risiko. Semua Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: Peralatan perlu dilindungi dan dikawal sepanjang masa; dan Penyimpanan atau penempatan peralatan mestilah mengambil kira ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian. DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 41 dari 91

050207 Pelupusan Perkakasan Pelupusan melibatkan semua peralatan ICT yang telah rosak, usang dan tidak boleh dibaiki sama ada harta modal atau inventori yang dibekalkan oleh MAMPU dan ditempatkan di MAMPU. Peralatan ICT yang hendak dilupuskan perlu melalui prosedur pelupusan semasa. Pelupusan perlu dilakukan secara terkawal dan lengkap supaya maklumat tidak terlepas dari kawalan MAMPU. Semua, Pegawai Aset dan Seksyen Teknologi Maklumat, MAMPU Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (e) (f) (g) (h) Semua kandungan peralatan khususnya maklumat rahsia rasmi hendaklah dihapuskan terlebih dahulu sebelum pelupusan sama ada melalui shredding, grinding, degauzing atau pembakaran; Sekiranya maklumat perlu disimpan, maka pengguna bolehlah membuat penduaan; Peralatan ICT yang akan dilupuskan sebelum dipindah-milik hendaklah dipastikan data-data dalam storan telah dihapuskan dengan cara yang selamat; Pegawai Aset hendaklah mengenal pasti sama ada peralatan tertentu boleh dilupuskan atau sebaliknya; Peralatan yang hendak dilupus hendaklah disimpan di tempat yang telah dikhaskan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi menjamin keselamatan peralatan tersebut; Pegawai aset bertanggungjawab merekodkan butir butir pelupusan dan mengemas kini rekod pelupusan peralatan ICT ke dalam sistem inventori MyAsset; Pelupusan peralatan ICT hendaklah dilakukan secara berpusat dan mengikut tatacara pelupusan semasa yang berkuat kuasa; dan Pengguna ICT adalah DILARANG SAMA SEKALI daripada melakukan perkara-perkara seperti berikut: i. Menyimpan mana-mana peralatan ICT yang hendak DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 42 dari 91

dilupuskan untuk milik peribadi. Mencabut, menanggal dan menyimpan perkakasan tambahan dalaman CPU seperti RAM, hardisk, motherboard dan sebagainya; ii. iii. iv. Menyimpan dan memindahkan perkakasan luaran komputer seperti AVR, speaker dan mana-mana peralatan yang berkaitan ke mana-mana bahagian di MAMPU; Memindah keluar dari MAMPU mana-mana peralatan ICT yang hendak dilupuskan; Melupuskan sendiri peralatan ICT kerana kerja-kerja pelupusan di bawah tanggungjawab MAMPU; dan v. Pengguna ICT bertanggungjawab memastikan segala maklumat sulit dan rahsia di dalam komputer disalin pada media storan kedua seperti disket atau thumb drive sebelum menghapuskan maklumat tersebut daripada peralatan komputer yang hendak dilupuskan. 0503 Keselamatan Persekitaran Objektif: Melindungi aset ICT MAMPU dari sebarang bentuk ancaman persekitaran yang disebabkan oleh bencana alam, kesilapan, kecuaian atau kemalangan. 050301 Kawalan Persekitaran Bagi menghindarkan kerosakan dan gangguan terhadap premis dan aset ICT, semua cadangan berkaitan premis sama ada untuk memperoleh, menyewa, ubahsuai, pembelian hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (KPKK). Semua Bagi menjamin keselamatan persekitaran, perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi: Merancang dan menyediakan pelan keseluruhan susun atur pusat data (bilik percetakan, peralatan komputer dan ruang atur pejabat DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 43 dari 91

dan sebagainya) dengan teliti; (e) (f) (g) (h) Semua ruang pejabat khususnya kawasan yang mempunyai kemudahan ICT hendaklah dilengkapi dengan perlindungan keselamatan yang mencukupi dan dibenarkan seperti alat pencegah kebakaran dan pintu kecemasan; Peralatan perlindungan hendaklah dipasang di tempat yang bersesuaian, mudah dikenali dan dikendalikan; Bahan mudah terbakar hendaklah disimpan di luar kawasan kemudahan penyimpanan aset ICT; Semua bahan cecair hendaklah diletakkan di tempat yang bersesuaian dan berjauhan dari aset ICT; Pengguna adalah dilarang merokok atau menggunakan peralatan memasak seperti cerek elektrik berhampiran peralatan komputer; Semua peralatan perlindungan hendaklah disemak dan diuji sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam setahun. Aktiviti dan keputusan ujian ini perlu direkodkan bagi memudahkan rujukan dan tindakan sekiranya perlu; dan Akses kepada saluran riser hendaklah sentiasa dikunci. 050302 Bekalan Kuasa Bekalan kuasa merupakan punca kuasa elektrik yang dibekalkan kepada peralatan ICT. Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: Semua peralatan ICT hendaklah dilindungi dari kegagalan bekalan elektrik dan bekalan yang sesuai hendaklah disalurkan kepada peralatan ICT; Seksyen Teknologi Maklumat, MAMPU dan ICTSO Peralatan sokongan seperti Uninterruptable Power Supply (UPS) dan penjana (generator) boleh digunakan bagi perkhidmatan kritikal seperti di bilik server supaya mendapat bekalan kuasa DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 44 dari 91

berterusan; dan Semua peralatan sokongan bekalan kuasa hendaklah disemak dan diuji secara berjadual. 050303 Kabel Kabel komputer hendaklah dilindungi kerana ia boleh menyebabkan maklumat menjadi terdedah. Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil adalah seperti berikut: Menggunakan kabel yang mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan; Seksyen Teknologi Maklumat, MAMPU dan ICTSO Melindungi kabel daripada kerosakan yang disengajakan atau tidak disengajakan; Melindungi laluan pemasangan kabel sepenuhnya bagi mengelakkan ancaman kerosakan dan wire tapping; dan Semua kabel perlu dilabelkan dengan jelas dan mestilah melalui trunking bagi memastikan keselamatan kabel daripada kerosakan dan pintasan maklumat. 050304 Prosedur Kecemasan Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: Setiap pengguna hendaklah membaca, memahami dan mematuhi prosedur kecemasan dengan merujuk kepada Garis Panduan Keselamatan MAMPU 2004; dan Semua dan Pegawai Keselamatan Jabatan Kecemasan persekitaran seperti kebakaran hendaklah dilaporkan kepada Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) yang dilantik mengikut aras. DKICT MAMPU Versi 5.3 05/24/10 45 dari 91