PERANAN NGO ISLAM TERHADAP PERLAKSANAAN ISLAH DAN DAKWAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT NORSHIELA BINTI MD SAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

FAKTOR INSANIAH DALAM PENGURUSAN KUALITI: KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Amar Makruf Nahi Mungkar

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

DINAMIKA PENDAKWAH MELAKSANA DAKWAH PELBAGAI ETNIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) PROGRAM j-qaf DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON PENGERANG, JOHOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

PERSEPSI PELAJAR 4 SPI TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Peranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

PERANAN NGO ISLAM TERHADAP PERLAKSANAAN ISLAH DAN DAKWAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT NORSHIELA BINTI MD SAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERANAN NGO ISLAM TERHADAP PERLAKSANAAN ISLAH DAN DAKWAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT NORSHIELA BINTI MD SAID 850722-02-5308 Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2009

iii DEDIKASI Andainya ada pahala dalam penghasilan kajian ini, ku hadiahkannya buat: Ayahanda & Bonda tercinta.. Md Said Bin Hj. Ahmad dan Siti Mariam Bt Said Doa...Pengorbanan..Semangat & Kasih sayang kalian Buat aku teguh di sini. Buat kekanda & adinda-adinda yang dikasihi.. Shahrizan, Nor Fatin dan Shazatul Najiha, Janganlah leka dengan kenikmatan hidup yang sementara ini Doaku agar kejayaan sentiasa mengiringi kalian. Buat Bonda Siti Ani Bt Said yang disayangi.. Dorongan & sokonganmu menjadi pembakar semangatku Segala jasamu tidak akan ku lupakan Ku hargai kasih sayangmu sejak diriku kecil hingga dewasa kini. Buat Pensyarah dan Guru.. Terutamanya Dr. Farahwahida Bt. Mohd Yusof Sekalian Pensyarah PPIPS & Fakulti Pendidikan Terima kasih di atas segala bimbingan & didikan Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran. Sahabat-sahabat Seperjuanganku.. Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar kalian Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku buat selama-lamanya.. Salam penuh kasih sayang...

iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ucapan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta sahabat Baginda. Alhamdulillah, dipanjatkan sepenuh kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayah-nya, dapatlah penulis menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan sempurna. Harapan semoga segala hasil usaha yang sedikit ini dapat memberikan manfaat kepada semua. Setinggi-tinggi penghargaan buat Dr. Farahwahida Bt. Mohd Yusof selaku penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) ini di atas sumbangan idea, penyemakan, penyeliaan dan segala susah payah yang telah beliau sumbangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini. Semoga segala kerjasama dan pengorbanan masa yang telah beliau curahkan akan mendapat balasan ganjaran yang sebaik-baiknya daripada Allah S.W.T. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada kedua ibu bapa serta keluarga yang tidak pernah jemu memberi sokongan dan dorongan. Begitu juga kepada para pensyarah, rakan-rakan seperjuangan dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung terutamanya pihak ABIM Negeri Johor yang sudi membantu menyediakan pelbagai maklumat berkaitan kajian ini. Terima kasih diucapkan di atas tunjuk ajar, kerjasama yang baik, perkongsian idea dan pandangan serta kritikan yang membina agar kajian ini dapat dihasilkan dengan baik dan sempurna. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya. Semoga kalian sentiasa beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T.

v ABSTRAK Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui kegiatan islah dan dakwah yang dijalankan kepada masyarakat Islam oleh ABIM Negeri Johor. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti peranan ABIM Negeri Johor serta kaedah yang digunakan terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat Islam khususnya masyarakat di negeri Johor. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan perlaksanaan islah dan dakwah yang dijalankan oleh ABIM Negeri Johor terhadap masyarakat. Di antara metodologi yang digunakan untuk mendapatkan data bagi kajian ini ialah Metode Penentuan Subjek, Metode Pengumpulan Data dan Metode Analisis Data. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa ABIM Negeri Johor memainkan peranan yang sangat penting terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dengan menyumbangkan pelbagai usaha agar dapat menyuburkan kembali sinar Islam yang kian dicemari oleh pelbagai isu keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat. Kaedah perlaksanaan islah dan dakwah ABIM Negeri Johor direalisasikan secara berjamaah melalui pelbagai pendekatan berdasarkan keperluan semasa dan keadaan masyarakat setempat. Usaha-usaha ABIM Negeri Johor memberikan kesan yang memberangsangkan melalui penerimaan masyarakat secara positif terhadap aktiviti islah dan dakwah yang dijalankan. Namun, usaha-usaha tersebut hanya terkesan ke atas sebilangan masyarakat sahaja, masih terdapat masyarakat yang mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim. Di akhir kajian, beberapa cadangan turut dikemukakan kepada ABIM Negeri Johor bagi memantapkan lagi usaha-usaha islah dan dakwah yang dilaksanakan dalam kalangan masyarakat.

