Gagasan Keadilan daripada Kesaksamaan Sebagai Asas Idea Keadilan Rawls

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Takrifan Etika ethos

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK Dl MELAKA: SATU ANALISA NorAzilah Ahmad Nor Fazilah Abdul Hamid

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

TOPIC 8 THE MORAL DIMENSIONS OF AN ECONOMIC SYSTEM (DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ANALISIS TEORI PARADIGMA (PARADIGM THEORY) HANS KÜNG DALAM KAJIAN AGAMA

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

KEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The Priority of Human Development to Balance National Development)

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

GALLEY PROOF. Kawalan Dalaman Tadbir Urus Wakaf di Malaysia

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Undang-Undang di Malaysia dan Jaminan Hak Orang Kurang Upaya untuk Bekerja

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

Genesis Tajribah Miskawayh dalam Tajarib al-umam

SKOP EKONOMI DALAM KONTRAK TABARRU AT : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA AL-UM DAN MINHAJ AL-TALIBIN (AL-SYARBINI)

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Transcription:

seminar falsafah malaysia iv institut penyelidikan anwar ibrahim 13 & 14 ogos 2016 Gagasan Keadilan daripada Kesaksamaan Sebagai Asas Idea Keadilan Rawls hazman baharom Sepanjang kehidupan intelektual Rawls, gagasan Keadilan daripada Kesaksamaan merupakan satu idea yang dibangunkan beliau sebelum lahirnya A Theory of Justice. Gagasan ini menjadi asas kepada semua idea beliau, daripada bagaimana idea keadilan boleh dibentuk, bagaimana ia disusun sebagai prinsip, dan bagaimana ia difahami lantas dikembangkan lagi. Justeru, untuk memahami Rawls, gagasan ini perlu difahami terlebih dahulu. Kertas ini akan menghuraikan gagasan ini, terutamanya huraiannya dalam kaitan idea keadilan di peringkat domestik. 1 1 Pendahuluan Idea Rawls dicetuskan dengan persoalan ini: What is the most appropriate moral conception of justice for a democratic society? 2 1 Kertas ini sengaja ditulis secara ringkas kerana kaitan idea keadilan daripada kesaksamaan dengan dimensi-dimensi lain idea Rawls telah pun diterangkan dalam tiga siri sebelum ini. Sila lihat kertas-kertas saya sebelum ini untuk huraian lanjut. Boleh juga menonton siri-siri syarahan saya di saluran YouTube LiberTV bertajuk John Rawls dan Teori Keadilan Liberal. 2 Rawls 1999, hlm. viii, xiii.

104 seminar falsafah malaysia iv Teori keadilan politik yang terangkum di dalam adikarya John Rawls, A Theory of Justice itu berdiri di atas beberapa kefahaman terhadap idea-idea asas: idea tentang seorang insan yang dilahirkan bebas dan setara, idea bahawa sebuah masyarakat merupakan satu sistem usahasama demi manfaat bersama, dan idea keadilan daripada kesaksamaan. Ketiga-tiga idea asas ini terpancar dan dapat dilihat dalam metode mengenal pasti prinsip-prinsip keadilan iaitu eksperimen minda bernama posisi asli, pembahagian kepada dua prinsip utama bagi keadilan, dan melalui pengembangan idea tadi kepada pemahaman terhadap konsepsi politik (terutamanya dalam Political Liberalism) dan juga hubungan antara negara-bangsa dalam komuniti global (dalam The Law of Peoples). Gagasan keadilan daripada kesaksamaan ini bermaksud, prinsip-prinsip keadilan diformulasikan menerusi metode yang mengangkat kesaksamaan antara insan yang terlibat, dengan cara mengetepikan atau menolak ciri-ciri identiti mereka yang mampu menjadikan mereka tidak objektif atau berat sebelah dalam pertimbangan. Justeru, dari iktikad inilah, Rawls telah mengajukan metode posisi asli, dengan semua pihak yang berada di dalamnya itu duduk di belakang hijab ketidakkenalan diri, dengan tujuan menggariskan prinsip-prinsip tersebut. Seterusnya, prinsip yang digariskan itu pula akan menjadi wahana pula bagi mencapai ideal insan yang bebas dan setara di dalam sebuah masyarakat demokratik seperti yang diimpikan Rawls. Kertas ini akan menerangkan satu-persatu kesemua perkara tersebut. Bermula dengan pemahaman Rawls ke atas manusia sebagai insan berserta masyarakatnya, kepada bagaimana gagasan keadilan daripada kesaksamaan ini dibentuk lantas diaplikasikan dalam analisis beliau. 2 Rawls Tentang Insan dan Masyarakat Terdapat banyak cara untuk memahami dan menanggapi konsep sebagai insan. Di sini, saya bezakan antara istilah insan (untuk menterjemah persons) dengan manusia (human beings, yakni spesies homo sapiens, manusia basyari). Bagi Rawls, insan yang memiliki kualiti bebas dan setara, bukannya manusia. Hakikat bahawasanya kita meletakkan kualiti kepada kewujudan insan itu bermaksud kita sedang meletakkan sesuatu nilai normatif padanya, dengan cara yang paling tepat pada pertimbangan moral jua keadilan.

