Peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Islam di Bintulu, Sarawak

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

ISLĀMMIYYĀT 36(1) 2014: Dakwah PERKIM kepada Etnik Cina di Malaysia

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KOMUNIKASI MASJID: KAJIAN TERHADAP HEBAHAN AKTIVITI MASJID AL-HASANAH BANDAR BARU BANGI KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

MODEL PENGURUSAN SURAU ORANG ASLI DI SELANGOR

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

BAB 1 PENDAHULUAN. Bab ini menjelaskan mengenai pentingnya menyusun draf pengkajian untuk

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Peranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

LOKALISASI TADBIR URUS ZAKAT DI MASJID: KAJIAN DI BANDAR BARU BANGI SELANGOR

KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU: PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

Peranan dan Sumbangan Institusi Masjid dalam Pembangunan Masyarakat Melayu-Islam di Singapura: Satu Kajian di Masjid Assyafaah, Sembawang

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Pengalaman Toleransi Beragama Belia Pelbagai Etnik

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Transcription:

Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization Editors: Rahimah Embong, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Fadzli Adam & Syed Hadzrullathfi Syed Omar Research Institute for Islamic Product and Malay Civilization (INSPIRE) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ISBN 978-967-0899-70-1 (2017), http: //www.inspire.unisza.edu.my Peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Islam di Bintulu, Sarawak Najihah Abdul Mutalib Jabatan Kenegaraan dan Peradaban, Pusat Pendidikan Asas dan Liberal, Universiti Malaysia Terengganu Abstrak: Negeri Sarawak suatu ketika dahulu pernah berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei sebelum diambilalih oleh Regim Brooke pada tahun 1841. Islam dikatakan telah menular masuk ke negeri ini sewaktu pemerintahan Kesultanan Brunei lagi dan aktiviti serta dakwah Islam telah disebarkan sedikit demi sedikit terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu, Melanau dan juga Dayak. Namun, setelah pemerintahan keluarga Brooke, perkembangan Islam beransur-ansur tenggelam dan tidak serancak pada awalnya. Kini, dakwah Islam dilihat makin menyinar di Bumi Kenyalang dengan pelbagai aktiviti keilmuan Islam giat dijalankan di negeri tersebut. Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat peranan yang dimainkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam khususnya di bahagian Bintulu, Sarawak terhadap pelaksanaan aktiviti Islam di bahagian ini dan apakah kekangan yang dihadapi oleh pihak NGO ini dalam menjalankan peranan mereka. Kertas ini juga akan melihat bagaimanakah penerimaan dan sambutan masyarakat setempat terhadap aktiviti Islam yang dilaksanakan kepada mereka oleh pihak berwajib. Kajian ini menggunakan kaedah Kajian Lapangan melibatkan soal selidik, temubual, tinjauan dan pemerhatian. Kajian ini turut melibatkan sampel seramai 468 orang penduduk Islam yang terdiri daripada 207 orang lelaki dan 261 orang wanita. Hasil kajian mendapati pihak NGO Islam telah melaksanakan tugas mereka dengan baik dalam penganjuran aktiviti Islam di Bintulu dan penerimaan masyarakat Islam terhadap aktiviti yang dijalankan juga adalah baik. Kata Kunci: Aktiviti Islam Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Di Bintulu PENDAHULUAN Secara umumnya, amat sedikit diperkatakan tentang sejarah awal negeri Sarawak sebelum kedatangan James Brooke pada tahun 1839. Walau bagaimanapun, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa sejak lebih kurang 40,000 tahun dahulu, telah ada manusia Zaman Batu (Zaman Purba) yang mendiami negeri ini (Heyward, 1963: 64). Antaranya adalah bukti yang ditemui di Gua Niah seperti tengkorak dan tulang manusia zaman purba, barangan tembikar dan alat perkakasan yang diperbuat daripada batu serta gambar yang dilukis pada dinding gua tersebut (Buyong, 1981: 1). Selain daripada itu, terdapat juga bukti yang menjelaskan bahawa sejak 600 tahun sebelum masihi, orang Cina telah mendiami negeri ini. Keterangan ini adalah berdasarkan kepada penemuan beberapa keping duit logam Cina di sebuah tempat yang bernama Santubong, yang terletak di muara Sungai Sarawak. Penemuan ini juga telah membuktikan bahawa wujudnya aktiviti perdagangan laut di kawasan persisiran pantai Borneo (Lim, 1992: 32). Perkataan Santubong itu sendiri sebenarnya berasal daripada bahasa Cina, yang bererti Babi Hutan Belantara dalam loghat Kheh, manakala dalam loghat Hokkien pula ia bererti Gunung Babi Hutan. Menurut Haji Buyong Adil (1981), pada kurun Masihi ke 14 dipercayai bahawa negeri Sarawak telah berada di bawah kuasa Kerajaan Majapahit di Tanah Jawa yang meluaskan jajahan takluknya di Nusantara. Buktinya adalah penggunaan perkataan Jewata oleh orang Iban bagi menggambarkan nama Tuhan mereka. Perkataan tersebut adalah berasal daripada bahasa Hindu-Asli (Sanskrit) iaitu Dewata. Perkataan ini dipercayai telah di bawa masuk ke Sarawak pada masa Kerajaan Hindu Majapahit menguasai sebahagian besar wilayah di Nusantara ini. Terdapat juga bukti lain yang dipercayai sebagai peninggalan Zaman Hindu di Sarawak iaitu sebuah gambar lembaga manusia yang diukir pada sebuah batu besar, sedang mendepangkan kaki dan tangannya seolah-olah sedang menderita akibat disiksa. Pada masa ini, batu itu telah ditempatkan di kawasan Muzium Sarawak, di Kuching. 417

