Kesan Lilin ke Atas Sifat Hidrofobik Permukaan Daun Pisang

Similar documents
EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

MODELLING AND VIBRATION CONTROL OF PIEZOELECTRIC ACTUATOR

DOSIMETRIC PROPERTIES OF LITHIUM MAGNESIUM BORATE GLASSES DOPED WITH DYSPROSIUM AND PHOSPHORUS OXIDE FOR RADIATION DOSE MEASUREMENT

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MUD FLOOD AS A SUITABLE MATERIAL FOR SUBGRADE LAYER OF LOW TRAFFIC VOLUME NURUL AIN BINT! IBRAHIM

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

THERMOLUMINESCENCE PROPERTIES OF DYSPROSIUM-DOPED CALCIUM BORATE GLASS FOR DOSE MEASUREMENT SUBJECTED TO IONIZING RADIATION

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Kepelbagaian Nisbah 234 U/ 238 U dalam Jumlah Pepejal Terampai di Kuala Selangor

BIOMIMETIC PATTERN RECOGNITION FOR WRITER IDENTIFICATION USING GEOMETRICAL MOMENT FUNCTIONS

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

HAMPAS TEBU SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA SUMBER TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Penghasilan Jem Kelapa dengan Menggunakan Asid Sitrik dan Tiga Jenis Jus Buah Sitrus yang Berbeza

POWER QUALITY IMPROVEMENT BY DYNAMIC VOLTAGE RESTORER AND UNIFIED POWER QUALITY CONDITIONER USING FUZZY LOGIC FARIDULLAH KAKAR

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

MALAYSIANJOURNAL OF ANALYTICAL SCIENCES

PENGARUH BERBAGAI KETEBALAN MULSA SABUT KELAPA DAN INTERVAL PENYIRAMAN TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN SUKUN (Artocarpus communis) DI RUMAH KACA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

FORECASTING REVENUE PASSENGER ENPLANEMENTS USING WAVELET-SUPPORT VECTOR MACHINE MOHAMAD AIMAN ZAINUDDIN

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

THE ABSURDITY OF BEING AS REFLECTED IN FRANZ KAFKA S THE METAMORPHOSIS NOVELLA (1915): AN EXISTENTIALISM APPROACH.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

HENDRA SAPUTRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

Penghidrogenan Getah Asli Cecair menggunakan Sistem Mangkin Selenium (Hydrogenation of Liquid Natural Rubber using Selenium-Catalyzed System)

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Transcription:

Jurnal Kejuruteraan 29(1) 2017: 1-7 Kesan Lilin ke Atas Sifat Hidrofobik Permukaan Daun Pisang (Wax Effect on Hydrophobic Properties of Banana Leaves) Hasrawati Abu Hassan*, Mariyam Jameelah Ghazali, Nurfatihah Mohamed Zainuddin & Che Husna Azhari ABSTRAK Pengekstrakan lilin dilakukan ke atas dua jenis daun pisang iaitu Musa parasidiaca L. (pisang berangan) dan Musa acuminata Colla (pisang lemak manis) dengan merendamkan daun pisang ke dalam larutan kloroform bertujuan untuk mengenal pasti sifat-sifat hidrofobik dan pembersihan kendiri. Larutan hasil dikeringkan dan diikuti dengan proses penghabluran. Mikroskop imbasan elektron pancaran medan (FESEM) digunakan untuk melihat profil morfologi kedua-dua jenis sampel lilin dan elemen kimia yang diperoleh adalah karbon dan silikon melalui serakan x-ray (EDX). Takat lebur lilin Musa parasidiaca L. dan Musa acuminata Colla adalah 80.2 o C dan 82.9 o C manakala sudut sentuhan air pada permukaan lilin Musa parasidiaca L. dan Musa acuminata Colla adalah 137.3 o dan 132.8 o. Sudut sentuhan bagi kedua-dua sampel lilin melebihi 90 o menunjukkan daun pisang adalah bersifat hidrofobik yang mana Musa parasidiaca L. menunjukkan nilai sudut sentuhan yang lebih tinggi dan sesuai untuk aplikasi biomimetik. Pencirian yang terdapat pada lilin daun pisang boleh diaplikasikan di dalam industri salutan permukaan dan tekstil. Kata kunci: Lilin; Musa Acuminata Colla; Musa Parasidiaca L.; Sudut Sentuhan; Hidrofobik ABSTRACT Wax extraction of two types of banana leaves: Musa parasidiaca L. and Musa acuminata Colla; were conducted by immersing the banana leaves in chloroform in order to investigate the hydrophobicity and self-cleaning behaviour. Then, the resulting solvent was evaporated and crystallized at room temperature. Morphology of the both waxes was observed by using Field Emission Scanning Electron Microscope (FESEM) and the chemical elements obtained which were carbon and silicon by using Energy Dispersive X-ray Analysis (EDX). The melting point of Musa parasidiaca L. and Musa acuminata Colla were 80.2 o C and 82.9 respectively whereas the water contact angle of the wax surfaces of Musa parasidiaca L. and Musa acuminata Colla 137.3 o and 132.8 o. Both waxes exhibited hydrophobicity due to the contact angles values that exceeded 90 o and Musa parasidiaca L. showed higher contact angle and suitable for biomimetic application. The characterization of the banana leaves wax can be a source of coating and textiles industry. Keywords: Wax; Musa Acuminata Colla; Musa Parasidiaca L.; Contact Angle; Hydrophobic PENGENALAN Pengilhaman produk dari alam semula jadi telah menyumbang kepada motivasi kajian ini. Diilhamkan dari alam semula jadi, produk kalis air mempunyai permintaan yang tinggi dan mungkin akan menjadi produk yang penting dalam kehidupan seharian manusia. Contoh produk yang dihasilkan termasuk lapisan yang mengurangkan seretan air pada bot dan melindungi permukaan dan peralatan yang terdedah kepada air laut atau air biasa, menghasilkan bahan-bahan pembinaan yang kekal bersih dengan sedikit penyelenggaraan serta dilindungi daripada haus, dan tekstil yang tahan pewarnaan atau kekal kering apabila tenggelam di dalam air (Bhushan et al. 2010). Kajian kesan teratai (Lotus Effect) dijadikan panduan dalam menjalankan kajian tentang kesan lilin ke atas sifat hidrofobik permukaan daun pisang kerana daun teratai juga bersifat kalis air. Peniruan aplikasi hidrofobik yang telah dijalankan ke atas daun teratai dijadikan sebagai panduan bagi penyelidik untuk menghasilkan produk komersil. Sifat hidrofobik yang terdapat pada daun teratai (lotus) atau nama saintifiknya Nulembo Nucifera adalah disumbangkan oleh kekasaran permukaan dan kehadiran lilin pada daun itu sendiri (Bhushan et al. 2010). Lilin pada tumbuhan membentuk permukaan seperti bonggolan mikro yang menyumbang kepada sifat hidrofobik dan juga kekasaran permukaan (Zang et al. 2016). Titisan air yang tinggal di atas permukaan daun akan membantu dalam pembersihan kendiri. Rajah 1 menunjukkan kesan sudut sentuh yang tinggi pada permukaan hidrofobik membantu dalam pembersihan kendiri daun. Daun pisang telah digunakan sebagai media pembersih bagi seterika oleh generasi lama selain mengawal suhu dan memberikan bau yang enak. Kajian saintifik perlu dilakukan bagi membuktikan ciri daun pisang sebagai media pembersih melalui sifat hidrofobik. Lilin yang terdapat pada lapisan daun pisang mungkin menyumbang kepada sifat hidrofobik tersebut. JK 29(1) 2017(1).indd 1 24/01/2018 3:36:40 PM