9. hazman baharom 105 Hal ini dijelaskan Rawls terutamanya dalam Justice as Fairness: A Restatement. Semua insan memiliki kebebasan asasi, dan semua pihak memiliki kebebasan ini secara setara. Selain itu, kesetaraan juga penting dalam melihat keupayaan moral setiap individu, sebagai manusia yang saling memiliki keupayaan nalar rasional untuk memilih secara munasabah, memiliki konsepsi kebaikan sendiri, dan mempunyai idea sendiri tentang kehidupan yang baik. Sekalipun seorang insan itu boleh didefinisikan dari sudut metafizik, tetapi Rawls tidak mengambil kira dimensi ini walaupun beliau mengakui bahawa sepanjang sejarah falsafah, konsep metafizik seorang insan melatari semua definisi yang ada. Namun, hal ini difahami kerana tujuan beliau adalah untuk membina satu konsep normatif bagi seorang insan yang akan menyokong pula teori keadilan normatif supaya dapat mencapai aspirasi insan yang bebas dan setara itu. Seterusnya, idea Rawls tentang masyarakat juga perlu ditinjau. Masyarakat, bagi Rawls, adalah sepatutnya difahami sebagai satu sistem usahasama sosial yang adil. Dari sini, kita dapat menerbitkan beberapa prinsip seperti kesamarataan dalam hak asasi, skim kebebasan asasi yang sama rata, kesamarataan peluang yang adil, dan idea prinsip pembezaan. Prinsip-prinsip ini merupakan wahana yang diguna pakai bagi mencapai matlamat, tetapi turut juga menjadi matlamat daripada pengamal laksanaan prinsip-prinsip keadilan. Hal ini akan diterangkan lebih lanjut di bahagian seterusnya. 3 Idea Posisi Asli Sebelum menelusuri prinsip keadilan yang diutarakan Rawls, kita perlu menjawab soalan bagaimana ia dicapai? Persoalan ini menuntut kepada pertimbangan bagaimana prinsip-prinsip tersebut diformulasikan supaya ia boleh diterima oleh nalar rasional insaninsan yang munasabah. Sejajar dengan idea asas Rawls tentang insan dan masyarakat, idea posisi asli ini merupakan satu keadaan hipotetikal yang sifatnya tak-sejarawi, supaya ia dapat menjadi eksperimen minda untuk kita hadir dengan apakah prinsip keadilan yang bakal dicapai dalam keadaan ideal. Posisi asli ialah kita membayangkan satu keadaan hipotetikal, di mana semua pihak yang akan terlibat dalam membentuk prinsipprinsip keadilan dalam sebuah masyarakat demokratik tertentu akan duduk bersama dan berbahas untuk mencapai prinsip tersebut.