Sebelum Sarawak diperintah oleh James Brooke pada abad ke 19, terdapat bukti jelas yang menunjukkan bahawa Sarawak berada dibawah jajahan Kesultanan Brunei pada abad ke 15 sehinggalah kedatangan Brooke pada tahun 1839. Sejak dari itu, negeri Sarawak mula mendapat perhatian sehingga ke hari ini. Sarawak merupakan sebuah negeri yang mempunyai komposisi masyarakat yang amat majmuk. Terdapat lebih 27 kumpulan etnik yang mendiami negeri ini dengan setiap satunya menuturkan dialek yang tersendiri serta mengamalkan budaya dan cara hidup masing-masing serta amat sukar dibezakan oleh orang luar khususnya. Antara kaum etnik yang terdapat di Sarawak ialah Melayu, Melanau, Iban, Cina, Bidayuh, Orang Ulu, Penan, Kelabit, Kayan, Kenyah, Bisaya, Lunbawang dan Murut. Perlembagaan Malaysia Perkara 161A, telah menyenaraikan kelompok peribumi Sarawak sebagai Bidayuh, Bukitan, Bisayah, Dusun, Iban, Kedayan, Kelabit, Kayan, Kenyah (termasuk subetnik Sabup dan Sipeng), Kajang (termasuk Sekapan, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong dan Kanowit), Lugat, Lisum, Melayu, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit (Nidzam, 2006: 147). Agama Islam diamalkan oleh masyarakat Melayu dan Melanau. Terdapat juga kaum bumiputra lain yang memeluk Islam tetapi jumlahnya amat sedikit. Dalam pada itu, masih terdapat segelintir masyarakat Melanau yang mengamalkan agama Kristian dan selebihnya ada yang masih pagan. Selain daripada Islam, agama Kristian merupakan salah satu agama yang amat berpengaruh di Sarawak, berkemungkinan daripada tempias penjajahan Brooke yang begitu menggiatkan gerakan Kristianisasi sewaktu pemerintahannya. Pada masa ini, terdapat 11 kawasan pentadbiran di Sarawak dan Bintulu merupakan bahagian kelapan di Sarawak yang telah dinaiktaraf sebagai sebuah bahagian secara rasminya pada 1 Januari 1987. Ia merupakan bahagian ketiga terbesar di negeri ini. Bahagian ini mempunyai keluasan kawasan seluas 12,166 km persegi dengan lokasinya terletak di bahagian utara negeri Sarawak dan bersempadan dengan bahagian Sibu, Miri, Kapit dan Mukah. Dari segi wilayah pentadbiran, bahagian Bintulu terbahagi kepada dua daerah iaitu daerah Bintulu dan daerah Tatau; dan juga sebuah daerah kecil iaitu Sebauh. Bahagian ini mempunyai 39 buah kampung, 427 buah rumah panjang, sebuah bandar iaitu bandar Bintulu serta dua buah pekan iaitu pekan Tatau dan Sebauh. Bintulu merupakan salah satu bahagian yang agak aktif menganjurkan pelbagai aktiviti keilmuan kepada masyarakat Islam di sana. Penganjuran aktiviti Islam ini banyak dijayakan oleh pihak berwajib, pihak swasta seperti Petronas dan juga Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Di Bintulu juga terdapat sebuah Sekolah Kebangsaan Agama kendalian Majlis Islam Sarawak (MIS), Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz yang diuruskan oleh orang perseorangan dan NGO, Institut Tahfiz Bintulu juga diuruskan oleh NGO dan Madrasah al-quran Bintulu yang diasaskan oleh Ustaz Ali Fathullah Harun (Sophian 2015). OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini memberi tumpuan kepada pelaksanaan aktiviti Islam yang dijalankan bahagian Bintulu, Sarawak. Objektif kajian ini adalah seperti berikut: i. Mengetahui peranan NGO dalam pelaksanaan aktiviti Islam di Bintulu. ii. Mengenalpasti masalah atau kekangan yang dihadapi oleh NGO ini untuk melaksanakan aktiviti mereka. iii. Melihat bagaimanakah sambutan dan penerimaan masyarakat Islam terhadap aktiviti yang telah dianjurkan. METODOLOGI KAJIAN Dalam kajian ini, penyelidik memilih reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan kaedah soal selidik dan temubual dengan subjek kajian. Kaedah tinjauan didapati amat sesuai dengan tujuan kajian ini iaitu untuk mengetahui sikap dan pandangan responden terhadap persoalan kajian yang dikemukakan. Selain daripada itu, kerja-kerja pengumpulan data dapat dilakukan secara terus daripada sekumpulan subjek yang terlibat sahaja. Dalam kajian tinjauan ini juga, penyelidik turut menggunakan kaedah temubual sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan maklumat daripada subjek kajian yang bekerja dengan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan, yang terlibat dengan usaha pembudayaan ilmu dalam masyarakat di kawasan kajian ini. Temubual merupakan salah satu kaedah mengumpul maklumat yang utama dalam kajian tinjauan selain daripada kaedah soal selidik (Chua 2006). Penyelidik menggunakan Kaedah Temu Bual Semi-Struktur dalam kajian ini iaitu penyelidik menyoal responden sebahagiannya menggunakan soalan formal yang telah dibina sebelumsesi temubual dijalankan. Tetapi dalam masa yang sama, penyelidik turut menyoal lebih lanjut dan mendalam tentang jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh responden kepada soalan-soalan formal yang telah ditanya. 418