2 Sebanyak 50 g sampel daun pisang dimasukkan ke dalam bikar yang mengandungi 250 ml larutan kloroform. Kemudian sampel tersebut dibiarkan selama 30 minit pada suhu bilik. Sepanjang tempoh 30 minit, bikar digoncang dengan berhati-hati bagi memastikan keseluruhan daun terkena larutan kloroform. Selepas 30 minit, sampel daun dikeluarkan dan larutan yang terhasil dikeringkan dengan menggunakan penyejat putaran vakum pada suhu 50 C. Setelah larutan kering, 5ml larutan aseton ditambah. Larutan baru yang terhasil dibiarkan pada suhu bilik sehingga menjadi hablur. PENCIRIAN LILIN RAJAH 1. Pembersihan kendiri pada permukaan hidrofobik. Titisan air dengan sudut sentuh yang tinggi akan membawa bersama partikel tercemar, titisan dengan sudut sentuh yang rendah tidak membersihkan permukaan (Zhang 2016) Daun pisang mempunyai lapisan berlilin pada permukaannya yang memberikan sifat hidrofobik yang berfungsi sebagai penghindaran air. Menurut Jetter & Kunst (2008), permukaan berlilin pada daun berfungsi sebagai lapisan pelindung terhadap kehilangan air, cahaya ultraungu, patogen dan serangga. Tambahan pula, lilin adalah bahan mentah yang bernilai untuk aplikasi industri seperti pelincir bernilai tinggi, kosmetik dan farmaseutikal dan juga bahanapi bertenaga tinggi. Kekasaran permukaan daun juga disumbangkan oleh lilin dan mikrostruktur daun (Gorga et al. 2012). Kajian ini memfokuskan kesan lilin ke atas sifat hidrofobik dalam menentukan potensi yang terdapat pada sifat lilin daun pisang bagi diaplikasikan di dalam bidang kejuruteraan. Bagi menjayakan kajian ini, sebagai permulaan, pencirian lilin seperti morfologi, sebatian kimia, takat lebur dan sudut sentuhan ditentukan dan dianalisa dengan lebih lanjut. Hablur yang terhasil iaitu lilin dianalisa bagi menentukan penciriannya ke atas sifat hidrofobik dan pembersihan diri. Sampel yang digunakan bagi tujuan pencirian adalah berbentuk serbuk. Analisa morfologi lilin dilakukan dengan menggunakan Mikroskop Imbasan Elektron Pancaran Medan (FESEM) pada pembesaran 500 dan 2500. Sebelum imej diimbas, sampel terlebih dahulu disadur dengan platinum bagi menghasilkan imej yang baik. Penentuan komposisi elemen yang terkandung dalam sampel lilin tersebut dilakukan analisis serakan X-ray (EDX). Takat lebur lilin diperoleh melalui ujian yang menggunakan tiub kapilari dengan peralatan Melting Point Meter M5000. Penentuan takat lebur lilin adalah mengikut standard ASTM D1519 iaitu melibatkan penggunaan tiub kapilari. Akhir sekali, sudut sentuhan air telah ditentukan dengan menitiskan air suling (~5 µl) dari picagari mikro seperti yang digariskan di dalam standard ASTM D7334. Penyediaan sampel bagi tujuan penentuan sudut sentuhan adalah dengan memampatkan serbuk lilin di atas slaid kaca sehingga mendapat satu permukaan yang rata. Sudut sentuhan air diambil pada 30 saat masa sentuhan titisan air pada permukaan lilin. HASIL DAN PERBINCANGAN BAHAN DAN KAEDAH PENYEDIAAN SAMPEL Bahan kajian adalah dua jenis daun pisang yang segar iaitu daun pisang berangan, Musa parasidiaca L. dan lemak manis, Musa acuminata Colla yang diambil dari Machang, Kelantan. Sebanyak 50g sampel dibersihkan terlebih dahulu dengan berhati-hati bagi mengelakkan kerosakan pada struktur lilin di atas permukaan kedua-dua daun pisang. Kemudian sampel daun pisang dipotong kepada petak kecil bersaiz 5 mm x 5 mm bagi tujuan uji kaji pengekstrakan. KAEDAH PENGEKSTRAKAN LILIN Kaedah pengekstrakan dijalankan bagi kedua-dua jenis bahan kajian seperti yang digariskan dalam kajian Noor Shawal et al. (2014) dan Bakker et al. (1998). PROFIL MORFOLOGI DAN KOMPOSISI LILIN Analisa FESEM menunjukkan kristal lilin pada kedua-dua jenis daun pisang. Serakan x-ray EDX digunakan bagi mendapatkan komposisi elemen di dalam lilin. Lilin kedua-dua jenis pisang menunjukkan bentuk yang sedikit berbeza di mana Musa parasidiaca L.menunjukkan bentuk platlet yang lebih besar berbanding Musa acuminata Colla dengan bentuk platlet yang lebih kecil. Rajah 2 dan 3 menunjukkan morfologi kedua-dua lilin pada magnifikasi yang berbeza. Berdasarkan kepada morfologi lilin, EDX dapat menentukan komposisi kimia yang terkandung di dalamnya. Analisa daripada EDX ini amat penting bagi menentukan sampel yang diekstrak adalah lilin. Rajah 4 menunjukkan morfologi yang diambil untuk analisis EDX dan komposisi elemen ditunjukkan pada spektrum EDX yang dipaparkan di dalam bentuk graf pada Rajah 5. JK 29(1) 2017(1).indd 2 24/01/2018 3:36:41 PM