vi ABSTRACT This study is carried out with purpose identify the reformation and propasation activity conducted to the Muslim society by ABIM Johor. The objective of the research is to acknowledge the functions and methods used towards the implementation of reformation and propasation among Muslim society especially in Johor. Other than that, this study also aims at examining the effectiveness of the reformation and propasation implementation by ABIM Johor to the society. The methodology used for collecting data in this study are Subject Decision Method, Data Collection Method and Data Analysis Method. Overall, the findings of the study show that ABIM Johor plays a significant role in the implementation of reformation and propasation by supporting through numerous efforts to hourish the light of Islam which is spoilt by social problems. In fact, the implementation methods of the reformation and propasation by ABIM Johor is made possible together through various approqches based on the current needs and the local society situation. The efforts by ABIM Johor give great impacts through the positive acceptance by the society towards the reformation and propasation activity. Yet, these efforts only affect some community, while others still neglect their responsibilities as Muslims. At the end of the study there are also some recommendations to ABIM Johor as to strengthen the efforts of reformation and propasation carried out among the society.

vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT xiii PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi BAHAGIAN SATU PENDAHULUAN BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6 Kepentingan Kajian 7

viii 1.7 Skop Kajian 8 1.8 Definisi Istilah 9 1.9 Kesimpulan 13 BAHAGIAN DUA SOROTAN KAJIAN BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 14 2.2 Peranan NGO Islam Dalam Melaksanakan Islah 16 Dan Dakwah 2.3 ABIM Negeri Johor 2.3.1 Sejarah Penubuhan ABIM Negeri Johor 21 2.3.2 Visi Dan Misi ABIM Negeri Johor 21 2.3.3 Objektif Penubuhan ABIM Negeri Johor 22 2.3.4 Struktur Organisasi ABIM Negeri Johor 23 2.3.5 Aktiviti-aktiviti Anjuran ABIM Negeri 25 Johor 2.4 Konsep Islah Dan Dakwah 2.4.1 Pengertian Islah Dan Dakwah 26 2.4.2 Kewajipan Islah Dan Dakwah 29 a) Dalil Kewajipan Islah 30 b) Dalil Kewajipan Dakwah 33 2.4.3 Metode Dakwah Rasulullah s.a.w 36 2.4.4 Kepentingan Islah Dan Dakwah Islamiah 41 2.4.5 Perkembangan Islah Dan Dakwah Di 45 Malaysia 2.4.6 Metodologi Islah Dan Dakwah 47 a) Dakwah Secara Jamaah 48 b) Dakwah Secara Fardiyah 50 2.4.7 Teknik Perlaksanaan Aktiviti Islah 52

ix Dan Dakwah 2.4.8 Jenis-jenis Aktiviti Islah dan Dakwah 60 2.4.9 Cabaran Islah Dan Dakwah Masa Kini 63 2.5 Kajian Lepas 66 2.6 Kesimpulan 69 BAHAGIAN TIGA METODOLOGI KAJIAN BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 70 3.2 Metode Penentuan Subjek 71 3.3 Metode Pengumpulan Data 72 3.3.1 Kajian Lapangan 72 3.3.2 Kajian Perpustakaan 73 3.3.3 Metode Dokumentasi 73 3.3.4 Metode Wawancara 74 3.4 Metode Analisis Data 76 3.4.1 Metode Induktif 76 3.4.2 Metode Deduktif 77 3.5 Kesimpulan 78 BAHAGIAN EMPAT ANALISIS DATA BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 79 4.2 Peranan ABIM Negeri Johor Terhadap Perlaksanaan 80 Islah Dan Dakwah Dalam Kalangan Masyarakat