Sepanjang menjalankan kajian ini, penyelidik turut menggunakan kaedah pemerhatian atau observasi. Observasi ialah suatu pemerhatian yang dilaksanakan ke atas suatu keadaan yang telah dikenalpasti hasil daripada satu perancangan yang teliti. Pemerhatian ini akan menghasilkan satu deskripsi terperinci tentang keadaan berkenaan bagi membolehkan penyelidik memahaminya secara mendalam. Bagi sesetengah pihak, observasi merupakan satu kaedah mengumpulan data yang paling objektif kerana penyelidik menyaksikan sendiri subjek kajiannya tanpa perantaraan (Idris 2009). Metod ini juga penting dalam kajian tinjauan memandangkan penyelidik perlu melihat sendiri situasi yang berlaku di kawasan kajian terutamanya sewaktu aktiviti keilmuan sedang berlangsung. Dengan cara ini penyelidik akan mendapat gambaran yang lebih jelas terhadap aspek pelaksanaan sesuatu aktiviti serta penerimaan dan sambutan masyarakat Islam terhadap aktiviti keilmuan Islam di Bintulu. Skop kajian ini adalah memberi fokus kepada semua aktiviti keilmuan dan keagamaan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO di Bintulu. Penekanan diberi kepada semua aktiviti ilmu dan keagamaan yang dianjurkan seperti kelas agama dan Fardhu Ain, ceramah agama, seminar, kursus, sambutan perayaan Islam dan lain-lain. Bintulu dipilih sebagai lokasi kajian kerana populasi penduduk Islam di sini antara yang agak ramai berbanding bahagian-bahagian lain di Sarawak. Berdasarkan unjuran penduduk Bintulu bagi tahun 2010 sebagaimana yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Sarawak, penduduk Islam di bahagian ini melebihi 60,000 orang. Kajian ini turut melibatkan sampel seramai 468 orang penduduk Islam yang terdiri daripada 207 orang lelaki dan 261 orang wanita. DAPATAN KAJIAN NGO Aktif Melaksanakan Aktiviti Islam Di Bintulu Pertubuhan HIKMAH Bahagian Bintulu Harakah Islamiyah (HIKMAH) adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar yang telah ditubuhkan bertujuan untuk berdakwah kepada masyarakat Islam di Sarawak. Pertubuhan ini telah dirasmikan pada 2 Rabiul Akhir 1414H bersamaan 18 September 1993 dalam Mesyuarat Perhimpunan Perwakilan BINA yang ke-11 bertempat di Ibu Pejabat BINA di Petra Jaya Kuching. Ia merupakan wadah baru yang meneruskan perjuangan dakwah BINA, iaitu sebuah NGO yang bergerak aktif dalam bidang dakwah Islamiah bagi melaksanakan risalah amar makruf nahi munkar iaitu mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah mereka daripada perbuatan mungkar. Pertubuhan HIKMAH merupakan kesinambungan perjuangan usaha dakwah yang telah dilakukan sebelum ini oleh Angkatan Nahdatul Islam Bersatu (BINA). BINA telah ditubuhkan pada 3 Mei 1968 sewaktu berlangsungnya Kongres Islam Malaysia Timur. Antara tokoh penting yang telah mengasaskan pertubuhan BINA adalah seperti Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Datuk Sri Haji Anis bin Haji Abot dan Datuk Haji Mohd. Mprtadza bin Haji Daud. Setelah lebih suku abad berbakti kepada masyarakat Islam di Sarawak, pertubuhan ini telah mengalami transformasi pindaan perlembagaan termasuk meminda namanya daripada BINA kepada HIKMAH. Ia telah diluluskan dalam Perhimpunan Perwakilan BINA ke-xi yang berlangsung pada 17-18 September 1993 di Petra Jaya, Kuching. HIKMAH mempunyai cawangan di setiap Bahagian Pentadbiran di Sarawak dan mempunyai Ibu Pejabat di Kuching. Persatuan ini merupakan salah sebuah persatuan yang bergiat aktif untuk menyebarkan dakwah Islam di Sarawak dan mempunyai agenda yang penting dalam pembangunan umat Islam di sini khasnya dan di Malaysia amnya. Visi HIKMAH adalah untuk menjadi sebuah pertubuhan dakwah Islam yang terunggul dan memiliki kesungguhan untuk berjuang di bidang Dakwah Islamiah bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Dalam pada itu, misi pertubuhan ini pula ialah untuk menyebarluaskan risalah Islam menerusi pelbagai aktiviti dakwah ke arah pembentukan muslim yang berakhlak mulia, bernilai murni dan mampu melaksanakan tugas amar makruf nahi munkar di negeri Sarawak khasnya. Setiap cawangan HIKMAH mempunyai aktiviti dan program masing-masing yang telah dirancang dengan sebaiknya. Di Bahagian Bintulu ini, kebanyakan program yang dianjurkan adalah berbentuk kemasyarakatan dan program untuk golongan remaja dan pelajar. Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia (JIM) Bintulu Jemaah Islah Malaysia (JIM) bagi negeri Sarawak ditubuhkan pada awalnya di bahagian Kuching. Setelah itu, penubuhannya telah diperluaskan di bahagian Miri dan akhirnya sampai ke bahagian Bintulu. JIM 419