106 seminar falsafah malaysia iv Mereka ini pula berada di belakang hijab ketidakkenalan diri, dengan maksud mereka tidak mengenal beberapa perkara tentang diri mereka. Antara perkara ini termasuklah: 1. Status sosial di dunia sebenar 2. Bakat yang dimiliki 3. Kekayaan yang dimiliki 4. Pekerjaan dan cita-cita 5. Jantina 6. Bangsa dan kepercayaan 7. Keupayaan biologi Seterusnya, andaian yang perlu dipegang pula adalah, mereka ini bersifat nyah-risiko (risk-averse) dan tak-altruistik (non-altruistic) dalam pertimbangan untuk mencapai prinsip keadilan. Semua orang yang tidak memiliki pengetahuan tentang kesemua ciri yang disebut di atas tentang dirinya sendiri, tetapi pada masa yang sama, tidak mahu mengambil risiko, akan secara rasional memilih prinsip keadilan yang akan (1) menjamin kebebasan asasi setiap individu, (2) menjamin peluang yang sama rata kepada setiap individu untuk memperoleh kekayaan atau jawatan, dan (3) menjamin adanya susunan sosial yang akan mengambil berat kebajikan strata masyarakat terbawah. Selain itu, tujuan bagi hijab ketidakkenalan diri ini adalah untuk memastikan perbahasan yang berlangsung di dalam posisi asli itu dijalankan dengan saksama, dengan semua pihak memiliki hak sama rata untuk bersuara dan memilih tanpa dipengaruhi penyengetan dalam peluang yang diakibatkan oleh perbezaan kelas sosial atau kekayaan. Sebagai contoh, di dunia sebenar, jika berlaku rundingan antara seorang sultan dengan seorang gelandangan di jalanan, terdapat kebarangkalian yang amat tinggi bahawa sultan tersebut akan mendapat kepentingannya dan gelandangan tersebut akan dizalimi, hanya disebabkan perbezaan kelas sosial jua kekayaan masing-masing. Rawls ingin mengetepikan perbezaan palsu ini, kerana ia akan menjejaskan kondisi kesaksamaan yang diperlukan bagi mencapai prinsip keadilan yang adil untuk semua insan. Perlu diingat, proses hipotetikal ini berlaku secara ex ante, bukan ex post. Iaitu, kita andaikan bahawasanya ia berlaku sebelum institusi penting dalam masyarakat disusun dan bergerak untuk mengagihagihkan manfaat serta beban yang layak untuk setiap anggota masyarakat tersebut. Jadi, idea keadilan Rawls bukanlah berdiri di atas pengagihan setiap barangan atau jawatan secara langsung, tetapi

9. hazman baharom 107 ia terbina di atas pengagihan hak dan kewajipan 3 yang kemudiannya akan ditafsirkan menerusi transaksi individu jua institusi, lantas akan menatijahkan satu susunan masyarakat yang adil di sudut kepengagihan. Di sinilah gagasan keadilan daripada kesaksamaan itu teraplikasi, bilamana kita mengguna pakai satu alat penalaran (reasoning device) yang mengandaikan semua pihak berada dalam keadaan saksama, dan hasil daripada perbahasan ini, munculnya prinsip keadilan yang akan mengawalselia pergerakan masyarakat tersebut. Bagaimana kaitannya dengan dua prinsip keadilan akan dibahaskan di bahagian selepas ini. 4 Dua Prinsip Keadilan Kemudian, kita akan menelusuri pula dua prinsip keadilan yang digariskan Rawls. Menurut Rawls, di dalam posisi asli, semua pihak yang rasional akan mampu menerima idea ini kerana kelebihan yang ada pada idea ini berbanding dengan idea-idea besar lain yang juga mampu menjadi naratif bagi gagasan keadilan politik. Idea-idea lain itu termasuklah utilitarianisme, etika murni, kelayakan-isme (desert), perfeksionisme (perfectionism) atau libertarianisme. Idea keadilan Rawls ini akan diaplikasikan di peringkat institusi, bukan individu. Institusi ini pula difahami menerusi hubungan sosial antara seorang individu dengan individu lain atau kumpulan yang melibatkan dirinya, bersama-sama set-set peraturan serta andaian khusus yang dipegang mereka. Justeru, institusi di sini bukan sahaja bermaksud jabatan kerajaan, syarikat korporat, atau pertubuhan bukan kerajaan, tetapi juga ia melibatkan keluarga, komuniti setempat, agama, sempadan negara, dan bermacammacam lagi. Hakikat bahawasanya pengaruh institusi adalah amat menebal dalam kalangan manusia moden menjadikan Rawls melihat bahawa sebenarnya susunan institusi-lah yang akan mempengaruhi pengagihan hak dan kewajipan, yang akan kemudiannya mempengaruhi keadilan kepengagihan secara umum. Dua prinsip keadilan yang dicapai melalui wahana posisi asli itu ialah: 3 Idea hak dan kewajipan ini mesti difahami menerusi skim klaim-hak (claimrights) dan kewajipan (duty) sebagai timbal balik kepada klaim-hak dalam analisis hak Hohfeld.