x 4.3 Kaedah-kaedah Yang Digunakan Oleh ABIM 87 Negeri Johor Terhadap Perlaksanaan Islah Dan Dakwah Dalam Kalangan Masyarakat 4.4 Keberkesanan Perlaksanaan Islah Dan Dakwah 101 Yang Dijalankan Oleh ABIM Negeri Johor Dalam Kalangan Masyarakat 4.5 Kesimpulan 108 BAHAGIAN LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 109 5.2 Kesimpulan 109 5.3 Cadangan 113 5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 116 5.5 Kesimpulan 117 BIBLIOGRAFI 118 LAMPIRAN

xi SENARAI SINGKATAN ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia AIDS - Acquired Immune Deficiency Syndrome a.s - Alaihi Salam ASEAN - Association Of South East Asian Nations BINA - Angkatan Nahdhatul Islam Bersatu BEST - Bengkel Sukarelawan Muda Dr. - Doktor En. - Encik et.al - Dan lain-lain FELDA - Federal Land Development Authority Hj. - Haji HELWA - Hal Ehwal Wanita Ibid - (Latin Ibidem: pada empat, kitab, atau halaman yang sama IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia INDAH - Institut Dakwah dan Latihan Islam IPT - Institut Pengajian Tinggi IOA - Islamic Outreach ABIM JAIN - Jabatan Agama Islam Negeri JIM - Jamaah Islam Malaysia KBI - Koperasi Belia Islam KBS - Kementerian Belia Dan Sukan KRJ - Kelab Remaja Jamaah Islah Malaysia KPIJ - Kesatuan Pelajar Islam Johor LAKIM - Program Latihan Kepimpinan Muda

xii MAYC - Malaysian Association of Youth Clubs Men. Menengah MBA - Program Menjejaki Bumi Anbiya MPAT - Majlis Perhimpunan Agung Tahunan NGO - Non Goverment Organisation PAFA - Perkara Asas Fardhu Ain PERKIM - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia PIBG - Persatuan Ibu bapa Dan Guru Pn. - Puan PROJET - Program Jejak Darul Takzim PROKIM - Program Khidmat Komuniti PKPIM - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia PPGM - Program Pembentukan Generasi Muslim PSM - Projek Sarjana Muda s.a.w - Sallallahu Alaihi Wasallam Sdr. - Sudara Sdn. Bhd - Sendirian Berhad Sek. Sekolah SMI - Sekolah Menengah Islam SRI - Sekolah Rendah Islam S.W.T - Subhanahu Wa Ta ala SYC - Smart Youth Camp Tn. - Tuan t.t - Tanpa Tahun USIA - United Sabah Islamic Association WADAH Wadah Pencerdasan Ummah YADIM - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A Soalan Temubual B Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat Dari Fakulti Pendidikan C Surat Akuan Daripada PPIPS D Surat Kebenaran Membuat Rujukan E Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat Daripada ABIM Negeri Johor

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Islah dan dakwah merupakan suatu keperluan asas bagi memacu kemajuan dan kesejahteraan umat Islam. Islah adalah suatu usaha untuk memperbaiki keadaan masyarakat Islam, sama ada dari aspek akidah, akhlak, muamalah, kemasyarakatan, perekonomian dan sebagainya (Ab. Aziz Mohd. Zin, 2005:1). Allah S.W.T menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada hamba-nya yang sentiasa memperbaiki keadaan hidup mereka ke arah yang lebih sempurna di samping mencari keredhaan-nya di dunia dan akhirat. Dakwah pula bermaksud menggesa manusia melakukan kebaikan serta menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar agar mereka berjaya mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat (Syamsul Bahri, et.al, 2005: 45). Islah dan dakwah sentiasa bergerak seiring dengan perubahan semasa tetapi masih mengekalkan matlamatnya yang utama iaitu membimbing manusia mengagungkan Allah S.W.T dalam menyusun kehidupan yang lebih sempurna. Hal ini menunjukkan bahawa ajaran Islam sentiasa sesuai dengan peredaran masa dan tempat serta memberi ruang kepada manusia untuk memperbaiki prasarana yang dapat memudahkan kehidupan mereka. Kreativiti dan inovasi sangat digalakkan dalam Islam, tetapi ia mestilah tidak melanggar segala perintah dan larangan Allah S.W.T.