bahagian Bintulu telah diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 19 Jun 2003. Bilangan ahli JIM semasa penubuhannya hanyalah seramai 20 orang dan Yang di Pertua JIM yang pertama ialah Dr. Zamil Najwa bin Arbaen. Misi JIM adalah untuk membangunkan sumber manusia untuk melahirkan insan saleh wa musleh, membudaya pendekatan perkongsian dan permuafakatan, dan mengislah serta menggembeleng masyarakat ke arah penegakan kebenaran dan keadilan sejagat. JIM merupakan salah sebuah NGO berdaftar yang wujud di Malaysia dengan berpegang kepada motto Bersama Islam Membina Masyarakat. Antara aktiviti kendalian JIM yang sedia maklum oleh banyak pihak adalah seperti penubuhan Rumah Raudhatus Sakinah (untuk remaja-remaja yang terlanjur dan ingin pulang ke pangkal jalan), penerbitan bukubuku yang ditulis oleh ahli-ahli JIM (seperti al-aqsa Dalam Bahaya, bahan-bahan dakwah untuk remaja dan sebagainya), Program Dakwah Kepada Masyarakat Majmuk, Program Untuk Remaja dan lain-lain lagi. Di Bintulu, pertubuhan ini turut menganjurkan pelbagai aktiviti keilmuan dan kemasyarakatan kepada seluruh masyarakat Islam di sini. Kebanyakan aktiviti yang dianjurkan adalah berbentuk ceramah, bengkel, usrah dan beberapa aktiviti lain dan juga aktiviti kemasyarakatan. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Bintulu turut mewujudkan program asas pendidikan Islam untuk anak-anak pra sekolah yang berumur 3 hingga 6 tahun dengan tertubuhnya Tadika Brilliant Kindy. Kurikulum yang digunakan oleh Tadika Brilliant Kindy adalah meliputi subjek dan nilai-nilai murni dalam Islam (seperti Solat, Doa, Kisah-kisah Nabi dan Sahabat, Hafazan, Bahasa Arab, Iqra dan Jawi), subjek asas bagi pendidikan pra sekolah (seperti Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) dan aktiviti-aktiviti praktikal yang lain seperti lawatan, permainan, sambutan majlis-majlis perayaan dan lain-lain lagi. Jemaah Islam Malaysia bahagian Bintulu ditubuhkan kerana ia yakin boleh menyumbang untuk Islam dan pembangunan masyarakat Islam di Bintulu. Selain meluaskan rangkaian usaha dakwah, ia juga menyediakan satu lagi wadah dan pendekatan dakwah bagi penglibatan ummah dan masyarakat. Dalam rangka mengembalikan pengabdian kepada Allah, JIM Bintulu di bawah JIM Pusat berjuang untuk melaksanakan Islam sepenuhnya. Usaha JIM berasaskan prinsip Islam dan mengambilkira realiti masyarakat setempat dan kemampuan JIM sendiri. Selain daripada itu, JIM Bintulu turut menjalankan aktiviti untuk membantu masyarakat Islam Bintulu mempelajari dan mendalami ilmu agama melalui siri ceramah dan edaran risalah Jumaat yang dijalankan. Selain daripada