3 Kristal lilin RAJAH 2. Bentuk lilin daun Musa parasidiaca L. dengan pembesaran imej sebanyak 500x dan 2500x Kristal lilin RAJAH 3. Bentuk lilin daun Musa acuminata Colla dengan pembesaran imej sebanyak 500x dan 2500x Titik EDX RAJAH JK 29(1) 2017(1).indd 3 4. Morfologi lilin yang diambil untuk analisa EDX Musa parasidiaca L. Musa acuminata Colla 24/01/2018 3:36:41 PM

4 30 C cps/ev 20 10 0 Si 5 10 15 kev 30 C cps/ev 20 10 0 0 Si 5 10 15 kev RAJAH 5. Spektrum EDX Musa parasidiaca L. Musa acuminata Colla Komposisi elemen terkandung di dalam lilin adalah seperti yang dirumuskan di dalam Jadual 1. Kedua-dua lilin didominasikan oleh kandungan elemen karbon dan mempunyai sedikit unsur silikon. Menurut Kumar et al. (2014), lilin mengandungi kandungan berat karbon yang paling banyak dan terdapat juga unsur silikon di dalam lilin. Unsur silikon amat penting terutamanya kepada tumbuhan kerana silikon memainkan peranan dalam meningkatkan ketahanan tumbuhan terhadap kulat patogen (Fauteux et al. 2005, Sangster et al. 2001). Jadi, boleh disimpulkan di sini bahawa silikon memainkan peranan sebagai pelindung permukaan hidrofobik daripada kulat patogen. Silikon membantu industri cat atau penyaduran terutamanya dalam meningkatkan jangka hayat produk. Adaptasi ini sebenarnya telah dilakukan pada produk komersil seperti cat pada dinding bangunan dan kapal (Bhushan et al. 2010). JADUAL 1. Komposisi elemen lilin daripada analisa EDX Elemen Berat (%) Musa parasidiaca L. Musa acuminata Colla Karbon 98.9 99.2 Silikon 1.1 0.8 Jumlah 100 100 ANALISA TAKAT LEBUR LILIN Penentuan takat lebur adalah salah satu ciri dalam menganalisis fizikal kimia sesuatu bahan di mana pada suhu tertentu, suatu bahan bertukar dari keadaan pepejal kepada cecair pada tekanan atmosfera. Takat lebur menandakan daya yang kuat antara molekul pada pepejal dapat diatasi. Ini bermaksud, sampel lilin daun pisang telah mencair dan berubah sifat kimia dan fizikalnya apabila mencapai takat lebur. Jadual 2 menunjukkan takat lebur lilin bagi kedua-dua daun pisang. Suhu yang ditetapkan pada permulaan adalah 60 C kerana menurut kajian oleh Yanagida et al. (2003), suhu lilin daun pisang adalah di antara 78 C sehingga 82 C. Oleh itu, suhu yang kurang daripada takat lebur ditetapkan sebagai suhu permulaan. Apabila lilin mencapai takat lebur, lilin tidak dapat lagi menyumbang kepada sifat permukaan yang hidrofobik dan pembersihan kendiri. Lilin yang lebur akan membentuk satu lapisan kalis air yang juga akan membantu dalam tindakan JADUAL 2. Takat lebur lilin pada dua jenis lilin daun pisang Jenis Lilin Suhu Takat Permulaan ( C) Lebur ( C) Musa parasidiaca L. 60 80.2 Musa acuminata Colla 60 82.9 JK 29(1) 2017(1).indd 4 24/01/2018 3:36:41 PM