( 2 Menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam untuk melaksanakan islah dan dakwah. Realiti kehidupan masyarakat Islam hari ini memerlukan pengurusan dan perancangan yang cekap dalam melaksanakan islah dan dakwah sama ada secara individu ataupun melalui organisasi tertentu. Corak kehidupan umat Islam sentiasa berubah seiring perubahan persekitaran dan sosiobudaya. Malahan perubahan dalam sosial masyarakat juga sangat membimbangkan terutamanya golongan remaja yang semakin terjebak ke lembah kemaksiatan dan fenomena keruntuhan akhlak yang semakin bermaharajarela. Justeru itu, dakwah sangat perlu bagi memastikan perubahan yang berlaku bersesuaian dengan ajaran Islam yang memandu manusia ke arah kesejahteraan (Fariza Md.Sham, et.al, 2000: iii). Matlamat untuk membuat pengislahan dan berdakwah dalam masyarakat Islam bukanlah suatu tugasan yang mudah bagi seseorang pendakwah atau badanbadan dakwah. Hal ini demikian kerana terdapat banyak halangan yang perlu ditempuhi serta diselesaikan dengan bijaksana, sabar, jujur, berdisiplin, amanah dan cekap. Fenomena perubahan sosial pada masa kini juga perlu difahami dan dikaji terlebih dahulu agar dapat menjamin kejayaan kegiatan islah dan dakwah yang dilakukan serta memberi kesan di dalam diri setiap ahli masyarakat. Sebagaimana Allah S.W.T berfirman bahawa telah berkata Luqman kepada anaknya: É9ô¹$#uρ Ì s3ζßϑø9$# Ç tã tµ Ρ$#uρ Å ρã èyϑø9$î/ ö ãβù&uρ nο4θn= Á9$# ÉΟÏ%r& o_ç6 tƒ Í θãβw{$# ÇΠ tã ô ÏΒ y7ï9 sœ βî) y7t/$ ¹r&!$tΒ 4 n?tã Maksudnya: Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkaraperkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (Surah Luqman, 31: 17)

3 1.2 Latar Belakang Masalah Islah sangat penting dalam konteks pembangunan masyarakat yang mempunyai kekuatan akidah, ketinggian sifat kemanusiaan, keluhuran budi pekerti dan ilmu serta ketulusan hubungannya dengan Allah S.W.T. Dengan penerimaan dakwah Islamiah yang berkesan dapat melahirkan insan yang sentiasa memanfaatkan nikmat yang diberikan oleh Allah ke arah kebaikan dan tidak membawa kemudharatan dalam hubungannya dengan manusia serta alam ini. Sebagaimana Allah S.W.T berfirman: šχθßsî=óáãβ $yγè= δr&uρ 8Νù=ÝàÎ/ 3 t à)ø9$# š Ï=ôγãŠÏ9 š /u tβ%ÿ2 $tβuρ Maksudnya: Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri. (Surah Hud, 11: 117) Masyarakat Islam pada hari ini telah mengalami pelbagai perubahan sosial dan budaya yang menyebabkan mereka lalai dalam mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Fenomena masyarakat Islam kini juga menunjukkan mereka telah dipengaruhi dengan pelbagai budaya negatif yang boleh meruntuhkan akhlak mereka sebagai seorang Muslim. Situasi ini dapat dilihat di merata tempat khususnya di Malaysia. Akhbar dan majalah serta media eletronik sering menyiarkan mengenai keruntuhan akhlak dan peribadi Muslim. Mereka dilanda pelbagai masalah seperti penyalahgunaan dadah, penagihan arak, AIDS, penceraian, kegiatan maksiat, penderaan kanak-kanak, jenayah remaja dan gejala rasuah (Mahadi Osman, et.al, 1995: ix). Masyarakat Islam kini semakin terpengaruh dengan budaya hedonisme iaitu budaya yang mementingkan keseronokan dan hiburan yang keterlaluan seperti pengaruh muzik pop dan rock Barat yang boleh membangkitkan emosi manusia. Hal demikian boleh memberikan kesan negatif terhadap pembentukan sahsiah dan minda