itu, JIM turut mengadakan ceramah-ceramah agama dan motivasi untuk masyarakat Islam di sini. Bintulu Iqra Centre (BIC) Bintulu Iqra Center (BIC) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang turut bergiat aktif menjalankan aktiviti dakwah dan keilmuan di bahagian Bintulu. Pertubuhan ini merupakan salah sebuah NGO Islam yang memberi fokus dalam bidang dakwah, kepimpinan dan kebajikan masyarakat di sini. Ia juga berperanan untuk menangani masalah buta al-quran serta keciciran dalam bidang pendidikan dan sebagainya. Misi pertubuhan ini adalah seperti berikut: i. Menjalankan usaha-usaha peningkatan pendidikan akademik dan agama dalam kalangan generasi muda secara sistematik. ii. Menyediakan peluang peningkatan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat umum setempat. iii. Mendekatkan masyarakat kepada penghayatan beragama melalui program-program kebajikan. Antara program berterusan yang dijalankan oleh BIC ialah mengadakan kelas-kelas pengajian Iqra dan al-quran kepada golongan kanak-kanak dan remaja di Bintulu. Selain daripada itu, kelas-kelas tambahan kepada para pelajar yang tercicir dalam pelajaran akademik turut diadakan. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan ini dikendalikan oleh tenaga penggerak BIC yang terdiri daripada pelbagai golongan iaitu para guru dan ustaz, pekerja swasta yang terdiri daripada kakitangan PETRONAS, Bintulu Port dan sebagainya, para kakitangan awam lain dan para sukarelawan. Kebanyakan kelas-kelas pengajian yang dianjurkan ini diadakan di premis BIC sendiri (Ibrahim Mat Isa, 2010). Selain daripada itu, BIC turut mengadakan kuliah pengajian agama di premis pertubuhan ini dan terbuka kepada semua masyarakat Islam di sekitarnya. Kuliah pengajian ini disampaikan oleh ustaz-ustaz yang dijemput daripada kalangan guru-guru agama di sekolah-sekolah sekitar Bintulu. BIC turut menganjurkan program-program berbentuk seminar dan kursus kepada masyarakat Islam setempat. Hasil kerjasama BIC dengan badan-badan keagamaan seperti JAIS, Pertubuhan Kebajikan Islam MLNG (Petronas), Pertubuhan Kebajikan Islam Kakitangan Bintulu Port dan lain-lainnya, satu program Ziarah Dakwah turut diadakan secara berkala. Program ini selalunya diadakan ke kawasan-kawasan pedalaman termasuk juga di luar bahagian Bintulu. Objektif program ini diadakan adalah untuk menyampaikan dakwah Islam kepada pelbagai suku kaum yang tinggal di kawasan pedalaman dan juga menyampaikan sumbangan dalam bentuk barangan dan wang ringgit kepada mereka yang memerlukan. Program susulan turut diadakan selepasnya bagi memastikan pegangan Islam yang dianuti oleh masyarakat 420