5 pembersihan. Hal ini kerana menurut Mariyam Jameelah Ghazali et al. (2016), pembersihan yang efektif pada suhu yang tinggi adalah disebabkan oleh mikrostruktur daun seperti stomata dan ruang udara yang meningkatkan daya rekatan yang membantu dalam pembersihan. Apabila mencapai suhu takat lebur, lilin akan mencair dan hilang pada suhu tertentu. Oleh yang demikian, lilin bukan merupakan penyumbang utama kepada aplikasi kejuruteraan yang hidrofobik dan pembersihan kendiri apabila mencapai suhu takat lebur. PROFIL SUDUT SENTUH DUA JENIS LILIN DAUN PISANG Tegangan permukaan cecair, permukaan pepejal dan wap sekeliling mempengaruhi nilai sudut sentuhan. Rajah 6 menunjukkan nilai sudut sentuhan bagi kedua-dua jenis lilin. Musa parasidiaca L. meunujukkan nilai sudut sentuhan yang sedikit tinggi berbanding Musa acuminata Colla. Permukaan lilin mempunyai perbezaan dalam tenaga permukaan bebas di antara permukaan dengan lapisan bawah sampel (Leelamanie & Kurabe 2009). Kesimpulannya, kedua-dua lilin mempunyai sifat hidrofobik kerana mempunyai sudut sentuhan melebihi 90. 137.3 132.8 RAJAH 6. Sudut sentuhan air pada permukaan lilin Musa parasidiaca L. Musa acuminata Colla Kebolehbasahan daun dipengaruhi oleh dua faktor iaitu faktor dalaman dan faktor persekitaran seperti cuaca dan suhu. Sebatian kimia di dalam lilin adalah penyebab dalaman bagi kebolehbasahan sesuatu daun. Sudut sentuhan daun akan meningkat seiring dengan peningkatan kuantiti lilin pada daun (Wang et al. 2015). Peningkatan kuantiti lilin juga akan meningkatkan komposisi kimia yang terdapat pada sebatian kimia lilin. Tambahan pula, pencirian permukaan seperti sudut sentuh ini bergantung pada sebatian kimia, mikrostruktur sel epikutikular (Barthlott & Neinhuis 1997), bilangan dan taburan stomata yang terdapat pada lilin (Wang et al. 2010). Bentuk lilin yang pelbagai seperti platlet atau tubular, menyumbang kepada kegunaan yang berbeza dan sentiasa mencegah titisan air dari membasahi permukaan daun (Barthlott & Neinhuis 1997). Mikrostruktur yang terdapat pada daun seperti bentuk yang kompleks berada pada permukaan daun dan bentuk lilin dikira sebagai faktor untuk mendapatkan sudut sentuhan. Bentuk lilin juga menyumbang kepada pencirian dalam menentukan sudut sentuhan permukaan di mana bentuk morfologi lilin yang mampat menyumbang kepada sudut sentuhan yang tinggi. Musa parasidiaca L. menunjukkan nilai sudut sentuhan yang sedikit tinggi berbanding Musa acuminata Colla. Jika dilihat pada Rajah 2 dan 3, Musa parasidiaca L. diwakili oleh lilin yang berbentuk seakan rabung berbanding lilin berbentuk kepingan (flakes) yang ditunjukkan oleh Musa acuminata Colla. Titisan air lebih cenderung untuk berada di atas permukaan yang lebih seragam dan padat dalam membentuk poket udara bagi menghasilkan ciri-ciri yang lebih hidrofobik. Kajian yang lepas juga menunjukkan daun yang mempunyai lilin yang banyak dan mampat menyumbang kepada penangkisan air dan mempunyai sudut sentuhan yang tinggi (AG 1973, Wang et al. 2015). Kekasaran permukaan ditentukan dengan sebatian kimia pada lilin, morfologi lilin dan mikrostruktur yang terdapat pada permukaan (Dodiuk et al. 2007). Dengan pengolahan terhadap permukaan seperti menambahkan kekasaran pada permukaan dengan kaedah salutan dan sebagainya, sudut sentuhan juga akan meningkat. Peningkatan sudut sentuhan akan mengurangkan lekatan antara titisan air dan permukaan daun dan akan menyumbang kepada salutan yang kalis air dan pembersihan kendiri yang efisien. Permukaan hidrofobik seperti daun pisang boleh diadaptasikan untuk kegunaan yang memerlukan pembersihan kendiri pada suhu yang lebih tinggi. Ia dilakukan dengan menyalut permukaan dengan lilin dan menggunakan kejuruteraan nano dalam membuat tekstur nano permukaan. Tekstur nano permukaan mengandungi bonggolan-bonggolan kecil yang mempunyai kelebaran sebanyak 10 μm pada permukaan yang menyumbang kepada kekasaran permukaan. Bonggolan kecil ini diinterpretasi sebagai bentuk lilin pada permukaan daun. Selain itu, sudut sentuhan bagi kedua-dua lilin adalah melebihi 120. Menurut Koch et al. (2008), sudut sentuhan yang melebihi 120 adalah sesuai diaplikasikan di dalam industri tekstil. Tambahan pula, tekstil yang bersifat hidrofobik dan bebas kotoran berkembang dengan meluas pada masa sekarang. Kesimpulannya, sudut sentuhan yang terdapat pada lilin daun pisang amat sesuai untuk JK 29(1) 2017(1).indd 5 24/01/2018 3:36:42 PM