4 terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Selain itu, antara ancaman yang paling utama terhadap pembangunan negara dan ummah ialah masalah dadah yang tidak boleh dipandang remeh oleh setiap lapisan masyarakat. Situasi sebegini memerlukan keprihatinan oleh semua pihak untuk menanganinya dengan pendekatan yang bijak dan efektif. Fenomena perubahan sosial ini juga turut mewujudkan masalah keruntuhan akhlak yang sangat membimbangkan dalam kalangan masyarakat seperti meluasnya aktiviti melepak dalam kalangan remaja, pergaulan bebas, perlumbaan haram, video lucah, sumbang mahram dan sebagainya. Masyarakat pada zaman moden ini amat mudah terdedah dengan perkara-perkara yang mendorong kepada kemaksiatan. Oleh itu, mengislahkan masyarakat melalui pendekatan berdakwah kepada mereka menjadi suatu tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap Muslim. Tugas islah dan dakwah ini bukan hanya terletak di bahu ahli agama dan tanggungjawab pendakwah semata-mata, tetapi ia juga menjadi tanggungjawab semua umat Islam. Seseorang Muslim itu mesti menjadi benteng mempertahankan agamanya daripada sebarang cabaran zaman. Selaras dengan keperluan masyarakat yang memerlukan islah dan dakwah dilaksanakan dengan lebih berkesan, sistematik dan meluas, maka pihak kerajaan dan swasta telah menubuhkan beberapa institusi yang dikhaskan untuk tujuan tersebut iaitu Non Government Organisation (NGO) Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jamaah Islah Malaysia (JIM) atau badan-badan kerajaan seperti Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan sebagainya (Ghazali bin Darusalam, 1996: 113). Kesemua badan dakwah ini bermatlamat untuk memperbaiki keadaan masyarakat dan meyebarkan risalah Islam yang menekankan kepada iman dan amal. Walaupun telah ditubuhkan pelbagai pertubuhan dakwah di negara ini, tetapi masalah sosial dan kemaksiatan masih lagi berleluasa dalam kalangan masyarakat, seolah-olah tiada sesiapa yang menyeru mereka ke arah kebaikan serta mengajak mereka memperbaiki keadaan hidup ke arah yang diredhai Allah S.T.W. Hal ini

5 demikian mungkin disebabkan dakwah yang telah dijalankan tidak mendatangkan kesan yang mendalam terhadap masyarakat Islam di negara ini. Oleh itu, semua pihak sama ada agensi-agensi kerajaan, badan-badan NGO yang bertanggungjawab secara langsung terhadap hal ehwal keislaman perlu mencari modus operandi yang sesuai untuk menggiatkan penyebaran mesej positif yang sesuai dengan fitrah manusia (Fariza Md. Sham, et.al, 2000: 32). 1.3 Pernyataan Masalah NGO Islam merupakan antara organisasi yang ditubuhkan untuk mengislahkan masyarakat ke arah membina kehidupan yang lebih baik berteraskan ajaran Islam yang suci. Selain itu, penubuhan badan dakwah tersebut bermatlamat untuk membentuk masyarakat yang sentiasa taat kepada perintah Allah dengan mengadakan seruan dakwah Islamiah kepada masyarakat Islam. Namun, realiti kehidupan kini menunjukkan keadaan masyarakat di negara ini masih lagi bergelumang dengan kemaksiatan dan keruntuhan modal insan sebagai seorang Muslim, bahkan fenomena ini semakin berleluasa dan sangat membimbangkan. Hanya segelintir sahaja masyarakat Islam di negara ini yang memegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar sebagaimana yang dijelaskan oleh al-quran dan al- Sunnah. Malah sebahagian masyarakat Islam lain masih jauh ketinggalan dan lalai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Walaupun badan-badan dakwah telah diwujudkan di seluruh negeri, tetapi masalah sosial dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini semakin membimbangkan. Mereka sangat memerlukan tarbiah dan didikan agama secara berterusan dan bersistematik. Sebagai badan dakwah, NGO Islam perlu berperanan dalam mengatur aktiviti dan program secara berkala untuk menjadikan masyarakat memahami dan menghayati ajaran Islam yang suci serta memperbaiki kehidupan mereka ke arah kebaikan.