pribumi Sarawak ini tidak hilang begitu sahaja. BIC turut mengumpul dana bagi pembinaan surau di kawasan-kawasan pedalaman yang mereka ziarahi, yang mempunyai penganut Islam yang agak ramai. Pertubuhan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Pertubuhan Cina Muslim Malaysia atau Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) mula beroperasi di Bintulu pada tahun 2002 sebagai sebuah biro. Namun, ia telah dinaiktarfkan sebagai cawangan pada tahun 2010 di bawah naungan MACMA Sarawak di Kuching. Antara objektif yang ingin dicapai oleh MACMA Bintulu ialah: i. Menyebarkan pengetahuan dan pengajaran Islam. ii. Melaksanakan dan menyelaras aktiviti dakwah. iii. Mendirikan satu ummah masyarakat Cina Muslim Malaysia. iv. Menguatkan tali persaudaraan sesama muslim. v. Melaksanakan kajian, seminar, latihan dan kursus untuk meningkatkan pengetahuan tentang Islam dan kesejahteraan anggotanya. vi. Membina dan menguruskan Pusat Kebudayaan Islam. vii. Merangka, melaksana dan menyelaras aktiviti ekonomi bercorak Islam dan tabung dana untuk melakukan kegiatan sosial dan kebajikan. Antara aktiviti yang sering dijalankan di Bintulu ialah ceramah dan tazkirah serta solat berjemaah di surau Nur Islam, MACMA Bintulu yang bukan hanya terbuka untuk ahli tetapi juga untuk masyarakat Islam sekitar. MACMA turut menganjurkan kelas al-quran dan Fardhu Ain kepada ahli dan juga masyarakat setempat. Masalah Yang Dihadapi Oleh NGO Untuk Melaksanakan Aktiviti Antara masalah yang sering dihadapi oleh pihak NGO ini untuk melaksanakan aktiviti dan program mereka ialah: i. Kekurangan kewangan atau bajet untuk melaksanakan aktiviti ii. Kekurangan tenaga penggerak untuk melaksanakan aktiviti iii. Kurangnya promosi iv. Kurangnya aktiviti Islam di kawasan pedalaman disebakan oleh jarak lokasi. Pandangan Respondan Terhadap Keberkesanan Aktiviti Islam Yang Dianjurkan Dapatan kajian hasil soal selidik yang dijalankan berkaitan perkara ini ialah sambutan masyarakat terhadap program keilmuan yang dianjurkan, sejumlah 16.7% responden mengakui sangat setuju bahawa sambutan masyarakat setempat adalah amat memuaskan. Sejumlah 48.1% responden lagi bersetuju bahawa sambutan masyarakat amat memuaskan terhadap program yang dianjurkan, 29.5% memilih kurang setuju, 4.5% lagi memilih tidak setuju dan bakinya sejumlah 1.3% sahaja yang menjawab sangat tidak setuju. Berkaitan kehadiran ke program-program keilmuan yang dianjurkan pula, sejumlah 17.3% sangat bersetuju bahawa mereka sentiasa menghadirkan diri ke program keilmuan yang dianjurkan di kawasan tempat tinggal mereka. Sejumlah 42.3% responden lagi bersetuju dengannya, 33.3% memilih kurang setuju, 6.4% responden lagi tidak bersetuju dengan persoalan yang diutarakan dan 0.6% responden yang lain memilih jawapan sangat tidak setuju bagi soalan ini. Bagi soalan seterusnya berkaitan faedah program keilmuan yang dianjurkan kepada masyarakat, sejumlah 30.1% responden mengakui bahawa program-program tersebut sangat memberi faedah kepada masyarakat manakala sejumlah 44.9% yang lain bersetuju bahawa ianya memberi faedah kepada masyarakat setempat. Terdapat sejumlah 21.8% responden lagi memberi jawapan kurang setuju dan selebihnya sejumlah 3.2% responden tidak bersetuju bahawa program keilmuan ini memberi faedah kepada masyarakat. Kebanyakan daripada responden mengakui bahawa dengan menghadiri majlis ilmu, secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat supaya lebih patuh kepada ajaran agama. Ini terbukti apabila sejumlah 35.9% responden memilih jawapan sangat setuju bagi soalan tersebut manakala 44.2% lagi memilih jawapan setuju. Seterusnya, terdapat 17.3% responden memilih jawapan kurang setuju dan bakinya iaitu 2.6% lagi memilih jawapan tidak setuju. Sejumlah 32.7% responden sangat bersetuju bahawa pihak berwajib perlu lebih kerap menganjurkan majlis ilmu di kawasan mereka. Manakala responden dengan jumlah peratusan sebanyak 41% sekadar bersetuju dengan persoalan yang diutarakan ini. Terdapat sejumlahn 23.7% ndaripada responden memilih jawapan kurang setuju dan selebihnya sebanyak 2.6% responden tidak bersetuju bahawa pihak berwajib perlu lebih kerap menganjurkan majlis ilmu di kawasan mereka. 421