108 seminar falsafah malaysia iv 1. Semua pihak dijamin hak sama rata terhadap skim kebebasan asasi paling ekstensif yang sama rata, berpadanan dengan skim kebebasan yang sama dengan pihak lain. 2. Ketidaksamarataan sosial dan ekonomi disusun agar memenuhi syarat: (a) memberi manfaat kepada semua pihak, yakni melalui memberi manfaat terbesar kepada kumpulan terbawah, dan (b) jawatan dan kekayaan yang terbuka untuk disaingi oleh semua pihak sesuai dengan prinsip kesamarataan peluang yang saksama. 4 Kedua-dua prinsip ini difahami secara leksikal, iaitu yang pertama itu perlu wujud dahulu, kemudian barulah yang kedua. Hal ini bagi memastikan prioriti kebebasan itu terjaga dan selepas itu barulah wujud pertimbangan yang sifatnya egalitarian. Dalam prinsip pertama, skim kebebasan itu perlu dipastikan paling ekstensif hasil gabungan daripada pelbagai dimensi kebebasan bersama susunannya. Kemudian, skim ini adalah dimiliki secara sama rata oleh semua anggota masyarakat dari sudut (a) magnitud atau ruang kebebasan dan (b) dimensi-dimensi kebebasan yang terlibat bersama susunannya. 5 Prinsip kedua pula terdiri daripada dua komponen utama. Komponen pertama ialah prinsip pembezaan, yakni prinsip yang menggariskan tentang keabsahan keadaan ketidaksamarataan yang wujud dalam masyarakat dari sudut kekayaan dan jawatan. Ia menggariskan bahawa ketidaksamarataan ini hanya boleh dijustifikasi jika ia memberi manfaat kepada masyarakat itu seluruhnya, dengan maksud mengutamakan kebajikan golongan terbawah. Di sini, konsep maximin merupakan panduan untuk memilih antara skim ketidaksamarataan yang berbeza. Perlu diingat, prinsip kedua ini melibatkan pilihan skim ketidaksamarataan, bukannya penetapan skim ketidaksamarataan secara semberono atau parokial oleh institusi masyarakat tersebut. Bagi menyokong prinsip pembezaan ini, terdapat prinsip kesamarataan peluang yang adil. Di sini, Rawls mengkritik kesamarataan peluang yang sifatnya formal dan selapis sahaja seperti yang terpancar menerusi polisi meritokrasi, kerana hakikatnya meritokrasi terlepas pandang akan pengaruh institusi ke atas pengalaman seorang 4 Rawls 1999, hlm. 53. 5 Lihat huraian lanjut dalam Hazman Baharom (2015), Identiti dan Pertimbangan Keadilan, dibentangkan di Seminar Falsafah Malaysia ke-3, Gombak, Selangor.