6 Melihat kepada permasalahan ini, penyelidik menjalankan kajian khusus ini terhadap NGO Islam iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor Darul Takzim untuk mengenalpasti peranan ABIM dalam menangani masalah yang melanda masyarakat Islam pada masa kini yang sangat memerlukan islah dan dakwah dari pelbagai aspek serta seruan mentaati perintah Allah S.W.T. Di samping itu, penyelidik juga mengkaji kaedah yang diaplikasikan oleh ABIM agar ianya sesuai dan dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat serta keberkesanannya dalam pembentukan masyarakat madani dan sejahtera. 1.4 Objektif Kajian Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui kegiatan islah dan dakwah yang dijalankan kepada masyarakat Islam oleh pihak ABIM Negeri Johor. Antara objektif kajian yang ingin dicapai oleh penyelidik ialah: 1.4.1 Mengenalpasti peranan ABIM Negeri Johor terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat. 1.4.2 Mengenalpasti kaedah yang digunakan oleh ABIM Negeri Johor untuk melaksanakan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat. 1.4.3 Mengenalpasti keberkesanan perlaksanaan islah dan dakwah yang dijalankan oleh ABIM Negeri Johor dalam kalangan masyarakat. 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan objektif yang telah dinyatakan di atas, maka persoalan kajian yang ingin dijawab ialah :

7 1.5.1 Apakah peranan ABIM Negeri Johor terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat? 1.5.2 Apakah kaedah yang digunakan oleh ABIM Negeri Johor untuk melaksanakan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat? 1.5.3 Sejauhmanakah keberkesanan perlaksanaan islah dan dakwah yang dijalankan oleh ABIM Negeri Johor dalam kalangan masyarakat? 1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini hanya tertumpu di dalam lingkungan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor Darul Takzim yang ditubuhkan khas untuk merancang dan menjalankan program-program dakwah di peringkat negeri dan daerah. Dengan itu, kajian ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pihak ABIM sendiri, badan-badan NGO Islam yang lain, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Persatuan-persatuan Islam sama ada di peringkat sekolah rendah dan menengah mahupun di peringkat universiti. Kajian ini diharap dapat membantu pihak ABIM untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan metodologi islah dan dakwah yang terdapat di dalam organisasi mereka. Segala kelemahan dan kekurangan dalam organisasi mereka perlu diperbaharui dan diperbaiki bagi mencapai matlamat utama penubuhan badan dakwah tersebut. Setiap ahli jawatankuasa ABIM juga perlu memainkan peranan masing-masing agar segala aktiviti yang dijalankan dapat memberi kesan yang mendalam dalam diri setiap ahli masyarakat Islam khususnya di negara ini. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat membantu badan-badan NGO Islam yang lain untuk merancang strategi dan teknik berdakwah yang efektif serta mencari hala tuju perjuangan mereka yang sebenarnya. Hal ini supaya segala tanggungjawab

8 yang dilaksanakan itu akan mendapat manfaat dan pulangan yang baik sama ada di dunia mahupun di akhirat. NGO Islam yang lain seperti Jamaah Islah Malaysia (JIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Jamaah Tabligh Malaysia dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) juga dapat memantapkan lagi pengurusan organisasi mereka untuk menyebarkan dakwah Islamiah secara berterusan. Kajian ini juga bermanfaat kepada pihak pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri Johor sebagai satu panduan untuk merancang serta melaksanakan program yang dapat menarik perhatian masyarakat. Walaupun Jabatan Agama Islam Negeri Johor merupakan badan dakwah kerajaan, tetapi ia perlu membina satu ikatan yang akrab dengan pihak NGO Islam agar dapat bekerjasama dan bersatu dalam menghadapi cabaran dakwah pada masa kini yang sememangnya memerlukan paduan tenaga pelbagai pihak. Akhirnya, kajian ini diharap dapat membantu persatuan-persatuan Islam sama ada di peringkat sekolah rendah dan menengah atau di peringkat universiti dalam merangka program untuk membantu menyemarakkan lagi aktiviti islah dan dakwah dalam kalangan pelajar serta masyarakat secara amnya. Terdapat banyak program keagamaan yang boleh diwujudkan di institusi pengajian tersebut seperti mengadakan Kuiz Maal Hijrah, Musabaqah, Sambutan Awal Muharam, Ihya Ramadhan, Maulid al-rasul, Majlis Israk Mi raj dan Qiyamullail. Didikan dan penerapan Islam sejak daripada peringkat sekolah dapat memberikan keuntungan yang besar kepada masyarakat Islam pada masa akan datang. 1.7 Skop Kajian Kajian ini tertumpu kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor Darul Takzim mengenai peranan mereka dalam melaksanakan gerakan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini khususnya di Negeri Johor. Kajian ini juga menfokuskan kepada kaedah-kaedah yang digunakan oleh