Bagi soalan berikutnya, sejumlah 21.8% responden sangat bersetuju bahawa pihak berwajib telah menjalankan tugas dengan baik ke arah kehidupan berilmu dan beragama. Sebahagian besar daripada responden kajian memilih jawapan setuju bagi soalan ini, 21.8% lagi memilih jawapan kurang setuju dan 5.1% yang lain memilih jawapan tidak setuju. Bagi soalan ini, terdapat 1.3% responden memilih jawapan sangat tidak setuju. SARANAN DAN KESIMPULAN Berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan, penyelidik mendapati bahawa pihak NGO Islam di Bintulu telah memainkan peranan mereka dengan baik dalam membantu pihak berwajib menjalankan aktiviti keislaman di bahagian ini. Namun begitu, masih terdapat sedikit kekurangan dan masalah yang dihadapi oleh mereka dalam usaha untuk menggerakkan dakwah di negeri ini. Bagi meningkatkan keberkesanan program, penyelidik menyarankan agar pihak terbabit turut mengadakan pemantauan terhadap program yang dianjurkan dari semasa ke semasa. Walaupun para responden mengakui bahawa program-program sebegini banyak memberi manfaat kepada mereka, namun begitu pihak penganjur hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan keberkesanan program kepada masyarakat setempat sama ada dari aspek sambutan masyarakat, impak positif yang diperolehi oleh anggota masyarakat dan sebagainya. Program-program susulan boleh diadakan untuk memastikan agar keberkesanan sesuatu program itu akan diperolehi secara berterusan. Bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga penggerak untuk melaksanakan sesuatu program, penyelidik mempunyai saranan agar para ahli agama termasuk guru-guru agama dan pendakwah bebas atau sukarelawan perlu mengaktifkan diri mereka dalam kerja-kerja sebegini. Golongan-golongan seperti ini terutamanya yang mempunyai latar belakang pendidikan agama perlu lebih kerap turun ke kampungkampung atau masjid dan surau supaya masyarakat dapat bertanyakan tentang sebarang kemusykilan mahupun permasalahan yang wujud terutamanya dalam aspek keagamaan. Berdasarkan dapatan kajian ini, ramai daripada kalangan responden yang mengakui bahawa di kawasan mereka masih kurang ahli agama yang boleh mereka jadikan rujukan sekiranya terdapat sebarang permasalahan berlaku. Di samping itu, masalah kekurangan tenaga penggerak sedikit sebanyak akan dapat di atasi. Penyelidik mencadangkan agar pihak-pihak berwajib terutamanya pihak JAIS dan NGO-NGO seperti HIKMAH, JIM dan BIC dapat bekerjasama dengan pihak swasta bagi mengatasi masalah kekurangan sumber kewangan. Pihak swasta yang terdapat di Bintulu seperti Petronas, Bintulu Port Sdn. Bhd dan sebagainya lagi sememangnya