9. hazman baharom 109 manusia membesar, dan bagaimana pula pengaruh ini memberi kesan ke atas peluangnya untuk bersaing merebut kekayaan atau jawatan. Di samping itu, pengaruh hal-hal yang tidak terelakkan juga merupakan sesuatu yang tidak boleh dipandang enteng. Umpamanya, seorang yang memiliki sesuatu kecacatan sejak lahir, yang memberi kesan kepada keupayaannya untuk bersaing. Perkara sebegini juga akan diambil kira dalam pertimbangan kesamarataan peluang yang adil, supaya semua insan mampu bersaing di atas satah yang benar-benar sema rata. Kesamarataan peluang, bagi Rawls, perlu dilihat dengan lebih mendalam, bukan sekadar peluang yang sama untuk saling bersaing semata-mata. Gagasan keadilan daripada kesaksamaan memiliki hubungan yang kuat dalam formulasi dua prinsip ini. Pertama sekali, Rawls menginginkan sebuah masyarakat demokratik yang dikawalselia oleh prinsip keadilan politik yang mampu menjadi relevan biarpun setelah peredaran masa berlaku. Perkara ini tentunya menuntut kepada, selain kebebasan asasi yang terjamin, kesaksamaan dalam kebebasan asasi ini. Daripada keseimbangan antara kebebasan serta kesaksamaan ini, masyarakat akan melihat prinsip ini sebagai terjustifikasi dan sepadan dengan aspirasi keadilan mereka, lantas mereka akan memilih untuk mengekalkannya sekali gus menjadikan prinsip ini sesuatu yang stabil. Kondisi kesaksamaan yang terpapar menerusi keadaan hipotetikal tadi cuba diterjemahkan dari sudut skim kebebasan asasi yang sama rata tanpa diskriminasi, dan ia menjadi prasyarat kepada wujudnya prinsip kedua. Kedua, kebebasan asasi yang sama rata akan membuka ruang kepada kebebasan transaksi dan perdagangan, yang akan membawa kepada ketidaksamarataan. Dari sudut jangka panjang, hal ini akan membawa pula kepada wujudnya strata masyarakat yang berbeza mengikut pegangan aset serta modal yang dimiliki lantas menatijahkan pula kekangan ke atas kebebasan individu yang bersifat tidak langsung ke atas mereka yang tidak memiliki aset seperti mana dimiliki mereka ini. Sebab itulah, bagi menjamin kesaksamaan dalam kebebasan seperti mana yang terangkum dalam prinsip pertama, prinsip kedua menggariskan prinsip kesamarataan peluang yang adil dan prinsip pembezaan. Kesamarataan peluang yang adil akan sentiasa memperbaiki persaingan supaya kesan sampingan hasil pengalaman hidup dalam keluarga kaya oleh beberapa individu, contohnya, dapat diminimumkan atau dihapuskan terus. Selain itu, prinsip pembezaan pula akan sentiasa menilai setiap skim ketidaksamarataan masyarakat agar ia terus memaksimumkan laba