9 ABIM dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti islah dan dakwah serta pendekatan yang di gunakan bagi mencapai objektif penubuhan NGO Islam tersebut dalam arena perubahan sosial masyarakat kini. Selain itu, kajian ini juga terbatas kepada keberkesanan atau penerimaan masyarakat terhadap program-program yang telah dijalankan serta pengaruhnya terhadap pembentukan akhlak mereka. 1.8 Definisi Istilah Beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini membawa maksud yang tersendiri. Ia memerlukan kepada definisi yang terperinci untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kekeliruan dalam memahami kajian yang dijalankan. Hal ini sangat perlu memandangkan maksud istilah di dalam kajian ini mungkin sedikit berbeza berdasarkan penggunaannya. Istilah-istilah tersebut adalah seperti berikut : 1.8.1 Peranan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 1178) mendefinisikan maksud peranan sebagai bahagian yang dipegang dalam sesuatu tugas atau pekerjaan. Manakala dalam Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003: 2048) pula bermaksud tugas (tindakan, pekerjaan) yang dilakukan oleh seseorang dalam sesuatu keadaan atau peristiwa (untuk mencapai sesuatu). Peranan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah tugas-tugas yang telah ditetapkan oleh ABIM terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini.

10 1.8.2 NGO Islam Perkataan NGO merupakan singkatan daripada Non Government Organisation. Merujuk kepada Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Joyce M. Hawkins, 1996: 228), Non bermaksud bukan dan Government ialah pemerintah atau kerajaan (Ibid: 141). Manakala Organization merupakan organisasi atau pertubuhan (Ibid: 236). Oleh itu, yang dimaksudkan dengan Non Government Organisation ialah Pertubuhan Bukan Kerajaan. Islam ialah agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w (Kamus Za ba, 2000: 485). Manakala menurut Mu jam al- Arab al-malayuwi al-kabir (2006: 1174) pula Islam bermaksud menerima dan patuh apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Definisi Islam menurut Abdul Karim Zaidan (2002: 12) ialah ketundukan, penyerahan diri dan kepatuhan kepada Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam. Ketundukan ini pula perlu dilakukan dengan penuh kesedaran dan kerelaan bukan terpaksa. Semua makhluk tunduk di bawah ketentuan Allah S.W.T dan Sunnatullah sama ada dari segi kewujudannya, kesinambungannya dan kehancurannya. Dalam hal ini manusia tidak berbeza dengan makhluk-makhluk lain. Berlainan pula dalam soal ketundukan kepada Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam dengan penuh kerelaan. Soal inilah yang menjadi landasan Islam dan perlu dilaksanakan oleh manusia. Bukti ketundukan yang sempurna kepada hukum Allah S.W.T dilihat berdasarkan sejauhmana keredaan dan penerimaan sepenuhnya kepada hukum ini tanpa ada syarat dan alasan. Islam dalam pengertian inilah yang merupakan agama Allah S.W.T yang diredai di sisi-nya dan diwahyukan kepada para rasul-nya untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Dalam konteks kajian ini, Non Government Organisation (NGO) Islam ialah pertubuhan Islam bukan kerajaan atau pihak swasta seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Yayasan