6 diadaptasikan penciriannya dalam bidang biomimetik bagi industri salutan permukaan dan tekstil. KESIMPULAN Morfologi lilin bagi Musa parasidiaca L. dan Musa acuminata Colla menunjukkan bentuk platlet yang berlainan saiz antara kedua-dua jenis daun. Bagi takat lebur lilin daun Musa parasidiaca L. dan Musa acuminata Colla adalah 80.2 dan 82.9. Sudut sentuhan pada permukaan lilin bagi keduadua jenis lilin masing-masing adalah 137.3 dan 132.8 di mana menyumbang kepada sifat hidrofobik yang memerlukan sudut sentuh lebih tinggi dari 90. Kesimpulannya, analisa morfologi, takat lebur dan sudut sentuhan pada permukaan lilin amat penting dalam menentukan pencirian hidrofobik sekali gus menjadi titik permulaan untuk kajian yang lebih mendalam dalam bidang biomimetik. PENGHARGAAN Penulis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di atas tajaan projek melalui geran penyelidikan FRGS/2/2013/TK04/ UKM/02/2. Terima kasih juga kepada kakitangan-kakitangan makmal UKM dan UM atas kemudahan menjalankan analisis. Penulis juga merakamkan penghargaan kepada Taman Pertanian Universiti UPM dan Encik Mohd Nor yang membekalkan daun pisang. RUJUKAN AG, N. 1973. The physico-chemical basis of leaf wettability in wheat. Planta 114(4): 289-309. Bakker, M., Baas, W., Sijm, D. & Kollöffel, C. 1998. Extraction and identification of leaf wax of lectuca sativa and plantago major. Phytochemistry 47: 1489-1493. Bhushan, B., Jung, Y.C. & Nosonovsky, M. 2010. Lotus effect: surfaces with roughness-induced superhydrophobicity, self-cleaning and low adhesion. Slaid. The Ohio State University. Dodiuk, H., Rios, P. F., Dotan, A. & Kenig, S. 2007. Hydrophobic and self-cleaning coatings. Polymers Advanced Technology. 18(9): 746-750. Barthlott, W. & Neinhuis, C. 1997. Purity of the sacred lotus, or escape from contamination in biological surfaces. Springer Link 202(1): 1-8. Fauteux, F., Rémus-Borel, W., Menzies, J.G. & Bélanger, R.R. 2005. Silicon and plant disease resistance against pathogenic fungi. FEMS Microbiol Lett. 249(1): 1-6. Gorga, E.R., Sas, L., Joines, J.A. & Thoney, A.T. 2012. Literature review on superhydrophobic self-cleaning surfaces produced by electrospinning. Journal of Ploymer Science 50(12): 824-845. Jetter, R. & Kunst, L. 2008. Plant surface lipid biosynthetic pathways and their utility for metabolic engineering of waxes and hydrocarbon biofuels. The Plant Journal 54: 670-683. Koch, K., Schulte, A.J., Fischer, A., Gorb, S. & Barthlott, W.A. 2008. Fast, precise and low cost replication technique for nano- and high aspect ratio structures of biological and artifical surfaces. Bioinspir. Biomim. 