110 seminar falsafah malaysia iv golongan yang berada di strata terbawah. Kemudian, semua pihak yang menerima hak mereka daripada susunan prinsip keadilan ini akan menyumbang pula dalam masyarakat tersebut dan tidak dipinggirkan hanya disebabkan pemilikan material, status, atau jawatan semata-mata. 5 Konsepsi Politik, Bukan Doktrin Komprehensif Setelah Rawls mensyarahkan idea asas beliau, bahagian ketiga A Theory of Justice itu adalah berkaitan dengan persoalan kestabilan masyarakat. Disebabkan semua insan mampu melihat dan merasa sendiri kesan daripada dua prinsip keadilan tersebut, maka secara rasional, mereka akan sentiasa memilih idea ini sebagai idea asas yang akan mengawalselia pergerakan masyarakat tersebut mengikut peredaran zaman. Rawls cuba memperbaiki kesimpulan ini yang memiliki implikasi berbahaya untuk sebuah masyarakat demokratik dan liberal dengan menulis pula buku seterusnya, Political Liberalism. Dalam buku kedua, beliau memperkenalkan beberapa istilah baharu bagi membezakan antara konsep-konsep yang berlainan. Istilah-istilah tersebut ialah: 1. Konsepsi politik: Atau lebih khusus dan lengkap, konsepsi politik bagi keadilan yang berdiri-sendiri (freestanding political conception of justice). Ia bermaksud satu rangka umum masyarakat yang dilatari prinsip-prinsip yang bebas daripada semua doktrin komprehensif yang ada, walaupun ia dapat dijustifikasikan oleh, dan menanggung doktrin komprehensif di bawahnya. 2. Doktrin komprehensif: Mana-mana doktrin keagamaan, kefalsafahan, atau moral yang menggariskan panduan bagi manusia bagi segenap aspek kehidupan, daripada idea tentang individu, kepada hubungan antara manusia, kepada bagaimana sebuah negara patut ditadbir. 3. Pluralisme munasabah: Sebuah kondisi yang wajib ada dalam sebuah masyarakat demokratik dan liberal. Kepelbagaian manusia akan menatijahkan kepelbagaian dalam pegangan setiap individu ke atas doktrin komprehensif yang ia mahu. Keragaman iktikad

9. hazman baharom 111 individu ini, selagi mana iktikad-iktikad tersebut adalah bersifat munasabah (bukan sekadar rasional), akan mewujudkan kondisi ini. 4. Konsensus berpadanan: Titik temu antara natijah daripada jalur justifikasi yang terbit daripada setiap doktrin komprehensif. Ia bukan semudah dan seringkas perkara yang saling dipersetujui bersama, tetapi ia dicapai menerusi kerja akliah yang melibatkan nalar rasional yang terbit daripada prinsip dalam setiap doktrin. Sebagai contoh, dua doktrin boleh jadi berbeza antara satu sama lain, tetapi terdapat prinsip di dalamnya yang boleh kita jadikan asas bagi jalur justifikasi ke atas sesuatu. Titik temu di peringkat justifikasi inilah yang kita namakan sebagai konsensus berpadanan. 6 Sebuah doktrin komprehensif tidak boleh menjadi asas kepada konsepsi politik dalam sebuah masyarakat demokratik yang dilatari pluralisme munasabah. Rawls menegaskan bahawa sebuah konsepsi politik haruslah bersifat berdiri-sendiri (freestanding) kerana ia tidak datang secara langsung daripada mana-mana doktrin komprehensif yang ada. Namun, doktrin-doktrin komprehensif itu boleh menyediakan justifikasi dan mencapai konsensus berpadanan tersebut. Prinsip-prinsip itulah yang kemudiannya akan diguna pakai sebagai asas bagi membentuk perlembagaan sebuah masyarakat demokratik, berlandaskan konsepsi politik yang mereka miliki. Di sini juga, gagasan keadilan daripada kesaksamaan itu sendiri memberi kesan kepada keseluruhan wajah teori Rawls. Pengiktirafan ke atas semua doktrin komprehensif dalam kondisi pluralisme yang munasabah itu sendiri merupakan implikasi daripada gagasan asal dalam teori Rawls ini. Justeru, tempat yang saksama, dengan maksud peluang kewujudan yang sama rata, mesti dijamin terhadap semua doktrin komprehensif ini sejajar dengan gagasan tersebut. Biarpun gagasan tersebut hanya merupakan satu lagi doktrin komprehensif, tetapi asas daripada gagasan inilah yang menuntut kepada bukaan ruang penimbangtaraan antara satu doktrin komprehensif dengan doktrin-doktrin komprehensif yang lain. Melalui cara ini, kita dapat mengelakkan berlakunya ketidakselarian antara aspirasi masyarakat pada masa depan yang tidak diketahui dengan ideal 6 Untuk huraian lengkap dan lanjut ke atas semua istilah ini, lihat Rawls 1993.