11 Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Jamaah Islah Malaysia (JIM). 1.8.3 Islah Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 590) mendifinisikan perkataan islah sebagai usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan kepada suatu keadaan yang betul, tepat dan sesuai. Perkataan islah mengikut takrifan dalam al-miftah Mu jam Asri (2007: 180) ialah pembaharuan, pembaikan dan reformasi. Manakala dalam Lisan al- Arab jilid 2 (2005: 295) pula, islah membawa maksud meluruskan, memperbaiki dan mengelokkan. Islah yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah usaha untuk memperbaiki keadaan orang Islam berdasarkan kepada pelbagai aspek dalam kehidupan. 1.8.4 Dakwah Maksud dakwah dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 305) ialah kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan. Manakala dalam Kamus al-ma rifah (2004: 233) pula dakwah bermaksud panggilan dan sumpah. Mu jam al- Arab al-malayuwi al-kabir (2006: 748) pula mentakrifkan perkataan dakwah sebagai seruan. Dakwah dalam konteks kajian ini adalah kegiatan menyeru dan meyuruh masyarakat Islam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim yang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. Ensiklopedia Islam (1994: 280) mendefinisikan dakwah sebagai setiap kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman serta taat kepada Allah S.W.T sesuai dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islamiah. Dari segi bahasa, dakwah adalah kata dasar (masdar) dari kata kerja da'a-yad'u

12 yang bererti panggilan, seruan atau ajakan. Kata dakwah yang dirangkaikan dengan kata ilmu dan kata Islam menjadi ilmu dakwah dan dakwah Islam atau aldakwah al-islamiah. Definisi dakwah menurut Ahmad Asnawi Hj. Hassan (1980: 2) ialah mengajak manusia dengan cara yang benar sesuai dengan perintah Allah S.W.T untuk kemaslahatan dan kebahagiaan mereka di dunia dan juga akhirat. Pengertian dakwah dalam Bahasa Arab yang paling menonjol ialah meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru dan melaung. (Ab. Aziz bin Mohd Zin, 2005: 1) 1.8.5 Masyarakat Maksud masyarakat berdasarkan Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2005: 552) ialah umat manusia, kelompok manusia, komuniti, bangsa, kaum, suku, puak, kumpulan etnik, ras, orang ramai, penduduk dan mujtamak. Berdasarkan takrifan dalam Ensiklopedia Global, Edisi Milenium (2001: 155), masyarakat membawa maksud kumpulan orang yang hidup dan bergaul bersama di suatu tempat (kampung, bandar, pinggir bandar dan lain-lain) atau mengikut golongan dan bangsa (melayu, cina, india dan lain-lain) ataupun mengikut agama (Islam, Kristian dan lain-lain). Selain itu, masyarakat juga dimaksudkan sebagai kumpulan individu yang berinteraksi dan mengambil bahagian yang sama dalam kebudayaan. Setiap ahli masyarakat mempunyai ciri-ciri yang tersendiri hasil perkembangan sejarah dan persekitaran. Ia termasuklah keperluan hidup iaitu dari segi pengeluaran makanan, sistem sosial dan sistem nilai yang hampir sama. (Mohd Salleh Lebar, 2007: 40).

13 Islah dan dakwah merupakan satu usaha murni yang perlu dijalankan secara berterusan. ABIM Negeri Johor telah ditubuhkan bertujuan untuk menjalankan usaha islah dan dakwah kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini. Oleh itu, dalam kajian ini, penyelidik telah menentukan beberapa objektif kajian bagi melihat tindakan yang dilakukan oleh ABIM Negeri Johor dalam memperbaiki akhlak masyarakat Islam pada hari ini dan usaha untuk mengajak masyarakat mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. 1.9 Kesimpulan Bab ini mengandungi pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian, dan definisi istilah yang menjelaskan gambaran keseluruhan tajuk kajian yang akan dijalankan. Pada bahagian latar belakang masalah, perkara yang disentuh adalah berkaitan dengan masalah perubahan sosial dan akhlak dalam kalangan masyarakat Islam yang bergelumang dengan kemaksiatan. Manakala pada bahagian penyataan masalah membincangkan tentang peranan NGO Islam dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang terjadi dalam kalangan masyarakat. Turut dinyatakan dalam bab ini ialah objektif atau tujuan penyelidikan dijalankan. Penyelidik turut membataskan kajian ini dalam skop kajian Manakala pada bahagian definisi istilah, penyelidik memberikan definisi berdasarkan tajuk serta mengikut penafsiran yang jelas berdasarkan rujukan yang dibuat. Diharap dengan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat dalam mengendalikan perlaksanaan gerakan islah dan dakwah khususnya di Negeri Johor.