3: 1748-1757. Kumar, A., Negi, Y.S., Choudhary, V. & Bhardwaj, N.K. 2014. Characterization of Cellulose Nanocrystals Produced by Acid-Hydrolysis from Sugarcane Bagasse as Agro- Waste. Journal of Materials Physics and Chemistry 2(1): 1-8. Leelamanie, D.A.L & Kurabe, J. 2009. Effects of hydrophobic and hydrophilic organic matter on the water repellency of model sandy soils. Soil Science and Plant Nutrition 55(4): 462-467. Mariyam Jameelah Ghazali, Hasrawati Abu Hassan, Che Husna Azhari & Fatma Azura Mamat. 2016. The bioadhesion behaviour of banana leaves as soil remover at elevated temperatures. Tribology Online 11(2): 264-271. Noor Shawal Nasri, Murtala Musa Ahmed, Naemah Mohd Noor, Jibril Mohammed, Usman Dadum Hamza & Husna Mohd Zain. 2014. Advanced Materials Research 1043: 184-188. Sangster, A.G., Hodson, M.J. & Tubb, H.J. 2001. Silicon deposition in higher plants. In Silicon in agriculture. Eds. Amsterdam, The Netherlands: Elsevier: 85-114. Volha Shapaval, Nils Kristian Afseth, Gjermund Vogt & Achim Kohler. 2014. Fourier transform infrared spectroscopy for the prediction of fatty acid profiles in Mucor fungi grown in media with different carbon sources. Microb Cell Fact 13(86): 1475-2859. Yanagida, T., Shimizu, N. & Kimura, T. 2005. Extraction of wax from banana leaves as an alternative way of utilizing agricultural residue. Japan Journal of Food Engineering 6(1): 29-35. Wang, H.X., Shi, H. & Li, Y.Y. 2010. Leaf surface wettability of major plant species for urban greening in Xi an and related affecting factors. Chinese Journal of Ecology 29(4): 630-636. Wang, H.X., Shi, H. & Li, Y.Y. 2015. The Wetting of Leaf Surfaces and Its Ecological Significances. Wetting and Wettability 11: 296-321. Zhang, M., Feng, S., Wang, L. & Zheng, Y. 2016. Lotus effect in wetting and self-cleaning. Biotribology 5: 31-43. *Hasrawati Abu Hassan, Mariyam Jameelah Ghazali, Nurfathihah Mohamed Zainudin & Che Husna Azhari Jabatan Kejuruteraan Mekanik dan Bahan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor. Phone: +0127035629 JK 29(1) 2017(1).indd 6 24/01/2018 3:36:42 PM

7 *Corresponding author; Email address: hasrawati@siswa. ukm.edu.my Received date : 1 st December 2016 Accepted date : 8 th May 2017 In Press date : 16 th October 2017 Published date : 30 th October 2017 JK 29(1) 2017(1).indd 7 24/01/2018 3:36:42 PM

JK 29(1) 2017(1).indd 8 24/01/2018 3:36:42 PM