112 seminar falsafah malaysia iv yang kita anggap terbaik dengan konteks masyarakat kita, sekali gus mengelakkan kemungkinan berlakunya autoritarianisme. 6 Kesimpulan Dalam konteks Malaysia yang masyarakatnya majmuk berbilang kaum serta kepercayaan, malah dipisah-pisahkan pula oleh status yang mendiskriminasi, idea keadilan Rawls adalah amat penting untuk ditelusuri sekiranya kita serius memikirkan tentang keadilan. Tambahan lagi, idea ini akan memberi dasar kepada cara bagaimana untuk memikirkan tentang keabsahan struktur serta peruntukanperuntukan dalam perlembagaan yang kita ada sekarang dari sudut moral, bukan sekadar dari sudut undang-undang semata-mata. Saya kira, pertimbangan sebegini akan mengayakan lagi perbahasan kita tentang keadilan di negara kita. Sebagai contoh, dalam kes-kes melibatkan identiti (seperti kes hak bumiputera atau kes Lina Joy), persoalan tentang bagaimana untuk menyeimbangkan klaim-klaim individu dengan klaim kelompok identiti juga merupakan sesuatu yang amat rumit, apatah lagi dalam negara berbilang kaum yang memiliki beban sejarah yang panjang bersama institusinya. Persoalan-persoalan ini tidak mampu diselesaikan sekadar melihat kepada sejarah (tambahan pula sejarah nasional yang jelas-jelas ditulis secara berkepentingan oleh sesetengah pihak) atau undang-undang negara sedia ada, tetapi kita mesti pergi lebih jauh dengan mempersoalkan keabsahan moral perundangan sedia ada bersama apakah implikasinya ke atas konteks masyarakat kita. Dari situlah, perbahasan akan diperkaya lagi. Akhir sekali, masalah kesenjangan kekayaan antara anggota masyarakat tidak mampu diselesaikan hanya melalui pertimbangan dari sudut ekonomi atau dasar kewangan negara. Ia memiliki capaian yang lebih besar, daripada pengaruh institusi secara umum, sehinggalah kepada keupayaan seorang insan untuk berpartisipasi dalam masyarakatnya. Persoalan ketidaksamarataan kekayaan adalah persoalan moral, bukan sekadar persoalan ekonomi sematamata. Teori falsafah moral dan politiklah, selain pertimbangan ekonomi, yang akan membantu kita memahami realiti dengan lebih jitu, lantas menyediakan saranan yang lebih tuntas untuk menyelesaikan masalah-masalah ini. Di sini saya senaraikan bahan bacaan lanjut untuk memahami gagasan Keadilan daripada Kesaksamaan yang diutarakan oleh

9. hazman baharom 113 Rawls: Bacaan Lanjut Follesdal, Andreas 2014 John Rawls Theory of Justice as Fairness, dlm. Philosophy of Justice, pnyt. Guttorm Floistad, Amsterdam: Springer. Freeman, Samuel 2003 ((Pnyt.)), The Cambridge Companion to Rawls, Cambridge: Cambridge University Press. 2007 Rawls, Oxford: Routledge. (Terutamanya Bab 2-4 yang menggariskan idea-idea asas Rawls). Pogge, Thomas 2007 John Rawls: His Life and Theory of Justice, terj, Michelle Kosch. Rawls, John 1958 Justice as Fairness, The Philosophical Review (67, 2), 164 194. 1985 Justice as Fairness: Political Not Metaphysical, Philosophy and Public Affairs (14, 3), 223 251. 1993 Political Liberalism, New York: Columbia University Press. 1999 A Theory of Justice, Cambridge: Belknap-Harvard. (Terutamanya Pendahuluan dan Bab 1). 2001 Justice as Fairness: A Restatement, Cambridge: Belknap- Harvard. (Terutamanya Bab 1: Fundamental Ideas).