mempunyai peruntukan kewangan untuk menjalankan program-program kemasyarakatan sebegini. Peruntukan kewangan ini selalunya disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang diterajui oleh kakitangan syarikat berkenaan. Untuk itu, kerjasama boleh diatur dengan pihak-pihak berkenaan bagi melancarkan perjalanan program yang telah dirancangkan. Bagi mendapat sokongan yang berterusan daripada masyarakat setempat terhadap program yang dianjurkan, pihak berwajib juga perlu lebih kerap mengadakan program di kawasan kediaman penduduk dan berusaha untuk melakukan satu kelainan bagi menarik minta masyarakat setempat untuk menyertai program keilmuan yang dianjurkan. Sememangnya diketahui, sambutan masyarakat terhadap program-program ilmiah selalunya masih berkurangan jika hendak dibandingkan dengan sambutan masyarakat terhadap program yang berbentuk hiburan dan sebagainya. Oleh yang demikan, pihak penganjur tidak boleh berputus asa sebaliknya terus menggembleng tenaga untuk melaksanakan program yang telah dirancangkan. Pihak penganjur juga disarankan agar merancang dengan teliti sesuatu program yang akan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang jauh dari bandar atau kawasan pedalaman. Ia termasuklah dari aspek kewangan dan tenaga penggerak kerana sesuatu program yang akan dilaksanakan di kawasan pedalaman sudah semestinya memakan masa yang lebih panjang daripada biasa. Ini termasuklah tempoh perjalanan yang akan diambil untuk ke tempat tersebut. Ia turut memerlukan kos yang tinggi terutamanya dari segi penggunaan kenderaan dan kos makanan di samping kos penganjuran program terbabit. RUJUKAN Ahmad Nasir Mohd Yusoff. 2010. Islam dalam kalangan masyarakat Penan di Bahagian Bintulu Sarawak dan peranan badan-badan dakwah. Tesis Dr. Falsafah, Jabatan Dakwah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Buyong Adil. 1981. Sejarah Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chua Yan Piaw. 2006. Asas Statistik Penyelidikan. Jilid 1. Kuala Lumpur: McGraw Hill. Heyward, Nigel. 1963. Sarawak, Brunei & North Borneo. Singapura: Eastern Universities Press Ltd. Ibrahim Mat Isa. 2010. Peranan BIC. Temubual. 10 November. Nidzam Sulaiman. 2006. Pakatan dalam Politik Sarawak. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 422

Sophian Rambli. 2015. Sumbangan Islam di Bintulu: Satu Tinjauan Awal Sumbangan Madrasah ak-quran Bintulu. Mahdi Lamit. 2010. Peranan Masjid Assyakirin Bintulu, Bintulu. Temu bual, 25 Jun. Rogayah Chek. 2010. Peranan JAIS Bahagian Bintulu, Bintulu. Temu bual, 20 Disember. Ya cob Junit. 2010. Peranan Jemaah Islam Malaysia, Bintulu. Temu bual. 10 November. 423